RASIONAL

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan profession perguruan masa kini. Program khidmat kemasyarakatan ini dicadangkan untuk diluluskan kerana ini adalah sebahagian daripada syarat yang harus dilaksanakan bagi memenuhi syarat penganugerahan ijazah kelak. Hal ini termaktub dalam pro forma Bina Insan Guru (BIG) semester 3 PISMP-IPGM. BIG kali

memperuntukkan 7 jam untuk pelaksanaan aktiviti khidmat kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan yang ditetapkan dengan mengaplikasikan kemahiran, sikap dan perlakuan. Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru pelatih dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru sebelum melangkah ke alam pendidikan yang sebenar. Program ini juga dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang kompeten dalam aspek etiket sosial dan protokol yang dihadiri serta berupaya mempraktikkan nilai-nilai dan kemahiran yang dipelajari. Usaha ini diharapkan dapat menjadikan guru pelatih sebagai golongan yang berketrampilan sesuai dengan profesion perguruan yang diceburi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful