P. 1
kerja khusus sejarah_kota cornwallis

kerja khusus sejarah_kota cornwallis

4.7

|Views: 3,993|Likes:
Published by nani_cute
elemen 2 nie X lengkap so pandai2 lar korg tmbah2 sendiri.. whatever doa saya dapat 9A dlam exam nanti kay..
elemen 2 nie X lengkap so pandai2 lar korg tmbah2 sendiri.. whatever doa saya dapat 9A dlam exam nanti kay..

More info:

Published by: nani_cute on Jun 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Objektif saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada beberapa objektif.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif pertama saya menjalankan kajian bagi kerja khusus Sejarah 21/2 adalah untuk mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Objektif yang kedua pula bertujuan untuk mengenali bangunan bersejarah dengan lebih dekat. Justeru, saya akan lebih menyayangi bangunan-bangunan bersejarah tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bagaimana dan mengapa bangunan ini ditubuhkan. Hal ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya bangunan bersejarah kepada sesebuah negara. Secara tidak langsung, saya akan menjadi seorang yang lebih berpengetahuan tinggi dalm bangunan bersejarah di negara Malaysia dan menjadi warga negara yang lebih berpatriotik.

1

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh maklumat dalam menjalankan kajian ini. Kaedah pertama yang telah saya gunakan ialah dengan melayari internet serta memuat turun semua maklumat berkaitan. Antara laman web yang telah saya layari adalah:(a) hhtp://ms.wikipedia.org/Kota Cornwallis (b) hhtp://sejarahmalaysia.pmm.my (c) hhtp://www.utusan.com.my/impak alam Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah temu ramah. Saya telah menemuramah orang sumber saya iaitu, Puan Nor Heian yang mengetahui beberapa maklumat penting tentang bangunan bersejarah yang saya kaji ini.. Akhir sekali, saya menjalankan kaedah penyelidikan di perpustakaan. Saya telah pergi ke Perpustakaan Awam Kulim dan perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong dan memperolehi maklumat melalui buku ilmiah iaitu Salasilah Nama Tempat (Pulau Pinang dan Perlis Indera Kayangan). Selain itu, saya juga mendapat maklumat melalui jurnal yang bertajuk Siri Tanah Airku (Pulau Pinang) dan Siri Warna-warna Malaysia (Pulau Pinang). Apabila saya mendapat bahan-bahan tersebut saya telah membuat salinan maklumat-maklumat yang berkaitan yang terdapat dalam buku ilmiah dan jurnal tersebut.

KAEDAH KAJIAN

2

HASIL KAJIAN

3

Kota Cornwallis mendapat nama sempena nama seorang Gabenor Jeneral di Bengal iaitu Charles Cornwallis. Gabenor Jeneral Corwallis ialah ketua angkatan tentera British yang menentang angkatan tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington semasa Revolusi Amerika. Di dalam peperangan tersebut, tentera British tewas dan General jeneral Cornwallis menyerah diri kepada George Washington. Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama menandakan tapak petempatan pertama orang Inggeris di Tanah Melayu.

NAMA BANGUNAN

4

Kota Cornwallis dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebaik sahaja beliau berjaya mengambil alih negeri tersebut daripada Sultan Kedah. Ia terletak di timur laut Pulau Pinang. Kota yang dibina oleh Kapten Francis Light tersebut pada mulanya dibina dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417 kaki persegi. Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini. Batang nibong itu telah ditukar dengan menggunakan batu-bata. Buruh tahanan India yang pertama kali dibawa masuk pada tahun 1789, telah digunakan oleh Kolonel R.T. Farquhar iaitu Gabenor Pulau Pinang bagi membina semula kota ini. Kota ini siap dibina pada tahun1793 semasa perkhidmatan Norman Macalister dengan kos sebanyak $80,000. Pada mulanya, Francis Light membina Kota Cornwallis sebagai kubu pertahanan untuk menahan serangan angkatan tentera Sultan Kedah yang ingin mengambil kembali Pulau Pinang setelah Francis Ligth mengingkari janji. Selain itu, ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis. 5

LATAR BELAKANG

Setelah berjaya memiliki Pulau Pinang secara sah, Kota Cornwallis dijadikan pangkalan tentera dan pengurusan pertama Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI). Walaupun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini juga pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920.

6

Reka bentuk pelan Kota Cornwallis ialah reka bentuk sebuah kubu pertahanan lama. Kota Cornwallis hanyalah diperbuat daripada kayu nibong pada mulanya. Setelah beberapa tahun, ia dibina semula menggunakan batu-bata yang mengikut saiz, bentuk dan pelannya. Terdapat rumah api yang dijadikan panduan kepada kapal pedagang yang ingin berdagang di Pulau Pinang. Rumah api itu amat unik kerana ia terletak di tengah pusat bandar dan masih berkhidmat sebagai panduan arah kepada kapal dagang. Gereja yang terletak di bahagian barat daya kota, merupakan gereja pertama di Pulau Pinang. Antara perkhidmatan awal yang telah direkodkan ialah perkahwinan bekas isteri Francis Ligth iaitu Matina Rozells dan John Timmers pada tahun 1799. Kota yang berbentuk bintang ini juga dilengkapi dengan meriam disekelilingnya dan meriam yang sehingga kini masih terkenal iaitu meriam Seri Rambai yang terletak di bahagian barat laut kota ini. Catatan penting yang tidak boleh dilupakan mengenai kota di Jalan Tun Syed Sheh Barakabah adalah kisah menarik meriam Seri Rambai yang dikatakan bermula sejak 1603.

KEISTIMEWAAN KOTA CORNWALLIS

7

Pada asalnya, Belanda menghadiahkan meriam ini kepada Sultan Johor tetapi ia dirampas dan dibawa ke Acheh, Indonesia dan kemudian diletakkan di Kuala Selangor. Pada 1871, ia dirampas oleh British dan diletakkan di kota berbentuk bintang ini. Selain itu, kota yang berbentuk bintang ini serta struktur-stuktur binaan berek tentera dan pejabat termasuk tempat simpanan belerang, tiang bendera, bilik penjara dan juga setor yang ada diantaranya masih teguh berdiri. Kegunaan dahulu Kota Cornwallis ialah untuk meempertahankan Pulau Pinang. Kini, ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

8

PELAN KOTA CORNWALLIS

9

PENGUBAHSUAIA N
dalam tentera telah diubahsuai menjadi galeri.

Pada asalnya kota ini dikelilingi dengan parit yang berukuran 27 kaki lebar 6 kaki

dan telah ditimbus lebih seabad lalu akibat dari penyakit malaria. Selain itu, pejabat dan berek

10

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Khusus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja khusus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja khusus ini. Saya telah memperoleh banyak maklumat tentang sejarah Kota Cornwallis yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja khusus ini denagn sempurna. Nilai kerjasama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan tersebut. Kerja khusus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang saya telah perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita kini, saya telah memahami erti tidak berputus asa dalm melaksanakan sesuatu tugasan.

RUMU SAN

11

LAMPIRA N

12

Peta lokasi Kota Cornwallis

13

Peta Pulau Pinang

14

Pintu masuk Kota Cornwallis

Model kanopi yang digunakan oleh British

15

Meriam Seri Rambai

Tempat simpanan belerang

16

Rumah api

17

Risalah Kota Cornwallis

18

19

INTERNET 2) 3) 4)

hhtp://ms. wikipedia. org/Kota Cornwallis hhtp://sejarahmalaysia.pmm.my hhtp://www.utusan.com.my/impak alam

RUJUKA N

BUKU ILMIAH 6) Persatuan Penerbit Buku Malaysia, 1993. Salasiah Nama Tempat (Pulau Pinang dan Perlis Indera Kayangan, Petaling Jaya: Penerbit Prisma Sdn. Bhd JURNAL 8) 9) Suraya, Pulau Pinang (Pulau Mutiara)/ “Kota Cornwallis”: Siri Tanah Airku (1995) Muhammad bin Harun, Pulau Pinang/ “Kota Cornwallis”: Siri Warna-warna Malaysia (2002) AKHBAR 11) Metro. 12 Mac 2009, halaman 8 ORANG SUMBER 13) Nor Heian bt Yaacob, 50, 1723 Jalan Kenari 3 Taman Kenari 09000 Kulim Kedah

20

TELEVISYEN 2) Majalah 3, 6 Jun 2009, 9.00 malam, TV3

MELAWAT TEMPAT KAJIAN 4) Fort Cornwallis, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown

21

SOALAN: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Dewasa ini, kerajaan telah menyaranakan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara di tanah air kita. Oleh itu, keajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha bagi memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Georgetown ini dapat kita lihat dari dulu sehingga kini masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah Malaysia. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong bagi mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Daripada bangunan bersejarah, kita akan lebih bersemangat, rajin dan gigih supaya dapat meningkatkan diri sebagai rakyat Malaysia yang maju dan cinta akan agama, bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara. Selain itu, aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia kepada negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut agar tidak hilang ditelan zaman.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->