REFLEKSI Hasil tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati setiap perjalanan atau pemilihan dalam hidup

seseorang manusia amat memerlukan pengiraan yang bijak bagi mengelak dari sebarang kerugian atau sebarang kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan. Ini terbukti apabila saya menjalankan tugasan ini. Melalui tugasan yang saya lakukan ini juga, saya telah banyak mempelajari berkaitan dengan pengiraan. Sebagai contoh, pengiraan berkenaan pemilihan kenderaan. Saya diajar untuk membuat penilaian dan juga pemilihan dalam memilih kenderaan yang sesuai untuk saya miliki bergantung kepada kemampuan kewangan saya. Melalui rumus-rumus pengiraan yang diguna pakai, ia memudahkan kita untuk menilai dan membuat pengiraan mengikut kadar kemampuan kewangan kita. Selain daripada itu, apa yang boleh kita perolehi ialah kemahiran membuat pengiraan dan juga dapat menjamkan lagi kemahiran matematik. Selain itu, saya juga dapat kemahiran dalam penggunaan ‘golden ratio’ atau nisbah emas. Ia dapat diterapkan dalm kehidupan seharian. Sebagai contoh pengiraan gigi dan juga bagi umat islam, kedudukan Ka’abah. Nisbah emas ini sebenarnya penting dalam kehidupan seharian kita. Secara keseluruhannya, proses pengiraan ini adalah sesuatu yang berlaku tanpa kita sedari bahawa kita sebenarnya melakukan pengiraan dalam kehidupan seharian. Sekiranya,ia dititikberatkan atau dipraktikkan secara menyeluruh, saya pasti setiap benda atau setiap apa yang kita lakukan, kita lebih berhati-hati bagi mengelak sebarang kesilapan dan kerugian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful