5 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEK RENDAH 1.

0 PENDAHULUAN

Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan. Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu:[1] …tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.

Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada para pelajar selain daripada bakat dan ketokohan seseorang guru dalam sesuatu disiplin termasuk Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka mencapai pencapaian terbaik. Oleh itu, tumpuan utama yang akan dikupas dalam penulisan ini ialah berkaitan pengertian kaedah itu sendiri dan beberapa contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang merangkumi bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah serta Pelajaran Jawi.

2.0 2.1

HASILAN/ESEI/HURAIAN PENGERTIAN KAEDAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).[2] Ahmad Mohd Salleh (2008) mendefinisikan kaedah sebagai satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pelajaran.[3] Secara umumnya, pengertian kaedah boleh difahami seperti berikut: q Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur.

w.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2. para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s. dengan perantaraan Jibril). .[6] Terjemahan Surah al-Qiyamah (75): 17 . menanam minat dan nilai yang diingini. Setelah itu Rasulullah s.w membacakan kepada para sahabat.w kemudian diminta dituliskan. ketrampilan oleh guru.a.q Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.a.2.s membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril.a. maka bacalah menurut bacaannya itu. kemahiran dan mengubah sikap serta tingkah laku. Al-Syaibani (1979) berpendapat bahawa konsep kaedah P & P yang baik ialah kaedah yang dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan. Pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat pemikiran dan pencapaian pelajar. Pengajar dan pendidik perlu menyampaikan pengajaran mengikut tahap pemikiran pelajarnya. nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar. Oleh itu. sudah pasti boleh membawa kepada kerumitan kepada pelajar. apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu. q Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan. q Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran. q Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran.w.[4] 2.t: َ ِ‫فإ‬ َ ََّّ َ َّ‫ذا‬ َ َّ}71{ََّّ َ ‫وقرْ آ‬ ْ َ‫علَ ْي َناَّج‬ 71{ََّّ ‫عَّقرْ آ َنه‬ َّْ ‫ب‬ ‫قرَ ْأ َناه‬ ‫نه‬ ‫عه‬ ‫}إِن‬ َ ََّّ َ‫م‬ َ ََّّ ِ ‫فات‬ Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).18 Seterusnya Rasulullah s. Caranya ialah Jibril a.1 KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH Pengenalan Kaedah Talaqqi Musyafahah ialah kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a. Keadaan ini akan membawa kepada kegagalan.[5] Sebagaimana firman Allah s.a.w terus menghafal ayat berkenaan.s kepada Rasulullah s.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah Pelaksanaan kaedah Talaqqi Musyafahah ini mestilah berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan. memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan (bersemuka). Dengan cara ini. muncung dan lain-lain lagi. murid dapat melihat sendiri cara guru melontarkan bacaannya sama ada dengan keadaan bibir mulut tertutup. Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan prinsip pertama kaedah ini. melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya (mengikutnya). . Manakala kalimah musyafahah pada bahasa ialah sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. kedua-duanya berasal dari kalimah bahasa Arab. Definisi Merujuk kepada kalimah talaqqi dan musyafahah. Dari sudut istilah pula bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Pertama. terbuka. c) Membaca dengan betul dan fasih. d) Yakin dan berani mencuba di hadapan guru. mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat. Seterusnya. Dari sudut istilah membawa maksud murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru. murid pula membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan murid tersebut. sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid supaya dapat menyampaikan dengan sebutan dan bacaan yang tepat. murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini amat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj dan sifat huruf serta hukum-hukum tajwid yang lain. Apa yang boleh difahami daripada makna kedua-dua kalimah ini ialah murid bertemu atau bersemuka secara berhadapan dengan guru untuk mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al-Quran dengan sebutan yang fasih dan betul. Prinsip kedua. Seorang guru itu perlu menguasai kemahiran bacaan al-Quran yang baik meliputi sebutan makhraj-makhraj huruf. b) Membezakan panjang/pendek sebutan huruf.Dalam kaedah Talaqqi Musyafahah. Murid haruslah memberi tumpuan dan fokus pada pergerakan bibir guru apabila berada di hadapan guru. Objektif a) Menyebut bunyi huruf hijaiyyah yang berbaris dengan tepat. Talaqqi pada bahasa iaitu pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.

1. guru tersebut akan membaca ayat demi ayat supaya murid dapat mengikutinya. Prinsip keempat iaitu kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.[7] Secara umumnya. Sebutan dan bacaan seorang guru akan menjadi ikutan pada muridnya. . apa yang diungkapkan guru tidak menepati syarat pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan maka akan memberi kesan negatif pada bacaan murid kelak. Langkah kedua iaitu murid mengikut bacaan guru. maka dengan mudah murid tersebut dapat menyebut (mengikut). Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut.1 Berdasarkan rajah 2. Sekiranya. Guru boleh mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD. bagi langkah pertama iaitu guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid. kumpulan ataupun individu. prinsip ketiga dalam kaedah Talaqqi Musyafahah adalah murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru. kad carta atau kad manila. Apabila murid telah mendengar dan melihat bagaimana cara sebutan yang tepat melalui pergerakan bibir guru. Maksudnya. prosedur membawa maksud cara yang lazim untuk membuat sesuatu urusan. Prosedur Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Musyafahah Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga. murid diminta untuk mengikut bacaan guru secara kelas.Seterusnya.2. aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu. guru boleh membaca bacaan contoh secara potongan ayat. Apa yang dimaksudkan di sini ialah guru memperdengarkan bacaan alQuran dari bacaan guru sendiri supaya murid dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.2. Bagi murid yang lemah. guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru. Setelah murid diperdengarkan dengan bacaan guru. prosedur melaksanakan kaedah Talaqqi Musyafahah ini ianya merangkumi 4 langkah seperti yang berikut:[8] Guru membaca bacaan contoh kepada seorang atau beberapa orang murid Murid mengikut bacaan guru Guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru Guru mendengar dan menilai bacaan murid Rajah 2.

2 . l Kenal pasti tahap pencapaian. Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan murid secara kelas. memperdengarkan bacaan di hadapan kelas jika perlu. l Meningkatkan kemahiran individu. Langkah yang terakhir dalam kaedah Talaqqi Musyafahah ini ialah guru mendengar dan menilai bacaan murid. guru boleh menguji bacaan murid dengan meminta murid tersebut yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid.2 KAEDAH TASMIK Pengenalan Kaedah Tasmik adalah salah satu dari kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam bidang asuhan Tilawah al-Quran. guru meminta murid membaca ayat-ayat tersebut di hadapan guru pula secara individu mengikut giliran. murid diminta membaca manakala guru akan mendengar. 2. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Seterusnya langkah ketiga iaitu guru meminta seorang atau beberapa orang murid membaca di hadapan guru. Kaedah Tasmik bacaan al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan ayat hafazan. Jika terdapat kesalahan.2. Ianya bertepatan dengan maksud Tasmik itu sendiri yang bererti mendengar yang diambil dari perkataan bahasa Arab. l Menyedarkan kesilapan bacaan. Objektif l Mengetahui pencapaian murid. Ketika ini. l Mengklasifikasikan murid mengikut pencapaian. guru akan memperbetulkan. murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan murid untuk mengesan murid yang dapat membaca dan murid yang masih belum boleh menguasai bacaan. Selepas itu.2. Dalam kaedah Tasmik ini.Semasa murid membaca ayat. Prosedur Pelaksanaan Kaedah Tasmik[9] Rajah 2. guru perlu memastikan murid dapat membaca ayat dengan betul dan fasih. Apabila guru telah menilai bacaan murid secara individu. Tujuan utama kaedah ini digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran.

Cara pelaksanaan kaedah tasmik. Guru mendengar bacaan atau hafazan murid dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam bacaannya. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. guru akan memperbetulkan kesalahan murid tersebut. guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Jika terdapat kesalahan. di hadapan guru sama ada secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian ayat bacaan. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid. ialah murid diminta membaca ayat yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful