You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

BIL.
1

TAJUK
PENGHARGAAN

MUKASURAT

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

LAPORAN KAJIAN

RUMUSAN KAJIAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah PMR 2012. Ribuan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Hafizah yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Wira Jaya iaitu Encik Hasni bin Hasshim kerana telah memberi kerjasama dan nasihat kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Penghargaan saya kepada kedua-dua ibu bapa saya Encik Abdol Aziz bin Din dan Puan Narimah Akap binti Abdullah kerana telah membimbing, memberi nasihat dan mendorong saya dari beberapa aspek terutama sekali dari segi bantuan kewangan. Terima kasih kepada kakak saya Nur Ain binti Abdol Aziz yang telah menunjukkan kesabaran semasa membantu saya memperolehi maklumat daripada internet, pusat sumber serta daripada akbar dan buku. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Rosnah Ani yang merupakan orang sumber saya. Beliau telah memberikan temu duga yang memuatkan hampir semua maklumat yang saya perlukan. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Syaza Aina dan juga Intan Syafiqah. Tanpa kerjasama dan bantuan mereka semua ini tidak dapat saya laksanakan tugas saya. Kami telah mengharungi banyak pengalaman manis dan juga pahit semasa menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian berkaitan prodok tempatan yang terdapat di Malaysia dan saya telah memilih tajuk yang berkaitan dengan makanan. Kajian ini saya lakukan untuk memenuhi objektif saya iaitu untuk mengenal pasti produk-produk tempatan yang boleh di komersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, kajian ini turut dilakukan untuk membantu saya untuk membuat satu kajian yang berilmiah dengan cara yang betul, sahih dan tepat. Ia juga membantu saya untuk meningkatkan kebolehan saya untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih baik dan juga tepat. Tambahan pula saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga di dalam diri anak-anak muda yang lain melaluikan kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut. Antaranya ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT). Banyak maklumat yang saya perolehi daripada kaedah tersebut. Saya telah melayari laman-laman web tentang keropok lekor mini dan saya juga telah melayari laman web tentang resepi keropok lekor mini. Seterusnya, saya turut mengunakan kaedah temu bual. Saya telah berbual-bual dengan pemilik syarikat Rosri Enterprise iaitu Rosnah Ani. Beliau telah menunjukkan saya cara-cara membuat keropok lekor dan juga telah menerangkan cara-cara pembuatannya. Beliau juga turut menceritakan suka duka beliau semasa ingin membangunkan Rosri Enterprise. Selain itu, saya turut mengunakan kaedah rujukan. Saya telah merujuk beberapa buku resipi tempatan untuk dijadikan contoh dan saya juga telah merujuk guru sejarah saya untuk bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan kerja kursus Sejarah saya ini. Akhir sekali, saya telah melawat tempat kajian ini serta telah menangkap gambar yang bersesuaian dengan tajuk Kerja Kursus Sejarah saya.

LAPORAN KAJIAN
1. Maklumat Asas Produk Tempatan

Produk pilihan saya ialah keropok lekor mini, ini adalah kerana pembuatannya adalah sangat ringkas. Keropok lekor mini ini diketegorikan dalam ketegori makanan. Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain. Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar. Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingankepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili. Nama perusahaan keropok lekor yang saya telah mengkaji ialah Perusahaan Keropok Lekor R.S. Nama pengusaha ialah Encik Syukri bin Ramli dan Puan Rosnah binti Ali.Gabungan nama suami isteri telah membentuk nama syarikat iaitu ROSRI Enterprise. Syarikat tersebut adalah hak milik penuh mereka. Lokasi syarikat ROSRI ialah di Kg.Kedah Parit Buntar Perak.

2. Latar Belakang Produk Tempatan

Pada tahun 1999 pasangan suami isteri ini, Puan Rosnah dan Encik Syukri memulakan perniagaan dengan menjual keropok basah yang diambil daripada pembekal dari Sungai Chenaam,selama 2 tahun.Selepas itu,bekalan keropok mentah diambil pula dari industri Keropok Tronoh. Sekitar tahun 2001 hingga Mei 2003 mereka memasarkan keropok ke Nibong Tebal, Sungai Bakap, Serdang dan Semanggol. Jumlah keropok yang dipasarkan mencecah 2000 batang. Pada Jun 2003,pasangan ini telah berkongsi perniagaan dengan rakan mereka iaitu pasangan Amdi Jaafar dan Mazni Hasssan. Pada tahun 2004, mereka telah membuka kedai di Pekan Lama Parit Buntar. Pada Mei 2008, barulah mereka memulakan proses membuat keropok. Sebelum bergiat lebih aktif dalam perniagaan itu, Puan Rosnah telah menghadiri pelbagai kursus dan latihan anjuran Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Pertanian (MARDI) di Manir, Terengganu dan Jabatan Perikanan Malaysia, Pulau Pinang. Kursus dan latihan banyak mengajar beliau mengenai kaedah dan teknik pembuatan keropok, pengendalian mesin, pemasaran dan pembungkusan. Antara produk yang dihasilkan Rosri Enterprise ialah keropok lidah ayam, keropok keping, keropok bulat dan keropok sekedi. Selain itu, Puan Rosnah turut membuat

keropok losong yang dikenali sebagai 'lekor mini' kira-kira 30 sentimeter panjang dan berat 400 gram. Modal permulaan perniagaan keropok lekor mini ini adalah sebanyak RM500. Kemudiannya Enck Syukri dan juga Puan Rosnah telah membuat pinjaman dibank untuk menambah lagi mesin-mesin. Namun demikian, Puan Rosnah memberitahu, pada masa akan datang beliau berhasrat menghasilkan keropok losong yang mengandungi aneka rasa rempah ratus yang belum lagi terdapat di pasaran. Beliau juga berhasrat membeli beberapa buah peti ais lagi untuk proses pembekuan bagi mempertingkatkan ketahanan 'lekor mini' sehingga 30 hari. Kini pendapatan bersih Puan Rosnah dan suaminya mencecah RM 80 000 sebulan. Perniagaan ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Keistimewaan keropok lekor mini keluaran Syarikat Rosri Enterprise ialah rasanya yang sangat enak dan lembut. Selain itu, ia juga dibuat dengan teliti dan rasanya apabila dimakan sangat ranggup diluar tetapi lembut di dalam.

Peta Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak

3. Kaedah/ Cara Penghasilan Produk Tempatan.

Antara jenis-jenis keropok yang popular di Malaysia adalah seperti, keropok kering, keropok lekor, keropok losong, keropok udang, keropok sosej, dan berbagai-bagai lagi. Antara bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor ialah isi ikan, tepung ubi, garam, gula dan ajinomoto. Cara yang pertama, masukkan isi ikan, garam, gula dan ajinomoto ke dalam mesin pembancuh dan putarkan sehingga larut semua bahan yang di masukkan tadi dalam jangka masa 15 minit. Seterusnya cara yang kedua masukkan tepung ubi ke dalam bancuhan tersebut sehingga sebati. Setelah sebati, proses menggentel dilaksanakan dan keropok yang telah digentel akan dimasukkan ke dalam air yang telah mendidih sehingga masak. Keropok yang telah masak sedia digoreng dan dihidangkan. Untuk menghasilkan keropok 'lekor mini' pula, bahan-bahan yang diperlukan ialah 150 kilogram ikan tamban dan ikan sardin, 180 kilogram tepung gandum dan 50 kilogram gula. Proses pembuatan bermula dengan mengisar ikan bersama 25 liter air di dalam mesin adunan selama 20

minit. Selepas itu dimasukkan gula bersama tepung gandum lalu digaul hingga sebati. Akhir sekali dimasukkan pula perisa dan garam lalu digaul sehingga membentuk doh. Doh yang terhasil hendaklah dibiarkan selama 30 minit sebelum diuli membentuk 'lekor mini' mengikut saiz yang ditetapkan. Setelah itu, 'lekor mini' akan ditimbang dan dibekukan. 'Lekor mini' boleh tahan sehingga 10 hari sekiranya disimpan di dalam tempat dingin beku. 'Lekor mini' dihasilkan dengan menggunakan tangan dan dibantu 11 orang pekerja. Tenaga pekerja sebanyak 11 orang (bahagian pemprosesan), 2 orang (bahagian showroom), 3 orang jurujual kedai di Pekan Lama dan 2 orang jurujual di pasar malam di Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau. Antara peralatan-peralatan yang digunakan oleh Rosri Enterprise untuk menghasilkan lekor mini ialah mesin pengadun, meja penguli, meja pemotong, peti sejuk, dan periuk rebusan. Pemilik syarikat Rosri Enterprise sangat mementingkan kualiti ataupun mutu sesuatu bahan yang dihasilkan. Oleh itu, lawatan dan pemeriksaan daripada Jabatan Kesihatan 2 kali setiap bulan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan barangan keluaran syarikat tersebut bersih dan boleh dimakan. Selain itu, langkah kawalan mutu juga dilakukan dengan pemantauan daripada Jabatan Perikanan. Ini untuk memastikan kualiti ikan yang digunakan adalah baik dan terjamin keselamatan pemakannya.

4. Perkembangan Produk Tempatan. Syarikat Rosri Enterprise telah melalui pelbagai kesusahan untuk memajukan produk-produk mereka. Setelah bertahun-tahun bersusah payah, produk lekor mini telah berkembang ke serata Semenanjung Malaysia. Rangkaian pemasaran lekor mini ini sangat meluas. Produk lekor mini boleh dijumpai dimana-mana sahaja, contohnya di Pasar Malam dan juga di kedai-kedai ataupun di warong-warong. Jualan dilakukan melalui ejen-ejen Syarikat Rosri Enterprise ke Taiping, Manjung dan juga Pulau Pinang. Seterusnya melalui ejen di Taiping, pasaran sebanyak 500 batang sehari, yang beranggaran lebih kurang 150 kilogram. Kemudiannya melalui ejen di Manjung seminggu sekali sebanyak 200 batang, losong 100kg dan melalui ejen di Pulau Pinang 200 batang setiap 2 hari, losong 150 kg. Akhir sekali elalui ejen di Bukit Jalil seminggu sekali sebanyak 200 kg. Kemajuan yang dicapai oleh Syarikat Rosri Enterprise sepanjang tahun 2012, jualan sehari lekor 1000 batang, losong 500 kg sehari, comel panjang 100 kg sehari dan bebola 50 kg. Keuntungan kasarnya ialah RM80 000 sebulan, berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan oleh Encik Syukri dan Puan Rosnah. Oleh kerana produk lekor mini keluaran syarikat tersebut telah diminati ramai, Encik Syukri dan Puan Rosnah telah menambah pekerjanya daripada 11 orang yang bekerja dibahagian pemprosesan ke 16 orang. Kemajuan Syarikat Rosri Enterprise ini telah menambah peluang pekerjaan buat penduduk sekitar. Seterusnya, Syarikat Rosri Enterprise juga telah mencapai kemajuan dari segi teknologi. Dahulunya, lekor mini kurang dikenali orang ramai dan pembuatannya adalah secara kecilkecilan. Namun kini, lekor mini telah mendapat permintaan ramai dan teknologi pembuatan lekor mini juga telah dinaiktarafkan. Produk lekor mini telah mendapat pengiktirafan oleh syarikat-syarikat pengeluar keropok lekor

segera yang lebih besar. Dengar khabarnya, Syarikat Rosri Enterprise mempunyai perancangan pada masa akan datang iaitu ingin memajukan perniagaan lekor mini dan akan mengeksport lekor mini ke peringkat antarabangsa. Hal tersebut mungkin akan terjadi dalam tiga atau lima tahun lagi, kata pemilik syarikat tersebut. Syarikat Rosri Enterprise telah menjadi identity penduduk Parit Buntar kerana apabila perlancong bercuti di Parit Buntar, Syarikat Rosri Enterprise wajib dikunjungi dan telah menjadi suatu destinasi perlancongan.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan, pengajaran, nilai. Tetapi yang utama ialah saya telah mempelajari cara-cara untuk mendapat data dan maklumat dengan betul dan juga tepat. Perniagaan keropok lekor mini yang diusahakan oleh Syarikat Rosri Enterprise ini telah membuka peluang untuk anak tempatan mendapat pekerjaan. Selain itu, ia turut membuktikan bahawa Malaysia juga mampu mengeluarkan produk makanan yang sendiri. Melalui kajian ini, saya telah belajar untuk mencintai Negara dan juga berasa bangga dengan barangan buatan Malaysia. Sudah pasti seluruh rakyat Malaysia berasa bangga atas kejayaan Puan Rosnah dan suaminya Encik Syukri. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang perniagaan keropok lekor mini yang diusahakan oleh Syarikat Rusri Enterprise.

LAMPIRAN

Puan Rosnah menunjukkan proses pembuatan keropok lekor mini.

Papan tanda yang menyambut kedatangan pengunjung.

RUJUKAN
Saya telah merujuk laman web http://myresipi.com/ untuk mendapatkan maklumat. Laman web tersebut menerangkan tentang cara-cara membuat keropok lekor. Selain itu, laman web tersebut juga mengandungi bermacam-macam resepi yang lain. Orang sumber saya Encik Syukri dan juga Puan Rosnah yang kedua-duanya merupakan pengusaha keropok lekor mini. Mereka tinggal di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak. Akhir sekali, saya telah merujuk majalah resepi masakan ibu saya yang bertajuk RASA Edisi Keempat. Editor Majalah tersebut merupakan Puan Mariam binti Salleh.

EDISI KEEMPAT

Istimewa: Keropok Lekor

KERATAN DARIPADA MAJALAH RESEPI

LAMAN WEB RESEPI YANG DILAYARI

Perbualan diantara saya dan Puan Rosnah, pengusaha keropok lekor mini.

Saya

: Assalammualaikum Puan Rosnah. Saya lihat perniagaan lekor mini sangat berjaya. Sudah berapa lamakah Puan berniaga? Apakah kesusahan yang Puan telah lalui semasa membangunkan Syarikat Rosri Enterprise?

Puan Rosnah : Waalaikummusalam. Perniagaan ini diasaskan oleh saya dan juga suami saya, Encik Syukri. Sudah terlalu lama kami berdua berniaga. Segala kesulitan ditempuhi oleh saya dan suami bersama-sama. Pernah suatu ketika kami asyik bergaduh dan hamper bercerai kerana terlalu asyik memikirkan masalah kewangan yang kami hadapi. Kami berterima kasih kepada pihak bank kerana sudi memberikan pinjaman kepada kami diketika itu. Pernah sekali, stok ikan telah rosak dan kami terpaksa menggunakan wang simpanan masing-masing untuk membeli stok ikan yang baru. Alhamdulillah, kami kini sudah berjaya. Saya : Adakah Puan menggunakan resepi rahsia di dalam pembuatan keropok lekor ini kerana rasanya sungguh lembut dan enak sekali. Bagaimanakan Puan mendapat idea untuk memulakan perniagaan ini? Puan Rosnah : Saya tidak mempunyai sebarang resepi rahsia, saya cuma menggunakan ikan yang terbaik sahaja. Sebenarnya, saya sangat suka makan keropok lekor semenjak saya masih kecil. Arwah ibu saya dahulu pernah menjual keropok lekor ditepi jalan. Saya cuma mengikut jejaknya dan seterusnya mengembangkan lagi bisnes keropok lekor ini.

Saya

: Puan tidak terfikir untuk membuka cawangan syarikat yang lain?

Puan Rosnah : Saya tidak sanggup untuk menanggung resiko. Biarlah semuanya dihantar daripada sini. Saya tidak ingin kualiti produk lekor mini ini dicemari. Saya tak mahu perniagaan saya mendapat nama buruk. Saya : Oh begitu. Dari manakah Puan Rosnah mendapat stok ikan yang segar-segar belaka? Kerana setahu saya, kedudukan laut agak jauh dari kawasan Parit Buntar ini. Puan Rosnah : Suami saya akan memandu lori seawal pukul 4.30 pagi untuk mendapatkan ikanikan segar di Lumut, Perak. Oleh kerana suami saya mempunyai kenalan disitu, beliau mendapat tawaran harga yang lebih murah. Ini menjimatkan kos dan saya tidak perlu bimbang tentang kualiti ikan yang telah dicemari kerana saya pernah ditipu oleh pembekal pada suatu masa dahulu. Saya tidak ingin hal tersebut berlaku lagi. Saya : Apakah perancangan Puan untuk masa hadapan Syarikat Rosri Enterprise?

Puan Rosnah : Saya ingin mempelebarkan sayap perniagaan ini ke peringat antarabangsa. Saya mahu semua orang merasa produk buatan Malaysia demi membuktikan Malaysia juga mampu bersaing di persada dunia. Jika boleh, saya mahu hal ini terjadi dalam tiga atau lima tahun lagi. Saya tidak mahu membazir waktu. Saya : Baiklah Puan Rosnah. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Semoga perniagaan Puan berkembang maju. Puan Rosnah : Sama-sama.

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalamsuasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini. Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan, melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atauperusahaan tempatan. Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluandan kehendak masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah

setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan Negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama. Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri. Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan Negara di samping menyahut inspirasi danhalatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini. Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus

mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.