You are on page 1of 2

LAPORAN AJK CENDERAHATI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 Pada 18 Julai 2012 yang lalu, seramai 25 orang

guru pelatih PISMP Matematik 1 Semester 6 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail bersama-sama dengan Pensyarah Persatuan, Puan Ani Salwiah bt Zakaria telah mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) di Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. Program BIG pada kali ini mencakupi aktiviti bengkel dan lawatan penanda aras (benchmarking) interaksi professional dengan guru cemerlang. Bagi AJK Cenderahati, kami telah menjalankan tugas sebelum hari pelaksanaan program lagi. Saya berpasangan dengan Roseliszai binti Mohd bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Kami telah menjalankan beberapa tindakan yang membolehkan program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Pada pagi 15 Julai 2012, kami telah berbincang tentang bentuk cenderahati yang akan diberikan kepada pihak sekolah. Akhirnya, kami sepakat untuk menempah dua buah plak yang mempunyai logo institut untuk diberikan kepada Guru Cemerlang Matematik dan juga Guru Besar SK Padang Midin atas segala kerjasama yang telah diberikan. Pada petang 15 Julai 2012, kami telah menempah plak di kedai berhampiran institut dan membeli beg kertas untuk mengisi plak berkenaan. Peruntukan yang digunakan untuk cenderahati adalah sebanyak RM50. Cenderahati telah disampaikan oleh Ketua Unit Matematik 1 merangkap Pengarah Program BIG Fasa 6, Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh semasa upacara penutup pada akhir slot bengkel bersama Guru Cemerlang Matematik di Bilik Tayangan SK Padang Midin. Secara keseluruhannya, kami di pihak Jawatankuasa Cenderahati tidak mengalami sebarang masalah sepanjang menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas. (MAIZATUL WAHIDA BINTI MOHD NAURUDI) AJK Cenderahati. ……………………………. BIG Fasa 6 2012 ..