Guru Besar: A.

Pentadbiran: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: 1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. 2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. 3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. 4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan. 5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya. 6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya. 7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan. 8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru. 9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya. 10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa. 11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna. 12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. 13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah. 15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. 16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan. 17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan: 1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. 2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa. 3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan dilaksanakan dengan sempurna. 4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah. 5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan lainlain bagi guru dan kakitangan. 6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit. 7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas. 8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja. 9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. 10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan teratur dan kemas kini. 11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan sebagainya. 12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna mengikut peraturan yang ada. 13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar. C. Pembangunan Fizikal Sekolah: 1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

4. F. 7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya. 2.D. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas. 3. 5. E. 2. baik. Mengadakan 'in house training'. Memastikan penubuhan persatuan. G. 8. berkesan dan mengikut perancangan. kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya. teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap. 2. sesuai & praktikal. Ko-Kurikulum: 1. Kurikulum: 1. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang akademik. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan guruguru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan. 3. Mengajar: 1. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna. 6. dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-pasukan unit pakaian seragam. mengambil kursus di luar. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab. 9. kolokium. sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom. Pembangunan Kakitangan: 1. 3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi Guru Besar. . Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur.

Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan bimbingan . Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. penugasan guru dan sebagainya. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.1 1. kemajuan kakitangan pengajaran pembelajaran. 5.3 1. Hal Ehwal Pelajar: 1. 2. Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku pelajar. Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" – KERJA IKHTISAS 1.5 1. jadual waktu. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar.(Bimbingan dan kaunseling. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat pada setiap hujung tahun.6 1. 3. kesejahteraan dan kebajikan para pelajar. 5. pembangunan fizikal. kewangan. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas. pemeriksaan buku rekod guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP. kurikulum. Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka. sempurna dan adil. kesihatan. 4. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. 4. rancangan pelajaran.2 1. Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-data untuk perancangan dan tindakan susulan. riadah dan sistem mentor menti). keselamatan. buku kedatangan dan buku kegiatan kurikulum dari masa ke semasa. Menentukan sasaran sekolah. Pengawasan Dan Penyeliaan: 1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar. I. iaitu:. 2. buku profil. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.7 1. Memeriksa buku kemajuan pelajar. perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik. 3. 6. Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum. berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. baik dari segi tingkah laku. peraturan dan undang-undang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik. merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sukatan pelajaran.H. pengurusan. 1.8 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dan diselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeri dan negara.4 1. Untuk menjamin keselamatan. biasiswa dan dermasiswa.

2.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.4. menyelia dan menilai keberkesanannya. 3.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah. 3. 3. 3.4.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita.3. Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin.1.4.2. Mengajar sebilangan waktu. 3.3. rekod akaun. K & K.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah. 3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.1. pengesahan dalam jawatan.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.4 KEMUDAHAN FIZIKAL 3. penempatan ke dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah. 3.1.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.1. 3.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai pelajar yang layak dan tidak layak.4.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuat tindakan susulan ke atas laporan audit. 3.2 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID 2.4. 3. 3.2. 3. . berjumpa dengan ibubapa dan penjaga.9 kepada guru dan pelajar.1. 3.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan menjalankan penyeliaan sepanjang tahun. 3.3. 3. 3.5 Menjaga kebajikan kakitangan. 3.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT) 3. 3. guru ko-kurikulum dan sebagainya.1.1.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan. 3.2 PENGURUSAN PERSONEL 3.1. gaji kakitangan.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.2. 3.3.3 KEWANGAN 3. padang dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan baik.2.1 MURID-MURID 3. 3.2. 3.1 2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja. 3. PRS.4.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran. laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah. 3.1.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang kuasanya. Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP.1.1 Menentukan pendaftaran.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat pengagihan yang berkesan.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.

Mengawal `learning experiences’ dengan berdasarkan pemerhatian.1 5. menghadiri kursus. berkongsi maklumat.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY) 4.2 4. Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.4 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman. Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang. 6. data dan salinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan `learning experiences’ murid. pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yang lebih berkesan.2 5.1 4. pengurusan dan filosofi. 2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa. seminar. B. Bidang Tugas: 1. 5. Menjalankan kajian. perbincangan. semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan. Senarai Tugas: 1. merangsang budaya. Menentukan rancangan pelajaran harian. mencari maklumat dan pengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri. hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.3 4. 5. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum. . pentadbiran dan pengurusan sekolah. 3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik. 2. mingguan.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT) 5. GURU PENOLONG KANAN 1 PENTADBIR A. bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja. 3. buku-buku ikhtisas.4. Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.3 Membaca makalah. 4.

Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. . 8.4. 10. 7. Membantu dalam menentukan buku-buku teks. 12. C. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian. asrama. maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. penilaian dan menyarankan tindakan susulan. 9. 4. pusat sumber. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan. sukan dan permainan dan sebagainya. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. 3. Pejabat Pendidikan Daerah. Pentadbiran: 1. 8. 6. 5. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. 9. 5. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya. 6. peperiksaan. Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 11. bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru. makmal dan bengkel. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 7. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama. sewa. 2. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.

Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan. Buku Teks: 1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.1 2. latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya. Pengajaran dan pembelajaran. Kenterian Pendidikan ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. 1. Membantu merancang takwim sekolah.3 1. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.10. G. Keselamatan: 1. Menentukan rancangan pelajaran harian. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru / kakitangan. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD. mingguan dan penggalan. E./ 1. Kantin: 1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.2 1. F.2 2. 2. Perlaksanaan kursus pengajian. 2. . Penyeliaan dan penilaian.10 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas.3 2.1 1. JPN.5 1. KURIKULUM 1. 2.6 1. H.8 1. Tugas-Tugas Lain: 1. Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.4 1. 2.9 1. jadual waktu guru serta jadual waktu gantian. PENGURUSAN 2. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah: 1. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar. Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN – UPSR. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian. D. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.4 Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Kajian laporan kurikulum.

Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah. Bidang Tugas: 1.7 2.6 2.1 5. Menentukan bahawa kebajikan. 3. 7. 5. 4.1 3.2 Hubungan ibu bapa / masyarakat. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. 6.3 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah – keceriaan / keindahan / kebersihan sekolah. GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM) TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A.8 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan. Menghadiri kursus. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.2 3. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY) 5. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. seminar. Merancang langkah-langkah keselamatan – mencegah kebakaran. 2. 3.1 4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.5 2. perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.2. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. Mengadakan kursus / latihan untuk personel. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD) 3. biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. 8. bengkel dan lain-lain. bimbingan dan kaunseling. 4. Skim Pinjaman Buku Teks. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT) 4. Menyelaras semua jenis kutipan yuran. 5. disiplin.2 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. . Mengadakan kursus motivasi murid. ko-kurikulum. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah.

3.B. sosial. Senarai Tugas: Pentadbiran 1. kesihatan. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru. kakitangan dan para pelajar. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik. 4. Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. PK Pentadbiran. kerjaya dan sebagainya. 7. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. 3. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. C. sijil-sijil pelajar. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. 4. 2. 4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. . Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 2. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajarpelajar baru. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. Bimbingan dan Disiplin: 1. Disiplin: 1. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini. 2. 5. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. 6. Menguruskan surat akuan. 3. 8. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat. 5. 5. pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun. D.

Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat. H. Menguruskan segala kutipan. Ko-kurikulum: Sukan Dan Permainan: 1. Persatuan Dan Kelab: 1. 2. 3. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. 4. merancang. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002. Biasiswa Dan Bantuan: 1. Membantu. melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.E. Program Perlindungan: 1. G. pengambilan. . 2. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam. pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya. pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks. 2. 3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah. Pasukan Pakaian Seragam: 1. Skim Pinjaman Buku Teks: 1. F. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar. 4. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. 3.

.1. 4.4. 1.2. BIASISWA DAN BANTUAN Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan. Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas. 2. mengawal buku-buku stok.1 1.1 1. 3. 2. sijil berhenti sekolah dan lain-lain. 2. Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.4. Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD) 1. Membantu merancang takwim sekolah. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.3.1.7 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid Mengurus kemasukan dan penempatan murid.6. 2. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. Menyelia rekod dan laporan disiplin. KESIHATAN Menguruskan kemudahan rawatan murid. 3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Menguruskan kutipan data. BIMBINGAN DAN KAUNSELING Melaksana dan menguruskan projek-projek khas. DISIPLIN Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah. Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan. 5. Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.1 1.1. program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.2 1.2.1 1.3 1.2 1. Menyelaras pelaksanaan. Menyemak buku jadual kedatangan murid.2 1. Mengurus surat akuan. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN Projek Susu Sekolah. Mengawal pengagihan dan hapus kira. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.5.3.2. Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.1 1. 6. 3. PENTADBIRAN. Koperasi Dan Simpanan Pelajar: 1.2 1.3 1. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.5.4 2.2 2. Menyemak buku laporan / rekod prestasi.2 1.1 2.2 1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.1 1.5 2.2.3 2. KURIKULUM.6 2.6. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar. Tugas Dan Tanggungjawab Lain: 1.

2.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.3.4 5. KURIKULUM (SUKAN.2 4. 5. Penglibatan dalam PIBG.4 Pengajaran dan pembelajaran. masyarakat dan agensi luar.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM TUGAS PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM 1. Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.2 5.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.2 4. 4.1 4. Membantu merancang takwim ko-kurikulum. 3.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang. PERMAINAN. Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan. Tabung Haji dll.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti. 2. 1.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah. 2. PENGURUSAN: .3 4. 1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan lancar. Menyelaras kegiatan BSN. 1. melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY) 5. 2. 2.1 3. PENGURUSAN KURIKULUM: 1. PASUKAN BERUNIFOM. 1.5 Menghadiri kursus. KO-KURIKULUM Membantu merancang. Mengadakan kursus dalaman (HEM) Memperkayakan pengetahuan ikhtisas. PERSATUAN DAN KELAB): 2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.3 5.1 5. Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga.

KELAB/PERSATUAN: 7. .1 Membantu merancang. 6. 4.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum. 3.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah. 3.3. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM: 8.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan program khas untuk mereka. 3. 4. PEMBANGUNAN DIRI STAF: 4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi kemudahan pelajar. 3. 3. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR: 5. 8.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum. 5.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah diambil penjelasan.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam. 7.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan di semua peringkat. 4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik. 3.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu. 3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum. 4. 6. 5.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik. SUKAN DAN PERMAINAN: 6. 5. 8. 3.

2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah. Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH: 9. 3.3 2. 9. Menganggotai Jawatankuasa Ko-kurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah bagi kemudahan murid. . PERSATUAN & KELAB. PEMBANGUNAN DIRI MURID 4. Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi rumah. 9. Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.1 1. MSS serta menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.4 1. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah. PENGURUSAN 3.2 3.1 3. Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah. 1. Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.mengadakan program khas untuk mereka. PERMAINAN. Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju . Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid. Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti ko-kurikulum yang dirancang telah diambil.9.5 3.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/ MSSM. Memilih kumpulan peserta elit sekolah. kutipan yuran sukan sekolah. buku stok. Mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.1 4. Melaksanakan pengajaran. menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.4 3.5 1. mengadakan stor.2 2.3 Mengadakan tabung sukan. 2. Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah. Memastikan rekod-rekod dan data ko-kurikulum diselenggara dengan baik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 4. 9. PENGURUSAN KURIKULUM Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya. Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri. 9. UNIT BERUNIFORM. Merancang takwim permainan setiap bidang. 9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh jabatan atau kementerian.9 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum. 2.pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan kemahiran yang ada padanya.3 1.3 3.2 1.5 KO-KURIKULUM : SUKAN.2 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.7 3.6 3. Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.8 3.4 2.1 2. 9.

4. guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.2 5. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. 5. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. melaksanakan tugas yang dipertang-gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. 6. mesti menghadirkan diri. kakitangan dan para pelajar. PERATURAN TETAP GURU Kehadiran Bertugas: 1. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY) 5. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian. 3. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.3 Menyertai kursus ko-kurikulum. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu. 5. mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan. 2. Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar. terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa . Menyelaras Kurikulum / Ko-kurikulum bersepadu. 2. Hari Penyampaian Hadiah. Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar.4 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah. 7. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar. 2. ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. 6. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. 4. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah. masa sampai dan menurunkan tanda tangan. 5. 3.3 4. semasa datang dan balik dari sekolah. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan. buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti. 3. Bagaimanapun. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.00 pagi. Tugas Akademik Guru: 1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi. Waktu tidak mengajar. Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu. kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Kepatuhan Tugas: 1.4.1 5.

Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah. 3. bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian. Pada tiap-tiap hari hujung minggu. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu. 3. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir. 2. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin. 2. menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar. Kenyataan Akhbar: 1. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. berjudi. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. merosakkan harta sendiri. guru. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah. dan sekolah. 3. 6. Mereka perlu memahami masalah pelajar. 2. meminum minuman keras dalam kawasan sekolah. Para guru hendaklah menunjukkan teladan. 8. mencuri. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah. menulis buku ringkasan mengajar. Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. 7. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram. pelajar. Pakaian: 1. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di dalam bilik guru sahaja. membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat. sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar. Potongan Rambut: 1. menghisap rokok dan mengambil dadah. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan. membantah hukuman guru.bekerja. salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama . bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar. mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Perhubungan Guru Dengan Pelajar: 1. 7. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Buku Ringkasan Mengajar: 1. salinan sukatan pelajaran. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah. 5. Pelawat: 1. 3. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan. 4. memukul guru. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan. 2.

Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab. Kutipan Wang: 1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini. Surat Rasmi: 1. 12. 15. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran. 2. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping . 2. kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain. 5. Mengambil. berusaha dan kesedaran sivik. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS Bidang Tugas: 1. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. giliran kebersihan. sijil berhenti sekolah dan surat akuan. menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar. kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri. Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar. namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis. sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran. tekun. 11. kad 001. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. membuat giliran bertugas. 7. Untuk lawatan ke luar negeri. 8. mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa. 6. 17. 9. borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. buku rekod mengajar. Memungut yuran-yuran khas. ponteng yang berulang. 10. alat tulis. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan. 3. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan. 4.Guru Besar atau pihak sekolah. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain. yuran peperiksaan. dedikasi. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas. Lawatan: 1. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa. perhiasan kelas. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya. guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. 14. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah. 16. kad 002 dan buku kemasukan sekolah. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah. 2. 13. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH 1. 9. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi. 21. hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya. guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guruguru kelas untuk meringankan beban tugas guru. Resit-resit bayaran 2. Merekodkan segala kesalahan. menutup akaun sekolah setiap bulan.menyediakan tabung markah atau mark sheet. 6. 11. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah. 10. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN Bidang Tugas: 1. kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan. 20. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor. membina dan terkini. 3. 13. maklumat dan berita-berita yang positif. sahsiah. . 18.0Menyediakan lembaran gaji setiap bulan. cek-cek sekolah 2. 14. 4. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.0Menyediakan dan menyimpan : 2. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.1. 19. 8.3. 3. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar. upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain. jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.0Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran 4.2. 7. 2.0Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah. 12. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.4. Baucar tuntutan 2. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 2. 5.

0Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa.1. 2.0Mengatur. 7. 7. pam air dan perkara-perkara yang berkaitan dengan enjin. 9.0Menyusun. menyiram. Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. 14. 4.4.0Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak. 12. 5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah. 6.0Memastikan semua suis lampu.0Memotong rumput. mengingatkan Guru Besar tentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.0Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid. tingkap-tingkap dan juga dinding bangunan sekolah.3. 6. Membuat penyata bulanan.0Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padang permainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang. 8.0Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan) 11. kemas dan teratur.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.2.0Menjadi setiausaha kepada Guru Besar.0Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah menggunakan mesin pendua. 7. .7. membaja serta menjaga semua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.0Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.0Menyapu dan membersihkan bilik darjah. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. 7. 10. Menyelesaikan surat-menyurat.0Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan. 13. 5.0Menjaga buku rekod pejabat. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan SPBT. 6. membersih semak-samun atau pokok-pokok kecil yang tidak berguna di kawasan sekolah. 7.0Menjaga dan menyelenggarakan generator. kipas dan paip air ditutup selepas digunakan supaya tidak berlaku pembaziran. tangga dan juga longkang sekolah.0Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akan dihantar. 12. 13.0Tugas-tugas lain : 7.0Menjaga kebersihan pejabat. 9. 11. TUGAS PEKERJA RENDAH AM 1. 11. 8.0Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti. menggembur tanah.0Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah. 14.6. 7. 7.0Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.0Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.0Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini. mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah. 2.0Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.0Membantu kerani dalam urusan pejabat. 7.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar. 8. mesin rumput.0Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru. 4. 9.0Membersih cermin-cermin. 10.0Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap hari kecuali hari perhimpunan dan cuti am.0Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah. 15. 3. menyusun dan mengemas kini pejabat. 7.0Menghantar surat-surat ke pejabat pos. bilik Penolong Kanan dan Guru Besar.0Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat. 3. kaki lima / koridor. 10.0Menanam. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah. TUGAS PEMBANTU AM RENDAH 1. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid.0Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.5.5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful