You are on page 1of 8

STPM PSV PENGERTIAN SENI VISUAL Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok

, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala . seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Pengkaryaan 1. Maksud pengkaryaan adalah sesuatu karya-karya yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kreativiti dan lebih mengutamakan makna serta nilai estetik 2. Bidang-bidang pengkaryaan: a. Lukisan (Menggunakan media kering contoh pensel, pen, arang dan lain-lain) b. Catan (Menggunakan media basah contoh cat air, minyak, akrilik dan lain-lain) c. Cetakan (Menggunakan blok contoh cetakan benam, timbul, lino) d. Arca (Karya berbentuk 3 dimensi contoh arca estetik dan arca berfungsi) Perekaan 1. Maksud Perekaan adalah sesuatu reka bentuk atau ciptaan yang mempunyai ciri-ciri kreativiti dan lebih mengutamakan fungsi (kegunaan) dan estetik 2. Bidang-bidang perekaan : a. Komunikasi Visual (Grafik, Multimedia, Animasi) b. Reka bentuk Teknologi (Industri, Tekstil, Fesyen, Automobil) c. Reka bentuk Persekitaraan (Landskap dan Hiasan Dalaman)

Peranan Seni Visual 1. Peranan seni visual terbahagi kepada dua iaitu : a. Peranan Psikologi

Ritual iv. pemikiran melalui perkataan. Emosi Membangkitkan perasaan. pengaruh. Perniagaan dan perdagangan v. Emosi iii. Sensitiviti iv. Peranan Sosiologi i. gambaran idea. Pengeluaran iv. maklumat dan hasrat melaui poster. kebolehan untuk merasai sesuatu dan kebolehan untuk menghayati. kuasa. 4. Propaganda iii. keupayaan merasai dan mencorak perlakuan diri secara semulajadi seperti rasa cinta. simbol dan isyarat Peranan Seni Visual Dari Aspek Sosiologi 1. takut dan benci 3. papan tanda dan lain-lain 3. Nasionalisme Peranan Seni Visual Dari Aspek Psikologi 1. arahan. Persekitaran Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab kepada persekitaran 2. Kreativiti Memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta seauatu yang baru serta menjadikan individu yang lebih imaginatif dalam pengkaryaan atau perekaan 2. Persekitaran ii. Sensitiviti Menjadikan individu lebih peka kepada persekitaran. Propaganda Membantu dalam pemujukan penyebaran idea. Ekspresi Membantu untuk meluahkan perasaan. Ekspresi b. Kreativiti ii. Pengeluaran Menghasilkan karya atau ciptaan yang bekualiti tinggi dari aspek estetik .i.

keupayaan derianya. Hal benda-Sumber utama dalam karya b. falsafah dan nilai. masyarakat dan persekitaran. membentuk jati diri dan sanggup berkorban untuk negara. Perniagaan dan Perdagangan Menghasilkan barangan. kedudukan PENGALAMAN ESTETIK Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu. kain batik menutup mayat.Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Rekaletak. eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Keindahan Seni Setiap individu yang ingin menilai sesuatu keindahan memerlukan pemerhatian.Susunatur. penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep. Komposisi. upacara dan aktiviti kehidupan seharian masyarakat contoh patung bagi kaum Jahut dan Mehmeri.Tema. penerokaan. imej figura dan binatang bagi kaum Buddha. Pengalaman intelektual. Kandungan. produk yang bekualiti dengan reka bentuk tertentu yang bepontensi untuk perniagaan atau perdagangan contoh rekabentuk pembungkusan. Makna.Terbahagi kepada Pengalaman langsung. Melalui penglibatan deria. logo dan lain-lain 5. . Antara yang terlibat ialah pelukis.4. pandai tukang dan sebagainya. keupayaan interlektualnya berdasarkan 3 aspek berikut : a.Melalui kajian. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik. pengarca. 6. cintakan bangsa dan negara. Fungsi c. Ritual Digunakan dalam adat resam. menimbulkan kesedaran dan tanggung kawab terhadap negara. Nasionalisme Membangkitkan semangat patriotik.

Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. ruang. Secara umum.PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL Pendahuluan Seni Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin. seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Hauser berpendapat. Ringkasnya. reka bentuk teknologi. makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. kebudayaan. moden dan pascamoden. dan perekaan. Seni Visual Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. 1986: 12). dan reka bentuk persekitaran. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal. ia merangkumi seni lukis dan seni reka. 1974: 43). Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka. . Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi. masa dan keadaan yang tertentu. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16). yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual. terutamanya dalam bentuk visual (Hornby. seni adalah komunikasi (1959). Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu.

istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Preble dan Frank. Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni. menjelang pertengahan abad kedua puluh. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep. teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. seni logam halus. a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual (i) Maksud Sejarah Seni Visual Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop. seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motifmotif dan maknanya. tekstil. Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual. 1979: 407). teknik. Sebagai contoh. tatacara. Di samping seni halus dan seni gunaan. Sebagai suatu bentuk komunikasi. sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik. 1999).Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. peranan. . arca. puisi dan muzik (Osborne. kaedah dan prinsip yang tersendiri. termasuklah pengkarya dan persekitaran. bahan. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas. seni industri. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika. Sebagai contoh. justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Justeru itu. serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. seramik. dan pengamatan (Preble. seni moden dan seni pascamoden. lukisan. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni. makna. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. seni keagamaan. sama ada dari segi bentuk. seni reka hiasan dalaman. terdapat juga istilah-istilah seni tradisi. identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir. cetakan. seni bina. seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran. perasaan. fesyen. dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan. multimedia dan animasi. seni landskap. Kepelbagaian ruang lingkup seni. fotografi. dan hubungannya dengan konteks penghasilan. dan cabang-cabang yang luas.

termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka. ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?. di mana ia sekarang?. Atau. adakah ia satu-satunya objek sedemikian?. sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. proses. bentuk. serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. apakah maksudnya?. bila ia sampai di tempatnya kini?. bagaimana ia berada di tempatnya kini?. penaung. 1994. 1996). dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. (ii) Kaedah Sejarah Seni Visual Dalam bidang Sejarah Seni Visual. bahan. mengapa?. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. bagaimanakah ia dipersembahkan?. Dalam konteks ini. dan siapakah yang menghayatinya?. ia dibuat daripada apa?. teknik. 1996). makna. siapa pemilik asalnya?. Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya. peranan. makna. mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu. peranan. untuk siapa ia dibuat?. ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?. karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting. fungsi. 1989. fungsi. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa. 1993. stail atau gaya. tanggapan. berapakah harganya?. siapa yang menghayatinya? (Pointon. sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. akibat atau kesan. Tansey dan Kleiner. 1994. Tujuan Sejarah Seni Visual Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam . pemilik. apakah yang cuba disampaikan?. makna. bagaimana keadaannya sekarang?.sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri. 1994: 61). persepsi. karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya. contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk. justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. Dalam konteks ini. nilai. sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Muliyadi Mahamood. Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali. Pointon. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas. siapa yang mendapatkannya?. dan fungsi sesuatu karya. Tansey dan Kleiner. Misalnya.

Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah yang digunakan iaitu: Idealisasi – merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Contohnya ialah. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya. sasaran pengambarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental dan primeval Stailisasi . Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula) untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan. pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal.merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya atau perekaan. bahawa dalam usaha memahami karya seni.mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Pada amnya. kita tidak terus menerangkannya. Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.Oleh itu ia melibatkan satu perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang bukan objek. misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan. Each aspect comes into sight in its own time. 1959 in Fernie. Gaya penampilan Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). a. 2001: 205). Berbicara tentang karya seni. . Hauser menulis: ”We do not go straight towards them. and yet its significance is not lost. but circle around them. Secara umumnya. melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form Representasi-merujuk kepada perlambangan. penataan secara hieratik. terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan gaya penampilan iaitu: · Realistik-karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkan imitasi. menyatakan tentang keperihalan sifat dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran. terdapat banyak pada imej-imej keugamaan. for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations.” (Hauser. which cannot be anticipated or prolonged. Dalam banyak keadaan. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye. gambar dalam motif.

Contoh Gadis Melayu.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso). Hang Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam) · Abstrak. · Separa abstrak-Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi masih boleh dikenali unsur-unsur asal.peniruan daripada bentuk asal.niskala.karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami . Potret Diri (Mohd. dikenali sebagai mujarad.bentuk dan warna. tetapi pengkarya lebih mementingkan simbol.Hoessien Enas).kabur.Contoh Pago-pago (A. Gunung Ledang (Syed Ahmad Jamal) .Latiff Mohidin).