KRM3023 ASAS UKURAN - MISKONSEPSI DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHLULUAN Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dilaksanakan, prestasi dan minat pelajar terhadap Matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Malah, beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami pelajar dalam topiktopik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abd. Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996; Voo 1996; Wan Mohd Rani 1999). Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996).

Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld, 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik (Tengku Zawawi et al, 2009).

DEFINISI MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir

membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :

i. ii. iii.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk

membuat perbezaan dan generalisasi. iv. yang tepat. Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk

1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. Terlalu memudahkan (oversimplification) 3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). 4. Salah mengenalpasti (misidentifying) 5. Salah faham (misunderstanding) 6. Salah maklumat (misinformation) 7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) 8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands) 9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)

10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1.

Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for School Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid. Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan kemahiran penyelesaian masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan penting dalam pembelajaran

melaksanakan penyelesaian dan menyemak kemnali. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep. Murid perlu mencari bunga matahari dan bukannya bunga ros. Penggunaan pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid . yang melibatkan empat langkah utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu memahami masalah.matematik. Hitung panjang dalam km. namun ia bukanlah jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan. daripada panjang lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Memberi gambaran yang sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar. 5 8 = x 520 m = 5 x 520 m 8 = = 325 m ÷ 1000 0. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses. Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah.325 km Penyelesaian : Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul. Murid perlu kembali semula melihat soalan dengan mencari maklumat yang diberikan. Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu lorong sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. merancang penyelesaian. Selain itu juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid memahami bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik. lorong itu yang ditanam dengan pokok bunga matahari.

Memahami masalah Merancang penyelesaian 3 8 5 8 Melaksanakan penyelesaian 8 = 8 3 8 5 8 x 520 m = = = Meninjau kembali.195 km x 520 m = 5 x 520 m 8 = 325 m .KAEDAH . = 5 8 195 m ÷ 1 000 0.

Begitu juga 1 l bersamaan 1000 ml . Nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang diwakili. dan alat penyukat.2 Kesukaran Menyatakan Dan Menulis Nilai Rajah Kesukaran kedua yang berpunca dari miskonsepsi pada rajah berlaku dalam dua bentuk. Contohnya dalam 1kg bersamaan 1000g.195 km 1 0 1 1 0 0 0 0 0 1. ml . Kesukaran ini berpunca daripada kegagalan murid dalam memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk ukuran. ini keranan apabila murid tidak dapat menulis nilai pada rajah yang diberi tentunya mereka juga tidak dapat menyatakan nilai pada rajah tersebut. Pertama iaitu kesukaran membaca nilai pada rajah alat penimbang. Kesukaran ini berkait dengan diantara satu dengan yang lain. maka 1000 dibahagi dengan 5 bersamaan 200 menegaskan kepada murid agar mengira senggatan bagi setiap bacaan. Guru perlu senggatan yang diwakili ialah 5.= = = 520 m . 0 = 1 1 000 = 2 1 000 .325 m 195 m ÷ 1 000 0. Penyelesaian : Murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan. senggatan yang diwakili ialah 10. jarak. maka 1000 dibahagi dengan 10 bersamaan 100 g setiap senggatan. Kesukaran yang kedua adalah berkait dengan menulis nilai pada rajah.

. 0 . timbangan dan masa kerana kesilapan konsep. 1 1 1.3 Salah 0 2 0 0 5 1 0 0 0 . murid belajar apa yang diajar atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. dan pengetahuan sedia ada (current knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran. Selain itu juga ada proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi. dan pembahagian unitunit ukuran seperti isipadu. Teori Behaviourisme berpandangan bahawa pengetahuan diperolehi dari pengalaman. 0 0 . Mengikut teori behaviourisme. 0 0 . 0 0 . pendaraban. ukuran panjang. Contoh : Kira hasil tambah 2 jam 35 minit dengan 5 jam 45 minit. 0 0 . . penolakan. Murid tidak dapat mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema pengetahuan sedia ada mereka.1 0 . Oleh itu kesilapan miskonsepsi berlaku dikalangan murid kerana mereka tidak dapat mengambil kira konsep sedia ada murid. digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Kesukaran yang dialami oleh murid-murid ialah tidak dapat menyelesaikan operasi penambahan.- 1 . 2 jam 5 5 + 5 jam 4 5 minit minit = 1 1 000 = 2 1 000 Faham Konsep Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri–ciri fizikal.

8 jam 0 0 minit Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa. Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul. namun penyelesaian seperti ini hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat.4 Tidak Menghafal Rumus . isi padu cecair dan timbangan berat. Murid perlu dibimbing memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami. Penyelesaian : Pengalaman sebagai guru akan membantu guru-guru mengesan masalahmasalah seperti di atas terutamanya menyelesaikan operasi yang melibatkan masa dan waktu. Guru perlu menjelaskan kepada murid bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan ini dan membantu mereka menyelesaikan dan memperbetulkan miskonsepsi tersebut. murid beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama dengan penambahan nombor bulat. Rumus yang perlu dihafal 8 jam 40 minit Jelaskan kepada murid agar tolak jika lebih dari rumus di atas Jelaskan kepada murid agar tambah 1 jika membuat penolakan 1 JAM + + 2 5 7 1 8 = 60 MINIT 1 5 4 1 10 6 4 5 5 0 0 0 1. ukuran panjang. perpuluhan dan wang. Sebagai cadangan. guru boleh menggunakan papan unit bagi membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam unit-unit ukuran.

ukuran panjang dan masa dan waktu. Penyelesaian : Bagi membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi ini.62 kg + 896 g = _________ kg Rumus 1kg = 1000 g dan bukannya 100 = 8 9 6 g ÷ 1 0 0 = 8 . walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000.Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah diselsaikan oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik. 9 6 kg 3 0 . Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus. pendekatan yang berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. 9 6 kg 2 1 . 5 8 kg Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi menukar g kepada kg. Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep timbangan berat. dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang dikehendaki. Hal ini berlaku kerana. 6 2 kg + 8 . Sebagai contoh : ÷ mm 10 = mee maggi cm 100 m mari 1000 km kita makan cepat masak X ÷ ÷ . Contoh : 21. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair. matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor.

dalam kg. Kotak R S T Berat 3. Kesilapan Murid : Tidak menolak 325 daripada 3. Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik. S dan T. Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan murid-murid. Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan dalam masalah matematik. kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan.ml 1000 l g 1000 kg X = mira lari bahaya (bahagi) lori = Gee X balik (bahagi) kampung 1.5 Keliru Dengan Istilah Matematik Merujuk kepada kesukaran di atas. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan maksud setiap setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikan Contoh : Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of Gdrasisk. 5 0 0 kg .5 kg dari nilai R 3 .25 kg lebih daripada S Jadual 3 Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak.5 kg 325 g kurang daripada R 1.

3 2 5 kg 3 . bilangan orang. kaedah yang boleh digunapakai bagi membantu murid-murid ialah dengan menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. bentuk-bentuk. bunga dan sebagainya.0 . Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah. 0 7 5 kg Penyelesaian : Dalam hal ini.25 kg daripa da nilai S 5 .+ 0 . Sesuatu nilai ini boleh mewakili huruf. manakala bagi lebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi daripada sesuatu nilai. 5 0 0 kg . Sebagai contoh : nilai ditolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll) 3 . Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai. 2 5 0 kg Kesila pan Murid : Tidak mena mbah 1. 8 2 5 kg + 1 . 1 7 5 kg Daripada nilai R Nilai yang kurang daripada R nilai ditambah (lebih) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll) Nilai yang perlu lebih daripada S Daripada . 3 2 5 kg 3 .

1 7 5 kg + 1 . 4 2 5 kg 3 . Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki.nilai S 3 . 1 7 5 kg 6 . 5 0 0 kg S + 3 . 2 5 0 kg 4 . Jamil Ahmad. Murid-murid mempunyai kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. 1 0 0 kg KESIMPULAN Miskonsepsi – miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius dan perlu diatasi. 4 2 5 kg 1 1 . 6 7 5 kg T + 4 . Bahasa matematik merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. 2008). Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi mereka .

Menurut Mohd Dahlan (1992). Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A. nombor bulat. Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.Z. Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan ini seringkali mendatangkan masalah kepada pelajar. pecahan.terhadap pengajaran asas nombor iaitu. terutamanya dalam aspek pemahaman semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik. 9-11 Disember. Abd. Pelaksanaan KBSM dalam mata pelajaran Matematik. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Abdullah Mohd Noor & Puteh Mohamad. Nurdalina D). . Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik adalah mengikut terminologi matematik. Rashid Johar. Sains dan Sains Sosial disekolah. penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid– murid terhadap pembelajaran. penggunaan bahasa dalam matapelajaran matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. (1996). Razak Habib. Oleh yang demikian. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. 2008). Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr. Institut Aminuddin Baki. Jamil Ahmad. RUJUKAN Abd.

Seah A. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia Baharin Shamsudin (1990). Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.(2012). Norhashimah S.H. Roslina Radzali. (1992). Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1:10-13. Jabatan Matematik . Norlia G. Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar Tingkatan Satu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 15-33. 1994. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Modul KRM3013 Asas Nombor. Open Universiti Malaysia Lim K. Khaw A. Fakulti Pendidikan. Yunus. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. KPM Jamil A. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris Mok Soon Sang (1993).Aida Suraya Md. (Tidak diterbitkan) Mohd Uzi Dollah. Aida Suraya Mad Yunus. Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Noor Shah Saad . (11-12 Oktober 2008). Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi.L. Analisis kesilapan masalahmasalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah. Kuala Lumpur : DBP. Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . Asiah Ismail.

Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne. hubungan. peraturan-peraturan langkah kerja. Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul. Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk nombor bulat. bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola. Resnick 1983). Oleh yang demikian. algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008). 1989). Menurut Dr. Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Klopfer & Gunstone 1982. Mengikut Bruner. mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). hala dan benda-benda di bumi dan alam cakerawala melalui cara yang sistematik. guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Matematik mengandungi dua unsur yang utama dan melaluinya manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz. untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan. Selain itu juga matematik dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unit. terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid . Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.KRM3013 ASAS NOMBOR . pecahan perpuluhan. kemungkinan tanpa disedari oleh guru.MISKONSEPSI DAN PENYELESAIAN 1. McDermott 1984. laju.0 PENGENALAN Matematik adalah pelajaran yang abstrak yang melibatkan penggunaan rumus. hukumhukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. peratus dan wang.

Mereka meletakkan hasil darab digit kedua pada kedudukan seperti contoh yang diberikan dibawah. Miskonsepsi yang dihadapi oleh muridmurid ialah apabila mendarab digit yang kedua dalam bentuk lazim. Miskonsepsimiskonsepsi ini juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza. Apabila nombor bulat didarab dengan nombor 1 digit. Umumnya operasi kira darab adalah merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa nombor bulat yang serupa.sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut.1 Nombor Bulat Antara salah satu miskonsepsi bagi tajuk nombor bulat ialah yang sering menjadi masalah bagi murid-murid ialah mendarab dengan nombor 2 digit. murid boleh menjawab dengan melakukan pendaraban dalam bentuk lazim. 3 4 5 1 1 1 2 x 3 4 = 3 4 5 x 1 3 4 . PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK 11 – 12 OKT 2008 2. 3 4 1 5 2 x 4 = 3 x 1 3 4 5 4 8 0 Miskonsepsi : Kebanyakan miskonsepsi murid-murid tentang masalah pendaraban nombor ialah mendarab nombor bulat dengan nombor 2 digit.0 MISKONSEPSI 2.

kaedah ini amat sesuai bagi membantu murid yang sering mengalami masalah pendaraban. Guru hendaklah membantu murid membina kotak terlebih dahulu. Langkah kedua ialah dengan membimbing murid mengisi kotak yang telah dibina dengan nombor hasil darab satu digit. Selain itu juga kesilapan dihadapi ketika melakukan penyusunan pecahan yakni murid tidak dapat membezakan antara nombor bulat dengan nombor pecahan. tanpa kefahaman konsep yang sebenar. 2. mendapati kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam tajuk pecahan ialah tidak memudahkan pecahan dalam bentuk pecahan wajar. Pemahaman terhadap konsep pecahan yang terhad ini juga mungkin dipengaruhi oleh amalan pengajaran yang terlalu menekankan penguasaan kemahiran.2 Pecahan Kajian yang telah dilakukan oleh Maznah Mahmood (2000). Penambahan akan dilakukan mengikut kecondongan garis yang telah dibina. Miskonsepsi : Aktiviti pengajaran selalunya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak disamping petua dan peraturan-peraturan jalan kerja .+ 1 1 3 0 8 3 0 5 2 4 1 5 Penyelesaian : Antara penyelesaian yang dilakukan bagi membantu murid memahami konsep mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit ialah dengan menggunakan kaedah kotak kekisi atau lattice. Amalan pengajaran yang berasaskan kepada kaedah hafalan dan latih tubi boleh menghalang murid daripada mempunyai kefahaman yang jelas mengenai konsep pecahan itu sendiri. Beberapa bentuk dan kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid berkaitan nombor pecahan ialah melalui aktiviti perbandingan pecahan. Akibatnya terdapat pelajar yang menyusun pecahan secara menaik sama ada berdasarkan nilai pengangka ataupun nilai penyebut. Melalui pengalaman. Antara punca yang dikenalpasti ialah konsep pecahan setara tidak difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. pelajar juga melakukan kesilapan dalam operasi penambahan pecahan. Selain itu.

Nik Azis 1992. berikut merupakan penambahan pecahan yang diselesaikan oleh murid. Miskonsepsi pecahan yang kerap diambil mudah ialah menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. = 2 4 5 (2 + 3) 7 5 + 4 + 5 3 3 3 5 = = 5 5 1 7 -5 = 5 1 2 2 = 5 + 1 2 5 1 2 = 10 Penyelesaian : Sebagai jalan penyelesaian bagi membantu murid mengatasi kesukaran ini ialah dengan menunjukkan kaedah dan pendekatan yang sesuai. Guru akan membimbing dan menjelaskan kepada mereka dengan terperinci peranan setiap nombor. baki daripada hasil bahagi diletakkan di atas . Sebaliknya amalan ini akan mengakibatkan kesilapan konsep dikalangan pelajar. Sebagai contoh. Nombor bulat hendaklah berada di hadapan nombor pecahan. Amin 1993).yang perlu dihafal oleh murid. Kesukaran murid pada kemahiran tersebut menyebabkan kesilapan pada jawapan terakhir walapun jalan penyelesaian yang ditunjukkan adalah betul. Pendekatan sebegini tidak memberi sebarang makna kepada proses pengajaran pelajar (Peterson 1988.

100.046 . dan 1000. Guru perlu menegaskan kepada murid agar mengingati rumus ini dalam menyelesaikan soalan-soalan yang mempunyai hasil jawapan ialah pecahan tak wajar hendaklah ditukar kepada nombor bercampur. Begitu juga apabila diminta menyatakan nilai digitbagi nombor tersebut tentunya murid menjawab „40‟ dan bukannya 0. nilai tempat bagi 4 dalam nombor 35. Miskonsepsi : Terdapat beberapa kesukaran dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid yang akhirnya membawa kepada miskonsepsi kepada kemahiran dalam tajuk perpuluhan.3 Perpuluhan Perkataan „decimal‟ bermaksud perpuluhan berasal atau daripada „sepuluh‟. Antaranya ialah kesilapan menyatakan nilai tempat bagi nombor perpuluhan.046 dan nyatakan nilai tempat bagi digit 4 dalam nombor tersebut. murid beri nombor 35. 7 5 2 = 1 2 5 dalam Bahasa Inggeris ialah perkataan latin „ decem‟ yang Perkaitan pecahan dengan nombor perpuluhan amat ketara sekali. Sebagai contoh. Nombor perpuluhan boleh diwakilkan dengan nombor pecahan yang penyebutnya 10.04 atau . Murid tidak dapat membezakan nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan. 1 5 2. Bagi murid yang mempunyai masalah menguasai kemahiran perpuluhan tentunya murid akan menjawab “puluh” walaupun jawapan yang tepat ialah “per sepuluh”. Murid seharusnya perlu menguasai kemahiran ini kerana ia adalah kemahiran asas dalam tajuk nombor perpuluhan.sebagai pengangka dan pembahagi sebagai penyebut.

4 Perseratus Puluh Perseribu 0. Stelah murid dapat memahami konsep dan kemahiran ini jadual ini akan diabaikan dan dijadikan bahan rujukan. 0 4 6 (. Murid akan dibimbing melihat perbezaan antara nilai tempat bagi nombor bulat dan nombor perpuluhan.2 = 0. Perseribu sa (0-9 ) 3 5 . Perlu diingatkan juga kepada murid perbezaan nombor bulat dan nombor perpuluhan.04 = 30 5 . .006 = menyatakan nilai tempat bagi setiap nombor murid akan menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor perpuluhan dengan mudah.) 6 . Nombor bulat Kedudukan nilai sebelum titik perpuluhan Titik perpuluhan Nombor perpuluhan selepas titik perpuluhan 2 Persepuluh (. Pada peringkat awal guru boleh menyediakan rumus dalam bentuk jadual bagi membantu murid menyelesaikan nilai tempat nombor perpuluhan.) 3 Apabila murid telah mahir dalam Nilai digit Nilai tempat 5 Sa .nilai digit / nilai tempat Persepuluh ribu (1000) ratus (100) Perseratus puluh (10) puluh ribu (10 000) Tens / puluh Penyelesaian : Bimbingan yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah miskonsepsi bagi kemahiran di atas ialah dengan menunjukkan jadual nilai tempat bagi nombor perpuluha. 0.

murid dibimbing mengenal rupa bentuk wang. Menambah dan menolak wang melibatkan sen antara kesilapan yang dilakukan oleh murid. 2. namun apabila diminta menyelesaikan soalan dalam bentuk lazim. Kemudian adalah dengan membimbing murid meletakkan 1 sifar sebelum . darab dan bahagi melibatkan wang.NOMBOR SOALAN . Dalam pengajaran dan pembelajaran wang.4 Wang Wang merupakan objek yang diterima pakai sebagai alat pertukaran dalam urusan jual beli oleh masyarakat di sesebuah negara. Murid tidak menukar salah satu unit sama ada ringgit mahupun sen. Setiap negara mempunyai nilai mata wang yang tersendiri dan berbeza dengan negara yang lain. symbol. ringgit dan sen. nilai wang dan pertukaran ringgit dan sen disamping operasi-operasi tambah. miskonsepsi muridmurid dapat dikesan. Melalui pengalaman mengajar. Murid dibimbing meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan melekatkkan 2 sifar selepas titik pemisah. Oleh itu miskonsepsi yang berlaku dalam tajuk wang berkait dengan tajuk perpuluhan dan nombor bulat. RM 3 4 5 + RM - 9 0 sen 2 14 = 5 0 sen 3 4 9 RM 2 5 5 sen Penyelesaian : Berikut merupakan penyelesaian yang boleh membantu murid-murid menghadapi masalah miskonsepsi tajuk wang melibatkan sen dan ringgit. didapati murid dapat melakukan penyelesaian wang dengan hanya mencongak sahaja. Berikut merupakan contoh miskonsepsi yang dilakukan oleh murid. Miskonsepsi : Kesukaran murid mempelajari tajuk wang berkait secara langsung dengan pengetahuan nombor lain iaitu nombor bulat dan perpuluhan. tolak.

Sebagai contoh. Contoh soalan : Dalam satu ujian Matematik. hanya 15 orang murid lulus dalam ujian tersebut. Bagi penyelesaian yang tidak melibatkan penyelesaian masalah. RM 3 4 5 + 9 0 sen 4 = SEN 10 RINGGIT RM RM 3 4 5 0 . 1 0 2. ialah (%).nombor 9 dan diikuti titik pemisah.5 Peratus Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus).56. murid dapat menjawab menggunakan kefahaman yang ada. terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid dan akhirnya membawa kepada miskonsepsi. Setelah murid memahami langkah ini. 56% (dibaca sebagai "lima puluh enam peratus") sama dengan 56 / 100 atau 0. Simbol yang mewakili peratus. Berapa ramaikah murid yang menduduki ujian tersebut? = 75 1 0 0 x 15 orang . Walaubagaimanapun adapun kesilapan yang dilakukan hanya kecuaian dalam melakukan pengiraan. Berikut merupakan contoh miskonsepsi murid dalam tajuk peratus (%). . 0 9 0 0 RM 3 4 4 . murid diminta menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada soalan. Miskonsepsi : Dalam mempelajari tajuk peratus. 75% orang murid telah gagal. Antara miskonsepsi tersebut ialah semasa memahami soalan penyelesaian masalah.

Kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah hanya mendarab 75 % dengan 15 orang murid. Murid dibimbing memahami konsep pelengkap dalam peratus. 15 orang murid lulus Apa yang dikehendaki : Jumlah murid menduduki ujian Operasi : = 1 0 0 1 0 0 25 1 0 0 - 75 1 0 0 = .25 orang murid lulus 30 orang Penyelesaian : Berdasarkan masalah yang ditunjukkan di atas murid tidak dapat memahami kehendak soalan yang sebenar. Apa yang diberi : 75% orang murid gagal. Oleh yang demikian beberapa pendekatan perlu dilakukan bagi membimbing mereka memahami konsep sebenar peratus. Sedangkan soalan inginkan jumlah murid yang menduduki ujian tersebut.= 2 5 1 0 0 5 0 = 1125 1 0 0 15 orang = = 11. Murid dibimbing meneroka kehendak soalan.

25% yang ketiga bersamaan dengan 45 orang murid dan 25% yang keempat iaitu 100% bersamaan dengan 60 jumlah orang murid. manakala pecahan mempunyai penyebut yang tidak tetap bergantung kepada kehendak soalan 3. 25% yang kedua iaitu 50% bersamaan dengan 30 orang murid. maka murid diperingatkan 25% bersamaan dengan 15 orang yang lulus. Jika 75% murid gagal. Bezanya peratus mewakili penyebut 100. Perkaitan antara pecahan dan peratus perlu ditekankan kepada murid. Maka 75% bersamaan dengan 45 orang murid gagal dan 15 orang murid lulus bersamaan dengan 25% Oleh yang demikian murid perlu ditekankan tentang konsep pelengkap dalam pecahan dan peratus.0 PENUTUP Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.1 0 0 7 5 1 0 0 1 0 0 1 0 0 = 45 orang = 60 orang Oleh itu pelengkap dalam 75% ialah 25%. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya .

Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik. Norhashimah S. KPM Jamil A. perpuluhan. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat. (11-12 Oktober 2008).0 RUJUKAN Aida Suraya Mad Yunus. Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik – Satu Refleksi. pecahan. Kuala Lumpur : DBP. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Norlia G.hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar Tingkatan Satu. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kesedaran perlu ada untuk memastikan murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar.dan peratus. 4. Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia Baharin Shamsudin (1990). Open Universiti Malaysia . Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid.

Roslina Radzali.H. Khaw A. Fakulti Pendidikan. Rashidi Bin Mat Jalil. Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Modul KRM3013 Asas Nombor. Analisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah.______. Jabatan Matematik See Kin Hai (Dr._____. Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .K. Universiti Brunei Darussalam Tengku Zawawi Tengku Zainal. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah .(2012).153 Wong Leon Kit. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Moodle Bertajuk Nombor Perpuluhan. Ramlee Mustapha. Universiti Teknologi Malaysia Zainudin Bin Abu Bakar. Universiti Teknologi Malaysia.Lim K. Abdul Razak Habib . Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 131 . Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. ____. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Seah A.Sekolah Rendah.). Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris Mok Soon Sang (1993). Mohd. Noor Shah Saad .L. (Tidak diterbitkan) Mohd Uzi Dollah.

Murid-murid kurang memahami kehendak soalan. murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris.     (b) Ukuran luas dan isipadu    Kurang kefahaman tentang konsep luas dan isipadu. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan. Mengukur garisan yang diberikan dengan menggunakan pembaris yang disertakan. (a) Ukuran panjang  Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1sm2 murid dikehendaki melukis satu garisan. (c) Ukuran Berat . Keliru dengan perkataan „lebih besar‟ dan „lebih kecil  Tidak memahami rajah yang diberikan     Murid-murid hanya membandingkan 2 bentuk apabila ia bercantum.MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN Ada beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan berlaku semasa murid menjawab soalan yang bersangkutan dengan pembelajaran ukuran.

CARA MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI DALAM ASAS UKURAN .   Murid-murid kurang memahami kehendak soalan. jarum tidak kelihatan dengan jelas dan kesalahan dalam perkataan) dan sebagainya.   Kurang kefahaman atau mengetahui serta tidak dapat membezakan di antara kilogram (kg) dan gram (g).  Kesalahan guru dari segi soalan (pilih jawapan) dan rajah (terlalu kecil. Contoh.   Keliru dengan maksud perkataan lebih berat dan lebih ringan.   Meletakkan perkataan “lebih berat daripada” dan “lebih ringan daripada”.   Murid-murid akan menyemakan mengukur timbangan sama dengan mengukur jam.   Menggunakan simbol dalam jawapan.   Murid-murid juga tidak menghiraukan nombor sifar yang sama juga digunakan seperti nombor-nombor.   Murid-murid tidak melihat dengan teliti digit yang ada pada timbangan tersebut dan tidak melihat simbol kg dan g.

Maklum balas akan diberikan kepada murid dengan cara sekurang-kurangnya satu daripada tiga cara ini iaitu:   Dengan memberi arahan murid membandingkan jawapan mereka dengan rakanrakan yang lain.Salah satu dari kaedah pengajaran yang membantu murid mengatasi miskonsepsi mereka ialah dengan menggalakkan mereka berkongsi berbincang dan memperkembangkan interpretasi konsep matematik mereka. Guru akan membincangkan pemikiran murid yang mungkin menyebabkan jawapan yang mereka berikan. hanya dengan memberikan beberapa soalan yang kritis atau ujian yang lebih mencabar. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah: 1. tawarkan murid satu tugasan yang terdapat adanya kemungkinan murid melakukan kesilapan kerana miskonsepsi. Ini tidak memakan masa yang panjang. . uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada. Jadikan konsep dan kaedah penyelesaian yang sedia ada jelas dalam bilik darjah Pada permulaan pengajaran. Selalunya guru menggunakan ujian untuk menilai pencapaian murid. Tidak ada pengajaran baru dilakukan dan guru juga tidak menunjukkan kesilapan dan miskonsepsi murid. Murid dikehendaki melakukan tugasan tersebut secara individu tanpa bantuan dari guru. 2. Sebelum mengajar. Di sini kita cuba untuk menilai interpretasi intuitif dan kaedah murid sebelum mengajar. Ini bermaksud supaya murid menyedari tentang interpretasi intuitif dan kaedah penyelesaian mereka dan mendedahkan kesilapan yang sering dilakukan dan miskonsepsi mereka jika ada. 3. Dengan mengarahkan murid mengulang tugasan tersebut menggunakan satu atau lebih kaedah alternatif. Berkongsi kaedah dan keputusan (jawapan) dan merangsang konflik untuk perbincangan.

Jika tugasan ini dirancang dengan betul. 5. Selesaikan konflik melalui perbincangan dan pembentukan konsep dan kaedah yang baru.  Menggalakkan murid mencipta dan menyelesaikan masalah mereka sendiri yang serupa. Murid digalakkan untuk memberi pendapat mereka mengapa miskonsepsi dan konflik ini berlaku. Perbincangan secara kelas diadakan untuk ini. Guru perlu mengambil masa untuk membuat refleksi dan perbincangan dengan murid secara berkumpulan atau sekelas mengenai konflik ini.  Menggalakkan murid membuat analisa tugasan yang mereka selesaikan dan membuat diagnosis sebab-sebab kesilapan yang dilakukan. Guru bolehlah memandu murid untuk memahami konsep itu secara baru. .  Memberi penekanan kepada pertuturan (oral) daripada penerangan berbentuk teks. Kukuhkan pembelajaran dengan menggunakan konsep dan kaedah yang baru melalui penyelesaian masalah. Kemungkinan mengapa prinsip di atas berjaya mengikut penyelidikan yang diadakan ialah kerana faktor-faktor berikut:     Kanak-kanak mengenal pasti dan dapat memberikan focus kepada halangan konseptual yang spesifik. Dengan menggunakan tugasan yang mengandungi cara penyemakan yang dimasukkan dalam tugasan. Murid disoal dan disuruh menerangkan mengenai tak konsistennya kognitif dan kaedah mereka dan mencari sebab mengapa ia berlaku. 4. Pembelajaran baru dapat diperkukuhkan dengan cara:  Memberi masalah baru untuk diselesaikan. maklum balas yang diperolehi akan menghasilkan konflik kognitif bila murid mulai menyedari dan berdepan dengan interpretasi dan kaedah mereka yang tidak konsisten.

dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah miskonsepsi ini? Jawapannya ya dan tidak. tetapi dari segi perspektif kanak-kanak. menukar skema-skema yang sudah tersimpan dalam minda mereka. Perbincangan dan penglibatan murid yang dihasilkan. Skema yang telah pun terbina dalam minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah. Walaupun pelajaran yg diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah. Kanak-kanak tidak mudah untuk menerima idea baru dengan mudah. setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum.  Menerangkan bagaimana dan mengapa kanak-kanak melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam pengetahuan sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal.  Membantu kanak-kanak memperbetulkan miskonsepsi mereka. Ya kerana pembelajaran yang akan diterima kemudian mungkin boleh membantu murid untuk mengintegrasikan pelajaran lampau dengan .  Memberi keutamaan pada kaedah intuitif dan mengenali halangan konsep murid. ia sangat sesuai dan benar.  Teori pembelajaran Matematik dapat dijadikan asas untuk memahami sebahagian dari miskonsepsi tersebut. contohnya. Teori ini juga membolehkan guru:  Meramalkan jenis-jenis kesalahan yang selalu dilakukan. maka tiada perubahan yang akan berlaku. Bagi kita matematik adalah subjek „kumulatif‟ ataupun bertambah-tambah. miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan berpandukan pembelajaran lampau.                Tahap cabaran yang meningkat diberikan kepada murid. tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea baru tersebut kepada skema yg sedia ada. Kesimpulannya. Maka. Persoalannya ialah.

.pelajaran baru sekaligus membantunya untuk mengatasi masalah miskonsepsinya. seandainya pelajaran yang baru nanti akan menitikberatkan isu-isu miskonsepsi yang dialaminya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful