You are on page 1of 7

Peranan kerajaan 1. KK+semangat 2. Program 3. Ceramah 4. Pertandingan 5. Jantung sesebuah negara 6.

Memperuntukkan subsidi kepada penganjur

Peranan media massa 1. Alat penyebar maklumat 2. Menghangatkan isu 3. MM merupakan cermin dunia 4. Menguasai minda generasi muda 5. Akhbar memaparkan isu 6. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Peranan sekolah 1. Tapak semaian ilmu dan tingkah laku 2. Membentuk sahsiah diri 3. Menganjak pemikiran 4. Mementingkan kokurikulum
Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .. menyebabkan Gejala tidak sihat. Isu: kafe siber Tema: remaja Kunci soalan: Kesan: baik, buruk Pendahuluan: IKTK Dalam era ledakan maklumat ini, isu tentang kafe siber sering kali diperbincangkan oleh masyarakat umum. Senario ini tidak lekang menghiasi dada-dada akhbar. Remaja merupakan generasi pewaris kepimpinan negara, namun remaja kini(mutakhir ini) terbelenggu oleh gejala sosial seperti berpelesiran di kafe siber. Oleh itu, kesan yang didatangkan daripada pertumbuhan kafe siber bagai cendawan tumbuh

selepas hujan wajar dikaji bersama-sama demi memacu kegemilangan negara. Pada realitinya, antara kesan masalah ini termasuklah menjejaskan pelajaran seseorang remaja. (AJ) Hal ini demikian kerana remaja ini sering bersantai di kafe siber untuk mencari-cari keseronokan dan kepuasan, selain mengghairahkan hawa nafsu tanpa memikirkan bahana. Contohnya, mereka sanggup ponteng dari sekolah dan melepak di kafe siber sehingga terjerumus dalam kancah maksiat. Tegasnya,, tanpa penerapan didikan agama akan menyebabkan remaja tidak tahu membezakan intan daripada kaca. Selain itu, sikap dan pemikiran mereka akan terjejas sekiranya mereka sering kali berkunjung ke pusat kafe siber. Hal ini demikian kerana mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa sehingga mengakibatkan mereka tidak suka berada di rumah. Tanpa bimbingan dan galakan daripada ibu bapa akan menatijahkan mereka terpesong daripada landasan betul(keimanan) seperti melayari internet di kafe siber. Impaknya, generasi muda yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang akan memiliki minda yang negatif sekiranya sering kali melawat ke kafe siber.

SaSiMini Fiti Jadi pa KKR Dari perspektif lain, kafe siber juga mendatangkan impak yang positif seperti menimba ilmu dan meluaskan minda remaja. Hal ini demikian kerana internet merupakan lebuh raya maklumat untuk membina sahsiah diri yang unggul seperti berinovatif, kreatif dan berwawasan tinggi. Dengan melayari internet di kafe siber, remaja akan mengenali kawan melalui laman web sosial seperti facebook, twitter dan MSN. Tegasnya, generasi muda merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, maka anak watan menggalas tanggungjawab untuk menjulang imej negara di persada dunia dengan memanfaatkan prasarana di pusat kafe siber.

sebilangan kecil remaja ketagih shingga sanggup mengikat perut wang belanja sekolah tidak digunakan sanggup berlapar semata-mata untuk menyimpan wang untuk bersantai di kafe siber

Pada realitinya, kafe siber akan menyebabkan sebilangan remaja ketagih dalam permainan maya.Hal ini demikian kerana remaja masih mentah mengharungi ranjau kehidupan. Contohnya, mereka sanggup mengikat perut untuk menjimatkan wang belanja sekolah yang tidak digunakan supaya dapat melayari internet di kafer siber.Kesannya, fikiran mereka akan dihantui oleh permainan maya yang terdapat di kafe siber.Tegasnya, tanpa pemantauan dan pengawasan daripada ibu bapa, remaja akan terpesong dari jalan keimanan semata-mata untuk memuaskan/ mengghairahkan hawa nafsu mereka.

dijadikan sebagai tempat pertemuan atau melepak berkumpul beramai-ramai b ermain permainan maya hanya membuang masa tanpa sebab yang munasabah berada di situ sehingga larut malam

Seterusnya, remaja yang

berumur setahun jagung,

darah setampuk pinang sanggup melepak atau bertaulang di siber kafe sehingga larut malam. Hal ini demikian kerana remaja ini kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa yang sempurna. IMpaknya,mereka akan bersantai di kafe siber untuk mencari kawan supaya mendapat pengiktirafan daripada kawan. Contohnya, mereka sanggup menjadi kutu embun untuk mendapat keseronokan semata-mata. Tegasnya, pemuda wajar diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya supaya tidak terjerumus dalam gejala sosial.

melayari laman-laman web terlarang ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi web porno atau lucah menjadi ketagihan pemikiran negatif memungkinkan kewujudan masalah social

Dari perspektif lain, remaja yang mengunjungi kafi siber akan menjejaskan pelajaran mereka, jukesihatan justeru mejahanamkan masa depan mereka. Hal ini demikian kerana remaja ini kekurangan didikan agama sebagai perisai jiwa mereka. Tanpa penerapan didikan agama dan nilai moral,mereka sanggup Terjebak dalam kancah maksiat untuk mencari-cari identiti mereka. Contohnya, mereka akan ketagih akan laman porno atau lucah sehingga meracuni Minda mereka. Tegasnya, remaja ialah pewaris kepimpinan negara. Oleh itu, mereka wajar Diasuh supaya menjauhi aktiviti ke kafe siber.