Kekurangannya adalah amanah Allah padamu Kita hidup di dalam dunia ini penuh dengan bermacam jenis rupa

perangai manusia. Tak dapat kita nafikan kehadiran mereka, malah kita juga menjadi salah satu daripada watakwatak lakonan di pentas dunia. Hari ini mungkin kita melihat manusia lain, dan esok pula kita menjadi perhatian orang lain. Bermacam-macam karakter manusia yang dapat kita temui. Sekeliling kita sahaja bukan seorang dua, malah beribu karakter yang telah kita temui. Saya hendak bawakan dua karakter berbeza antara dua orang sahabat saya. Seorang dari mereka merupakan anak datuk. Berasal dari keluarga kaya raya, tiada masalah kewangan. Manakala seorang lagi datang dari keluarga kurang berada, keluarga nelayan dari Perak dan kadang-kala menghadapi kesulitan kewangan. Si anak datuk, Si S, menerima kehidupan sebagai suatu yang mudah dan senang baginya. Tidak perlu banyak memikirkan masalah, malah mampu menghadapi segala kesulitan hidup sebagai pelajar dengan wang ringgit. Si S mampu memiliki kereta sendiri ketika baru di tahun 2 pengajiannya. Tinggal di rumah sewa bukanlah masalah baginya, sewa bulanan rumahnya tiada pernah tertangguh. Pulang bercuti dengan Penerbangan Malaysia (MAS) bukan lagi AirAsia. Setakat hujung minggu terasa di hati hendak pulang ke rumah, boleh sahaja. Tiada masalah. Manakala seorang lagi sahabat saya, si H, adalah seorang yang sangat berhati-hati di dalam menguruskan kehidupan belajarnya. Wang biasiswa yang diterima digunakan dengan penuh hemat. Jangan fikirlah hendak pakai kereta sendiri, telefon tangan pun tidak dimilikinya. Hanya setelah mengumpul wang beberapa tahun, barulah merasa telefon tangan sendiri. Harapan selalunya dapat tinggal di dalam kolej kediaman pelajar lantaran tidak mampu menyewa di luar. Kadangkala, mengikat perut untuk mengumpul wang membeli buku rujukan. Pulang bercuti hanya pada hari raya. Tiada mimpi hendak pulang di hujung minggu seperti si S. Namun, Allah itu Maha Adil. DijadikanNya si S seorang yang pemurah. Sentiasa membantu kawan-kawan yang tiada berkemampuan. Setakat hendak menumpang kenderaan ke kuliah atau ke bandar, bila-bila masa sahaja boleh dibantu. Kalau setakat kekurangan wang untuk makan tengahari, sepuluh dua dihulur sebagai pemberian biasa sahaja. Jangankan wang, bantuan lain-lain seperti pelajaran juga tidak ketinggalan. Akhirnya, si H berjaya dan si S juga berjaya. Menghadapi hari-hari bersama dan bakal menamatkan pengajian tidak berapa lama lagi. Sungguh pun si H tidak mampu dari segi kemewahan, ada juga bantuan lain yang disumbangkan pada si S. Ketika di dalam kesedihan dirundung malang, si H menghadiahkan kegembiraan buat temannya. Nasihat dan tegurannya membetulkan langkah si S yang bengkok. Biar pun bukan kemewahan yang diberikan tapi ianya suatu yang berharga bagi sebuah persahabatan. Kesimpulannya, setiap insan dilahirkan Allah ke dunia ini dan diberikan pelbagai rupa

perangai. Tujuannya adalah untuk sama bantu membantu. Setiap manusia ada keurangannya; maka kekurangan itulah yang akan ditampung oleh insan lain untuk menjadikan kita sempurna. Kelebihan yang Allah berikan pada kita adalah sebahagiannya milik teman kita yang lain. Dijadikannya amanah Allah pada kita untuk ditunaikan pada masa dan ketika yang sesuai. Benarlah kata-kata bahawa manusia tidak ada yang sempurna.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful