You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

NAMA NO. KP OPSYEN

: : :

SITI NORLIDA BINTI YAZID 910223-03-5626 6 PISMP (PSV/PJ/PM)

Saya akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 15 Julai hingga 20 September 2013. Melalui pembacaan saya dalam laman sesawang SK Permatang Tok Mahat, sekolah ini pada asalnya merupakan sekolah yang diasaskan oleh pemerintah Inggeris. Menurut cerita yang dikumpulkan oleh penduduk- penduduk kampung yang mengetahui sedikit sebanyak tentang sekolah ini, Sekolah Permatang Tok Mahat adalah sekolah yang tertua di Seberang Perai Selatan. Bangunan sekolah yang pertama didirikan di atas sebidang tanah di Permatang Tok Mahat yang tanahnya tidak lebih 59 kaki panjang dan 28 kaki lebar. Sekolah ini dinamakan Sekolah Permatang Tok Mahat kerana mengambil nama kampung ini. Akan tetapi ianya lebih dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama sekolah itik kerana bangunan yang pertama didirikan rendah sahaja seperti bangsal itik. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan yang bermula pada 15 Julai hingga 20 September 2013. Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Pendidikan Seni Visual dan subjek minor ialah Pendidikan Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 8 Julai 2013 di Blok B, IPGKTB. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh En. Nazri. Untuk

taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum, peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Pengalaman semasa menjadi guru praktikum selama sebulan di SK Permatang Buloh, Kepala Batas sebelum ini diharap sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum di sekolah ini. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa adalah dalam 12 km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendisiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru- guru, murid- murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru- guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti- aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan

perguruan dan Pendidikan Seni Visual serta Pendidikan Jasmani di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like