You are on page 1of 2

MATLAMAT DEB DAN STRATEGI Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan pada tahun 1970

dan dalam pelaksanaannya, konsep serampang dua mata sangat popular digunakan kerana terdapat dua matlamat yang digariskan dalam dasar ini iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita. Keduadua matlamat ini mempunyai tuju arah yang satu iaitu mengintegrasikan masyarakat majmuk Malaysia. Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah memodenkan keadaan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di luar bandar dengan menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik sekaligus jurang kemiskinan dapat dikendurkan. Selain itu, kerajaan turut meluaskan dan membuka lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan tanpa mengira kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Maknanya, kaum Melayu diberi peluang luas menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidangbidang lain yang sebelum ini kaum Melayu amat terikat dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar. Begitu juga dengan kaum lain seperti Cina dan India turut diberi peluang mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan perindustrian. Di samping itu, kerajaan juga telah mengalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-sektor yang berpotensi dan daya

pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan. Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menggalakkan dan meningkatkan pemilikan saham kaum Bumiputera dengan nisbah 30:40:30 menjelang tahun 1990. Hal ini disebabkan kaum bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Seterusnya ialah langkah-langkah bagi mencapai strategi menyusun semula masyarakat ialah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat perdagangan dan

perindustrian serta menambahkan pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. Perkara ini jelas ingin memastikan penglibatan 30% bumiputera dalam pemilikan ekonomi tercapai. Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah memodenkan kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf

kehidupan golongan miskin serta memajukan kawasan yang mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya. Selepas 20 tahun DEB ditinggalkan, rakyat Malaysia jelas mendapat sesuatu yang amat bermakna dan bernilai daripada dasar yang telah dilaksanakan ini. Beberapa projek yang dilaksanakan dapat dilihat hasil kejayaannya seperti jurang ekonomi diantara kaum dikurangkan dan semakin ramai rakyat Malaysia yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka hasil daripada pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan. Rujukan Paimah Atoma dan Mohd Azmir Mohd Nizah. 2011. Hubungan Etnik, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Wong Khek Seng, Raminah Hj Sabran. 2006. Teks Pengajian Am STPM, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.