KREATIVITI DAN INOVASI

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KSSR

KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

rakaman. fotokopi... Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 62600 Putrajaya Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Ketiga 2012 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel. Bahagian Pembangunan Kurikulum KREATIVITI: Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran/Bahagian Pembangunan Kurikulum. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik.. ISBN. Aras 4-8.Copyright © 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8. atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum. mekanik.

RUKUNEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. rakyat Malaysia. memelihara satu cara hidup demokratik. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI. berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut. menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. berakhlak mulia. membangunkan modul Kreativiti: Pembangunan dan masyarakat dan negara. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . rohani. emosi dan jasmani. berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. berketrampilan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai KATA PENGANTAR kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran (BPK) telah keluarga.

1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan 3. BAB 2 Pembangunan Kreativiti 2.1.1.1.4.1.1 Fasa Persediaan 2.1.2 Indikator Kreativiti dan Inovasi dalam Mata pelajaran Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Mata Pelajaran RUJUKAN PANEL PENYUMBANG KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .KANDUNGAN BAB 1 Kreativiti dan Inovasi 1.2 Fasa Imaginasi 2. 1.1.3 Fasa Perkembangan 2. 1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Keputusan 3.3. 1.5. Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3.3 BAB 3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 3.2 BAB 4 Indikator Kreativiti dan Inovasi 4.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Fokus Pengajaran dan Pembelajaran Membuat 3.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah 3.1 Model Proses Kreatif Terarah 2. 4. 1.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstriktivisme 3.1.4 Fasa Tindakan Alat Berfikir Metakognisi Matlamat Objektif Kreativiti Inovasi Model Kemahiran Berfikir 2.2.1.1.2 2.

.

kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).1 MATLAMAT Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka. Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid: x suka menyoal dan mencari jawapan. tindakan dan hasil. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara. x membuat spekulasi tentang kemungkinan. x meneroka idea. dan x sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea. x berfikir secara lateral. 1. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1 . Dalam konteks pendidikan. x membuat hubung kait.1 KREATIVITI & INOVASI MATLAMAT OBJEKTIF KREATIVITI INOVASI MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti. x menjangka peristiwa yang akan berlaku.

1. membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian. ii. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti. v. Yayasan Inovasi Malaysia. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih.2 OBJEKTIF Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid: i. kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea.4 INOVASI Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. iv. iii. 2010 2 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi. maka ianya adalah idea semata-mata. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti.1.3 KREATIVITI Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. walaupun ianya idea nakal. Yayasan Inovasi Malaysia. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’. kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea. Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea. Oleh itu. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan. 2010 1.

Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif.1.menganalisis .menghubung kait .Menyelesaikan masalah .meramal .1.Membuat keputusan .Mengkonsepsi .menilai . Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.membuat inferens .membuat hipotesis .mengesan kecenderungan .mencirikan .membuat gambaran mental - - KREATIVITI INOVASI Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3 .mengitlak STRATEGI BERFIKIR/ ST / METAKOGNITIF . kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul.membuat urutan .5 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis.membuat kesimpulan KREATIF . Perkaitan kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.menyusun ikut keutamaan . BERFIKIR MENAAKUL KRITIS Logik Rasional .menjana idea .membanding beza .mensintesis .mengumpul dan mengkelas .

4 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan. Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan. Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Tindakan a. Pelaksanaan b. Buku ini menggunakan kerangka model proses kreatif terarah yang diubahsuai daripada Plsek. Amalan berterusan KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 5 .1 MODEL PROSES KREATIF TERARAH Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa.(1997) sebagai panduan untuk guru melaksanakan P&P yang kreatif dan inovatif.E. P. 2.2 PEMBANGUNAN KREATIVITI MODEL PROSES KREATIF TERARAH ALAT BERFIKIR Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Empat fasa tersebut ialah: 1. Analisis 2. Perkembangan a. Sintesis idea 3. Penambahbaikan b. Menilai 4. Persediaan a. Persediaan b. Penjanaan idea b. Imaginasi a.

1 Pemerhatian Analisis Penjanaan Idea Sintesis Idea Pelaksanaan Amalan berterusan Penambahbaikan Menilai 2 4 3 Rajah 2 : Model Proses Kreatif Terarah Diubahsuai daripada Plsek P.. (1997) 6 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . E.

bahan. rasa atau bau Menumpukan pemerhatian kepada objek. situasi atau fenomena dengan tepat Mendapatkan makna dengan betul Mengenal pasti objek. Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat Analisis Menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 7 . ayat atau teks secara menyeluruh Menggunakan alat.1 Fasa Persediaan Jadual 1: Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan Fasa Persediaan Kemahiran Utama Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.1. sentuhan. bahan. radas. radas. instrumen atau spesimen dengan betul Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai Mengenal pasti ciri objek. perkataan.2. situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa Mengkaji kesan baik dan kesan buruk Mengimbas kembali idea. instrumen atau spesimen yang sesuai Mengendalikan alat. x x x x x x x x x x x x x x x x Indikator Menggunakan deria penglihatan. pendengaran.

puisi. Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik – lukisan.2 Fasa Imaginasi Jadual 2: Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi Fasa Imaginasi Kemahiran Utama Penjanaan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara x x x x x Sintesis idea Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu x x x x x x Indikator Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik) Menghasilkan idea secara berterusan Menghasilkan idea yang bermakna Mencari hubung kait. lagu. gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada Membuat kesimpulan. rajah. kraf. binaan. muzik. peta. membuat pengitlakan dan membina tajuk. karangan. laporan dan lakaran Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan Membuat keputusan tentang sintesis akhir Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan Membuat refleksi yang berterusan 8 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .2.1.

kebaikan dan keburukan.2.3 Fasa Perkembangan Jadual 3: Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan Fasa Perkembangan Kemahiran Utama Penambah baikan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan x x x x x Indikator Menokok tambah idea Mengubah suai idea Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan Memberi pelbagai kategori atau aspek Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara x x x x Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea Menyatakan kekuatan dan kelemahan. kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu Membuat wajaran dengan betul Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 9 .1.

2. idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil Amalan berterusan Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif x x x Peka kepada perkara di sekeliling Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah.1.4 Fasa Tindakan Jadual 4: Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan Fasa Tindakan Kemahiran Utama Pelaksanaan Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip x x x Indikator Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain. kesilapan dan kelemahan Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan 10 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .

uk/model/ improvement/tools/pdf/fishbone. menghubungkan sebab dengan http://www.co.html http://www.enchantedlearning. Dalam melaksanakan proses tersebut penggunaan alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil yang dihasratkan.pegasuscom.wikispaces.docstoc. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 11 . proses berfikir yang teratur dan sistematik perlu diaplikasikan.com/wp/1937 aktiviti berdasarkan 6 tahap pemikiran iaitu mengingat.pdf Sebab dan Akibat (Cause and effect) Peta Konsep (Concept map) Peta grafik yang bermula dengan idea utama dan http://www.h dikembangkan bagi menunjukkan idea yang tm berkaitan sebagai cabangnya Alat berfikir lateral. untuk menggalakkan pemikiran http://www.lionden.2.htm l http://www.n8w. Berikut adalah contoh alat berfikir yang boleh digunakan: Jadual 5 : Contoh Alat Berfikir Alat Berfikir Huraian Laman sesawang (contoh) Istilah (Glossary of terms) Alat berfikir dari A – Z dan strategi serta modal pembelajaran.co visual. Penerangan : Apa? Mengapa digunakan? Bagaimana digunakan? http://www.com/ tools/6hats.com/docs/4201940/L Alat untuk mengurus dan mengelas maklumat otus-Diagram yang banyak secara sistematik.htm Enam Topi Pemikiran De Bono (De Bono's Six Thinking Hats) Grafik (Graphing) Carta Tulang Ikan (Fishbone diagram) Carta Lotus (Lotus diagram) Alat untuk menyampaikan maklumat secara http://cooltoolsforschools. school. menilai dan mencipta Alat yang keputusan.com/concept_maps.com/glossary.au menganalisis. m/Creativity+Tools Alat untuk mengenalpasti sebab dan akibat. mengaplikasi. Alat http://swellresearch.blogspot.com.com/thinkingma ps/themaps/multiflow/index.2 Alat berfikir Bagi memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan.thinkingprocess.com/grap hicorganizers/flowchart/ http://www.mapthemind. memahami. http://www.ht ml Taksonomi Bloom (Bloom's taxonomy) Alat yang digunakan untuk mengelas soalan dan http://www.com/2009/ yang berguna untuk merancang penulisan 02/using-fishbone-organisers-in-ourkarangan.debonothinkingsystems.itcpublications.

http://www.com/grap hicorganizers/flowchart/ Peta Pemikiran (Thinking maps) Carta Y (Y chart) Alat sumbangsaran yang digunakan berdasarkan http://www. Membantu ool_tmplts_y_chart dalam menjelaskan konsep dan idea.com/thinking_t apa yang dilihat.enchantedlearning. 12 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .enchantedlearning. visual. dirasa dan dijangka.com/grap atau isu yang menyokong atau membantah hicorganizers/flowchart/ sesuatu hujah. http://www.com/Tony-Buzan-srekabentuk dan corak untuk menyampaikan Mind-Mapping-Thle-Ultimate-Thinkingsesuatu konsep atau idea Tool Kekuatan – Kelemahan – Peluang – Ancaman http://www.Peta Minda (Mind map) Alat yang menggunakan gambar.com/criticalthinking/swot-analysis SWOT Carta T (T Chart) Alat yang digunakan untuk menyenaraikan idea http://www.squidoo. warna. Alat yang membantu dalam membuat keputusan.itcpublications.toolkitforthinking.

1.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Jadual 6 : Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Persediaan ƒ Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Imaginasi ƒ Penstrukturan idea ƒ Meneroka ƒ Menjelas ƒ Konstruk idea baru Perkembangan ƒ Penjelasan lanjut ƒ Aplikasi idea Tindakan ƒ Penilaian ƒ Kaji semua perubahan idea ƒ Penyiasatan lanjutan KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 13 .1 Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3. Dalam membangunkan kreativiti. terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah: x x x x x Konstruktivisme Inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan masalah Membuat keputusan Pembelajaran berasaskan projek 3.

1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah Jadual 8: Strategi Pembelajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Masalah Persediaan ƒ Mengenal pasti masalah ƒ Menjelaskan masalah Imaginasi ƒ Mencari alternatif penyelesaian ƒ Mencari penyelesaian Perkembangan ƒ Melakukan operasi ƒ Menilai penyelesaian masalah Tindakan ƒ Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat 14 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .3.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Jadual 7 : Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Persediaan ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ Imaginasi Perkembangan ƒ Menguji hipotesis Tindakan ƒ Membuat kesimpulan ƒ Melapor ƒ Dokumentasi ƒ Mentaksir Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis 3.

3.1.1.4 Aplikasi dalam Keputusan Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Jadual 9: Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Membuat Keputusan Persediaan ƒ Mengumpul maklumat ƒ Mengenal pasti matlamat ƒ Mengenal pasti alternatif ƒ Menganalisis alternatif Imaginasi ƒ Meramal ƒ Menyusun alternatif ƒ Pemilihan alternatif Perkembangan Tindakan ƒ Menilai ƒ Membuat alternatif yang keputusan dipilih ƒ Membuat rumusan 3.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Jadual 10: Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Projek Persediaan ƒ Tinjauan berfokus/ berstruktur ƒ Penyoalan Imaginasi ƒ Meneroka ƒ Merancang ƒ Meramal Perkembangan ƒ Meneroka ƒ Mencari maklumat ƒ Membuat prototaip Tindakan ƒ Menganalisis maklumat ƒ Merumus ƒ Mentaksir ƒ Melapur ƒ Dokumentasi ƒ Menguji prototaip KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 15 .

Orientasi idea..3. minat dan perasaan ingin tahu murid. pengetahuan dan pengalaman. Jadual 11 memperlihatkan setiap fasa Model Proses Kreatif Terarah tersebut dengan merujuk kepada fokus P&P berasaskan kepada contoh soalan atau rangsangan. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . imaginasi. Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi menggerakkan pemikiran kreatif mereka. Fokus Murid Membuat pemerhatian secara aktif.. perkembangan dan tindakan. Mengesan miskonsepsi/salah tanggap yang wujud. Mengenal pasti tahap kefahaman murid. Jadual 11 : Fokus Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Fokus Guru Terarah Mewujudkan kesedaran. Menyampaikan idea individu. perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan. Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang.? Bagaimana anda pasti? Bagaimana anda mendapat idea sedemikian? Persediaan 16 Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam P&P. Menghubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.? Apa yang buat anda berfikir sedemikian. Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Apakah yang dimaksudkan dengan…? Beritahu secara lanjut tentang.

Mengapa anda Membina asas menggunakan kaedah/ kepada pengalaman cara/teknik tersebut? yang selari untuk membantu mereka Bagaimana anda dapat idea dalam proses tersebut? perkongsian dan berkomunikasi.? Membina idea baru. Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Bagaimana anda akan. Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka. Mentafsir maklumat/ bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea. Menguji dan membahaskan idea murid. Memperkenalkan alat berfikir yang sesuai. Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman.? Apa anda akan buat jika. Fokus Murid Melibatkan secara langsung dengan fenomena/bahan/ konsep/alat..? Bagaimana anda boleh..? sesuatu konsep/ fenomena. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 17 .? Imaginasi Membangunkan asas pengalaman bagi Bagaimana anda tahu jika... Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul. Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid.Fasa Fokus Guru Terarah Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea.. Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang.. Membandingkan penjelasan murid/kumpulan. Meneroka dan menyiasat soalan murid.

.. Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru. Mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk. Apa lagi yang perlu Membuat hubung diketahui.? kait pelbagai konsep yang berkaitan. Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan/Penaakulan Tindakan Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman. peta Apa akan berlaku jika…? minda dll).. grafik. kemahiran dan sikap. Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk Aplikasikan memastikan…? pemahaman dengan aktiviti harian.Perkembangan Fasa Fokus Guru Terarah Mewujudkan situasi/konteks baru untuk menguji kefahaman Fokus Murid Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Membina semula dan Bagaimana anda memberi penjelasan mengesahkan/ lanjut /kefahaman membuktikan…? dalam pelbagai mod (bertulis. Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil tugasan anda/ saya? Adakah anda/saya berpuas hati dengan hasil kerja anda/saya? Apakah kemahiran/ pengetahuan baru yang anda/saya peroleh? Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah/tugasan anda/ saya? 18 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Menyelesaikan tugasan.

1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN Jadual 11 : Indikator Kreativiti dan Inovasi Bagi Mata Pelajaran Mata Pelajaran Bahasa Indikator Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur. kemahiran dan pemahaman untuk tujuan lain dalam konteks yang baharu. x Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan. Hasil daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti. menggubah. x Meneroka cara muzik boleh digabung dengan bentuk kesenian lain dan disiplin mata pelajaran yang lain. Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan inovatif. teks dan perkataan. 19 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . x Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea. Pendidikan Kesenian Pendidikan Muzik Melalui mendengar.4 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN Perubahan mencetuskan pembaharuan dan pembaharuan memungkinkan kemajuan. x Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea. puisi dan nyanyian. bahasa isyarat dan tulisan. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. membaca dan menulis). lakonan. x Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni bahasa seperti bercerita. improvisasi dan persembahan murid: x Mengaplikasikan pengetahuan muzikal. 4. pengalaman. murid: x Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan.

berfungsi kepada individu. bernilai. murid: x Menghasilkan idea yang asli. menterjemah karya. dan inventif x Berupaya menunjukkan kelancaran dalam menjana. Pendidikan Seni Visual Melalui aktiviti menggambar.imaginatif. mengubah suai dan mempelbagai idea dari bahan. teknik secara sistematik x Menghuraikan dan membincangkan aspek-aspek apresiasi karya (memberi respons. alat. menarik. membentuk dan membuat binaan. menyelidik dan menganalisis maklumat secara visual bagi membentuk idea yang berterusan dan bermakna x Menunjukkan potensi mengembangkan. unik. media. Mengapresiasi karya (memberi respons. membuat corak dan rekaan. proses.Mata Pelajaran x x Indikator Menghasilkan dan mencipta idea muzikal melalui penerokaan. masyarakat dan budaya. menilai hasil karya) dalam bentuk penghuraian yang bermakna dan ilmiah Mengaplikasi ciri-ciri visual dalam menghasilkan sesuatu yang unik. 20 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . menambah baik. menilai hasil karya).

penaakulan mantik. x Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan kehidupan harian. pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian. berbincang. unjuran. x Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan teori dan hipotesis. x Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin. x Mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi x Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan. komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan penggunaan teknologi. Matematik Melalui penyelesaian masalah. x Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik dengan disiplin ilmu lain. x Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk menguji teori dan hipotesis. sebab dan akibat). x Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran. murid: x Membina model matematik melalui corak dan hubungan. x Membuat konjektur (ekstrapolasi. eksperimen.Mata Pelajaran Sains Indikator Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji. membina pernyataan dan penjelasan) murid: x Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan fenomena. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 21 .

Mata Pelajaran Indikator Melalui kemahiran asas. x Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk menangani isu dan masalah dalam komuniti. Moral Melalui penglibatan murid dalam: x Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau berkumpulan. murid: x Meneroka pelbagai corak pergerakan yang baharu x Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dalam menghasilkan pergerakan x Mempersembah idea kreatif melalui pergerakan yang mempunyai nila estetika x Memilih dan menggunakan taktik. murid: x Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada dilema. murid dapat: x Mengamalkan budaya dan cara hidup yang sihat Sejarah Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi. pilihan dan kepercayaan orang yang dahulu. strategi dan idea dalam pergerakan dan permainan x Mengaplikasi konsep pergerakan dan kecergasan dalam merancang program kecergasan fizikal Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Melalui banding beza. penyelesaian masalah. membuat perkaitan dan pengamalan yang sihat. termasuk membuat keputusan dan berkempen. 22 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .

membangunkan idea dan berkomunikasi tentang idea. buku skrap. x Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai bahan dan teknologi untuk mereka bentuk dan membuat produk mereka sendiri. penghasilan. x Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 23 . murid: x Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan pengajaran dalam ayat Al-Quran. kehendak dan peluang dalam kehidupan. x Menjana idea. menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. penggabung jalinan ilmu dalam Pendidikan Islam dan dengan disiplin ilmu yang lain.a. dan mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj. x Menghasilkan tulisan jawi dan khat.w. rekaan. menghasilkan model berdasarkan idea dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi yang sesuai.Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Indikator Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran. dan ciptaan murid: x Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan dan berkaitan dengan keperluan. jahitan dan lain-lain. folio. x Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s. Pendidikan Islam Melalui perbincangan.

H. Teori dan Praktis.org/resourcelibrary/articles/teaching_creativity. Catherine McAuley Library. 2006-2010. Development and Practice. 24 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . 2004. Cyberjaya. pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www.directedcreativity. Boston: Harvard Business School Press.RUJUKAN Muat turun daripada http://www. M. Kementerian Pelajaran Malaysia.A. Runco. Kreativiti: Konsep.php. Edisi Pelancaran.J.edu.sa. 2008-2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia INNOVATION Enabling Transformation. 4 Januari 2008.html . pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www. Amsterdam: Academic Press.com/pages/WPModels. 2008. Azhar A. Yayasan Inovasi Malaysia.cdl. 2005. Five Minds for The Future. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Starco. 1997) pada 28 Februari 2010 Muat turun daripada http://www. 2005. Creativity in the Classroom: Schools of Curious Delight. M. Edisi Ketiga.html . Gardner. pada 28 Februari 2010 Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. 2007. Kamus Dewan.. Publishers. Paul E Plsek. London: Lawrence Erlbaum Associates.sac.cfm?&menuid=3&lang=EN. B. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein.A. Teks Perutusan Tahun Baru 2008. Creativity Theories and Themes: Research.my/index.yim. Hamid.au/libraru/Library?Topics/thinking_skills/thinking. Selangor Darul Ehsan: Lim Kok Wing University of Creative Technology Y. Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

2001. Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. Budaya Kreativiti Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel. 28 Febuari 1991.J.3&4. Fasko.. New York: Teachers College Press. Stenberg. Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of Uncertainty.”Education and Creativity” dlm Creativity Research Journal Vol. 1991. How To Develop Student Creativity.M. Williams. Tun Mahathir. R. Wawasan 2020: Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan). 2004. Nos.1996. Kuala Lumpur.Ulf Larsson. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 25 . 2003. A. Hargreaves. JR.13. D.. W. hlm317-327.

PANEL PENYUMBANG Sidang Editor: Dr. Azian T. Siti Hajar Abd Aziz Amy Wong On Mei Zulkifli Husin Chua Chee Ming Arif Othman Razid Abdul Karim Rofilah Md Said Mohd Aris Tammiji Aishah Borhan BPK BPK BPK BPK BPK BPK JPN Johor JPN Kelantan JPN Negeri Sembilan Universiti Malaya IPGM Bahasa Antarabangsa IPGM Pulau Pinang IPGM Raja Melewar IPGM Raja Melewar IPGM Raja Melewar IPGM Ipoh SMK Dato’Klana Putra SMK (P) Methodist Kuantan SK Gangsa 26 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM .S. Sains & Teknologi) Dr. Nor Zihan Hussin Harulnizam Abd Rahman Ansori Ishak Norhayati Mokhtar Norafandi Samion Roslan Mohamed Ruslan Mohd Yusof Mohd Nor Awaludin Ahmad Fauzi Abd Rahman Dr. Abdullah Timbalan Pengarah (Dasar. A’Azmi Shahri Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan Baharin Yahya Nor Azian Mohd Kamel Suriya Ahmad Lau Shin Chai Rosli Omar Jamilah Omar BPK BPK BPK JPN Sarawak JPN Kedah UPSI Penyumbang: Salbiah Mohd Som Dr.

Samsudin Kasan Adam Othman Massita Ramlan BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK BPK Sumbangan Khas: Dato’ Abd Aziz Sheikh Kadir Khairezan Rahmat Akademi Sains/MOSTI UiTM.Pakar Mata Pelajaran: Mazlan Ismail Zainab Abdullah Regina Joseph Cyril Queck Weng Kim Mohd Ali Henipah Ali Kamarul Azlan Ahmad Radin Muhd Imaduddin Faseha Jelani Muhammad Kamil Ali Mohd Nizam Mohd Yusof Mohd Latif Saari Kunaaseelan a/l Subramaniam Norlie Ismail Ida Hairani Bakar Tan Chew Keok Norazza Ibrahim Kamariah Mohd Yassin Liza Othman Ahmad Bustamam Mohd Ali Roslan Majuki Norbaitee Talib K. Fuad Md Rafik Shahrizal Amir SK Telok Gong SJKC Tai Thung KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 27 . Shah Alam Ilustrasi/Grafik: Md.

Kita mesti transformasikan pendidikan kita kepada yang memupuk dan menggalakkan minat untuk meneroka dan mereka cipta. kita mesti menerima hakikat yang kita mesti inovatif dalam membangunkan perniagaan kita.POWER OF CREATIVITY AND INNOVATION Jika Malaysia mahu bersaing dan berjaya dalam persekitaran global. kompeten dan dipacu oleh industri Ramai individu kreatif. kita mesti lebih kreatif dalam menghasilkan barangan kita. inventif dan inovatif Daya saing yang tinggi Pendidikan membangunkan kreativiti dan inovasi Memberi keutamaan kepada kreativiti dan inovasi Kreativiti menjadi amalan dalam kehidupan Maklumat dan pengetahuan dapat ditukar kepada produk. Lim Kok Wing (2008). Kita mesti mempercepatkan usaha kita untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang kreatif. Budaya Kreativiti-Pameran Seratus Tahun 28 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM . Ciri masyarakat kreatif: Maju dalam penyelidikan dan pembangunan Sains dan Teknologi Penghasilan pengetahuan tinggi Penyelidik berkelayakan. sistem atau perkhidmatan Sumber: Innovation-Enabling Transformation.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful