P. 1
Pencemaran Alam Sekitar ( Folio Moral )

Pencemaran Alam Sekitar ( Folio Moral )

4.42

|Views: 63,081|Likes:
Published by Azil14
Mengenai Pencemaran Di Malaysia dan Jenis-jenis Pencemaran
Mengenai Pencemaran Di Malaysia dan Jenis-jenis Pencemaran

More info:

Published by: Azil14 on Jun 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

JABATAN PENGAJIAN AM

A2002 – PENDIDIKAN MORAL 2 TUGASAN 1
TAJUK : PENCEMARAN ALAM SEKITAR TARIKH : 20/02/2009 NAMA PENSYARAH : PN. SUKARNI BT. ABD.GHANI

NAMA AHLI
AZROL AZMIR SUZILLCO SUKI OOI CHUN TEONG OOI SENG CHEW ONG LIANG XIONG CHEONG WAI LOCK KOK CHOON SOON YANG CHEE KEONG NG FOONG LOONG HEMANATHAN

NO.MATRIK
15DKA08F1062 15DKA08F1064 15SAD08F1006 15SAD08F1002 15DKA08F1044 15DKA08F1051 15SKA08F1031 15DKA08F1050 15SKA08F1038 15DKA08F1046

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKASURAT

PENGHARGAAN

1

OBJEKTIF

2

PENGENALAN

3

MAKSUD PERKATAAN ‘PENCEMARAN’

4-7

PENCEMARAN UDARA PENCEMARAN AIR PENCEMARAN BUNYI PENCEMARAN TANAH LAIN-LAIN PENCEMARAN

8 - 50

AKTA-AKTA BERKAITAN PECEMARAN ALAM SEKITAR

51 - 54

KESIMPULAN

55

LAMPIRAN

56 - 74

RUJUKAN

75

OBJEKTIF

Menjelaskan definisi dan maksud ‘pencemaran’ Menghuraikan jenis-jenis pencemaran utama Menerangkan dengan lebih lanjut tentang punca-punca pencemaran Menerangkan faktor-faktor pencemaran serta kesan-kesannya Menerangkan seba sedikit tentang penguatkuasa undang-undang terhadap pencemar alam sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Menghubungkaitkan gambar( yang terdapat dalam lampiran) sebagai bukti berlakunya pencemaran di negara kita

PENGENALAN

Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi semua negara.Kesedaran tntang kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sejak awal tahun 1910-an apabila persidangan pertama dunia yang diadakan di Stockhlom, Sweden membincangkan tentang pencemaran alam sekitar. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Umumnya pencemaran alam sekitar boleh ditangani dengna proses ssemula jadi tetapi apabila berada di tahap yang serius,pencemaran sukar untuk diatasi .Oleh itu, camput tangan semua pihak amatlah penting. Pencemaran alam sekitar berbeza antara sebuabuah negara dengan negara lain mengikut taraf sosio-ekonomi. Di negara-negara maju ,pencemaran lebih banyak berlaku kesan daripada pembuangan bahan-bahan kimia. Bagi negara membangun pula,pencemaran lebih menjurus kepada bahan-bahan organik lain seperti sampah,najis dan sisa-sisa makanan.Hanya sedikit sahaja pencemaran daripada bahan kimia dihasilkan.

APAKAH ITU PENCEMARAN ?

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahanbahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organismaorganisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: Pencemaran udara Pencemaran air Pencemaran laut Pencemaran bunyi Pencemaran tanah

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih substansi fizik, kimia, atau biologi di atmosfera dalam jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan, dan tumbuhan, mengganggu estetika dan keamanam, atau merosakan properti. Pencemaran udara dapat ditimbulkan oleh sumber-sumber alami mahupun kegiatan manusia. Beberapa definisi gangguan fizik seperti polusi suara, panas, radiasi atau polusi cahaya dianggap sebagai polusi udara. Sifat alam udara mengakibatkan dampak pencemaran udara dapat bersifat langsung dan lokal, regional, mahupun global.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

PEMBAKARAN Semua bahan organik menpunyai unsur karbon . Apabila dibakar karbon akan berpadu dengan oksigen di udara dan menghasilkan karbon dioksida melalui persamaan : C+O2-----CO2 Manakala dalam keadaan kurang beroksigen karbon akan berpadu dengan satu atom oksigen menghasilkan karbon monoksida melalui persamaan : C+O------CO Karbon monoksida adalah gas yang membahayakan dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangkamasa panjang. Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak adalah punca utama pencemaran udara Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon .Oleh itu, pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan: S + 2O2-----------SO4 Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan membentuk asid karbonat.

KEJADIAN SEMULAJADI Kejadian semulajadi yang membebaskan pencemar adalah seperti gunung berapi, mata air panas dan pereputan bahan organik. Pereputan akan

menghasilkan gas metana yang berbahaya dan garam nitrat. Garam ini akan bertukar nitrogen oksida di mana ia akan berpadu dengan udara dan menghasilkan asid nitrik. Berikut adalah kesan kejadian semula jadi.

KILANG,PENJANA KUASA DAN KENDERAAN Punca utama pembebasan nitrogen oksida dan nitrogen dioksida adalah penjana kuasa yang menghasilkan haba yang tinggi dan ekzos kenderaan berat .Nitrogen oksida / dioksida boleh ditukarkan kepada gas nitrogen apabila bertindak balas dengan ammonia: NO 4NO + 4NH3 + O2 ----------4N2 + 6H2O NO2 2NO2 + 4NH3 + O2 ----------3N2 + 6H2O Gas nitrogen adalah gas semulajadi dalam atmosfera dan tidak membahayakan. Kilang menghasilkan tenaga dengan pembakaran bahan api. Misalnya, enjim stim. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur akibat pembentukan kepulan asap. Seterusnya, kilang papan , kilang simen dsb menghasilkan debu yang boleh memudaratkan kesihatan tetutama yang berkaitan dengan pernafasan.

KESAN DARI SEGI KESIHATAN

Bahan Pencemar : a) Asap • • • • • • Pembakaran bahan api Pembakaran sampah-sarap Cerobong asap kilang Ekzos kenderaan bermotor * Menggangu pernafasan normal Pembentukkan asbut yang mengganggu penglihatan

b) Debu • • • • Kilang papan, kuari, simen,asbestos,batu kapur *Serangan lelah pada pesakit asma Batuk-batuk Sesak nafas

c) Plumbum • • • • Petrol berplumbum Pembakaran bahan bercat Menggangu keupayaan badan membina sel darah baru Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak

d) Karbon monoksida • • • Pembakaran bahan api yang tidak lengkap Ekzos kenderaan Menghalang pembentukan oksihemoglobin

• • •

Berpadu dengan hemoglobin untuk membentuk karboksihemoglobin yang akan menggantikan oksigen dalam darah Melembabkan otak Boleh membawa maut sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak

e) Oksida nitrogen • • • • • • Pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau kilang Tindakan bakteria dalam tanah Semasa ribut petir Menurunkan rintangan badan kanak-kanak terhadap selsema Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser Bertindak balas dengan hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang memedihkan mata dan merosakkan tisu peparu

f) Sulfur dioksida * Pembakaran bahan apiyang mengandungi sulfur • • • • Ekzos kenderaan bermotor Memedihkan mata Merosakkan peparu Menyebabkan hujan asid yang mengakis kulit

g) Hidrokarbon ( cth. benzo) • • • • • Pembakaran bahan api tidak lengkap Ekzos kenderaan Asap rokok Mengganggu perkembangan tubuh Bahan karsinogen yang boleh menyebabkan barah

h) Bahan agrokimia • • Hasil semburan pestisid, insektisid dan herbisid dalam pertanian Racun ini akan diambil oleh organisma kecil pada permulaan rantai makanan. Kepekatan racun akan meningkat di sepanjang rantai makanan sehinggalah sampai ke manusia, sebagai pengguna terakhir

i) Sinaran radioaktif • • • Stesen kuasa nuclear Menyebabkan mutasi dan pertukaran kod genetik pada kromosom manusia dan organisma lain Mengakibatkan penyakit barah tulang dan leukemia

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH

Penggunaan CFC Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahanbahan aerosolbiasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.

Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC) .

PERUNDANGAN

Pelbagai undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan) Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978) Di bawah peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000 meter.

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL
1. Pengasing Elektrostatik

Alat ini menggunakan daya elektrostatik untuk mengasingkan partikel udara. Misalnya, apabila sesuatu benda dicas, maka ia mempunyai daya elektrostatik dan mampu menarik bendasing. Pengasing elektrostatik menggunakan prinsip ini untuk menarik partikel-partikel kecil dari udara. Contohnya, apabila cerobong kilang dicas, asap yang mengandungi partikel kecil akan ditarik oleh daya ini dan melekat di tepi cerobong. Modal experimen adalah seperti berikut. Partikel-partikel kecil tidak dapat dinaikkan. Oleh itu, Prinsip Bernoulli terpaksa diaplikasikan.

2. 'Wet Scrubber' Alat ini paling ketara digunakan dalam industri besar dan kecil. Alat ini digunakan berdasarkan prinsip dimana satu aliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan pencemar dapat larut dalam cacair. Berikut adalah modal experimen.

3. Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan mengunakan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

PENCEMARAN AIR
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air seperti danau, sungai, lautan dan air tanah akibat aktivitas manusia. Walaupun fenomena alam seperti gunung berapi, badai, gempa bumi dll juga mengakibatkan perubahan yang besar terhadap kualitas air, hal ini tidak dianggap sebagai pencemaran. Pencemaran air dapat disebabkan oleh berbagai hal dan memiliki karakteristik yang berbeda-beda. Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan (sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya yang mengarah pada berkurangnya oksigen yang dapat berdampak parah terhadap seluruh ekosistem. Industri membuang berbagai macam polutan ke dalam air limbahnya seperti logam berat, toksin organik, minyak, nutrien dan padatan. Air limbah tersebut memiliki efek termal, terutama yang dikeluarkan oleh pembangkit listrik, yang dapat juga mengurangi oksigen dalam air.

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

AIR YANG TERCEMAR
BOD (Biochemical Oxygen Demand) BOD (Biochemical Oxygen Demand) artinya kebutuhan oksigen biokima yang menunjukkan jumlah oksigen yang digunakan dalam reaksi oksidasi oleh bakteri. Sehingga makin banyak bahan organik dalam air, makin besar B.O.D nya sedangkan D.O akan makin rendah. Air yang bersih adalah yang B.O.D nya kurang dari 1 mg/l atau 1ppm, jika B.O.D nya di atas 4ppm, air dikatakan tercemar COD (Chemical Oxygen Demand) COD (Chemical Oxygen Demand) sama dengan BOD, yang menunjukkan jumlah oksigen yang digunakan dalam reaksi kimia oleh bakteri. Pengujian COD pada air limbah memiliki beberapa keunggulan dibandingkan pengujian BOD.

Punca –punca pencemaran air
Zat Padat Terlarut Air alam mengandung zat padat terlarut yang berasal dari mineral dan garamgaram yang terlarut ketika air mengalir di bawah atau di permukaan tanah. Apabila air dicemari oleh limbah yang berasal dari industri pertambangan dan pertanian, kandungan zat padat tersebut akan meningkat. Jumlah zat padat terlarut ini dapat digunakan sebagai indikator terjadinya pencemaran air. Selain jumlah, jenis zat pencemar juga menentukan tingkat pencemaran. Air yang bersih adalah jika tingkat D.O nya tinggi, sedangkan B.O.D dan zat padat terlarutnya rendah.

Limbah Pemukiman Limbah pemukiman mengandung limbah domestik berupa sampah organik dan sampah anorganik serta deterjen. Sampah organik adalah sampah yang dapat diuraikan atau dibusukkan oleh bakteri. Contohnya sisa-sisa sayuran, buahbuahan, dan daun-daunan. Sedangkan sampah anorganik sepertikertas, plastik, gelas atau kaca, kain, kayu-kayuan, logam, dan kulit. Sampah-sampah ini tidak dapat diuraikan oleh bakteri (non biodegrable). Sampah organik yang dibuang ke sungai menyebabkan berkurangnya jumlah oksigen terlarut, karena sebagian besar digunakan bakteri untuk proses pembusukannya. Apabila sampah anorganik yang dibuang ke sungai, cahaya matahari dapat terhalang dan menghambat proses fotosintesis dari tumbuhan air dan alga, yang menghasilkan oksigen. Tentunya anda pernah melihat permukaan air sungai atau danau yang ditutupi buih deterjen. Deterjen merupakan limbah pemukiman yang paling potensial mencemari air. Pada saat ini hampir setiap rumah tangga menggunakan deterjen, padahal limbah deterjen sangat sukar diuraikan oleh bakteri. Sehingga tetap aktif untuk jangka waktu yang lama. Penggunaan deterjen secara besar-besaran juga meningkatkan senyawa fosfat pada air sungai atau danau. Fosfat ini merangsang pertumbuhan ganggang dan eceng gondok. Pertumbuhan ganggang dan eceng gondok yang tidak terkendali menyebabkan permukaan air danau atau sungai tertutup sehingga menghalangi masuknya cahaya matahari dan mengakibatkan terhambatnya proses fotosintesis. Jika tumbuhan air ini mati, akan terjadi proses pembusukan yang menghabiskan persediaan oksigen dan pengendapan bahanbahan yang menyebabkan pendangkalan. Pertanian Baja dan racun serangga biasa digunakan para petani untuk merawat tanamannya. Namun pemakaian pupuk dan pestisida yang berlebihan dapat mencemari air. Limbah pupuk mengandung fosfat yang dapat merangsang pertumbuhan gulma air seperti ganggang dan eceng gondok. Pertumbuhan gulma air yang tidak terkendali ini menimbulkan dampak seperti yang diakibatkan pencemaran oleh deterjen. Limbah pestisida mempunyai aktifitas dalam jangka waktu yang lama dan ketika terbawa aliran air keluar dari daerah pertanian, dapat mematikan hewan yang bukan sasaran seperti ikan, udang dan hewan air lainnya. Racun serangga mempunyai sifat relatif tidak larut dalam air, tetapi mudah larut dan cenderung konsentrasinya meningkat dalam lemak dan sel-sel tubuh mahluk hidup disebut Biological Amplification, sehingga apabila masuk dalam rantai makanan konsentrasinya makin tinggi dan yang tertinggi adalah pada konsumen puncak. Contohnya ketika di dalam tubuh ikan kadarnya 6 ppm, di dalam tubuh burung

pemakan ikan kadarnya naik menjadi 100 ppm dan akan meningkat terus sampai konsumen puncak. Industri Industri sangat potensial sebagai penyebab terjadinya pencemaran air.

Pada umumnya limbah industri mengandung limbah B3, yaitu bahan berbahaya dan beracun. Menurut PP 18 tahun 99 pasal 1, limbah B3 adalah sisa suatu usaha atau kegiatan yang mengandung bahan berbahaya dan beracun yang dapat mencemarkan atau merusak lingkungan hidup sehingga membahayakan kesehatan serta kelangsungan hidup manusia dan mahluk lainnya. Karakteristik limbah B3 adalah korosif/ menyebabkan karat, mudah terbakar dan meledak, bersifat toksik/ beracun dan menyebabkan infeksi/ penyakit. Limbah industri yang berbahaya antara lain yang mengandung logam dan cairan asam. Misalnya limbah yang dihasilkan industri pelapisan logam, yang mengandung tembaga dan nikel serta cairan asam sianida, asam borat, asam kromat, asam nitrat dan asam fosfat. Limbah ini bersifat korosif, dapat mematikan tumbuhan dan hewan air. Pada manusia menyebabkan iritasi pada kulit dan mata, mengganggu pernafasan dan menyebabkan kanker. Logam yang paling berbahaya dari limbah industri adalah merkuri atau yang dikenal juga sebagai air raksa (Hg) atau air perak. Limbah yang mengandung merkurei selain berasal dari industri logam juga berasal dari industri kosmetik, batu baterai, plastik dan sebagainya. Di Jepang antara tahun 1953- 1960, lebih dari 100 orang meninggal atau cacat karena mengkonsumsi ikan yang berasal dari Teluk Minamata. Teluk ini tercemar merkuri yang bearasal dari sebuah pabrik plastik. Senyawa merkuri yang terlarut dalam air masuk melalui rantai makanan, yaitu mula-mula masuk ke dalam tubuh mikroorganisme yang kemudian dimakan yang dikonsumsi manusia. Bila merkuri masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pencernaan, dapat menyebabkan kerusakan akut pada ginjal sedangkan pada anak-anak dapat menyebabkan Pink Disease/ acrodynia, alergi kulit dan kawasaki disease/ mucocutaneous lymph node syndrome.

Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Air Kita kian selalu memikir,mengapa pencemaran air berlaku pada bumi kita.Sebenarnya pencemaran air ber laku adalah disebabkan perbuatan manusia. Justeru,kita perlu juga memikirkan cara-cara untuk mengatasinya sebagai seorang yang bertanggungjawab. Contoh cara-cara mengatasinya adalah:

Mengurangkan pembaziran air. Penerokaan hutan dikurangkan. Kempen kesedaran dilakukan. Menggubal undang-undang yang ketat.

 Mengurangkan Pembaziran Air

Kita seharusnya berhati-hati menggunakan kadar air yang secukupnya dan bukan membazirkan air untuk niat yang tidak baik.

Pembaziran air menyebabkan lebih banyak air menjadi kotor atau tercemar atas sebab air tersebut tidak digunakan atau diguna pada tempat atau niat yang tidak baik.

Air adalah penting bagi kehidupan harian kita,oleh itu,kita tidak sepatutnya membazir terlalu banyak air,dan gunakan pada niat yang seharusnya.

Penorakan Hutan Dikurangkan

Penebangan hutan perlulah dikurangkan bagi ekosistem yang stabil,bagi mengurangkan air daripada tercemar.

Penorakan hutan perlu dikurangkan bagi mengelakkan penakungan air diatas gunung untuk mengurangkan pencemaran air.

Pembukaan hutan hendaklah dilaksanakan dengan terancang dan projek penanaman semula juga perlu dilaksanakan dengan tersusun.

 Kempen kesedaran dilakukan.

Kempen kesedaran perlu dilakukan bagi memberi lebih banyak pengetahuan kepada orang ramai atas kepentingan air,dan tidak mencemarkan air.

Memberikan kesedaran terhadap orang ramai untuk menjaga kebersihan air agar tidak mencemarkan air.

Memberikan kefahaman yang mendalam terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar dan kesan pencemaran.

 Menggubal undang-undang yang ketat

Pihak berkuasa seharusnya megetatkan undang-undang bagi menegaskan penggunaan air agar tidak tercemar.

Penegasan atas penakungan loji yang dialirkan dari kilang perlu menakung dengan bersih bagi mengelakkan air tercemar jika sisa-sisa kimia mengalir keluar dari kilang-kilang ke sungai.

Menggubal undang-undang yang ketat dan menakutkan serta dilaksanakan dengan berkesan dan munasabah.

KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR
a) boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.

b) Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air. c) Air yang tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain mati apabila memakan bahan beracun dari kilang ini. d) Jika ikan-ikan ini ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada kita juga. e) nutrien inorganik menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam tasik. f) Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikasi. g) Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar lalu menyebabkan 2 permasalahan iaitu 1. seandainya sisa ini mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah tanah terutamana sistem akuifer. 2. akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan air itu sendiri. h) Meningkatnya kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi. Sampah organik seperti air comberan (sewage) menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada air yang menerimanya yang mengarah pada berkurangnya oksigen yang dapat berdampak parah terhadap seluruh ekosistem.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI AIR I. oksigen terlarut (DO = dissolved oksigen) II. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) III. zat padat terlarut IV. pH V. suhu

PENCEMARAN BUNYI

DEFINISI
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis : • Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan. Kebisingan fluktasi Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap. Hentakan impuls Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih

menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. • Kebisingan selang-seli Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah : Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain. Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat.

Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENGELUARAN BUNYI

Ulangan (Hz) Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi perasaan ketidakselesaan. Kekuatan Bunyi (dB)

Lebih tinggi/kekuatan sesuatu bunyi , lebih tinggi pula kadar kacauganggu ke atas individu. Kekerapan Dan Tempoh Bunyi bising berterusan akan memberikan kacau ganggu dari bunyi yang tidak kerap kedengaran. Keperluan Jika sesuatu bunyi dihasilkan difikirkan tidak perlu, ketidakselesaan akan bertambah. Kepekaan Kepekaan dan sikap atau perasaan seseorang terhadap bunyi bising.

KESAN BUNYI BISING KE ATAS KESIHATAN
Kesan-kesan utama pencemaran bunyi : • • • • • • Wujud pelbagai penyakit Menjejaskan produktiviti Gangguan psikologi Hilang imbangan diri Pekak Kesan kepada ibu yang mengandung

Terbahagi kepada dua : i) ii) i) Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect) Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect)

Kesan Kepada Telinga

a) Kesan Semerta a. Disebabkan bunyi yang kuat (>120 dB) b. Menyebabkan pecah selaput tympanum, kerosakan tulang kecil pendengaran. c. Hilang pendengaran kekal. b) Kesan Kronik a. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat b. (>85 dB - 5 tahun, > 8 jam sehari) c. Lebih tinggi frekuensi, kerosakan koklia tinggi c) TTS (Temporary Threshold Shift) a. Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising. b. Kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising. d) PTS(Permanent Threshold Shift) Pendedahan berulangan - threshold pendengaran tidak kembali kepada ‘base line’ asal. Kesan Di Luar Telinga a) Kesan Fisiology Meningkatkan Tekanan darah melalui galakan ANS (Autonomy Nerves System) Meningkatkan Pergerakan Otot. Meningkatkan pergerakan gastrik pembesaran pupil. b) Kesan Psychosomatic. Sakit Kepala, pening, loya, muntah Nystagmus , pergerakan mata tak dapat dikawal c) Kesan Pyscology Gangguan Percakapan Annoyance (Ketidakselesaan) Ulangan Tinggi, intensiti kuat Dipengaruhi oleh faktor lain- faktor fizikal, altitude. Kesan Tingkahlaku Mutu kerja dan kecekapan menurun. Keletihan Gangguan saraf dan ketegangan

d) Lain-lain Mudah marah Sering merasa cemas.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan. Jadi penerokaan hutan akan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar daripada kawasan yang ingin digunakan sebagai kawasan kilang. Masalah yang timbul atau kesannya kawasan yang berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan ketidakseimbangan ekosistem. Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu

mengakibatkan adanya ronga2 kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup. Rumah Hijau juga memberi kesan kepada tanih dimana ia menyebabkan kenaikan penguraian guna tanih sekaligus meninggikan hasil tanaman. Pada zaman dulu pula antara punca pencemaran kepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah disebabkan oleh kegiatan melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini biasanya dilakukan di kawasan yang lapang. Jadi selepas bijih timah habis di lombong, kawasan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana sebarang aktiviti biologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar dengan pelbagai sisa daripada indutri perlombongan.

Pencemaran tanah dapat terjadi kerana hal-hal di bawah ini, iaitu : 1. Pencemaran tanah secara langsung Misalnya karena penggunaan pupuk secara berlebihan, pemberian

pestisida, dan pembuangan limbah yang tidak dapat diuraikan seperti plastik, kaleng, botol, dan lain-lainnya. 2. Pencemaran tanah melalui air Air yang mengandung bahan pencemar (polutan) akan mengubah susunan kimia tanah sehingga mengganggu jasad yang hidup di dalam atau di permukaan tanah. 3. Pencemaran tanah melalui udara Udara yang tercemar akan menurunkan hujan yang mengandung bahan pencemar yang mengakibatkan tanah tercemar juga. B. Pencemaran Tanah Cara-cara mengatasi pestisida sebagai pencemar tanah ialah dengan tidak menggunakannya. Cara ini merupakan yang paling baik hasilnya, tetapi hama tanah mengakibatkan hasilan pertanian menurun.

Cara yang dapat mengatasi ialah :

1. pengaturan jenis tanaman dan waktu tanam 2. Memilih varietas tanaman yang tahan hama 3. Menggunakan musuh alami untuk hama 4. Menggunakan holmon serangga 5. Pemandulan (sterilisasi) 6. Memamfaatkan daya tarik seks untuk serangga Di samping itu juga kita perlu : 1. Memahami kegiatan pestisida yang bersangkutan 2. Mengikuti petunjuk pemakaian 3. Hati -hati dalam penyimpanan 4. Menggunakan alat-alat pelindung seperti masr, kacamata, dan pakaian. Pada dasarnya cara-cara yang ditempuh itu berlaku untuk bahan kimia dan pupuk berhati-hati ketika pemakaian bahan-bahan ini perlu ia perlu diperhatikan jangan sampai bahan-bahan itu tecemar, mengenai badan manusia, atau mencemarkan lingkungan.

KESAN PEMBANGUNAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR PERTANIAN

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin. Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. Perlombongan Kekayaan ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan alam sekitar. Satu dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain. Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.

Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan. Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian. Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.

Sisa buangan/pembentungan

Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi. Ketiadaan dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran

untuk mengurangkan sisa buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat. Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik. Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana insentif untuk menipu amat banyak.

Aktiviti Aktiviti Lain Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di persimpangan Jalan AmpangJalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah lalu-lintas. Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4 darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera. Keperluan semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan bandar. Pencemaan udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993) Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di

Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkahlangkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undangundang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: a.Pameran b.Kempen-kempen c.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan.

Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

KESIMPULAN

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang . Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Oleh itu,kita hendaklah bersama-sama menjaga alam sekitar agar kita dapat hidup secara aman dan selesa dengan alam sekeliling yang bersih

LAMPIRAN

Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.

Gambar photo Pembuangan sampah di sungai

Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

RUJUKAN
1. Pencemaran Alam Sekitar oleh Jasiman Ahmad – Associated Educational Distributors(M) Sdn Bhd. 2. http://smkaj.net/syahmi

3. http://www.tblog.com/pencemaran alam sekitar

4. http://www.scribd.com/doc/30424/alam-sekitar-ppt 5. http://www.nre.gov.my/EN/Pages/home.aspx 6. http://www.nre.gov.my/BM/Kenyataan%20Akhbar/BH%2022042008.jpg 7. http://www.doe.gov.my/apims

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->