Majalah Dwibulanan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia

Aspirasi Digital
www.aspirasidigital.net.my

A k s e s
Edisi 8 untuk September dan Oktober 2007 4 Januari dan Februari 2007

I C T

u n t u k

S e m u a

Celik ICT Pemangkin

K - Ekonomi

Latihan Kepimpinan PPIK Program Cyber Start Sokongan Berterusan Dalam Pembangunan Negara

ISP Malaysia Bersedia Pelaksanaan IPv6 PID Pemangkin Usahawan Bumiputera yang Berjaya e - syariah Mempermudahkan Sistem Mahkamah

Gunakan Yang Tulen: Ke Arah Negara yang Bebas Cetak Rompak

Dari Meja Editor

8
Ilmu pengetahuan merupakan satu wadah penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Ia berupaya menjana kekayaan untuk usahawan dan ekonomi dalam mencipta pengetahuan, mendorong perniagaan dan mencetus inovasi. Hakikat ini amat nyata dengan peruntukan perbelanjaan yang besar dalam bidang pendidikan yang mempamerkan komitmen untuk memastikan kualiti modal insan negara terus meningkat. Dalam usaha negara menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi), kriteria utama kejayaannya adalah modal insan yang menjadi penentu kepada daya kompetitif negara. Ia dinilai berdasarkan kedudukan ilmu pengetahuan, serta kemajuan sains dan teknologi yang dimiliki sesebuah negara dan sejauh mana keupayaan ini menjadi penyumbang kepada ekonomi negara tersebut. Dalam K-ekonomi, modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran adalah aset yang paling berharga. Kebanyakan negara maju mempunyai daya saing yang tinggi dalam penghasilan ilmu dan teknologi. Ini dapat dilihat berdasarkan jumlah saintis dan jurutera dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, jumlah eksport teknologi dan pendapatan royalti dan yuran lesen daripada harta intelek yang didaftarkan. Kriteria lain bagi negara bercirikan K-ekonomi adalah tahap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tinggi sebagai salah satu infrastruktur utamanya di samping kadar celik komputer yang tinggi, kadar penembusan dan penggunaan Internet yang tinggi di kalangan masyarakat, kemasukan yang tinggi ke pusat pengajian tinggi serta kecemerlangan dalam inovasi. Pembangunan K-ekonomi harus dipelopori untuk memastikan kita berupaya bersaing di peringkat global. Susupan globalisasi dan liberalisasi telah merangsang keperluan untuk mencari produk dan perkhidmatan baru yang mampu bersaing di peringkat pasaran luar ini. Sumber-sumber baru untuk pertumbuhan ekonomi diperlukan bagi memenuhi cabaran dalam meningkatkan produktiviti. ICT merupakan alat yang berkuasa untuk memperkasa kumpulan masyarakat yang terpinggir daripada arus pembangunan seperti mereka yang miskin dan di pedalaman. Di Malaysia, jurang pengetahuan dan digital bukan saja wujud di kalangan masyarakat etnik, tetapi juga di antara negeri-negeri, kawasan bandar dengan kawasan pedalaman, lelaki dengan wanita, yang berpelajaran dengan yang buta huruf, yang kaya dengan yang miskin, yang berpendapatan tinggi dengan yang berpendapatan rendah, muda dengan tua serta yang sempurna tubuh badan dengan yang cacat. Rancangan untuk merapatkan jurang pengetahuan dan digital hanya akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya setelah ianya merangkumi mereka semua yang tersebut. Di sini, inisiatif Kekonomi akan berusaha memperkasa semua tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

4 16

15

Isi Kandungan

3 4

Renungan Khas Dato’ Dr Halim Man Artikel Utama Celik IT Pemangkin K-ekonomi Inisiatif KTAK Latihan Kepimpinan PPIK Inisiatif KPWKM Program Cyber Start Inisiatif Telekom Sokongan Berterusan Dalam Pembangunan Negara Inisiatif Microsoft Gunakan Yang Tulen: Ke Arah Negara yang Bebas Cetak Rompak Tauladan PID Pemangkin Usahawan Bumiputera yang Berjaya Laman Web Pilihan e - syariah Mempermudahkan Sistem Mahkamah Laporan Khas ISP Malaysia Bersedia Pelaksanaan IPv6

8

10

11

13

14

15

16

Ahmad Amin Esa
Setiausaha Bahagian Bahagian Teknologi Maklumat / Pengurusan Projek

Renungan Khas

Semasa kebanyakan daripada kita telah pun menggunakan emel, ruang 'chat' dan blog melalui komputer riba dalam suasana yang selesa di rumah sendiri, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak dapat menikmati pengalaman ini. Kajian Rangka Kerja Strategik Kebangsaan bagi merapatkan jurang digital (BDD) yang telah dijalankan sebelum ini menunjukkan taburan Internet dan komputer peribadi (PC) yang tidak sekata menandakan bahawa kurang daripada satu peratus mukim mempunyai nilai purata indeks yang tinggi dan keseluruhannya tertumpu di sekitar bandar utama. Ini menunjukkan bahawa walaupun akses kepada perkhidmatan telefoni asas secara relatifnya tinggi namun lebih daripada 90 peratus daripada 927 mukim masih berada di peringkat awal penggunaan Internet dan PC. Oleh sebab itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempersiap masyarakat umum menghadapi cabaran dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, penekanan yang lebih harus diberikan bagi memastikan akses yang lebih menyeluruh kepada perkhidmatan dalam talian dan kemampuan memiliki PC. Kerajaan akan terus memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital dengan menyediakan, melaksanakan dan m e n g g a l a k k a n p e n g g u n a a n perkhidmatan dalam talian ke seluruh n e g a r a b a g i membolehkan rakyat mendapatkan capaian dan menggunakan p e n g e t a h u a n berasaskan Internet dan sumber maklumat sebagai sebahagian daripada kehidupan. Selaras dengan jangkaan peningkatan permintaan bagi kegunaan aplikasi rangkaian, bilangan PC yang dipasang dianggar meningkat daripada 21.8 setiap 100 penduduk kepada 40.0 menjelang akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Salah satu inisiatif yang telah dirangka di bawah Rancangan adalah Inisiatif Satu Rumah Satu PC yang akan dipergiatkan dengan perluasan skim sedia ada seperti PC Gemilang 2 dan PC Mesti Beli yang disasarkan kepada kumpulan pembeli kali pertama dan kumpulan berpendapatan rendah. Seterusnya, bagi tujuan ini faktor seperti kemampuan dan kemudahan sokongan teknikal selepas jualan akan diambil kira bagi memastikan penggunaan yang berterusan. Sejak program-program sebegini dijalankan pada tahun sebelumnya, terdapat rentetan kempen pemilikan PC yang telah dijalankan di mana para pengeluar dan penjual komputer berganding bahu untuk menyediakan pakej-pakej PC. Kepada pengguna, ini bermakna mereka mempunyai pilihan yang lebih banyak di samping harga yang murah.

Oleh sebab itu, usaha memberi akses yang lebih menyeluruh kepada perkhidmatan dalam talian dan kemampuan memiliki PC perlulah mendapat penglibatan yang sewajarnya daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Sehingga kini belum ada apa-apa program khas yang dilaksanakan ke arah objektif ini. Sewajarnya, isu harga memainkan peranan yang penting kerana pihak penjual dan pengeluar harus menyeimbangkan di antara kos dan keuntungan dalam merumuskan harga mampu beli. Dalam masa yang sama, di dalam situasi ekonomi global dan negara yang dibelenggu dengan kenaikan harga bahan komoditi yang mendadak, isu harga mampu beli tidak akan tamat sampai bila-bila sehinggalah rakyat boleh menghargai nilai sesebuah komputer dan feadah penggunaannya. Kerajaan melalui Pelan Jalur Lebar dan inisiatif penubuhan telecentre di kawasan pedalaman telah berusaha memajukan pembangunan masyarakat bermaklumat. Walau bagaimanapun, peri pentingnya teknologi maklumat dalam kehidupan adalah lebih bergantung kepada kesedaran masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang tidak pernah menggunakan komputer kebanyakannya adalah di kawasan luar bandar ataupun daripada golongan suri rumah, warga emas dan orang kurang upaya. Secara amnya, di d a l a m h a l pembudayaan teknologi maklumat, kita didorong oleh penggunaan komputer yang mudah, dilengkapi dengan ciri keselamatan, kesesuaian dan memberi nilai. Oleh itu, usaha yang berterusan harus digembleng oleh sektor swasta dalam memberi penyelesaian pakej PC yang boleh membimbing kepada asas pengkomputeran serta mengeluarkan produk menurut keperluan dan pasaran masyarakat. Sebenarnya harga jurang digital adalah di dalam kuasa masyarakat itu sendiri yang mahu menggunakan teknologi. Memiliki komputer hanyalah sebahagian daripada penyelesaian kepada isu ini. Memberi panduan bagaimana untuk mengaplikasi dan memberi kefahaman tentang apa yang komputer boleh lakukan merupakan cabaran selebihnya.

Dato’ Dr Halim Man Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Aspirasi Digital - 3

Artikel Utama

Celik ICT Pemangkin

K - Ekonomi
Ilmu pengetahuan semakin memacu pertumbuhan dan merubah negara-negara serta cara hidup. Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini boleh dilihat melalui penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menyediakan kemudahan bertaraf dunia dalam pembangunan teknologi tinggi dan inovasi untuk syarikat-syarikat tempatan dan asing serta pelaksanaan beberapa aplikasi seperti kad pintar, sekolah bestari, tele-kesihatan, E-kerajaan dan pembangunan keusahawanan-tekno di samping insentif-insentif cukai bagi menggalakkan pembudayaan masyarakat berteknologi maklumat. Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan merupakan inisiatif penting oleh kerajaan dalam mempercepatkan lagi pembangunan ekonomi negara berasaskan pengetahuan serta mencapai objektif Wawasan 2020. Pelan Induk ini menyediakan rangka kerja yang strategik yang menggariskan perubahan asas kepada ekonomi negara.

Apakah K-ekonomi?
Terdapat banyak definisi tentang K-ekonomi, semuanya berkisar kepada ekonomi yang berasaskan pengeluaran, pengedaran dan guna pakai pengetahuan, yang merupakan jentera pertumbuhan dan penjanaan kekayaan. Dalam konteks Malaysia, ia boleh ditafsirkan sebagai ekonomi di mana pengetahuan, kreativiti dan inovasi memainkan peranan yang penting dalam menjana dan memapankan pertumbuhan. Dalam K-ekonomi, pengetahuan adalah faktor terpenting untuk pengeluaran. Modal insan yang berpendidikan dan berkemahiran adalah aset yang paling berharga. Sebahagian besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah daripada industri berasaskan pengetahuan seperti perkhidmatan kewangan serta profesion perguruan. Kriteria utama bagi K-ekonomi adalah peruntukan pelaburan yang besar di dalam penyelidikan dan kemasukan yang tinggi dalam pendidikan tinggi, kemahiran dan keupayaan teknologi yang baik, kecemerlangan dalam inovasi serta kadar penembusan ICT dan penggunaan Internet yang tinggi.

Aspirasi Digital - 4

Artikel Utama

pembangunan, kadar celik huruf yang tinggi, kemasukan yang tinggi dalam pendidikan tinggi, kemahiran dan keupayaan teknologi yang baik, kecemerlangan dalam inovasi serta kadar penembusan ICT dan penggunaan Internet yang tinggi.

satu infrastruktur utamanya di samping kadar celik komputer yang tinggi di kalangan masyarakat. Sehingga akhir tahun 2006 hanya 14 peratus rakyat Malaysia adalah pelanggan Internet sementara pengguna Internet adalah seramai 11.3 juta orang. Jumlah ini walaupun agak memberangsangkan, hanya tertumpu di bandar-bandar besar dan negeri-negeri yang lebih maju sahaja seperti di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Perak. Dinilai daripada aspek penggunaan talian jalur lebar, tahap penggunaannya masih lagi rendah, iaitu dengan kadar penembusan 3.3 bagi setiap 100 penduduk. Kadar celik ICT juga sangat rendah berdasarkan jumlah pemilikan komputer yang rendah, langganan Internet yang rendah dan jumlah sekolah-sekolah luar bandar yang masih tidak mempunyai akses kemudahan ICT. Kumpulan-kumpulan terpinggir ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pendidikan formal, golongan tua dan kaum wanita yang tidak bekerja. Rancangan untuk merapatkan jurang pengetahuan dan digital hanya akan berjaya dilaksanakan sepenuhnya setelah ia merangkumi semua golongan. Di sini, inisiatif K-ekonomi Malaysia akan berusaha memperkasa semua tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Mengapa K-ekonomi?
Di antara sebab-sebab Malaysia membangunkan K-ekonomi adalah: • • • Memastikan negara berupaya bersaing di peringkat global Persaingan luar semakin meningkat Aktiviti globalisasi dan liberalisasi telah merangsang Malaysia untuk mencari produk dan perkhidmatan baru yang mampu bersaing di peringkat pasaran global

Senario Semasa
Aspek Pendapatan dan Geografi Di Malaysia, seperti mana negara-negara lain terdapat kaitan yang rapat di antara tahap pendapatan dan pemilikan komputer serta akses Internet yang disebabkan oleh masalah ketidakmampuan. Kumpulan yang miskin di pedalaman juga menghadapi masalah akses kerana kekurangan infrastruktur ICT. Faktor pendapatan juga berkait rapat dengan jurang pengetahuan. Mereka yang miskin tidak mampu membayar yuran tuisyen dan pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah juga tidak mampu meningkatkan kemahiran dan pendidikan. Aspek Etnik Aspek etnik dalam jurang pengetahuan dan digital berpunca daripada jurang pendapatan di kalangan kumpulan-kumpulan etnik. Walaupun kemiskinan dan pendapatan rendah dihadapi oleh semua kalangan etnik, majoriti yang miskin adalah daripada kaum Bumiputera. Aspek Jantina Jurang yang dalam amat jelas sekali pada pengambilan kursus berkaitan teknologi di pusat pengajian tinggi, bilangan yang sedikit di dalam sektor pentadbiran dan pengurusan, tenaga kerja profesional dan teknikal, buta huruf di kalangan orang dewasa dan pendapatan yang berbeza.

• • • •

Keperluan untuk tambah nilai untuk mengurangkan kos yang tinggi Keperluan untuk langkah pengeluaran yang lebih menguntungkan dan menjana kekayaan Sumber-sumber baru untuk pertumbuhan ekonomi diperlukan Keperluan untuk memenuhi cabaran dalam meningkatkan produktiviti

Malaysia perlu memastikan ia terus menjadi sebuah ekonomi yang dinamik, produktif dan maju di dunia. Ini boleh dilakukan dengan mengambil inisiatif yang strategik dalam membangunkan ekonomi negara berasaskan pengetahuan. ICT merupakan alat yang berkuasa untuk memperkasa kumpulankumpulan minoriti yang seharusnya dieksploitasi sepenuhnya oleh Malaysia. Negara masih mempunyai ruang yang luas bagi mempertingkatkan keupayaan K-ekonomi. Usaha memperkasakan K-ekonomi sangat penting kerana sebahagian besar komposisi ekonomi kita kini datang dari sektor perkhidmatan yang disasarkan menyumbang 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.

Isu dan Cabaran
Terdapat banyak isu dan cabaran yang menghalang usaha negara merapatkan jurang pengetahuan dan digital.

Jurang Digital
Di antara kriteria utama negara bercirikan K-ekonomi ia mestilah berasaskan kepada tahap kemajuan ICT yang tinggi sebagai salah

Aspirasi Digital - 5

Artikel Utama

Di antara yang penting adalah: • Konflik yang wujud di antara kepentingan untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan keperluan untuk menangani ketidakseimbangan sosio-ekonomi. Satu titik keseimbangan mestilah ditemukan di antara dua objektif ini. Bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi adalah dalam pelbagai dimensi. Jurang pengetahuan dan digital di Malaysia dilingkari dengan belenggu-belenggu etnik, geografi, jantina, pendapatan dan susun lapis masyarakat. Tindakan 'affirmative' untuk menangani ketidakseimbangan dan meningkatkan keadilan sosial merupakan suatu keperluan moral dan etika. Namun dalam masa yang sama tindakan 'affirmative' boleh menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati, terutamanya jika tidak ditadbir secara teliti dan adil. Pelaksanaannya mestilah penuh rukun dan adil berlandaskan kontrak sosial dan Perlembagaan. Tindakan 'affirmative' seharusnya peka kepada keperluan ekonomi lama dan baru, yang sama-sama akan diguna pakai pada masa depan. Pengetahuan adalah aset penjana kekayaan paling penting dalam Kekonomi. Akses kepada pendidikan yang berkualiti dan keupayaan untuk mengambil, menggembleng dan mengguna pakai pengetahuan adalah kunci kepada tindakan 'affirmative' di dalam K-ekonomi. Namun pengetahuan bukanlah suatu aset fizikal seperti tanah, buruh dan modal yang mudah untuk dibahagikan. Akses, kemampuan dan kandungan adalah isu-isu utama yang menerajui usaha memperkasa di dalam era digital ini. Langkahlangkah menangani mereka adalah tunggak kepada strategi merapatkan jurang digital. Budaya dan adat resam boleh menjadi penghalang kepada usahau s a h a m e n a n g a n i ketidakseimbangan, terutamanya dalam aspek jantina. Seluruh

hendaklah berusaha mengatasi aspek ini.

Dasar dan Arah Tuju
Matlamat yang telah dipersetujui adalah untuk menghapuskan jurang pengetahuan dan digital dengan berkesan pada tahun 2010 yang juga akan menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan.

2. Menekankan pendekatan tindakan-tindakan 'affirmative' dalam peruntukan akses untuk struktur maklumat, infrastruktur ICT dan pendidikan yang mampu dimiliki. 3. Membentuk usaha sama di antara kalangan awam, swasta dan komuniti untuk menyampaikan maklumat dan kemudahan pendidikan kepada kumpulan-kumpulan yang kurang bernasib baik. 4. Membina kandungan tempatan.

Matlamat dan Sasaran
Menghapuskan jurang ilmu dan digital yang sekaligus menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan seharusnya menjadi matlamat utama. Fokus utama dalam usaha memajukan K-ekonomi adalah pengurangan dramatik jurang digital di antara kaum-kaum pribumi, negeri-negeri, bandar dan pedalaman, jantina termasuklah kumpulan terpinggir seperti mereka yang buta huruf, warga emas serta golongan kurang upaya.

Kaedah Pendekatan
Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam strategi merapatkan jurang pengetahuan dan digital: 1. Pengumpulan data dan mekanisma maklum balas Dalam merumuskan dasar-dasar yang lebih berkesan, usaha penilaian tahap jurang pengetahuan dan digital di kalangan pelbagai kumpulan hendaklah selalu dilakukan dengan bantuan data yang lebih terperinci dan relevan. Kaedah pungutan data oleh pihak berkuasa yang relevan mestilah dikaji semula dan ditingkatkan serta kerjasama sektor swasta dan organisasi komuniti mestilah digemblengkan bersama dalam meningkatkan pemerolehan data yang berkaitan dengan jurang pengetahuan dan digital di dalam masyarakat. 2. Menyelidiki isu jurang jantina Kajian mendalam haruslah dilakukan untuk menilai tahap jurang gender, mengenal pasti permasalahan dan seterusnya mencadangkan pendekatan pembaikan. Adalah amat penting bagi sumber-

Strategi Merapatkan Jurang Pengetahuan dan Digital Strategi-strategi berikut telah dikenal pasti untuk menutup jurang pengetahuan dan digital: 1. Memperbaiki pendekatan tindakantindakan 'affirmative' dan menyesuaikan mereka kepada persekitaran K-ekonomi.

Di dalam Kekonomi pengetahuan adalah kunci untuk kejayaan

Aspirasi Digital - 6

Artikel Utama

“Akses Internet mestilah mampu dimiliki oleh rakyat terbanyak melalui pengurangan kos perkakasan seperti komputer, komputer riba dan telefon mudah alih di samping pengurangan semua kos akses dalam talian.”

sumber modal insan, yang merangkumi lelaki dan perempuan untuk bekerja bersama-sama. Dalam persekitaran K-ekonomi yang kompetitif di mana negara harus membangunkan dan menggunakan setiap potensi modal insan yang ada, setiap sumber harus digemblengkan. Merapatkan jurang digital adalah juga suatu tuntutan moral dan kemanusiaan. 3. Menanam semangat pengetahuan dan pembelajaran Di dalam K-ekonomi pengetahuan adalah kunci untuk kejayaan kehidupan. Golongan miskin dan terpinggir harus sedar jika mereka tidak mendapatkan pengetahuan, mereka akan ketinggalan di belakang. Berlainan dengan ekonomi berasaskan pengeluaran yang mana kekayaan didapati daripada pemilikan tanah dan modal; dalam suasana K-ekonomi tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan atau badan lain melalui tindakan 'affirmative' untuk memastikan rakyat dapat berkongsi peluang sama rata dalam pemerolehan pengetahuan berkualiti.

Kempen yang melibatkan kerajaan, pihak swasta dan NGO mestilah dilaksanakan untuk memupuk pemikiran masyarakat tentang peri pentingnya pembelajaran, pendidikan dan pengetahuan. Keutamaan mestilah diberikan kepada mereka yang miskin dan tidak berpelajaran tinggi. Di samping kanak-kanak dan pelajar, ibu bapa juga mestilah disasarkan kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam membentuk nilai dan tabiat membaca dan belajar. Kempen juga perlu melibatkan inisiatif-inisiatif seperti ceramah motivasi kepada ibu bapa dan pelajar yang dikendalikan oleh kaunselor dan guru terlatih, kempen melalui televisyen dan akhbar yang mempamerkan contoh tauladan, khutbah dan sebagainya. Kempen-kempen ini mestilah dilaksanakan berterusan. 4. Menyemai nilai-nilai murni Islam Agama Islam adalah penggerak kaum Islam terutamanya orang Melayu. Ia berpotensi menjadi alat yang berpengaruh dan berkesan dalam menggerakkan mereka supaya menjadi komuniti yang bekerja keras, terpelajar dan berjaya serta cemerlang. Selama ini potensi ini telah tidak digemblengkan dengan sepenuhnya. Institusi Islam kerajaan dan bukan kerajaan boleh mengambil inisiatif ini dengan memberi mesej berteraskan nilai murni Islam untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. 5. Menyediakan bantuan pendidikan kepada yang miskin dan kurang bernasib baik Pelajar miskin dan kurang bernasib baik haruslah dihulurkan dengan bantuan tambahan, terutamanya di dalam matapelajaran yang boleh memperkasa diri di dalam persekitaran K- ekonomi seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris – seperti memberi bantuan biasiswa atau tuisyen kepada pelajar tersebut. 6. Menambah bilangan sekolah berasrama untuk pelajar miskin dan kurang bernasib baik Berpandukan kejayaan pelajar Bumiputera di MRSM, adalah lebih baik jika pelajar-pelajar Bumiputera diasingkan daripada persekitaran rumah yang mungkin kurang memberi motivasi dan meletakkan mereka di dalam persekitaran yang lebih kondusif kepada pembelajaran. Lebih banyak sekolah berasrama dengan kemudahan pengajaran yang baik patut dibina untuk pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera serta pelajar miskin dari kumpulan etnik yang lain di kawasan luar bandar. Sekolah berbilang bangsa ini boleh menyumbang kepada penyuburan
Bersambung di muka surat 12

Usaha meningkatkan akses Internet dan pembinaan telecenter komuniti di seluruh negara diteruskan

Aspirasi Digital - 3 Digital - 7

Inisiatif KTAK

Latihan Kepimpinan PPIK
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) di bawah projek USP Fasa Kelima telah menaik taraf telecentertelecenter seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) . Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010. PPIK dengan objektif merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat di luar bandar, bukan sahaja memberi penekanan pada pembentukan masyarakat yang berpengetahuan atau K-Komuniti, tetapi juga memfokuskan pada peningkatan tahap ekonomi masyarakat di luar bandar di samping meningkatkan pengetahuan sistem penghantaran secara dalam talian serta menggalakkan penggunaan aplikasi elektronik. Bagi merealisasikan matlamat ini, penyelia-penyelia serta ahli-ahli komuniti terlebih dahulu dibekalkan dengan latihan kemahiran ICT dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti. Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk memberi pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latihan pusat bagi mengendalikan PPIK. Kurikulum Bengkel PPIK Program Bengkel PPIK yang akan dijalankan selama tiga hari bermula dari bulan Jun 2007 sehingga Januari tahun hadapan diatur serentak untuk kedua-dua Program Pengurusan dan Program Champion. Peserta kemudiannya akan diasingkan mengikut kumpulan masing-masing semasa sesi Simulasi. Program Pengurusan disasarkan kepada kakitangan yang kelak akan memastikan pengurusan PPIK berjalan lancar dan cekap. Pemilihan peserta bergantung kepada lokasi PPIK dan melibatkan wakil-wakil pengurusan di peringkat negeri seperti Perpustakaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian ICT Negeri, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Bengkel ini juga

Objektif Sejajar dengan visi Kementerian untuk mengubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat berteraskan ilmu, siri bengkel pembelajaran untuk peringkat Pengurusan dan Juara (Champion) dijalankan dalam persekitaran pembelajaran yang berkesan, interaktif dan kolaboratif. Bengkel pembelajaran ini dirancang untuk menemukan peserta di kalangan pemimpin masyarakat di pelbagai peringkat bagi memastikan visi projek PPIK dikongsi bersama dan peranan masing-masing difahami dengan jelas.

Pengguna-pengguna PPIK

Aspirasi Digital - 8

Inisiatif KTAK

bertujuan menyediakan pihak pengurusan peringkat negeri dan daerah dengan pelbagai pengetahuan di samping memastikan sokongan daripada para peserta dalam usaha melicinkan operasi serta menrealisasikan matlamat PPIK secara total. bertujuan menyediakan pihak pengurusan peringkat negeri dan daerah dengan pelbagai pengetahuan di samping memastikan sokongan daripada para peserta dalam usaha melicinkan operasi serta menrealisasikan matlamat PPIK secara total. Program untuk Champion pula disasarkan kepada mereka yang berpengaruh dalam komuniti PPIK yang akan diwujudkan. Mereka terdiri daripada penghulu dan ahli

• •

Akses maklumat dari Internet dan juga pangkalan ilmu yang lain. Simulasi menjalankan kerja-kerja operasi harian.Kemudahan Bengkel

Bagi memudahkan pelaksanaan bengkel PPIK, setiap peserta dibekalkan komputer riba multimedia berasaskan web, repositori maklumat dan pengetahuan dan PDA yang dikongsi oleh dua orang peserta. Bengkel ini juga dikendalikan dengan bantuan Fasilitator Utama, Fasilitator, Pakar bidang ICT serta Pembantu Teknikal. Bagi menentukan tercapainya objektif bengkel PPIK yang dijalankan, kaedah penilaian bengkel telah digunakan. Cabaran

jawatankuasa JKKK di kawasan yang terlibat dalam projek PPIK. Bengkel yang diwujudkan untuk Champion ini bertujuan memberi pengetahuan mengenai projek PPIK dan mempromosi PPIK bagi memastikan para pengguna memanafaatkannya. . Bengkel ini akan mengguna satu kaedah baru pembelajaran, iaitu kombinasi kaedah biasa dan juga kaedah berasaskan teknologi berdasarkan kepada beberapa ciri, iaitu : • Multimedia satu tetingkap, persekitaran berasaskan web dan alat kolaborasi. Ia menjadi satu ’universal container’ yang mengandungi beberapa komponen fungsi bisnes. Antaramuka universal untuk pengguna mengurus, mencari, mengakses, menganalisis dan membentuk maklumat yang diperlukan untuk operasi mereka. Proses E-enabled untuk berkomunikasi dan menjalankan mesyuarat, perbincangan dan mengurus proses komunikasi dan perbincangan kumpulan.

Walau apa pun matlamat serta objektif disasarkan bagi merapatkan jurang digital, akan tetap wujud kekangankekangan dari segi pelaksanaannya secara menyeluruh. Hal ini adalah disebabkan di sesetengah tempat kemudahan Internet tidak begitu stabil dan wujudnya ketidakcapaian Internet secara total walhal ia merupakan satu agen terpenting dalam pelaksanaan bengkel PPIK.

Harapan Bengkel yang dilaksanakan diharap dapat memberi kesedaran dan iltizam kepada para peserta terutamanya dalam kalangan JKKK untuk menerajui pelaksanaan PPIK di tempat masingmasing. Sokongan daripada peringkat kerajaan negeri juga merupakan suatu agenda yang utama dalam pelaksanaan projek dan program-program yang dijalankan oleh PPIK demi merealisasikan objektif PPIK yang ditetapkan oleh KTAK.

• •

Aspirasi Digital - 9

Inisiatif KPWKM

Program Cyber Start
oleh : Nadeema Kamaruddin, Bahagian Perancangan Pembangunan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita.

Aspek pembangunan dan kemajuan wanita sentiasa mendapat keutamaan dan tumpuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), pelbagai program pembangunan kapasiti untuk wanita giat dijalankan baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat akar umbi. Pelaksanaan program-program ini juga adalah selaras dengan keperluan yang digariskan dalam deklarasi antarabangsa seperti Beijing Platform for Action yang memberi penekanan khusus terhadap pendidikan dan latihan untuk wanita termasuk dalam bidang teknologi maklumat (IT). Pengetahuan dan kemahiran yang dimilki merupakan aset penting yang dapat digunakan oleh wanita untuk turut bersaing dalam pasaran kerja, menjalankan usaha niaga dan sebagainya. Penglibatan dalam aktiviti ekonomi sedemikian mampu mempertingkat taraf hidup wanita dan membawa mereka keluar daripada belenggu kemiskinan. Selain itu, keupayaan dan kebolehan untuk b e rd i k a r i s e c a r a e k o n o m i s e d e m i k i a n m a m p u menghindarkan wanita daripada menjadi mangsa diskriminasi, keganasan dan sebagainya.

Antara usaha JPW untuk mengurangkan jurang digital di kalangan wanita adalah melalui penganjuran program berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Untuk itu, JPW dengan kerjasama Pejabat YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan program literasi komputer, Cyber Start yang disasarkan khusus untuk penduduk di kawasan luar bandar khususnya golongan wanita dan warga emas. Program Cyber Start dilaksanakan hasil daripada cetusan idea Y.B. Dato’ G. Palanivel, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai asas penggunaan komputer seperti aplikasi Microsoft Office dan Internet kepada para peserta. Bagi tahun 2007, program Cyber Start dirancang untuk dilaksanakan di sembilan buah negeri dan sehingga kini program ini telah dijalankan di negeri Kedah dan Negeri Sembilan. Dianggarkan seramai 720 orang peserta bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini setiap tahun.

Aspirasi Digital - 10

Artikel Utama

Dari muka surat 7

bangsa Malaysia. 7. Meningkatkan kemampuan: Mengurangkan kos akses Internet Akses Internet mestilah mampu dimiliki oleh rakyat terbanyak melalui pengurangan kos perkakasan seperti komputer, komputer riba dan telefon mudah alih di samping pengurangan semua kos akses dalam talian. Langkah-langkah ke arah ini termasuklah melipat gandakan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam pembuatan PC yang lebih murah, menggalakkan persaingan perkhidmatan telefoni untuk memacu kos lebih rendah, berkadar tetap dan caj berasaskan lebar jalur sebagai ganti caj setiap minit, serta diskaun ke atas kadar akses Internet kepada pelajar-pelajar. 8. Meningkatkan akses : Penyambungan setiap pelosok Malaysia Fasa pembangunan hendaklah ditingkatkan di Sabah dan Sarawak yang masih belum sepenuhnya dibekalkan dengan tenaga elektrik. Sebaiknya pada tempoh sasaran 2010 seluruh negara hendaklah sudah mempunyai bekalan elektrik yang bukan saja penting untuk akses ICT tetapi juga untuk mengisi keperluan ekonomi dan sosial yang lain. Memperbaiki akses melalui sistem telefoni adalah juga penting dalam merapatkan jurang digital selain daripada memberi faedah perhubungan dan produktiviti. 9. Meningkatkan akses : Pastikan semua sekolah mempunyai PC dan akses Internet

hendaklah lebih khusus terutamanya yang cacat anggota atau deria rasa. Program latihan, perkakasan dan perisian hendaklah direka khas untuk mereka. Berlainan dengan program untuk warga emas yang membolehkan kecelikan ICT, program untuk OKU seharusnya merangkumi latihan vokasional dan kemahiran yang lain. Pusat ICT untuk golongan OKU adalah lebih sesuai dan efektif jika diuruskan oleh mereka sendiri. 12. Lancarkan sukarelawan E-Volunteer Dengan kerjasama industri, sukarelawan E-Volunteer boleh dikumpulkan, iaitu mereka yang bersedia untuk berkongsi pengetahuan ICT dan penggunaan Internet kepada komuniti sasaran melalui telecenter dan sekolah-sekolah. Wakil-wakil tempatan yang dilantik juga boleh menerajui inisiatif sukarelawan ini yang sebaiknya terdiri daripada golongan pelajar dan belia. 13. Laksanakan program-program khas untuk wanita Langkah-langkah untuk meningkatkan akses dan peluang sama rata boleh dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta dan komuniti, terutamanya pertubuhan wanita. Antaranya: • Meningkatkan dan memastikan pendekatan yang peka kepada isu jantina di dalam proses perancangan, pemantauan dan pelaksanaan. Menambah kemasukan lebih ramai penuntut perempuan dalam kursus berasaskan teknologi sebagai satu program inisiatif pembelajaran hayat. Mengambil kira isu-isu jantina di dalam operasi telecenter dan kemudahan yang disediakan, di dalam kumpulan sukarelawan serta perkhidmatan latihan Internet mudah alih. Contohnya telecenter sepatutnya menyediakan ruang

• Walaupun kerajaan melalui projek-projek pembudayaan ICT di sekolahsekolah seperti projek SchoolNet telah merintis jalan ke arah menyediakan akses kemudahan ICT dan Internet kepada sejumlah 10,000 buah sekolah di seluruh negara, hakikatnya masih banyak lagi sekolah di luar bandar yang tidak mendapat kemudahan tersebut. Penyelesaian ini berkait rapat dengan struktur geografi dan pembangunan infrastruktur kawasan pedalaman itu sendiri yang sukar ditembusi untuk tujuan penyambungan. 10. Meningkatkan akses: Bina telecenter komuniti di seluruh negara Kita patut meningkatkan kerjasama di antara sektor awam dan sektor korporat serta organisasi antarabangsa bagi meningkatkan usaha untuk membina telecenter komuniti di setiap pelosok negara. Keutamaan adalah di kawasan luar bandar yang tiada kemudahan komputer dan tempat tumpuan umum seperti perpustakaan, klinik, pejabat pos dan berhampiran pusat membeli-belah. 11. Meningkatkan akses: Lancarkan program untuk warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) Halangan kepada kecelikan ICT di kalangan warga tua adalah disebabkan fobia kepada teknologi. Keadaan ini adalah lebih ketara selepas mereka bersara. Program-program khas yang boleh dilaksanakan di telecenter hendaklah disusun untuk mereka yang berminat tetapi tidak mampu atau tidak mempunyai kemudahan ICT. Program-program tersebut boleh diusahakan sama ada oleh pihak kerajaan dengan kerjasama industri atau yang diusahakan oleh NGO dengan penajaan dari sektor swasta atau kerajaan. Program latihan ICT untuk warga emas sepatutnya bermatlamat untuk meningkatkan tahap keselesaan mengguna peralatan teknologi, menyediakan pembelajaran asas ICT, mengguna PC, e-mel, mendapatkan maklumat mengenai laman-laman web yang menjadi perhatian mereka seperti kesihatan dan percutian. Program-program untuk memperkasa golongan kurang upaya

Langkah-langkah untuk meningkatkan akses dan peluang sama rata boleh dilaksanakan dengan melaksanakan program-program khas untuk wanita

Aspirasi Digital - 12

Artikel Utama
yang selesa untuk pengguna wanita dan sukarelawan EVolunteer serta unit Internet mudah alih sepatutnya peka kepada keperluan kaum wanita. • Menggalakkan pertubuhan-pertubuhan wanita menyertai program ICT terutamanya di kawasan yang mundur dan terpinggir. Menggalakkan penyertaan wanita di dalam usaha pembangunan perkakasan dan perisian komputer supaya kepekaan terhadap isu jantina dipertingkatkan di dalam pembangunan komputer di samping penciptaan perisian yang mengambil kira fizikal dan kehendak wanita. Inisiatif yang melibatkan sektor awam, swasta dan NGO patut digalakkan untuk melatih dan memperkasa wanita dengan kemahiran teknologi komputer. Memasukkan program dan kandungan yang mensasarkan kepada penyelesaian isu ketidakseimbangan jantina di dalam K-ekonomi peringkat nasional, kempen promosi ICT dan pendidikan seperti program meningkatkan kesedaran di kalangan wanita dan program untuk menghapuskan pandangan stereotaip yang negatif terhadap wanita. mengekalkan dan memelihara budaya tempatan, sejarah dan bahasa dan seterusnya membantu ke arah pembinaan negara. Dana Pembangunan Kandungan Tempatan berjumlah RM150 juta yang telah diperuntukkan di dalam RMK9 merupakan contoh insentif bagi menggalakkan pembangun-pembangun kandungan menghasilkan karya-karya tempatan. Dalam hal ini keutamaan harus diberi kepada kandungan maklumat dan data di dalam bahasa tempatan, terutamanya bahasa kebangsaan; budaya dan sejarah Malaysia; kesusasteraan tempatan; maklumat mengenai Malaysia dan berita yang mempunyai kepentingan kepada negara; Islam dan agama-agama yang lain serta bidang hiburan seperti permainan video yang bercirikan Malaysia (seperti karektor dan bahasa). Falsafah pembangunan negara berteraskan K-ekonomi berperanan dalam mengubah sosio-ekonomi penduduk di Malaysia secara keseluruhannya. Penekanan kepada K-ekonomi merupakan satu anjakan paradigma yang perlu diberi penekanan bagi mempercepatkan lagi pembangunan negara berasaskan pengetahuan. Sektor swasta dan komuniti juga perlu memainkan peranan yang lebih agresif bersama-sama kerajaan untuk merapatkan jurang pengetahuan dan digital dalam usaha menjadi sebuah negara berasaskan pengetahuan. Sempadan pengetahuan yang tiada batasan, merupakan pemangkin kepada kekayaan bagi usahawan dalam menjana ekonomi negara, sekaligus mencipta pengetahuan dan mencetus inovasi yang merupakan agen utama pembangunan negara. Nota: Artikel telah diadaptasi daripada Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan.

14. Membangunkan kandungan tempatan Pembangunan kandungan tempatan di dalam Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa tempatan, terutamanya Bahasa Malaysia hendaklah dipertingkatkan bagi membantu program-program yang sedang dilaksanakan oleh MSC. Faedah inisiatif ini akan juga membantu usaha

Gunakan Yang Tulen: Ke Arah Negara yang Bebas Cetak Rompak
Oleh Yasmin Mahmood, Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia

Seruan menggalakkan penggunaan produk tulen sering dijadikan tema usaha dan kempen kesedaran di Malaysia. Dengan teknologi yang semakin canggih dan pengguna yang lebih bijak, para “lanun” juga makin licik menjalankan kegiatan mereka. Pelbagai usaha sama telah dilaksanakan untuk menangani isu cetak rompak, dan yang terbaru ialah pelancaran kempen Sikap Tulen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kempen menentang cetak rompak ini bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang manfaat menggunakan perisian tulen atau berlesen dan menekankan betapa pentingnya hak milik intelektual. Tanggapan umum tentang pematuhan kepada lesen perisian perlu segera diubah dan kempen Sikap Tulen ialah satu usaha yang berkesan untuk menyeru organisasi agar mematuhi undang-undang apabila membeli perisian, mendidik pengguna tentang pentingnya membeli perisian tulen juga memastikan peniaga gedung runcit menunaikan janji untuk memastikan premis mereka bebas daripada perisian cetak rompak. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami juga memainkan peranan dalam usaha

menyokong kerajaan mencapai objektif yang ditetapkan dalam kempen ini. Seperti yang kita sedia maklum, Sikap Tulen telah menggariskan enam bidang teras yang dikhaskan mengikut peringkat ekosistem ICT yang berbeza. Inisiatif khusus telah dirangka bagi: Golongan Profesional (Sikap Tulen: Profesional), Pengarah (Sikap Tulen: Pengarah), Syarikat (Sikap Tulen: Syarikat), Orang Ramai (Sikap Tulen: Masyarakat) dan Pemilik Perniagaan Runcit (Sikap Tulen: Gedung IT). Kempen komprehensif ini juga disokong oleh aktiviti penguatkuasaan (Ops Tulen: Penguatkuasaan) yang menangani masalah penggunaan perisian cetak rompak dan tidak berlesen di Malaysia dan menggalakkan setiap peringkat ekosistem IT untuk mendapatkan perisian tulen. Produk tulen memastikan pengguna menikmati pengalaman penggunaan komputer yang menarik dan serba lengkap dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran di samping melindungi mereka daripada pelbagai risiko perisian tiruan.

Aspirasi Digital - 13

Tauladan

PID Pemangkin Usahawan Bumiputera yang Berjaya
“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Berkat usaha yang tak pernah kenal erti jemu, Tuan Sanawi Bin Tuan Ngah, Azlina Hj Omar dan Abu Jais Hj Mahput telah berjaya menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Kejayaan mereka juga adalah atas sumbangan sokongan dari Pusat Internet Desa (PID) Sg. Mati, Muar yang menjadi salah satu ruang promosi untuk produk keluaran kedua-dua usahawan ini. Tuan Sanawi merupakan pengasas kepada perusahaan TSTN, iaitu sebuah perusahaan membuat biskut yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang memiliki seramai lebih 25 orang pekerja sepenuh masa dan 7 orang pekerja separuh masa. Pada awal perniagaan ini dijalankan, TSTN hanya beroperasi di kediaman pengusaha itu sendiri. Namun hari ke hari perniagaan mereka bertambah maju. Promosi kuih dan biskut keluarannya telah tersebar luas. Promosi yang dibuat melalui laman web PID Sg. Mati serta kemudahan Internet yang terdapat di situ ternyata banyak membantu. Beliau berjaya membesarkan perusahaan kuih dan biskutnya. TSTN setakat ini telah memasarkan produk keluaran mereka ke pasaran tempatan iaitu di kawasan Muar sendiri. Selain itu, TSTN juga mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa melanggan dengan mereka dan antaranya ialah pasar raya terkenal seperti MYDIN dan beberapa pasar raya di sekitar Johor seperti Pasar Raya MOET. Untuk perancangan yang akan datang TSTN sedang dalam proses perbincangan untuk memasarkan produk mereka ke Felda Trading dan juga Jaya Jusco. Tuan Sanawi juga telah melangkah satu tapak lagi apabila beliau telah membeli lot kedai dua tingkat di Taman Baiduri, Rawang untuk dijadikan kilang membuat kuih. Puan Azlina Hj Omar dan Encik Abu Jais Hj Mahput pula memiliki perusahaan Nina & Jais Produk yang membekal pelbagai jenis biskut moden untuk pelanggan yang mengutamakan citarasa terkini untuk pelbagai majlis dan tempahan. Mereka juga telah mengguna kemudahan laman web PID Sg. Mati untuk membantu memasarkan juga mempromosi jualan biskut. Biskut-biskut Nina & Jais Produk dipasarkan terus kepada peniaga dan pelanggan yang terdiri daripada golongan profesional, ahli akademik dan melalui tempahan-tempahan majlis-majlis istimewa seperti pertunangan, Hari Kekasih dan Hari Terbuka. Produk keluaran mereka dipasarkan di pasar raya sekitar Muar dan dihantar ke Persatuan-Persatuan Pelajar Malaysia di luar negeri secara terhad. Mereka akui promosi melalui laman web PID telah banyak membantu mereka mendapat tempahan daripada pelanggan. Sebelum ini pasaran mereka adalah terhad di kawasan berhampiran tempat tinggal sahaja. Kini mereka selalu mendapat pertanyaan dan tempahan dari kawasan luar yang berdekatan. Kejayaan kedua-dua pengusaha kuih dan biskut di Muar ini sebenarnya adalah atas usaha gigih mereka untuk memajukan diri dan menyahut cabaran untuk berdikari walaupun barangan perusahaan mereka dirintiskan pada asalnya dari rumah dan pengendalian operasinya hanyalah sederhana. Kerjasama PID Sg. Mati yang membantu memasarkan produk menerusi laman web serta kemudahan e-mel yang diguna untuk urusan perniagaan tidak boleh dinafikan sebagai salah satu penyumbang kejayaan mereka. PID bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyebar ilmu pengetahuan kepada para pengguna, malahan ia juga menjadi platform kepada usahawan kecil di kawasan luar bandar untuk memasarkan produk mereka serta membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat di sini.

Pekerja sedang menyediakan biskut

Aspirasi Digital - 14

Laman Web Pilihan

e-syariah
Mempermudahkan Sistem Mahkamah
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bertanggungjawab menyelia dan menyelaras aktiviti semua mahkamah syariah di empat belas buah negeri di Malaysia. Ia telah ditubuhkan sejak lapan tahun dahulu bertujuan untuk mengawal selia tahap kecekapan semua mahkamah-mahkamah syariah. Pada tahun 2005 e-syariah (www.esyariah.gov.my), iaitu portal dalam talian untuk orang awam dan pengguna perkhidmatan mahkamah telah diperkenalkan untuk memudahkan urusan mahkamah dan melancarkan prosiding kes-kes syariah. E-syariah menyediakan kemudahan akses perkhidmatan JKSM yang memudahkan orang ramai serta sistem kerja mahkamah. Orang ramai tidak lagi perlu menghabiskan masa di kaunter untuk berurusan sementara aspek dokumentasi pula telah diseragamkan untuk kerja-kerja rujukan yang lebih teratur. Melalui portal e-syariah para peguam, pendakwaraya, plaintif, defenden dan orang ramai bukan saja boleh mendaftar kes secara dalam talian, malah mereka juga boleh mendapatkan tarikh perbicaraan dan membuat susulan ke atas status kes-kes melalui komputer riba di rumah tanpa perlu memandu keluar. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan JKSM telah diberi peruntukan sebanyak RM40 juta bagi meningkatkan perkhidmatan yang disediakan melalui portal e-syariah. Bukan sekadar laman web biasa, portal ini juga adalah kaunter sehenti dalam hal kehakiman, membolehkan pengguna mengira jumlah faraid (penentuan nilai khusus atau bahagian si waris yang mengguna undang-undang pengurusan dan pembahagian harta pusaka), memuat turun borang, merujuk enakmen pentadbiran mahkamah serta mengetahui keputusan mahkamah untuk kes-kes terkini, memeriksa profil peguam-peguam syariah yang tersenarai dan memeriksa tarikh perbicaraan kes-kes. Pada tahun lepas terdapat sejumlah 37,000 kes yang didaftar di dalam portal ini. Pada awal tahun ini saja sebanyak 5,245 kes telah didaftarkan; 3,829 daripadanya adalah kes sivil, 442 kes tuntutan faraid dan 974 kes jenayah. Portal ini juga dipautkan kepada 110 mahkamah syariah di seluruh negara. Di bawah sistem pengantaraan yang telah mula dilaksanakan di Selangor sejak tahun 2002 dan seterusnya di negeri-negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, ianya terbukti sebagai satu kaedah yang berjaya dalam menyelesaikan kes-kes sivil. Penyelesaian kes melalui

www.esyariah.gov.my
kaedah pengantaraan ini telah membantu mengurangkan kes-kes mahkamah syariah sebanyak 67 peratus di Selangor sahaja. Pada masa hadapan JKSM bercadang untuk merakamkan semua prosiding mahkamah dan memuat naik klip-klip video tersebut di dalam portal di mana para peguam, plaintif dan orang ramai boleh menonton perbicaraan secara dalam talian. Bayaran juga boleh dilakukan kemudian melalui kad debit dan kad kredit untuk pendaftaran kes. Pada tahun 2009, pihak JKSM merancang untuk membuat sidang video di dalam mahkamah kerana sebanyak 38 peratus kes-kes perbicaraan tidak boleh dijalankan apabila pihak plaintif atau defenden tidak dapat hadir. Ini akan membolehkan pengguna menyelesaikan tuntutan mereka dengan bantuan pengantaraan tanpa perlu hadir ke mahkamah. Ia juga akan mengurangkan jumlah kes yang tertangguh di mahkamah-mahkamah syariah. Melalui rancangan inovatif ini pihak plaintif dan defenden akan bersemuka melalui sidang video dan bukannya di meja rundingan. Usaha-usaha e-syariah telah mendapat pengiktirafan negara luar apabila kerajaan Brunei telah menyatakan minat untuk membeli sistemnya. Portal ini telah mencapai tempat kedua portal kerajaan terbaik di dalam “Benchmarking and Comparative Study of 900 Malaysia Government Portals and Websites” oleh Multimedia Development Corporation pada tahun 2005. Ia juga telah memenangi hadiah untuk aplikasi terbaik kerajaan elektronik dan dua anugerah lain pada Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri.

Aspirasi Digital - 15

ISP Malaysia Bersedia Pelaksanaan

IPv6
Penyedia-penyedia perkhidmatan Internet (ISP) Malaysia telah lulus ujian peringkat pertama kepatuhan Protokol Internet versi 6 (IPv6). Ujian peringkat pertama ini berkisar kepada aspek penyambungan ISP dengan negara-negara luar yang juga melaksanakan IPv6. Penyedia-penyedia perkhidmatan ini akan melalui dua lagi ujian kepatuhan IPv6 yang lebih teliti dan tinggi yang akan dijalankan sebelum akhir tahun ini. Ujian kepatuhan IPv6 dilakukan bagi membuktikan komitmen negara dalam IPv6 dan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa perkhidmatan-perkhidmatan baru seperti 3G dan WiMax akan menerapkan penggunaan IPv6. Semua perkakasan dan perisian ICT di dalam semua agensi kerajaan akan turut mematuhi teknologi IPv6 pada tahun 2008. Menjelang tahun 2010 seluruh negara akan beralih sepenuhnya kepada IPv6. IPv6 adalah platform asas untuk aplikasi teknologi masa depan. Ia membolehkan penggunaan alamat protokol Internet (IP) yang lebih banyak dan menyediakan keselamatan yang lebih baik berbanding IPv4 yang sedang digunakan sekarang. Secara umumnya, IP dikenali sebagai protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-dua alat komunikasi tersebut. Negara bakal menghadapi kesukaran menjelang beberapa tahun lagi apabila alamat IPv4 akan habis digunakan. Sebab utama kepada masalah ini ialah lonjakan ketara jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia - hanya terdapat empat bilion alamat IP sahaja yang boleh digunakan. Dengan keupayaan hanya 32 bit bagi alamat IPv4 yang digunakan sekarang, dijangkakan ruang alamat yang boleh digunakan akan habis antara tahun 2007 hingga 2010. Bagi menyelesaikan masalah kekurangan alamat IP itu, satu alternatif telah dicari dan akhirnya penemuan teknologi baru IPv6 ditemui yang mana akan menggantikan IPv4 pada masa depan. IPv6 membolehkan setiap pengguna Internet di dunia untuk mempunyai 10,000 alamat IP seorang berbanding dengan IPv4 yang hanya membenarkan satu IP untuk 10,000 orang pengguna. Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi telah menubuhkan Majlis IPv6 Nasional pada tahun 2004 untuk meneraju dan membuat perancangan strategik terhadap pelaksanaan IPv6 di Malaysia. Majlis juga telah melantik Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai hos kepada Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6), yang telah diberi tugasan untuk meningkatkan pengetahuan di dalam penyelidikan dan pembangunan IPv6, membantu aktiviti kerjasama dan perundingan dengan pelbagai badan kerajaan dan antarabangsa serta mencipta piawaian dan pembangunan baru dalam teknologi IPv6. Nav6 telah menyediakan pelan komprehensif dengan mengendalikan beberapa kursus, latihan dan seminar kepada orang ramai dan sektor korporat serta pelbagai usaha bersepadu di antara syarikat telekomunikasi, agensi penyelidikan, universiti dan juga pembangunpembangun aplikasi. Dengan adanya rangkaian IPv6 ini, ia akan menempatkan Malaysia di dalam kedudukan kukuh dan paling stabil di dalam dunia teknologi baru. Ketika Internet dibawa ke Malaysia pada tahun 1986, teknologi Internet tempatan telah ketinggalan 10 tahun ke belakang berbanding negara maju tetapi dengan pengenalan IPv6 Malaysia hanya ketinggalan antara 6 hingga 12 bulan. Penggunaan IPv6 dengan 124-bit juga akan meningkatkan aspek keselamatan rangkaian terutama bagi agensi kerajaan dan jabatan pertahanan yang memerlukan sistem yang selamat serta mampu mengendalikan rangkaian yang kompleks. Kelebihan yang ada pada IPv6 dijangka dapat membantu pertumbuhan talian generasi ketiga (3G) dan peningkatan penggunaan jalur lebar di Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful