You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG LUMPUR, 25150

BANDAR PUTRA KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR


NAMA KUMPULAN:
1. MOHD SHAHRUL BIN GHAZALI
2. SHAHIRAH FASIHAH BINTI SHAMSUDIN
3. NUR ATIKAH BINTI ZAKARNO
4. SYAWANI BINTI MUBIN

NAMA GURU: EN. UZIR BIN AWANG BIDIN




SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
Penghargaan (i)
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep



2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian


7.0 Dapatan Kajian
8.0 Rumusan Kajian
9.0 Penutup
Bibliografi
Lampiran




PENGHARGAAN
´¦¯O)´ *.- ^}4·uO·O¯- ´¦1gO·O¯-
Alhamdulillah hirrabbil‟alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan
kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kerja kursus ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek Bahasa
Melayu. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Uzir Bin Awang Bidin, Pensyarah Matapelajaran
Bahasa Melayu, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini dijalankan. Kerjasama rakan-rakan yang sanggup meluangkan masa untuk berkongsi maklumat tidak
akan kami lupakan. Di samping itu, sokongan daripada ibu bapa tidak dilupakan juga yang sentiasa memberi
semangat dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami
rungkaikan sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap
mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
“ Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih
berguna kepada kesenangan yang terus-menerus”
Sekian, terima kasih






1.0 PENGENALAN
Bahagian yang berikut menghuraikan tentang aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian yang telah dipilih oleh penulis untuk dikaji adalah “Kajian Tentang Penggunaan Dialek
Kelantan Dalam Filem Bunohan”. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa
kata, kata ganti nama diri dan tatabahasa. Dialek ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial
(Sharifah Nor S.A. Rahman dan Dr. D. Kathirasan, 2013). Dialek dari segi faktor sosial mempunyai
kaitan dengan perhubungan masyarakat. Sebagai contoh dialek pasar atau bahasa pasar terhasil
apabila wujudnya komunikasi antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina atau India. Dialek
yang terhasil akibat daripada faktor sosial ini dikenali sebagai „Dialek sosial‟. Dialek yang
ditentukan oleh faktor geografi terhasil akibat daripada kurangnya perhubungan yanng baik untuk
menghubungkan masyarakat yang sebelum ini menghubungkan bahasa yang sama. Oleh itu, dialek
yang terhasil akibat daripada faktor geografi ini dikenali sebagai „Dialek daerah‟. Dengan
menggunakan isoglos atau garis sempadan linguistik, para penutur dialek dapat dikelompokkan
dalam satu kawasan geografi tertentu contohnya penutur dialek Kelantan yang meliputi kawasan
Kelantan dan kawasan-kawasan sempadan negeri Terengganu dan Pahang. Isu yang hendak dikaji
oleh penulis melalui kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan-perbezaan yang terdapat
dalam penggunaan dialek Kelantan dalam filem Bunohan dengan penggunaan Bahasa Baku yang
mematuhi sepenuhnya peraturan tatabahasa.
1.2 Definisi Konsep
Menurut Asmah Haji Omar (2008), dialek adalah terhasil dalam masyarakat disebabkan oleh faktor-
faktor demografi, sosiobudaya dan juga sejarah. Salah satu daripada tanggapan asas yang
dikemukakan oleh beliau ialah kepesatan perubahan bahasa yang berlaku pada kawasan budaya atau
pusat budaya. Selain itu, mengikut Abdul Chaer, dialek adalah variasi bahasa dari sekelompok
penutur yang jumlahnya relatif yang berbeza dari satu tempat wilayah atau kawasan tertentu.
Disamping itu juga, menurut Thomas Alfa Edison, filem diertikan sebagai lakon layar hidup atau
gambar gerak yang biasanya disimpan dalam media seluloid tipis dalam bentuk gambar negatif.
Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk
dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-
ayat yang gramatis.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Mengumpulkan perbezaan dari segi kosa kata dalam dialek Kelantan.
b) Membandingkan perbezaan dari segi kosa kata dalam dialek Kelantan dengan bahasa baku.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk:
Bahasa mampu berkembang dan mempunyai pengaruh yang amat besar untuk mendorong sesuatu bangsa
itu mencapai perubahan, pemodenan, dan kemajuan walaupun bahasa dan budaya bangsa itu sudah
mengalami tekanan dan penjajahan (Abd. Rhim Abd. Rashid, 2004). Dapat dilihat bahawa bahasa
memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyar kat. justeru, kajian dialek juga mempunyai
beberapa kepentingan yang dapat digarap dengan adanya kajian-kajian dan penelitian terhadap bahasa-
bahasa ini.
Salah satunya adalah memberi ilmu dan pengetahuan kepada orang ramai tentang bentuk-bentuk bahasa dan
dialek yang terdapay di Malaysia dan seantara dunia. Selain itu, kajian-kajian bahasa juga akan dapat
menentu dan mengumpulkan rumpun-rumpun yang sama dalam sistem bahasa ini. sebagai contoh, bahasa
Melayu tergolong di dalam bahasa Austronesia (Zulkifli Osman, 2003).
Selain itu, dalam mewujudkan keharmonian sesebuah masyarakat, institusi, atau negara, kita perlu
mempelajari cara dan adat seseorang. Dengan bahasa yang dituturkan, kita dapat meneliti serba sedikit
bagaimana cara kehidupan dan pergaulan masyarakat tersebut. Dengan itu, tidak akan timbul masalah atau
perbalahan apabila dua orang atau lebih ingin berkomunikasi sesama suku kaum yang berbeza agama atau
penempatan.
Menurut Amir Hassan Dawi(2006) kepentingan kajian bermaksud apakah kajian berkenaan berguna kepada
mana-mana pihak. Setiap kajian yang digunakan selalunya berkenaan mempunyai motif-motif tertentu atau
kepentingan pihak tertentu. Kajina ini dijalankan bagi menkaji bahasa dialek Kelantan melalui filem
Bunohan. Dalam kajian ini dialek yang dikaji meliputi aspek kosa kata. Aspek-aspek ini dijadikan focus
utama kepada penkaji bagi mengumpul perbezaan yang terdapat dalam penggunaan dialek Kelantan dalam
filem Bunohan.
Kajian bahasa juga mengelakkan salah faham sesama komunikator apabila masing-masing faham dan
mengerti makna dan konteks sesuatu perkataan itu perlu digunakan. Dengan itu boleh mengelakkan
kesalahan tatabahasa dan sebagainya semasa pertuturan atau penulisan.
Dalam pada itu, kajian ini berguna bagi membandingkan penggunaan bahasa baku yang digunakan dalam
filem Bunohan. Hal ini demikian untuk menambah bahan kajian bagi melancarkan kajian yang dijalankan.
Bahasa baku atau bahasa standard ialah klelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti. Bahasa ini
digunakan sebagai bahasa perhubungan oleh masyarakat di Kelantan. Dengan hasil kajian ini diharap dapat
menyampaikan kepentingan-kepentingan kajian seperti ini tidak kira kajian lampau, masa kini atau akan
datang.


4.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini berfokuskan kepada penggunaan kosa kata dalam dialek Kelantan berdasarkan filem Bunohan.


5.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya berdasarkan sebutan dialek Kelantan yang terdapat dalam filem Bunohan yang dijadikan
sebagai bahan untuk dikaji. Berdasarkan filem, penutur yang menggunakan dialek Kelantan didalam filem
berkenaan tidak berasal daripada Negeri Kelantan itu sendiri. Oleh itu sebutan sebenar dialek Kelantan
yang digunakan oleh penduduk sebenar negeri Kelantan untuk berkomunikasi tidak dapat didedahkan
sepenuhnya oleh penyelidik. Bagi memperoleh maklumat yang diperlukan, pengkaji mengambil masa
selama kira-kira 2 jam untuk menonton filem tersebut. Manakala bagi menganalisis data yang dikaji,
pengkaji mengambil masa selama seminggu.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah
pemprosesan/penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian.
6.1 Mendapatkan Bahan / Data
a) KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kaedah ini digunakan dengan merujuk internet juga untuk mendapatkan pandangan berberapa
tokoh bahasa melayu mengenai konsep dialek dan filem.
b) KAJIAN TEKS
Penyelidik menggunakan teks moden iaitu filem Bunohan sebagai bahan untuk dikaji.
c) KAJIAN KORPUS
Perbezaan dari segi penggunaan kosa kata akan disenaraikan dan dibandingkan dengan
penggunaanya dalam bahasa baku.






6.2 Mengumpulkan Data
Penyelidik meluangkan masa selama 1jam 34minit dan 19saat untuk menonton filem berkenaan dan
mengenalpasti perbezaan penggunaan huruf vokal, kata ganti nama diri, tatabahasa dan kosa kata yang terdapat
dalam filem berkenaan. Penyelidik kemudian mencatat perbezaan tersebut agar dapat memudahkan lagi proses
pengumpulan data.
6.3 Menganalisis Data
Penyelidik akan menganalisis data yang diperoleh dan membandingkanya dengan bahasa baku yang mematuhi
sepenuhnya peraturan tatabahasa.
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Kajian ini dijalankan oleh penyelidik untuk mengumpul penggunaan kosa kata dialek Negeri Kelantan
yang digunakan oleh para pelakon didalam filem Bunohan. Terdapat pelbagai penggunaan kosa kata
dialek Kelantan didalam filem tersebut antaranya :
Bil Dialek Kelantan
1. Demo
2. Kawe
3. Bose
4. Sapa
5. Budok
6. Parok
7. Nok
8. Guano
9. Gapo
10. Patoh
11. Tule
12. Reboh
13. Mapuh
14. Kapong
15. Kecek
16. Tok se
17. Bule
18. Kelik
19. Nego
20. Jolo
21. Dok
22. Herek
23. Payoh
24. Sohor
25. Bakpo
26. Hok
27. Ike
28. Pitih
29. Lo nie
30. Molek
31. Lube
32. Royak
33. Lawe
34. Tubik
35. Smeta
36. Tok soh
37. Boh
38. Hambak
39. Tino
40. Ajok
41. Kito
42. Jupo
43. Teri
44. Abe
45. Reti
46. Gocoh
47. Ore
48. Otok
49. Make
50. Bendo
51. Boyo
52. Lale
53. Belake
54. Nate
55. Blako
56. Rial
57. Panje
58. Waye
59. Tok de
60. Terlajok



7.2 Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan perkataan yang menjadi data kajian mengikut sebutan
baku dan sebutan dialek Kelantan.
Bil Dialek Kelantan Bahasa Baku
1. Demo Awak
2. Kawe Saya
3. Bose Bosan
4. Sapa Sampai
5. Budok Budak
6. Parok Parah
7. Nok Nak
8. Guano Macam-mana
9. Gapo Apa
10. Patoh Patah
11. Tule Tulang
12. Reboh Jatuh
13. Mapuh Mati
14. Kapong Kampung
15. Kecek Cakap
16. Tok se Tak nak
17. Bule Bulan
18. Kelik Balik
19. Nego Berniaga
20. Jolo Betul
21. Dok Tak
22. Herek Tarik
23. Payoh Susah
24. Sohor Terkenal
25. Bakpo Kenapa
26. Hok Yang
27. Ike Ikan
28. Pitih Duit
29. Lo nie Sekarang ini
30. Molek Elok-elok
31. Lube Lubang
32. Royak Beritahu
33. Lawe Lawan
34. Tubik Keluar
35. Smeta Sebentar
36. Tok soh Jangan
37. Boh Letak
38. Hambak Halau
39. Tino Betina
40. Ajok Ajak
41. Kito Kita
42. Jupo Jumpa
43. Teri Judi
44. Abe Abang
45. Reti Pandai
46. Gocoh Tumbuk
47. Ore Orang
48. Otok Otak
49. Make Makan
50. Bendo Benda
51. Boyo Buaya
52. Lale Lalang
53. Belake Belakang
54. Nate Binatang
55. Blako Semua
56. Rial Ringgit
57. Panje Panjang
58. Waye Wayang
59. Tok de Tak sempat
60. Terlajok Terlajak


7.2.1 Kosa Kata
Berdasarkan kajian data terdapat perbezaan dari segi kosa kata dalam dialek Kelantan dengan
bahasa baku.
Misalnya:
Perkataan- Dialek Kelantan Bahasa Baku
Demo
Kawe
Parok
Guano
Reboh
Mapuh
Kecek
Tok se
Jolo
Pitih
Hok
Soho
Lo nie
Molek
Royak
Tubik
Smeta
Toksoh
Boh
Awak
Saya
Parah
Macam mana
Jatuh
Mati
Cakap
Tak nak
Betul
Duit
Yang
Terkenal
Sekarang ini
Elok
Beritahu
Keluar
Sekejap
Jangan
Letak
Tok de
Rial
Blako
Gocoh
Reti
Teri
Hambak
Tak sempat
Ringgit
Semua
Tumbuk
Pandai
Judi
Halau

7.2.2 Sistem Vokal
Ciri utama dialek Kelantan adalah gantian huruf „n‟ dan‟ng‟ menjadi huruf „ễ‟. Contoh:
Dialek kelantan Bahasa baku
Tulễ Tulang
Bulễ Bulan
Ikễ Ikan
Lubễ Lubang
Lawễ Lawan
Orễ Orang
Makễ Makan
Lalễ Lalang
Belakễ Belakang
Abễ Abang
Wayễ Wayang
Panjễ Panjang
Natễ Binatang


Dalam dialek Kelantan huruf ‘a’ di akhir kata juga diganti dengan bunyi ‘o’.
Contoh :

Dialek kelantan Bahasa baku
Negȏ Berniaga
Sapȏ Siapa
Jupo Jumpa
Boyo Buaya
Bakpo Kenapa
Bendo Benda

Pengguguran huruf ‘m’ didalam kata-kata seperti :
Dialek kelantan Bahasa baku
Jupo Jumpa
Sapa Sampai









BIBLIOGRAFI
Arbak Othman,1993. Definisi tatabahasa. Diakses pada 1 Julai 2013, daripada
http://www.scribd.com/doc/21320679/6/Pendapat-Tentang-Tatabahasa.

Asmah Haji Omar, 2008. “Kepelbagain Fonologi Dialek-dialek Melayu”, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Bunohan, 2009. (Filem). Dain Said Iskandar (Pengarah). Kuala Lumpur : Nadita Solomon. 1 pita: 94
minit.

Chaer Abdul, 2010. Sosiolinguistik. Jakarta : Rineka Cipta.

Pateda, Mansoer, 2000, Sosiologistik. Bandung : Angkasa Bandung.