Sambutan Hari Kemerdekaan

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat, sekolah, kedai dan rumah kediaman. Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara.

Acara perbarisan dan perarakan kereta berhias turut diadakan di setiap negeri di Malaysia. Acara tersebut akan disertai pasukan polis dan tentera. Selain itu, pelajar-pelajar, pekerja dan pasukan sukarela turut mengambil bahagian.

Dengan pengiktirafan itu, Malaysia terlepas daripada belenggu negera-negara penjajah yang sentiasa cuba untuk menjadi tuan kepada empunya tanah. Sejarah mengajar kita tentang betapa pentingnya kebebasan negara. Dengan itu, tidak harus kita lupakan segala perjuangan demi sebuah kemerdekaan.

Semangat perpaduan dan penyatuan sesama rakyat ini dapat dikukuhkan lagi melalui sambutan hari kemerdekaan ini. Hal ini kerana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa berkumpul dalam kawasan yang sama dalam menyambut hari bebasnya negara daripada belenggu penjajahan. Situasi ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara kaum serta membangkitkan rasa cinta kepada negara. Setiap rakyat yang hadir untuk menyambut hari kemerdekaan negara juga dibekalkan dengan bendera percuma agar sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan negara Malaysia.

Kesimpulanya, sambutan Hari kemerdekaan ke - 56 janji ditepati ini dilihat sangat meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana rakyat negara ini yang kaya dengan nilai-nilai ketimuran iaitu sangat menghormati pemimpin. Selain itu, rakyat negara ini telah matang dan boleh menilai dalam menyatakan sokongan mereka terhadap kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 56 Tahun Merdeka Janji Ditepati pada tahun ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful