You are on page 1of 12

PENGENALAN

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ” Sumber dari berita harian

1

Susu dan Kacang Soya 2 . Ikan. hidrogen dan oksigen Fungsi : Membekalkan tenaga Contoh : nasi. hidrogen. coklat. baiki tisu rosak Contoh : Daging. oksigen. Putih Telur. roti. nitrogen dan kadangkala sulfur serta fosforus Fungsi : membina sel baharu.KELAS MAKANAN DAN KHASIATNYA KARBOHIDRAT Makanan yang mengandungi karbon. ubi PROTEIN Makanan yang mengandungi karbon.

oksigen. membekalkan tenaga.E. Minyak Ikan.D. Susu. Kuning Telur. tetapi dalam nisbah berlainan Fungsi : Memanaskan badan. melindungi organ dalaman daripada gegaran Contoh : Mentega. Ikan Kod 3 . mengekalkan suhu badan. Telur. hidrogen. Lemak Daging VITAMIN Sebatian organik yang penting untuk badan Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A.LEMAK Makanan yang mengandungi karbon.K) dan Vitamin Larut Air (B.C) Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Contoh : Tomato. Limau.

Nenas. Jagung 4 . Garam. Limau. Tomato.GARAM MINERAL Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja Fungsi : Penting untuk kesihatan badan Contoh : Ikan Bilis. Betik. Telur. Ikan Kod PELAWAS Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan Fungsi : Mencegah sembelit Contoh : Nangka.

AIR 67% daripada badan manusia terdiri daripada air Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan. mengawal suhu badan dan kepekatan darah Contoh : Air minuman 5 .

Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. 6 . Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Jelaslah. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Oleh itu. pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.PIRAMID MAKANAN Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. 1. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini.

Sesungguhnya. manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.2. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu. 4. 7 . Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Mampu mengawal kadar obesiti. pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan. Jadi. Oleh itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. 3.

Semua ini perlu adadalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan. protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging). hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi). mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air).GIZI SEIMBANG Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi. Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya. 8 .

Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.GIZI TIDAK SEIMBANG Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. 9 .

Capati tanpa kuah (sekeping) 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori = 260 kalori = 400 kalori = 635 kalori = 880 kalori = 445 kalori = 300 kalori = 660 kalori = 380 kalori = 550 kalori = 156 kalori = 200 kalori = 180 kalori = 203 kalori = 160kalori Kategori: Kuih Muih 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. saiz badan. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Nasi lemak bersambal (sepinggan) 3. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Nasi minyak kosong (sepinggan) 6. Kuih lapis (sekeping) 10 = 160 kalori = 130 kalori . Pau ayam (sebiji) 14. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori 13. disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.KEPERLUAN KALORI Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina. Kategori: Makanan Rutin 1. Nasi goreng bertelur (sepinggan) 4. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 10. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Nasi ayam kosong (sepinggan) 7. Mee goreng kosong (sepinggan) 8. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 11. Mee hoon goreng (sepinggan) 10. jenis pekerjaan. umur. Nasi briyani berayam (sepinggan) 5. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Roti putih (2 keping) 11. Di bawah ini. Nasi putih (satu setengah cawan) 2. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Mee sup (semangkuk) 9.Kasui berkelapa parut (sekeping) 2. iklim dan keadaan kesihatan. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 12. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) 12. Emping jagung kosong (secawan) Kategori: Lauk Pauk 1.

Durian (5 ulas) 5. Mangga (sebiji) = 20 kalori = 45 kalori = 76 kalori = 64 kalori = 42 kalori = 110 kalori = 59 kalori = 63 kalori = 44 kalori = 103 kalori Kategori: Minuman 1. Kentang goreng (satu kantung kecil) 7. Aiskrim 2 skop = 390 kal 6. Betik (sepotong) 3. Pisang goreng (sekeping) 8. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal 8. Minuman kotak 250g = 105 kal 3. Sayur kobis hancur (satu tub) 5. Limau (sebiji) 6. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal 2. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal 7. Epal (sebiji) 9. Ciku (sebiji) 10. Nenas (sepotong) 8. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal 5. Pizza berkeju (sepotong) = 220 kalori = 180 kalori = 130 kalori = 95 kalori = 170 kalori = 87 kalori = 130 kalori = 70 kalori = 100 kalori = 130 kalori = 60 kalori = 90 kalori = 75 kalori = 425 kalori = 405 kalori = 35 kalori = 240 kalori Kategori: Buah-buahan 1. Bingka ubi (sekeping) 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) 5. Nugget ayam (satu) 3. Kentang lecek (satu tub kecil) 4. Burger keju (satu) 6. Pisang emas (2 biji) 4. Karipap (sebiji) 10. Peha ayam goreng (satu) 2. Popia basah (satu) 7. Popia goreng (satu) 6. Sandwich sardin (sekeping) 11. Sate ayam (secucuk) 8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal 11 . Jambu batu (sebiji) 7. Tembikai (sepotong) 2.3. Kek biasa tanpa krim (sepotong) 9. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal 4. Bubur kacang (semangkuk) Kategori: Makanan Segera 1.

“Tepuk dada tanya selera”.Kesimpulannya Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. 12 . Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula.