You are on page 1of 1

Kitab nikah Ini kitab pada menyatakan hukum nikah (sunat berkahwin) bagi orang yang gemar baginya

jika didapat belanjanya dan jika tiada dapat maka meninggalkan dia itu aula dan pecahkan syahwatnya dengan puasa (dan Makruh) berkahwin bagi yang tiada gemar baginya kerana penyakit jika tiada belanjanya atau ada belanja dan padanya illah seperti tua dan jika ada belanja dan tiada illah padanya maka bersuci bagi ibadah terlebih afdhal maka jika tiada ia berbuah ibadah maka berkahwin itu afdhal (dan sunat) perempuan yang beker melainkan kerana uzur seperti daif alatnya atau berhajat bagi yang memeliharakan anak buahnya lagi perempuan yang mempunyai agama janganyang fasik lagi yang elok yang peranak yang baik bangsanya seperti bahawa ada ia dibangsakan bagi orang yang mulia2 dan ulama dan yang soleh2 lagi yang bukannya kerabat yang hampir dengan bahawa ia perempuan yang ajnabiyah atau kerabat yang jauh (dan disunatkan) menilik oleh tiap2 daripada laki2 dan perempuan bagi tulenya kemudian daripada qasadnya hendak berkahwin akan dia dahulu daripada pinangnya akan yang lain daripada auratnya dalam sembahyang maka melihat laki2 daripada perempuan yang merdeka kan mukanya dan dua tangannya hingga pergelanggan dan daripada sahnya perempuan akan barang yang lain daripada antara pusat dan lutut seperti barang yang disorih dengan dia oleh ibnu rafah pada sahnya dan harus bagi tiap2 daripada keduanya diulang2 akan melihat tatkala berhajat kepadanya supaya iaitu cacat kelakuan yang dilihat akandia maka tiada menyesal kemudian daripada berkahwinnya. (fasal fi khitbah) Ini fasal pada menyatakan hukum meminang (halal) meminang akan perempuan yang suci daripada nikah dan daripada edah (dan harus) dilintangkan dan disindirkan dengan meminang bagi perempuan yang beriddah