You are on page 1of 5

PERALATAN SUKAN Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga dengan hoki.

Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat. 2.1 PADANG

Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut: i) Berbentuk segi empat bujur. ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a).

2.2

BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)

Ciri-ciri bulatan jaringan ialah: i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di tengah garisan berukuran 14.63 meter. ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari garisan 3.66 meter ke garisan belakang. iii) Dikenali sebagai kawasan D. iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol kiri atau kanan. 2.3 PINTU GOL

Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu gol hoki adalah seperti berikut: i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang.

ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah 3.14 meter. . iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5. Jaring diikat kukuh kepada tiang tengah dan tiang mendatar. iii) Ketinggian tiang berukuran 2. 2.4 JARING Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. v) Semua tiang gol dicat putih.0 m – 7. pejal atau kosong ii) Permukaan licin iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah pihak) iv) Berat : 156 g (minimum) – 163 g (maksimum) v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) – 235 mm (maksimum) 2.20 meter hingga 1.5 TIANG-TIANG BENDERA Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini diletakkan di luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.66 meter.5 m. 2.6 BOLA Ciri-ciri bola: i) Keras. 2. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan ketinggian 1. Jaring mempunyai ‘mesh’ berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.50 meter.7 KAYU HOKI Sebatang kayu hoki yang baik perlulah: i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.

di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya. tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. 2. Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat di mana ped-ped disambungkan kepada kickersdiatas pergelangan kaki. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan. Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk suatu permainan. Dipasang bersama kickers.ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.9 ALATAN PENJAGA GOL Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik. iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk ‘J’ atau ‘U’. ii) Sarung tangan . Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain. Namun. kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. 2. Diperbuat daripada kulit dan plastik Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 – 160 km sejam. vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam.8 KASUT i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. v) Tebal kayu dihadkan. Antara alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti: i) Ped kaki Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap.- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu hoki dengan kukuh.10 PERMUKAAN BERMAIN Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran sukan dunia. kerana boleh mendatangkan bahaya. Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g. iii) Alat-alat lain pelindung dada ped-ped bahu penutup muka pelindung mulut seluar berped pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki) 2. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm panjang. Pelbagai tanda selar (brands) digunakan dan disahkan penggunaannya oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa.624g sering digunakan. Semasa menyimpan. panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu. .89 meter hingga 0. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0. kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Banyak pic-pic sintetik diisi dengan pasir dan menyebabkan kecederaan seperti lebam kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.