SAM HULU LANGAT CHERAS SELANGOR

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2009 BANGUNAN BERSEJARAH, BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Nama Murid: ____________ No K/P : ____________ Nama Guru:_____________

ELEMEN SATU

TEMUBUAL Saya :Ayah, boleh tak saya ingin menanyakan beberapa soalan yang berkaitan tentang Bangunan Sultan Abdul Samad? Ayah: Boleh saja..Tanye jelah. Saya:Bilakah bangunan ini dibina? Ayah: Kalau tidak salah, bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 dan siap pada tahun 1897. Saya: Dimana letaknya lokasi bangunan ini? Ayah: Bangunan ini terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur Saya: Apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka (1957)? Ayah: Sebelum merdeka, bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Pentabiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,Pejabat Residen-General dan Pejabat besar pos. Saya: Apakah bahan utama binaan bangunan ini? Ayah: Batu, simen, dan kayu Saya : Baiklah ayah,Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayah kerana sudi ditemu ramah. Ayah: Sama-sama

M A J A L A H

I N T E R N E T

E N S I K L O P E D I A

S U R A T KHABAR

BUKU I L M I A H

E L E M E N 2

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6

ISI KANDUNGAN TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1. nama bangunan 2. latar belakang 3. keistimewaan bangunan

HALAMAN 1 2 3 4 5 6

7 8 9

4. kejayaan bangunan RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

15 16 25

PENGHARGAAN

Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini secara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya,__________ DAN __________ kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah saya, Puan ____________kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada saya bagi menjalankan kajian ini. Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya ___________ kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah:-

1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang dipilih. 2. Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan sejarah bangunan yang dipilih. 3. Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai pelbagai sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih. 4. Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:1. Rujukan – Saya telah merujuk dan menganalisi maklumat dari buku-buku ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.

2. Media – Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.

3.

Pemerhatian –Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.

4. Temu bual Orang Sumber – Saya telah menemubual ayah saya, Razali Bin AbdulHamid yang bertugas di bangunan tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan itu.

HASIL KAJIAN
1.NAMA BANGUNAN Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini dinamakan sebagai bangunan Sultan Abdul Samad bersempena nama sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali sebagai jam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30 Ogos 1957, tepat jam12 malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita. Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. 2.LATAR BELAKANG Asal-usul Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada tahun 1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya. Perletakan batu asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor Negeri-negeri Selat pada 6 Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah dipersetujui.

Pengasas

Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh jurutera C.E SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini. Tarikh Pembinaan Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu asas bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina pada tahun 1897. Lokasi Bangunan ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Tujuan penubuhan bangunan Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office). Kos pembinaan Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk tujuan pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000 ringgit sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu. Perasmian Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM pada tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.

3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN

Reka bentuk pelan Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama pembinaanya di rantau ini.

Bahan binaan Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan

penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50 tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Pengubahsuaian Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984. Hiasan dalaman Di dalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup.

Kegunaan dahulu dan sekarang

Pada zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat Pos. Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri Selangor, iaitu meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am, tempat Majlis Mesyuarat Negeri dan Pejabat Pos. Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Cara pembinaan Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894 1897, cara pembinaannya lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.

4.KEJAYAAN YANG DICAPAI BANGUNAN

Politik

Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor dan tempat majlis mesyuarat negeri sehingga tahun1978. Ekonomi Bangunan ini telah menjadi tarikan pelancong dalam mahupun luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dal;am bidang ekonomi. Sosial Bangunan ini telah menjadi tempat sambutan kemerdekaan negara kita setiap tahun. Pada ketika itu, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum dinegara kita. Pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian-tarian kaum dan etnik tertentu dapat memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatupadu walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu dapat menambah pengetahuan mengenai segala kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita.

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat

Bawah)

(Pelan Tingkat

Satu)

(Pelan Tingkat

Dua)

(Pelan Tingkat

Mezan)

RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan

ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Saya sedar betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia yang banyak meninggal kesan peninggalan sejarah yang sang unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat masa akan datang. Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyatnya untuk terus berusaha untuk mengekalkan kesan peninggalan sejarah ini. Kerja kursus ini juga mengajar erti kerjasama,kesabaran dalam menghadapi cabaran yang menimpa sepanjang proses menyiapkan folio ini dan mengajar saya supaya mengambil iktibar dari sejarah lampau berdasarkan sejarah bangunan ini.

RUMUSAN Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai. Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari

maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini. Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

LAMPIRAN

(gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)

(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

(Batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad)

Tampak

TAMPAK HADAPAN

TAMPAK BELAKANG

TAMPAK KIRI

TAMPAK KANAN (tampak bangunan Sultan Abdul Samad)

Rujukan

1. internet – • • • • http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM http://www.virtualmalaysia.com/destination http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad

1. buku ilmiah – • Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik. • Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd. 2. ensiklopedia• Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia, Dawrna Sdn.Bhd. 3. majalah• Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran Shah Alam,Selangor 4. surat khabar • • Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7 Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28

E L M E N 3

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara di tanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Kuala Lupur iaitu bangunan Sultan Abdul Samad dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolongmenolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan Tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan demi memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.

Senarai Sumber
(x t’msok dlm folio aw,ni bhn rujukan tok elemen 1) a) BUKU ILMIAH • Nama Pengarang Tahun Terbit Tajuk Buku Tempat Terbit Penerbit : J.M Gullick : 1994 : Images of Asia, “Old Kuala Lumpur” : New York, United States. : Oxford University Press

b) AKHBAR • Nama Akhbar Tarikh Halaman : Sunday Metro : 8 Februari 2009 : M/s 6

c) MAJALAH • Nama majalah Tarikh Halaman : Virtual Malaysia : 4 Oktober 2007 : 78

d) INTERNET • Bangunan Sultan Abdul Samad, http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina% Web% 20v 2/b_ bersejarah/bsuitanabdulsamad • Warisan Malaysia, http://daftarwarisan.gov.my/admin/mypicture/20070627_ 042145_ 16020_Pelan%20Lokasi... • Bangunan Bersejarah, http://daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan _keb_home& subpage=show_detail&... • Sejarah Malaysia, http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section= srn05&spesifik_id=41&ttl_id

e) ORANG SUMBER • Nama :xxxxxx

Umur :xxxxx Alamat :xxxxx

f)

TELEVISYEN • Tajuk program Tarikh Masa Rangkaian :Ezzy Sunday: Kembara Destinasi :19 April 2009 :11.00 -11.30 pagi :RTM

LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak berpengalaman dalam bidang ini. Nama beliau ialah xxxxxxxxxxxxx.Beliau tinggal di xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad kepada saya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893 dan merupakan bangunan termahal pada suatu ketika dahulu. Di samping itu bangunan ini juga merupakan bangunan terbesar dan tercantik pada suatu ketika dahulu.Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad. Bangunan bangunan ini bendera Union Jack diturunkan pada malam Merdeka dan menjadi pengisytiharan Kemerdekaan. Bangunan ini dahulunya digunakan sebagai pejabat kerajaan negeri. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Kemerdekaan dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara telah disambut berhadapan bangunan tersebut. Setakat ini sahajalah yang saya dapat saya peroleh hasil daripada temubual saya bersama responden. ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Di hadapan