Cerpen : Hati Ini Milik Puteri Degup jantungnya semakin deras. Peluh dingin memercik di dahi.

Air mata tak terbendung lagi, lalu menghujani pipi licinnya. “Sampai hati kau!!Aku tak pernah membayangkan begini. Cintaku hanya satu..Tapi cintamu…”Gadis itu tidak dapat meneruskan kata-kata. Tangisannya meledak. Duan tidak keruan. Wajah ayu Iza yang berbajung kurung biru petang itu nampak sangat hibanya. Dia rasa bersalah. Sememangnya dialah punca kekeruhan ini. “Duan…aku tak mahu jumpa kau lagi..Cinta kita berakhir di sini…”luahnya dalam nada seakan berbisik. Berat namun terpaksa. “Puteri..nanti dulu!” “Jangan panggil aku nama itu lagi.!.”Gadis manis itu menyinga. Terdiam Duan. Garangnya luarbiasa. Selama mengenalinya,teramat jarang Iza meninggikan suara. Mungkin kesabarannya sudah sampai kemuncak. “Putri..errr…Izah..I’m sorry. Please,jangan tinggalkan aku, “ Duan merayu. Mata Iza kembali berair. Cintanya selama ini hanya untuk Duan. Tetapi pemuda itu terbukti mengkhianati cintanya. Hatinya dalam terhiris. Rasanya terlalu sukar untuk sembuh semula. “Kau pergilah ke pangkuan gadis itu. Dialah yang kau dambakan!” ucap Iza beremosi. Duan tersentak. “Ina?? Dia…err..dia tu cuma sepupu aku..” terlanjur Duan berdusta. Ina sebenarnya bekas kekasihnya sebelum berjumpa Iza. “Duan, janganlah cuba sembunyi-sembunyi lagi. Aku sudah tahu siapa dia. Dan bukan sekali aku melihat kau berdua. Cukuplah..aku sudah bosan dipermainkan. Antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi…” Iza berkata tegas. Dengan bisikan “Selamat Tinggal”, Duan ditinggalkan sendiri. Hati pemuda itu tiba-tiba menjadi parah! Dunia bagai gelap-gelita. Alam bagai mentertawakan dia. Hilang Puteri bersama hatinya. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>. Izah tidak dapat melelapkan mata. Kenangan indahnya bersama Duan menggamit rasa.Bermula dengan sekeping nota kecil, dia dipertemukan dengan Duan. Pemuda itu memuji tulisannya. Katanya tulisan Iza cantik, secantik penulisnya. Pujian yang melangit

itu memerahkan muka Iza. Semenjak itu, mereka sering bertukar-tukar nota dan sekaligus mengeratkan dua hati. Iza tidak sangka nasibnya malang begini. Kasihnya terhadap Duan telah tersemai sejak di bangku sekolah lagi. Duan tersendiri. Pemuda itu berjaya menewaskan hatinya. Sebelum Duan hadir dalam hidupnya, dia enggan menerima cinta. Ramai lelaki kacak cuba memikat, tetapi tiada yang mengena. “Iza..kau harus tabah.Jangan hancur hidupmu hanya kerana cinta..Lagipun..Lan, Din, Rizal..malah berderet lagi menunggu kau.Mereka semua lebih handsome dari Duan..”Su cuba memujuk. Iza mengeluh berat. Ikatan rambutnya dilepaskan. Rambut hitamnya yang berkilau panjang dibiarkan terbuai-buai dihembus bayu. Pandangannya dilemparkan ke arah jutaan bintang di langit. “Kacak bukan ukuran..Bila aku mencintai seseorang, kulihat dia bagai putera tertampan didunia..”ucap Iza bermadah. Dia kembali ke ruang kamar. Su masih terpacak di beranda. Hati Iza cuba diselami. “Aku tak mahu kau kesejukan di situ!”Laung Iza dari kamarnya. Su berlari-lari anak masuk ke dalam . Pintu beranda ditutup rapat. Namun fikirannya masih tercari-cari katakata terbaik untuk memujuk Iza kembali ceria. Iza adalah kawan baiknya semenjak kecil. Dia berasa bertanggungjawab untuk memulihkan semangat kawannya itu. “Su..sudahlah. Aku tak mahu kau terseksa sama kerana aku. Cukuplah aku seorang saja.”pantas Iza mentafsir apa yang bermain di fikiran Su. “Seperti katamu, gagal bercinta tak bermakna dunia sudah kiamat..Aku akan cuba bangun dari terus menjeruk perasaan.” Iza memaksa sebuah senyuman. Hatinya bertekad untuk melupakan Duan. Biarlah pemuda itu menjadi sejarah. Tak sanggup lagi dia mengenangkan kisah cinta mereka. Su menepuk-nepuk bahu teman karibnya. Kecekalan hati Iza dikagumi. Kalau dia di tempat Iza, dia tidak pasti samada dia akan setabah begini. Malah mungkin dia akan meraung menelan tragis. “Aku minta diri dulu, Iza. Jika kau perlu aku..telefonlah. Aku bersedia mendengar bila-bila masa…”Su bersuara lembut. Penuh prihatin. Iza mengangguk perlahan. Senyumannya merekah bersama azam yang meranum. Hidup perlu diteruskan… “Terima kasih Su atas segala nasihat..”matanya yang suram kembali memancarkan

sinarnya. Perubahan riak wajah Iza ketara di mata Su. Pulangnya dengan hati yang senang. Dia sedar Iza bukanlah orang yang mudah mengaku kalah. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Seminggu jua Duan meresah. Ingatannya tertancap erat kepada Puterinya. Tiada bahasa dapat menggambarkan kerinduannya terhadap Puteri. Oh..tiada gadis secantik Puteri. Baginya Putri segala-galanya. Bintang di langit rasanya mahu dikutip buat Putri. Biar Putri memaafkan kesalahannya. Duhai Puteri..di manakah kau berada? Rindu daku ingin jumpa..begitulah batinnya menjerit. Makanan sudah tak terjamah lagi. Segalanya tawar, setawar hatinya. Fikirannya kalut memikirkan permasalahannya dengan Iza..puteri kasihnya. Iyalah..selama ini dia buta. Buta melihat kejujuran Iza. Selama ini dia terlalu dibayangi prasangka. Cemburunya terbit tanpa bukti. Masakan tidak..Putrinya ayu dan merdu suaranya. Jika sekali-sekala diundang menyanyi di majlis, semua hadirin bagai terbuai dek alunan suaranya. Pekertinya yang lembut bisa mencairkan sekeras-keras jiwa pemuda. Duan membiarkan dirinya tenggelam dalam lamunan. “Duan..Iza tu banyak peminat. Ada saja mata memandangnya. Kalau kau tak pandai jaga, melepas kat tangan orang..” Berkali-kali dia mendengar nasihat yang hampir sama. Susah rasanya menjaga Puteri terbilang. “Iza setia. Dia lain dari yang lain. Dia bak warisan wanita terakhir…”Duan yakin dengan kata-katanya. Tetapi seringkali kata-katanya disambut dengan derai ketawa. Terbakar hati Duan mendengarnya. “Gadis seayu Iza menjadi rebutan. Dia banyak pilihan laa Duan. Takkan setia kat kau. Bila dah jemu dengan muka kau..hah! Dia akan mencari lain! “Pernah Joe menghamburkan sindiran. Duan terkedu. Dia sedar siapa dirinya. Tetapi jauh di sudut hati, dia tetap percaya Iza jujur menyayanginya. Sememangnya Iza ramai peminat. Bukan sahaja kecantikannya, tetapi kelembutannya juga menjadi tarikan. Memang sukar mencari gadis sebaik Iza dalam arus zaman sekarang. Hairan juga dirinya kerana menjadi pilihan Iza. Dia sederhana serba-serbi. Bukan kacak, bukan berharta. Kini, dia cuma berniaga kecil-kecilan. Jika materialistik sikap Puterinya, pasti anak Dato’ Kamal menjadi gilaannya. Sampai sekarang, anak Dato’ itu

hanya dapat menggigit jari. Malah si Roy tidak kurang hebatnya. Siang malam terkejarkejarkan Iza. ‘Harley-Davidson’ yang berkilat mahal ditayang-tayang sebagai umpan. Namun Iza tak melayan. Seingat Duan, tak pernah Iza menerima pelawaan si Roy untuk membonceng motorsikal besarnya keliling kota. Kalau Siti Bulat atau Lela Pelat, sudah lama menjerit suka. Su juga pernah berangan-angan untuk bersiar-siar manja dengan si Roy. Status ‘playboy’ si Roy memang kena. “Berniaga ini pekerjaan mulia. Sebahagian besar rezeki datangnya dari perniagaan.Jangan malu bermula dari bawah. Jika rajin berusaha, perniagaan akan berkembang dan menjadi maju. “Iza pernah mengulas. “Tak semua orang kaya dilahirkan kaya. Ramai yang menderita dulu sebelum berjaya.Tetapi mereka berani bermula dari bawah. Akhirnya mereka berjaya mengubah nasib dari kehidupan melarat kepada mewah..”berkobar-kobar Iza memberikan hujah sehingga tak tertangkis olehnya. Petang indah itu, memang Iza nampak lebih ayu. Matanya bersinar-sinar memberi semangat padanya. Kebaya songket bersulam menyerlahkan susuk tubuh Iza yang langsing. Ikutkan hati, mau saja disorokkan Iza dari pandangan mata-mata galak yang gatal memerhati. Berbekalkan dorongan Iza, Duan tidak gentar untuk memperjudikan nasibnya dalam perniagaan. Biar bermula dari bawah..kata-kata Iza itu dipegang. Terbukti kata-kata itu benar. Perniagaannya mulai berkembang. Rezekinya bertambah murah. Tetapi dorongan itu tak mungkin diperolehi lagi. Iza sudah membencinya. Semuanya angkara dirinya sendiri! Duan menyumpah-nyumpah dirinya kerana bertindak melulu. Dia semakin terkenang… “Kau tahu..Iza sudah melupakan kau. Aku nampak dia bersama Farouk. Mesra sungguh lagak mereka” Bagai halilintar membelah bumi..Duan terfana. Kata-kata Roy itu meremukkan hatinya. Dia tak percaya..tapi mula diamuk curiga. “Kau pasti itu Iza??Ah..aku tak percaya. Kau jangan mainkan aku Roy.Iza bukan seperti itu. Aku tahu hati budinya.”Duan berpura tenang walau dihati dirasuk resah. Roy tersengih, menampakkan giginya yang kurang teratur. “Itulah kau..tengah angau!!Berita gempak ni dah tersebar. Cuma kau ketinggalan.Macam katak bawah tong. Awek sendiri tak tau jaga!” “Betul cakap Roy tu..Iza dan Farouk sedang bercinta!”Zack menokok-

tambah..menghangatkan lagi hati Duan. Akhirnya, cerita yang panjang terjalin. Semakin banyak yang didengar. Kepercayaan Duan semakin memudar… “Duan, jangan percaya cakap orang tu. Semuanya fitnah. Kalau betul,mana buktinya??”Iza membela diri sewaktu Duan membangkitkan perkara itu. Malah Iza boleh tergelak besar bila pertama kali Duan bertanya tentang hubungannya dengan Farouk. Duan pula terasa malu seolah-olah pertanyaannya suatu jenaka. “Aku tak pernah ada hubungan dengan Farouk. Tak wujud sama sekali. Di mana kau dapat cerita ni???”Iza tergelak-gelak. Nampak sangat kelakarnya. Namun, walau apa pun kata Iza,dia mula termakan kata-kata tuduhan liar itu. Telinganya sudah tidak sanggup lagi disumbat cerita yang menyebakkan dada. Jika sekali dua, mungkin dapat ditahan. Tetapi tembok yang paling utuh pun akan rebah seandainya diserang bertubi-tubi. Dalam kekalutan dirinya mencari kebenaran, Ina hadir kembali.. Bekas kekasihnya setia mendengar masalahnya. Tanpa bukti, Ina turut mempersalahkan Iza. Bertambah yakin Duan terhadap dakwaan orang. “Kau dipermainkan Iza. Lebih baik tinggalkan dia. Kalau dia curang, buat apa menunggu lagi? Jangan jadi bodoh, Duan. ” Duan tidak sedar kata-kata Ina sebenarnya mengandungi kebencian dan cemburu. Kebencian terhadap Iza. Dia hampir lupa, Ina juga pernah tidak setia. Itulah punca mereka berpisah dulu. Ina yang meminta perpisahan, kononnya mereka tiada persefahaman. Kini, Ina lain benar sikapnya. Seolah-olah mencari peluang berbaik semula. Dalam fikirannya yang kusut, Duan tidak ambil peduli lagi niat sebenar Ina. Dia terdesak memerlukan teman bicara. Kekerapan Duan dan Ina bersama akhirnya disedari Iza. Iza tidak cepat melenting. Malah tidak menaruh syak-wasangka. Biasalah..Duan terpaksa berhubung dengan ramai orang untuk urusan perniagaannya. Kepercayaannya terhadap Duan menjadi benteng perselisihan. Hal remeh-temeh yang boleh merosakkan hubungan seboleh-bolehnya mahu dielakkan. Namun kepercayaannya hancur musnah apabila Ina datang menyerang. Tuduhan yang dilemparkan menghiris hatinya. “Kau cuma layak digelar perampas kekasih orang! Dia mencintai aku. Hatinya milik aku! Gelaran Puteri itu sepatutnya untuk aku. Kau tak layak!” Ina menghamburkan kata-

kata pedih. “Aku yang teratas! Kau cuma yang kedua. Mungkin terbelakang sekali…Pengganti aku saja! Aku tetap puteri hatinya!” Angkuh Ina mengumum. Wajahnya nampak puas dan bangga. Gugur air mata Iza menahan kepedihan. Rupa-rupanya Duan masih berhubung kasih dengan kekasih lamanya. Selama ini dia hanya sekadar pengganti. Dia cuma bayangan Ina. Kini Ina muncul semula dalam hidup Duan.. Sudah pasti cinta mereka mekar kembali. Sorotannya, terjadilah tragedi cinta lewat petang itu. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Hidupnya sengsara. Kesedaran mula timbul dalam jiwanya. Puterinya hanya satu. Tiada siapa dapat menandingi Puteri. Kesucian cinta Puteri padanya adalah asli dan tulus. Duan merintih sendiri. Sukarnya menerima perpisahan yang sepatutnya tidak berlaku.Dia tewas menahan perasaan bersalah! Kini dia sedar segalanya fitnah. Baru dia dapat menghidu puncanya. Cemburu orang pada dirinya kerana kasih Puteri hanya padanya. Dan cemburu Ina pada Puteri kerana hatinya milik Puteri. Roy yang bertanggung-jawab berpakat menyebarkan fitnah.Si Farouk yang bergelar ‘Gangster Kg Dusun’ itu pun termasuk dalam pakatannya. Semuanya kerana dengki dan dendam. Mereka seolah-olah tidak tenteram melihat kebahagiaan orang lain. Lebih-lebih lagi Puteri idaman menolak lamaran. Tekad Duan menemui Puteri. Puteri tidak berdosa..tetapi dia! Terlalu cepat termakan pujuk rayu Ina dan fitnah. Duan ke daerah itu. Daerah yang tenang dan damai yang sesekali dikocak dengan air tasik kala ditiup bayu.Tempat itulah mereka selalu bertemu. Tak pernah jemu dengan suasana damainya. Duan pasti, daerah itulah jua tempat Iza bersembunyi melayani gelodak perasaannya. Dari jauh, Duan sudah nampak sesusuk tubuh termenung mengadap tasik. Leka dengan dunianya. Tenggelam dalam perasaannya.Duan menggagahkan diri menghampiri. “Putri…”suaranya bergetar..Iza tidak menoleh. Membatu tanpa suara. Duan tidak dapat membaca fikiran Iza. Namun dia tetap mencuba.. “Maafkan aku, Puteri…”Bahu Iza disentuh lembut. Iza lantas menutup wajahnya.Melindungi matanya yang merah. “Aku sedar kesilapanku, Puteri..Terlalu sangat lekas percaya pada tuduhan. Walau

tanpa bukti yang kukuh…Hatiku tidak keruan ketika itu. Aku tak sedar apa yang telah aku lakukan. ..”getar suaranya bercampur kesal. “Aku terlalu mencintaimu, Puteri. Kerana itu, aku tidak sanggup sesiapa pun memilikimu. Kerana itulah jua, aku terlalu cemburu dan kecewa mendengar cakap-cakap orang yang tak berasas itu..Kini aku sedar kelemahanku..dan aku akan cuba memperbaikinya..”Duan terus bersuara walau tanpa reaksi dari Iza. “Kini harapanku..kita bina semula cinta yang musnah…dengan ikatan yang kekal abadi..Jika kau sudi..Puteri…” Duan mengungkap kata bermakna. Iza terpaku seketika. Wajah Duan direnung sedalam-dalamnya. Keikhlasan dan kejujuran jelas terpancar pada mata pemuda itu. Hati Iza tiba-tiba tersentuh.. “Hati ini milik Puteri…selama-lamanya..” Duan berbisik lembut. Iza lantas tertunduk malu..namun sinar bahagia menusuk jiwanya….Alangkah bahagia…..

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful