P. 1
folio sejarah tempatan 2009

folio sejarah tempatan 2009

5.0

|Views: 1,116|Likes:
Published by rdany3437
folio tentang chimney di labuan

lepas ni baru korang tahu kat pulau labuan pun ada bangunan bersejarah
folio tentang chimney di labuan

lepas ni baru korang tahu kat pulau labuan pun ada bangunan bersejarah

More info:

Published by: rdany3437 on Jun 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2010

pdf

text

original

Bangunan Bersejarah di Negara Kita Iaitu Chimney, Tanjung Kubong, W.P.

Labuan

Senarai kandungan

1. Tajuk 2. Senarai kandungan 3. Penghargaan 4. Objektif kajian 5. Kaedah kajian 6. Hasil kajian 7. Rumusan 8. Lampiran 9. Rujukan

Penghargaan
Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Ali bin Haji Deros, Pengetua Sekolah Menengah Sains Labuan kerana telah memberikan kebenaran menggunakan segala kemudahan yang ada di sekolah untuk menjalankan kajian kerja khusus ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepadaguru sejarah saya iaitu cik Murniza binti Jidin kerana telah banyak mencurahkan ilmu serta bimbingan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan kerja khusus ini . Di samping itu , tidak lupa juga kedua ibu bapa saya , Encik Nazlim bin Abu dan Samsidah binti Ahmad yang sentiasa memberi dorongan kepada dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kawan -kawan saya Hartika binti Mohammad dan Qautstar binti Razi yang turut bersama saya untuk menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Chimney di W.P.Labuan . Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. b)Menambah pengetahuan tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air —Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia. c)Memperihalkan keistimewaan bangunan yang dikaji dari aspek reka bentuk , bahan binaan , pengubahsuaian, hiasan dalaman , kegunaan dahulu dan sekarang serta cara pembinaan . d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri —Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Setelah memilih tajuk ‘Chimney’, berikut adalah beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat serta menganalisis maklumat yang telah diperoleh. Antara kaedah yang digunakan ialah rujukan dan penyelidikan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah tepat dan benar.

Saya telah menggunakan kaedah kajian membuat rujukan di Perpustakaan Perbadanan Labuan. Saya menggunakan bahan yang ada untuk membuat rujukan seperti surat khabar dan majalah. Tambahan lagi , saya pergi melawat ke bangunan Chimney bersama rakan – rakan saya. Saya juga telah mendapat maklumat seperti laporan yang diberikan ketika melawat di sana . Selain itu, saya juga menggunakan kaedah melayari internet untuk mencari maklumat . Saya telah mengumpulkan gambar- gambar dari internet tentang bangunan Chimney,

Hasil Kajian
4.1 Nama bangunan Nama bangunan ini juga dikenali sebagai ‘punil’ oleh masyarakat tempatan.

4.2 latar belakang

♦ Asal usul
Pada mulanya pulau Labuan merupakan salah satu wilayah kerajaan Brunei , dan dipercayai oleh banyak kalangan bahawa kurun ke – 16 pelaut-pelaut Portugis dalam perjalanannya menuju ke Brunei , telah mendarat di pulau Labuan. kehadiran portugis ke pulau ini dan telah membangunkan sebuah kota, namun sehingga kini hal tersebut belum ditemui bukti sejarah yang berhubungan dengan hal tersebut. Pulau Labuan mulai terkenal sejak British menjadikan pulau ini salah satu dari pada tanah jajahan pada tahun 1846. Hal tersebut bermula pada tanggal 24 Disember 1846, di mana Kapten G.R. Mundy , pemerintah kapal H.M.S. IRISH mengambil alih Pulau Labuan . Kerana Pulau Labuan memiliki lokasi yang stratergik , baik untuk dijadikan pangkalan perdagangan , ketenteraan dan mahupun sebagai tempat berlindungnya kapal –kapal dari serangan lanun, maka Kerajaan British membangunkan Pulau Labuan sebagai pengkalan yang besar dan kukuh di laut cina selatan. Pada 1 Ogos 1848 , Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai sebuah perlabuhan bebas. Suatu hal yang mungkin ada kaitan dengan kehadiran bangunan Chimney di Tanjung Kubong adalah dengan penemuan sisa – sisa arang batu ,di mana dalam sejarah disebutkan bahawa antara tahun 1847 hingga 1911 , di Labuan telah ada kerja kerja

perlombongan yang pertama kalinya diusahakan oleh William Miles pada bulan April 1847 hingga Julai 1849 dibawah perjanjian bagi pihak Syarikat Eastern Archipelago.

♦ Pengasas
Tidak diketahui ♦ tarikh pembinaan Tidak diketahui

♦ lokasi
Peninggalan monumental yang dikenal oleh penduduk setempat sebagai bangunan chimney , terletak di Kampung Tanjung ubong , Wilayah Persekutuan Labuan , Malaysia Timur. Lokasi tersebut terletak di pesisiran pantai yang berbentuk tanjung dengan tebing – tebing curam dan dalam. Selain itu , di sekitar lokasi terdapat juga bangunan lain yang dikenali sebagai Gedung Ubat yang bila dilihat dari bentuk serta pandangan hadapan kemungkinan berfungsi sebagai tempat penyelidikan di tepi pantai timur lokasi Chimney. Secara keseluruhan peninggalan yang telah disebutkan di atas terletak di sebelah utara pusat bandar Labuan ( Port Victoria) , dengan jarak lebih kurang 17 km. Dengan jalan raya yabg baik perjalanan hanya mengambil masa 15 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor seperti kereta atau motosikal. Keadaan kawasannya terdiri atas bukit – bukau yang ditumbuhi oleh hutan tropika.

♦ tujuan penubuhan bangunan
Terdapat banyak andaian terhadap tujuan pembangunan bangunan ini. Ada yang mengatakan ia adalah tempat pengalihan udara bawah tanah tetapi kerja – kerja eskavakasi mendedahkan tiada sebarang struktur terowong dibawahnya. Ia juga mungkin sebuah cerombonh asap seperti namanya kerana tidak menjumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding dalam. Sebahagian mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api kerana terlatak di tebing tinggi dan pernah terdapat sebuah perlabuhan di pantai Lubok Temiang suatu ketika dahulu. Cerita tempatan pula menyebut ia sebagai menara loceng untuk memberitahu kedatangan kapal.

♦ Kos pembinaan
Tidak diketahui

♦ Perasmian
Tidak diketahui

4.3 keistimewaan bangunan

♦ Reka bentuk pelan
Bangunan chimney yang berketinggian kira – kira 31 meter @ 105 kaki merupakan satu struktur binaan daripada batu bata berbentu segi empat menjulang tinggi dan terdapat lubang di dalamnya. Terdapat dua pintu berbentuk melengkung seperti gerbang mengahadap ke barat dan selatan dipercayai berfungsi sebagai pemecah 10egara.

Di samping itu , struktur bangunan ini diperteguhkan dengan rel – re l besi yang berfunsi ‘mengikat’ bangunan . Adanya rel-rel besi ini menyebabkan struktur bangunan chimney masih lagi teguh walaupun kedudukannya yang berhampiran laut sentiasa menerima 10egara kencang.

GAMBAR RAJAH DISEBELAH MENUNJUKKAN PELAN REKA BENTUK BANGUNAN CHIMNEY :

MODEL TAPAK DASAR CHIMNEY

CARA PENYUSUNAN BATU BATA CHIMNEY

♦ Bahan binaan

Bahan binaan bangunan chimney keseluruhannya menggunakan batu bata merah dan tidak diplaster / dilepa . Kerja – kerja eskavasi mendapati tapak dasar ( foundation ) bangunan didirikan di atas tanah kaolin dengan kedalaman satu meter. Ia dianggap pembinaan yang mengkagumkan kerana ia tidak menggunakan cerucuk dasar seperti pembinaan zaman sekarang. Bangunan Chimney tetap tersergam megah dengan binaannya .

BATU BATA MERUPAKAN BAHAN UTAMA DALAM PEMBINAAN CHIMNEY

BAHAN PENGUKUH CHIMNEY

BAHAN – BAHAN YANG BERKEMUNGKINAN TERLIBAT DALAM PEMBINAAN CHIMNEY

♦ Pengubahsuaian

Kerja – kerja fizikal chimney dimulakan dengan membersihkannya daripada lumut , parasit dan tumbuhan kecil. Sebahagian besar pencucian menggunakan air biasa dan berus , manakala bahan kimia seperti larutan ammonia ,HYVAR XL, ACETON ,

THINNER digunakan untuk batu – bata yang sukar dibersihkan . Ini dikuti komponen kerja terpenting iaitu kerja – kerja penggantian dan pembaikian batu –bata samaada secara dismantling bagi batu –bata yang pecah , retak dan terhakis atau pembinaan semula bagi batu – bata yang hilang atau runtuh. Kerja – kerja

mengeluarkan batu bata yang rosak dilakukan dengan cermat secara memahat perlahan – lahan . Ia dilakukan lapisan demi lapisan dimulakan dari bawah sebelum batu – bata baru dipasang . Ketika sampai ke grid 47 , besi – besi rel pengikat mua dilepaskan. Batu-bata baru yang digunakan ditempah khas agar menyamai saiz dan komposisi batu-bata asal.Pada beberapa tempat , batu – bata yang masih elok turut digunakan . Bagi tujuan pengukuhan , bahan penguat seperti kepingan besi , paku dan dawai turut dipasang besekali dengan batu bata yang baru. Setelah selesai kerja-kerja penggantian , Chimney sekali lagi dibersihkan menggunakan air dan cement remover yang dilakukan dari puncak ke bawah. Campuran bahan kimia farmy plus dan air suling disembur ke dinding chimney untuk memelihara chimney daripada ditumbuhi kulat mahupun parasit.

KERJA– KERJA REKONSTRUKSI DIJALANKAN

♦ Hiasan dalaman
Terdapat 2 pintu gerbang pada bangunan Chimney iaitu pintu selatan dan pintu barat. Jika dipandang ke atas kita akan dapati bahawa terdapat sebuah tangga besi untuk memudahkan orang memanjat ke puncak Chimney.

♦ Kegunaan dahulu dan sekarang
Kegunaan sebenar bangunan Chimney masih belum dapat pastikan walaupun ia memang berkait rapat dengan aktiviti ekonomi di Tanjung Kubong lebih seabad lampau. Untuk menyimpulkan sebagai sebuah cerombong asap sepertimana namanya agak sukar kerana tidak terdapat jelaga pembakaran di dalam bangunan ini . Pandangan bahawa ia adalah sebuah rumah api berkemungkinan lebih sesuai kerana kedudukannya di tanah tinggi berhampiran laut.. Tambahan pula kawasan peairan Tanjung Kubong suatu ketika dahulu adalah kawasan laluan perkapalan dengan terdapatnya sebuah perlabuhan dan 16egara arang batu ( dikenali sebagai Edwardes Town , terletak sebatu ke selatan chimney) di kawasan pantai Lubik Temiang . Chimney juga diandaikan sebuah mercu tanda (landmark) kerana bangunan ini dan persekitarannya dianggap pusat

perlombongan dan pengumpulan arang batu di Tanjung Kubong sebelum diangkut ke pelabuhan atau ke 16egara Victoria . Tetapi pada zaman sekarang , bangunan Chimney berfungsi sebagai tempat pelancongan di Labuan . Chimney merupakan antara bangunan bersejarah yang ada di Pulau Labuan.

♦ Cara pembinaan
Tidak diketahui.

RUMUSAN
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan –rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa 18egara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

ELEMEN 3 Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunanbangunan bersejarah ini . Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita. Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang . Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.

Rujukan

1. Jabatan Muzium dan Antikuiti 2. Laporan Eskavasi Arkeologi Tapak Chimney, Tanjung kubong , Wilayah Persekutuan Labuan 3. Laman Web Rasmi Jabatan Muzium Malaysia 4. Surat Khabar metro Ahad 1998

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->