You are on page 1of 12

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PULAU PINANG

BMM 3117 TAJUK: TEORI MENTALIS HAZLE HALME BIN ABDUL HALIM PPG AMBILAN FEB 2012 SCE A

PENDAHULUAN
Kanak-kanak akan melalui proses pemerolehan dan penguasaan bahasa untuk memenuhi tuntutan semulajadi manusia untuk belajar, berkomunikasi, berinteraksi dan sebagainya. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982) menyatakan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara tidak formal/tidak langsung dan aktif dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun. Walaupun tiada pengajaran formal. Proses pemerolehan dan pembelajaran ini sangat dikaitkan dengan penggunaan otak atau mental kanak-kanak yang didasarkan oleh Teori Mentalis. Maka, teori ini akan diperbincangkan dalam melihat fenomena bahasa ini.

Teori Mentalis
Ahli-ahli psikologi terkenal yang mengkaji teori ini ialah NoamChomsky, Piaget, Lakoff dan Lenneberg. Teori ini juga dikenali sebagai biologis dan kognitif

CIRI-CIRI TEORI MENTALIS:


i. Pemerolehan bahasa berlaku berasaskan fungsi otak dan kebolehan semulajadi alat artikulator manusia seperti bibir, lidah, lelangit lembut, lelangit keras, gusi dan rongga hidung. Manusia memiliki otak (mental) dan saraf yang tinggi yang membolehkannya mempelajari pelbagai perkara.

ii.

iii. Proses mental membolehkan kanak-kanak menyerapkan pengetahuan yang sedia ada dalam otaknya dengan datadata yang diperolehi daripada persekitaran.

iv.

Manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk memperoleh sistem komunikasi, iaitu bahasa melalui Jentera Penguasaan Bahasa(Chomsky, 1965). Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum tatabahasa.

v.

vi. Namun, tanpa pendedahan, penguasaan bahasa tidak akan berlaku kerana Jentera Penguasaan Bahasa tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses.

PRINSIP-PRINSIP ALIRAN MENTALIS

Pertama, Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi. Kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar.

Ketiga, Kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan strukturstruktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

Kelima, Tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi haruslah membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like