You are on page 1of 6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP TAJUK KURSUS : Seni Dalam Pendidikan KOD KURSUS : WAJ3107 NAMA PELAJAR : SEMESTER : 4 (Ambilan Jun 2011) TARIKH MULA 19 Ogos 2013 TARIKH HANTAR 13 September 2013 I. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan 2. Menjelaskan konsep asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka, mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanakkanak. 4. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai mata pelajaran yang lain. 5. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5. II. Objektif Projek 1. Membuat kajian, pemerhatian dan mengumpul maklumat tentang pergerakan kreatif (PK). 2. Menghasilkan folio yang mengandungi papan cerita( storyboard), alat dan bahan , cadangan prop yang digunakan dan costume dalam bentuk lakaran 3. Mengadakan persembahan pergerakan kreatif secara berkumpulan. 4. Membuat perkaitan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam persembahan mereka. Tugasan Projek (100%) Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif bertujuan untuk membantu individu menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana individu bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Persembahan pergerakan kreatif adalah suatu aktiviti yang boleh disesuaikan di dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Aktiviti yang akan dipersembahkan nanti dapat memperlihatkan bahawa seni visual, muzik dan pergerakan boleh disepadukan menjadi satu persembahan yang menarik, menghiburkan para audien dan memberi manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah. A. Pengurusan Grafik (20%) Secara individu buat pembacaan, pemerhatian dan kumpulkan maklumat tentang pergerakan kreatif. Persembahkan maklumat yang didapati dalam bentuk pengurusan grafik seperti peta minda, rajah tulang ikan dan carta alir. Pengurusan grafik yang dihasilkan hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) B. Folio (30%) Menghasilkan sebuah folio secara berkumpulan yang meliputi aspek berikut: i. Papan cerita (storyboard) – lakaran idea dan rupa bentuk aktiviti yang hendak dipersembahkan ii. Cadangan Prop dalam bentuk lakaran iii. Alat dan bahan iv. Lakaran kostum(costume) v. Rakaman muzik yang digunakan C. Persembahan ( 40%) Secara berkumpulan hasilkan satu persembahan pergerakan kreatif berdasarkan spesifikasi berikut: i. Bertemakan “Kepupusan Binatang”. ii. Mengandungi elemen-elemen asas pergerakan iii. Persembahan akan dinilai dari sudut kreativiti(pergerakan,manipulasi alat,formasi), pakaian dan muzik. iv. Persembahan tidak melebihi 10 minit. v. Setiap persembahan perlu dirakamkan dalam bentuk cakera padat (CD) D. Refleksi(10%) Anda dikehendaki menulis refleksi secara individu berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi mestilah menunjukkan perkara berikut: i. Pengalaman yang diperolehi semasa melaksanakan tugasan ini (proses mencari maklumat, menyediakan folio dan mengadakan persembahan PK) ii. Masalah dan cara menyelesaikan semasa melaksanakan projek iii. Sejauh mana pengalaman anda mampu mengaitkan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam persembahan tersebut. Panduan Pelaksanaan Projek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 8. Tugasan 1 dan Tugasan 4 adalah tugasan individu manakala Tugasan 2 dan Tugasan 3 adalah tugasan berkumpulan 4/5 orang satu kumpulan. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf ialah 12 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association) 3.6 Lampiran adalah wajib 3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu Panjang tugasan tidak kurang daripada 10 muka surat. Amalan plagiat tidak dibenarkan Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu Persembahan pergerakan kreatif berdasarkan kepada papan cerita yang dihasilkan. Semua tugasan hendaklah dikumpulkan dalam folio kumpulan Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: a. Pengurusan grafik yang menarik dan dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat b. Rumusan dan cadangan untuk menjawab persoalan tugasan c. Refleksi 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan ‘citation’ yang dapat menyokong kerja anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan coheren. 6. Penulisan esei/laporan/refleksi di dalam folio harus menunjukkan kejelasan tentang pergerakan kreatif. 7. Rujukan hendaklah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet , 3 jurnal 2 bahan bercetak yang lain) Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disedia. Tugasan disediakan oleh, ____________________ (PN.HJH. HARTINI BINTI KANA) Penyelaras Kursus WAJ3107 Jabatan Sains Sosial IPGK Raja Melewar Seremban Disahkan oleh: ________________________ (HJ. YAAKOB BIN ATAN) Ketua Jabatan Sains Sosial IPGK Raja Melewar, Seremban Disemak oleh, ____________________ (NORAZLAN BIN ISMAIL) Pakar Bidang (SME) Jabatan Sains Sosial IPGK Raja Melewar, Seremban PERATURAN MEMBERI MARKAH MATA PELAJARAN: SENI DALAM PENDIDIKAN KOD: WAJ3107 Aras Kriteria Tahap Pembelajaran dan Pemberatan 1. PENGURUSAN GRAFIK (20%) • Kemahiran mencari sumber. • Pengetahuan Isi kandungan • Kefahaman maklumat Tugasan dan aspek yang dinilai • Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber rujukan. • Isi kandungan mengandungi urutan yang betul. • Memahami maklumat yang diperolehi. Lemah 0-7 Sederhana 8-16 Baik 17-25 • Tidak menyatakan sumber rujukan. • Maklumat yang dikumpul tidak berkaitan dengan aspek yang dinilai. • Isi kandungan tidak tepat • Mengumpul maklumat kurang dari tiga sumber rujukan. • Maklumat yang dikumpul kurang berkaitan dengan aspek yang dinilai. • Isi kandungan melebihi 5 yang tepat • • • Lemah 0-9 a) Kebolehan merancang dan mengorganisasi maklumat. b)Pelajar dapat menghuraikan faktorfaktor, kepentingan seni membuat topengi dan kesankesan kegiatan tersebut kepada elemen asas seni reka c)Pelajar dapat menghubungkait langkah- langkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menghasilkan sesuatu karya. 1. Pelajar gagal : a) merancang dan mengorganisasi maklumat. b) Langkahlangkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menjelaskan kepentingan seni membuat topeng dan kesan-kesan kegiatan tersebut kepada elemen asas seni reka c) Langkahlangkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menghasilkan sesuatu karya Sederhana 10-19 1. Pelajar dapat a) merancang dan mengorganisasi maklumat. b) Langkah- langkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menjelaskan kepentingan seni membuat topeng dan kesan-kesan kegiatan tersebut kepada elemen asas seni reka c. Langkah- langkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menghasilkan sesuatu karya : Mengumpul maklumat sekurangkurangnya dari tiga sumber rujukan. Semua maklumat yang dikumpul berkaitan dengan aspek yang dinilai. Semua isi kandungan tepat Baik 20-30 2. FOLIO (30%) • Kebolehan merancang, mengorganisasi maklumat secara bermakna. • Kebolehan mengaplikasi ilmu dan kemahiran. • Kebolehan menghubung kait pelbagai unsur dalam perancangan, pelaksanaan penghasilan. . 1. Pelajar dapat menghurai dan mengemukakan contohcontoh yang sesuai : a) merancang dan mengorganisasi maklumat. b) Langkah- langkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menjelaskan kepentingan seni membuat topeng dan kesan-kesan kegiatan tersebut kepada elemen asas seni reka c. Langkah- langkah pemerhatian dan penghayatan yang perlu di ambil bagi menghasilkan sesuatu karya Lemah 0-9 Sederhana 10-19 Baik 20-30 3. PERSEMBAHAN (40%) • Kecekapan Pedagogi • Aplikasi Kontektual • Sumbangan tokoh a) Pelajar dapat menunjukkan kecekapan pedagogi dengan menghubungkait antara elemen pendidikan seni visual, muzik, dan pergerakan. 1. Pelajar gagal: a). Menunjukkan kecekapan pedagogi dengan menghubungkait antara elemen pendidikan seni visual, muzik, dan pergerakan 1. Pelajar dapat: a). Menunjukkan kecekapan pedagogi dengan menghubungkait antara elemen pendidikan seni visual, muzik, dan pergerakan 1. Pelajar dapat melaksanakan dengan contohcontoh sesuai. a). Menunjukkan kecekapan pedagogi dengan menghubungkait antara elemen pendidikan seni visual, muzik, dan pergerakan b). mengaplikasi pengalaman ke dalam tugasan. c). menghasilkan tugasan yang baik b). Pelajar dapat mengaplikasi pengalaman ke dalam tugasan. c).Menghasilkan tugasan yang baik b). mengaplikasi pengalaman ke dalam tugasan. c). menghasilkan tugasan yang baik b). mengaplikasi pengalaman ke dalam tugasan. c). menghasilkan tugasan yang baik Lemah 4. REFLEKSI(10%) • Menunjukk an keupayaan pemikiran reflektif dan mencatat refleksi dengan kaedah penulisan refleksi yang bermutu 0-4 • • Tiada catatan refleksi. • Sederhana 5-9 Ada catatan refleksi tetapi keupayaan pemikiran kreatif kurang mantap • • • Baik 10-15 Catatan refleksi mantap. Mempunyai komitmen yang sangat baik Menunjukkan kolaborasi yang baik. •