Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KURSUS KENEGARAAN (ULP 1023) TAJUK : “ PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP AMALAN DAN TRADISI PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT MELAYU” DISEDIAKAN OLEH : 1) NUR ELIANA BINTI MOHMAD NOOR (D20091035093) – AT16 2) NOR HARYAN ERDAYU BINTI SAHAR (D20091035078) – AT16 3) SALMIZA BINTI ZAINAL ABIDIN (D20091035074) – AT16 4) NOR ‘AWAATHIF BINTI MOHD GHAZALI LEE (D20091035070) – AT16 5) NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HADI (D20091035072) – AT16

KUMPULAN K ( KHAMIS 3.00 – 5.00 PETANG)

DISEDIAKAN UNTUK: DR. RAHIMAH BINTI WAHID JABATAN PENGAJIAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

1

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi serta adat budaya masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun yang semakin dilupakan. Hal ini juga termasuklah dalam soal perkahwinan. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat terkenal dengan pegangannya iaitu ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu sekarang benarbenar berpegang dengan amalan dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun, namun ada juga tradisi dan adat-adat yang semakin dilupakan. Antaranya ialah mandi-mandian atau berlimau, berinai di pelamin, berandam dan berasah gigi, mandi berhias, dan juga adat berpantun. Sehingga kini tidak dapat dinafikan, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak begitu memahami kewajaran dan logiknya mempelajari adat tersebut secara mendalam. Dalam tinjauan ini, perkara yang akan diketengahkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a) Amalan dan tradisi yang masih diamalkan. b) Amalan dan tradisi yang sudah jarang diamalkan.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

2

Islam dan Barat. Adat tersebut dapat digambarkan secara teratur dari satu tahap ke satu tahap. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 3 . berandam. iaitu saat pasangan itu menjadi suami isteri yang sah. Adat istiadat tersebut merupakan adunan daripada unsur-unsur animisme. Antara faktor-faktornya ialah perbelanjaan majlis perkahwinan yang mahal. bermula dari seorang lelaki hendak memperisteri seorang perempuan sehinggalah berakhir dengan majlis perkahwinan. Contoh tradisi perkahwinan yang telah dilupakan adalah seperti adat berpantun. • Mengenal pasti jenis tradisi perkahwinan yang telah dilupakan. Buddha. mandi berlimau. menggunakan banyak tenaga kerja dan memerlukan masa yang banyak. • Mengenal pasti kewajaran amalan dan tradisi Melayu lama diteruskan pada masa kini. 2. mengasah gigi dan adat merasi. Sesetengah masyarakat Melayu beranggapan amalan dan tradisi Melayu lama harus diteruskan bagi mengekalkan identiti masyarakat Melayu yang menjadi kebanggaan sejak turun temurun. Secara terperincinya.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Adat istiadat perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. ia sebenarnya melambangkan identiti dalam kelompok masyarakat itu.0 OBJEKTIF • Mengenal pasti faktor-faktor tradisi perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan.

lenyap ditelan arus kemodenan masa kini.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 3. Antara adat – adat tersebut ialah : 3. maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Namun.0 PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti jenis adat perkahwinan Melayu yang telah dilupakan dan faktor-faktor yang menyebabkan adat perkahwinan ini tidak lagi diamalkan. Setelah bersanding. kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan di sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 4 . Hasil daripada kajian yang telah dilakukan.1 Mandi-mandian atau Berlimau Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan. pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa adat perkahwinan Melayu yang hampir dilupakan malahan ada juga di antaranya yang sudah tidak diamalkan lagi. Malahan ada sesetengah pendapat mengatakan adat perkahwinan Melayu ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan pada masa kini.

Manakala di luar. pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga di namakan berinai besar. maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan.3 Berandam dan Berasah Gigi Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu. Air yang digunakan untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya dan ianya juga dianggap sakral bagi masyarakat Melayu. akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. 3. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut syarat. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 5 . 3.2 Berinai di Pelamin Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat sekarang. Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi. Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam tiga peringkat. Ini kerana adat berinai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit. mereka akan dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tangan masuk ke bilik. adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu selamat. sekalian hadirin yang ada akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria.

Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur anak rambut di sepanjang dahinya. 3. Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan.5 Adat Berpantun Pantun lazimnya digunakan untuk menyampaikan hasrat rombongan ketika majlis peminangan dan perkahwinan. Ini bertepatan dengan sikap masyarakat Melayu yang penuh dengan adab ketimuran.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam pengantin. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik.4 Mandi Berhias Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. warisan turun temurun dapat dikekalkan dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kreativiti masyarakat Melayu. Melalui tradisi berpantun ini. Kemudian. Antara perkara-perkara yang wajar diambil kira mengenai pantun yang hendak disampaikan adalah keunikan Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 6 . iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut. 3. Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.

3. Walaubagaimanapun. b) Borang Kaji Selidik Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 7 .Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu bahasanya. 4. Ianya diamalkan oleh orang zaman dahulu. nilai. aspek estetika dan etikanya. pemikiran dan falsafahnya.6 Adat Merasi Merasi adalah merupakan salah satu cabang menilik nasib. Adat ini memerlukan bantuan bomoh atau pawang kerana golongan ini merupakan golongan yang sangat dipercayai oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. adat ini sudah dilupakan pada zaman sekarang kerana berkurangnya bomoh dan pawang yang dipercayai pandai dalam upacara merasi ini dan masyarakat Melayu kini juga sudah tidak lagi percaya kepada pawang dan bomoh. jati diri dan pandangan serta persepsi dan akal budi.0 METODOLOGI a) Temu bual Pengkaji melakukan temu bual kepada 10 orang pelajar UPSI yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

pnm.blogspot.my/ http://malaysiana. Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002. c) Laman Web Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih maklumat tentang isu yang dikaji. Soalan – soalan ini berbentuk subjektif yang memberi peluang kepada responden untuk mengemukakan pendapat mereka tentang isu. Berikut ialah senarai laman web tersebut : • http://xinniralubayna. Adab Sopan Moden : Panduan lengkap tentang adat resam. Denyse Tessensohan. Drs. 5.0 ISU BERKAITAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 8 .wikipedia.Si. Dasar – dasar Agama Islam.1994. Adat Perkahwinan Melayu. A.my/01/01010205mel_berinai. Times Book Intenational 1992. PT Rineka Cipta 2001.html • • • http://www.H. etiket dan adab sopan.1989. • Buku . • Buku – 2001. Amran Kasimin.com/2009/06/bersanding-dalamamalan-tradisi.com. Sudarsono. • Buku . adat perkahwinan masyarakat Melayu yang semakin dipinggirkan.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk d) Perpustakaan Penyelidik menjadikan buku sebagai sumber rujukan. S.pengantin. Munir.htm http://ms.M.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Pengkaji mengedarkan borang kaji selidik kepada 10 orang responden di sekitar UPSI yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Drs.

5. Namun begitu. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 9 . Antara perkara khurafat yang diamalkan ketika majlis persandingan ialah : 5. Ianya bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5 5.1 PERSANDINGAN Terdapat unsur – unsur khurafat dalam persandingan perkahwinan masyarakat Melayu yang bercanggah dengan hukum Islam. Ada sesetengah masyarakat berpendapat sebahagian adat ini tidak lagi relevan untuk diamalkan pada masa kini kerana sudah ketinggalan zaman dan memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk merealisasikannya.2. Ada yang masih lagi mengamalkannya dan ada juga yang sebaliknya.1.1. maka ia adalah sesuatu yang syirik. Sejauh manakah kebenaran pendapat masyarakat inilah yang sedang cuba dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Perkahwinan Melayu seringkali di kaitkan dengan sesuatu adat yang menjadi identiti bagi sesuatu kaum itu. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat. Menabur Beras Kunyit Bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. ada juga yang menyatakan adat ini merupakan sesuatu yang dilarang agama dan dianggap syirik. Membaca Jampi Mantera Perbuatan ini dikatakan bercanggah dengan hukum Islam sekiranya pihak yang melakukannya beriktikad bahawa melalui pembacaan jampi atau mantera oleh bomoh mahupun pawang dapat memelihara sesuatu majlis itu daripada gangguan roh jahat.1.

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing. Firman Allah (maksudnya). Antaranya yang disebut oleh alhadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian." Namun begitu hal ini dikecualikan pada sesetengah bulu seperti janggut. Masyarakat Melayu tidak mengamalkan adat tersebut kerana mereka beranggapan adat ini tidak penting dalam urusan berumah tangga." 5. misai dan side burn.1. wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*.1. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj) Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 5.1. orang yang bertanggungjawab dan mahir tentang ilmu dan cara merasi sudah meninggal Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 10 . "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu. Dalam masa yang sama. Berandam Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram.4. 5. wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah.3."(Al-Ahzab:33) 5.2 MERASI Merasi adalah merupakan satu cabang menilik nasib.

Namun kini. Dahulunya adat ini diamalkan dalam sesetengah kelompok masyarakat yang bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain tetapi masyarakat kini terlalu berbeza kerana pertemuan dapat dilakukan secara bebas.3. Oleh itu. Ini disebabkan oleh faktor kekanggan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengelolakannya. Amalan ini biasanya dilakukan oleh golongan masyarakat setempat dan juga ahli keluarga terdekat. pengkaji mendapati bahawa amalan ini semakin jarang diamalkan disebabkan faktor . masyarakat kini secara subjektifnya merupakan golongan yang terdiri daripada professional dan berkerjaya. Kebanyakan mereka menyerahkan persiapan majlis perkahwinan sepenuhnya kepada pihak tertentu seperti penyediaan makanan dan kelengkapan perkahwinan.3. 5.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu dunia. tradisi gotong – royong dan rewang menjadi satu tradisi wajib sebelum berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan. lebih mudah bagi mereka untuk memilih pasangan hidup masing – masing. secara tidak langsung adat tersebut tidak diamalkan lagi dan akhirnya berkubur begitu sahaja.1 Masa dan tenaga Seperti yang kita ketahui.3 GOTONG – ROYONG DAN REWANG Dalam adat Melayu lama. Contohnya. 5.2 Pengaruh dari budaya luar Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 11 .faktor tertentu iaitu : 5. Apabila hal ini terjadi. masyarakat zaman sekarang lebih berpendidikan dan bekerjaya.

Menurut responden antara amalan perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan ialah merisik.0 HASIL KAJIAN LAPANGAN Hasil soal selidik yang telah dilakukan oleh pengkaji kepada 10 orang responden. Responden berpendapat. menjamu tetamu secara berhidang. Responden juga berpendapat bahawa perkahwinan cara ini sudah ketinggalan zaman. perkahwinan secara moden sangat mudah dan hanya perlu mengeluarkan wang yang mencukupi untuk memastikan majlis perkahwinan dapat berjalan dengan lancar. masyarakat Melayu sekarang semakin melupakan tradisi perkahwinan Melayu lama dan lebih cenderung mengamalkan perkahwinan secara moden dan berlebih – lebihan. menabur beras kunyit. menepung tawar pengantin dan juga aktiviti gotong – royong. 6. Mereka percaya bahawa dengan cara ini mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja untuk menjayakan majlis perkahwinan itu. Walaubagaimanapun ada juga responden berpendapat bahawa amalan tradisi masyarakat Melayu harus diteruskan kerana ia merupakan identiti masyarakat Melayu yang harus dipertahan dan diperlihara keunikkannya. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 12 . Ia juga bertujuan untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai kemeriahan dan mengetahui akan adat – adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman dahulu. Responden berpendapat bahawa. Responden berpendapat faktor – faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan ialah masyarakat Melayu kini mengamalkan cara hidup yang lebih moden dan mereka tidak mampu menyediakan tenaga dan masa yang lama untuk menguruskannya sendiri. mandi bunga. berpantun.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Masyarakat kini terlalu obses dengan perkahwinan cara barat seperti mengadakan majlis perkahwinan secara besar – besaran di hotel dan juga dewan terkemuka.

Dalam memperkatakan soal adat merasi dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Pandangan kedua terakhir yang diperolehi oleh pengkaji daripada respondan mengenai keistimewaan perkahwinan masyarakat Melayu dahulu berbanding masyarakat Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 13 . Hal ini berikutan kerana masyarakat kini lebih terpengaruh dengan hiburan berbentuk moden dan mereka menganggap adat berpantun merupakan hiburan klasik lama yang sukar lagi untuk dipraktikkan dalam sesuatu majlis perkahwinan. Pengkaji mendapati bahawa adat merasi ini tidak lagi diamalkan dalam perkahwinan melayu pada masa kini.adat dalam tradisi Melayu ini harus dikekalkan dan ianya masih releven kerana respondan percaya akan pepatah yang berbunyi “Biar mati anak. kebanyakkan respondan berpendapat bahawa tradisi ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan kerana masyakat kini sudah semakin maju dan pemikiran mereka juga seiring dengan kemodenan hidup pada masa kini. Dalam hal yang sama juga. Menurut hasil kajian penyelidik yang memperoleh maklumat daripada responden mengenai adat berpantun dalam perkahwinan masyarakat Melayu pula. responden berpendapat bahawa amalan ini semakin dilupakan kerana kurangnya pendedahan mengenai adat berpantun dan cara-cara menghasilkan pantun spontan yang tinggi nilai estetika budayanya. lebih dari separuh respondan tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan adat merasi. responden juga berpendapat adat berpantun ini sudah tidak lagi diturunkan kepada generasi muda. Tetapi wujud segelintir respondan yang mengatakan bahawa adat merasi merupakan satu amalan khurafat yang bersifat menilik jodoh seseorang dengan pasangan yang hendak dikahwininya.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Secara keseluruhannya. Jangan mati adat”. Dengan ini pengkaji merumuskan bahawa adat berpantun sudah semakin mengalami kepupusan dalam sesebuah majlis perkahwinan. Dalam menyentuh soal relevannya tradisi Melayu dipraktikkan dalam perkahwinan masyarakat melayu kini. responden lebih cenderung untuk memilih perkahwinan cara moden berbanding perkahwinan secara tradisional. Responden juga berpendapat bahawa adat berpantun ini menyusahkan dan melambatkan masa bagi sesuatu majlis perkahwinan. Hanya segelintir sahaja respondan yang berpendapat bahawa adat.

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu sekarang ialah perkahwinan masyarakat Melayu dahulu lebih meriah dan tradisional dengan adat gotong royong sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 14 . Tinjauan yang dibuat ke atas respondan mengenai negeri yang masih mengekalkan adat perkahwinan masyarakat melayu ialah merupakan Negeri Sembilan. Respondan juga berpendapat bahawa perkawinan masyarakat melayu dahulu lebih istimewa kerana ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim. Oleh kerana Negeri Sembilan kaya dengan adat perpatihnya. ada juga respondan yang berpendapat bahawa perkahwinan masyarakat dahulu lebih istimewa kerana ianya mempunyai turutan amalan yang menarik dan ia juga melibatkan keseluruhan ahli keluarga yang jauh mahupun yang dekat. jadi tidak hairanlah jika adat perpatih masih lagi diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu di negeri tersebut. dan ianya bersifat lebih sopan dan dengan ini lebih menunjukkan identiti masyarakat Melayu yang tersendiri. Penyelidik mendapati rata-rata respondan menyatakan adat perkahwinan yang diamalkan di negeri tersebut adalah merupakan adat perpatih. Pada masa yang sama. Respondan juga berpendapat bahawa gotong-royong sebelum majlis perkahwinan masyarakat Melayu kini merupakan gotong-royong yang bersifat berbayar atau lebih lagi dikenali sebagai kontrak.

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Meng apaam alantradisi perkahwinandalam m asyarakatm elayuharus diteruskan? 10% 30% 60% Mengekalkan identiti masyarakat Melayu Mengenali asal usul budaya kita Dapat diwarisi oleh generasi akan datang Rajah 1 Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 15 .

m asy arakat m elay u lebihcenderunguntuk m eng adakan perkahwinan secaratradisional atau m oden? Tradisional Moden Cam puran 10% 20% 70% R ajah2 Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 16 .Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Padapeng am atananda.

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 17 .

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Apakahy anganda fahamtentangadat m erasi? Tidak Pernah Dengar Pernah Dengar 40% 60% Rajah 3 Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 18 .

0 CADANGAN Berdasarkan analisa data yang telah disediakan oleh penyelidik. adat dan tradisi yang diamalkan di kalangan masyarakat Melayu tidak melambangkan identiti masyarakat Melayu itu sendiri dalam konteks yang sebenar-benarnya. Antaranya amalan atau budaya membayar tol sebelum menaiki pelamin. masyarakat hari ini pasti memilih untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa bersederhanalah dalam melakukan sesuatu sebagaiman yang dituntut dalam agama Islam yang sudah tentunya dapat mengelakkan daripada mengadakan upacara yang mungkin boleh mendatangkan khurafat. amalan ini juga mampu menjadi punca pada terbatalnya sesuatu perjanjian yang telah diadakan. Selain itu. Sesetengah daripada pihak respondan juga mengatakan. Terdapat sebahagian lagi respondan berpendapat.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 7. Hal ini berlainan pula dengan cara masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan kini. amalan ini jika terus di amalkan seolah-olah menunjukkan perbezaan status yang boleh mengaibkan pihak pengantin yang perlu membayar tol tersebut. Sebilangan kecil pula menyuarakan pendapat bahawa ada adat yang tidak praktikal langsung untuk di amalkan lagi. Ini jelas jika dilihat pada amalan dalam perkahwinan masyarakat Melayu sebagai contohnya persandingan iaitu pada hakikatnya merupakan adaptasi daripada amalan masyarakat India. Amalan ini dikatakan hanya menyusahkan pihak pengantin lelaki yang kebarangkaliannya berasal daripada keluarga yang sederhana. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 19 . Sebahagian daripada pihak respondan mengatakan bahawa kebanyakan adat yang ada pada masa kini tidak lagi wajar untuk dipraktikkan kerana ianya memakan lebih masa dan tenaga untuk memastikan segalanya berjalan lancar. dapatlah dirumuskan bahawa setiap sesuatu adat itu memiliki sebab musabab yang tersendiri untuk diamalkan atau tidak lagi perlu diamalkan. masa dan wang sehingga ke nilai paling maksimum. seiring dengan pembangunan arus teknologi yang semakin pesat.

Pengkaji juga berpendapat bangsa yang bertamadun boleh dikenali melalui budaya dan adat istiadat yang diamalkan. membaca jampi mentera.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 8. Adat ini dikatakan bukan berasal daripada ajaran Islam kerana keperluan Islam terhadap syarat-sayart dan rukun nikah itu Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 20 . Perkahwinan menurut Islam begitu mudah. berandam. Hasil dari kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan responden lebih cenderung mengadakan majlis secara moden kerana mereka berpendapat bahawa cara itu lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. makan suap dan adat menepung tawar hanya merupakan adat istiadat tambahan hasil daripada pengaruh kebudayaan animisme dan Hindu-Buddha. Adat merasi. Pengkaji juga turut membuat kesimpulan bahawa remaja pada alaf baru ini tidak lagi mengetahui mengenai adat perkahwinan Melayu dan mereka beranggapan semua adat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak releven lagi untuk dipraktikkan. cara berfikiran. mengasah gigi. adat istiadat merupakan tingkah laku sosial. adat – adat perkahwinan masyarakat Melayu yang semakin dilupakan ialah adat merasi. Seperti yang kita ketahui. Sekiranya adat perkahwinan ini terus dilupakan maka tamadun sesebuah negara turut terjejas. Amalan ini tidak diamalkan lagi disebabkan oleh percanggahan pendapat dan ideologi dari segi hukum syarak dan agama.0 KESIMPULAN Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji. dan cara bertindak sesebuah masyarakat yang terbentuk setelah dilakukan berulang kali dengan tokok tambah menurut keperluan dan cara berfikir masyarakat tersebut. berarak. berinai. Syarat-syarat sah dan segala rukun nikah yang perlu dipatuhi tertulis jelas. dan juga menepung tawar. pengkaji mendapati bahawa terdapat tradisi perkahwinan melayu yang semakin dilupakan. Berdasarkan hasil kajian pengkaji. bersanding.

pengkaji beranggapan tradisi perkahwinan Melayu harus dipelihara dan diamalkan selagi ia tidak melanggar hukum syarak dan menyalahi hukum Allah s. Adat merasi misalnya. matlamatnya tatap sama iaitu untuk menilik nasib atau merasi. secara kebetulan ada yang betul.t. Walau bagaimanapun. pemisahan antara unsur kebudayaan tadi saling memperkuat antara satu sama lain. Adat tersebut sebenarnya telah wujud sejak zaman jahiliyah lagi. Adat ini tetap wujud di kalangan mereka yang menganut agama Hindu-Buddha walaupun caranya agak berbeza. Namun demikian.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu tidak menyebut tentang keperluan adat istiadat tersebut. Ini merupakan bahawa pengaruh-pengaruh seumpama itu boleh diubahsuai menurut pelakunya. Amalan ini memang telah sedia wujud sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha.w. Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 21 . biarpun ada antara tilikan itu. Keadaan ini menjadi lebih keliru dengan adanya unsurunsur Islam dalam adat tersebut. merupakan salah satu daripada cabang menilik. Ini bertujuan supaya generasi akan datang tidak akan lupa kepada adat dan asal usul bangsa melayu yang menjadi peneraju kepada tamadun-tamadun yang lain di negara kita. iaitu penggunaan huruf-huruf abjad Arab atau Jawi. Banyak hadis yang mencela tentang perbuatan menilik yang dilakukan oleh ahli nujum dan tukang-tukang ramal.

Adat Perkahwinan Melayu. Times Book Intenational 1992. Munir.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 9.H.1994. Drs. • Buku . S.html Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 22 . Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002. Sudarsono. • Buku – 2001. Denyse Tessensohan.1989.M. Dasar – dasar Agama Islam.com/2009/06/bersanding-dalamamalan-tradisi. etiket dan adab sopan. Amran Kasimin. A.Si.0 RUJUKAN: • Buku . PT Rineka Cipta 2001 • http://xinniralubayna.blogspot. Adab Sopan Moden : Panduan lengkap tentang adat resam. Drs.

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu • • • http://www.my/01/01010205mel_berinai.my/ http://malaysiana.htm http://ms.wikipedia.pnm.pengantin.com.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 23 .

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu LAMPIRAN Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 24 .

…………………………………………………………………………………….Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu BORANG KAJI SELIDIK Umur Jantina Kursus SOALAN 1.. ……………………………………………………………………………………... Apakah faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan? …………………………………………………………………………………….. Mengapa amalan tradisi perkahwinan dalam masyarakat melayu harus diteruskan? ……………………………………………………………………………………... Apakah pandangan anda tentang adat perkahwinan masyarakat melayu sekarang? ……………………………………………………………………………………. 5. 2. masyarakat melayu lebih cenderung untuk mengadakan perkahwinan secara tradisional atau moden? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… 6.. Pada pengamatan anda. ……………………………………………………………………………………. Apakah contoh amalan perkahwinan melayu yang semakin dilupakan? ……………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………. 3. Mengapakah adat berpantun semakin dilupakan? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… : ______________ : ______________ : ____________________________________ Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 25 . 4.

Sejauh manakah relevannya tradisi melayu dipraktikkan dalam masyarakat melayu kini? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… 8. Apakah yang anda faham tentang adat merasi? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… 9. negeri manakah yang masih mengamalkan adat perkahwinan lama dan nyatakan adat tersebut? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 26 . Apakah keistimewaan perkahwinan melayu masyarakat dahulu berbanding masyarakat zaman sekarang? …………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………… …… 10.Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu 7. Pada pandangan anda.

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu Kursus Kenegaraan (ULP 1023) 27 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful