SOALAN 1: 1.

2 ESEI TENTANG KAEDAH ASAS MEMBACA Kaedah Abjad Kaedah ini merupakan antara penggunaan klasik, ia sangat membantu pelajar/ murid untuk menguasai kemahiran lisan. Kaedah ini juga dikenali antara kaedah yang tertua semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini amat popular dikalangan guru dan murid, kerana kaedah ini menitikberatkan pengenalan huruf dan seterusnya bunyi huruf dahulu. Kemahiran membaca diajar kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Kemahiran membaca seseorang murid berkait langsung dengan kemampuannya memahami sesuatu bahan. Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan cepat. Membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental, di mana deria penglihatan dan alat-alat artikulasi bergabung menghasilkan aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyibunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas pembacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Murid perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u. Selain itu, murid diberi penekanan untuk mempelajari konsonan iaitu 21 perkataan yang lain. Bagi membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Dalam sistem bahasa Melayu huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi setelah bergabung dengan huruf konsonan. Contohnya „ba‟, „be‟, „bi‟, bo, dan „bu‟. Bunyi- bunyi tersebut disambungkan supaya menjadi suku kata, misalnya ba + bu = babu. Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Sebelum murid diajarkan membaca perkataan, nama-nama huruf perlulah dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan 4

b. struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku. Dituruti dengan aktiviti mengeja suku kata dalam perkataan. Dengan perkataan lain. murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Seterusnya guru mengaitkan gambar dengan sesuatu huruf. Rumusannya. guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. guru juga boleh menyanyi lagu ABC.x.menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan yang betul. „c‟ untuk cawan dan sebagainya. ditokok dengan kesungguhan 5 . Selepas itu.. Seterusnya. misalnya „a‟ untuk „ayah‟. Kebiasaannya.y. Kemudian. Kelebihan menggunakan kaedah ini kepada murid ini ialah. Menerusi kajian yang telah dijalankan. guru akan menulis setiap huruf dalam buku tulis yang kadangkala memenuhi satu muka surat untuk satu huruf besar dan huruf kecil. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak.. Kelebihannya pula. guru akan menggunakan buku tiga garisan untuk melatih murid-murid belajar menulis huruf dengan bentuk yang betul dan kemas. kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca. penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. kegagalan seseorang murid untuk mengenal huruf a.z mengikut susunan dalam abjad. sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Apabila murid menguasai suku kata. „b‟ untuk „buku‟. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. akan melahirkan generasi murid yang tidak boleh membaca. murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Lagu boleh dicipta sendiri atau lagu sedia ada yang boleh dimuat turun menerusi saluran media terkini seperti Internet. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan.c. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. mereka dapat membentuk perkataan. Sebagai pengukuhan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya.

Ada kemungkinan murid keliru antara nama huruf dengan bunyi huruf. sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasaran dengan menggunakan kaedah ini. mereka berasa terbeban dan cepat bosan jikalau diajar dengan kaedah ini.dan kesabaran. Hal ini disebabkan murid terlazim dengan proses mengeja. Implikasinya. Kebolehan murid berbeza-beza. Kaedah yang bersifat binaan ini bertentangan dengan pandangan ahli psikologi yang mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai sesuatu daripada keseluruhan membawa kepada bahagian-bahagiannya. Bagi murid yang bermasalah pembelajaran. Kekurangan pula. iaitu menamakan huruf dan menyebut suku kata sebelum menyebut sesuatu perkataan. 6 . Ada juga kemungkinan mereka tidak memahami apa-apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan ejaan. kesilapan dapat berlaku apabila mereka silap memecahkan perkataan kepada suku kata. Bacaan murid mungkin kurang lancar.

Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. 1975). terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Lufti Abas. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada „fon‟ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi. kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada „fon‟ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan.Kaedah Fonetik Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia. mahu pun bunyi-bunyi marginal. frekuensi dan amplitud. 2006). (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (Dr. asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara). dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod. 7 .Fonetik akustik pula mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. bukan bunyi bahasa. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan osiloskop.Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. didengar dan diinterpretasikan. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi. iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. iaitu fonetik artikulasi. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Selain itu. baik bunyi manusia.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama. Fonetik auditori pula mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan. Selain itu. fonetik akustik dan fonetik auditori.bunyi itu dihasilkan. yang melibatkan pendengar. didengar dan diinterpretasikan.

1980). Dalam bidang fonetik. dia akan menyebut bunyi „aa‟ „nn‟ „ii‟ ( bunyi ani) bukannya „ei‟ „en‟ „ai‟ (bunyi enai). kemudian bergerak kepada latihan sebutan menurut susunan iaitu bunyi kepada perkataan. Sila dapatkan siri cepat membaca ‟Bacalah Anakku‟ yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. apabila anak-anak melihat perkataan „ani‟. „ba’ + „ta’ terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. anak-anak tidak akan mengeja „ba‟ menjadi “ba” . Melalui kaedah ini guru-guru boleh memulakan pengajaran dengan latihan mendengar. Kaedah fonetik dianggap sebagai kaedah pengajaran bahasa yang saintifik. contohnya „b‟ dan „a‟ „i‟ dan „u‟ untuk membaca „ba‟ „bi‟ dan „bu‟. tidak juga menghafal suku kata „ba‟.Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. contohnya „b‟ „n‟ „m‟ „s‟ dan „k‟. dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi „beh‟ (bagi huruf „b‟) dan „aa‟ (bagi huruf „a‟). Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu . Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit „aaa.Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. cepat dan berkekalan. hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu. Oleh itu. Kaedah ini dikenali juga sebagai kaedah ‟Reform‟ atau ‟Kaedah Lisan‟. Melalui kaedah asosiasi. wajarlah bunyi-bunyi „a i u‟ diperkenalkan terlebih dahulu. panasnya!‟ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan.. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak.. Seterusnya. bunyi „aa‟ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Melalui kaedah fonetik.Menurut kaedah fonik.Anak-anak dapat menyebut bunyi „aa‟ apabila melihat huruf „a‟ (nama huruf „ei‟) dan bunyi „ii‟ apabila melihat huruf „e‟. 8 . Sehubungan itu. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. [ beh ] + [ a ] = [ ba ] [ teh ] + [ a ] = [ ta ] [ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ] Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal „a‟ „i‟ dan „u‟ lebih kerap. huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. dengan berpandukan siri cepat membaca ‟Bacalah Anakku‟. (Raja Mukhtaruddin. Dengan mengikut susunan siri ini. Contohnya huruf „a‟ disebut sebagai [ a ]. Sebagai contoh. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. ajar anakanak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan .

Oleh sebab kaedah fonetik ini mementingkan perbandingan bentuk dan fungsi-fungsi bahasa kandung dengan bahasa kedua. yang mempunyai perbezaan dengan bahasa yang diketahui kerana bunyi-bunyi inilah yang menimbulkan kesulitan untuk menyebutnya. ‟jalan‟ sebagai ‟yalan‟. misalnya kepada kanak-kanak Cina. Kadir). mereka dapat memahami tatabahasa yang dipelajari dengan jelas dan tepat. itu patut diutamakan kerana dalam bahasa mereka bunyi-bunyi dasar ini tiada perbezaan. Melalui kaedah fonetik. dan makna tetapi perbandingan daripada segi bentuk dan fungsilah yang lebih diutamakan. Guru kemudiannya membuat latihtubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari. Kaedah ini menggunakan bahasa yang diketahui oleh pelajar untuk mempelajari bahasa baharu daripada segi bunyi dan menerangkan perihal nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik. Perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang diajar kepada pelajar disesuaikan dengan keperluan. ‟rokok‟ sebagai ‟lokok‟. Isi dan bahan pengajaran dipilih. Selain itu. ‟bulu‟ sebagai ‟mulu‟. ‟j‟. Oleh kerana penyediaan bahan-bahan pengajaran disediakan lebih awal oleh guru.Kaedah fonetik ini membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa baharu. ‟dalam‟ sebagai ‟lalam‟ dan lain-lain lagi. murid-murid mendapat asas bahasa yang kukuh. Kaedah ini mengutamakan sebutan dan bahasa yang diajar ialah bahasa pertuturan. Apabila mengajar kosa kata. guru perlu mendahulukan pengajarannya dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa yang dipelajari. murid-murid akan cepat bertutur dan membuat ayat dalam bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentukbentuk ayat bahasa ibunda mereka sendiri. Antaranya ialah ‟coffee dengan kopi‟. peringkat umur. ‟r‟. bunyi-bunyi dasar seperti ‟b‟. semua ini digabungkan menjadi dialog-dialog dan cerita-cerita. Justeru. Dengan demikian.kemudian kepada rangkaikata. ‟d‟. bunyi. jenis. Kemudian. dikawal. ‟rumah‟ sebagai ‟lumah‟. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Pilih bunyi-bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunda kanak-kanak. yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. Kaedah ini membandingkan persamaan dan perbezaan bahasa yang telah diketahui oleh pelajar dengan bahasa yang telah dipelajari daripada segi bentuk-bentuk. dan disusun berdasarkan penyelidikan dan perbandingan antara bahasa ibunda pelajar dengan bahasa yang diajar. dan seterusnya kepada ayat. tatabahasa disampaikan secara induktif. Oleh sebab itulah terdapat kanak-kanak Cina menyebut ‟baju‟ sebagai ‟maju‟. struktur ayat. dan latar belakang pelajar. maka kanak-kanak dapat dilatih dengan lebih sempurna bagi mengenal atau memahirkan bentuk-bentuk atau corak-corak ayat yang tertentu. Semasa memilih perkataan-perkatan itu hendaklah didahulukan perkataan-perkataan yang serupa. fungsi. maka dapatlah guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran yang diajar dengan lebih tersusun dan teratur. guru haruslah memulakan dahulu pengajaran perbendaharaan kata yang mudah yakni perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui. ‟radio dengan 9 . dan penulisan karangan pula berdasarkan bahan-bahan yang telah didengar dan dibaca.

‟computer dengan komputer‟. berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. Kemudian baharulah dipilih bentukbentuk ayat yang tiada atau berlainan dengan bahasa yang diketahuinya. Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Ketika mengajar struktur-struktur ayat.Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. ‟bag dengan beg‟. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf. Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca. struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui perlulah didahulukan. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan seperti berikut: a) Bunyi Vokal 10 . ‟biscuit dengan biskut‟. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang).radio‟. dan yang seumpamanya. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Guru-guru boleh menggunakan gambar-gambar ilustrasi untuk menarik minat murid-murid sebagai sokongan. sukukata pula boleh dibina. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. 11 .b) Bunyi Konsonan Bunyi-bunyi tersebut kemudian digabungkan untuk membentuk suku kata. kemudian baru digabungkan suku kata-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan. sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf.

guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r”. Selain itu. Antara kekuatan kaedah pandang sebut ini ialah murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak. murid lambat mengenali hurufhuruf. pada permulaannya murid-murid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. Contohnya. terdapat juga kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pandang sebut ini. murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka. mereka perlu mengenali banyak lambang. perkataan “bunga” ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. murid hanya perlu menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis. Semasa kad diimbaskan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek. guru digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf. iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Mengikut kaedah ini. Menurut kajian perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kadkad perkataan. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar. Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu. Manakala kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat. murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar. murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali.Kaedah Pandang Sebut Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Selain itu. Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu. iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. 12 . dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Misalnya bagi perkataan ”rumah”. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa.

kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana proses pembelajaran dimulai dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. iaitu perkara yang dipandang ialah gambar manakala yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. oleh itu. rangkaikata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Sebagai kesimpulannya.Antara kelebihan pengajaran menggunakan kaedah pandang dan sebut ialah ia sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu secara keseluruhan dan ianya dapat menarik minat murid. Aktiviti yang utama adalah pandang dan sebut. kaedah ini juga mementingkan makna dari awal lagi. Selain itu. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. melalui kaedah ini juga tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. 13 . Akhir sekali. guru dapat melatih murid-murid membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari awal lagi. murid-murid mudah memahami apa yang dibaca oleh mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik seperti menggunakan gambar dan kad imbasan yang menarik dapat memotivasikan murid-murid untuk belajar. Oleh itu perbendaharaan kata murid-murid amat sedikit. Seterusnya murid-murid juga tidak mempunyai asas yang kukuh untuk membolehkan mereka membaca sendiri kerana tahap penguasaan perkataan lain adalah terhad. Selain itu. Walaupun kaedah pandang dan sebut ini sesuai dengan kehendak kanak-kanak namun bacaan mereka terhad kepada perkataan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful