You are on page 1of 1

Bab 16:

Kawasan khemah agak lembab disebabkan hujan dan kerja cari gali terbatas. Semua orang kembali bekerja apabila matahari mula terik. Amira memanggil Jacinta dan memberitahu ada sesuatu di situ. Mereka tidak sabar mahu melihat penemuan itu. Amira memanggil ibunya untuk menolong mereka dan memberi tunjuk ajar. Rusdi disuruh untuk mengambil alih tempat itu disebabkan dia lebih berpengalaman. Penemuanpenemuan baru sangatlah memberangsangkan apabila Amira dan Jacinta menjumpai sebuah tembikar zaman dahulu yang sempurna sifatnya. Ucapan tahniah dan pujian tidak henti-henti diberikan kepada Amira dan Jacinta. Kedatangan Tau buat kali pertama ke Desa Karpus bersama-sama Itai menimbulkan rasa gembira kepada semua warga Desa Karpus. Tau memaklumkan bahawa mereka tidak perlu risau kerana dia menjaga kawasan desa itu pada setiap malam sekaligus menangkis segala tanggapan paranormal pelajar-pelajar di situ. Namun begitu mereka dikejutkan dengan berita kehilangan Malique yang diberitahu oleh Pak Lias dan Roslan. Roslan datang meminta tolong Itai dan Tau yang mencari Jacinta dan Amira. Amira berjanji akan membantu mereka selepas mereka kembali dari ekspedisi ini.

You might also like