You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

LAWATAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Dikelolakan oleh Kumpulan/Unit PISMP 1111 (Sains, Bahasa Melayu, dan Pengajian Sosial)

Dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan
1

LAWATAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK Tarikh/Hari: 20 Februari 2013 (Rabu) Tema: Kredibiliti Pendidik Wahana Sukan Berkualiti 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak institut sekali gus memaklumkan pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung mengenai Lawatan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.

2.0 PENDAHULUAN 2.1 Seiring dengan status institut sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Sukan dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh serta bersepadu maka lawatan ini akan dianjurkan secara bersama oleh guru-guru pelatih dari kumpulan/ unit PISMP1111 (Sains, Bahasa Melayu, dan Pengajian Sosial) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan institut. 2.2 Lawatan ini merupakan sebahagian daripada penilaian dalam kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3112) bagi semua guru pelatih semester lima yang mengambil kursus PJM3112 sebagai elektif dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). 2.3 Di samping itu, lawatan ini turut menjadi salah satu aspek pendidikan yang perlu dikuasai oleh semua bakal guru sebagai penambahan dan pengukuhan pengetahuan pengurusan serta pentadbiran dalam sukan. Secara tidak langsung, guru-guru pelatih dapat memperkayakan pengalaman diri secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

3.0 MATLAMAT Melalui lawatan ini, semua pihak yang terlibat diharap agar mendapat manfaat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pengurusan serta pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan seterusnya dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan, khasnya guru-guru pelatih dan bidang berkaitan bagi pihak yang lain.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Memenuhi sukatan kursus PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. 4.2 Mendedahkan guru-guru pelatih tentang struktur pentadbiran serta organisasi Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. 4.3 Meningkatkan pengetahuan guru-guru pelatih tentang kemudahan serta peralatan terkini yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. 4.4 Mengetahui pengurusan serta pentadbiran undang-undang di Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. 4.5 Mengetahui pengurusan sukan yang disediakan, isu-isu dalam sukan, nilai dan etika dalam sukan serta belanjawan. 4.6 Mengetahui rekod pencapaian sukan dan cara pengurusan pasukan serta prosedur-prosedur mengenal pasti bakat atlet.

5.0 ANJURAN DAN PENYERTAAN

Peserta PISMP 1111 Sains PISMP 1111 Bahasa Melayu PISMP 1111 Pengajian Sosial

Jumlah (orang) 17 22 16

Nama Peserta

(Seperti dalam senarai jawatankuasa)

1. Encik Hamidon Zain bin Mohamad Pensyarah Pembimbing 3 2. Puan Candrawati binti Ibrahim 3. Puan Salmi binti Lilek JUMLAH KESELURUHAN 58 orang

6.0 PENGANGKUTAN Dua buah bas institut.

7.0 BUTIRAN LAWATAN

Tarikh/Masa 20/2/2013 (0815 - 1145)

Tempat Kompleks

Catatan Belia - Taklimat lawatan oleh pihak KBS.

Tindakan Pihak KBS

dan Sukan Negeri - Struktur pentadbiran dan organisasi. Sarawak (KBS) - Pembangunan belia, sukan, dan rakan muda. - Kemudahan sukan seperti kompleks renang dan sebagainya serta peralatan terkini sukan. - Pengurusan dan pentadbiran

kemudahan serta peralatan sukan. 20/2/2013 (1345 - 1700) - Majlis Sukan - Taklimat lawatan oleh pihak MSN/ISN. Pihak MSN/ISN

Negeri Sarawak - Struktur pentadbiran dan organisasi. (MSN) - Kemudahan sukan. - Institut Sukan - Pengurusan dan pentadbiran undangundang. - Pengurusan sukan. - Isu-isu dalam sukan. - Nilai dan etika dalam sukan serta belanjawan. - Rekod pencapaian sukan. - Pengurusan pasukan. - Prosedur-prosedur atlet. kenalpasti bakat dan peralatan terkini

Negeri (ISN)

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung Pensyarah Pembimbing

Pn. Hamsiah binti Abdullah Masni (Pengarah) - En. Hamidon Zain bin Mohamad (Pensyarah Kursus) - Puan Candrawati binti Ibrahim - Puan Salmi binti Lilek

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari

Nurul Nadia binti Redzuan (SN) Felix Rapin ak Stephen Johnson (PS) Blondigel Ansley (BM) Chia Wei Long (SN) Sih Ai Yong (PS) Jacklyn Ming ak Mering (BM)

9.0 JAWATANKUASA KERJA Ting Chek Ming Ketua (BM) Douvislynda ak Sumol (PS) Joanna Rozzana Bonaventure Lutong (SN) Faezah binti Saliman (BM) Kueh Chiau Fen (BM) Mohammad Ghadafi bin Jabri (SN) Nurul Athirah binti Mohamad (PS) Nur Syiefa Khairunnisa binti Zaini (PS) Dokumentasi & Fotografi Juriah binti Musrikh Ketua (BM) Mohammad Faizal bin Khairol Sazali (BM) Muhammad Nurfirdaus bin Narawi (SN) Mohd Samerin bin Jamiludin (SN) Azmeer bin Musa (PS) Keselamatan & Disiplin Mac Henry Lembang ak Saing Ketua (BM) Andrew Olla ak Bil (SN) Felix Soul ak Amny (SN) Ruby Amellina ak Janika (BM)

Buku Program

Grace Enchau ak Minggat (BM) Onesiforus bin Mejit (BM) Mohd Zaki Khalidy Syah bin Umar (PS) Saberi bin Pendi (PS) Makanan Siti Noor Anisah binti Japar Ketua (BM) Siti Norfassehah binti Arifin (SN) Chan Xi Zhen (BM) Jamri bin Atong (SN) Mohammad Khalid bin Arshat (BM) Muhammad Tajuddin bin Jaafar Ali (BM) Dorina Endie ak Jenau (SN) Helen Chia ak Legai (BM) Cenderahati Faten Errana binti Abu Bakar Ketua (PS) Lydia Ng Ka Chui (SN) Syakur Hakim bin Pauzi (SN) Saladbert Jong Soon Mee (SN) Suhana binti Abdullah (BM) Steffilla ak Akkie (PS) Diana Lau Chung Ying (BM) Pengangkutan Norziahwati bin Lattif Ketua (SN) Atika binti Hassan (BM) Mohd Khalid bin Kamsaini (PS) Irene Wong Chai Sia (PS) Tugas-Tugas Khas Audtrey anak Kanchin Ketua (BM) Florence ak Richard Ambam (PS) Elfi Shahrul bin Materang (PS) Hafiyah binti Arni (BM) Abdul Wahid bin Hassan (SN) Mohd Zulfarhan bin Rosmen (PS) Siti Nur Ajjah Khamisnah binti Musa (SN) Hedya Sasha Abdullah (PS) Mageret Lo (BM)

10.0 PERBELANJAAN Tanggungan sepenuhnya oleh guru pelatih PISMP 1111 (SN, BM, & PS).

11.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA (sila rujuk lampiran 01_2013).

12.0 ATURCARA LAWATAN (sila rujuk lampiran 02_2013).

13.0

SYOR/PENUTUP 13.1 Lawatan ini diharap agar dapat membudayakan amalan kerja

berpasukan dan membekalkan ilmu pengurusan serta pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan yang berkualiti dalam kalangan guru pelatih. 13.2 Sejajar dengan itu, lawatan ini perlu disokong dan diberikan kerjasama padu oleh semua pihak agar matlamat serta objektif yang telah digariskan dapat tercapai.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................. (BLONDIGEL ANSLEY) Setiausaha Lawatan Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.

............................................................... (HAMIDON ZAIN BIN MOHAMAD) Pensyarah Pembimbing Lawatan Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan, IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Diluluskan oleh,

.......................................................... (HAMSIAH BINTI ABDULLAH MASNI) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. 7

Lampiran 01_2013: Bidang Tugas Jawatankuasa Jawatankuasa Pengerusi & Naib Pengerusi Senarai Tugas Sebelum: Mempengerusikan mesyuarat. Menyampaikan maklumat terkini. Berurusan dengan pihak luar berkenaan dengan tempoh lawatan yang bakal dijalankan. Mengesahkan surat-menyurat yang dikeluarkan organisasi. Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa lawatan yang bakal dianjurkan. Membuat keputusan hasil daripada mesyuarat. Membuat agihan tugas untuk setiap AJK. Semasa: Memastikan program dijalankan berjalan lancar. Menyelesaikan sebarang masalah atau hal yang timbul semasa lawatan berlangsung. Selepas: Membuat post-mortem daripada lawatan yang telah berlangsung. Sebelum: Mengurus surat-menyurat yang berkaitan dengan lawatan. Menyelaras dan menyelia persiapan lawatan. Menyiapkan kertas kerja bagi lawatan. Memaklumkan AJK pelaksana setiap kali mesyuarat diadakan. Menyediakan surat panggilan/ memo mesyuarat kepada semua AJK pelaksana. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan. Semasa: Memastikan kehadiran para peserta adalah penuh sepanjang lawatan. Selepas: Menyediakan laporan keseluruhan lawatan yang dijalankan. Mengedarkan laporan keseluruhan kepada semua AJK pelaksana untuk simpanan. Sebelum: Mengadakan perbincangan tentang jumlah perbelanjaan yang ingin dikutip. Menyediakan anggaran perbelanjaan. Mengurus dan menyelia perbelanjaan.

Setiausaha & Naib Setiausaha

Bendahari

Keselamatan & Disiplin

Makanan

Dokumentasi & Fotografi

Buku Program

Selepas: Menyediakan laporan kewangan tentang perbelanjaan yang telah dibuat. Sebelum: Mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan berkenaan peraturan sepanjang lawatan dijalankan. Semasa: Menerangkan langkah keselamatan dan peraturan disiplin sebelum berangkat. Mengawal disiplin ahli kumpulan. Memastikan peserta tidak melanggar peraturan disiplin sepanjang lawatan. Memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang lawatan diadakan. Membawa peti keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga semasa lawatan dijalankan. Selepas: Menyediakan laporan disiplin dan keselamatan ahli kumpulan sepanjang lawatan diadakan. Sebelum: Merancang dan menyenaraikan menu makanan untuk peserta lawatan. Berurusan dengan Bendahari untuk perbelanjaan makanan. Menempah makanan untuk ahli kumpulan. Semasa: Mengambil pesanan yang telah dibuat. Mengedarkan makanan kepada semua ahli kumpulan. Selepas: Membuat laporan makanan berkenaan perbelanjaan yang digunakan. Sebelum: Mendapatkan kamera dan perakam video. Semasa: Menangkap gambar semasa lawatan. Merekod video semasa lawatan. Selepas: Mengumpul semua gambar dan video dalam satu dokumen. Burn dokumen dalam CD sebagai rekod. Sebelum: Berbincang dengan Pengerusi dan Setiausaha berkenaan dengan masa, tarikh lawatan dan lokasi lawatan. Menyediakan buku program. 9

Cenderahati

Tugas-Tugas Khas

Pengangkutan

Menyediakan tentatif lawatan. Semasa: Memastikan lawatan yang dijalankan mengikut tentatif yang telah dibuat. Selepas: Menyediakan laporan AJK setelah lawatan dijalankan. Sebelum: Menyenaraikan cenderahati yang sesuai untuk pihak lokasi lawatan. Membuat tinjauan harga bagi cenderahati yang hendak dibeli. Mendapatkan peruntukan kewangan daripada Bendahari. Menyediakan cenderahati yang sesuai untuk pihak lokasi lawatan. Menyimpan resit pembelian cenderahati sebagai bukti rekod pembelian. Semasa: Sentiasa memastikan cenderahati berada dalam keadaan baik. Menyampaikan cenderahati kepada pihak pengurusan lokasi lawatan sebagai kenang-kenangan. Selepas: Menyediakan laporan AJK setelah lawatan dijalankan. Sebelum: Menjalankan arahan serta-merta daripada Pengerusi atau mana-mana Ketua AJK. Membantu Setiausaha sepanjang proses pelaksanaan. Semasa: Menjalankan mana-mana bidang tugas supaya lawatan berjalan dengan lancar. Selepas: Menyediakan laporan AJK setelah lawatan dijalankan. Sebelum: Membuat tempahan kenderaan pengangkutan. Menentukan tempat berkumpul sebelum lawatan. Semasa: Memastikan pengangkutan sampai tepat pada masanya. Selepas Menyediakan laporan AJK setelah lawatan dijalankan.

10

Lampiran 02_2013: Aturcara Lawatan Masa 0700 0730 0800 Aktiviti Berkumpul di Kafeteria, IPGKTAR. Bertolak dari IPGKTAR. - Tiba di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (KBS). - Sarapan pagi. - Taklimat oleh pihak KBS. - Lawatan. Sesi pengambilan foto dan pemberian cenderahati. REHAT Tiba di Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) & Institut Sukan Negeri Sarawak (ISN). - Taklimat oleh pihak MSN/ISN. - Lawatan. Sesi pengambilan foto dan pemberian cenderahati. Bertolak pulang ke IPGKTAR.

0815 1145 1200-1300 1330

1345 1700 1715

11