1 Chapter 3: Etika Perguruan

B Ba ab b3 3: :
E ET TIIK KA AP PE ER RG GU UR RU UA AN N

Hasil Pembelajaran: Setelah selesai membaca bab ini, anda akan dapat:    Menerangkan konsep etika dan etika profesion Mengenal pasti ciri-ciri etika profesion perguruan Menganalsis tatasusila Kementerian Pelajaran Malaysia Menjelaskan peranan etika kerja Membincangkan beberapa isu-isu etika

 

RINGKASAN BAB

2.1 Apakah etika? 2.2 Kod etika profesional 2.3 Fungsi kod etika profesional 2.4 Kod etika perguruan 2.5 Tatasusila 2.6 Perintah-Perintah Am 2.7 Etika kerja 2.8 Isu-isu etika Ringkasan Kata Kunci Rujukan

Bab 1: Profesion Perguruan Bab 2: Peranan & Tugas Guru Bab 3: Etika Perguruan Bab 4: Standard Guru Malaysia Bab 5: Pengembangan Staf Bab 6: Permuafakatan Sekolah-Komuniti Bab 7: Kepimpinan Guru Bab 8: Cabaran Profesion Perguruan

Bab ini membincang isu etika profesion dengan tumpuan kepada definisi etika dan kod etika profesional. Juga disentuh ialah berapa fungsi kod etika profesional dan diikuti dengan memperkenalkan kod etika perguruan. Tatasusila yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibincangkan termasuk perintah-perintah am kerajaan yang menyenaraikan perkara yang dilarang, boleh dilakukan dengan izin dan hukuman. Juga diberi perhatian ialah beberapa isu-isu etika yang berkaitan dengan profesion perguruan.

2 Chapter 3: Etika Perguruan 3.1 Pengenalan

APAKAH ETIKA? Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli perniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah:

Diterima masyarakat

Ditentuka undangundang

Ditentukan oleh agama Apa yang diajar oleh ibu bapa

Ditentukan oleh tradisi

Apa yang diajar oleh guru

Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar menentukan maksud „etika‟. Berikut ialah beberapa definisi etika:

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral. Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan. Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.

 

Etika adalah penting. Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi. pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatu profesion. produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan. . kenal pasti perkataan dan frasa yang sama atau hampir sama dalam setiap penyataan. segala usaha manusia akan gagal. kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan „salah‟ dalam kehidupan seharian manusia. arkitek. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan profesion berkenaan. jujur dan amanah. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah. etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith. Contohnya. 3. peguam yang melarikan duit klien atau akuantan mendedahkan maklumat perbadi kliennya. Dalam Bab 1 dinyatakan bahawa setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri. peranan nilai.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Sejauh manakah anda bersetuju dengan 6 jawapan yang diberi oleh ahli perniagaan tentang apa itu etika? b) Dengan merujuk kepada definisi etika yang disenaraikan. doktor. 3. peguam. akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Oleh itu. Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. serta tingkahlaku profesion. melakukan penipuan. pecah amanah.2 Kod Etika Profesional Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera.3 Chapter 3: Etika Perguruan  Dalam Islam.

3 Fungsi Kod Etika Profesional Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion.4 Chapter 3: Etika Perguruan 3. kod etika menentukan kerja ahli-ahli dijalankan dengan lebih baik dan teratur. . Pencegahan Dan Disiplin:  Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu (seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya  Berdasarkan aduan yang terima.  Secara tidak langsung. Pedoman:  Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.1 Fungsi Etika Profesional 2.  Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan. Pedoman Pencegahan & Disiplin Memelihara Maruah Profesion Mengelakkan Berlakunya Konflik Rajah 3. Kod etika profesional mempunyai EMPAT fungsi utama: (Lihat Rajah 3. penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.1). 1.  Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan. kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.  Secara tidak langsung.

4. Ringkasnya. etika professional adalah untuk memberi inspirasi. Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru. galakan dan sokongan kepada ahlinya. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru. maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.5 Chapter 3: Etika Perguruan 3. perniagaan.  Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. 3. Memelihara Maruah Profesion:  Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan. perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. .  Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya mempertahankan integriti profesion masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai. Mengelakkan Berklakunya Konflik:  Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Mengapakah sesuatu profesion mesti mempunyai kod etika? b) Sejauh manakah kod etika berjaya mencegah penyelewengan? 3. guaman. Iaitu.4 Kod Etika Perguruan Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion.

http://www. yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu. IKRAR Kami. guru-guru Malaysia. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN Dengan merujuk kepada Ikrar di atas terangkan maksud frasa-frasa berikut dengan memberi contoh: a) „menuju ke arah kebenaran‟ b) „percaya kepada demokrasi‟ c) „menghadapi cabaran pada masa hadapan‟ d) „percaya kepada Rukun Negara‟ .edu.my] 3. Melalui pendidikan.moe.6 Chapter 3: Etika Perguruan Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan. yang taat setia. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. yang bertanggungjawab dan berkebolehan. memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman. dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan. maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya. yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi. masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka. kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Di halaman depan Buku Persediaan Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion.

politik. 6. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menunjukkan satu cara pakaian. emosi. 2.7 Chapter 3: Etika Perguruan 3. adakah pelung mempertingkatkan kecekapan ikhtisas mencukupi? Jelaskan. II. pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. 3. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. keturunan atau agama. sosial. 3. 4. persidangan. ekonomi. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. mental. 5. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya.5 Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malayisa I.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Sejauh manakah pelajar-pelajar dalam kelas lemah diabaikan dan tidak diberi layanan yang sama? b) Pada pendapat anda. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. .

. keturunan dan agama. 4. 5. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. bertanggungjawab dan berguna. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral. negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 6. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. 3. masyarakat. 6. kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. institusi pendidikan dengan masyarakat. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. 2.8 Chapter 3: Etika Perguruan 2. menghormati adanya perbezaan kebudayaan. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa. III. 3. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar.

3. termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran.moe. organisasi dan penyeliaan pendidikan. 4.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Adakah sekolah anda berjaya mengadakan hubungan mesra dengan kaum ibu bapa? b) Berikan peristiwa dimana persefahaman di antara guru dan masyarakat setempat terjejas. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.9 Chapter 3: Etika Perguruan 3. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.edu. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan 5. 6. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa. IV TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION 1. CATATAN: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. [sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagaimana isu itu timbul dan diselesaikan. 2. menengh dan tinggi. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar. http://www.my] .

NUTP tidak melihat ia sebagai sesuatu yang salah dan tidak ada rasionalnya mengenakan tindakan terhadap Cikgu Shida. melihat populariti diterimanya. mungkin satu hari nanti dia mampu merakam video yang mempunyai unsur ‘edutainment’.10 Chapter 3: Etika Perguruan KUALA LUMPUR: “Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya. Menurutnya. “Bagi saya. sekali gus menaikkan institusi perguruan. 2011 3. Katanya. laman Youtube mampu dilayari sesiapa saja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton pelbagai golongan. Hashim berkata. “Walaupun ada pihak berpendapat tindakan itu (penghasilan klip video) memburukkan nama guru. ia lebih kepada kebebasan individu untuk mencari hiburan sendiri dan pada masa sama berkongsi minat itu bersama orang luar. dia percaya guru berkenaan ada peminat sendiri dan ia mungkin boleh dijadikan ruang untuk menerapkan elemen positif melalui penghasilan klip videonya.” katanya ketika dihubungi Metro Ahad. . sebaliknya ia adalah perkembangan sihat. ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu. dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca petikan akhbar Harian Metro di atas.” katanya. dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya. “Walaupun buat masa kini dia lebih terarah menghasilkan klip video berbentuk hiburan. Katanya. tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain. Sumber : Harian Metro. Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Shida.” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). “Sebaliknya. jika dilihat daripada sudut positif. “Meraih populariti sejuta pengunjung adalah luar biasa bagi individu biasa dan secara tidak langsung membuktikan guru zaman kini serba boleh. sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri.

hukuman. penamatan demi kepentingan awam dan pelbagai perkara yang lain.6 Perintah-Perintah Am Kerajaan Guru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah-Perintah Am Kerajaan (Government General Orders) (Lihat Rajah 3. atau menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya sendiri kepentingan ii. penahanan kerja dan penggantungan kerja. prosedur tatatertib. Tatakelakuam (Peraturan 4) Seorang pegawai TIDAK BOLEH: a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya b) Berkelakuan sedemikian cara mungkin menyebabkan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya c) Berkelakuan yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah: i.4). Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengantugas tugas awamnya hinggamenjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam.11 Chapter 3: Etika Perguruan 3. d) Berkelakuan sedemikian hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam e) Kurang cekap atau kurang berusaha f) tidak jujur atau amanah g) tidak bertanggungjawab . Perintah-Perintah Am terdiri daripada bab-bab berikut: Bab A: Lantikan dan Kenaikan Pangkat Bab B: Elaun-elaun dan Kemudahan dalam Perhidmatan Bab C: Cuti Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Bab E: Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan Bab F: Perubatan Bab G: Waktu Bekerja dan Lebih Masa Tumpuan ialah kepada Bab D yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kelakuan. tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.

Menyelenggara kehidupanmelebihi emolumen dan pendapatan sendiri yang sah Peraturan 13 .Membuat Pekerjaan Luar Peraturan 8 .anggota perkhidmatan awam yang lain.Keterhutangan kewanganyang serius Peraturan 23 – Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlibih atau tanpa sebab yang munasabah Hukuman Tatatertib a) memberi amaran b) mengenakan denda c) melucutkan hak emolumen d) menangguh pergerakan gaji e) menurun gaji f) menurun pangkat g) buang kerja .Meminjam Wang/ menjadi penjamin Dengan SYARAT DILARANG Perbautan yang Dilarang Sama Sekali Peraturan 7 – Penyalahgunaan Dadah Peraturan 11 .12 Chapter 3: Etika Perguruan h) Membawa atau cuba membawa apa-apa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan sendiriatau tuntutan anggota .Menerima hadiah Peraturan 9 . Perkara-Perkara yang Dibolehkan denga Izin (bersyarat): Peraturan 5 .Memberi atau menerima keraian Peraturan 10 .apa cara yang bolehditafsirkan sebagai engkar perintah j) Cuai dalam melaksanakan tugasnya Perkara (a) hingga (j) di atas dengan jelas menghuraikan tinkah laku yang tidak seharusnya ditunjukkan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan berwiba.Pemunyaan Harta Peraturan 12 . i) Ingkar Perintah atau berkelakuandengan apa .

Pembentukan Etika Kerja KPM terbahagi kepada dua komponen utama:   Prinsip Etika Kerja Nilai-nilai Etika Kerja A) PRINSIP ETIKA KERJA Etika Kerja yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan LIMA prinsip yang utama (Lihat Rajah 3. senaraikan perkaraperkara yang dilarang sama sekali dan yang dibolehkan dengan izin.4 Prinsip Etika Kerja Guru .7 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing. Kementerian.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Menurut Perintah-Perintah Am.13 Chapter 3: Etika Perguruan 3. Guru yang berkhidmat di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. 3.4). b) Nyatakan perkara-perkara lain yang dilarang sama sekali. Niat yang betul Berdisiplin dan beradab Perlakuan yang baik PRINSIP ETIKA KERJA Memperkotakan apa yang dijanji Penggerak ke arah kebaikan Rajah 3.

8 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Bezakan di antara lima prinsip-prinsip etika kerja b) Berikan contoh prinsip “memperkotakan apa yang dikata” c) Berikan contoh prinsip “niat yang baik”. 4. Berdisiplin dan Beradab (Disciplined and Civil) Prinsip kelima. guru hendaklah mengamalkan budaya berperaturan (mengikut peraturan). Ia itu. Ia juga mestilah menunjukkan penampilan diri. Justeru itu. 3.14 Chapter 3: Etika Perguruan 1. berdisiplin dan beradab (seperti terdapat dalam ajaran agama). Niat Yang Betul (Right Intentions) Prinsip pertama. matlamat dan objektif institusi serta agama dan negara. maju berdaya saing dan dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan dan kemuliaan. guru hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Memperkotakan apa yang dikata (Delivers what is Promised) Prinsip keempat. guru sentiasa mematuhi peraturan dan arahan-arahan perkhidmatan dan mengamalkan tatacara kehidupan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul selari dengan peraturan masyarakat. sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. 2. menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa. 5. Perlakuan yang baik (Good Behaviour) Prinsip kedua. misi. . Dia hendaklah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik. ia hendaklah sentiasa menunjukkan ketekalan dalam pengucapan dan tindakan. guru hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikata. Dia harus boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha ke arah menjadi pekerja yang terbaik dan cemerlang. sambil memberi layanan yang baik kepada pelanggan. Amalan prinsip ini menyumbangkan kepada mutu pendidikan serta semua pihak berkepentingan. Ertikata lain. Penggerak ke arah kebaikan (Driving force towards Goodness) Prinsip ketiga. . 3. guru yang menjalankan kerjanya dengan „niat yang betul‟ akan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan . guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion.

15 Chapter 3: Etika Perguruan B) NILAI-NILAI ETIKA KERJA Cheryl Peppers dan Alan Briskin (2000) dalam buku mereka “Bringing your Soul to Work: An Everyday Practice” menyatakan bahawa telah satu gelombang pembaharuan yang mendesak unsur-unsur kerohanian di bawa ke tempat kerja. Amanah Penyayang Benar Ikhlas NILAINILAI Bijaksana Dedikasi Bersyukur Rajah 3. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Kita telah bincang dalam Bab 2. Plato dan Dewey telah menyebut pentingnya nilai-nilai murni diamalkan oleh pendidik di institusi-institusi pendidikan. Justeru itu. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti TUJUH nilai utama yang menjadi teras dan fokus Etika Kerja (Lihat Rajah 3. Ia mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Benar (Truth) Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Confucius. Amanah (Trust) Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat amanah yang amat dituntut. Seorang guru juga hendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya.5 Nilai-Nilai Etika Kerja Guru 1. Ia menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. 2. bahawa ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi. tanpa niat . ia mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai.5). Vivekananda.

rajin dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. kepakaran dan profesionalismenya. Ikhlas (Sincere) Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Guru mestilah bercakap benar dan menepati janji. Dia sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan. keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. bertanggungjawab. Seorang guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Ia juga mestilah mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi. 4. Maka. Bersyukur (Thankful) Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. 5. 6. tanpa mengira pangkat. dendam atau menabur fitnah. ceria. tidak cuai atau merungut dalam menjalankan tugas. Seorang guru juga seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan diri. bukan kerana pangkat.. Ia mestilah seorang yang sabar. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yang diperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan. kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Ia haruslah menggunakan seluruh potensi. Ia mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka.16 Chapter 3: Etika Perguruan yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Dia menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah. Guru mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu. Ia haruslah bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama. Ia boleh berkongsi pengalaman. Seorang guru dapat memberi layanan yang baik. ia seharusnya bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. tekun. teliti. 3. status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Bijaksana (Thoughtful) Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidak mudah berputus asa. . Dedikasi (Dedication) Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh.

Presiden MMC. 3.17 Chapter 3: Etika Perguruan 7. Diantara 2004 hingga 2006. amaran dan pembatalan keahlian majlis. Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian. BERNAMA 10 October. kematian otak. Ia bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. 2006 . Bidang lain ialah penyebaran maklumat dalam profesion perubatan. dan kesalahan profesion berkaitan. rekod perubatan. tidak sombong dan suka meninggi diri. pemindahan organ dan hubungan antara doktor dan industri farmaseutikal. Penyayang (Caring) Seorang guru mestilah menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. menyalahgunakan hak istimewa profesional dan kemahiran. reproduktif bantuan. amanah dan sebagainya dalam bilik darjah. Majlis sedang mengkaji semula kod etika dalam sembilan bidang khusus iaitu teleperubatan. Bentuk tindakan termasuk penggantungan. MMC telahpun mengambil tindakan disiplin terhadap 45 doktor di seluruh negara kerana pelbagai salah laku. mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan. ujian klinikal dan penyelidikan bioperubatan.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN Berikan contoh-contoh bagaimana anda telah mengamalkan nilai-nilai seperti penyayang. perkhidmatan dan perubatan genetik. Dia mempunyai sifat pemaaf dan penyayang. dedikasi. MMC: Nama Doktor Salah Laku Disiarkan KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council atau MMC) akan menyiarkan nama doktor yang didapati bersalah melakukan perbuatan salah laku. implikasi etika doktor dalam situasi konflik. Kod Perilaku Profesional menyenaraikan beberapa jenis salah laku yang boleh dikenakan tindakan iaitu mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional. berkata majlis itu juga sedang dalam proses mengkaji semula kod etika dan garis panduan bagi penyesuaian masa kini serta amalan masa depan.

000 guru di Malaysia. iaitu mengabai atau tidak mempedulikan tanggungjawab profesional. menyalahgunaan hak istimewa profesional dan kemahiran.6).8 Isu-Isu Etika Guru tak masuk kelas murid yang lemah Guru memperkosa murid Guru mendisiplin pelajar dengan merendam mereka dalam kolam Guru masuk ke kelas lambat Guru menumbuk guru besar Guru berkelahi dengan pelajar Guru tak mengajar mengikut sukatan pelajaran Guru terlibat dengan pengedaran dadah Ra ja h 3 . Perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450. Beberapa jenis salah laku dikenal pasti oleh Majlis Perubatan Malaysi (Malaysian Medical Council).10 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca laporan mengenai tindakan yang diambil oleh Persatuan Perubatan Malaysia terhadap ahlinya yang melanggar kod etika. kesalahan profesion berkaitan. . Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku guru kerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan. mencemar reputasi profesion perubatan dan mengiklan. 6 B eb er ap a j en i s sa l ah l ak u gu ru Baca petikan akhbar di atas tentang salah laku di kalangan profesion perubatan. Adakah tindakan seumpama ini dilakukan untuk profesion perguruan? Jelaskan 3.18 Chapter 3: Etika Perguruan 3. Tahukah anda doktor di Malaysia tidak boleh mengiklan perkhidmatan yang ditawarkan? Bagaimana pula dengan profesion perguruan? Sering kali kita membaca dan mendengar di media tulis dan elektronik berkenaan salah laku guru (Lihat Rajah 3.

pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya.19 Chapter 3: Etika Perguruan a) Berniaga Di Sekolah Terdapat kes-kes dimana bilik guru mnnjadi kawasan pernigaan. Amalan ini melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am. khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat. b) Kerja Sambilan Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi. pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu. pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan. guru perlu memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama dengannya. Contohnya. Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan :         pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan. Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia. dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Oleh itu. permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurangkurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula. 2006). Guru mengadakan kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan. kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan . Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah mengadakan kelas tuisyen. Guru sepatutnya melaksanakan tangggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan bukan menjalankan perniagaan di sekolah. Ada pula guru yang menjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia.

termasuk murid sekolah rendah. Malangnya segelinter guru telah mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam. guru berperanan sebagai “Pengganti Ibu Bapa”. bahasa. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Ini juga disebut sebagai rogol statutori (statutory rape). Kod etika perguruan menekankan bahawa. asal-usul keluarga. iaitu merogol pelajar. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat. tempat asal. warna kulit. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol. h:43). jantina. gangguan bukan lisan (seperti isyarat tangan yang membayangkan perlakuan seks) gangguan visual (menunjukkan bahan lucah)." d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayan dengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah. maka ia adalah jenayah rogol. c) Gangguan Seksual dan Rogol Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahan dan Peinbasinian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian Sumber Manusia Malaysia). Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. sama ada dilakukan dengan kerelaan mangsa atau tidak. “ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka mengutmakan kegiatan mencati pendapatan teambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. agama. Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah. gangguan psikologi (seperti mengulangi jemputan yang tidak dilayani) dan gangguan fizikal (seperti sentuhan yang tidak diingini). akademk dan status-status lain” . Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan (seperti usikan atau gurauan berunsur seks). Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab mereka di sekolah” ( 2010. 1 TAHUN 2006] Menurut Noriati A. “Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. pagar makan padi”. Rashid.20 Chapter 3: Etika Perguruan [sumber: SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. kepercayaan politik. jika didapati mangsa itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan. intelak. Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti dibincangkan dalam Bab 2. BIL. Seperti kata pepatah “Harapkan pagar.

Kadang kala. Noriati A. 2012). Lee Keok Cheon. Kemungkinan pelajar yang ditempatkan dalam kelas yang pencapaian akademik rendah di sekolah rendah akan berada di kelas yang sama di sekolah menengah hingga Tingkatan 5. Rashid. Soalan yang timbul. Apa nama yang berikan pun. „Mawar‟. „Amanah‟ dan sebagainya. Bayangkan sikap. Contohnya. Ada sekolah yang mengamalkan sistem pengaliran dengan menagihkan pelajar berdasarkan pencapaian akademik. kelas-kelas ini diberikan nama-nama seperti „Anggerik‟. Rasional kebanyakan sekolah mengamalkan sistem sedemikian adalah untuk memudahkan guru mengajar dan menangani masalah disiplin pelajar di dalam sesuatu kelas (Foo Say Fooi.11 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Apakah pandangan anda tentang menempatkan pelajar pencapaian rendah dalam satu kelas? b) Adakah diamalkan disekolah anda? c) Bincangkan tingkah laku pelajar dalam kelas-kelas ini? . pelajar ditempatkan dari kelas 1 hingg 7 berdasarkan pencapaian akademik mereka. perasaan dan personaliti seorang individu yang ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah selama 11 tahun! Apakah sikap guru yang mengajar pelajar-pelajar ini? 3. Zulkufli & Zakiah Noordin. Mungkin pelajar-pelajar ini tidak boleh membaca dan mengira pada tahap yang kehendaki walau pun sudah berada di Tahun Enam. „Jujur‟. ialah sama ada amalan ini berfaedah kepada pelajar. e) Mengabaikan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. jika terdapat 7 kelas dalam Tahun Enam. warga sekolah mengetahui manakah kelas yang terdiri daripada pelajar pencapaian akademik rendah. Pelajar pencapaian tinggi akan ditempatkan di Kelas 1 manakala pelajar pencapaian akademik paling rendah ditempatkan di Kelas 7.21 Chapter 3: Etika Perguruan Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan dan mewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005. 2005).

Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika jika tidak dibendung akan berleluasa hingga menjejaskan profesion perguruan dan persepsi masyarakat. 41. Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap GURU selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. 52. Selain perlaksanaan undang-undang. Dalam rayuannya GURU meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah. GURU kemudian membayar denda itu.22 Chapter 3: Etika Perguruan KEDAH — Seorang guru didenda RM2. 20 Disember 2006. masih ramai di antara mereka melakukan amalan yang tidak sihat. Mengikut laporan media memetik Bernama. Apakah pendapat anda? Bincangan bersama pelajar lain dalam kelas serta dalam forum atas talian. di sini kira-kira pukul 8. didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha GURU BESAR.000 selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.12 AKTIVITI PEMBELAJARAN Baca petikan akhbar Harian Metro di atas.35 pagi. GURU. amalan kepercayaan agamanya adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai benteng utama dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu. [nama dan tempat telah ditukar] UTUSAN MALAYSIA ONLINE 27 April. Walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional. 2011 3. di pejabat Sekolah Kebangsaan. .

masyarakat dan ibu bapa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing. Empat fungsi kod etika profesional ialah sebagai pedoman. Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. mencegah & mendisiplin dan mengelakkan konflik.23 Chapter 3: Etika Perguruan KATA KUNCI Etika Etika profesion Ikrar Tatasusila Etika kerja Perintah Am Prinsip etika kerja Nilai etika kerja Niat yang betul Amanah Gangguan seksual Keikhlasan Bersyukur Kerja sambilan Tanggungjawab RINGKASAN  Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam. rakan sejawat.          . Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. memelihara profesion. Tatasusila kod etika perguruan terdiri daripada tanggungjawab terhadap pelajar. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang „betul‟ dan „salah‟ dalam kehidupan seharian manusia. Guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) Kod etika memberi satu gambaran positif tentang imej sesuatu profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.

& Briskin. (1 999). 13 Mac 1990. (1987). Mackie. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam). 13 April 1987. Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian. C. Institut Tadbiran Awam Negara. Peppers. Kuala Lumpur. Keinenterbn Suinber Manusia. Boston Malaysia Kita. C. Velasquez. Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional. A. 2000) Mohd. Laporan Seminar Etika Pengurusan. Institut Tadbiran Awam Negara. . Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. 1991. (2000).24 Chapter 3: Etika Perguruan  Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Institut Latihan Pengurusan Petronas. 1991.M. Janib Johari (2001). Boston: Holt. Selangor. Kuala Lumpur. 20-21 Oktober 1992. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press. J (1977). Shanks. Hotel Hilton. Ethics in Business. Kod arnnlcin Lintzik mencegnh dan membasnfii gcinggiicrri seksircil cli ternpnt kerja.. T.1 (1). Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Rinehart & Winston. Bangi. & Andre. M. Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya   RUJUKAN Baumhart. R.. Issues in Ethics IIE Vol. (1968). Berrett-Koehler Publishers (August 30. Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur. Viking Press. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara. & Meyer. Ethics: Inventing Right and Wrong. 1991.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.