You are on page 1of 11

1.

1

JENIS PENILAIAN Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik untuk

mendapatkan maklumat dan data pelajar khususnya maklumat dan data prestasi pelajar. Bagi penilaian bahasa merupakan cara untuk mengesan pencapaian, kemajuan, penguasaan dan juga kebolehan pelajar dalam berbahasa. Terdapat tiga jenis penilaian bahasa yang boleh dilaksanakan menurut buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu peniaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaianpenilaian ini merujuk kepada beberapa tujuan. Tujuan bagi penilaian mengesan penguasaan untuk mengesan kelemahan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Penilaian ini boleh dilaksanakan melalui beberapa aktiviti seperti ujian formatif. Manakala penilaian mengesan kemajuan pula bertujuan mengesan kemajuan pelajar tentang kemahiran yang diajar agar dapat menentukan siapakah yang memerlukan aktiviti penggayaan dan pemulihan. Bagi penilaian mengesan pencapaian pula bertujuan mengesan pencapaian pelajar untuk menentukan kedudukan pelajar dalam kumpulan sama ada berada dalam tahap lemah, sederhana atau cemerlang. Walau bagaimanapun, jenis penilaian bahasa juga boleh diuji melalui kefasihan, bakat dan perkembangan. Contohnya, guru boleh menilai penggunaan bahasa pelajar dengan mengadakan ujian lisan secara individu atau dilaksanakan secara berterusan di dalam kelas ataupun di luar melalui pemerhatian guru terhadap pelajar. Berdasarkan tugasan, SJKC Tah Tong telah menggunakan beberapa jenis penilaian bahasa dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah ujian pencapaian yang mana bertujuan mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai topik yang diajar. Ujian pencapaian ini kebiasaaanya dibuat seperti ujian formatif yang mana bagi mengesan kefahaman pelajar secara serta-merta dan mengambil masa yang singkat dan cepat.

1

Contohnya di SJKC Tah Tong telah memberikan satu ujian tambahan pada setiap akhir pengajaran kepada pelajar dalam bentuk lisan. Penilaian ini bertujuan menilai kemahiran mendengar dan bertutur serta komunikasi pelajar secara individu ataupun berkumpulan. ujian kecekapan juga ada dijalankan bagi pelajar tahap dua iaitu pelajar tahun 4. Selain itu.Selain itu. Ujian ini dikatakan bertujuan mengesan punca masalah ketidakfahaman pelajar dalam sesuatu topik. 5 dan 6. Di samping itu. teka silang kata yang mana memerlukan penguasaan kosa kata yang luas oleh pelajar. guru akan 2 . ujian diagnostik juga pernah dijalankan di sekolah tersebut ketika prestasi merosot. Hal ini bertujuan mengesan kelemahan pelajar dalam sesuatu topik dan memperbaiki kelemahan tersebut pada masa ketika itu. Kebiasaannya guru akan menetapkan kadar masa yang singkat untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan jawapan yang tepat. Skop soalan ujia juka sangat luas dan tidak tertumpu pada satu tajuk sahaja. Contohnya. Ujian ini dipanggil sebagai ujian bulanan. Contohnya. Satu lagi jenis ujian penilaian bahasa yang dijalankan kepada pelajar ialah penilaian lisan. menyataka bahawa ujian formatif dilaksanakan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran tamat dan diberi sama ada dalam bentuk kuiz ataupun menjawap soalan subjektif atau isi tempat kosong. Bagi ujian sumatif pula dilaksanakan sebanyak tiga bulan sekali dan setiap penggal. ujian pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Menurut Puan Siti Norizan. guru sekolah tersebut juga ada menggunakan jenis ujian prestasi seperti ujian tambahan yang mana bertujuan untuk mengukur keupayaan pelajar melaksanakan tugas dengan baik. Ujian yang menjadi satu kelaziman bagi setiap sekolah ialah ujian formatif dan ujian sumatif. Seterusnya. guru juga memberi set soalan ringkas yang memberi fokus kepada topik pengajaran malah skop soalannya juga tidak terlalu luas tetapi spesifik. Ujian kecekapan ini bertujuan mengukur tahap kecekapan pelajar dalam melaksanakan tugas. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan kepada pelajar dalam masa yang singkat dan segara. Hal ini bertujuan mengesan kefahaman pelajar dan menentukan tahap pelajar dalam kumpulan masing-masing.

3 . Hal ini bertujuan untuk menilai kefahaman pelajar terhadap teks yang dibaca.memberikan satu teks bacaan untuk dibaca dengan lancar dan satu sesi soal jawap berdasarkan teks akan diadakan.

kemajuan dan pencapaian pelajar dalam kemahiran bahasa. Malah memberi fokus kepada sebutan perkataan yang terdapat dalam teks tersebut dengan betul dan tepat. kebiasaan guru Bahasa Melayu akan memulakan pengajaran dengan mengarah pelajar untuk membaca satu perenggan daripada teks yang diberikan untuk meningkatkan kelancaran pelajar dalam membaca teks bahasa Melayu. semakin rendah tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran berbahasa. Hal ini merujuk kepada lembaran kerja pelajar yang direkodkan dan penilaian dibuat terhadap hasil kerja dalam penulisan terutamanya dalam kekemasan tulisan dan struktur ayat dalam ayat atau karangan.2 KAEDAH PENILAIAN Penilaian bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan bertujuan mengesan perkembangan.1. penilaian dilakukan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran melalui soalan jawap dan pemerhatian guru terhadap kefahaman pelajar di dalam kelas melalui respon pelajar apabila ditanya. Penilaian melalui pemerhatian juga dinilai melalui tugasan berkumpulan. Selain itu. Penilaian ini menggunakan sistem band yang mana semankinnrendah band yang diperoleh oleh pelajar. SJKC Tah Tong telah menggunakan kaedah penilaian bahasa secara lisan yang bersifat terus dan menggunakan teknik soal jawap. Seterusnya. kebolehan. Contohnya guru meminta pelajar untuk mencari perkataan tersembunyi dalam satu gambar rajah dan tugasan tersebut dilaksanakan secara kumpulan. kaedah penilaian bahasa juga dibuat dengan menggunakan kaedah penilaian seperti portfolio. kaedah penilaian bahasa juga boleh dinilai melalui portfolio dan pemerhatian. Satu penilaian bahasa yang dilaksanakan ke atas pelajar tahun satu dan dua ialah Instrument Pentaksiran Standart Prestasi Bahasa Melayu. Berdasarkan soalan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Dalam buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2011: 63) ada menyatakan bahawa kaedah penilaian bahasa terbahagi kepada dua iaitu penilaian bahasa secara kontrak dan penilaian bahasa melalui soalan jawap. Tambahannya lagi. mengesan kelemahan dan 4 . Selain itu. Pemerhatian dibuat melalui komunikasi dalam kalangan pelajar terutamanya penggunaan bahasa yang betul dan tepat.

daripada perkataan tersebut. Kemudian. amali. penilaian turut dijalankan melalui kuiz di dalam kelas sama ada guru memberi kuiz dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Menurut guru Panitia Bahasa Melayu sekolah tersebut. Contohnya guru menyediakan satu set soalan mudah. penilaian difokuskan kepada perbendaharaan kata yang diketahui oleh pelajar. kemahiran literasi komputer dan kemahiran mereka cipta. pelajar diminta membuat satu buku skrap berkaitan pantun dan menulis empat rangkap pantun sebagai salah satu cara penilaian bahasa yang menilai hasil kerja pelajar. Begitu juga dengan satu penilaian yang dibuat dalam bentuk permainan iaitu teka silang kata. pelajar diminta untuk membina ayat dengan struktur yang betul. Malah penilaian melalui pemerhatian juga dilaksanakan untuk mengesan pencapaian selepas sesi pembelajaran berakhir yang dijalankan secara individu. 5 . kemahiran manipulatif. Contohnya. amalan. Lanjutan itu. Dalam hal ini. penilaian melalui pemerhatian juga dinilai dalam pelbaga aspek antaranya ialah sikap.kekuatan selepas tamat sesi pengajaran sama ada secara individu atau pun berkumpulan. kemudian diberikan kepada pelajar untuk dijawap dalam masa yang tertentu. Sekolah tersebut juga ada melaksanakan penilaian kontrak yang mana satu tugasan secara berkumpulan dan individu diberikan kepada pelajar dalam bentuk projek.

pembinaan set soalan yang merujuk kepada JSU ini merupakan pembinaan soalan ujian sumatif yang mana mempunyai aras kesukaran tertentu. buku teks atau pun daripada contoh soalan peperiksaan tahun lalu bertujuan untuk menguji semula kefahaman pelajar tentang tajuk yang diajar. kebiasaaannya soalan ini dibina bertujuan menilai kefahaman pelajar secara cepat di samping mengesan kelemahan pelajar dalam memahami topik tersebut. struktur dan esei. Selain itu. pembinaan soalan sumatif juga kebiasaan dibina berdasrakan topik yang telah disenaraikan dan skop soalannya tidak terlalu terperinci pada sesuatu topik sahaja. sintesis dan penilaian. Hal ini berkemungkinan. Skop soalannya juga tidak terlalu luas seperti ujian sumatif yang mana merangkumi semua topik pengajaran dalam satu penggal. ada beberapa topik yang tidak akan tersenarai untuk diuji dalam pembinaan soalan tersebut.3 PEMBINAAN UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF Berdasarkan temubual bersama mentor saya iaitu Puan Siti Norizan. Dalam pada itu. Antaranya merujuk kepada Jadual Spesifikasi Ujian.1. Kebiasaannya. Tambahan daripada mentor tersebut. Setiap aras ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza dan dibina bermula dengan tahap kesukaran yang paling rendah. ada kala soalan yang dibina digubah daripada contoh set soalan peperiksaan yang diambil daripada buku latihan. soalan sumatif juga dibina mengikut topik tertentu. 6 . pembinaan soalan sumatif juga dibina tiga bahagian utama iaitu objektif. Ketiga-tiga bahagian ini juga dibina berdasarkan JSU di mana mengikut topik tertentu untuk penilaian kefahaman pelajar. menyatakan bahawa pembinaan ujian Bahasa Melayu berdasarkan set soalan ujian formatif dan ujian sumatif dibina mengikut beberapa cara. Pembinaannya soalan tersebut juga merangkumi beberapa tajuk yang terkandung dalam isi kandungan pengajaran. Sehubungan itu. Bagi set soalan formatif pula. yang mana lebih memberi fokus kepada penilaian mengikut topik atau tajuk dalam isi pengajaran secara spesifik. Hal ini merujuk kepada Taksonomi Bloom yang mana mempunyai 6 aras utama iaitu pengetahuan. aplikasi. analisis. kefahaman.

Dalam masa yang sama. pembinaan salam formatif tidak mengikut JSU tetapi dibina berdasarkan buku teks atau diambil daripada buku latihan secara terus. Set soalan yang dibina oleh guru sendiri kebiasaannya bersifat mudah dan hanya menjadi satu latih tubi untuk menguji kefahaman pelajar.Menurut guru Panitia Bahasa. ada juga set ujian formatif dibina oleh guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu sendiri. 7 .

2. Guru yang telah banyak pengalaman. dapatlah saya katakan bahawa pengalaman guru merupakan faktor penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar.1 FAKTOR PENGALAMAN GURU DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Berdasarkan temubual dan pemerhatian di sekolah terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Sehubungan itu. seorang guru yang berpengalaman juga menguasai banyak pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu. penguasan pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru merupakan suatu bonus kerana dapat mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dsn pembelajaran di dalam kelas dan diluar kelas. Selain itu. 8 . Melalui pengalaman guru juga. Sekali gus dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu tajuk pengajaran. contohnya formula dan isi penting yang diakronimkan supaya pelajar mudah ingat atau bentuk peta minda yang mudah dan menarik. Hal ini sangat membantu dalam menarik minat pelajar untuk terus memberi fokus ketika P&P sedang dijalankan. Memetik peribahasa “jauh perjalanan. mereka kebiasaannya berani dan mampu mengadakan kelas tambahan atau tusyen kepada para pelajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isi pengajaran sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Hal ini demikian kerana guru yang berpengalaman lebih cekap dalam membina aktiviti yang sesuai mengikut isi pengajaran. Rancangan Pengajaran Harian dapat dirancangan dengan baik dan memastikan perancangan berjalan dengan lancar. Hal ini dapat mengelakkan daripada berasa bosan. luas pemandangan”.0 PENULISAN AKADEMIK 2. guru yang berpengalaman juga mahir dalam bidang yang dipelajari dan mampu membina satu jalan atau cara yang mudah untuk difahami dan dingat pelajar. mempunyai kesinambungan dengan pengalaman seseorang guru dalam mengajar bahasa Melayu.

baik dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Mereka juga mempunyai banyak teknik atau cara untuk membantu dan memudahkan pelajar menjawap soalan dengan cepat dan tepat. guru yang berpengalaman ini juga mahir dalam menyesuaian penggunaan laras bahasa ketika mengajar. Begitu juga dengan kemahiran komunikasi guru yang berpengalaman. Dalam pada itu. pelajar akan cepat dan mudah untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan baik dan cepat. Oleh itu.Dari sudut motivasi pula. 9 . guru yang telah mempunyai pengalaman lebih cakna dan prihatin dengan pencapaian dan kemajuan pelajar malah cepat bertindak dan mempunyai banyak cara untuk membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Guru Besar sekolah tersebut telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik terhadap saya dan rakan-rakan khususnya dalam mendapatkan maklumat dan data sekolah. Pontian. mentor yang disediakan meurpakan seorang guru berbangsa Melayu dan ini membantu dalam memudahkan proses komunikasi antara kami. Walau bagaimanapun. Seperti PBS yang pertama. Walau bagaimanapun. Kami telah disediakan seorang mentor yang merupakan guru Panitia Bahasa Melayu oleh guru besar sendiri. kami juga senpat bertanya tentang cara pembinaan soalan formatif dan sumatif dibina.REFLEKSI Alhamdulilah. bagaimana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dijalankan walaupun bilangan guru bahasa Melayu yang benar-benar mahir berbahasa Melayu adalah sedikit. Kami telah melakukan beberapa sesi temu bual dan perbincangan dengan mentor tentang bagaimana penilaian bahasa dijalankan di sekolah SJKC Tah Tong. Namun begitu. Malah. 10 . Di samping itu. bermula pada 2730 Ogos 2012 di SJKC Tah Tong. banyak pengalaman baru yang diperoleh apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama saya menjalankan PBS di SJKC. Johor. Semasa saya melaksanakan tugasan ini. Alhamdulilah. pemerhatian dan perbincangan bersama guru-guru atau kakitangan sekolah. terdapat sedikit kesulitan yang berlaku terutamanya dalam komunikasi kerana sekolah tersebut menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. syukur ke hadrat Illahi atas keizinannya saya dapat menyelesaikan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama empat hari. Saya telah melaksanakan tugasan ini bersama empat orang rakan yang sama major dengan saya tetapi dari kelas yang berbeza. Terdapat beberapa perkara yang telah kami laksanakan secara individu dan berkumpulan. pihak sekolah juga berasa berbesar hati menerima kehadiran kami walaupun pada mulanya agak keberatan kerana surat makluman tidak sampai ke pihak sekolah segera. pengumpulan data dan maklumat sekolah perlu dibuat melalui temu bual.

Selain itu.Banyak ilmu dan pengetahuan baru yang diperoleh melalui perbincangan tersebut. melalui penerangan mentor kami. ujian lisan juga ada dijalankan tetapi tidak mengikut tarikh tertentu. ujian lisan ini dijalankan sepanjangan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun diluar kelas. menurut Mentor kami. ujian formatif kebiasaan dijalankan sebagai sahaja sesuatu topik pengajaran selesai diajar yang mana bertujuan menguji kefahaman pelajar mengikut skop yang kecil tetapi lebih spesifik. Antaranya penilaian bahasa yang dijalankan di sekolah tersebut. guru akan mengarah pelajar membaca petikan 11 . Manakala ujian sumatif pula dilaksanakan mengikut penggal yang mana bertujuan untuk menilai kemfahamn pelajar tetapi dalam skop yang luas dan tidak spesifik kerana merangkumi pelbagai topik. penilaian bahasa Melayu dijalankan melalui dua ujian utama iaitu ujian sumatif dan ujian formatif. Apa yang dinilai ialah kefasihan berbahasa pelajar dalam menggunakan bahasa Melayu dengan tepat. Contohnya di dalam kelas.