You are on page 1of 3

Mata Pelajaran Kelas Bidang Topik Sub Topik Objektif Objektif Spesifik

: Sains : Tahun 5 : Menyiasat Alam Fizikal : Tenaga : Keistimewaan Tenaga : Mengetahui kepentingan tenaga kepada manusia : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat menyatakan: Menerangkan kegunaan tenaga pada kehidupan; Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 sumber tenaga utama.

Isi Pelajaran: Keistimewaan Tenaga 1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. 2. Tenaga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan proses-proses hidup seperti bernafas, bergerak dan untuk pertumbuhan.

Rajah 1.1 Kegunaan Tenaga

3. Tenaga juga diperlukan oleh hidupan untuk menjalankan aktiviti dan kerja-kerja harian. 4. Tenaga juga diperlukan oleh bukan hidupan untuk menjadikannya berguna atau berfungsi.

Sumber Tenaga 1. Terdapat pelbagai sumber tenaga, iaitu: a. Matahari b. Bahan api c. Angin d. Makanan e. Air f. Sel kering

Matahari Matahari ialah sumber tenaga yang utama. Ini kerana kebanyakan tenaga adalah berasal daripada Matahari.

Rajah 1.2: Matahari Tahukah anda? Tanpa tenaga, tidak akan terdapat apa-apapun tiada kehidupan, tiada pergerakan, tiada cahaya, tiada haba, dan juga tiada kamu.

Bahan Api Bahan api ialah sumber tenaga yang dijana daripada bahan semulajadi dan juga haiwan dan tumbuhan. Bahan api semulajadi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahan api asli, iaitu bahan api yang tidak boleh diperbaharui dan bahan api bio yang dijana daripada tumbuhan dan haiwan yang boleh diperbaharui Contoh bahan api asli ialah petroleum, gas asli dan arang batu. Angin Tenaga juga boleh dihasilkan melalui angin. Sumber tenaga angin digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik.

Makanan Makanan merupakan sumber tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk membiak, membesar dan berkembang, serta bergerak, bekerja, bermain, berfikir. Manusia perlu mengambil makanan seimbang supaya kekal sihat.

Air Tenaga air merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga air digunakan bagi menggerakkan turbin yang disambung dengan generator sehingga boleh menghasilkan tenaga elektrik. Sistem ini sama seperti sistem tenaga angin Sel kering

Juga dikenali sebagai bahan api buatan. Sel kering ialah sejenis sel elektrokimia dengan elektrolit kelembapan rendah lekit. Ia merupakan sumber tenaga elektrik yang biasa digunakan dalam peralatan elektrik.

Rumusan Hidupan sangat bergantung kepada sumber tenaga bagi melaksanakan sebarang aktiviti harian. Hidupan memerlukan tenaga untuk bergerak, membesar, membiak dan sebagainya. Manusia memerlukan tenaga untuk memasak makanan dan minuman. Kenderaan memerlukan tenaga untuk dihidupkan dan bergerak. Oleh itu adalah penting untuk manusia memelihara sumber-sumber yang boleh menja