Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,Guru Besar,guru-guru serta rakan-rakan sekalian

. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang mewaliki murid tahun enam untuk berucap pada hari ini . Hadirin sekalian, Beberapa hari lagi murid-murid tahun enam akan meninggalkan sekolah ini. Sedih rasa dihati dan berat hati kami untuk meniggalkan sekolah yang kami cintai ini. Banyak kenangan indah dan pengalaman berharga telah kami lalui selama kami bersekolah di sini. Sepanjang kami bersekolah di sini,kami telah dididik, diasuh dan dibimbing oleh para guru dalam pelajaran mahupun kokurikulum. Ternyata guru-guru telah berusaha sedaya upaya agar kejayaan dapat kami raih. Sesungguhnya kejayaan kami adalah hasil keringat guru-guru sekalian. Kami berharap sekolah ini akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat dari segi akedemik mahupun sukan.Kami juga berharap agar guru-guru akn terus berusaha meningkatkan prestasi sekolah ini tanpa rasa jemu. Sepanjang enam tahun bersekolah disini,tentulah ada kesilapan yang kami lakukan.Oleh itu,sebagai wakil murid tahun enam,saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang kami lakukan. Akhir kata,doakanlah kejayaan kami disekolah menengah dan seterusnya kemenara gading.Dan kami juga mendoakan guru-guru bahagia dan sihat disamping keluarga tercinta. Sekian,terima kasih.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful