You are on page 1of 4

TIUB PENDAFLOUR Apabila arus mengalir ke filament melalui pin terminal, filament akan menjadi panas dan mengionkan

gas nadir. Pada masa yang sama, filament akan memancarkan electron dan ini menyebabkan merkuri mengewap. Wap merkuri akan teruja dan membebaskan tenaga radiasi ultraviolet. Lapisan dalaman fosforus akan menukarkan tenaga radiasi ultraviolet ke cahaya boleh nampak.

PEMULA (STARTER) Membenarkan arus permulaan melalui ke dalam pemula. Pemula bertindak sebagai suis yang sentiasa on-off apabila arus melaluinya. Dwilogam yang terdapat di dalam pemula akan memanas, melengkung dan tidak menyentuh titik sentuh. Apabila sejuk, dwilogam menjadi lurus dan menyentuh titik sentuh semula. Arus akan berhenti melalui pemula apabila ia boleh melalui tiub kalimantang.

BALLAST MAGNETIK / COKE Menjana voltan permulaan yang tinggi akibat tindakan on-off yang dilakukan oleh pemula. Menghadkan arus melalui tiub kalimantang ketika lampu sedang menyala. Ini kerana, pada ketika itu, rintangan gas dalam tiub kalimantang adalah rendah dan ini menyebabkan arus tinggi. Arus ini perlu dikawal supaya ia tidak merosakkan komponen lain.

1. Suis dihidupkan 2. Arus melalui filament dan memanas. Gas nadir mula mengion dan filament memancarkan elektron 3. Arus melalui pemula 4. Ballast magnetik menjana voltan tinggi kerana tindakan on-off oleh pemula 5. Filamen memancarkan elektron, merkuri mengewap, arus (elektron) mengalir dalam tiub kalimantang dan cahaya terhasil 6. Ballast magnetik menghadkan arus elektrik dan menstabilkan voltan.