AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK UMMAH

TAKRIF AL QURAN Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta'rif al-Quran yang dipersetujui para ulama' Usul Fiqh dan bahasa. HUBUNGAN AL QURAN DAN AS SUNNAH Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan perkataan, perbuatan dan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-

hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran. Al-Imam al-Auza'i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu yang mentafsirkan wahyu tersebut. berasal daripada wahyu Allah SWT jua. Allah SWT telah berfirman: Maka setiap 'Atiyyah, katanya:

"Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-Sunnah perkara yang lahir daripada Rasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan

Terjemahannya: " Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya. " (Surah an-Najm: ayat 3-4 ).

1

Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik

al-Quran al-Karim.

Sayyidatina 'Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya: " Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran. " SUMBER PEMBENTUKAN UMMAH Sumber pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala

hadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan daripada al-Quran al-Karim. Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti atau pun arahan-arahan. DIDIKAN AL QURAN SERTA NATIJAHNYA Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengkagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan Allah SWT) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:

Terjemahannya: " Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-

2

orang yang fasiq " (Surah 'Ali Imran: ayat 110 ) PROSES PEMBENTUKAN ADALAH IRADAH ALLAH S.W.T Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripada tarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah

Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyarakat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk Rasulullah SAW. Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu, Allah SWT boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT tidak sedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembinaan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematangan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang beransur-ansur. Allah SWT menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik. Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi.

Firman Allah SWT: Terjemahannya: " Kami (Allah)

3

turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya (Surah al-Isra': ayat 106) Cara penurunan

engkau bacakan kepada manusia

dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit. "

al-Quran merupakan perencanaan Allah

SWT

dalam proses

pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk, menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata. KEMUNCAK NATIJAH Terbukti didikan dalam yang sejarah kemanusiaan, didikan al-Qur'an sejati telah dan melahirkan berwibawa

generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan telah menghasilkan generasi

as-Sunnah.

Itulah proses

Muslimin

mengepalai pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berjiwa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah SWT semata-mata. Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah SWT. Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah SAW ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Perhatikanlah sikap Mu'az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud, "Wahai Mu'az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemukakan sesuatu masalah kepadamu?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah." Baginda bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW." Baginda bertanya lagi, " Jawab Mu'az, Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?"

4

"Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasulullah mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah." Jawapan yang diberikan oleh Mu'az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah SAW adalah syari'at Allah benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan orang sahabat huffaz telah gugur syahid. SWT sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka kebanyakkan dari meraka adalah peristiwa al-Yamamah pada Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi'r al-Ma'unah terdapat 70 Dalam zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi. AT-TASYRI’ AL KAMIL At-Tasyri' al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang disyariatkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: telah sempurna

Terjemahannya: " Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan

5

(diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasih dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku. Pada hari ini (hari 'Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni'mat-Ku ke atas dan Aku redha Islam sebagai Din kamu." ( Surah al-Maidah: ayat 3) Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari'a mulai awal kerasulan Rasulullah SAW hingga saat hampir kewafatan baginda. Syari'at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks

pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini, syari'at itu tidak boleh dibataskan berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang Islam sudah lengkap dan kepada Rasulullah SAW. PERLAKSANAAN SYARIAT DALAM JAMAAH KINI Bagaimanakah syari'at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama'ah Islam dalam suasana atau realiti kini ? Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama'ah melaksanakan semua tuntutan syari'at Islam. Dalam hal ini, perlaksanaannya adalah terhenti kepada suasana kelemahan (adDa'if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama'ah atau Ummah Islamiyyah yang dibentuk. Suasana kelemahan umat Islam yang tuntutan syari'at mengharuskan jama'ah Islam ertikata melaksanakan tuntutan syari'at tidak melaksanakan semua Rukhsah dalam mengambil sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan

sekadar kemampuan yang dimiliki oleh mengendalikan jama'ah

jama'ah. Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tanggungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang Islam. Bagaimanapun jama'ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan mengambil rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan ialah untuk jama'ah Islam itu dipertingkatkan kerana matlamat besarnya menegakkan Khilafah

6

Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua makhluk berpandukan syari'at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara' demi keredhaan Allah SWT. JAMAAH ADALAH ‘ JALAN ‘ Jama'ah adalah `jalan' yang mesti dilalui untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah) jama'ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil 'azimah, bukan rukhsah. Yakni 'azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh syari'at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.

Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama'ah atau ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah SWT. Firman Allah SWT:

Terjemahannya: " Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi sebagai mana orang-orang terdahulu tukarkan telah menjadi khalifah. Juga Allah telah menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku (Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur

7

selepas itu maka mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq ." (Surah an-Nur: ayat 55) ALLAH TERTINGGI Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan, keluarga atau kelas-kelas tertentu, tetapi Jama'ah Ummah yang ada kepimpinan. Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah SWT turunkan. Khalifah pula bertanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan berdasarkan syari'at Allah SWT. Khalifah adalah wakil Allah SWT di bumi, bukannya penggubal undang-undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguhnya Pencipta undang-undang hanyalah Allah SWT.

Hukum-hukum Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah

hukum-hukum

tertinggi. Orang-orang mu'min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya. Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu'min untuk membuat hukum sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah SWT dalam al-Quran dan asSunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah SWT dan Rasul-Nya adalah berlawanan dengan aqidah atau iman. Firman Allah SWT:

Terjemahannya: " Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu'min lelaki dan maka sesungguhnya dia benar-benar sesat ." (Surah al-Ahzab: ayat 36) perempuan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya

8

Terjemahannya: " Mereka berkata, "Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah taat", kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka mereka bukan lagi orang mu'min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada mereka enggan menurutnya. " (Surah an-Nur: ayat 47-48)

Terjemahannya: " Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: "Kami dengar berjaya. " (Surah an-Nur: ayat 51) dan kami patuh" dan mereka itulah orang-orang yang

m10kul/msword/ver 6.0

9

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful