P. 1
KSS 3073 Pengujian,Pengukuran & Penilaian

KSS 3073 Pengujian,Pengukuran & Penilaian

|Views: 48|Likes:
Published by Rasyizan B Rejab

More info:

Published by: Rasyizan B Rejab on Aug 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/17/2013

pdf

text

original

Sections

  • PENGENALAN
  • Jangka Masa
  • KEKUATAN DAYA TAHAN
  • Intensiti
  • Jadual A: Kontinum kekuatan – Daya Tahan
  • Daya Tahan
  • Jangka
  • OTOT DARI SUDUT FISIOLOGI
  • Definisi Otot
  • Pengenalan Otot
  • Otot licin terbahagi kepada dua iaitu :
  • Sel Bekerja
  • Sel konduksi
  • Jenis - jenis otot
  • Pengucupan otot
  • i. Jenis-jenis Pengucupan
  • SEJARAH PERKEMBANGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT
  • KAJIAN - KAJIAN YANG BERKAITAN
  • Kajian - kajian lampau
  • Kajian-kajian Terkini
  • Rumusan Kajian
  • KEGUNAAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT
  • LIMITASI UJIAN
  • MATLAMAT UJIAN DAYA TAHAN OTOT
  • OBJEKTIF DAYA TAHAN OTOT
  • UJIAN – UJIAN PENGUKURAN DAYA TAHAN OTOT
  • RUJUKAN

PENGENALAN

Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan kecergasan dari aspek perlakuan motor. Daya tahan otot adalah kompenan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain daripada kekuatan otot, kelembutan dan kelenturan, komposisi lemak badan dan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Ujian daya tahan otot

adalah dalam 3 jenis yang asas dan setiap jenis adalah berkaitan (relative) atau mutlak (absolute).

Menurut Morrow, Jackson dan Mood (1995), dua kategori daya tahan otot adalah seperti berikut ;

i.

Daya tahan relatif Mengukur kebolehan menampung beban kerja secara berulang sehingga yang termampu dilakukan. Contohnya tekan tubi.

1

ii.

Daya tahan absolute Mengukur kebolehan otot menampung beban yang telah ditetapkan secara berulang. Daya tahan absolute mempunyai perkaitan yang rapat dengan

kekuatan otot. Contohnya mengangkat dumbell.

Dalam ujian daya tahan yang berkenaan, otot-otot bekerja dengan bebanan yang berkadar (proportionate) terhadap kekuatan maksima kumpulan otot yang tertentu atau kepada berat badan (Rasch, 1956) (Petikan Corbin dan Linsey, 1985). Dalam ujian daya tahan otot bebas pula, semua subjek akan menggunakan set bebanan yang tertentu. Bebanan tersebut tidak mempunyai perkaitan kepada

kekuatan maksima perseorangan atau kepada berat badan (Stuart dan Graham, 1964) (Petikan Corbin dan Linsey, 1985).

Menurut Corbin dan Linsey (1985), daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu;

i.

Daya tahan otot statik Kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa. Contohnya gaya siku bengkok.

ii.

Daya tahan otot dinamik Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Contohnya tekan tubi.

2

Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Corbin

dan

Lindsey

(1988),

Morrow

(1995),

sependapat

bahawa

penguncupan otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i.

Pengucupan isotonik Kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan otot jenis ini dikenali juga sebagai dinamik atau ‘phasic’. Penguncupan isotonik pula boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

a.

Pengucupan kosenterik Keadaan otot memendek semasa menguncup. Contohnya mengangkat dumbell.

b.

Pengucupan esentrik Keadaan otot memanjang semasa penguncupan. Contohnya semasa menuruni tangga.

3

ii.

Pengucupan Isometrik Otot dalam keadaan statik di mana regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah. Contohnya menolak dinding.

iii.

Pengucupan Isokinetik Pergerakan yang melibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan yang konstan pada otot yang tertentu. Contohnya ialah latihan menggunakan alat seperti mengayuh (rowing) yang mempunyai kelajuan dan rintangan.

Fox, Bowers dan Foss (1988), juga mengkelaskan daya tahan otot berdasarkan penguncupan isokinetik, isotonik, esentrik dan isometrik. Mereka

mendefinisikan daya tahan otot sebagai kemampuan atau kapisiti sekumpulan otot mengekalkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa.

De Vries (1974), mendefinisikan daya tahan otot sebagai kebolehan untuk menghalang kelesuan otot dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Daya tahan otot boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu :

4

telah mengkelaskan daya tahan seperti di atas adalah berdasarkan jenis gentian yang membentuk otot.. Contohnya lari pecut. Daya tahan otot jangka pendek Aktiviti berintensiti tinggi yang dilakukan dalam jankga masa yang singkat.i. berupaya menguncup dengan pantas tetapi kekurangan kapilari darah dan cepat lesu. Gentian ini mempunyai saiz yang besar. Contohnya seorang atlet angkat berat mempunyai gentian ‘fast twich’ dua kali ganda daripada atlet biasa. Daya tahan otot tidak bergantung pada saiz gentian tetapi melalui kemampuan gentian otot itu menguncup secara berulang di dalam keadaan di mana bekalan oksigen diperolehi secara berterusan. Fox. iii. ii. Daya tahan otot sederhana Aktiviti berintensiti sederhana dalam jangka masa dan bebanan yang sederhana. 5 . Oleh itu ia sesuai untuk melakukan aktiviti jangka masa pendek yang berintensiti tinggi. Contohnya larian jarak jauh (LSD).(1988). et al. Daya tahan oto dalam jangka masa panjang Aktiviti yang berintensiti rendah dalam jangka masa yang lama.

Tidak dinafikan bahawa daya tahan otot mempunyai pertalian yang rapat dengan kekuatan. 1947. telah mengkaji kesan latihan kekuatan dan daya tahan terhadap kandungan protein dalam sel otot. Beberapa ahli fisiologi berpendapat bahawa kekuatan otot bergantung kepada jumlah filamen protein (aktin dan myosin) yang membentuk otot itu. Perbezaan hanya dapat dilihat dari segi intensiti dan jangka masa latihan. ATP ADP + P + Energy Sumber : Sienna. tetapi daya tahan otot bergantung kepada jumlah mitokondria dan kecekapan sistem enzim aerobik untuk membekalkan tenaga. One Rap Max. Secara umumnya jenis latihan daya tahan dan kekuatan otot adalah sama.Tugas ini dapat dilakukan dengan baik oleh gentian ‘slow twich’ atau ‘slow oxidative’ yang mempunyai banyak mitokondria dan enzim aerobik untuk membekalkan oksigen dan pembentukan ‘Adenosin Triplospate’ (ATP) dalam jangka masa panjang. pg. Aguide to Begining weight Training. Gordon (1967). Philip A.96. Latihan membina kekuatan melibatkan intensiti bebanan yang lebih tinggi 6 . Beliau mendapati bahawa latihan menambahkan protein pengucupan tetapi mengurangkan enzim aerobik dan mengurangkan protein pengucupan.

Jangka Masa KEKUATAN DAYA TAHAN Intensiti Sumber : Sienna. Bagaimanapun. pg. Perkaitan di antara intensiti latihan daya tahan dan kekuatan dapat dilihat di dalam Jadual A di sebelah. ia adalah latihan kekuatan. Philip A. One Rap Max. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui rajah di bawah . terdapat juga jurulatih yang berpedapat bahawa kekuatan daya tahan otot berada pada satu kontinum yang bertentangan. 1947. 7 . Aguide to BeginingTraining.dalam jangka masa pendek. Latihan yang mengenakan intensiti yang rendah tetapi di dalam masa yang panjang adalah latihan daya tahan. Apabila latihan menggunakan intensiti yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. Jangka masa dan intensiti latihan adalah dua faktor yang membezakan sesuatu jenis latihan sama ada ke arah pembentukan kekuatan atau daya tahan. tetapi latihan daya tahan dilakukan dalam jangka masa yang lebih panjang dengan bebanan yang lebih rendah.96.

Menurut Astrand dan Rodahl (1986). manakala proses 8 . Brain J. Tisu . Oksigen dan sedikit penggunaan lemak Kekuatan Sumber : Repetition Maximum (The maximum weight that can be lifted only once is called 1 RM) Sharkey (1984).tisu penyambung metabolisme Anaerobik (glikolisis) Daya Tahan Jangka Sederhana Latihan Bebanan Sederhana 30-50 RM 2 set Daya tahan dan metabolisma aerobik dan peningkatan kekuatan Tiada peningkatan pengambilan Pengambilan Oksigen oksigen dalam daya tahan otot RM : Daya Tahan Jangka Panjang Melebihi 100 Ulangan Satu Set Melebihi 100 Ulangan Satu Set Enzim Aerobik Mitokondria.Jadual A: Kontinum kekuatan – Daya Tahan Daya Tahan Kekuatan Jangka Pendek Latihan Untuk Kuasa Maksimum Bebanan Berat Preskripsi 6 – 8 RM 3 set 15-25 RM 3 set Kekuatan dan Peningkatan Protein Pengucupan (aktin & myosin) ATP – PC. (1997) Fitness and health. (4 th ed.) Campaing : Human Kinatics. Nisbah ATP / ADP-PC di dalam sel otot meningkat menyebabkan proses glikosis berkurangan. otot mengalami pertambahan mitokondria apabila menjalani latihan daya tahan.

Latihan daya tahan yang dilakukan selama beberapa tahun menyebabkan berlakunya gentian ‘fast twich’ kepada ‘slow twich’. Keadaan ini menyebabkan himpunan laktat meningkatkan simpanan glikogen. insulin.oksida lemak meningkat. Faktor-faktor lain yang menyebabkan 9 . Keadaan ini mempengaruhi daya tahan otot kerana gentian ‘slow twich’ mempunyai keupayaan oksidatif yang lebih tinggi. Selagi kedua-dua proses ini seimbang. Semasa kelesuan. Pengucupan otot melibatkan dua perkara iaitu penggunaan oksigen dan tenaga dan penghasilan laktat dan lain-lain bahan kumuh. Latihan daya tahan yang berterusan juga meningkatkan kecekapan Daya tahan berkait rapat dengan simpanan glikogen. otot dapat bekerja dengan cekap. masa bertindak balas menjadi lambat dan otot mengalami kekejangan (tidak boleh mengendur atau tidak mengendur sepenuhnya) dan keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Pembekalan oksigen menjadi lebih cekap kerana kapilari darah turut bertambah. Keadaan yang tidak seimbang (pengumpulan laktat dan pembuangan bahan kumuh melebihi bekalan oksigen dan tenaga) menyebabkan homeostasis metabolisme otot terganggu. Gangguan ini menyebabkan kelesuan.

Miofibril dibina oleh susunan selang-seli miofilamen tebal nipis dengan kedua-dua hujungnya bersambung. 10 . Miofilamen yang nipis mengandungi dua jalur protein aktin. OTOT DARI SUDUT FISIOLOGI Definisi Otot Otot merupakan tisu-tisu atau organ haiwan yang dicirikan oleh keupayaannya untuk menguncup. Miofibril pula daripada susunan miofilamen yang terdiri dari dua jenis iaitu tebal dan nipis. biasanya sebagai tindakbalas terhadap suatu rangsangan sistem saraf unit asas otot ialah miofibril iaitu suatu struktur berbentuk halus dan berbenang yang terbina oleh protein yang kompleks setiap sel otot atau gentian yang mengandungi beberapa miofibril. Tenaga untuk ini dihasilkan oleh mitokondria yang tersusun padat mengelilingi miofibril.kelesuan termasuklah kekurangan glukosa dalam darah. kehilangan air dan elektrolit serta kebosanan. simpangan glikogen untuk kegunaan sel otot tidak mencukupi. susunan miofilamen berselang-seli akan menggelongsor sesama sendiri dalam susunannya. Semasa pengucupan otot. Setiap miofilamen yang tebal mengandungi beberapa ratus molekul protein myosin.

Pengenalan Otot Semua aktiviti motor manusia adalah bergantung pada penguncupan tisu-tisu otot untuk mewujudkan kuasa gerakan . Otot rangka atau otot berjalur Otot rangka terdiri daripada susunan selari beratus-ratus serat otot individu Rajah 1 : Otot rangka terdiri dari sususan selari beratus-ratus otot individu. & Bartholomew E.170. 2000 : Essentials of Anatomy & Physiology (2nd ed. Gerakan dan aktiviti yang dilakukan ini adalah berpunca dari tiga jenis otot utama pada manusia iaitu : i.) . Sumber : Martini F.F. pg.H. 11 .

Setiap serat otot dikelilingi oleh membran luar yang dinamakan sarkolema. Sistem T terlibat dalam penyebaran potinsial aksi yang 12 .Serat otot individu merupakan sel otot tunggal yang berbentuk silinder. Jalurjalur ini sangat jelas pada mikrograf electron. Pada pertengahan jalur I terdapat garisan hitam dinamakan garisan Z. Selain dari dikelilingi oleh cecair sarkoplasma. Filamen tebal terdiri daripada myosin. Berkas filamen antara dua garisan Z membentuk satu sarkomer. Jika dilihat melalui mikroskop cahaya. srkolema akan bersatu dengan serat tendon yang terlekat pada tulang. Jalur-jalur ini dicamkan dengan huruf. Setiap miofibril mempunyai jalur terang dan gelap yang berselang-seli. setiap miofibril diselubungi oleh satu sistem tiub yang dikenali sebagai sistem membran sarkotubul. bergaris pusat kira-kira 10-100 um dan panjang antara 10-40 cm. Di hujung serat otot. serat otot tunggal mempunyai struku berjalur yang terjadi akibat perbezaan indeks biasan antara jenis miofilamen. Jalur A terbahagi oleh jalur H yang mempunyai darjah Kegelapan yang lebih rendah. Miofibril terdiri daripada dua jenis filamen iaitu tebal dan nipis. Jalur I kelihatan terang manakala jalur A. manakala filamen nipis terdiri daripada tiga jenis protein kontraktil iaitu aktin. Sistem sarkotubul ini terbentuk daripada rangkaian tubul melintang (sistem T) yang timbul dari ivaginasi sarkolema dan tubul membujur (jalinan sarkoplasma atau retikulum sarkoplasma). gelap. tropomiosin dan troponin.

Sel otot licin tidak menujukkan garis-gores silang tipikal seperti yang kelihatan pada sel otot rangka dan otot kardiak. ii) Otot licin atau otot polos Otot licin atau polos merupakan faktor utama sistem saraf automatik. bronkus serta bronchial. otot licin berkebolehan mengecut untuk masa yang panjang pada kadar kekuatan yang sederhana. otot siliari dan kulit (pilomotor). Pengecutannya melibatkan hampir seluruh jisim otot tersebut dan bukan sebagai pengecutan unit motor individu.cepat dari membran sel otot (sarkolema) ke seluruh miofibril otot. Berbeza dari otot rangka yang dapat mengecut dengan kuat untuk masa yang singkat. Retikulum sarkoplasma pula berfungsi sebagai penyimpan kalsium dan mempunyai hubungan rapat dengan proses pengucupan otot. sel otot licin kelihatan berbentuk fusiform atau gelondong dan mengandungi nukleas tunggal yang terletak di tengahnya. iris. Ia didapati pada sistem urogenital. 13 . dinding salur darah. Menerusi mikroskop.

14 . Sumber : Thomas R. Pada umumnya. Berbanding dengan otot rangka. Bagaimanapun. susunan aktin dan myosinnya tidak begitu teratur seperti pada sel otot rangka. sel otot licin dibina khusus yang dipanggil desmosom. Muscle. Akan tetapi.L. Panjangnya berjulat antara 20-500 um bergantung kepada organ di mana ia didapati. Wayne State Universitty. myosin dan trpomiosin tetapi tiada troponin. Setiap otot licin rapat dengan jirannya melalui satu hubungan intersel Seperti sel otot rangka. otot licin tidak mempunyai pertemuan saraf otot yang nyata. otot licin disarafi oleh saraf-saraf simpatetik dan parasimpatetik.Rajah 2 : Struktur otot licin atau otot polos. otot licin yang didapati pada dinding salur darah hanya mendapat bekalan daripada sistem saraf simpatetik sahaja. daripada protein kontraktil iaitu aksin.

Afandi Muhamad. 86. Varikositi yang mengandungi vesikel bahan penghantar akan menghubungi sebilangan sel otot semasa menjalar menghampirinya.Biasanya. 15 . Fisiologi Manusia (Edisi kedua). Ruby Husain. Eferan kolateral ini membentuk sebilangan bonggol atau varikositi (varicocity) sepanjang hujung terminalnya. (1995). serat eferen apabila mendekati otot licin. apabila mendekati otot licin. menjalar serta membahagi kepada beberapa cabang. menjalar serta membahagi kepada beberapa cabang. Sumber : A.s. Rahman. Rajah 3 : Serat eferan. Dipolarisasi terminal akan mengakibatkan pembebasan bahan penghantar ke dalam cecair ekstrasel. M. Eferan kolateral ini membentuk sebilangan bonggol atau varikosoto (varicocity) sepanjang hujung terminalnya. M.

• Sangat peka pada regangan. • • • Terdiri daripada sel-sel individu tanpa jambatan berintangan antara sel. hormon dan agen-agen kimia. mempunyai jambatan berintangan rendah antara sel-sel otot dan berfungsi sebagai satu sinsitim. Otot licin visera atau otot licin unit tunggal. iris. Pengecutan otot licin multiunit berlaku secara setempat dan halus. Otot licin multi unit • Didapati pada jasad siliari. organ gestro usus dan sistem urogenital. secara spontan. suhu. tekanan. • Didapati terutama pada dinding salur darah kecil. • Wujud sebagai lapisan besar. dinding arteri besar dan otot pilomotor di kulit. Tidak mempunyai ritma inheren dan hanya mengecut sebagai gerak balas terhadap rangsangan saraf hormon. perubahan PH. 16 .Otot licin terbahagi kepada dua iaitu : a. Bergerak balas pada rangsangan tersebut b.

Sel Bekerja Sel bekerja didapati pada dinding artrium dan ventrikel adalah sel berukuran 55-100 um panjang dan 10-20 um lebar. 17 . Sel bekerja membina dinding atrium dan ventrikel dan membolehkan jantung berfungsi sebagai satu pam. iaitu sel bekerja dan sel konduksi. Wayne State Universitty. Sumber : Thomas R. Muscle. Rajah 4 : Struktur otot kardiak. Sebaliknya.L. sel konduksi bertanggungjawab ke atas pembangkitan dan penghantaran impuls kardiak yang menyebabkan pengecutan sel bekerja. Seperti kelihatan pada rajah 4 serat- seratnya bercabang dan saling berhubung anatara satu sama lain.i) Otot Kardiak Otot kardiak atau otot jantung Jantung terdiri daripada dua jenis sel otot.

Susunan ini membolehkan otot kardiak mengecut sebagai sel unit tunggal atau sinsitium fungsian. Sama seperti otot rangka. myosin. Serat otot kardiak terdiri daripada miofibril yang mengandungi protein-protein kontraktil aktin. berbanding dengan otot rangka. otot kardiak mengandungi lebih banyak mitokondria. Seperti kelihatan pada rajah 5 sistem konduksi terdiri daripada : 18 . sel konduksi mengandungi hanya sedikit miofibril dan tidak mempunyai sistem tiub T. Sel konduksi Sel konduksi sebenarnya ialah sel otot khusus yang membentuk sistem konduksi jantung. memindahkan daya pengecutan dari suatu unit yang menyentuhinya. membran dari kedua-dua serat itu menempel lalu membentuk struktur khusus disebut diska interkalat. otot kardiak juga mengandungi sistem tiub T. membran dari serat yang berdekantan bercantum dan membentuk apa yang dinamakan reggang gabungan (gap junction). troponin dan tropomiosin. Pada kedua-dua sisi diska interkalat. Gabungan ini merupakan lintasan berintanga rendah bagi pemancaran impuls kardiak dari suatu serat ke serat lain. Diska interkalat mempertahan lekatan antara satu serat dengan jiran sebelahnya dan dengan demikian. Berbanding dengan sel bekerja. Sebaliknya.Pada tempat di mana hujung suatu serat menyentuh hujung serat lain.

Nodus atrioventrikular (nodus AV) yang terdapat pada persilangan septum atrium dengan septum ventrikel. Lintasan internodal yang menuju dari nodus SA ke nodus AV (nodus atrioventrikular).) . iv. Serat-serat purkinje yang membentuk satu jaringan di bawah endokardium pada septum ventrikel dan dinding ventrikel. Berkas His (bundle of His) dan cabang-cabangnya. 2000 : Essentials of Anatomy & Physiology (2nd ed. ii. Sumber : Martini F. i.F.H. Nodus sinoatrium (nodus SA) yang terletak di dalam dinding atrium kanan berdekatan muara vena kava superior. 19 . & Bartholomew E. iii. v.365. pg. Lintasan ini tidak sebegitu nyata seperti bahagianbahagaian sistem konduksi lain.Rajah 5 : Jantung.

Jenis . Otot gerak perlahan oksidatif Juga dikenali sebagai otot merah. kurang jaluran dan mempunyai tempoh pengecutan -pengenduran yang panjang.Berbanding dengan sel bekerja. a. Otot jenis ini sering disarafi oleh saraf motor yang bergaris pusat kecil dan sering diaktifkan dahulu dalam memulakan pergerakan. Penyarafannya. juga adalah besar. 20 . Penyebaran aktiviti elektrik ini disusuli oleh pengecutan sel bekerja. sel konduksi hanya dapat mengecut dengan lemah.otot yang mengawal postur. Sebaliknya ia mempunyai kebolehan menjanakan serta menghantar impuls elektrik. Otot jenis ini adalah sesuai untuk mengecut dengan lama dan membentuk pecahan yang besar pada otot .jenis otot Serat-serat otot rangka berdasarkan sifat mekanikal dan metabolismenya boleh dibahagikah kepada dua jenis yang utama iaitu gerak perlahan oksidatif dan otot gerak cepat glikolitik. mengandungi mioglobin yang banyak. iaitu denyutan jantung. iaitu bilangan serat otot dalam unit motor.

pada masa gerak . Pada tempat pertemuan saraf dengan otot itu dikenali sebagai kepentingan hujungan. Walaupun tiap-tiap otot mempunyai kuasa menguncup dengan sendiri. otot-otot di hadapan tulang pangkal 21 . Perubahan ini menggalakkan tisu otot itu menguncup. satu atau lebih daripada kumpulan otot menjalankan kerja itu.geri. misalnya apabila sendi siku dilipat. Asiltikolin menghasilkan suatu perubahan kimia yang melibatkan sebatian phosfat di dalam otot itu.b. Semasa sesuatu kumpulan otot menguncup. otot yang bertentangan akan mengendur. bergerak balas dengan cepat. Otot jenis ini sangat sesuai untuk menjalankan gerakan yang halus serta terampil.pengenduran otot jenis ini adalah lebih pendek. Tempoh pegecutan . satu bahan kimia astilkolin dihasilkan. berkebolehan mejanakan daya yang besar dan mempunyai hanya sedikit serat otot dalam seunit motor. Oksigen (O 2) dan glukosa adalah perlu untuk kuncupan tersebut. Otot gerak cepat glikolitik atau otot putih Otot jenis ini mengandungi kurang mioglobin. Haba dan tenaga didapati daripada penguncupan itu dan juga penghasilan kumuh. misalnya pergerakan bola mata dan jari-jari. Pengucupan otot Satu utusan dari otak atau saraf tujang mengalir melalui urat saraf motor yang tertentu kepada sesuatu otot. iaitu karbon dioksida (CO 2) dan asid laktik menimbulkan kelesuan otot.

v. Contohnya : Menolak dinding. Contohnya : Mengangkat dumbell. i. ii. b. Sistem tuas. Keadaan metabolisme badan. iv. iii. vi. Baka. Isotonik. Beban yang diterima. Jenis-jenis Pengucupan a. Bilangan gentian yang aktif. Kekuatan penguncupan otot bergantung kepada : i. dinamik dan kosentrik Otot memendek dengan regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang kosten. Panjang asal gentian.lengan akan menguncup tetapi otot di belakang tulang ini mengendur. 22 . Isometrik (ststik) Regangan bertambah tetapi otot tidak berubah.

Contohnya : Latihan menggunakan alatan isokinetik seperti alat mengayuh (rowing). 23 . d.c. Contohnya : turun tangga. Isokinetik Pergerakan yang melibatkan regangan yang maksimum dengan kelajuan yang konstan pada otot tertentu. Esentrik Otot memanjang semasa proses penguncupan.

lain kecergasan fizikal serta keupayaan motor. kuat dan berani. pengukuran daya tahan otot adalah sama dengan pengujian kekuatan otot. rakyat negara tersebut seringkali terlibat dengan peperangan untuk mempertahankan negara mereka. keupayaan berat badan untuk melakukan kerja bergantung kepada pengambilan makanan yang seimbang dan berzat. Oleh itu mereka haruslah sentiasa cergas. Pada akhir pertengahan abad ke-19.SEJARAH PERKEMBANGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT Pada zaman Greek dahulu. Beliau juga mengesahkan wujudnya pertalian di antara keadaan fizikal dan aktiviti otot melalui sejenis alat yang dipanggil ‘Ergograph’. Pada hakikatnya. 24 . Daya tahan otot seringkali dikaitkan dengan kekuatan otot. Menurut Johnson dan Nelson (1986). Mereka juga diarahkan untuk menjalani latihan kecergasan fizikal untuk membina kekuatan dan daya tahan otot mereka. melaporkan bahawa Hitchcock dan Sargent telah membandingkan secara terperinci mengenai daya tahan otot kanan dan bahu terhadap pelajar lelaki. Johnson dan Nelson (1984). Contohnya jenis ujian mendagu dan menekan (dip test) menggabungkan daya tahan. kekuatan otot dan juga lain .

min kapilari sekeliling gentian.KAJIAN YANG BERKAITAN Kajian . Heikine. telah membuat satu kajian bagi melihat kesan daya tahan terhadap metabolisme otot rangka di kalangan lelaki biasa dan yang berumur 50 .70 tahun. Pengambilan oksigen secara maksimum dan kepekatan glikogen otot bertambah. Michel dan Hollman (1977). min kapilari per mm dan kandungan mitokondria dalam setiap gentian adalah lebih tinggi pada wanita yang menjalani latihan daya tahan otot berbanding dengan wanita yang tidak menjalani latihan.KAJIAN . Ini menunjukkan bahawa keupayaan daya tahan otot subjek telah meningkat. Ujian biopsy yang dilakukan ke atas sebelas orang subjek menunjukkan min garis pusat gentian otot.kajian lampau Inger dan Brodal (1978). Souminen. telah mengkaji perbezaan gentian otot wanita yang menjalani ujian daya tahan otot dengan wanita biasa (sedentary). jumlah kapilari per gentian. Liesen. Hasil kajian terhadap 36 orang subjek didapati hasilnya sama yang dialami oleh golongan orang yang lebih muda. Hasil dari kajian ini juga mendapati perkaitan antara latihan daya tahan dengan prestasi kardiorespiretori dan metabolisme tenaga dalam otot adalah sama di kalangan golongan tua dan muda. manakala penghasilan laktat berkurangan. 25 .

Data yang diperolehi menunjukkan kekuatan tidak berkait secara nyata bagi kumpulan subjek yang mempunyai tahap kekuatan yang tinggi. telah mengkaji kesan pengambilan glukosa semasa menjalani latihan panjang.Barnes (1985). Lecroic. Tenaga dari protein dikesan melalui kandungan nitrogen dalam air kencing dan tenaga karbohidrat dan lipid dikira melalui ‘respiratori quotient (RQ). Prinay. Subjek dikehendaki berpuasa sebelum diuji. Mosora. telah membuat kajian mengenai perhubungan di antara daya tahan isokinetik otot dengan tahap kekuatan yang tinggi dan rendah. Lefebvref (1977). 26 . Subjek kemudiannya menjalani beberapa siri latihan ekstensi lutut maksimal untuk menguji daya tahan. Kekuatan didapati berkait secara songsang dengan daya tahan bagi kumpulan yang mempunyai tahap kekuatan yang rendah. Keputusan ini menerangkan bahawa perhubungan di antara kekuatan isokenetik dengan daya tahan otot adalah dipengaruhi oleh kekuatan maksimum semasa sesuatu perlakuan dijalankan. Seramai 37 orang subjek yang tidak menjalankan sebarang latihan telah diuji dengan “Cyber II Isokenitek Dynamometer” untuk mengukur kekuatan otot kaki dominan. Penggunaan sumber tenaga di antara subjek yang mengambil 100 gram glukosa tambahan dengan subjek kawalan telah diteliti.

Glukosa tambahan didapati memberikan 27.2% . mencapai tahap maksimum pada minit 60 . disesuaikan mengikut kaedah “Tecnicon Auto Analyser”.Jumlah tenaga yang dibekalkan oleh glukosa tambahan diteliti dengan menggunakan glukosa C13 sebagai pengesan metabolisme.7. Ia ditunjukkan oleh udara hembusan pernafasan subjek yang kaya dengan C13. (1977). Penggunaan terus meningkat pada satu jam pertama. Kandungan glukosa dalam darah telah diteliti dengan mengambil darah subjek setiap 15 minit dengan menggunakan keadah Hoffmen (1932). Ia tidak terjejas dengan pengambilan glukosa tambahan. Ini secara tidak langsung menunjukkan peningkatan penggunaan tenaga dari substart karbohidrat.90 dan mula menurun selepas itu. mendapati glukosa tambahan yang diambil oleh subjek mula dioksidakan selepas 15 minit pengambilannya. Oksidasi protein menyumbangkan 1% hingga 2% daripada keseluruhan tenaga yang diperlukan.4% daripada keseluruhan tenaga yang digunakan. Prinay et al. Metabolisme aerobik adalah lebih tinggi pada atlet yang Kadar mengambil glukosa tambahan dibandingkan dengan subjek kawalan.. pengoksidaan karbohidrat didapati meningkat pada jam pertama sebelum ia menurun. 27 .

Data kajian ini menunjukkan jumlah karbohidat dalaman yang dioksidakan menurun selepas subjek mengambil glukos tambahan. dan 39% (pada jam kedua). daripada keseluruhan tenaga yang diperlukan dalam ujian itu. (1977). kandungan glukosa didalam darah subjek yang mengambil glukosa tambahan didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti itu berbanding dengan subjek kawalan. Walau bagaimanapun peningkatan jumlah metabolisme karbohidrat itu adalah lebih rendah daripada tenaga yang dapat dibekalkan oleh glukos tambahan. Pada masa yang sama. Kesan ini dapat dilihat dengan nyata selepas 30 minit dan kekal sehingga minit yang ke 150.Oksidasi selular glukosa yang berlaku pada semua subjek yang mengambilnya didapati membekalkan lebih kurang 50% (pada jam pertama). maksimum (10%) pada jam kedua selepas pengambilannya. fenomena inilah yang menyebabkan bekalan karbohidrat dalaman pada subjek yang mengambil glukosa tambahan lebih banyak. Selepas itu kesannya mula menurun. Pengambilan glukosa dapat meningkatkan jumlah metabolisme karbohidrat Peningkatan itu mencapai tahap sekaligus menurunkan pengoksidaan lipid.. Menurut Prinay et al. 28 .

bagi mengukur keupayaan anaerobic atlet lari pecut dan atlet daya tahan. Vourima.tiga ujian itu. keupayaan aerobik dan himpunan laktat telah dibuat di antara ketig a . kuasa laktik. kelajuan maksimum.faktor metabolisme dan saraf otot yang mempengaruhi prestasi anaerobik atlet lari pecut dan daya tahan. Tsintzas. mendapati MART 1 boleh digunakan untuk mengukur faktor ..Kajian-kajian Terkini Atlet pecut dan atlet jarak jauh mengalami keupayaan fisiologi dan biomekanik yang berbeza. telah mengkaji kesan pengambilan karbohidrat (CHO) terhadap metabolisme glikogen bagi satu gentian otot semasa larian dalam jangka masa yang panjang. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa faktor . kuasa alaktik. Vuorima et al.faktor yang mempengaruhi prestasi maksimum kumpulan atlet yang berbeza adalah sukar diukur dengan menggunakan satu ujian. Perbandingan dari segi kuasa. Vahasoyrinki dan Rusko (1996). Williams. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti corak kehabisan glikogen di dalam gentian otot “Type I” dan 29 . (1996). kekuatan otot kaki. Boobis dan Greenhalf (1996). MART 3 dan MART 5). Hakkinen. telah menjalankan tiga jenis ujian ‘Maximal Anaerobic Running Test’(MART 1.

selepas dan ketika berlaku pertembungan masa kelesuan di antara subjek yang mengambil PI dan subjek yang mengambil CHO-E. subjek telah diberi 8 ml/g samada placebo ( PI ) atau 5.5% minuman elektrolit karbohidrat ( CHO – E ) sejurus sebelum larian dan 2 ml/g pada setiap 20 minit kemudiannya. Lapan subjek lelaki dikehendaki berlari di atas treadmill pada tahap pengambilan oksigen maksimal 70% sebanyak dua kali dengan jeda masa seminggu di antara dua percubaan itu. Analisis glikogen di dalam gentian otot “Type I” dan “Type II A” (FG) dan “Type II B” (FOG) di dalam kajian adalah menggunakan Biomekanikal Kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan masa untuk mencapai tahap kelesuan pada subjek CHO .“Type II” semasa kelesuan akibat larian dalam jangka masa yang panjang di antara subjek yang mengambil minuman karbohidat dengan subjek yang mengambil placebo. Kepekatan ATP dan phosphokreatin di dalam otot subjek CHO .E dapat dikekalkan di sepanjang aktiviti. Aktiviti fizikal dan pemakanan subjek dikawal beberapa hari sebelum setiap percubaan supaya kepekatan glikogen otot. Kajian lampau menunjukkan. Biopsi jarum dilakukan ke atas otot vaktus lateralis sebelum. Pada Setiap percubaan. disebabkan kehabisan glikogen pada gentian 30 . berat badan dan status hidrasi subjek berada pada tahap yang sama sebelum ujian dijalankan.E adalah 27% lebih panjang daripada masa 25%.

. Untrained ( UT ). Gulledge dan Huckey ( 1996 ). mencadangkan bahawa pengambilan CHO . telah menjalankan kajian melalui contoh darah. dan didapati testeron di kalangan lelaki ET adalah rendah daripada lelaki sedentary ( UT ). Tsintzas et al. Perubahan ini berlaku mungkin kerana pengoksidaan glikogen dari CHO .E mengikut kaedah yang ditetapkan dapat meningkatkan keupayaan daya tahan atlet semasa sesuatu latihan. Hasil dapatan kajian ini. Endurance Trained ( ET ) mempunyai tahap konsentrasi testeron yang lebih rendah daripada lelaki sedentary. menggunakan ujian ergometer basikal brek angin untuk melihat kemajuan prestasi atlet lumba basikal dan membuat perbandingan prestasi itu ( di makmal ) dengan situasi perlumbaan yang sebenar. Hasil kajian membuktikan bahawa prestasi simulasi subjek di dalam makmal menggunakan ‘Kingcycle ergometer’ untuk jarak 20 km dan 40 km adalah lebih daripada perlumbaan sebenar di jalan raya.E iaitu menghasilkan penambahan kepada gentian otot “Type I” yang melambatkan kehabisan glikogen di dalam gentian tersebut.otot “Type I” dan tahap mencapai kelesuan boleh dilambatkan. Dennis. Hawley. Skor yang diperolehi menunjukkan perkaitan yang rapat di antara prestasi di makmal dan prestasi di jalan raya. ( 1996 ). Kajian lampau menunjukkan daya tahan atlet lelaki. Oleh itu ujian daya tahan ergometer basikal brek angin yang menggunakan sistem ‘Kingcycle 31 . Noakes dan Palme ( 1996 ).

aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan metabolisme lipoprotin dan seterusnya dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari. Svedenhag dan Rolf ( 1996 ). Westbled. tetapi mempunyai satu lapisan protein tambahan. Oleh itu.a yang tinggi telah dikenalpasti sebagai faktor utama kepada penyakit atherrosclerosis. LP ( a ) adalah sejenis serum lipoprotin yang seakan lipoprotin ketumpatan rendah ( low Detensity Lipoprotin – LDL ). Ini menunjukkan bahawa pengukuran daya tahan isokinetik ekstensor lutut adalah berkait rapat dengan pengukuran keupayaan larian treadmill.ergometer’ di dalam makmal boleh digunakan untuk menguji daya tahan otot jangka pendek ( 60 saat ). Pengukuran daya tahan isokinetik ekstensor otot lutut ditentukan melalui jumlah kerja esentrik dan daya tahan relatif konsentrik. Sebagaimana diketahui umum. pengukuran isokinetik boleh digunakan untuk menguji keupayaan larian atlet jarak sederhana ( lelaki ). Kandungan LP . telah menguji kesahan pengukuran daya tahan isokinetik otot ekstensor lutut dengan merujuk kepada keupayaan larian treadmill. Namun begitu. Lipoprotin a. manakala pengukuran keupayaan larian treadmill diukur dengan ‘submaximal VO’ dan jumlah maksimum laktat darah. kesan kecergasan fizikal terutamanya tahap 32 .

Koning dan Von Stein ( 1996 ). telah menjalankan kajian untuk meneliti kandungan LP ( a ) pada 105 orang atlet daya tahan. Hasil kajian menunjukkan atlet daya tahan yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik mempunyai lipoprotin ketumpatan tinggi ( High Density Lipoprotin – HDL ) yang lebih tinggi berbanding atlet kuasa dan sedentary. Helle. 33 . Kuel.daya tahan yang tinggi terhadap konsentrasi LP ( a ) masih belum diketahui dengan jelas. Berg. Namun begitu. 57 orang atlet kuasa dan 87 sedentary. LP ( a ) bagi ketiga .tiga golongan atlet tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecergasan aerobik yang baik yang dimiliki oleh atlet daya tahan dapat meningkatkan kandungan HDL tetapi tidak memberi kesan yang nyata terhadap kandungan LP ( a ). Baumstrak.

mempunyai lebih banyak kapilari dan mitokondria pada setiap gentian serta enzim . Dapatan kajian menunjukkan daya tahan otot pada seseorang individu adalah dipengaruhi oleh jenis gentian otot yang membentuk otot . 34 . kepekatan lipoprotin (a) dalam darah. Atlet daya tahan dapat melakukan sesuatu latihan dalam jangka masa yang panjang kerana garis pusat gentian ototnya lebih besar. perkara ini berlaku ialah : Antara faktor . kadar metabolisme otot.faktor utama i.otot badannya. umur atlet dan bantuan ergogenik dengan daya tahan otot.enzim metabolisme ototnya lebih cekap untuk membolehkan proses glikogen berlaku dengan banyak. kepekatan hormon testeron..Rumusan Kajian Beberapa kajian telah dibuat bagi melihat perhubungan faktor kurang tidur. Bekalan glikogen otot subjek yang diberikan glukosa tambahan lebih banyak daripada subjek kawalan kerana glikogen dari glukosa tambahan dioksidakan terlebih dahulu menyebabkan glikogen dalaman dapat disimpan lebih lama. Kesan pengambilan glukosa terhadap prestasi atlet sering diperbincangkan. (1997). mendapati subjek yang mengambil glukosa tambahan mengikut prosedur kajian ini dapt melakukan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang lebih lama daripada subjek kawalan. Kajian oleh Prinay et al.

( 1996 ). Kepekatan FFA plasma semasa pengambilan CHO . Walaupun kajian ini menggunakan kaedah Biokimia Kuantitatif yang mempunyai ketepatan dan kesahan yang tinggi..ii.. kajian ini hanya meneliti kehabisan glikogen pada tahap kelesuan di dalam gentian otot yang berbeza supaya perkaitan kehabisan glikogen dengan kelesuan otot dapat dikenalpasti. Tsintzes et al. 35 . Tahap glukosa dalam darah mereka didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti berbanding dengan subjek kawalan kerana pengoksidaan glikogen dari glukosa tambahan yang berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada glikogen dalaman. hipotesis ini tidak dapat dibuktikan kecuali kepekatan ATP dan PCr ( phosphocreatin ) d idalam gentian otot “Type I” dan “Type II” dapat dikenalpasti secara langsung. Namun begitu. mendapti pengambilan CHO .E dari kaitannya dengan penggunaan glikogen otot tidak diberikan perhatian di dalam kajian ini. namun masih banyak faktor yang berkaitan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Menurut Prinay et al. (1977). fenomena inilah yang menyebabkan bekalan karbohidrat dalaman pada subjek yang mengambil glukosa tambahan lebih banyak. Keadaan ini melambatkan kehabisan glikogen otot dan secara tidak langsung dapat melewatkan tahap kelesuan atlet. Selain itu.E meningkatkan pengoksidaan glikogen bagi menghasilkan lebih banyak ATP terutamanya pada gentian otot “Type I”.

Pada masa yang sama. vi. Guru dan jurulatih perlu mengetahui beberapa bidang dalam ujian ini di samping kegunaannya. iii. Selepas itu kesannya mula menurun. Di antara kegunaan ujian daya tahan otot adalah seperti berikut : i. Keputusan ujian yang diperolehi boleh dijadikan criteria bagi memilih pelajar untuk sukan atau permainan yang tertentu. KEGUNAAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT Ujian daya tahan otot boleh diimplimentasikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan oleh guru dan jurulatih sukan kerana ujian . ii.ujian ini mempunyai kegunaan yang tertentu. Sebagai langkah bersedia untuk seseorang pelajar atau atlet bagi menghadapi aktiviti yang lebih mencabar. Merupakan salah satu faktor asas dalam ujian kecergasan fizikal. 36 . Untuk mengesan potensi maksimum pelajar atau atlet dalam aktiviti sukan yang tertentu.Kesan ini dapat dilihat dengan nyata selepas 30 minit dan kekal sehingga minit yang ke 150. kandungan glukosa di dalam darah subjek yang mengambil glukosa tambahan didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti itu berbanding dengan subjek kawalan. v. Membantu guru Pendidika Jasmani dan Sukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar atau atlit dalam kemahiran . Untuk memilih aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.kemahiran yang tertentu. iv.

37 . iii. Kebolehpercayaan dan kesahan ujian bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penguji. v. ii. ix. Tidak dapat membezakan di antara pengukuran dan penilaian daya tahan atau kekuatan otot. Sebagai panduan bagi menyediakan program latihan yang sistematik dan efektif. iv. Untuk memotivasikan pelajar atau atlet agar mereka dapt memperbaiki dan meningkatkan tahap kecergasan mereka. viii. Untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan.vii. Penentuan jenis pengucupan otot dalam ujian yang dijalankan. Kejujuran dan kesungguhan subjek dalaman menjalankan ujian. Garis panduan yang mutlak dan protokol semasa menjalankan ujian yang tidak diikuti dengan tepat akan menjejaskan skor. Pengasingan otot – bagaimana hendak mengasingkan otot dan kepastian otot yang sedang diuji. vii. vi. LIMITASI UJIAN Di antara limitasi dan masalah yang ketara berkaitan dengan ujian daya tahan otot adalah seperti berikut : i. Aktiviti memanaskan badan yang tidak sempurna sebelum ujian dijalankan akan menjejaskan ujian.

Norma ujian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan keadaan persekitaran dan subjek . Klasifikasi perkataan ketahanan otot adakah ujian yang dijalankan bertujuan untuk pengukuran ketahanan relatif atau subjektif.viii. xiv. xi.subjek tempatan. Ralat yang terdapat semasa membuat pengukuran akan menjejaskan keputusan. Intensiti dan masa ujian – adakah intensiti bagi ujian cukup untuk masa yang singkat. Kesempurnaan alat yang digunakan untuk ujian. Ada sesetengah ujian ketahanan otot mengambil masa lama untuk dijalankan. xii. 38 . Gangguan daripada subjek lain boleh menjejaskan tumpuan subjek yang diuji. Penguji menggunakan senaman yang menggunakan ketahanan otot dinamik dalam program latihan tetapi mengukur keberkesanan mereka dengan menguji ketahanan statik. x. ix. xiii.

39 . ii. Mengenalpasti limitasi ujian daya tahan otot dan kaedah untuk mengatasinya. v. iv. OBJEKTIF DAYA TAHAN OTOT i. Kepentingan daya tahan otot dalam melakukan aktiviti harian. Mengaplikasikan kaedah . Mengetahui tahap kecergasan sendiri dan membandingkan dengan kecergasan pelajar -pelajar lain. iii. Mengetahui cara melakukan ujian aplikasinya. v. Mengetahui dan memahami sejarah pengukuran daya tahan otot.latihan yang sistematik.kaedah pengelolaan ujian dengan betul. iii.jenis aktiviti khusus. Sebagai pengetahuan bagi ujian daya tahan otot dan latihan .MATLAMAT UJIAN DAYA TAHAN OTOT i. Mengenalpasti jenis . Dapat mengenalpasti potensi dan tahap diri pelajar. Mengetahui konsep dan kepentingan daya tahan otot. iv. ii.

ii.UJIAN – UJIAN PENGUKURAN DAYA TAHAN OTOT i. V. Ujian 1 – Ujian Tekan Tubi/ “Push – Up” Ujian 2 – Ujian “AAHPERD MODIFIED Sit – Up” Ujian 3 – Ujian “Abdominal Curls” Ujian 4 – Ujian Mendagu/ “Pulls – Up” ( AARHPERD 1980 ) Ujian 5 – Ujian Gayut Siku Bengkok/ “Flexed – arm Hang” (AAHPERD) Ujian 6 – Ujian “Half Squat Jump” Ujian 7 – Ujian Burpee/ “Squat Thurst” 40 . Vi. iV. iii. Vii.

M. Barnes. D. J. & Cark. Holm.. (1985).. September 1992. S. A. (1997). C. V. 467 – 470 Johnson. Margeret. J. Welmo.).. A competition of strength and muscle endurance in strength-trained and untrained women.. Bylund. Andel. 151 – 169. Recreation and Dance.RUJUKAN Astrad. Baumgartner. Isokinetic endurance of men of high an low strength. Angquist. Corbin. W. Glaucia. & Schersten. Out with the sit-up. Brodan.. A.... J. & Veselkova.. Michel. K.. Journal of Physical Education. Hakkinen. 67. Bjuro. T. Research Quarterly of Exercise and Sport. K. (1993). 60. Suominen. S. M. Effects of 8 weeks’ endurance training of skeletal muscle metabolisme in 56-70 year old sedentary men. D. European Journal of applied Physiology and Occupational Physiology. K. Textbook of work physiology: Physiology based of exercise (3rd ed). March 1995 supplement. & Rodahl. 35. Pp 227-283. W. E.. Huczel. C. H. T. Physical Training in Man: Skeletal muscle metabolisme in relation to muscle morphology and running ability. B.. Liesen. T. Lundholm. E. The difficulty of sit-up tests: An empirical investigation. G. 26. Brown Publishers. Practical measurement for evaluation in physical education.. European Journal of applied Physiology an Occupational Physiology . 37.. J.. Minneapolis.. Dubuque. K. L. Pp A-47 – A-48. Teisinger. A. 64 (6). B. New York: McGrwaw-Hill. Kuhn. (1986). H. A. H. (1992). (1981). & Nelson. 173-180.. P. Minnesota: Burgess Publishers Co. (6th ed). Bass. & Hollmann. European journal of applied Physiology an Occupation Physiology. Concepts of physical fitness with laboratories. (1985). & Lindsey. C. Sjostorm. (4th ed.. 62 – 66.. (1986). R. (1992). inc. P. Z. Research quarterly for Exercise and Sport .O. Iowa: Wm. in with the curl-up. M. Cederblad.. (1997).. Objectivity and reliability of 90 degree push-up for college students.. & Liru. Effects of sleep deprivation on the activity of selected metabolic 41 . MacFarlane. A. Vondra. A. (1995).C. A. Z. Perceptual and Motor Skill... K. H.

42 . M. & Wilson. Ross. Ruby Husain. J. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti dn. European Journal of Applied Physiology an Occupational Physiology.enzymes in skeletal muscle. European Journal of Applied Physiology and Occupational Physiology. Bhd. Fisiologi manusia (Edisi Kedua). S.. London: Longman Group Limited. (1973). Capillary of skeletal muscle fiber in untrained and endurance trained women. 41-46. 47. Raman. P. Ingjer. J. 291-299. Pp 20. A. & Brodal. (1995).). Foundation Of Anatomy and Physiology (4th Ed. (1978).. K. 38. M/s 41. F. Afandi Muhamad.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->