You are on page 1of 15

Murid ialah pelanggan bagi guru dalam bilik darjah dan sentiasa bersama semasa aktiviti P&P dijalankan.

Perbezaan antara murid memerlukan guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam bilik darjah. Menjadi tugas guru dalam memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan boleh dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

Menyenaraikan maklumat yang murid perlu ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa P&P boleh menjadi panduan dalam menguruskan tingkah laku murid. Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran.

Murid perlu bersosial tidak kira kelas atasan sama ada kelas atasan atau bawahan. Sikap prejudis terhadap bangsa lainperlu di elakkan bagi supaya segala aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Aktiviti yang dijalankan mestilah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi anara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Penggunaan bahasa standard harus diamalkan oleh setiap murid, penggunaan dialek mengikut kaum perlulah dielakkan. Murid perlu selalu diingatkan supaya menggunakan bahasa yang betul. Perbendaharaan kata yang tepat membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Aktiviti ke arah peningkatan bahasa perlu disertai murid supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.

Murid juga digalak untuk berinteraksi dengan mereka yang berlaianan jantina, namun mereka perlu diberi kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Aktiviti interaksi antara berlainan jantina ini perlulah sesuai mengikut tugasan yang diberikan.

Pendekatan penyayang guru dalam bilik darjah dapat menjinakkan murid, bercakap dengan bahasa yang betul dan sopan, menegur kesilapan orang lain dengan cara yang berhemah. Ini secara tidak langsung akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya. Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukkan budaya penyayang.

Komunikasi berkesan boleh dijelmakan melalui pertuturan, penggunaan bahasa badan, penulisan dan penggunaan alat tertentu. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang dinamik. Dengan ini, penerapan kemahirankemahiran lain dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Motivasi perlulah diberikan kepada murid secara berhemah dan berhikmah, dengan ini segala nilai-nilai yang ingin diserapkan kepada murid dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Sebagai seorang guru, komunikasi berkesan perlu digunakan dalam memberi motivasi kepada murid Guru perlulah mudah menghadiahkan senyuman dan ganjaran sekiranya murid dapat melakukan sesuatu yang terbaik, dengan cara ini murid akan merasa diri mereka dihargai dan akan sentiasa melakukan yang terbaik.

Murid mudah terpengaruh dengan tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang yang professional Guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan murid dengan peratauran yang jelas, bagi mengurangkan tingkah laku negatif. Sebagai seorang guru perlu bijak mewujudkan suasana bilik darjah yang dinamis ini kerana lumrah murid untuk menjalanu aktiviti P&P dalam suasana yang ceria dan gembira.

Guru perlulah cekap dalam menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan sebagai sebuah rumah yang menepati slogan rumahku, syurgaku. Murid pasti akn lebih seronok belajar dalam suasana yang kondusif. Mungkin terdapat murid yang nakal. Namun bukan murid yang menjadi masalahnya, sekiranya adanya pengawalan yang baik jumlah murid yang menimbulkan masalah tidak akan bertambah dan akhirnya dapat di atasi. Pengawal kelas dianggap penting erana sekiranya murid tidak terkawal objektif P&P tidak akan tercapai.

Guru mestilah mengenalpasti murid yang menimbulkan masalah bagi mengelakkan murid lain menjadi pak turut kepada murid berkenaan. Guru perlu menyelesaikan masalah ini dengan lebih banyak berinteraksi dengan murid terbabit sehingga dia merasakan dia mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah lakunya yang disenangi guru. Guru mestilah sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid tersebut semasa aktiviti P&P dijalankan.

Ketegasan terhadap disiplin murid ketika pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan yang betul yang menampakkan bahawa ketegasan tersebut bukan dengan niat mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Sekiranya perlu, guru mestilah menggunakan nasihat dan kata-kata motivasi yang menunjukkan guru menyayangi murid tersebut . Jika berlaku perubahan ke arah kebaikan berikan penghargaan kepada murid terbabit.

Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri berada di dalam kelas tepat pada waktunya. Guru juga dicadangkan supaya menggunakan pendekatan yang menarik seperti aktiviti P&P dimulakan dengan set induksi yang menarik, ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon, 2010, Budaya Dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor

You might also like