10 TIP SINGKAT POLA HIDUP SIHAT

Ingin tampil sihat dan segar sentiasa? Ikutilah 10 tips mudah gaya hidup sihat yang boleh kamu cuba. 1- Minum segelas jus buah-buahan Kamu disarankan makan buah-buahan dan sayuran setiap hari bagi mendapatkan diet yang seimbang. Namun bagi kamu yang tidak mampu untuk melaksanakannya, cara mudah yang boleh kamu buat adalah minum segelas jus buah-buahan setiap hari. Rasanya bukan saja enak, malah mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh. 2- Hubungi teman Teman mempunyai pengaruh untuk kesihatan. Mereka bukan sahaja tempat kamu mengadu segala masalah malah suaranya juga membuatkan kamu berasa gembira dan tidak lagi kesunyian. 3- Berbicara dengan binatang peliharaan Bunyinya agak aneh,tapi hakikatnya ia merupakan salah satu terapi yang mampu meingkatkan tahap kesihatan seseorang. 4- Memberus gigi secara teratur Selain memberus gigi, kamu juga boleh menggunakan ubat kumur khas atau benang khas untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat pada gigi. 5- Bernafas dengan puas Bernafaslah dengan sepuas-puasnya kerana ia akan membawa lebih banyak oksigen kedalam darah. Dengan cara ini kamu akan berasa lebih releks dan mengantuk pula akan hilang.

6- Minum teh

Bagi penggemar teh, ia bukan sahaja mempunyai rasa yang begitu enak, malah dapat melindungi seseorang itu dari diserang penyakit jantung dan kanser. 7- Duduk di kerusi dalam posisi yang baik Duduk dengan baik kerana ia akan membuatkan kamu terhindar dari masalah sakit pinggan. 8- Menonton filem lucu Ketawa memang membawa kebahagiaan, maka hiburkanlah hatimu dengan menonton filem-filem lucu. 9- Merilekskan otot ketika bersenam Amalkan senaman dalam kehidupan kamu seharian. 10- Merawat kaki Kamu hanya membasuh kaki etiap hari dengan air sabun suam, kemudian keringkannya terutama sekali di bahagian jari. Jika kamu mempunyai masalah kulit yang keras ditapak kaki, gunakan batu khas yang boleh didapati di farmasi di sekeliling kamu.

Mitos & fakta Mitos: kamu perlu makan sebelum melakukan olahraga, dan bukan sesudahnya. Fakta: menurut pakar pemakanan, kamu harus makan sebelum dan selepas berolahraga. Malah makanan yang diambil juga hendaklah mempunyai serat dan karbohidrat yang tinggi iaitu oat, roti berserat tinggi,roti tawar, nasi dan kentang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful