Tajuk 1

Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Konsep · Objektif · Proses dan Bentuk

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: · · · konsep objektif proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seha rusnya dapat: 1. 2. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran

mendengar dan bertutur; 3. 4. menerangkan beberapa k aedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar kemahiran bertutur; dan 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. dan

1

Kerangka Konsep

Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Membentuk aktiviti pengajaran Melaksanakan Pengajaran

Menetapkan Matlamat

Menulis Objektif

Membentuk ujian

Memilih Media Pengajaran

Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51) KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

2

Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini,

kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan berkenaan. kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi

3

menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. memadan. Perlakuan bahasa. intonasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain. menaakul. menggunakan nada. rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan. (g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri. dan (i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan. Walau bagaimanapun. 4 . sebutan. syair. tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). gaya. dan suara secara berkesan. (c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila. proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami. Semasa bertutur. rima dan nada yang sesuai. nada dan intonasi. (e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat. sebutan. intonasi. sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak. (d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu. sajak mengikut nada. secara beradab dengan menggunakan kata sapaan. selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat. (h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon. antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami. (f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat. melafazkan dialog dan puisi (pantun. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi.

Misalnya ungkapan. jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. (d) Aspek fizikal. kesihatan. (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya.’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan. suku kata. rangkai kata atau ayat. dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan. /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu].Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu. (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’). /t/. jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak. frasa kata dan ayat. boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya. struktur. persekitaran. (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata. perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan. /a/. /b/.’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 5 . ‘jangan/tembak. perkataan. sebaliknya jika jeda digunakan. yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. sebutan dan maknanya. ‘jangan tembak. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf. Aspek ini penting. terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak. kecerdasan otak. Dalam ayat. Dalam hal ini. murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi. intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Misalkan bunyi-bunyi.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan. teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan. So.(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. kewujudannya lebih jelas. (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Intonasi dalam ayat sama ada menaik. manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. Fa. aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya. sintaksis dan semantik. betul dan betul. antara lain membolehkan seseorang murid: (a) (b) (c) menyebut dengan jelas. melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat . kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do. sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. formula. La. Mi. 6 . nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina. (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur. Misalnya. Re. menyampai atau melahirkan pendapat peribadi. lancar dan berkesan. Pun demikian dalam bahasa Melayu.

sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Permainan komunikatif. 7 . mempelajari. bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Membina soalan berdasarkan bahan. Simulasi. Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap. bertutur secara bertatasusila.(d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) memberi penerangan dan al asan. Berbual melalui telefon. bertemu ramah. Menerangkan gambar dan ba han grafik. Memberi arahan kepada rakan. Teater bercerita. Perbincangan forum. Mengadakan perbahasan. dan bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. membina soalan untuk mencari maklumat. kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya. Main peranan. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) Mengaitkan aksi dengan pertuturan. dan Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya. Sebenarnya. Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan. Memberi taklimat dan ceramah. ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Menjawab soalan-soalan rakan dan guru. mengusai bahasa – memperoleh. Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri. menunjuk arah.

murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan. mengajuk. memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut. dan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Proses Mendengar Umumnya. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan.mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. perbincangan dan mesyuarat). aspek pendenga ran amat kurang diberi perhatian oleh guru. memperoleh maklumat (pengajaran guru. cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Empat peringkat proses mendengar: (a) (b) (c) (d) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan. 8 . iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Mereka meniru. filem). televisyen. berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa. untuk mendapa t hiburan (radio. alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Manakala dalam kehidupan harian pula. dialog. mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik. komunikasi lisan melibatkan dua proses. lakonan. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlaku melalui pendengaran. perbincangan. dialog dan kesusasteraan). Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah. Justeru. Ini bermakna.

seseorang itu boleh: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) memperoleh idea. mencari isi-isi penting. memahami. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar. Akhirnya. menggunakan terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar. mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan. iaitu seperti memberi yang baik sahaja. nama orang-orang Konsep-konsep asas dalam kemahi ran Mendengar: Justeru sebenarnya.Dalam erti kata lain ketika mendengar. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar. mengenal pasti isi-isi yang tersirat. huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. mengenal pasti ‘mood’ penutur. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. melakukan arahan/ tindak balas. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. suasana. mentafsir makna-makna yang te rsirat. dan keadaan/ konteks. kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. dan mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda. 9 . seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud. seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Justeru. bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan. anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima.

untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya. bukti dan estetika. secara berhati-hati dengan pen gamatan. dan berpusatkan idea utama. aspek fizikal. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini. dengan beremosi. kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar. psikologi. mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan. (c) (d) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya. antara lain proses mendengar: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) secara pasif. kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k. dan neurologi. hujah. 10 . secara bertelau-telau. proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. dan mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. (e) (f) (g) (h) (i) pendenga ran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. dan secara kritikal. tanpa tindak balas. hujah dan bukti tertentu. didengar dan dingati. aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu. aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika. berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat. proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal. mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama.Sehubungan dengannya. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) (b) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat. antara lain: (a) (b) (c) (d) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang. secara menebuk-nebuk. bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. difahami dan diingat.

Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid. supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat. Latihan 1. pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 11 . bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. dan keduanya.

Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Membaca dan Menulis. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa. pendekatan. dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Telah ditegaskan.Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: · · · Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur. 12 . Hasil Pembelajaran 1. aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat. antara kemahiran berkenaan. Sebagaimana kebiasaan. kaedah. selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaru hi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur. kelancaran. tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. kefasihan. pertengahan dan maju.Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Membentuk aktiviti pengajaran Melaksanakan Pengajaran Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Memilih Media Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan . gaya dan isi penyampaian. 13 .Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid. tatabahasa. pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal. iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. seperti intonasi frasa dan ayat. aspek sebutan. yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat. latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Dengan demikian.

Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. perbualan atau dialog.Peringkat awal (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Melafazkan pengucapan bert atasusila. forum. Mengambil bahagian dalam perbincangan. Mengambil bahagian dalam perbahasan. Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. perbincangan. rakan. Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar. Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Membuat ayat tentang diri. Memberi arahan. permainan. Memberi komen secara mudah. (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. proses dan sebagainya. seminar dan lain-lain. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. syarahan (yang disediakan). pengalaman. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. objek. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. prosedur dan peraturan. 14 . Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya. peraturan-peraturan. Peringkat pertengahan (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa. masa bersekolah. Memberi ceramah. dan Membuat ayat-ayat daripada gamba r. kejadian. Menerangkan proses. Membaca iklan. dan Membuat ulasan. Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri. memberi pendapat atau pandangan secara mudah. persekitaran dan di rumah. Bertanya untuk mendapatkan maklumat. ibu dan bapa. kejadian. diskusi. berhubung dengan peribadi seseorang. Mendeklamsi puisi. Memberi ucapan pendek dan mudah.

(c) Fizikal: Hal ini.(k) (l) Menyampaikan komen. bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan. makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan. (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat . novel dan sebagainya. faktor. gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa. benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan mas yarakat di bandar-bandar. terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan.aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa. Antara lain. (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. gigi. bapa dan ahli keluarga keseluruhannya. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kadar kanak-kanak dan perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan pertumbuhan 15 . menyampai dan memproses maklumat . Umumnya. tahap pendidikan.peringkat. (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran. (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan mu rid-murid. dan Mengkritik cerpen. jiran tetangga. lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar. puisi. laporan atau ulasan. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa. tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. pendapat.

dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Justeru. (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan. kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. (g) Paling penting. membaca dan menulis. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan. Ini kerana. didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif. (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak. 16 . seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. aktiviti proses pengajaran dan pembel ajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menj urus kepada sesuatu aktiviti tertentu. dalam proses pertuturan. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. (b) Kemahiran mendengar.perkembangan kanak-kanak lelaki. memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar dan seumpamanya. daripada yang dekat kepada yang lebih jauh. kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.

Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Membentuk aktiviti pengajaran Melaksanakan Pengajaran Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Memilih Media Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan. yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. kaedah. Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan. teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan 17 . Kaedah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif.Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Kaedah · Teknik Pengajaran Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.

perlu dilakukan serentak. Tegasnya. terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. menguasai kemahiran membuat tanggapan. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul mengenainya. pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi. pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa.kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur). Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar. demikian. berurutan dan menyaling. Antara lain. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Demikian juga. antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola. ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur). Walau bagaimanapun. guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. nada dan intonasi tertentu. Dengan 18 . guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. mengingat. membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja. Sehubungan dengannya. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965). bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu.

(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat. berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah. (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan. (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya. misalnya oleh guru. 19 . (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Oleh itu. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran. iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan. kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walau bagaimanapun Walkins (1975). guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunak an alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu. sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Apabila murid-murid Sebaliknya. (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur. guru perlu mempelajari bahasa kedua. Maka. guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu.

bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. yakin dan berkesan. Dengan demikian. dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan l ebih berjaya jika murid mempun yai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar. Ini bermakna. (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan. penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap. menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa. pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur. Justeru. keratan akhbar. (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. mengingati. komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa.(b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi. pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Dengan ini. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa. Melalui pendekatan ini. lawatan. 20 .

Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa).. murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif. terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur.umur saya ni baru 35 tahun. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan. iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Sebenarnya. guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. : : : : : : Pak cik . kenapa panggil pak cik? Maafkan saya. Dia pak cik saya. Kakitangan pos Lain kali panggil saya abang atau encik. Dengan itu. Tanpa latihan daripada guru.Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.. Contohnya. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran Wanita Kakitangan pos Wanita Kakitangan pos Wanita kemahiran bertutur. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. bil air boleh bayar di kaunter ini ke? “Pak cik”? (terdiam) Cik adik. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 21 . Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Saya berkahwin pun belum.

mereka. langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. iaitu dengan cara mendengar. dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. lakonan. murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. (b) (c) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. lakaran. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu. (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut. Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara. guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Kaedah ini dianggap berjaya. 22 . murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif. gerak laku dan lain-lain. lukisan. (c) (d) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Guru menggunak an teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus.

Sehubungan dengannya. Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa. 23 . Subjek Saya I Dia He Kata kerja pergi go minum drinks Objek ke sekolah. milk. dan Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee school radio bicycle biscuit kopi sekolah radio basikal biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. susu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut. guru terlebih dahulu. perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. ketika memilih perkataan. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Justeru. to school.

guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Berdasarkan prinsip tersebut. kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing. (d) (e) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif. murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa. murid dilatih tubi untuk berdialog. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. dan Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Pun demikian. Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa. Bahasa merupakan s atu kebiasaan atau kelaziman. Setelah menguasai sebutan. 24 . Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan. unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) (b) (c) Bahasa adalah alat pertuturan buka n penulisan. Dengan demikian.Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa. dan Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat. justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun. Di samping itu. khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. iaitu melalui kemahiran bertutur.

murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah.Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. dialog. Dalam pengajaran bertutur. pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. perbincangan. cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa). wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. Oleh itu. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Ini bermakna. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. untuk berkomunikasi dengan berkesan. pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. bermakna guru tersebut sedang memilih 25 . Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. sumbang saran. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran. Dengan kata lain.

Drama atau lakonan. kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut.dan menentuka n teknik pengajaran yang paling sesuai. cara pengendalian. 26 . Sebagaimana teknik. seseorang guru boleh menggabung kan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. lancar dan tepat. Perbualan / dialog/ wawancara Berbahas/ debat Sumbang saran Melapor berita Pengajaran puisi Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas. terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih. (b) (d) (f) (h) (j) (l) (n) Bercerita. Sebenarnya. Permainan bahasa. dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep. Antara lain ialah teknik: (a) (c) (e) (g) (i) (k) (m) Latih tubi. Bersoal jawab. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Walau bagaimanapun. modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Perbincangan. Main peranan dan si mulasi. Penyelesaian masalah. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu.

Bola. 27 . dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang ber beza. ikut cikgu sebut. Ali menendang bola. Bola. Ali ….Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. kelemahan menyeb ut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang. Ali menendang bola di padang. Ali menendang bola. sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. Murid-murid. daki laki tari lari malu balu Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Misalnya.

Apa khabar sekarang. Sila masuk ke dalam. kad imbasan bergambar. Dia mengguna kan kerbau untuk membajak tanah.Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. 28 . Sudilah minum. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Selamat datang. Di samping itu. i. Makan kuih di pinggan. Mari kita duduk. Janganlah segan-segan. iii. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul. carta bergambar. Pak Abu seorang petani. Dia bekerja di sawah. Minum air kopi. ii. mengikut rentak dan nada yang tertentu.

membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. murid-murid Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 29 . Kemudian. murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan pula. Dalam latihan ini. murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab.Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan. Umumnya. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. mempunyai jurang maklumat.

Tanyakan harga bilik itu.untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. ada bilik kosong atau tidak. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. anda tiba di sebuah hotel. Sebaik-baiknya. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. perbincangan. Hotel mempunyai dua bilik kosong. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. simulasi dan lakonan. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu. dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan. satu bilik 30 . Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. · · · · · · · · · · · · · · · · · · Khemah Lampu picit Makanan kering Makanan basah Alat memasak Pakaian Baldi Alat menjahit Pisau Kapak Bantal Selimut Air Susu tin Cangkul Surat khabar Radio Mancis api Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru.

untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10. Oleh itu.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Rumusan Perhubungan antara pendekatan. khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi. perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. 31 . sarapan pagi bagi pelanggannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur. kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut. (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.00 dan RM 15. Hotel anda juga menyediakan ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. selaras dan menyaling.

prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Hasil Pembelajaran 1. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Membentuk aktiviti pengajaran Melaksanaka n Pengajaran Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Memilih Media Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 32 . Semasa dan Selepas Aktiviti · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif.Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Penyediaan Rancangan Pen gajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur · Objektif. dan 2. pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. langkah pengajaran sebelum. semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. Langkah-langkah Sebelum. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar.

tepat dan berkesan.Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Maklumat Am Pengetahuan Sedia Ada Objektif Pengajaran Isi Pelajaran Penyampaian Set Induksi Perkembangan i. guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas. mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan. Kemahiran menerangkan Ilustrasi iii. Justeru. menggunakan dan menyelesaikan). Cuma. Maknanya. menghuraikan. psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan. Kemahiran Menyoal Penutup Kesimpulan Penilaian Tugasan Ulasan Kendiri Menulis Ranca ngan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting. Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini. guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai. (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 33 . iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti. Kemahiran Peneguhan ii. berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis. dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. menyatakan. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain.

(c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. mencukupi. (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan). Paling penting sebagai tindakan susulan. guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. kumpulan atau berpasangan. gambar. bahkan secara individu sekiranya perlu.kiu. peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada. keadaan dan keselamatan murid-murid. (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik. kaedah dan teknik pengajaran. bahan stensilan. semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii). alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting. boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya. (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak. guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). kad imbasan. pendekatan. (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas. suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: 34 .

dan Mengambil kira latar belakang pendidikan. kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid. mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak. merangsang. aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran). Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid. Selaras dan menepa ti hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia . dan kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi. Dalam hal ini. guru. Sehubungan dengannya. menggerak. seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 35 . kaedah dan teknik pengajaran (a) Keadaan pelajar (a) (b) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu. adat res am. selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. mendorong. Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentu lebih terdahulu. pemikiran dan tingkah laku. isi pelajaran dan bahan. (ii) bahan mudah kepada yang kompleks. Suasa pembelajaran (a) (b) (c) Minat pelajar (a) Selain menimbang aspek kesesuaiannya. status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. Antara lain. iaitu aspek rangsangan. Sesuai dengan kebudayaan.Kesesuaian dengan perkara Objektif dan matlamat pengajran Penjelasan (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran. bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran. mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai. (b) (c) Pendekatan.

Antara lain. bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. saiz. perkara yang boleh diberi perhatian.bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran. (f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna. Sehubungan dengannya. carta. ilustrasi dan grafik. (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang. bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid . Hal ini demikian kerana reka letak. (g) Bahan yang bersifat luwes . Sebenarnya.mengandungi fakta bersepadu. dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. kebolehan. kelas dan antara sekolah dan wilayah. tahap pencapaian. filem dan slaid. latar belakang. pengalaman murid-murid. proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. minat. (v) bahan umum kepada bahan teori. (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid. ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan. bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas. gambar-gambar bersiri. (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan. kandungan bab kepada bab yang lain. 36 . Selain itu. ekonomik – digunakan secara berulang kali. (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini . (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum. (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunya i hubungan. kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar. dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran.semasa. kualiti kulit dan cara buku itu dijilid. (e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah). Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman.

Antara l ain. Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. kawasankawasan perindustrian. 37 . nada. jadual. Di samping itu. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh– contoh sebutan. peta. aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah. murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan. alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar. Contohnya adalah seperti dialog. kepala. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. (b) (c) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut. Selain itu. dan petikan karangan. seni kata lagu. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas. dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama.Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman. kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. (d) (e) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan. iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. rajah.

Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. wawancara. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. dan dalam upacara-upacara tertentu. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. forum. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuma n yang dibuat di lapangan te rbang. Sabah. di stesen keretapi. Contohnya. syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen.00 petang. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. bacaan sajak. berita pengumuman. 38 . Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahanbahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. laporan cuaca.

Bahan Kartun (a) (b) (c) (d) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah. Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Video dan Bahan Sastera (a) (b) (c) Murid menonton ra kaman drama. Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. 39 . Murid dibahagikan kepada kumpulan.(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. (c) (d) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. satu kumpulan membaca dialog Tutu. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. (e) (f) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang mena rik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. marah dan sebagainya. Anda telah membaca beberapa jenis teknik. gembira. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik. aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sesungguhnya. 40 . keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. takut. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Dengan demikian.

Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Hasil Pembelajaran 1. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Melaksanakan Pengajaran Menetapkan Matlamat Menulis Objektif Membentuk ujian Membentuk aktiviti pengajaran Memilih Media Pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 41 . Justeru. menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan. modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. dan 2.

Contohnya. dia mampu membent uk frasa dan ayat-ayat yang betul. Tegasnya. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan. Dengan itu. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata. Nada. kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. penilaian dan pengujian terhadap dengan betul. Demikian juga. membuat taakulan. gerak mata. 42 . betul dan berkesan. ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata. iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu Sehubungan dengannya. memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat. memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Selain itu.Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka. kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah. mempersilakan makan. idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. dalam kalangan murid-murid bukan Melayu. Dengan itu. Baiklah. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. z. ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa. seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan. Misalnya. 43 . penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh. dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. gh. Selain itu. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. v. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat mel ahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan mak sud yang hendak disampaikan. khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari.Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran. Keduanya. frasa dan ayat-ayat. mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. kemudian. s dan f. pendapat. kehendak dan sebagainya. hentian dan intonasi. sy. suku kata. Pertamanya. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. iaitu untuk melahirkan perasaan. diadun pula dengan ciriciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun.

murid dinilai dari segi kelancarannya membaca dengan nada. intonasi dan gaya mengikut wacana dan konteks ayat-ayat dalam petikan yang dibaca itu. 44 . Misalnya. mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Dengan membaca kuat. Guru memaparkan perkataan dan menyuruh murid menyebutnya. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahaw a hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. Kemudian guru memaparkan perkataan lain yang hampir sama bunyi dan menyu ruh murid menyebut. Ujian membaca kuat boleh digunakan untuk murid yang telah tahu membaca. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Pemarkatan.Teknik menguji kemahiran bertutur Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. TEKNIK MENGUJI KEMAHIRAN MENYEBUT Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan perkataan yang sukar disebut dan dideikriminasikan bunyinya. guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri. Membaca kuat. Kemudian guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut. Murid mendengar sebutan perkataan. Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini.

Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu. gambar. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalansoalan itu. objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. 45 .Guru Murid : : Beritahu rakan kamu bahawa sa ya akan datang ke rumahnya esok. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. peta. Misalnya: (a) (b) (c) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? Apa yang sedang mere ka lakukan? Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). Bertutur berdasarkan gambar Di sini. cikgu akan ke rumah kamu esok. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Ali.

. sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. ialah 2-3 minit. Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu. pe rtuturan dan intonasi. Oleh itu. Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). intonasi. batasan masih ada. frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang be tul. penilaian jenis ini ialah: Antara teknik-teknik yang tergolong dalam Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.sederhana panjang. Murid membaca senyap. Walau bagaimanpun.sebutan. Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru. Kecekapan menggunakan kata. dan tekanan yang betul. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi. (a) (b) (c) (d) (e) Guru memberi murid petikan cerita pendek. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaha raan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan Masa yang sesuai untuk membaca terkawal. Guru membaca kuat petikan. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada mur id bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat. 46 .Membaca Kuat (a) (b) Aspek yang diuji Bahan . dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada.

· Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga. sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran 47 . tidak jauh dari balai polis itu. masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan. murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya. guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu. tanpa bimbingan guru Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Misalnya: Pilih dua orang murid. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya.Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: · Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Dengan demikian. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.

besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. i. iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Wah. ii. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? Bagaimanakah cara mereka melakukannya? 48 . Apakah cita-cita kamu? ii. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Untuk menentukan markat yang sesuai. Soalan: i. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. menjawab soalan-soalan pendek yang mudah. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv.Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur. ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. iii. iii. senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

......... aspek yang berlawanan.. sama dan sebagainya.... tempat kediaman.... kumpulan etnik dan sebagainya... antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadan kan – memadankan objek dengan tulisan...... Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 1 A 2 3 4 5 1 2 3 4 5 J = J= 2 1 0 49 ...... dialog. Senarai Semak untuk Pemarkatan...... umur.......... warna.... forum dll simulasi – main peranan dalam lakonan.... forum dll projek – perbincangan mengenai prestasi. lakonan......... bahan projek: kos... pelaporan dll........ isi karangan dll.. (b) (c) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya.. menyusun perkataan menjadi ayat....... menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz.. buah-buahan. Nama Murid: ... prosedur. peristiwa.... kepentingan dan seumpamanya............ berinteraksi – melalui telefon.....Penilaian kemahiran lisan...... gambar dengan tempatnya dan memadan kan harga dengan objeknya.. (d) (e) (f) (g) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat. memadankan pasangan.

dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan. darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Misalnya. intonasi. sebutan. Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini. sebutan kefahaman ketatabahasa n keluasan perbendaha raan kata. bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. iaitu: i. kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar. Jumlah markatnya = 66. Di sini. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting. Jawapan salah. penghasilan bahan. menjadi 12. intonasi. iv. intonasi atau tatabahasa. 14 dan 40. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. Untuk mengubah markat kepada peratus. darabkan semuanya dengan 2. iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan. iii. pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara. pemilihan perkataan dan tatabahasa. 7 dan 20. v. dan kelancaran pertuturan. penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. betul sebutan. jika pencapaian murid ialah 6. awal 50 . Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur).Nilai Markat (cadangan) 2 1 0 Bagi jawapan yang tepat. ii.

sedar dan pandai menggunakan pendekatan. maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Pada pendapat anda. Guru mesti faham. kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? 51 . Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. kaedah dan te knik pengajaran dan pembel ajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. (a) (b) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan bai k dan berkesan. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu.diajar dan perlu dikuasai oleh murid.

pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.2 Menghuraikan teknik bacaan. peringkat bacaan dan teknik bacaan. ekstensif. kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Ekstensif. matlamat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan. Walau bagaimanapun. kaedah. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif. Hasil Pembelajaran 1. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Skimming dan Scanning Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi. jenis bacaan dan peri ngkat pengajaran bacaan 1.Tajuk 6 Kemahiran Membaca · Matlamat dan Jenis Bacaan · Peringkat Pengajaran Bacaan · Teknik Bacaan – Intensif.1 Menjelaskan kemahiran membaca. 52 . skimming dan scanning.

bertulis.Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan: · Mekanis · Mentalis · Intensif · Ekstensif Peringkat Pengajaran Bacaan: · Kesediaan membaca · Prabacaan · Mekanis · Bacaan dan Kefahaman Teknik bacaan: · Intensif · Ekstensif · Skimming · Scanning Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif. mereka dapat me mperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan 53 . sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ekstensif. Daripada kemahiran ini. Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca. Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. Skimming dan Scanning Fikirkan: Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah? Arahan : · · · Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah.

Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan. 54 . Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid. nada dan tekanan yang betul . Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa. fahami pula jenis-jenis bacaan. Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul. meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. membaca mengikut intonasi. Jenis Bacaan Bacaan mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. mengkaji ciri-ciri tatabahasa. memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini.

menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. pengalaman dan persekitaran. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas. Dari segi fizikal. PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN Peringkat Kesediaan Membaca Menurut Juriah Long et. bahan bacaan perlu sesuai dengan murid. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan. kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.al (1994). lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. keseronokan dan terhibur. bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan. tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. 55 . anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Dari segi emosi. Dari segi mental pula.Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan. kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan. Kesimpulannya. keupayaan matanya mengecam bentuk. kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan.

koordinasi psikomotor. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendenga ran . 56 . Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. kaedah terus. perkataan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan. Bacaan Mekanis Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf. frasa dan ayatayat mudah. aktiviti pendengaran. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. peringkat Prabacaan Prabacaan merupakan kesediaan kemahiran pengamatan murid untuk membaca. Pada tahap ini. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar. aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca. latihan menajamkan daya ingatan. bunyi kata dan abjad atau mengeja. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut. dan latihan bahasa pertuturan. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. suku kata. Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan.

meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan. latihan kosa kata.Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita. Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa. 57 . Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan. Sementara membaca telaah bahasa. serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. membaca pemahaman. iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. membaca teliti. Dalam membaca telaah isi. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat. aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa. Teknik Bacaan Banyak bahan yang perlu kita baca ! Bacaan Intensif Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. membaca kritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. diskusi umum dan sebagainya. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru -guru. ditegaskan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan dalam meneliti.

Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Mengesan. Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. intonasi.Konsep-konsep bacaan intensif (a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. dan (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. (b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. (d) Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. betul dari segi sebutan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) membaca tinjauan membaca sekilas membaca dangkal 58 . lancar dan tahu men ggunakan tanda-tanda ba caan dengan baik. iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. (c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa. Bacaan Ekstensif Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. dan Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan. (c) (d) (e) (f) (g) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.

Pertama. kandungan dan sebagainya. dan Bahan-bahan yang berbeza . cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. untuk mendapat halhal tertentu daripada sesuatu bacaan. untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan. Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar: (a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. Mendapat pengetahuan sambil berhibur. sesuai dengan minat. Melalui bacaan ini. jantina. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa. Kedua. atau melihat judul. bab. 59 . Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan. menambah kemahiran memahami. Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat. pengalaman. dan menaakul isi bacaan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok. KONSEP BACAAN EKSTENSIF (a) (b) (c) (d) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru. rangka kasar. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata. daftar kata yang terdapat dalam buku. Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. meneliti indeks. membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya. sikap dan cita-cita pelajar. meningkatkan kepantasan membaca. umur. pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karya ilmiah. Ketiga. (b) (c) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari.Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan.

(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah. tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. struktur ayat dan sebagainya. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama. (e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif. Carilah maklumat tentang pengarang. Prosedur Skimming Langkah-langkah skimming: (a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. (c) Bacalah perenggan pertama. teknikal dan sebagainya. walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’.perbendaharaan kata. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Membentuk tabiat gemar membaca. membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan. 60 . (k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa. cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. (f) (g) (h) (i) (j) Menambah minat membaca. apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. SKIMMING Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa. (d) Semasa membaca perenggan pertama. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca. ungkapan.(d) Memperkaya bahasa . Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik. seperti bila dan mengapa teks itu ditulis.

berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda. Prosedur Langkah-langkah untuk scanning: (a) (b) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. SCANNING Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. dan (f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar.(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. fokus perhatian anda di tengahtengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecekapan scanning bergantung kepada penumpu an mental. 61 . Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Kecepatan membuat skiming ini. (d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil. gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat. (c) Untuk mempercepatkan proses scanning.

kaedah. pendekatan. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan.1 Menghuraikan kemahiran bahasa. untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Walau bagaimanapun. kaedah abjad dan kaedah fonik Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca Hasil Pembelajaran 1. Cerakinan. komunikatif sebut. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang 62 . Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa · Kaedah Pandang Sebut · Kaedah Abjad · Kaedah Fonik Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan. cerakinan.Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN · Pendekatan Binaan.

Pendekatan Cerakinan Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsurunsur yang besar. dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran kemahiran membaca mengikut 63 . kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.Kerangka konsep Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : · Binaan · Cerakinan · Komunikatif · Pengalaman bahasa Kaedah Bacaan · · · Pandang Sebut Abjad Fonik Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Ba caan Asas Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan. Abjad dan Fonik PENDEK ATAN PENGAJARAN BACAAN Pendekatan Binaan Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata. Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Unsur-unsur yang kecil akan membent uk unsur yang lebih besar. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu. Cerakinan. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu.

dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Dalam sesuatu proses membaca. Bagi setiap peringkat. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. laporan/ulasan buku dan choral speaking. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita. Prinsip pendekatan komunikatif: (a) (b) (c) (d) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya. murid- 64 . Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna . iaitu lateral. interpretasi & inferens.pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. teater pembaca. mempelbagaikan aktiviti komunikasi. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. terdapat tiga peringkat pemahaman. Jadi. pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar. dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca. pada peringkat lateral. dan penilaian makna. pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana. Sebagai contoh. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan.

murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah. Pada peringkat interpretasi & inferens. pendekatan ini memanfaatk an pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan. (b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. laras bahasa. tatabahasa. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. (d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. ragam. Kesimpulannya. grafik. jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep. Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut. (a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Sebagai contoh. (c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan. 65 . Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya. dan (e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

Antara kaedah pengajaran membaca ialah: Kaedah Pandang Sebut KAEDAH PANDANG SEB UT Menyebut Perkataan Mencerakinkan perkataan dan kata Membina dan membaca ayat Membaca ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Menurut Juriah Long et. 66 . Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. Mengikut kaedah ini.al. mereka perlu mengenali banyak lambang. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan.Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiran membaca. dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yang disertai gambar. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Semasa kad diimbaskan.

Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. o. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Dalam kaedah ini. pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a. dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. e. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al. 1994). huruf besar dan kecil Menyebut suku kata V dan KV Mengeja suku kata. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula. nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan.Kaedah Abjad KAEDAH ABJAD Menyebut nama huruf abjad a – z. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000). perkataan dan frasa Membaca ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad. pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. 67 . i. Setelah murid menghafal semua nama huruf. maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. biasanya.

pembentukan suku kata. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. diikuti dengan pengenalan huruf konsonan. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca. dan pembentuk an perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.Kaedah Fonik KAEDAH FONETIK Membunyi kan huruf dan asosiasi dengan Membatan g suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat Menggunakan bahan bantu belajar l a t i h a n Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid. Selamat mencuba dan berjaya! 68 .

Learn. Teknik yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R. Read.Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey.Recite (3R). Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. Review. Recite(SQ3R). KWLH. Read. 69 . Review. RADAR. Hasil Pembelajaran 1. dan lainlain (b) Teknik Bercerita (c) Teater Pembaca Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Question. justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pel ajaran.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.How.What. Know. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu.(KWLH). tatacerita dan teater pembaca.

Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar. Question.What. Read. Tatacerita Bimbingan Menjangka. membaca perenggan pengenalan. Read. (b) Know. Question.Kerangka konsep TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey. dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. dan lain-lain (a) (b) (c) Lingkaran Soalan. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning . Review. S (survey) Tinjau Q (question ) Soal/tanya R (read ) Baca R (recite ) Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review ) Baca semula Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. tajuk-tajuk kecil. gambar-gambar atau ilustrasi. Read.Recite (3R).Lea rn. Teater Pembaca · · Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Bimbingan Menjangka. SQ3R SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempe rsoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tuga san yang perlu diselesaikan. Lingkaran Soalan. KWLH . SQ3R adalah singkatan bagi. Recite (SQ3R) 1. Teater Pembaca Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R. Review. lakaran grafik.Tatacerita . Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca Survey.How. 70 . Recite(SQ3R). (c) (KWLH). Review.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Setelah selesai membaca. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya. How (KWLH) KWLH adalah singkatan bagi yang berikut: K (know ) W (want) L (learned) H (how) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan . melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih). What. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga. pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Knowledge. Ketika membaca. dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat 71 . Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.yang berkaitan (untuk membaca seterusnya) Melalui Teknik membaca kritis. pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui. mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya). dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Learn. berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui.

Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH. Analogize. tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang. barang. nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau 72 . Lima langkah RADAR ialah: R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. barang. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep. idea atau tempat. idea atau tempat. Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan.tambahan. Discuss. Apply. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan ma klumat lain. Read. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep . Dalam konteks pengajaran. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Review /Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) A (Analogize) D(Discuss) A( Apply) R(Review/Research) Membaca Menganalogi Berbincang Mengaplikasi Menyemak/ Menyelidik Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. A R – – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. idea.

suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan; Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon; Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog; Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai; Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan; Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan; Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERIT A Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita; (b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan; Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: (a) (b) (c) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid; Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan; Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;

73

(d) (e) (f)

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting; Lakukan latihan; BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan; dan

(g)

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang henda k disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.

. .

74

Rujukan Asas

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Bachman Lyle F. (1990). Fundamental consideration in language testing. Oxford: Oxford University Press. Brown James Dean, Hudson Thom. (2002 ). Criterion-reference language testing. Cambridge: Cambridge University Press. Kiely, Richard (2005). Program evaluation in language education . Basingstoke: Palgrave Macmillan. Lynch, Brian K. (2003). Language assessment and programme evaluation. Edinburg: Edinburgh University Press. McGrath, Ian. (2002). Materials evaluation and design language teaching. Edinburg: Edinburgh University Press.

Rujukan Tambahan

75

Ed (Pengajian Kurikulum.D (Kesusasteraan Melayu.PANEL PENULIS DAN PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN CIK NORLIZA BINTI YUSOF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni (dengan kepujian) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (14 Tahun) Dr. RAHMAN Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang (iar_mail@yahoo. USM) Cert. UKM) Bac.Ed (Pengajian Melayu.com) Kelulusan: M.Ed (Pendidkan Pengajaran Bahasa Melayu. (norliza_ab@yah oo.com. Pend. MPSP) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun) PUAN NORLI ZA BINTI ABU BAKAR Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab 75990 Durian Daun Melaka.my) Kelulusan: Ph. ISMAIL BIN ABD. UPSI) M. (Pengajian Bahasa Melayu sbg Bahasa Pertama) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (27 tahun) 76 .

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 77 .

Lampiran B STRUKTUR PELAKSANAAN KURIKULUM (AKAN DISEDIAKAN KEMUDIAN ) 78 .