1.

3 Sebab-Sebab Wujudnya Hadith Maudhu’

Terdapat pelbagai sebab mengapa hadith-hadith maudhu’ dicipta oleh pereka-pereka hadith. Walaubagaimanapun sebab-sebab ini bolehlah disimpulkan kepada empat sebab yang utama iaitu : iiiiiiivDendam musuh-musuh Islam terhadap agama Islam Sikap fanatik terhadap kumpulan, bangsa atau tempat sendiri Mempunyai kepentingan peribadi Kejahilan tentang kehendak ajaran Islam yang sebenar

i- Dendam musuh-musuh Islam terhadap agama Islam Golongan ini adalah terdiri daripada golongan Zindiq,[1] Yahudi, Majusi dan Nasrani yang sentiasa menyimpan dendam terhadap agama Islam. Mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan Islam secara terbuka menyebabkan mereka mengambil jalan yang buruk ini. Lalu mereka mencipta sebilangan besar hadith-hadith maudhu’ dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam.[2]

Penulis berpendapat faktor ini adalah antara sebab yang paling awal kepada kewujudan hadith-hadith maudhu’. Ini berdasarkan kepada per istiwa Abdullah bin Sabak yang cuba untuk memecahbelahkan umat Islam dengan bertopengkan kecintaan kepada ahli Bait. Sejarah mencatatkan bahawa beliau adalah seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Oleh sebab itulah beliau telah berani mencip ta hadith maudhu’ di zaman yang masih ramai lagi sahabat-sahabat utama masih hidup.[3]

Antara hadith maudhu’ yang dicipta oleh beliau ialah sebagaimana yang disebutkan sebelum ini iaitu hadith “setiap Nabi itu mempunyai penerima wasiat dan penerima wasiatku ialah Ali”. Hadith ini disebutkan oleh ulama sebagai maudhu’.[4]

Di zaman ini kekuatan Islam adalah sangat hebat hingga musuh-musuh Islam tidak sanggup untuk berdepan dengan kekuatan senjata bahkan mereka mengambil keputusan untuk menyerang dari sebelah dalam. Oleh sebab itulah mereka berusaha mencipta hadith-hadith maudhu’ yang pada anggapan mereka akan dapat menodai kesucian pemikiran umat Islam dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah, ibadah, akhlak, kejadian langit dan bumi, makanan dan minuman, haiwan dan lain-lain lagi. Mereka muncul dengan memakai

bukan daripada bumi dan juga bukan daripada langit. ini adalah satu pembohongan. Salah seorang daripada mereka ialah Abdul Karim bin Abi al-Auja’ yang telah dibunuh dan disalib di zaman al-Mahdi. kacang pol. Semoga Allah menghina mereka pula.” [8] Selain daripada itu mereka juga mencipta hadith-hadith maudhu’ yang berkaitan dengan zat Allah.”[9] . Abdul Karim berkata: Aku telah menciptakan di kalangan kamu sebanyak empat ribu hadith di mana aku telah mengharamkan perkara-perkara yang halal dan aku halalkan perkara-perkara yang haram. terdapat juga pengakuan daripada golongan ini bahawa mereka telah mencipta sekian banyak hadith-hadith maudhu’.” Kumpulan Yahudi itu lalu berkata: “Kami bersaksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Rasul Allah s. Sesungguhnya umat Islam telah ijmak bahawa golongan yang menanggung arasy ialah malaikat. Mereka bertanya: “Siapakah yang menanggung arasy? Lalu Nabi s.”[6] Selain daripada itu.pelbagai nama kumpulan bagi menghadapi kekuatan Islam dan menandingi kegigihan ulama-ulama Islam dalam menjaga hadith-hadith Nabi s. Allah telah mencipta seekor kuda lalu Dia membuatkan kuda itu berlari lalu kuda itu berpeluh dan daripada peluh itu Allah telah menjadikan dirinya sendiri.w menjawab: “Arasy itu ditanggung oleh serangga-serangga dengan tanduknya dan sejenis bintang di langit daripada peluh mereka.[5] Antara hadith-hadith maudhu’ yang direka oleh golongan ini ialah sebagaimana yang dicatatkan bahawa kononnya satu kumpulan daripada golongan Yahudi telah datang menemui Nabi s.”[7] Kata Asy-Syaikh Al-Muhaddith Majduddin al-Fairuz Abadi di dalam penutup kitabnya “Sifru al Sa’adah”: “Bab berkenaan dengan kelebihan kacang adas. terung. Antaranya apa yang berlaku di zaman al Mahdi.w daripada dicerobohi.w. delima dan anggur.” Abu al-Qasim al-Balkhi berkata: “Demi Allah. Sesungguhnya golongan Zanadiqahlah yang telah mencipta di dalam bab ini beberapa hadith dan mereka memasukkan ke dalam kitab-kitab ulama hadith. tidak sahih sesuatu pun berhubung dengan pekara-perkara yang disebut ini. keju.w dengan mencipta sebanyak empat belas ribu hadith maudhu’.a. Al-Uqaili (W322H) meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hammad bin Zaid (W197H): “Golongan al-Zanadiqah telah berbohong di atas nama Nabi s.a.w.a.a.a. dengan tujuan menghina Islam. Ibnu Adi (W365H) mengatakan: Tatkala hendak dijalankan hukuman pancung. antaranya yang berbunyi “Tuhan kita adalah daripada air yang berlari.

a. Mereka akan menafikan bagi pihak agama terhadap pegangan golongan-golongan yang batil dan . daripada Ibnu Ulayyah dan Ishaq bin Ibrahim. Ia disucikan oleh lidah tujuh puluh orang nabi”.”[13] Begitulah Allah akan mengadakan bagi agamanya itu penjaga pada setiap zaman. Sekiranya anak Adam mengetahui apa yang terdapat pada suaranya.w : “Aku adalah penutup segala Nabi. Aku haramkan perkaraperkara yang halal dan aku halalkan perkara-perkara yang haram. tatkala selepas mencipta huruf -huruf. “Jangan kamu mencela ayam janta n kerana ia adalah sahabat aku.” Ini adalah antara ribuan contoh -contoh hadith maudhu’ yang direka untuk menyesatkan dan menyakiti orang-orang Islam dan merendah-rendahkan akal pemikiran mereka. Lalu lelaki zindiq itu berkata kepada baginda: “Mengapa kamu mahu memenggal leher aku? Kata Harun al -Rasyid: Supaya orang ramai terselamat daripada tipudaya kamu. “Sesungguhnya Allah. Dia pernah mencipta satu hadith yang kononnya diriwayatkan daripada Humaid daripada Anas (W93H) secara marfu’ kata Nabi s.[10] Seorang lagi yang disebut oleh ulama sebagai seorang zindiq yang turut memainkan peranan ini ialah Muhammad bin Sa`id al-Syami yang telah disalib kerana berfahaman zindiq.” [11] Al-Hafiz al-Zahabi menyebutkan di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz dan demikian juga dengan ulama-ulama lain. kata mereka berdua: Khalifah Harun al-Rasyid telah menangkap seorang Zindiq lalu baginda menyuruh supaya dipenggal leher lelaki tersebut. sujudlah huruf ba dan berhenti huruf al if”.Begitu juga dengan hadith maudhu’ yang berbunyi: “Aku melihat Tuhan aku di Mina pada hari Haya Haji di atas unta kertas. “Tetaplah kamu dengan kacang adas.w tidak pernah menyebutnya walau satu huruf pun. sedangkan Nabi s. tidak ada Nabi lagi selepas aku kecuali jika Allah mengkehendaki.” [12] Lalu Khalifah Harun al-Rasyid berkata kepadanya: “Di mana kamu wahai musuh Allah daripada Abu Ishaq al-Fazari dan Abdullah bin al-Mubarak? Mereka berdua akan mengasingkan (hadith-hadith maudhu’ daripada hadith-hadith yang sahih) dan mengeluarkannya satu huruf demi satu huruf. “Terung itu mengikut niat orang yang memakannya”. pasti mereka akan membeli bulunya dan dagingnya dengan emas. Dia berada di depan orang ramai dalam keadaan memakai jubah daripada bulu”.a. Sesungguhnya ia sangat diberkati dan dapat melembutkan hati dan membanyakkan airmata.” Lalu lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Di mana kamu daripada beribu-ribu hadith yang telah aku ciptakan.

aqidah. Hasil daripada itulah. Dan sesungguhnya Waki’ adalah seorang daripada mereka.[1] Selepas itu perpecahan umat Islam semakin merebak pula kepada perpecahan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah. bangsa atau tempat sendiri Sikap ini timbul hasil dari perpecahan umat Islam kepada kumpulan-kumpulan tertentu dalam politik. h. Ibnu Abi Hatim (W327H) meriwayatkan di dalam kitabnya al-Jarh wa al-Ta’dil daripada Abdah bin Sulaiman katanya: Dikatakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana hendak dilakukan dengan hadith-hadith yang direka? Kata Abdullah bin al-Mubarak: Akan hidup untuk menghadapi perkara ini golongan cerdik pandai dalam agama Islam sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah melalui firmannya: “Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang memelihara dan menjaganya. feqah dan sebagainya. Qadariyah.”[14] [15] Begitu juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam kitab yang sama daripada Yahya bin Yaman katanya: Sesungguhnya bagi hadith-hadith maudhu’ ini ada tokoh-tokoh (yang akan menghadapinya) yang telah dijadikan oleh Allah semenjak Dia menjadikan langit dan bumi. . Umat Islam pada masa itu mula berpecah kepada beberapa kumpulan seperti kumpulan yang ingin menuntut bela diatas kematian Uthman dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Ali (Syiah). Atau mereka juga ialah golongan yang menyembunyikan kekufuran dengan mengzahirkan Islam. munculnya kumpulan-kumpulan yang lain lagi seperti Murjiah. op. lihat Abdul Fatah Abu Ghudah. Jahmiyyah dan lain-lain lagi. Selepas pembunuhan Sayyidina Uthman. Selepas peperangan Siffin. Seterusnya pula umat Islam berpecah kepada pelbagai mazhab feqah yang secara tidak langsung telah mencetuskan wujudnya hadith-hadith maudhu’. muncul pula beberapa kumpulan yang lain seperti kumpulan Khawarij dan kumpulan yang menyokong Sayyidina Muawiyah (W60H). fitnah di kalangan umat Islam semakin memuncak. 44.penyelewengan golongan yang menyeleweng. iiSikap fanatik terhadap kumpulan.” [16] Zindiq ialah golongan yang tidak beriman dengan hari akhirat dan tidak beriman juga dengan tauhid rububiyyah.cit. Di zaman kita sekarang mereka ini dipanggil dengan nama mulhid.

[3] Golongan Syiah dikatakan sebagai golongan yang mula-mula mempelopori dalam penciptaan hadith-hadith maudhu’ yang berkaitan dengan kelebihan -kelabihan Sayyidina Ali.a. sesiapa yang menentangnya maka sesungguhnya dia telah kufur. ahli keluarga engkau. Ibnu al-Jauzi (W587H) mengatakan “Kelebihan Sayyidina Ali yang sahih adalah banyak tetapi golongan Syiah Rafidhah merasa tidak mencukupi lalu mereka mencipta apa sahaja yang mereka mahu. zuriat keturunan engkau. [5] Antara hadith-hadith maudhu’ yang dikaitkan dengan kumpulan mereka adalah seperti “Ali adalah sebaik-baik manusia. kedua-dua ibubapa engkau.[2] Hal ini telah menyebabkan golongan-golongan yang cetek iman merasakan perlu dicipta kata-kata yang dapat menunjukkan kelebihan dan kekuatan kumpulan masing-masing dan pemimpin-pemimpin mereka. Dia adalah faruq (pembeza di antara kebenaran dan kesalahan) kepada umat ini dan dia adalah pengganti (sebagai kha lifah) selepas aku”. pengganti aku dalam keluargaku dan sebaik-baik orang yang menggantikan aku adalah Ali”.w”.[7] “Penerima wasiat aku. tempat simpanan rahsiaku. “Wahai Al i.Perpecahan ini telah memberi kesan yang besar ke arah penciptaan hadith-hadith maudhu’.w sebagai khalifah adalah Sayyidina Ali bukannya Abu Bakar.a. Amir al -Sya’bi (W103H) mengatakan “Tidak ada suatu pembohongan yang dilakukan ke atas mana-mana individu di kalangan umat ini. Tujuan mereka adalah untuk menyatakan bahawa pengganti Nabi s.”[6] Begitu juga dengan hadith “Ali adalah orang yang pertama beriman dengan aku. . sesungguhnya Allah telah mengampunkan engkau.”[4] Al-Hafiz Abu Ya’la al-Khalili menyebutkan di dalam kitabnya Al-Irsyad : “Syiah Rafidhah telah mencipta tentang kelebihan Ali dan Ahli Bait sekitar tiga ratus ribu hadith”. seperti mana banyaknya pembohongan yang dilakukan ke atas Sayyidina Ali radhiallahu anhu. tidak ada satu pun yang mereka angkatkan kepada Nabi s. Hasil daripada inilah munculnya hadithhadith maudhu’ yang menyebutkan kelebihan tentang kumpulan masing -masing dan juga pemimpin-pemimpin mereka.

.. [12] Keadaan ini meyebabkan sebahagian daripada pengikut-pengikut kumpulan yang lain yang jahil seperti golongan yang ingin membela Sayyidina Abu Bakar..... Antara hadith-hadith maudhu’ yang dicipta seperti “Sesungguhnya Allah akan mendedahkan dirinya pada hari kiamat kepada manusia secara umum tetapi kepada Abu Bakar secara khusus”.. “Tatkala Allah mahu memilih roh-roh. Di dalam kitab al-Wasaya al-Nabawiyyah terhimpun begitu banyak hadith yang tersebut. “Wahai Ali ! . aku seperti orang asing di antara mereka berdua”.” adalah semuanya maudhu’ melainkan satu hadith sahaja iaitu “Wahai Ali ! Kedudukan kamu daripada aku adalah seperti kedudukan Harun daripada Musa”.. baginda mencium uban Abu Bakar”.[13] “ Abu Bakar adalah sebaik-baik manusia. banyak lagi hadith-hadith maudhu’ yang lain yang berkaitan dengan kelebihan Ali yang tidak terkira banyaknya. Begitu juga dengan had ith-hadith “Tidak ada sesuatu pun yang dicurahkan dalam dadaku kecuali turut dicurahkan ke dalam dada Abu Bakar”. di mana ulama mengatakan setiap hadith yang dimulai dengan “Wahai Ali !.. melainkan dia bukannya seorang Nabi”. adalah penyudah sekalian wali-wali”. [9] “Aku adalah penyudah sekalian Nabi-Nabi dan engkau wahai Ali. turut mencipta hadith-hadith maudhu’ bagi menonjolkan kelebihan pemimpin pemimpin mereka dan seterusnya menandingi kelebihan-kelebihan yang telah dicipta oleh kumpulan yang lain.”.. Allah telah memilih roh Abu Bakar”.”.pengikut-pengikut engkau dan orang-orang yang kasih kepada pengikut engkau”.. “Rasulullah apabila baginda rindu kepada syurga. Uthman dan Muawiyah.[10] “Tanda lembaran orang-orang mukmin ialah kasihkan Ali bin Abu Talib”[11] dan banyak lagi.. “Wahai Ali !. “Aku dan Abu Bakar adalah seperti dua ekor kuda yang diperta ruhkan untuk perlumbaan”...[8] “Aku adalah penghulu segala anak Adam dan Ali adalah penghulu bagi kaum Arab”. Umar.....[14] . Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas. “Umar berkata : Rasulullah apabila berbicara dengan Abu Bakar.

[18] “diceritakan bahawa Nabi s. antaranya “Abu Bakar adalah pembantuku.w bertelekan di atas Ali. penegak kebenaran di kalangan umat aku selepas kematian ku. Sesungguhnya Umar itu satu kebaikan daripada kebaikan-kebaikan Abu Bakar”.w diajak untuk sembahyang ke atas jenazah lalu Rasulullah tidak menyembahyangkan jenazah tersebut. “Bukanlah Abu Bakar itu melebihi daripada kamu dengan kerana banyak puasa dan sembahyang.[19] Lebih mendukacitakan lagi wujud pula satu kumpulan yang kononnya cuba untuk menyatukan kumpulan-kumpulan tadi dengan mencipta hadith-hadith maudhu’ yang menyebutkan kelebihan semua sahabat-sahabat tadi dalam satu hadith. pasti tidak akan habis kelebihan tersebut. Umar al-Faruq dan Uthman Zu alNurain”. Lalu sahabat-sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! Tidak pernah kami lihat kamu meninggalkan sembahyang ke atas seseorang melainkan ke atas lelaki ini. Umar adalah kekasihku yang berkata-kata mengikut lidahku.a.[20] Berkaitan dengan kelebihan Muawiyah pula juga dicipta hadith-hadith maudhu’. aku sebahagian daripada Uthman dan Uthman adalah sebahagian daripada aku dan Ali adalah saudaraku dan pembawa panji-panjiku”.[15] “Sekiranya aku menceritakan tentang kelebihan Umar selama umur Nabi Nuh bersama kaumnya.Antaranya juga adalah seperti mana yang dicipta di atas nama Abdullah bin Abi Aufa di mana kononnya dia berkata “Aku melihat Rasulullah s. Rasulullah bersabda: “Wahai Abu al -Hasan! Kasihkanlah kepada kedua-dua lelaki ini kerana dengan mengasihi kedua-dua lelaki ini akan menyebabkan kamu masuk ke dalam syurga”.[16] “Kedudukan Abu Bakar dan Umar daripada aku seperti kedudukan Harun daripada Musa”. Apabila Abu Bakar dan Umar al-Khattab datang. tetapi dia melebihi kamu dengan sesuatu yang ada di dalam dadanya”. Muhammad itu pesuruh Allah.a. Ishaq bin Rahawaih (W237H) menyatakan bahawa tidak betul sedikitpun hadith-hadith yang .[17] Di samping itu kelebihan Uthman juga dicipta seperti “Tidak ada sebuah pokok pun di dalam syurga melainkan ditulis pada setiap daunnya kalimah tiada Tuhan melainkan Allah. Lalu Rasulullah menyebut: Lelaki ini telah menyebabkan kemarahan Uthman lalu Allah telah murka kepadanya”. Abu Bakr al-Siddiq.

Jahmiyyah. Jibril dan Muawiyah”.a. tidak akan bertambah dan berkurangan”. “Qadariyah.[27] . Walaubagaimanapun maksud ucapa n ini adalah benar sebagaimana yang diijmakkan oleh salaf tetapi lafaznya adalah rekaan di atas nama Nabi s. Muktazilah. Kesan daripada ini. Mereka akan bertemu Allah dalam keadaan kufur.[24] Kata Ibnu al-Qayyim (W751H): Setiap hadith yang berkenaan dengan iman tidak bertambah dan tidak berkurangan adalah bohong dan rekaan semata-mata. Antara hadith-hadith yang dicipta dalam hal ini seperti “Iman itu adalah ucapan dan amalan.[25] Golongan yang lain pula turut mencipta hadith yang bercanggah dengan hadith-hadith di atas antaranya “Sebagaimana tidak memberi mudharat sesuatu pun kepada syirik.[21] seperti “Orang-orang yang amanah di sisi Allah ada tiga: Aku. Jabariyah.w ditanya tentang iman: Adakah akan bertambah dan berkurangan? Lalu Nabi s. Karamiyah dan sebagainya.menunjukkan kelebihan Muawiyah bin Abi Sufyan. “Nabi s. Qadariyah.a.w menjawab: Tidak. kekal di dalam neraka jahanam”. Rafidhah dan Khawarij akan disambar daripada satu perempat tauhid. Murjiah.[26] Bagi menguatkan golongan mereka mereka melaknat golongan-golongan yang lain melalui hadith ciptaan mereka “Sesungguhnya Allah melaknat empat kumpulan di atas lidah tujuh puluh orang Nabi.[22] Begitu juga dengan kemunculan kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengan ilmu kalam daripada kalangan Ahli Sunnah. pengurangannya bererti syirik”.w. akan bertambah dan berkurangan”. begitu juga tidak memberi mudharat sesuatu pun kepada iman”. golongan-golongan yang mementingkan hawa nafsu di dalam kumpulan masing-masing cuba untuk menguatkan pegangan mereka dengan mencipta hadith-hadith maudhu’ dan sekaligus menolak pegangan kumpulan yang lain. pertambahannya bererti kufur. Jahmiyah. Murjiah.[23] Golongan yang berpendapat sebaliknya pula mencipta hadith yang lain seperti “Iman itu adalah ucapan dan amalan itu adalah syariatnya.a. “Setiap umat ada kaum Yahudinya dan kaum Yahudi bagi umat aku adalah Murjiah”. Murjiah dan Rafidhah”.

memasukkan air ke dalam hidung bagi orang yang berjunub sebanyak tiga kali itu adalah wajib”. Lalu golongan Arab yang jahil membalas balik hadith tersebut dengan hadith yang maudhu’ juga “Sesungguhnya Allah apabila Dia marah. Ibnu Qayyim mengatakan antara hadith yang dicipta oleh pereka-pereka hadith ialah hadith berkenaan dengan kelebihan Imam Abu Hanifah (W150H) dan Imam Syafie (W204H) dengan disebut secara jelas nama mereka berdua.w. [31] Ada juga hadith yang dicipta untuk menunjukkan kelebihan negeri masing-masing seperti “Empat pintu daripada pintu-pintu syurga. Asqalan.[30] Ada juga hadith-hadith maudhu’ yang dicipta bagi menghina sesuatu bangsa yang lain seperti mana yang dilakukan oleh golongan yang membenci bangsa Arab. Qazwin dan kelebihan Jeddah ke atas sekalian tempat adalah seperi kelebihan . Dan akan datang juga di kalangan umat aku seorang lelaki yang digelar Abu Hanifah. “sesiapa yang mengangkat tangannya ketika mahu rukuk dan ketika selepas mengangkat kepala daripada rukuk. Dia akan menurunkan wahyu di dalam bahasa Arab dan apabila Dia suka Dia akan menurunkan wahyu di dalam bahasa Parsi”. “Jibril menjadi imam kepada aku dekat kaabah lalu dia menguatkan bacaan bismillahir rahmanir rahim”. antaranya “ Allah s. Ada sebahagian daripada mereka yang mencipta hadith maudhu’ bagi menunjukkan mazhab mereka adalah mazhab yang diakui oleh Rasulullah sendiri.[28]Antara hadith tersebut ialah sebagaimana yang dicipta oleh sebahagian pengamal mazhab hanafi “Akan datang di kalangan umat aku seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Idris. kuncinya berada di dunia iaitu Iskandariyyah. Dia lebih membahaya kepada umat aku daripada iblis.t apabila Dia marah. Dialah pelita kepada umat aku”. [29] Begitu juga dicipta hadith-hadith yang dapat menguatkan pendapat mazhab masingmasing seperti hadith “berkumur-kumur. Dia akan menurunkan wahyu di dalam bahasa Parsi dan apabila Dia suka Dia akan menurunkan wahyu di dalam bahasa Arab”. maka tidak ada sembahyang baginya”.Imam-imam mazhab empat juga tidak terlepas daripada sikap fanatik sebahagian daripada pengamal mazhab mereka.

Aku lalu berkata : “Aku tidak berhajat kepadanya”. Marw. Kufah. Nasibin dan sebahagian daripada kota Maghribi seperti Munastir. baik.[1] Selain peristiwa ini. Dan sesungguhnya punca segala air yang lazat. Madinah. Untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi pemerintah mereka mencipta hadithhadith yang menunjukkan kelebihan seseorang pemerintah itu. Seorang lelaki yang bernama Ghiyath bin Ibrahim bin Talq bin Muawiyah al-Nakha’i dipercayai telah mencipta satu hadith maudhu’ untuk mengambil hati khalifah al -Mahdi.Baitullahil Haram ke atas sekalian tempat”. Basrah. Sudan. hadithhadith yang memuji kota Baghdad.Mempunyai kepentingan peribadi atau faedah duniawi Ada juga golongan yang mencipta hadith-hadith maudhu’ ini hanyalah kerana mempunyai kepentingan peribadi seperti ingin mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi pemerintah. katanya : (Al-Mahdi berkata kepadaku : “Tidakkah kamu lihat apa yang dikatakan kepadaku oleh Muqatil ? Katanya (Muqatil) : Sekiranya tuanku mahu aku boleh ciptakan untuk tuanku beberapa hadith berkenaan dengan keluarga al-Abbas”. Asqalan. terdapat satu lagi peristiwa yang lain yang berlaku kepada Khalifah alMahdi. Lalu ada seseorang berkata kepada . Baitul Maqdis dan Damsyik dan empat bandar di dunia ini adalah daripada bandar-bandar neraka iaitu Qastantiniyyah. “Empat band ar di dunia ini adalah daripada bandar-bandar syurga iaitu Mekah.[33] iii. Antara hadith-hadith tersebut seperti apa yang berlaku di zaman Abbasiyyah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Abdillah al-Hakim (W405H) daripada Harun bin Abu Ubaid daripada ayahnya. segar dan subur adalah daripada bawah batu Baitul Maqdis”. hadith-hadith yang mencela bangsa Turk. Habsyah. Pada suatu hari Ghiyath telah masuk menemui Khalifah al-Mahdi dan dilihatnya Khalifah sedang bermain-main dengan seekor burung merpati. Antaqiyyah dan Sun’ak. memuji perbuatan yang yang dilakukannya dan sebagainya.[32] Begitu juga dicipta hadith-hadith yang menyebutkan kelebihan sebahagian daripada Khalifah Abbasiyyah. Tabraniyyah. mendapat kemasyhuran di sisi orang ramai dan sebagainya.

Lal u Khalifah menyuruh supaya diberikan kepadanya sepuluh ribu dirham.[3] Ada juga golongan yang mencipta hadith maudhu’ dengan tujuan untuk menambahkan rezeki pendapatan mereka seperti apa yang dilakukan oleh Abu Sa’id al Mada`ini.a. Lalu beliau menambah “atau burung”. Apabila beliau bangun untuk meninggalkan tempat itu Khalifah al-Mahdi lalu berkata kepada beliau : “Aku bersaksi bahawa belakang tengkuk engkau adalah belakang tengkuk seorang pendusta kepada Rasulullah s. Lalu mereka mencipta hadith-hadith tertentu supaya mereka dilihat mempunyai hadith yang berbeza yang tidak dipunyai oleh ulama-ulama yang lain. Hammad al-Nasibi.[5] Mereka tidak memikirkan tujuan lain melainkan mahukan orang ramai berhimpun dalam majlis-majlis mereka. Ini disebutkan oleh ulama berlaku kepada beberapa individu iaitu Ibnu Abi Habibah.w. ceritakanlah hadith kepada Amirul Mukminin. kekurangan akal dan agama sedangkan ketiga-tiga perkara ini menjadi asas kepada seseorang yang ingin menyampaikan ajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Buhlul bin Ubaid. Lalu Ghiyath menyebutkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (W59H): “Tidak ada pertandingan melainkan pada unta atau panah atau kuda”.[6] . Di situlah mereka mula mencipta apa sahaja yang meraka suka hadith-hadith yang boleh meninggalkan kesan kepada orang ramai. Lalu Khalifah menyuruh supaya disembelih burung merpati itu. Asram bin Hausyab dan Ibnu Abi Dihyah. Sesungguhnya aku sendiri yang minta supaya didatangkan yang demikian itu”. Apa yang menghairankan ialah orang ramai pula sanggup menadahkan telinga mereka bahkan lebih dari itu membenarkan apa yang dikatakan oleh pencerita-pencerita tersebut. Mereka tidak menganggap apa yang mereka lakukan adalah suatu pembohongan dan dosa yang besar terhadap Nabi s.a.[4] Golongan-golongan ini sebahagian mereka adalah terdiri daripada pencerita-pencerita yang cetek ilmu pengetahuan.w.Ghiyath.[2] Ada juga golongan yang mencipta hadith-hadith maudhu’ dengan tujuan untuk mendapat kemasyhuran di sisi masyarakat. lalu burung itu disembelih.

mempunyai beberapa pasang sayap. Wali-wali Allah akan duduk di atasnya lalu burung itu akan terbang bersama-sama .a. Kami tidak pernah mendengar sama sekali hadith ini daripada Rasulullah s. lalu berdiri di hadapan mereka seorang pencerita seraya berkata : telah menceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in.[7] Selain daripada peristiwa ini. Seolah-olah tidak ada orang lain yang bernama Yahya bin Ma’in dan Ahmad bin Hanbal selain kamu berdua. tetapi aku tidak betul-betul pasti melainkan saat ini. pelananya diperbuat daripada batu permata. daripada bahagian bawahnya keluar seekor kuda belang daripada emas.”. Yahya bin Ma’in mengisyaratkan dengan tangannya : Mari ke sini.Antara peristiwa yang berkaitan dengan perkara ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Jaafar Muhammad al-Tayalisi..a. Ceritanya ini dengan lengkapnya memakan lebih kurang duapuluh helai kertas. Allah akan menciptakan daripada setiap kalimah seekor burung paruhnya diperbuat daripada emas dan bulunya daripada permata .. Lalu Yahya bin Ma’in memperkenalkan dirinya : Saya Yahya bin Ma’in dan ini Ahmad bin Hanbal.. Manakala lelaki itu selesai menceritakan ceritanya dan mula mengambil upah kemudian lalu duduk menantikan sebahagian lagi baki upahnya. Keluar daripada bahagian atasnya satu pasang pakaian lengkap.w.. Sesungguhnya aku telah menulis daripada tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in”. Lalu lelaki itu datang dengan harapan akan mendapat habuannya. kata mereka berdua : telah menceritakan kepada kami oleh Abdur Razak daripada Ma’mar daripada Qatadah daripada Anas katanya : Nabi s. Ahmad bin Hanbal berkata : Demi Allah aku tidak pernah mendengar cerita begini melainkan ketika ini... Lalu lelaki itu pergi dalam keadaan seperti mengejek mereka berdua. Yahya bin Ma’in lalu bert anya kepadanya : Siapa yang menceritakan kepada engkau hadith tadi? Lelaki itu menjawab : Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. katanya : “Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in (W233H) telah bersembahyang di masjid al-Rasafah. Lalu Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in saling berpandangan di antara satu sama lain. Lalu Yahya berkata kepada Ahmad bin Hanbal : Adakah engkau menceritakan kepadanya cerita begini.w telah bersabda : Sesiapa yang berkata La Ilah Illallah. Lelaki itu lalu menjawab : Aku sentiasa mendengar bahawa Yahya bin Ma’in seorang yang bodoh. Lalu Ahmad bin Hanbal meletakkan lengan bajunya di atas mukanya lalu berkata : Biarkanlah dia pergi. Kuda itu tidak buang air besar dan tidak buang air kecil. terdapat banyak lagi hadith maudhu’ yang dicipta oleh golongan ini seperti “sesungguhnya di dalam syurga itu ada sepohon pokok.

.w walaupun untuk jalan kebaikan. Ia akan berhenti di pasar-pasar seraya menyeru : mengapa tidak dimahalkan yang demikian itu. Ibnu Hajar mengatakan antara sebab kepada wujudnya hadith-hadith maudhu’ ialah terlalu jahil dengan ajaran agama Islam seperti yang dilakukan oleh sebahagian daripada golongan mutaabbidin (golongan yang menumpukan kepada ibadat). Golongan inilah yang telah mencipta hadith-hadith maudhu’ berkenaan dengan kelebihan surah-surah tertentu.mereka ke mana sahaja mereka mahu. apa yang diriwayatkan oleh al-Hakim dengan sanadnya daripada Abu Ammar al-Marwazi bahawa sesungguhnya dikatakan kepada Abu Ismah : Bagaimana mungkin engkau meriwayatkan daripada Ikrimah daripada Ibnu Abbas tentang kelebihan surah-surah tertentu sedangkan tidak terdapat di sisi anak-anak murid Ikrimah yang lain seperti mana yang kamu riwayatkan. Lalu mereka mengambil jalan dengan cara mencipta hadith-hadith maudhu’ yang menyebutkan tentang kelebihan amalan tertentu dan memberi ancaman terhadap perbuatan tertentu (targhib dan tarhib).a..[8] iv. Lalu Ismah menjawab : . Hal ini berlaku kerana didorong oleh suatu sikap yang terlalu inginkan kebaikan dilakukan oleh orang ramai. Dan banyak lagi hadith-hadith yang lain yang telah direka oleh golongangolongan seperti ini. lalu membasuh dengannya kemudian memakannya.. “sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang bernama Umarah yang berada di atas seekor kuda yang berasal daripada batu-batu permata. Sebagai contohnya. Dalam istilah yang lain mereka juga dikenali sebagai golongan zuhud dan ahli kebaikan (ahlu al-solaah). sekaligus pada sangkaan mereka dapat menggalakkan orang ramai berbuat kebaikan dan menjauhi perbuatan maksiat.Kejahilan tentang ajaran Islam yang sebenar Apa yang penulis maksudkan dengan kejahilan ini ialah kejahilan tentang besarnya dosa berbohong di atas nama Rasulullah s. Panjangnya sejauh mata memandang dan akan berlegar-legar di perkampungan-perkampungan. akan diampunkan baginya”. [9] Mereka tidak mengetahui bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan yang besar di sisi agama dengan melakukan pembohongan di atas nama Rasulullah s..”.w. mengapa tidak dimurahkan yang demikian itu!!”. Begitu juga dengan hadith “Sesiapa yang mengambil seteguk daripada tempat berlari air besar atau air kecil.a.

[13] Golongan ini apabila disebutkan peringatan daripada Nabi s.w. Ibnu Hibban (W354H) telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Dhuaafa` daripada Ibnu Mahdi (W198H) katanya : Aku berkata kepada Maisarah bin Abdu Rabbih : “Daripada mana engkau datangkan hadith-hadith ini. sesiapa yang membaca surah-surah sekian-sekian.[11] Imam al-Zahabi ada menyebutkan di dalam kitabnya Mizan al-I’tidal berkenaan dengan peribadi Maisarah.a. Ghulam Khalil Ahmad bin Muhammad bin Ghalib al-Bahili.Sesungguhnya aku telah melihat orang ramai telah berpaling daripada al-Quran dan sibuk pula dengan fiqh Abu Hanifah dan Maghazi Ibnu Ishak (W151H). ulama ada menyebutkan bahawa Maisarah bin Abdu Rabbih juga telah mencipta hadith-hadith maudhu’ berkenaan dengan kelebihan surah -surah tertentu. Apa yang menyedihkan ialah orang ramai menerima hadith-hadith mereka kerana melihatkan kewarakan dah kesalihan golongan ini dan seterusnya membenarkan apa sahaja yang diucapkan oleh golongan ini.w tetapi mereka berdusta untuk Nabi s.a. dia akan mendapat pahala sekian-sekian? Kata Maisarah : Aku ciptakan untuk menggalakkan orang ramai”.w tentang besarnya dosa orang berdusta di atas nama Nabi s.a. mereka mengatakan bahawa merka tidak berdusta di atas nama Nabi s.a. katanya : Abu Zur’ah (W264H) berkata : “Maisarah telah mencipta hadith berkenaan dengan kelebihan Qazwin sebanyak empatpuluh hadith dan dia selalu berkata : aku mengharapkan pahala dengan berbuat demikian”.[10] Selain Abu Ismah. Inilah yang menyebabkan ulama mengatakan bahawa . Abbad bin Kathir dan Abdullah bin Muharrar al-Jazari al-Raqqi.[12] Antara nama-nama lain yang disebut oleh ulama hadith sebagai golongan yang telah mencipta hadith-hadith maudhu’ untuk tujuan ini ialah Abu Daud al -Nakha’i atau nama penuhnya Sulaiman bin Amru al-Baghdadi. maka aku cipta hadithhadith sebagai mengharapkan pahala. Abu Bisyr Ahmad bin Muhammad al-Faqih alMarwazi. Qadhi al-Raqqah.w.

targhib dan tarhib dan sebagainya melainkan (jika meriwayatkannya) hendaklah menyatakan kedudukan hadith tersebut adalah maudhu’. Pendapat mereka ini pula diikuti oleh sekumpulan yang jahil yang dikenali dengan nama al-Zuhhad (golongan zuhud).w.[1] Menyalahi ijmak ini adalah sekumpulan ahli bid’ah iaitu kumpulan Karramiyah. untuk apa tujuan sekalipun.[3] Pendapat mereka ini adalah suatu kesilapan yang berlaku hasil daripada kejahilan mereka kerana targhibdan tarhib itu termasuk dalam kategori hukum-hukum .[2] di mana mereka mengharuskan mencipta hadith-hadith yang menggalakkan kepada kebaikan (targhib).4 Hukum Mencipta Dan Meriwayatkan Hadith Maudhu’ Umat Islam telah ijmak bahawa hukum mencipta dan meriwayatkan hadith maudhu’ dengan sengaja adalah haram. Lalu sebahagian daripada golongan pendusta mengambil peluang dengan memasukkan hadith-hadith yang bukan daripada golongan ini. dengan anggapan mereka untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan.a.[16] 1. [15] Al-Baihaqi (W458H) dalam menjelaskan kata-kata Yahya bin Sa’id al-Qattan ini mengatakan hal ini berlaku kerana golongan ini terlalu menumpukan kepada ibadat sekaligus mengabaikan tentang pencatitan hadith. sama ada dalam perkaraperkara hukum-hukum syarak.a.w. menakutkan kepada kejahatan (tarhib) dan menggalakkan kepada kezuhudan.[14] Oleh sebab itulah Yahya bin Sa’id al -Qattan (W198H) mengatakan : “Tidak pernah aku melihat pembohongan pada seseorang yang lebih banyak daripada apa yang dilakukan oleh golongan yang menisbahkan diri mereka dengan kebaikan dan zuhud”. Sebahagian daripada mereka pula ada yang menyangka bahawa mereka akan mendapat ganjaran pahala dengan mencipta hadith-hadith berkenaan dengan targhib dan tarhib dan mereka jahil tentang besarnya dosa pembohongan yang dilakukan di atas nama Rasulullah s. cerita-cerita.golongan ini adalah golongan yang paling merbahaya kepada aqidah umat Islam bahkan ada juga ulama yang mengatakan mereka lebih merbahaya daripada golongan-golongan yang lain kerana mereka sudah terkenal dengan zuhud dan salih yang tidak tergambar di dalam fikiran orang ramai bahawa mereka akan melakukan pendustaan lebih-lebih lagi pendustaan di atas nama Nabi s.

Abu Bakar al-Sairafi (W330H) (salah seorang fuqaha` mazhab . Abu Bakar al-Humaidi (W219H) (guru Imam Bukhari dan rakan Imam Syafie). Mengikut Jumhur Ahli Sunnah orang yang mencipta hadith-hadith maudhu’ tidak menjadi kafir dengan pembohongannya melainkan dia menganggap perbuatannya itu halal. kerana sesungguhnya orang yang berbohong ke atasku akan masuk neraka”.w telah pun memberi peringatan terhadap orangorang yang berbohong di atas nama baginda secara umum tanpa membataskannya kepada perkara-perkara tertentu. terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli Sunnah wal Jamaah berkenaan dengan kedudukan orang yang mencipta hadith tersebut. Lebih-lebih lagi ulama juga telah ijmak bahawa haram untuk seseorang itu berbohong di atas nama seseorang. maka dia dengan sengaja menempah tempatnya di dalam neraka”. [6] Walaubagaimanapun. Tetapi mengikut Abu Muhammad al-Juwaini. maka bagaimana pula boleh diharuskan berbohong ke atas seorang yang diturunkan wahyu kepadanya. tidak ada perbezaan di antara berbohong di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum dan perkara-perkara yang berkaitan dengan targhib dan tarhib. Sekiranya ia bertaubat dan taubatnya telah mengelokannya. adakah dia menjadi kafir dengan perbuatannya itu dan adakah periwayatannya diterima kembali sekiranya dia bertaubat. ayah kepada Imam al-Haramain Abu al-Ma’ali (W478H).a.[5] Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah.[7] Seseorang yang berdusta ke atas Nabi walaupun hanya satu hadith sahaja. seperti mana sabdanya “Sesungguhnya pembohongan di atas namaku tidak seperti pembohongan ke atas sesiapun. Semuanya haram dan termasuk di dalam salah satu daripada dosa-dosa besar. salah seorang daripada tokoh dalam mazhab Syafie.syarak.[4] Lebih jelas lagi Nabi s. sebahagian daripada ulama seperti Ahmad bin Hanbal. Sesiapa yang berbohong di atas nama aku. Pendapat ini dianggap lemah oleh Imam alHaramain sendiri. orang tersebut menjadi kafir dengan melakukan pembohongan tersebut secara sengaja dan boleh dijatuhkan hukuman bunuh. “Janganlah kamu berbohong di atas namaku. ia telah menjadi fasik dan riwayat-riwayatnya yang lain juga ditolak dan tidak boleh dijadikan hujah.

[10] Manakala meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ berserta dengan menyatakan kedudukan hadith tersebut adalah maudhu’ tidak menjadi suatu kesalahan kerana dengan menjelaskan kedudukan hadith tersebut membolehkan orang ramai membezakan di .Syafie). Beliau berdasarkan dengan apa yang diijmakkan oleh ulama bahawa sah riwayat orangorang yang kafir selepas mereka memeluk Islam dan kebanyakan sahabat adalah dahulunya kafir kemudian mereka memeluk Islam dan persaksian mereka adalah diterima sedangkan tidak ada perbezaan di antara persaksian dan periwayatan.[8] Walaubagaimanapun mengikut Imam Nawawi (W677H) pendapat kumpulan ulama ini lemah kerana bercanggah dengan kaedah syarak. bahkan kesalahannya itu dikekalkan ke atasnya sampai bila-bila. ulama juga telah ijmak bahawa haram meriwayatkan atau menyebarkan hadith-hadith maudhu’ bagi seseorang yang mengetahui dengan yakin atau zann kedudukan hadith tersebut adalah maudhu’. Mengikut pendapat yang dipilih oleh beliau ialah sah taubatnya secara pasti dan riwayatnya boleh diterima selepas dia bertaubat apabilah sah taubatnya mengikut syarat-syarat taubat yang sedia maklum. Sesiapa yang meriwayatkan dan menyebarkan juga hadith-hadith maudhu’ dalam keadaan mengetahui dengan yakin atau zann kedudukan hadith tersebut dan tidak menerangkan kedudukannya itu. Oleh sebab itu. ulama mengatakan sepatutnya bagi seseorang yang hendak meriwayatkan sesuatu hadith atau menyebutkannya hendaklah dia mempastikan kedudukan hadith tersebut mestilah sahih ataupun hasan. [9] Sebagaimana ijmak ulama mengatakan haram mencipta hadith-hadith maudhu’.w dan ini telah dijelaskan oleh hadith yang sahih maksudnya “sesiapa yang menceritakan satu hadith daripada aku dan dia berat sangka bahawa hadith itu adalah dusta. maka dia termasuk di dalam salah seorang pendusta”.a. ia termasuk di dalam kumpulan pendusta di atas nama Rasulullah s. ashabul wujuh dalam mazhab Syafie dan fuqaha’ mutaqaddimin dalam usul dan furu’ mengatakan bahawa taubatnya tidak memberi kesan dan tidak boleh diterima riwayatnya buat selama-lamanya.

Ahmad bin Hajar al-Asqalani. Qawaid al-Tahdith. Syahrastani. h. 124. 1.antara hadith yang sahih dengan yang maudhu’ dan sekaligus dapat menjaga Sun nah daripada dimasuki oleh perkara-perkara yang tidak benar. j. 427. Mereka menthabitkan sifat-sifat tertentu kepada Allah tetapi mereka melangkaui hingga peringkattajsim dan tasybih. h. [1] Golongan ini adalah golongan ahli bid’ah yang menjadi pengikut kepada Abi Abdullah Muhammad bin Karram al-Sijistani (M255H/869M). op. h. h. 155. Ijaj alKhatib. Lihat al-Milal wa al-Nihal. 81. [2] . cit.[11] Jamaluddin al-Qasimi.