EDU 3105 1.

0 Pengenalan

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan dan kecanggihan teknologi memberikan impak yang ketara dalam pelbagai bidang. Begitu juga dalam bidang pendidikan, di mana perubahan evolusi dunia membolehkan penggunaan alat-alat moden digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, media memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Ianya merupakan perkara asas atau domain utama dalam menentukan objektif yang hendak dicapai. Hasil daripada arus pembangunan dan pemodenan teknologi, pelbagai jenis penyelidikan dilaksanakan bagi mencari jalan alternatif yang berkesan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolah. Normalnya sudah pasti para pelajar mempunyai pengalaman sedia ada mereka tersendiri melalui persekitaran yang mereka alami. Namun pengajaran dan pembelajaran biasa tidak mampu untuk memperluaskan perkembangan mereka secara mendalam. Dengan adanya media atau dengan lebih tepat iaitu media pengajaran, para pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tetapi kesemuanya bergantung kepada seseorang guru dalam membuat perancangan yang teliti sebelum mengadakan sesi pengajaran. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab guru bagi mencipta atau menghasilkan bahan media yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu melibatkan kesemua pancaindera murid-murid. Perancangan yang teliti dalam menghasilkan media pengajaran perlu diambil kira bagi menjamin keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermaksud, guru perlu menganalisis pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Analisis yang dilakukan adalah bertujuan untuk merangka atau menetapkan media pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kumpulan pelajar yang diajar agar objektif pembelajaran tercapai.

1

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2. membangun. penilaian dan penyelenggaraan sesuatu unit pembelajaran tidak kira sama ada ia kecil atau besar dalam sesuatu pembelajaran. gambar foto. 2 . Kelebihan penggunaan media ini ialah ia mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran. meliputi dan keseluruhan pembelajaran. Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan. reka bentuk pengajaran telah dipilih. Richey (1986).0 Definisi dan konsep reka bentuk pengajaran Menurut Dick dan Reiser (1989 ). reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk. melaksana dan menilai pengajaran. penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu pelajaran. bahan-bahan bercetak dan komputer. Dari sudut pandangan saya. rakaman audio. televisyen. membina. di mana beliau menyatakan reka bentuk pengajaran ialah sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan. melaksana dan menilai pengajaran. Media terdiri daripada pelbagai jenis iaitu radio. slaid. Reka Bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk. reka bentuk pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan. media berkait rapat dengan reka bentuk pengajaran kerana bahan media perlu digunakan semasa proses pengajaran dijalankan. membangun. Selain itu. Penerima akan menerima maklumat yang ingin disampaikan melalui saluran komunikasi yang dikenali sebagai media ini. Dick dan Reiser (1989). Walaupun terdapat banyak pendapat yang berlainan. Media boleh dikatakan sebagai medium di mana ia merupakan saluran komunikasi yang membawa maklumat. Terdapat juga pendapat lain iaitu daripada Richey (1986 ). satu kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses pengajaran iaitu mereka bentuk.

Sebagai satu proses. Manakala sebagai satu sains pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu reka bentuk pengajaran sebagai satu proses. bermaksud reka bentuk pengajaran merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. 3 . menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran pada semua peringkat. reka bentuk pengajaran sebagai satu disiplin dan reka bentuk pengajaran sebagai satu sains. Sebagai satu disiplin pula ialah reka bentuk pengajaran merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran. melaksana.

Saya memilih pelajar tahun 3 Bestari bagi sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang menekankan kepada aspek kemahiran bertutur. guru perlu menganalisis murid terlebih dahulu sebelum menyediakan bahan media yang sesuai. Model Assure merupakan satu panduan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan media.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3. model Assure perlu diikuti dan tempoh pelaksanaannya bermula daripada sebelum. guru perlu mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Langkah Assure yang pertama ialah analisis pelajar atau ‘Analyse learner’ di mana pada peringkat ini. Sebelum menghasilkan media pengajaran. Bagi ciri-ciri umum.0 Perancangan aktiviti berdasarkan model ASSURE Sebelum mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi kompetensi khusus peringkat masuk.muzik. terdapat 6 langkah dalam model Assure yang perlu diikuti bagi menjamin keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran. dan juga stail pembelajaran.umur. Analisis yang dibuat bertujuan untuk mengetahui cara dan 4 . Selepas diteliti. Unsur ini sangat penting bagi pemilihan media yang sesuai. Analisis yang dilakukan meliputi tiga perkara penting iaitu ciri-ciri umum. Keseluruhannya. visual dan sebagainya. semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. guru perlu membuat pemerhatian yang teliti. Stail pembelajaran pula berkaitan dengan gaya pembelajaran murid sama ada para pelajar lebih kepada kecerdasan verbal. Selain itu. Sifat kerjasama di antara pelajar dengan pelajar mewujudkan suasana yang kondusif secara tidak langsung. kompetensi khusus peringkat masuk. kinestatik. para pelajar tahun 3 Bestari lebih mudah belajar secara berkumpulan malah mereka mempunyai pengalaman sedia ada yang luar biasa dan kebanyakkan daripada mereka memiliki kemahiran verbal-linguistik. tahap sosioekonomi. Kemahiran bertutur yang akan diajar perlulah bertepatan dengan pengalaman mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. sikap dan sebagainya. pelajar amat mudah untuk mendengar arahan dan bertindak. guru perlu membuat pemerhatian berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid tentang tajuk yang akan diajar.

mereka lebih kepada kecerdasan verbal-linguistik di mana mereka lebih kepada kemahiran bertutur. Langkah kedua pula ialah nyatakan objektif (State objective) yang hendak dicapai sebelum menyediakan media pengajaran. media. menentukan kaedah yang sesuai dengan topik yang akan diajar. Objektif isi pelajaran perlu disentuh secara ringkas untuk memaklumkan apakah yang sepatutnya dipelajari. Justeru itu. Untuk menentukan objektif ini. Pertama. media dan bahan (Select method. saya menghasilkan sebuah media visual iaitu video atau filem pendek dengan menggunakan perisian Movie Maker dan slaid Powerpoint bagi merangsang pemikiran para pelajar. Langkah ini terbahagi kepada 3 bahagian. saya telah mengubahsuai video tersebut di mana video tersebut memaparkan tentang drama atau filem pendek kanak-kanak berkaitan dengan suasana hari perayaan (Hari Raya Aidilfitri. 5 . pengubahsuaian yang pelbagai amat perlu supaya jalan cerita video yang dihasilkan tidak bosan. Bagi para pelajar 3 Bestari. mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Langkah seterusnya ialah pemilihan kaedah. and materials. Berdasarkan kemampuan murid. objektif yang hendak dicapai ialah berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca. memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Ketiga memilih. jelas dan menarik agar pelajar dapat memahami apa yang dilihat dan didengar. Video yang dihasilkan ringkas. Hari Raya Cina dan Deepavali) yang sinonim dalam kalangan masyarakat di Malaysia.paras perbendaharaan kata serta perkembangan pelajaran. Jadi kaedah dengar dan sebut digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua. Berdasarkan media yang telah dipilih iaitu video dan slaid powerpoint. sikap dan kemahiran. mudah. pelajar perlu bersedia untuk mengalami perubahan pengetahuan .EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN tahap penglibatan pelajar. Penghasilan video atau filem pendek perlulah bersesuaian dengan tahap pelajar. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 3 Bestari. kepantasan pengajaran.

Langkah yang seterusnya ialah mendorong penglibatan pelajar (Requirer learner participation). Pelajar akan bercerita selepas berbincang mengikut kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru dalam aktiviti kuiz di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. murid dapat berinteraksi dengan guru melalui lisan tentang aktiviti perayaan. Oleh itu. Mereka perlu melakonkan semula situasi dengan menggunakan perkataan yang mudah berdasarkan soalan atau situasi yang diberi oleh guru kepada setiap kumpulan. Hal ini bermakna para pelajar akan bercerita selepas aktiviti perbincangan ahli-ahli kumpulan. jelas. Pada masa ini. semasa 6 . Selepas paparan video tersebut. Bagi langkah terakhir iaitu penilaian dan semakan (Evaluate and revise) di mana guru akan melakukan penilaian bermula daripada proses sebelum. para pelajar lebih suka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Bahan video atau filem pendek amat sesuai dipaparkan dalam set induksi kerana ianya mampu merangsang pemikiran para pelajar sebelum melakukan apa-apa aktiviti. penglibatan aktif pelajar secara berkumpulan diterapkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Slaid tersebut dihasilkan dengan menggunakan grafik yang menarik. ianya akan digunakan semasa aktiviti satu selepas set induksi. menggunakan perkataan yang besar dan sebagainya. Malah mereka perlu melakukan aktiviti perbincangan. Manakala slaid powerpoint juga digunakan selain video atau filem pendek tersebut. terang. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Langkah yang berikut ialah penggunaan media dan bahan (Utilise media and materials). Slaid lebih kepada rangsangan di mana pelajar perlu bercerita berdasarkan situasi yang ditunjukkan dalam bentuk illustrasi. video-video pendidikan dapat dihasilkan dengan mudah. kita dapat lihat penglibatan yang aktif dari setiap murid di dalam bilik darjah. Bagi slaid powerpoint pula. Lembaran kerja atau lembaran kuiz disediakan kepada setiap kumpulan. Slaid lebih kepada bahan rangsangan di mana setiap slaid akan memaparkan situasi (gambar-gambar beserta penerangan) dan pelajar perlu menceritakan dan menerangkan situasi tersebut berdasarkan pengalaman sedia ada mereka.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dengan menggunakan perisian Movie Maker.

7 . guru juga boleh menyimpan bahan-bahan tersebut pada pemacu keras atau komputer riba masing-masing. dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan atau kaedah yang ditentukan oleh guru. objektif pembelajaran tercapai di mana para pelajar mampu berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tersebut. Kebanyakkan daripada para pelajar memberikan respon yang pelbagai serta membina. Dengan penggunaan alatan berteknologi tinggi.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dan selepas aktiviti pengajaran. Cara penyimpanan yang mudah dan tidak mengganggu ruang membolehkan bahan-bahan tersebut diguna pakai sepanjang masa. Selain itu. Malah latihanlatihan yang diberi semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dikatakan berlaku secara aktif. dapat menumpukan perhatian. media pengajaran yang telah dihasilkan boleh digunakan semula pada kegunaan masa yang akan datang. penilaian semasa sesi pengajaran dapat dilakukan menerusi lembaran kerja atau lembaran latihan yang diberikan sewaktu sesi dijalankan. bahan-bahan video dan slaid tadi boleh disalin dalam bentuk cakera padat (CD). Pada masa yang sama. Terakhir sekali. Penilaian dibuat sama ada media yang dihasilkan berkesan dan mampu memberi impak kepada murid. menilai sama ada pelajar memahami sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah diajar dan sekaligus menetapkan bahawa objektif pengajaran tercapai atau tidak melalui penilaian informal dan penilaian formatif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. saya menyedari bahawa mereka memahami apa yang diajar apatah lagi dengan bantuan media pengajaran yang menarik dan jelas. Penghasilan bahan yang bermutu membolehkan bahan tersebut dikongsi di antara guru-guru yang lain. Guru juga menilai semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan sama ada pelajar dapat berinteraksi dengan guru. Keseluruhannya. Bagi para pelajar tahun 3 Bestari.

ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Bagi beliau. Manakala saluran mesej adalah perkataan fizikal sama ada 8 . Berbeza pula bagi tokoh Yusup(1997. persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej.slaid. dan sebagainya. media adalah alat yang teratur untuk membantu sesi pengajaran di sekolah.filem. Dalam konteks yang sama. Tokoh seperti Percival dan Elington (1984) mendefiniskan media kepada dua. guru atau pengajar. Pertama adalah sebagai pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan seperti piring hitam.komputer dan pengajar. Hal ini bermaksud mesej adalah isi kandungan. audio. Torkelson (1972) mengemukakan konsep media kepada tiga bahagian iaitu mesej. lisan. bentuk mesej. simbol. televisyen dan surat khabar. dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan atau menghasilkan pembelajaran. Sebagai contoh. Penggunaan perkataan ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud perantara.0 Ciri penghasilan media pembelajaran yang berkesan Media memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat. Heinich (1981) pula berpendapat bahawa media bermaksud penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti video. objek. bahan bercetak. gambar. Bentuk mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan di mana ianya merupakan sesuatu yang luas dan mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan. multimedia. televisyen. Dalam konteks media. iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu sama. Contohnya seperti filem.pita dan kombinasi antaranya.bahan bercetak. Reiser dan Gagne (1983) pula menggariskan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. dan saluran mesej.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4. radio.2001) menyatakan bahawa media merupakan peralatan dan bahan yang dibina. Media atau medium bermaksud saluran komunikasi. dan gambar foto. Kedua ialah pelbagai saluran komunikasi massa contohnya seperti radio.

termasuk juga proses pengalaman. Oleh itu media pengajaran merupakan satu proses yang menyeluruh. media atau bahan serta guru. perasaan. Sebelum sesi pengajaran. Sepertimana yang telah sedia maklum. terdapat pelbagai jenis media yang boleh digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya. minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. sudah pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan akan dialami oleh murid apabila sesuatu topik pembelajaran itu dapat difahami melalui pelbagai elemen yang terdapat dalam tayangan video. tayangan serta proses penghasilan video tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri yang berikut dalam 9 . komunikasi pengajaran akan terhasil dengan adanya murid. guru perlu menganalisis dan membuat pemerhatian bagi menentukan media pengajaran dan pendekatan yang sesuai oleh kerana setiap pelajar berbeza. Walau bagaimanapun. Antaranya adalah seperti video. persediaan dan perasaan. Disebabkan penggunaan media pengajaran semakin luas. Dalam proses pembelajaran murid. perhatian. projektor filem. berpandangan bahawa dari sudut pengajaran. Ngui Kuan Sang (1989).EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar contohnya televisyen. Secara ringkasnya. media pengajaran adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaranseseorang serta teknik-teknik pengajaran. media pengajaran itu sendiri mendorong pembelajaran kendiri jika bahan yang disediakan oleh guru atau pihak lain sesuai dengan tahap sesuatu golongan pelajar. media pengajaran didefinisikan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran. dan lain-lain. Tetapi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan guru. Perkembangan media pengajaran membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran seorang guru.

Pemilihan unsur yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang kritis para penonton terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Namun begitu guru perlu peka dengan penyampaian yang melibatkan media ini supaya ia sesuai dan sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Wujud interaksi dalaman dalam diri kanak-kanak tersebut dari sudut kognitif di mana kanak-kanak mula menggunakan deria yang ada untuk menuturkan setiap perkataan yang dipaparkan di dalam video . Contohnya dalam penggunaan kosa kata.. Video yang baik mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Teks adalah merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Selain itu.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN usaha untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan atau media pembelajaran di dalam kelas. Perancangan pengajaran yang dibina di mana ia melibatkan media iaitu video dapat menarik minat pelajar kerana mengandungi gabungan kepelbagaian warna serta audio yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Video yang dibina perlu mengutamakan kesesuaian dengan peringkat umur penonton . Mempunyai pelbagai jenis 10 . Jadi garis panduan sebanyak 6 langkah dalam model Assure boleh digunakan sepenuhnya. rangkai kata. tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran penonton. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Sebagai contoh. Pemilihan bahan atau garis panduan cerita yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Video yang digunakan hanya untuk tempoh 3-5 minit tetapi mencakupi kandungan yang perlu. mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada penonton. guru menggunakan klip-klip video yang mempunyai perkaitan dengan aspek permainan bahasa seperti kemahiran mengeja dan sebagainya. merangsang kanak-kanak untuk sama-sama turut serta mengeja perkataan yang dipaparkan dalam paparan video oleh guru . Hal ini secara tidak langsung. bahkan kanakkanak juga secara tidak langsung cuba untuk membunyikan perkataan tersebut dengan menggunakan laras bahasa yang betul. Bukan sahaja menutur.

Selain itu. Jenis bahan media yang berbentuk video juga biasanya mengandungi nilai murni. Ini termasuklah maklumat umum ciri-ciri pelajar (seperti jantina. Malah waktu interaksi yang pendek tidak mengizinkan para guru untuk menyebarkan ilmu yang pelbagai. Kita tahu bahawa seorang guru tidak mampu untuk mengajar pelbagai ilmu pada satu waktu yang sama. Dengan adanya video. Terdapat beberapa siaran yang memaparkan rancangan khas bagi pelajar bagi setiap subjek. tahap kemahiran mereka (seperti tahap pengetahuan dan penguasaan pelbagai kemahiran) . Bahan bagi kanak-kanak peringkat umur yang awal ini juga memerlukan penggunaan jenis tulisan yang besar-besar.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat. laman-laman sesawang pendidikan juga turut disediakan oleh kerajaan dan para pelajar hanya perlu melayarinya sahaja bagi mendapat info atau maklumat yang berguna.dan maklumat-maklumat yang berkaitan gaya 11 . Hal ini juga merupakan salah satu langkah awal kepada pencegahan penularan budaya negatif dalam diri pelajar. Sebelum pembikinan video dilakukan. Hal ini bermaksud bukan guru sahaja berperanan sebagai penyebar ilmu malah penggunaan media seperti video juga mampu menjadi sebahagian daripada medium penyebar ilmu yang berkesan. Kandungan cerita bagi kanak-kanak peringkat awal ini pula perlulah mempunyai plot yang mudah agar pelajar dapat membuat taakulan tentang apa yang berlaku seterusnya dan apakah pengakhiran cerita. Terdapat beberapa fungsi media sebagai saluran komunikasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Adegan-adegan yang terkandung di dalam video tersebut perlulah ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang unsur negatif bercampur dengan kandungan pembelajaran. Pada masa yang sama. terdapat siaran interaktif seperti ‘Discovery Channel’ yang terdapat di kaca televisyen. dan bangsa). Yang pertama media berfungsi sebagai penyebar ilmu. bergambar dan berwarna. kerajaan telah menyediakan satu siaran khas bagi para pelajar. maklumat-maklumat berkaitan pelajar hendaklah diketahui dan dikumpulkan. Contohnya seperti di televisyen. Bahasa yang digunakan pula mudah. para pelajar sudah mampu untuk mempelajari sesuatu yang baru tanpa bantuan guru. umur.

seterusnya menumpukan perhatian terhadap kandungan pembelajaran yang akan disampaikan melalui video yang telah ditrerbitkan. Hal ini kerana.EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN pembelajaran mereka. Secara keseluruhannya. Ilustrasi luar yang menarik akan dapat menjadikan pelajar pada peringkat ini berminat untuk mengetahui kandungan di dalam sesebuah video. Bahan bergerak seperti video ini mampu menarik minat sesiapa sahaja 12 . animasi yang dipilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan persembahan ilustrasi dan kandungan video yang menarik. penggunaan media amat perlu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh bahan media yang dapat digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran ialah video. Hal ini bagi mengukuhkan kefahaman pelajar setelah menonton video yang telah ditayangkan oleh guru. pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. iatu animasi yang menarik pelajar untuk terus menonton. Hal ini juga merupakan salah satu langkah yang boleh dipraktikkan oleh guru bagi mengawal kelas. Dalam erti kata lain. Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid. Seterusnya adalah dari segi animasi. Pada peringkat rendah. Guru boleh menggunakan bahan media bergerak seperti rakaman video atau filem pendek bertajuk ‘Suasana Hari Raya’ dalam set induksi sebagai rangsangan kepada murid-murid pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran guru. proses penyesuaian dilakukan secara tidak langsung antara data-data pelajar yang diperoleh dengan video yang bakal diterbitkan . media penting dalam perkembangan intelek para pelajar. Ciri ini perlu ada pada sesuatu bahan yang dipilih untuk digunakan dalam pengajaran. setiap maklumat yang diperoleh hendak diselarikan dengan kandungan video yang bakal diterbitkan . Pada masa yang sama. terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar. Murid akan tertarik dengan animasi yang dipaparkan. Misalnya seorang guru mengadakan sesi pengajaran bahasa Melayu tahun 3. Contohnya Kulit CD yang menarik dan sebagainya.

EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN untuk melihatkan terutamanya kanak-kanak. para pelajar secara langsung mempunyai idea untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya. Selepas tayangan video tersebut. Namun pemilihan video yang sesuai dengan tahap pelajar perlu diambil kira agar para pelajar dapat memahami apa yang dilihat dan didengar olehnya. 13 .

Oleh itu. Selain itu.0 Rumusan TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Keperluan media sebagai saluran komunikasi pengajaran perlu diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi di mana penghasilan bahan media yang bermutu digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau secanggih mana pun teknologi yang digunakan. guru perlu mengambil kira kefahaman murid atau tahap murid untuk memahami sesuatu yang diajar. multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan massa media yang digunakan. Bagi melihat keberkesanan program ICT dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula. pengetahuan terhadap program ICT perlulah bersifat terkini . pemilihan kaedah. media dan bahan. ia mampu merangsang perkembangan deria murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. guru perlu mengaplikasikan model Assure agar penghasilan media berdasarkan tahap atau potensi murid dapat dihasilkan dengan baik dan jelas. penglibatan pelajar serta penilaian dan semakan yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru bagi menjamin keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. nyatakan objektif. Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) serta mampu merangsang penggunaan pelbagai deria manusia. selain daripada guru itu sendiri perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori – teori pembelajaran ke dalam program ICT. Media pengajaran yang berkualiti dan bermutu mampu memberi maklumat yang realistik kepada pelajar berkenaan sesuatu perkara atau topik. Multimedia juga boleh menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif 14 . Langkah bermula dengan analisis pelajar. Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang baik tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kemudian diikuti dengan penggunaan media dan bahan.EDU 3105 5. Oleh itu.

audio. 15 .EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN kerana melalui teks. video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. perkembangan dan kecanggihan tekonologi maklumat perlu dimanfaatkan oleh setiap masyarakat kerana ianya mampu memberi input yang bernilai sekiranya ia diguna mengikut cara atau saluran yang betul. Guru pula perlu sentiasa menggunakan peluang yang ada bagi memperbaiki aktiviti penyebaran ilmu dengan menggunakan teknologi yang sedia ada dan sentiasa mengikuti perkembangan dunia semasa berkaitan teknologi agar guru tidak ketinggalan dalam arus penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan. Kesimpulannya. Multimedia yang bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian pelajar menggunakan multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran serta dapat menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya pada proses pembelajaran.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful