P. 1
Folio Geografi 2009

Folio Geografi 2009

4.8

|Views: 5,982|Likes:
Published by lalalulalilu77
may god bless you :P good luck, hopefully this folio will help you to complete this assignment :P thx
may god bless you :P good luck, hopefully this folio will help you to complete this assignment :P thx

More info:

Published by: lalalulalilu77 on Jun 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/27/2015

pdf

text

original

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ____________

KERJA KURSUS GEOGRAFI

PMR 2009
Tajuk :BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI PARIT BUNTAR DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PULAU JAWA, INDONESIA.

NAMA: NO. KAD PENGENALAN : ANGKA GILIRAN : TINGKATAN : GURU PENILAI :

1

SENARAI KANDUNGAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 TAJUK Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian 7.1 Bentuk muka bumi dan ciri-cirinya. 7.2 Potensi Bentuk Muka Bumi kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Kajian 7.3 Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap kegiatan Manusia. 7.4 Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar. 7.5 Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar. 8 9 10 Rumusan Lampiran Rujukan 21 22 26 MUKA SURAT 2 3 4 6 7 12 13

2

PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak jemu-jemu membantu dan memberi dorongan kepada saya selama ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Geografi saya iaitu Encik Adnan bin Sahaine. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta bimbingan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya khasnya dalam kumpulan saya yang bekerjasama membuat tinjauan, membuat rujukan, dan sama-sama menyiapkan kerja kursus geografi ini. Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang banyak memberi bantuan serta kebenaran untuk menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Parit Buntar yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi temu bual dijalankan. Akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan kerja kursus saya ini. Sekian, terima kasih

3

PENDAHULUAN

Saya, syaiful zahreen bin johari alhadi dari Tingkatan Tiga Amanah di SMK Pekan Baru. Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi PMR yang mewajibkan setiap pelajar menjalankan Kerja Kursus Geografi. Tajuk kajian saya ialah dan Bentuk Muka Bumi dan Potensinya di Parit Buntar dan Perbandingannya dengan Pulau Jawa, Indonesia. Saya memilih Parit Buntar sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini terletak berhampiran dengan kediaman saya, iaitu di _______________________________. Lokasi Parit Buntar juga berhampiran dengan sekolah saya.Hal ini memudahkan saya dan rakan-rakan saya menjalankan kajian ini. Selain itu faktor keselamatan juga diambil kira apabila membuat kerja lapangan . Selepas berbincang dengan guru geografi dan rakan-rakan, saya telah memilih Pulau Jawa, Indonesia sebagai negara perbandingan kajian kami. Keputusan ini diambil kerana memandangkan Pulau Jawa, Indonesia merupakan negara jiran kita yang menjalankan kegiatan pertanian yang hampir sama dengan kawasan kajian saya. Tanaman utamanya padi yang juga menjadi tanaman makanan utama di kawasan kajian saya. Mungkin perbezaan bentuk muka buminya dengan kawasan kajian saya yang menyebabkan saya tertarik untuk membandingkannya dengan kawasan kajian saya. Kami juga berbincang tentang objektif kajian, dan cara-cara melaksanakan kajian ini. Pihak sekolah telah memberi surat kebenaran untuk memjalankan kerja lapangan selain surat kebenaran daripada ibu bapa kami sendiri. Akhirnya kami membuat senarai semak untuk menentukan tarikh dan masa untuk menjalankan kajian ini. Soalan-soalan temu bual dengan responden yang akan kami temui juga kami siapkan terlebih dahulu agar tidak menimbulkan masalah. Dengan penuh yakin kami menjalankan kajian ini secara berkumpulan. Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah lebih kurang 5 minggu sahaja. Oleh itu kami mesti menggunakan masa sebaik mungkin untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

4

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut;1. Pelbagai bentuk muka bumi dan ciri-cirinya di Parit Buntar dan di

Pulau dan

Jawa,

Indonesia.

2. Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Parit Buntar perbandingannya dengan Pulau Jawa, Indonesia. 3. Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di kedua-dua kawasan. 4. Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua-dua kawasan tersebut. 5. Langkah penyelesaian kepada kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. 6. Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian saya. Melalui kajian ini saya berasa syukur dan berbangga dengan negara kita khasnya kawasan Parit Buntar, kerana mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat di negara lain. Keistimewaan bentuk muka bumi yang begitu sesuai dengan pelbagai kegiatan ekonomi ini sesungguhnya sesuatu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

5

KAWASAN KAJIAN Saya telah memilih Parit Buntar sebagai kawasan kajian saya.saya memilih bandar ini kerana lokasi ini amat hampir dengan petempatan saya. Parit Buntar adalah sebuah mukim yang kecil terletak di utara Daerah Kerian. Kedudukannya adalah bersempadan dengan Mukim Nibong Tebal, Pulau Pinang di sebelah baratnya. Sementara bersempadan dengan Daerah Bandar Baru, Kedah di utaranya. Keluasan Parit Buntar dianggarkan kirakira 5.72 peratus daripada keluasan Daerah Kerian. Sila lihat peta Daerah Kerian pada muka surat 8 Nama Parit Buntar adalah berkaitan dengan seorang pemimpin masyarakat suatu masa dahulu yang bernama Tok Buntar. Dalam usaha untuk pengaliran air ke sawahsawah padi ketika itu, Tok Buntar dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari sungai Kerian. Akhirnya sawah-sawah padi ketika itu sudah mula menggunakan parit atau terusan yang dibina oleh Tok Buntar dan pengikut-pengikutnya. Parit itu dikenali sebagai Parit Tok Buntar dan seterusnya disebut Parit Buntar hingga ke hari ini. Parit Buntar terus berkembang maju. Jumlah penduduknya terus bertambah dan dianggarkan sebanyak 57000 orang pada tahun 2006, yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain.

6

Negeri Perak Darul Ridzuan 7

8

9

10

Kaedah Kajian Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah:a) Kaedah Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian bersama-sama rakan-rakan saya tentang pelbagai bentuk muka bumi yang terdapat di Parit Buntar. Kami juga membuat lawatan ke seluruh kawasan kajian beberapa kali untuk memastikan maklumat yang kami peroleh itu betul dan tepat. b) Kaedah Temu Bual Saya dan rakan-rakan telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk memperoleh maklumat tentang bentuk muka bumi dan aktiviti penduduk di Parit Buntar. Saya bersyukur kerana semua responden yang kami temu bual memberikan kerjasama yang sangat baik. c) Kaedah Rujukan Dengan panduan guru-guru, saya dan rakan-rakan telah membuat rujukan daripada beberapa sumber. Sumber pertama saya ialah buku teks Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2. Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Selain buku-buku tersebut saya juga merujuk buku-buku rujukan di Pusat Sumber sekolah. Saya juga merujuk sumber lain seperti melalui internet, dan orang sumber iaitu guru geografi saya, iaitu Encik Adnan bin Sahaine.

11

Dapatan Kajian Bentuk Muka Bumi dan Ciri-Cirinya Parit Buntar merupakan sebuah mukim yang terletak di bahagian utara daerah Kerian. Selain itu daerah Kerian juga sering dibahagikan kepada dua iaitu Kerian Laut dan Kerian Darat.Hal Ini bermakna daerah kerian ini terletak berhampiran dengan laut, dan Parit Buntar terletak dalam bahagian Kerian Darat kerana kedudukannya agak jauh sedikit daripada laut iaitu kirakira 10 km jika melalui jalan ke Tanjung Piandang. Parit Buntar terletak di atas sebuah kawasan tanah pamah. Seluruh kawasan kajian saya ini merupakan kawasan tanah pamah yang luas. Muka buminya rata dan berpaya asalnya tetapi kebanyakannya telah ditebusguna menjadi kawasan pertanian yang menjalankan penanaman padi sawah dan kelapa sawit. Bukit atau tanah tinggi langsung tiada di dalam kawasan saya. Malah ada beberapa kawasan di dalam kawasan kajian saya ini berada di bawah paras laut. Sistem salitan di kawasan kajian saya baik. Terdapat sebatang sungai utama yang menjadi sempadan antara negeri Perak dan Kedah iaitu sungai Kerian. Sistem perparitan juga teratur. Banyak parit dan tali air dibina untuk menyesuaikan kawasan dengan kegiatan ekonomi. Parit digali di kawasan penanaman kelapa sawit sementara tali air dibina di kawasan sawah padi. Keseluruhannya sistam saliran di Parit Buntar adalah baik. Hal ini berbeza dengan Pulau Jawa, Indonesia. Pulau Jawa merupakan sebuah kawasan yang bergunung-ganang. Tanah pamahnya terhad tetapi subur iaitu tanih lava bes gunung berapi berbanding dengan Parit Buntar yang terdiri daripada tanih gambut dan tanih aluvium. Sistem saliran dan pengairan juga agak berbeza kerana kawasan kajian saya merupakan tanah pamah sementara Pulau Jawa banyak kawasan yang bergunung ganang.

12

Potensi Bentuk Muka Bumi kepada Kegiatan Manusia dan Pembangunan Kawasan Sebahagian besar kawasan kajian saya merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang rendah dan berpaya. Apabila sistem saliran dibina maka banyak kawasan berpaya ini bertukar menjadi kawasan penanaman padi sawah yang luas. Malah Daerah Kerian menjadi Jelapang Padi bagi negeri Perak. Keadaan bentuk muka bumi yang rata dan rendah ini telah mamudahkan sistem pengairan dilaksanakan. Petak-petak sawah dibina bagi menakung air. Air dari tali air atau terusan sialirkan ke petak-petak sawah padi dan aktiviti penanaman padi sawah meerupakan pekerjaan utama di kawasan kajian saya. Keadaan ini berbeza dengan Pulau Jawa. Di sana bentuk muka bumi yang bergunung-ganang telah menyukarkann sistem pengairan dijalankan di sana. Namun tanih lava bes gunung berapi yang sangat subur menjadikan setiap inci tanah digunakan dengan sebaik mungkin. Apatah lagi jumlah penduduk yang sangat padat menyebabkan mereka menjalankan pertanian secara intensif. Lereng-lereng bukit diteres menjadi petak-petak sawah yang dapat menakung air. Padi ditanam di dalam petak sawah ini dengan bantuan pengairan seperti di kawasan kajian saya juga. Bentuk muka bumi yang rata dengan tanih gambut juga amat sesuai dengan penanaman kelapa sawit. Terdapat sebuah ladang kelapa sawit yang luas di dalam kawasan kajian saya iaitu milik Sime Darby. Kawasan yang berpaya telah dibina parit untuk mengeluarkan air dari kawasan ladang. Kadang-kadang apabila musim hujan, air yang bertakung tidak berupaya untuk mengalir keluar melalui parit tersebut, maka pam air yang besar digunakan bagi mengeluarkan air yang bertakung ke dalam parit besar. Di kawasan tanah pamah ini juga kebanyakannya telah bertukar menjadi kawasan petempatan. Sawah-sawah padi ditambak untuk didirikan rumah. Selain itu ada kawasan telah ditambak menjadi tapak-tapak (site) perindustrian. Terdapat sebuah kawasan perindustrian di kawasan kajian saya iaitu Kawasan Perindustrian Parit Buntar. Hal ini juga hampir sama yang berlaku di Pulau Jawa. Selain daripada itu perubahan lanskap amat ketara berlaku. Sebuah kawasan yang dulunya sawah padi telah bertukar menjadi kawasan petempatan dan menjadi sebuah bandar yang terbesar di daerah Kerian. Dari sebuah kampung pertanian berubah menjadi sebuah bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Keadaan begini juga berlaku di Pulau Jawa. Bilangan penduduknya yg begitu banyak telah memaksa kerajaan Indonesia membangunkan setiap inci tanahnya. Aktiviti pertanian dan perindustrian di sana membangun serentak seimbang dengan pertambahan bilangan penduduknya.
13

Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia Banyak kegiatan yang dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian saya. Kegiatan asal bagi penduduk di kawasan kajian saya ialah pertanian. Mereka menanam padi sebagai kegiatan utama. Halangan muka bumi yang utama ialah kawasan yang berpaya. Keadaan ini menyukarkan petani untuk mengawal jumlah air yang masuk ke sawah padi mereka. Jumlah air yang masuk dan keluar dari sawah padi juga tidak dapat dikawal. Keadaan muka bumi yang berpaya dan gambut juga menyukarkan kawasan kajian saya ini untuk dijadikan kawasan petempatan. Bangunan dan rumah-rumah kediaman tidak dapat didirikan dengan mudah di kawasan ini kerana kemungkinan akan mendap. Jalan-jalan raya juga sukar untuk dibina kerana selalu mendap kerana tanah yang lembut ini. Sejak belakangan ini banjir juga telah mula berlaku. Banyak kawasan rendah dinaiki air jika hujan lebat turun beberapa jam sahaja. Han begini mungkin disebabkan air tersebut tidak sempat untuk mengalir ke sungai Kerian yang semakin cetek. Keadaan banjir kilat ini lebih teruk lagi jika ketika hujan lebat itu turun serentak dengan air laut pasang. Banyak rumah kediaman yang tenggelam. Kawasan lapang seperti padang bola ditenggelami air. Beberapa batang jalan raya yang rendah juga turut ditenggelami air. Hal ini telah menghalang atau mengganggu lalu lintas yang semakin sibuk . Keadaan ini agak berbeza dengan Pulau Jawa kerana di sana muka buminya bergunung- ganang. Halangan bentuk muka bumi utama mereka kerana mereka kekurangan tanah pamah. Namun mereka tetap manjalankan kegiatan pertanian. Pembinaan jalan-jalan perhubungan jga agak berbeza kerena mereka terpaksa memembina jalan-jalan raya dengan menarah bukit. Keadaan ini menyukarkan mereka untu membina jalan raya yang lurus seperti di kawasan kajian saya.

14

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar Jadual di bawah menunjukkan sktor perkerjaan utama di kawasan kajian saya. Data ini diperoleh daripada temu bual terhadap 100 orang penduduk yang diambil secara rawak di sekitar Parit Buntar. Maklumat yang diperoleh itu dapat dirumuskan seperti dalam jadual di bawah: Pekerjaan Utama Penduduk Di Parit Buntar. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Sektor Pekerjaan Makan gaji (Kerajaan) Kerja di kilang Pertanian Perniagaan Perkhidmatan JUMLAH Jumlah Penduduk Peratus 20 25 15 22 18 100 Sumber: Temu bual 100 orang penduduk Parit Buntar

Cartai Pai Pekerjaan Utama Panduduk Di Parit Buntar, Perak

Makan gaji (Kerajaan) Kerja di kilang Pertanian Perniagaan Perkhidmatan

Langkah-Langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhdap Alam Sekitar

15

Rumusan

(CONTOH)

Jaringan pengangkutan memainkan peranan penting untuk perkembangan sesebuah kawasan termasuklah Parit Buntar, khususnya daripada segi ekonomi dan sosial penduduk. Bentuk muka bumi yang pamah dan rata telah memudahkan pembinaan jalan raya dan jalan kereta api. Walau bagaimanapun sistem pengangkutan jalan raya lebih memainkan peranan penting dalam memajukan kawasan Parit Buntar. Tahap ketersampaian yang tinggi bagi setiap kawasan telah memudahkan mobiliti penduduk untuk menjalankan sebarang urusan. Dengan kemajuan sistem pengangkutan di Parit Buntar, telah mamajukan banyak kawasan sekitarnuya. Penduduk di sini bertambah dengan mendadak apabila projekprojek perumahan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Semua ini adalah impak daripada kemajuan sistem pengangkutan di Parit Buntar. Saya berasa sungguh berbangga dan bertuah tinggal di sini kerana dapat menikmati taraf hidup yang setanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia. Tanpa disedari atau sebaliknya, sistem pengangkutan jalan raya juga mendatangkan beberapa kesan negatif. Antaranya pencemaran udara akibat daripada pembebasan asap daripada kenderaan dan bunyi bising. Selain itu berlaku juga kesesakan lalu lintas. Namun masalah ini telah cuba dikurangkan dengan pelbagai kaedah yang terbukti berkesan. Kemajuan teknologi dicipta sememangnya untuk kemudahan manusia. Sikap manusia yang menentukan sejauh mana berkesannya. Sikap manusia yang tidak bertanggung jawab akan memusnahkan alam sekitar. Oleh itu marilah kita sama-sama
16

berintergriti demi untuk menyelamatkan alam sekitar dan dunia yang satu ini. Sekian, terima kasih.

Rujukan 1. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah, 2003.KBSM Geografi Tingkatan 2, Percetakan Rina Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2006, Cheng Leong Press Sdn. Bhd. Ipoh. 3. Ismail bin Ahmad, Prof. Madya Sulong bin Mohamad, Chan Mee Lee, 2003, KBSM Geografi Tingkatan 5, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Cheras, Selangor. 4. http://www.townplan.gov.my/mal/dasar/bersatupadu.html 5. http://www.bda.gov.my/links.html 6. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/RM8/ 7. http:/www.jbeg.gov.my/profil.htm 17

Lampiran

18

19

20

21

22

RUJUKAN 1. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah, 2003.KBSM Geografi Tingkatan 2, Percetakan Rina Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2. Khaw Ah Seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh Lim, 2006, Cheng Leong Press Sdn. Bhd. Ipoh. 3. Ismail bin Ahmad, Prof. Madya Sulong bin Mohamad, Chan Mee Lee, 2003, KBSM Geografi Tingkatan 5, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Cheras, Selangor. 4. http://www.townplan.gov.my/mal/dasar/bersatupadu.html 5. http://www.bda.gov.my/links.html 6. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/RM8/ 7. http:/www.jbeg.gov.my/profil.htm

23

24

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->