Soalan bagi kumpulan 1 dan 2

Encik Ahmad telah bekeluarga dan mempunyai lima orang anak. Dia bercadang membeli mesin basuh bagi meringankan tugas isterinya.
a) Terangkan perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membeli mesin basuh itu. b) Senaraikan lima kelebihan mesin basuh itu. Soalan bagi kumpulan 3 dan 4

Keluarga Encik Ali berpendapatan sederhana dan tinggal di kawasan Bandar. Isterinya memerlukan mesin basuh yang baru bagi menggantikan mesin basuh yang lama. Ketiga-tiga anak mereka masih bersekolah. Anaknya yang menuntut di kolej inginkan sebuah motosikal bagi memudahkan urusan ke kelas.
Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan perancangan penggunaan sumber yang patut diikuti oleh Encik Ali bagi memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Soalan bagi kumpulan 5

Siti seorang pekerja swasta. Jarak tempat kerja sejauh 20km. Setiap hari Siti terpaksa berulang-alik menaiki kenderaan awam. Namun terdapat beberapa masalah seperti bas yang tidak mengikut jadual, jalan yang sunyi setelah Siti turun dari bas serta waktu kerja yang tidak menentu. Oleh itu, Siti bercadang membeli kereta.

Terangkan langkah-langkah membuat keputusan membeli rumah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful