You are on page 1of 8

ASAS GRAFIK

Pendahuluan

Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

Apakah yang dimaksudkan dengan grafik?


Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek graphikos bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan. Lebih menarik dapat meransang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti Mudah Terbakar , Merbahaya, Jimatkan Air dan lain-lain. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. 1

Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Mengenalpasti ciri-ciri grafik digital 1. Teks 2. Grafik maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi paling asas dan luas penggunaannya sumber penyampaian maklumat utama

3. Audio - Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton - Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan - timbul keseronokan dan minat 4. Video - mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi 5. Animasi - gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik - persembahan yang lebih dinamik serta menarik

Mengetahui sumbangan grafik dalam kehidupan.

a. Lebih menarik dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. Mudah Terbakar, Merbahaya, Jimatkan Airdan lain-lain. c. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Format Fail
Antara kekuatan laman pada masa ini adalah penggunaan bahan kandungan sama ada imej, audio dan video serta animasi yang menarik yang menyebabkan laman tersebut sangat menarik untuk dilawati. Namun begitu, saiz bahan yang digunakan dalam sesuatu laman web perlu diberi perhatian yang teliti memandangkan dengan bertambahnya saiz sesuatu bahan akan menyebabkan masa untuk memuat turun laman tersebut akan bertambah. Antara format fail yang dicadangkan ialah : a) Grafik i. ii. iii. iv. v. jpg atau jpeg (Joint Photographic Expert Group) gif (Graphic Interchange Format) png (Portable Network Graphics) bmp(bitmap) tif

Nama fail : pemandangan.bmp Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 682.7 kb

Nama fail : pemandangan.gif Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 135.2 kb

Nama fail : pemandangan.jpg Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 42.2 kb

Nama fail : pemandangan.png Saiz gambar : 500 x 466 pixel Saiz fail : 382.3 kb

Cuba anda lihat pada fail permandangan di atas yang menggunakan format-format tertentu. Apakah yang anda boleh rumuskan mengenai saiz fail bagi format-format itu ?

UNIT 6: PERANAN WARNA DAN TEKSTUR


Objektif Diakhir unit pembelajaran ini, murid akan dapat: Menyatakan peranan warna dan tekstur dalam Seni Visual (grafik) Memperihalkan kesan warna pada hasil grafik dari aspek mood, tona, keharmonian, dan kontra. Memperihalkan kesan tekstur pada hasil grafik dari aspek mood, menimbulkan bentuk, ruang, dan kepelbagaian.

UNIT 7: KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK


Objektif: Diakhir pembelajaran modul pembelajaran ini, murid-murid akan dapat: Mengetahui tentang maksud dan peranan komposisi dalam grafik. Mengaplikasikan elemen dan prinsip Rekaan Seni Visual dalam komposisi sesuatu karya grafik.

Aktiviti 1: Komposisi Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanupulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual. Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. - Ruang grafik mungkin dalam bulatan empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau melintang Prinsip Komposisi. - Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan (focal point) perlu dinyatakan.

Elakkan membuat titik tumpuan ditengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.

Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan kesetiap penjuru ruang paparan kerja

Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan ruang kososng di tengah-tengahnya.

Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan levity dan weightlessness.

Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik. Bincangkan grafik-grafik di bawah ini.

Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu menghasilkan grafik yang mempunyai kesan ruang yang nyata.

Latihan pengukuhan Bincangkan contoh grafik berikut dari aspek elemen dan prinsip seni visual; berkaitan tajuk di atas.

You might also like