LAPORAN LAWATAN PROFESIONAL KE MAJLIS SUKAN PAHANG.

Pada 9 Mac 2012 yang lalu, satu Lawatan Profesional ke Majlis Sukan Pahang telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih dari unit Kajian Sosial 1 dan 2, Pengajian Melayu dan Pendidikan Khas PISMP semester 5. Seramai 86 orang peserta telah mengikuti program ini. Tujuan utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk menimba ilmu tentang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama peserta yang menyertai lawatan tersebut. Tempat lawatan yang telah dipilih adalah Majlis Sukan Pahang, Kuantan Pahang. Majis Sukan Pahang telah menjadi pilihan untuk dilawati kerana pada tahun ini, negeri Pahang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan bermula pada 7 hingga 15 Julai nanti. Pelbagai soalan-soalan dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Pahang yang menjadi persoalan dalam kalangan guru pelatih misalnya acara-acara yang dipertandingkan, kriteria pemilihan atlet-atlet yang dilatih dan banyak lagi. Kedatangan kami guru pelatih dan pensyarah pembimbing disambut dengan baik oleh pihak pengurusan dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pahang. sistem pengurusan dan pentadbirannya yang bertaraf kebangsaan. Bukan calangcalang pentadbir yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah yang amat berprestij ini. Kami dibawa untuk mendengar taklimat di bilik mesyuarat. Kami tidak berkesempatan untuk melawat gimnasium dan lapang sasar menembak kerana kesuntukan masa. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran PJ dan sukan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful