REFLEKSI

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana kebaikannya memberi saya peluang untuk bernafas sehingga hari ini dan saya juga dapat menyiapkan tugasan ini. Saya turut berterima kasih kepada semua yang telah menolong serta membantu saya menyiapkan tugasan ini termasuklah kepada semua pensyarah dan rakan-rakan sekalian. Dalam melaksanakan tugasan dalam kursus serta mengikuti tugasan ini sendiri, saya telah menghadapi pelbagai masalah yang sukar untuk saya tanggung tanpa bantuan semua pihak. Pertama, masalah daripada kokongan masa kerana kadang-kadang kami terlalu sibuk sehingga saya lupa untuk melakukan latihan Auralia, tetapi dengan peringatan daripada guru serta rakan-rakan yang lain saya dapat melaksanakannya. Selain itu, saya turut di kelilingi dengan masalah tidak dapat fokus dalam kursus ini, tetapi dengan cara pengajaran pensyarah kami yag terbaik saya dapat mengikuti hamper semua apa yang diajar oleh pensyarah kami itu. Disamping itu, saya juga menghadapi masalah kurang keupayaan untuk mempelajari subjek ini kerana saya kurang mempunyai pendedahan awal sejak saya kecil lagi dalam bahagian ini tetapi saya bersyukur kerana dengan bantuan pensyarah saya yang tidak pernah putus asa dalam mengajar kami semua, saya dapat memperbaiki diri saya. Semasa saya mengikuti kursus ini saya telah memperolehi pelbagai ilmu baru antaranya ialah kita manusia ada yang berbakat kerana mereka mempunyai “perfect-pitch” tetapi kita semua boleh memperoleh bakat tersebut dengan berlatih bersungguh-sungguh mengenalpasti jarak jeda. Selain itu, saya juga memperolehi kemahiran baru iaitu kemahiran mengajar anak murid dengan melihat pensyarah mengajar malah saya turut belajar beberapa nilai iaitu jangan katakana tidak sebelum kita cuba melakukan sesuatu. Pada masa depan kelak, saya berharap saya dapat memperbaiki kemahiran aural saya supaya ini dapat membantu saya mengajar anak murid saya dengan lebih yakin lagi

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful