You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan segala limpah kurnia-NYA, saya masih lagi meneruskan

pengajian saya dalam bidang ijazah sarjana muda perguruan yang bakal berakhir hujung tahun ini dan telah berjaya menamatkan fasa praktikum yang terakhir iaitu selama tiga bulan di SK Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah. Selain daripada itu juga, saya bakal memulakan sesi internship pada 30 Jun 2013 dan dijangka tamat pada 25 Julai 2013 di sekolah yang sama.

Walaubagaimanapun, semasa fasa internship ini, saya akan lebih menumpukan kepada pelaksanaan projek-projek di sekolah dan melaksanakan kajian tindakan (Action Research). Sesungguhnya, seperti praktikum fasa ketiga dahulu, saya meletakkan harapan yang tinggi sepanjang tempoh sebulan “berinternship” di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah. Pertama sekali, saya berharap saya dapat memberikan kerjasama kepada semua warga sekolah ini. Kerjasama yang saya maksudkan ialah dengan melibatkan diri dalam semua program yang dijalankan di sekolah kelak. Memandangkan jangka masa Internship ini jatuh pada Bulan Ramadhan, semestinya pihak sekolah telah merangka pelbagai program-program berbentuk kerohanian. Harapan saya ialah dapat memberikan sedikit sebanyak bantuan dari segi kudrat mahupun buah fikiran bagi memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun bantuan saya itu tidaklah sebesar mana tetapi sedikit sebanyak mungkin dapat menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program tersebut. Itu yang saya harapkan di sekolah ini. InsyaALLAH. Selain daripada itu, saya juga berharap saya dapat menimba ilmu seberapa banyak yang mungkin di sekolah ini. Saya berharap dengan bergelar seorang guru di sekolah ini, saya dapat memahami dan mengetahui selok belok ilmu dalam dunia pendidikan seperti dari aspek pentadbiran seperti sistem data peperiksaan dan urusan surat-menyurat. Tambahan pula, dengan pengenalan kepada kurikulum yang baru iaitu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) memerlukan saya sedikit sebanyak mendalami pengetahuan baru ini daripada guru-guru di sekolah yang lebih arif. Ini kerana, pada tahun 2014, apabila saya ditempatkan di sekolah kelak, saya berkemungkinan besar akan mengajar kelas-kelas KSSR. Justeru, ini merupakan langkah awal bagi saya menimba ilmu pengetahuan. Sesungguhnya ini dapat

. bagi mempertingkatkan profesion perguruan. Semoga sesi Internship ini akan lebih memberikan seribu satu pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya dalam usaha mematangkan saya untuk bergelar pendidik kelak. saya berharap saya dapat memberikan kerjasama kepada semua guru di sekolah tersebut dan dapat membina ukhwah yang baik bersama mereka. Akhir sekali. saya berharap segala harapan dan hasrat saya ini tercapai dalam dalam tempoh sebulan saya „berkampung‟ di sekolah ini. Sebaliknya. Seperti mana yang sedia maklum.membantu saya untuk menjadi seorang guru yang serba boleh dalam segenap aspek. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu mereka sekiranya diperlukan. Tiada apa yang dapat saya banggakan melainkan dapat memberikan curahan bakti kepada sekolah yang sudi menerima kehadiran saya ini. Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru-guru di sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan menawarkan pelbagai program antaranya ialah Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). InsyaALLAH. saya juga boleh memperolehi ilmu dan pengalaman daripada mereka juga terutama daripada aspek pengurusan masa dan memperoleh inspirasi untuk menyambung pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi. Saya berharap intervensi yang bakal saya laksanakan ini dapat memberikan satu nafas baru kepada proses pengajaran saya kelak dan membantu murid memahami konsep yang dipelajari. InsyaAllah. saya akan cuba menjalankan satu intervensi baru ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya iaitu saya akan cuba memperbaiki amalan pengajaran saya supaya pengajaran Sains saya lebih menyeronokkan dan dapat memupuk minat murid. Pada fasa Internship ini juga . saya dan rakan praktikum saya akan menjalankan kajian tindakan (Action Research) di sekolah ini. sekiranya terdapat guru-guru yang sedang melanjutkan pelajaran di dalam program-program ini. Selain daripada itu. Oleh hal yang demikian. Segala ilmu yang saya perolehi sepanjang berada di institut pendidikan guru mungkin berguna kepada mereka yang baru memulakan pengajian. Saya berharap dapat memberikan pertolongan kepada mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan saya.