You are on page 1of 208

Edisi Pertama 2008 SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2008 Hak cipta terpelihara.

. Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik, fotokopi, mekanik, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Psikologi perkembangan / editor Yusof Boon, Shahrin Hashim. Mengandungi indeks ISBN 978-983-52-0537-8 1. Developmental psychology. 2. Developmental psychobiology. 3. Child development. I. Yusof Boon. II. Shahrin Hashim. III. Judul. 155 Pereka Kulit: MOHD ASMAWIDIN BIDIN
SHAHRIN AHMAD

Diatur huruf oleh / Typeset by & RAKAN-RAKAN Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by


PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

34 38, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA. (PENERBIT UTM anggota PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA/ MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION dengan no. keahlian 9101) Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
UNIVISION PRESS

Lot 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9 Jln. Serdang Raya, Tmn Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA

KANDUNGAN

Prakata Bab 1 Pengenalan Psikologi Perkembangan Azizi Yahaya Prinsip Perkembangan Azizi Yahaya Proses-Proses Perkembangan Shahrin Hashim, Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi Jangka Masa Perkembangan Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi Perkembangan Emosi Remaja Azizi Yahaya & Noordin Yahaya Zaman Kanak-Kanak Azizi Yahaya Zaman Awal Persekolahan Azizi Yahaya Zaman Remaja Nurulhuda Azizi & Nurul Ezzati Azizi

vi 1

Bab 2

18

Bab 3

69

Bab 4

76

Bab 5

81

Bab 6

93

Bab 7

118

Bab 8

129

vi

Bab 9

Perbezaan Individu Noordin Yahaya Personaliti Azizi Yahaya

137

Bab 10

149

Indeks

199

PRAKATA

Buku Psikologi Perkembangan mengandungi beberapa teori yang sesuai untuk diapplikasikan dalam bilik darjah, di antaranya ialah teori-teori pembelajaran. Oleh itu dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru dapat memahami tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pe,belajaran. Di sini letaknya kekuatan ilmu dan kemahiran yang perlu diaplikasikan oleh pembaca. Bukan setakat itu sahaja, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga adalah lebih menekankan kepada pemusatan pelajar. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga membincangkan motivasi dalam bilik darjah. Dengan cara ini

pelajar yang menghadapi masalah dari segi mendapat rawatan semangat serta memberi perhatian khas supaya mereka dapat menerima ransangan-ransangan dengan jelas dan tepat. Di dalam pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga membincangkan perkembangan dan pertumbuhan awal kanakpembaca lebih memahami tentang

kanak Dengan cara ini pembesaran remaja.

viii Buku ini juga menerangkan bagi meningkatkan Kanakkanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada kadar berlainan dengan beberapa faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya buku ini mengandungi 10 bab dan sesuai dibaca oleh para pendidik, pelajar-pelajar maktab

perguruan,

universiti dan orang perseorangan yang berminat

dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Azizi Yahaya Shahrin Hashim Fakulti Pendidikan/Jabatan Asas Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2008

1
PENGENALAN PSIKOLOGI PERKEMBANGAN
Azizi Yahaya
PENGENALAN Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangn adalah i Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut. Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku. Untuk meramal tingkah laku.

ii iii

Psikologi Perkembangan

Definisi Pertumbuhan Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan darii segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan. Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia. Ciri-ciri Pertumbuhan Antara ciri -ciri yang menonjol semasa pertumbuhan manusia ialah: i pertumbuhan manusia mengikut corak atau urutan tertentu berdasarkan proses kematangan sistem tubuh contohnya menirap sebelum merangakak ii struktur mendahului fungsi. Kumpulan otot-otot adalah lengkap sebelum dapat digunakan pepenuhnya, contohnya otot bayi yang kuat sebelum boleh berdiri. iii Pertumbuhan bersifat berterusan , berkuantiti,

Pengenalan

iv

dapat diukur dan dan dilihat dengan nyata. Pertumbuhan mempunyai arah tertentu dari umum kepada khusus, contohnya kanak-kanak akan menjalani latihan sendiri latihan merangkak sebelum berjalan. Melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi pada kadar yang berlainan kerana terdapatnya faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Kanak-kanak membesar pada peringkat yang sama tetapi pada kadar berlainan adalah disebabkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan iaitu: i Baka : baka adalah potesi yang yang diwarisi seperti jenis darah, warna mata, warna rambut, struktur badan dan penyakit. ii Kesihatan ibu ketika hamil : Ibu yang hamil perlu menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yang seimbang untuk menjamin pertumbuhan fetus. iii Trauma lahir : Kesulitan ketika bersalin yang mengakibatkan kecederaan dan kecacatan fizikal boleh menjejaskan pertumbuhan bayi serta mengakibatkan gangguan mental dan emosi. iv Pertumbuhan kanak-kanak bergantung juga kepada taraf sosio-ekonomi keluarga, kemudahan perubatan dan kesihatan. v Iklim: kanak-kanak yang hidup dalam iklim sejuik akan lebih cenderung untuk mempunyai saiz badan yang besar.

Definisi Perkembangan Kamarudin Husin (1997:6) perkembangan didefinisikan oleh

Psikologi Perkembangan

pakar-pakar psikologi sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Menikut Craig(1976) dalam Mohd Salleh Lebar, perkembangan adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow dalam Ee Ah Meng ,perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.

Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri-ciri perkembangan ialah:

Pengenalan

ii iii iv

vi

Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan. Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang individu itu. Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum. Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan Prinsip utama tentang pertumbuhan dan perkembangan ialah ianya mengikut arah tertentu seperti berikut : i Arah kepala ke kaki (sefalokandal ) Sturktur dan fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu kemudian bahagian belakang badan dan akhir sekali di bahagian kaki. ii Arah tengah ke tepi (promiksodistal) Perkembnagan berlaku di bahagian tengah badan menghala ke bahagian hujung anggota . Bayi dapat menggunakan lengan dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari. iii Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi - otot perlulah kuat dan lengkap sebelum sesuatu bahagian badan dapat digunakan. iv Pembezaan Perkembangan bermulaa secara umum dan diikuti secara khusus.

Psikologi Perkembangan

vi

Konkrit kepada abstrak kanak-kanak mempunyai keupayaan mental untuk memikirkan objek yang boleh dilihat sebelum dapat memikirkan sesuatu yang tidak dapat dilihat. Egosentrik kepada pandangan orang lain Kanakkanak hanya mementingkan hal-hal tentang dirinya sahaja. Melalui peningkatan umur barulah mereka menerima pandangan orang lain.

vii Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan. Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial adalah seperti jadual 1 di bawah.
Jadual 1 : Perbezaan di antara Pertumbuhan dan Perkembangan
PERTUMBUHAN Jasmani Tinggi, berat, saiz, perumbuhan urat, saraf, daging gigi dan pancaindera Mental Keupayan berfikir berkembang termasuk perkara subjektif PERKEMBANGAN Jasmani Kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya. Mental Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan angka, pemikiran dan penaakulan. Emosi Berupaya menguasai perasan dan mengawal perasaan

Emosi Perasan saying, suka, duka, marah dan sebagainya

Pengenalan

Sosial Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat

Sosial Timbul kesedaran perbezaan jantina, displin kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya

T eori-teori Perkembangan Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teoriteori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak. Di antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah: i Teori Perkembangan Arnold Gesell ii Teori Perkembangan Robert Haringshurst iii Teori Perkembangan Jean Piaget iv Teori Perkembangan Sigmund Freud v Teori Perkembangan Erik Erikson

Teori Perkembangan Arnold Gesell Teori yang dikemukan oleh Arnold Gesell berupa teori kematangan biologi yang mengatakan tingkah laku individu berkembang mengikut jadual masa yang tetap. Bagi beliau kematangan merupakan faktor yang utama dan menentukan proses pembelajaran. Perkembangan bagi kelakuan, perumbuhan tisu dan organ serta fungsi-fungsi lain berkembang mengikut pola dan urutan yang terkawal. Oleh yang demikian , perlakuan kanakkanak boleh diramalkan. Oleh kerana Gesell mempercayai kematangan menjadai faktor utama dalam proses pembelajaran. Ini bererti beliau

Psikologi Perkembangan

mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan kanak-kanak . Faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan hanya bertindak sebagai pengaruh sekunder yang dapat mengubahsuai kemajuan perkembangan. Gesell menghormati hak dan individualiti kanak-kanak dan mempercayai pendididikan bebas bagi kanak-kanak. Kanak-kanak harus dibenarkan berkembang menmgikut kadar perkembangan sendiri, kanak-kanak tidak perlu dipaksa untuk mencapai suatu peringkat perkembangan . Personaliti, kadar peertumbuhan minat dan kebolehan adalah aspek-aspek yang dimiliki oleh individu. Oleh itu wujud kadar pertumbuhan yang berlainann yang berlaku pada masa yang berlainan. Oleh itu perbezaan individu sering berlaku sangat penting dan harus diketahui di semua peringkat. Gesell membahagikan perkembangan kanak-kank kepada lima peringkat seperti di bawah: i Peringkat Pertama ( 0 1 tahun ) Semasa berumur sebulan bayi boleh menghasilkan tangisan berlainan untuk membezakan tangisan lapar dan tangisan yang inginkan belaian ibu. Semasa berusia 4 bulan , bayi melalui peringkat awal perkembangan emosi seperti ketawa apabila gembira sementara di usia 8 bulaln, perkembangan psikomotor bayi telah meningkat di mana bayi boleh menggenggan objek yang diberikan kepadanya. Bagi bayi berusia 1 tahun pula telah boleh berdiri. ii Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun ) Kanak-kanak mulai berlajar berjalan , bercakap dan memahami makna jangan Diakhir peringkat ini boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat. iii Peringkat Ketiga ( 2 3 tahun ) Kanak-kanak mula makan bersendirian dan bercakap menggunakan ayat yang mudah. iv Peringkat Keempat ( 3 4 tahun ) Kanak-kanak boleh menunggang basikal roda tiga dan dapat menerima arahan mudah ibu bapa. v Peringkat kelima ( 4 6 tahun ) Kanak-kanak mula bersosialisasi dan berupaya

Pengenalan

mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Kanakkanak sudah boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah serta sedia mendengar pendapat orang lain.

Teori Perkembangan Robert Havinghurst Pendekatan Robert Havinghurst merupakan perkembang bercorak sosiobudaya dan antropologi. Mengikut pandangan ini, kanak-kanak adalah hasil dari tekanan sosiobudaya yang mempengaruhinya. Nilai dan institusi setiap kebudayan akan mehasilkan personaliti tertentu. Oleh itu kaitan harus memahami faktor kebudayan, sosiobudaya dan psikologi untuk membolehkan kita memahami kanak-kanak sepenuhnya. Menurut Havinghurst selain budaya faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu yang melahirkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas kerja yang dikemukan oleh beliau dalam Sharifah Alwiah Alsagof (1987: 62) adalah seperti berikut : tugas yang lahir pada masa atau kurang lebih pada satu masa di dalam hidup individu tersebut, pencapaian tugas ini dengan jayanya akan membawa kegembiraan dan kejayaan di dalam tugas selanjutnya, manakala kegagalan akan membawa kesedihan individu tersebut, tidak diperkenankan oleh masyarakat, dan kesusahan dengan tugas-tugas selanjutnya. Tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu masa di dalam hidup individu tersebut. Tugas ini dihuraikan daripada segi pembelajaran yang diperlukan oleh individu berdasarkan kebudayaan beliau. Keadaan ini adalah untuk melihat perhubungan di antara keperluan , proses kematangan dan tekanan kebudayaan . Konsep tugas ini berguna untuk menerangkan kepentingan tugas bagi kanak-kanak di peringkat umur yang berlainan agar dapat disediakan kegiatan pendidikan yang sesuai untuk peringkat umur yang tertentu. Dalam membincangkan peringkat perkembangan kanak-kanak dan remaja, Havinghurst membahagikannya kepada tiga peringkat.

10

Psikologi Perkembangan

ii

iii

Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (sejak lahir 6 tahun) Peringkat ini kanak-kanak mula belajar bercakap,, membentuk konsep yang mudah tentang realiti sosial dan fizikal dan berinteraksi dengan orang lain. Kanak-kanak boleh bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain. Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 12 tahun ) Kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira, menguasai kemahiran tertentu untuk permainan biasa, belajar konsep hidup seharian, pembentukan moral, ,mencapai kebebsan peribadi dan memahami perasaan jantina. Mereka juga belajar bergaul dengan individu lain dan membentuk sikap yang mengakui hak, keupayan dan kelemahan pada setiap individu. Peringkat awal remaja dan remaja ( 12 18 tahun ) Bentuk tubuh kanak-kanak akan berubah menjadi baligh dan mula berminat bergaul dengan berlainan jantina dan ingin mencapai kebebasan daripada ibu bapa dan orang dewasa. Menerima dan menghargai tubuh badan, membentuk kebebasan emosi memilih bidang perkerjaan yang sesuai, inginkan tingkah laku yang sesuai dan dapat diterima oleh masyarakat serta kesedaran terhadap apa yang penting, baik dan betul menjadi lebih stabil dan mantap

Teori Perkembangan Jean Piaget Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau ialah mengenai tingkahlaku kanak-kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkahlaku cerdas dan peringkatperingkat perkembangan berturutan iaitu dari seg penaakulan, pemikiran dan kematangan intelek .Menurut beliau kanak-kank yang lebih tua biasanya berfikir dengan lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat

Pengenalan

11

pengetahuan manusia yang berkembang mengikut peringkat tertentu. Piaget menjalankan penyelidikanya berdasarkan pendekatan epistemologi genetik yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanakkanak lain. Aspek-aspek yang beliau kaji denan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan, perkembangan moral, struktur kognitif dan intelek kanak-kanak. Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan aspek penting skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema ( pola penyusunan tingkah laku ) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran. Skema sentiasa berubah-ubah dan dapat mengendalikan rangsangan untuk sesuatu tindakan. Skemata pula adalah aspek kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif yang berubah dan berkembang melalui interaksi dengnan persekitaran. Semakin membesar individu semakin banyak skemata yang boleh difikirkan dan ditaakul terhadap sesuatu perkara yang dilihat dan seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir yang tajam boleh menambahkan skematanya. Proses yang membolehkan skemata berkembang dinamakan asimilasi dan akomodasi . Dua proses ini saling berkait di antara satu sama lain. Proses asimilasi berlaku apabila kanakkanak menggabungkan elemen baru ke dalam struktur tingkah laku sedia ada. Proses ini penting untuk membantu mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara menukarkan konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Penyesuaian di antara asimilasi akomodasi dinamakan perimbangan untuk proses keseimbangan yang berlaku pada kanak-kanak. Teori Piaget yang amat terkenal ialah mengenai perkembangan kognitif. Menurut beliau terdapat empat peringkat perkembangan kognitif iaitu :

12

Psikologi Perkembangan

ii

iii

iv

Peringkat deria motor ( 0 2 tahun ) Kanak-kanak pada peringkat ini belum tahu lagi sebarang maklmat mengenai objek yang ada diselilingnya. Pada peringkat ini kakak-kanak menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak masih boleh memperolehi konsep kewujudan objek (menganggap objek yang pernah dilihatnya tiada lagi setelah disimpan). Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun ) Perkembangan yang berkaitan dengan pergerakan motor bertukar kepada kegiatan mental. Kanak-kanak mengggunakan simbol untuk mewakili objek disekelilingnya, masih belum mempunyai konsep pengekalan dan konsep transformasi. Pada peringkat ini kanak-kanak mula bertutur tetapi berkisar tentang dirinya iatu bersifat egosentrik yang melakukan kegiatan mengikut kehendaknya dan mempercayai orang lain mempunyai pandangan serupa sepertinya. Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak tidak begitu egosentrik , pemikiran bersifat pemusatan semakin berkurangan dan kanak-kanak sudah boleh mengambil kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah.. Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit, memperolehi konsep masa, ruang , sebab-musabab dan kelajuan dan dapat menerima pendapat orang lain. Peringkat Operasi formal 9 11 tahun ke atas ) Pada peringkat ini, kanakkanak dapat membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan kemahiran menggunakan hipotesis-hipotesis serta prinsipprinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak. Peringkat ini dianggap kemuncak perkembangan kognitif kanak-kanak untuk berfikir secara logik.

Pengenalan

13

Teori Perkembangan Sigmund Frued Sigmund Frued ialah seorang ahli psikologi Austria yang bermula sebagai doktor perubatan tetapi minat beliau telah banyak tertumpah terhadap psikologi dan psikiatri. Teori psikoanaliti yang dikemukakan oleh Freud dikatakan sebagai teori biologi tentang personaliti. Mengikut teori ini kanak-kank perlu mendapat kepuasan dan keperluan asas yang cukup sebelum mereka berkembang ke peringkat umur seterusnya. Jika keperluan ini tidak dipenuhi maka kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk bergaul dengan masyarakat. Konsep penting di dalam teori psikoanalitik Freud ialah konsep struktur personaliti yang terbahagi kepada id, ego dan superego. Id memang sedia ada ketika lahir yang merupakan bahagian personaliti tidak sedar berkiatan dengan kepuasan keperluan yang dikawal oleh keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Id didorong oleh libido (nafsu seks) yang merupakan tempat menyimpan desakan asas keinginan manusia. Ego pula bertindak mengawal keinginnan Id agar tidak melanggar nilai dan norma masyarakat. Superego (kata hati atau penapis) pula mewakili pengawal sosial bagi struktur psikik ataupun merupakan bahagian personaliti yang bermoral. Bahagian ini berkembang secara beransur-ansur ketika kanak-kanak menghayati moral. Superego menghantar maklumat tentang nilai-nilai moral kepada ego yang bertindak untuk mengawal Id. Menurut Freud proses perkembangan kanak-kanak terdiri daripada peringkat yang telah ditentukan menurut beberapa urutan seperti di bawah: i Peringkat Oral ( dari lahir - 18 bulan ) Pada peringkat ini kanak bersifat pasif dan amat bergantung kepada orang lain. Mereka memperolehi kepuasan melalui aktiviti menghisap, menggigit dan menelan. Peringkat Anal / dubur ( 2 4 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak bersedia menguasai dan mengawal fungsi bilologi. Kanak-kanak akan memberi

ii

14

Psikologi Perkembangan

iii

iv

lebih perhatian terhadap kawalan membuang air besar dan iar kecil yang akan memberikan perasaan hormat kendiri. Peringkat falik / Kubul ( 4 6 tahun ) Pada peringkat ini kanak-kanak mula mendapat keseronokan daripada organ kejantinaan. Kanak-kanak lelaki lebih tertarik kepada ibu ( kompleks Oedipus) dan kanak-kanak permapuan kepada bapa ( kompleks Elektra ). Peringkat Pendalaman ( 6 12 tahun ) Pada peringkat ini, kanak-kanak menumpukan kasih saying kepada oring lain seperti rakan sebaya. Kanak-kanak juga terlibat dengan dengan unsur-unsur pendidikan, bermasyarakat dan mengalami perkembangan superego. Peringkat Kejantinan ( 12 tahun ke atas ) Pada peringkat ini, remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina akibat daripada libido yang terdapat di dalam diri seseorang akan mendorongnya untuk menaruh minat terhadap individu di luar keluarga.

Teori Perkembangan Erik Erikson Erik Erikson merupakan seorang penuntut Frued dan terkenal dengan teori Psikososialnya yang menegaskan pengaruh sosial dan budaya ke atas pembentukan personaliti seseorang. Beliau mempercayai manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses perkembangan. Lapan peringkat telah dikenalpasti oleh beliau di dalam perkembangan manusia iaitu : i Peringkat kepercayan lawan curiga (lahir 18 bulan) Peringkat perkembangan Ini adalah sangat penting kerana ianya mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman-pengalamanya. Bayi mula belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.. kepercayan akan memudahkan individu menghadapi masalah dan kecurigaan akan melemahkan keupayan seseorang untuk mengatasi masalah. Peringkat Autonomi lawan perasan malu/curiga (18

ii

Pengenalan

15

bulan 3 tahun) Pada peringkat ini bayi akanmembina kayakinan diri dan autonomi apabila beliau merasa bebas untuk melakukan sesuatu. Jika terlalu banyak halangan atau bantuan yang diberikan kanak-kanak akan merasa curiga, terhina dan kurang keyakinan diri. iii Peringkat Inisiatif lawan kesalahan ( 3-6 tahun ) Kanak-kanak mula membentuk satu cara berdikari dan ingin meneroka serta mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Inisaitif merupakam trait yang akan membantu individu itu sepanjang hayatnya. Melaui galakan, kanakkanak akan menyedari potensi mereka sebaliknya jika tidak diberi inisiatif dan terdapat halangan akan mengakibatkan kanak-kanak sering rasa bersalah. iv Peringkat Kerajinan lawan Kerendahan diri (6 12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Kebolehan berbahasa telah meningkat , mula mencapai operasi konkrit, memahami konsep ruang, kelajuan, masa dan sebab-musabab sesuatu kejadian. Kanak-kanak lebih peka kepada ganjaran yang mengakibatkanmereka akan menjadi lebih tekun dan berminat dalam pelajaran. Sementara itu mereka akan merasa kecewa dan peraan rendah diri akan terbentuk sekiranya keinginan mereka dihalangi. v Peringkat identiti lawan kekeliruan identiti (12 18 tahun) Ini merupakan peringkat remaja di mana mereka cuba mewujudkan identity dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka cuba mendapatkan kesatabilan diri dalam masyarakat sekiranya gagal mereka akan meragui peranan mereka dalam masyarakat vi Peringkat kerapatan lawan pengasingan (18 35 tahun) Individu akan melalui peringkat awal dewasa yang memerlukan perhubungan yang akrab dengan individu lain. Halangan akan menyebabkan pengasingan diri.

16

Psikologi Perkembangan

vii Peringkat Pewarisan lawan pemusatan kendiri (35 60 tahun) Pada peringkat ini individu telah boleh dipertanggungjawabkan, boleh diwariskan untuk melakukan kerja-kerja yang baik. Bagi mereka yang gagal menjalakan tanggungjawab akan menjadi individu yang mementingkan diri sendiri dan akan merasa kecewa dengan hidupnya. viii Peringkat Kesepaduan lawan putus asa. ( 60 tahun akhir hayat ) Individu akan menerima hakikat kehidupan sebagai proses semulajadi dan sentiasa melakukan refleksi diri. Jika individu itu berpuas hati dengan tentang kehidupan yang dilaluinya akan mencapai rasa kesepaduan sebaliknya jika beliau menyesal tentang peluang yang terlepas pada masa lalu, dia akan merasa putus asa.

KESIMPULAN Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembanng kanak-kanak akam meberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiapa satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak. Di antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah : i dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental, jasmani dan emosi pelajar. ii menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar, di samping bermakna dan menyeronokkan. iii menyediakan pelajaran yang bermula darupada senagn kepada

Pengenalan

17

susah, umum kepada khusu dan konkrit kepada abstrak. iv menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi pelajar. v memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan pembelajaran hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari

RUJUKAN
Arieff Salleh dan Wardah (2003). Membentuk Jati Diri Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azizi Yahaya et.al (2006). Psikologi Sosial Alam Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional. Azizi Yahaya et.al (2004). Psikologi Sosial. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya et.al (2008). Psikologi Abnormal. Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya dan Jamaludin Ramli (2008). Kesihatan Mental. Penerbit UTM Skudai: Universiti Teknologi Malaysia Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston.

2
PRINSIP PERKEMBANGAN
Azizi Yahaya
PENGENALAN Setiap kanak-kanak secara semulajadinya membawa variasi dan corak perkembangannya sendiri dimana setiap ibu bapa perlu mengetahuinya, agar ia tidak tertanya-tanya malahan runsing atau bersikap negatif dalam menghadapi perkembangan anak mereka. Malahan mereka harus bersikap tenang dan mengikuti sacara terus pertumbuhan kanak-kanak, agar pertumbuhan kanak-kanak mereka terhindar dari apa jua, yang membawa kepada kesan negatif. Hal ini juga berlaku didalam pertumbuhan kanak-kanak lelaki, secara psikofizik. Aspek-aspek yang manakah yang berkembang dari kehidupan manusia? Untuk menjawab pertanyaan ini, kita perlu lebih dahulu mengetahui hakikat manusia, iaitu manusia pada hakikatnya adalah makhluk yang hidup dalam keadaan: i ii iii iv Psikofizik. Sosio individual. Budaya Agama (Cultural religious). Psikofizik, yang beerti manusia adalah makhluk yang hidup dalam kesatuan dua, secara jasmaniah dan rohaniah. v Sosio individual, yang beerti manusia adalah makhluk yang hidup dalam dua kesatuan, sosial, dan individual. vi Culturil religious, yang bererti manusia adalah makhluk

Prinsip Perkembangan

19

yang hidup dalam kesatuan dua, dicipta (oleh Maha Pencipta) dan mencipta (kebudayaan). Apabila kita perhatikan sifat-sifat tersebut kita dapat lihat bahawa setiap yang wujud selalu berpasang- pasangan yang selalunya berdampingan antara satu sama lain, dan saling melengkapi antara satu sama lain baik lelaki amhupun perempuan. Mudah untuk kita mengetahui perkembangan kanak-kanak mengikut proses-proses yang berlaku, tetapi bagaimana proses ini berlaku, bergantung kepada beberapa teori yang perlu kita ketahui, kebenarannya, atau kita renungkan demi perkembangan psikologi ini. Antara teori yang tertua adalah seperti yang diajukan oleh seorang psikologi Jerman yang bernama Johann Friedrische Herbart. Teorinya disebut sebagai Teori Asosiasi. Herbart berpendapat bahawa seluruh proses perkembangan itu diatur dan dikuasai oleh kekuasaan hukum asosiasi. Herbart berpendapat bahawa terjadinya perkembangan adalah kerana adanya unsurunsur yang berasosiasi; sehingga sesuatu yang semulajadi bersifat mudah (unsur yang sedikit) semakin lama semakin banyak dan kompleks. Herbart berpendapat bahawa kanak-kanak yang baru lahir, keadaan jiwanya masih bersih. Setelah pancainderanya dapat menangkap sesuatu yang datang dari luar, maka pancainderanya itu mengirimkan gambaran, atau tanggapan ke dalam jiwanya. Semakin banyak tangkapan semakin banyak tanggapan. Di dalam jiwa mereka, tanggapan-tanggapan ini berkaitan dan bersepadanan dengan sesama mereka, dengan kekuatan yang dapat diukur. Tanggapan yang sejenis, berasosiasi dan yang tidak sejenis tolak menolak secara mekanis, dan semakin lama semakin kompleks dan inilah perkembangan itu.

20

Psikologi Perkembangan

Teori Gestalt (Wilhelm Wundt) Kira-kira setengah abad sesudah Herbart dengan teori asosiasinya menguasai dunia psikologi, muncul di Jerman para ahli yang menamakan diri mereka para psikologi moden (dengan laboratorium psikologinya) mengajukan reaksi terhadap teori Herbart. Mereka berpendapat bahawa proses perkembangan bukan terjadi dari sesuatu yang ringkas, ke sesuatu yang kompleks kecuali terjadi dari sesuatu yang bersifat global (menyeluruh tetapi samar-samar) berterusan dan lama-kelamaan semakin jelas keadaannya serta nampak bahagian-bahagian dalam keseluruhan itu. Jadi ia bertukar dari keadaan Gestalt ke stuktur. Bahagianbahagian itu bukan merupakan pecahan dari Gestalt, tetapi merupakan kesatuan-kesatuan tertentu yang baru berfaedah bila ia berada dalam Gestalt tersebut. Ia berada ditempatnya yang spesifik dan akan merosak teori Gestalt bila ia dipisahkan. Jadi dengan jelas mereka berpendapat bahawa perkembangan bukan proses asosiasi melainkan proses difrensiasi. Neo-Gestalt, (Kurt Lewin) menambahkan adanya proses strasifikasi dalam proses difrensiasi yang berlaku terus, lanjutan difrensiasi itupun berkembang dari suatu tahap ke tahap yang lain. Pada alam bayi, ia mengalami proses difrensiasi kemudian naik ke tahap (strata) masa kanak-kanak. Dalam masa kanakkanak ini proses difrensiasi akan terus berkembang , kemudian naik ke strata masa kanak-kanak. Demikian seterusnya. Yang ketiga teori sosialisasi (James Mark Baldwin) Teori ini berpendapat bahawa proses perkembangan adalah proses sosialis dari sifat individual. Baldwin terkenal dengan teori: Circulair Reaction. Ia berpendapat bahawa perkembangan sebagai proses sosialis, adalah dalam bentuk peniruan yang berlaku dengan adaptasi dan pilihan. Adaptasi dan pilihan berlaku atas dasar hukum kesan (law of effect). Tingkah laku peribadi seseorang adalah hasil peniruan (imitasi). Kebiasaannya , ia adalah imitasi terhadap diri sendiri manakala adaptasi adalah peniruan terhadap orang lain oleh kerana

Prinsip Perkembangan

21

kesan itu sendiri ,tingkah laku dapat dipertahankan. Seterusnya oleh kerana kesan itu sendiri, tingkah laku itu dapat ditingkatkan faedah dan prestasinya. Dalam hal yang demikian inilah terkandungnya daya kresa, sehingga manusia mampu menggunakan hasil peniruan yang sesuai dengan kebiasaanya sendiri. Teori ini disokong olehi W.Stern: Bechterev dan Koffka. Yang keempat, teori Freudism (Sigmund Freud) Teori ini dikemukan oleh Sigmund Freud. Dalam mengemukakan teorinya, ia menggunakan bayi sebagai contoh: Pada alam bayi, manusia belum bermoral kemudian sudah memiliki moral secara heterogen, dan akhirnya memiliki moral dengan norma yang ditetapkan sendiri secara otonom. Proses pemilikan moral dari heterogen ke moral otonom ini disebut internalisasi.Norma moral tersebut ditentukan sendiri oleh manusia dengan menggunakan faktor internalnya. Proses internalisasi ini berlaku dengan identifikasi. Oleh kerana proses ini menggunakan masyarakat sebagai faktor utama, maka teori ini dipanggil sebagai teori sosialisasi. Teori sosialisasi adalah Teori Langeveld. Ia menyusun teorinya atas empat asas, iaitu: i ii iii iv Asas biologi. Asas ketidakberdayaan. Asas keamanan. Asas eksplorasi.

Pada mulanya, perkembangan yang dialami manusia adalah perkembangan biologi. Iaitu dari telur ke janin, kemudian menjadi bayi dan seterusnya, kemudian baru secara psikis. Bermula dari sifatnya yang tidak berdaya inilah yang menyebabkan terjadinya perkembangan, apabila ia berada dalam perhubungan antara manusia. Untuk itu, ia memerlukan rasa aman, rasa dilindungi, sehingga menjadikan adanya kesempatan untuk berimitasi, adaptasi mahupun identifikasi. Seterusnya kerana perkembangan

22

Psikologi Perkembangan

itu sendiri ada pada dirinya secara semulajadi, maka kanak-kanak mengadakan eksplorasi, untuk menjadikan diri sebagai warga masyarakat 2. Teori Perkembangan Suatu sistem konsep yang diorganisasikan secara logik, dan diperoleh melalui pendekatan yang sistematik, biasanya disebut sebagai teori. Teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanakkanak terdiri daripada: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Teori Empirisme. Teori Nativisme. Teori Konvergensi. Teori Rekapitulasi. Teori Psikodinamik. Teori kemungkinan Berkembang. Teori Interaksionisme.

a) Teori Empirisme Tokoh utama teori ini adalah Francis Bacon (Inggris 1561- 1626) dan John Locke (Inggris 1632-1704). Teori ini berpendapat bahawa: pada dasarnya kanak-kanak lahir ke dunia; perkembangannya ditentukan oleh adanya pengaruh dari luar, termasuk pendidikan dan pengajaran. Kanak-kanak dilahir dalam keadaan kosong, putih bersih seperti meja lilin, maka pengalaman merekalah yang bakal menentukan corak dan bentuk perkembangan jiwa mereka. Dengan demikian mengikut teori ini, pendidikan atau pengajaran kanak-kanak pasti berhasil dalam usahanya membentuk diri. Antara teori lain yang berkaitan adalah: i Teori Optimisme (pedagogi optimisme) teori ini sangat optimis akan berhasil keberkesanan pendidikan dalam usaha membina personaliti kanak-kanak. ii Teori berorentasikan lingkungan dinamakan demikian

Prinsip Perkembangan

23

kerana lingkungan lebih banyak menentukan terhadap corak perkembangan kanak-kanak. iii Teori Tabularasa: kerana jenis ini mengibaratkan kanakkanak lahir seperti meja lilin (Tabula/ Table = meja; rasa = lilin). b). Teori Nativisme Tokoh utamanya adalah Shopenhauer (Jerman 1788 1860). Teori ini mengemukakan bahawa kanak-kanak lahir telah dilengkapi pembawaan bakat semulajadi . Dan pembawaan (natives = pembawaan) inilah yang akan menentukan wujudnya personaliti seorang kanak-kanak. Pengaruh lain dari luar tidak akan mampu mengubah pembawaan kanak-kanak. Oleh yang demikian , pendidikan bagi kanak-kanak akan sia-sia, dan tidak perlu lagi dihiraukan. Istilah lain dari aliran ini disebut dengan: -Teori Pesimisme (Padagogis-pesimistis), kerana teori ini menolak, pesimis terhadap pengaruh luar. -Teori Biologime, menitikberatkan pada faktor biologi, faktor keturunan (genetik) dan konstitusi atau keadaan psikolofisik yang dibawa sejak lahir.

c) Teori Konvergensi Konvergensi (converge = memusatkan pada satu titik; bertemu). Penganjur utamanya teori ini adalah Williams Stern dan dibantu isteri setianya Clara Stern. Diungkapkan bahawa perkembangan jiwa kanak-kanak lebih banyak ditentukan oleh dua faktor yang saling bergantungan, iaitu faktor bakat dan faktor pengaruh lingkungan dan keduanya tidak dapat dipisahkan (intedependence) seolah-olah memadu, bertemu dalam satu titik. di sini dapat difahami bahawa personaliti seseorang kanak-kanak akan terbentuk dengan baik apabila dibina oleh suatu pendidikan

24

Psikologi Perkembangan

(pengalaman) yang baik serta dibantu oleh bakat yang merupakan pembawaan lahir. d). Teori Rekapitulasi Rekapitulasi (recapitulation) bererti ulangan. Apa yang dimaksudkan di sini adalah perkembangan jiwa kanak-kanak juga merupakan hasil ulangan dari perkembangan seluruh jenis manusia. Kesimpulan bahawa seorang manusia akan mengalami peningkatan masa adalah seperti berikut: i Masa berburu adalah sampai umur lebih kurang 8 tahun, kegiatannya antara lain menangkap binatang, bermain panah, main pistol- pistolan, dan lain-lain. ii Masa mengembala adalah lebih kurang 8- 10 tahun, seorang kanak-kanak senang memelihara binatang, ikan, kambing dan lain-lain. iii Masa bertani adalah lebih kurang 10-12 tahun, suka berkebun, memelihara dan menanam tanaman, bunga, dan lain-lain. iv Masa berdagang adalah lebih kurang 12-14 tahun, gemar bermain pasar- pasaran, bertukar-tukar barang, tukar gambar, dan lain-lainnya. v Masa industri adalah 14 tahun ke atas, kanak-kanak mulai mencuba berkarya sendiri, membuat mainan, membuat kandang merpati, dan lain-lain. Pernyataan terkenal dari teori ini adalah: Onogenese Recapitulatie Philogenese (perkembangan satu jenis makhluk adalah mengulangi perkembangan seluruhnya). Teori ini adalah Hackel (Jerman 18341919) dan diikuti oleh Stanley Hall (Amerika Syarikat 1846-1926).

Prinsip Perkembangan

25

e.)

Teori Psikodinamika

Teori ini berpendapat bahawa perkembangan jiwa atau personaliti seseorang ditentukan oleh komponen dasar yang bersifat sosioefektif, iaitu ketegangan yang ada di dalam diri seseorang itu turut menentukan dinamikanya sewaktu dadalam lingkungan itu. Maka teori ini pun menekankan pada perananan lingkungan di dalam perkembangan kanak-kanak. Pendukung teori ini adalah: K. Horney, E. Fromm, dan Sigmund Freud. f.) Teori Kemungkinan Berkembang

Teori ini berlandaskan pada alasan-alasan: i Kanak-kanak adalah makhluk manusia yang hidup. ii Waktu dilahirkan kanak-kanak dalam keadaan tidak berdaya, sehingga ia memerlukan perlindungan. iii Dalam perkembangan kanak-kanak ia melakukan kegiatan yang bersifat pasif (menerima) dan aktif (eksplorasi). Pelopor teori ini adalah Dr. M.J. Langeveld salah seorang ilmuwan dari belanda. g). Teori Interaksionisme

Menurut teori ini perkembangan jiwa atau tingkah laku kanakkanak banyak ditentukan oleh adanya dialektif dengan lingkungannya. Maksudnya, perkembangan yang wajar, melainkan ditentukan interaksi budaya. Pengaruh yang datang dari pengalaman dalam interaksi budaya, serta dari penanaman nilai-nilai dalam pendidikan (disebut transmisi sosial) itu diharapkan dapat mencapai suatu tahap yang disebut ekuilibirasi iaitu keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi pada diri kanak-kanak.

26

Psikologi Perkembangan

3.

Hukum Perkembangan

Suatu konseps yang biasanya bersifat deduktif, dan menunjukkan adanya hubungan yang bersambung (continue) serta dapat diramalkan sebelumnya antara pelarasan yang sesuai, lazimnya disebut sebagai hukum perkembangan. Antaranya: a. Hukum Tingkat Perkembangan Perkembangan jiwa tiap-tiap kanak-kanak itu berlainan, menurut tahap perkembangan kanak-kanak yang ada. Ada yang cepat (tingkath singkat) ada pula yang lambat. Ada ketika seorang kanak-kanak mempunyai kebolehanan bercakap dan berjalan tetapi ada juga sebaliknya. Mereka memiliki tahap tersendiri. b. Hukum Irama Perkembangan Hukum ini bukan menyatakan cepat atau lambatnya perkembangan kanak-kanak, tetapi dengan irama atau rima perkembangan. Jadi perkembangan kanak-kanak itu mengalami gelombang pasang surut, mulai lahir hingga dewasa, kadangkala kanak-kanak tersebut juga mengalami kemunduran dalam satu bidang tertentu. Misalnya, mudah sekali diperhatikan jika mengamati perkembangan (strum und drang) pada kanak-kanak menjelang remaja. Ada kanak-kanak yang menampakkan cabaran yang hebat, tetapi ada pula kanak-kanak yang melalui masa tersebut dengan tenang tanpa menunjukkan gejala-gejala yang serius. Sebagai contoh kanak-kanak berusia 3-5 tahun dan pada usia 12-14 tahun, kedua masa itu adalah merupakan masa transisi/ krisis pertama dan kedua bagi seorang kanak-kanak. c. Hukum Konvergensi Perkembangan Pandangan pendidikan tradisional masa lalu menunjukkan bahawa hasil pendidikan yang dicapai kanak-kanak selalu dihubungkan dengan status pendidikan oleh ibubapanya. Menurut kenyataan masa kini ternyata bahawa pendapat lama itu tidak sesuai lagi dengan keadaan. Pandangan lama itu dikuasai oleh aliran nativisme yang dipelopori Schopen Hauer yang berpendapat

Prinsip Perkembangan

27

bahawa manusia adalah hasil bentukan dari pembawaannya. Sejak kanak-kanak lahir ia membawa bakat, kesanggupan (potensi) untuk dikembangkan, dan sifat bawaan tertentu. Pembawaan itu akan berkembang sendiri, dalam hal ini pendidikan tidak mampu mengubahnya. Aliran dalam pendidikan yang menganut fahaman nativisme ini disebut aliran yang pesimis. Fahaman nativisme tidak lama menguasai dunia pendidikan, kerana pada abad ke-19 lahir fahaman emperisme yang berasal dari John Locke. Ia memperkenalkan teori tabularasa yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang lahir, ia diumpamakan sebagai kertas buram yang putih, belum ada ditulisi atau digoresi dengan bakat apa pun. Jiwanya masih bersih dari pengaruh keturunan sehingga pendidik dapat membentuknya menurut kehendaknya. Aliran dalam pendidikan yang menganut fahaman emperisme ini disebut aliran yang optimis. William Stern menggabungkan kedua-dua pendapat di atas ke dalam hukum konvergensi yang mengatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan yang dialami kanak-kanak adalah pengaruh dari unsur lingkungan dan pembawaan. d. Hukum Kesatuan Organ Setiap kanak-kanak terdiri dari organ-organ (anggota) tubuh, yang merupakan satu kesatuan, di antara organ-organ tersebut antara fungsi dan bentuknya, tidak dapat dipisahkan berdiri integral. Contohnya perkembangan kaki yang semakin besar dan panjang, mesti diiringi oleh perkembangan otak, kepala, tangan, dan lain-lainnya. e. Hukum Hierarki Perkembangan Menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mungkin akan mencapai suatu fasa tertentu dengan cara spontan akan tetapi harus melalui tingkat-tingkat/ tahap tertentu yang telah tersusun perkembangan diri seseorang menyerupai tingkat perkembangan. Contoh: perkembangan fikiran/ intelek kanak-kanak, mesti

28

Psikologi Perkembangan

didahului dengan perkembangan pengenalan dan pengamatan. f. Hukum Masa Peka Masa peka ialah suatu masa yang paling tepat untuk berkembang suatu fungsi jiwa atau fisik seorang kanak-kanak kerana perkembangan suatu fungsi tersebut tidak berjalan secara serempak/ bersamaan antara satu dengan yang lainnya. Suatu contoh: masa peka untuk berjalan bagi seorang kanak-kanak itu pada awal tahun kedua dan untuk bercakap, sekitar tahun pertama. Istilah masa peka pertama kali ditampilkan oleh seorang ahli Biologi (biolog) dari Belanda, bernama Prof. Dr. Hugo de Vries (1848-1935). Kemudian istilah tersebut dibawa ke dalam dunia pendidikan, khususnya psikologi oleh Dr. Maria Montessori (Italia, 1870-1952). Perhatin perlu diberikan pada waktu ini, jangan sampai masa peka ini berlalu tanpa faedah, dan sia-sia bagi seorang kanak-kanak. g. Hukum Memperkembangkan Diri Dalam kehidupan terdapat dorongan dan hasrat untuk mempertahankan diri. Dorongan yang pertama adalah dorongan mempertahankan diri, kemudian disusul dengan dorongan mengembangkan diri. Dorongan mempertahankan diri terjadi, misalnya pada dorongan makan dan menjaga keselamatan diri sendiri. Kanakkanak menyatakan perasaan lapar, haus, dan sakit dalam bentuk menangis. Jika ibu-ibu mendengar anaknya menangis, tangisnya itu dianggap sebagai dorongan mempertahankan diri. Dalam perkembangan jasmani terlihat hasrat dasar untuk mengembangkan pembawaan. Untuk kanak-kanak, dorongan mengembangkan diri berbentuk hasrat mengenal lingkungan, usaha belajar berjalan, kegiatan bermain, dan sebagainya. Di kalangan remaja timbul rasa persaingan dan perasaan belum puas terhadap apa yang telah tercapai. Hal ini dapat dianggap sebagai dorongan mengembangkan diri.

Prinsip Perkembangan

29

Tidak seorang kanak-kanak manusia normal yang inginkan kemunduran perkembangan dalam dirinya, dungun, dan lain sebagainya. Tetapi sebaliknya ,setiap kanak-kanak pasti memerlukan perkembangan diri ke arah suatu kemajuan, dalam suatu peringkat yang lebih tinggi dari peringkat sebelumnya. Contoh; seorang kanak-kanak ingin jadi juara, ingin pandai, ingin berjaya, dan sebagainya. h. Hukum Rekapitulasi Hukum ini lanjutan dari teori reka pitulasi, iaitu perkembangan jiwa kanak-kanak adalah ulangan kembali secara singkat dari perkembangan manusia di dunia. Dari masa berburu hingga masa industri. Hackel, seorang ahli biologi memperkenalkan hukum biogenetis. Dalam hukum itu dikatakan Ontogense adalah rekapitulasi, dari phylogenese. Ontogenese adalah perkembangan individual. Phylogenese adalah kehidupan nenek moyang suatu bangsa. Rekapitulasi berasal dari kata rekap. Hukum biogenetis yang berasal dari Hackel itu oleh Stanley Hall dinamakan teori rekapitulasi. Teori rekapitulasi mengatakan bahawa perkembangan yang dialami seorang kanak-kanak merupakan ulangan (secara cepat) sejarah kehidupan suatu bangsa yang berlaku dengan lambat selama berabad-abad. Jika pengertian rekapitulasi ini dialihkan (dipindahkan) ke psikologi perkembangan, dapat dikatakan bahawa perkembangan jiwa kanak-kanak mengalami ulangan ringkas dari sejarah kehidupan manusia. Walaupun masih ada orang yang berpendapat lain, namun sebahagian besar antara mereka itu mengakui adanya persamaan dengan kehidupan kebudayaan mulai dari bangsabangsa primitif hingga kepada kehidupan kebudayaan bangsa yang ada dewasa ini. Mereka membahagi- bahagi kehidupan kanakkanak seperti berikut. 1. Masa memburu dan menyamun Masa ini dialami ketika kanak-kanak berusia sekitar 8 tahun.

30

Psikologi Perkembangan

Tanda-tanda misalnya, kanak-kanak senang menangkap-nangkap dalam permainannya, memanah dan menembak binatang. Tandatanda pada kanak-kanak lain, misalnya, senang bermain kejarkejaran, peranang-peranang dan bermain panah-panahan. 2. Masa menggembala Masa ini dialami ketika kanak-kanak berusia sekitar 10 tahun. Tanda-tandanya, misalnya kanak-kanak senang memelihara binatang seperti ayam, kambing, kelinci, merpati dan sebagainya. 3. Masa bercucuk tanam Masa ini dialami kanak-kanak ketika berumur sekitar 12 tahun. Tanda-tandanya, misalnya, senang berkebun, menyirami pokok bunga. 4. Masa berdagang Masa ini dialami kanak-kanak ketika ia berusia sekitar 14 tahun. Tanda-tandanya, misalnya, senang bertukar-tukar barang dengan kawan, bertukar-tukar gambar dengan sahabat pena, bermain jualjualan seperti bekas pensil, dan sebagainya. 4. Fasa-Fasa Perkembangan

Selama perkembangannya, kehidupan individu-individu itu tidak statik melainkan dinamik, dan pengalaman belajar yang ditunjukan kepada mereka harus sesuai dengan sifat-sifat khasnya yang sesuai dengan masa perkembangannya itu. Pengalaman belajar yang disajikan kepada mahapelajar harus sesuai dan fleksibel untuk individu pada usia pelajar, yang tentu saja berlainan dengan pengalaman belajar yang sesuai untuk individu pada usia sekolah rendah. Tentu sekali tidak ada orang yang membantah, bahawa perkembangan itu merupakan hal yang berkesinambungan. Akan tetapi, untuk lebih mudah difahami dan dipersoalkan, biasanya orang menggambarkan perkembangan itu dalam fasa-fasa atau

Prinsip Perkembangan

31

masa-masa tertentu. Masalah masa perkembangan ini biasanya juga merupakan masalah yang banyak dipersoalkan oleh para ahli; pendapat mereka mengenai dasar dasar masa serta pelbagai jangka masa yang pada umumnya lebih bersifat perbuatan daripada konsepsional. Pendapat-pendapat mengenai pebagai tahap itu secara garis besar dapat digolongkan menjadi tiga golongan, iaitu: a. Berdasarkan biologi. b. Berdasarkan diduktif/ instuksional c. Berdasarkan psikologik. Perhatian penting, tidak semestinya ia mengambil satu pendapat dan mengabaikan pendapat lain melainkan ia diambil secara pilihan antara pendapat. a. Tahap Perkembangan Berdasarkan Biologi Sekelompok ahli dalam membuat penahapan menjadikan diri sebagi asas pada keadaan atau proses biologi tertentu; di antara yang berpendapat demikian, misalnya Aristotles, Kretschmer, dan Freud. 1.Pendapat Aristoteles Aristoteles menggambarkan perkembangan kanak-kanak sejak lahir sampai dewasa itu dalam tiga tahap yang masing-masing lamanya tujuh tahun. Tahap 1: dari 0 sampai 7 :masa kanak-kanak kecil atau masa bermain. Tahap 2: dari 7 sampai 14:masa kanak-kanak, masa belajar atau masa sekolah rendah

32

Psikologi Perkembangan

Tahap 3: dari 14 sampai 21: masa remaja atau pubertas; masa peralihan dari kanak-kanak menjadi orang dewasa. Penahapan ini didasarkan atas gejala dalam perkembangan jasmani. Hal ini mudah ditunjukkan; antara tahap 2 dan tahap 3 dibatasi dengan pergantian gigi, antara tahap 2 dan 3 dikenalpasti ,berfungsinya perlengkapan kelamin(misalnya kelenjar). 2. Pendapat Kretschmer Kretscher mengemukakan bahawa dari lahir sehingga dewasa, setiap individu melalui empat tahap, seperti dikemukakan dibawah in. Tahap 1 Tahap 2 :dari 0 sampai kira-kira 3: Fullungs periode 1. Pada masa ini kanak-kanak kelihatan pendek gemuk. :kira-kira 3 sampai kira-kira 7: Streckungs periode 1. Pada fasa ini akan kelihatan langsing (memanjang/meninggi) :dari kira-kira 7 sampai kira-kira 13: Fullungs periode 2. Pada fasa ini kanak-kanak kelihatan pendek gemuk kembali. :dari kira-kira 13 sampai 20 : Streckungs periode 2. Pada fasa ini kanak-kanak kembali kelihatan langsing.

Tahap 3

Tahap 4

Kehidupan psikis kanak-kanak pada tahap-tahap tersebut juga menunjukkan sifat-sifat yang khas. Pada tahap-tahap fullungs kanak-kanak menunjukkan sifat-sifat yang mirip dengan temperamen orang yang berkonstitusi berkelah, jadi seperti seperti orang yang cyclothum: jiwanya terbuka, mudah bergaul, mudah didekati, dan sebagainya. Pada tahap-tahap strecktung, individu menunjukkan sifat-sifat yang mirip dengan tempermen orangorang berkonstitusi leptosom, jadi seperti orang schizothym: jiwanya tertutup, sukar bergaul, sukar didekati, dan sebagainya. 3. Pendapat Freud

Prinsip Perkembangan

33

Freud berpendapat bahawa kanak-kanak sampai kira-kira 5 tahun melalui fasa-fasa yang berbeza secara dinamik, kemudian sampai 12 tahun atau 13 mengalami masa tenang atau fasa laten; pada masa laten ini dinamika menjadi stabil. Dengan datangnya masa remaja (pubertas) dinamika meletus lagi, dan seterusnya makin tenang jika orang menjadi makin dewasa, iaitu sekitar 20 tahun. Walaupun perkembangan ke arah kedewasaan itu terjadi sampai individu berumur sekitar 20, namun menurut Freud masa yang paling menentukan dalam pembentukan personaliti adalah masa sampai 5 tahun. Adapun fasa-fasa perkembangan itu menurut Freud adalah seperti ditunjukkan di bawah ini. 1. Fasa oral dari 0 hingga 1 Pada fasa ini mulut merupakan daerah pokok aktif dan dinamik. 2. Fasa anal dan tahanan terpusat pada fungsi pembuangan kotoran. 3. Fasa falis dari kira-kira 3 sampai kira-kira 5 Pada fasa ini alat-alat kelamin merupakan daerah organ terpenting. 4. Fasa laten dari kira-kira 5 sampai kira-kira 12 atau 13 Pada fasa ini impuls-impuls cenderung untuk ada dalam keadaan Mengendap. 5. Fasa pubertas dari kira-kira 12 atau 13 sampai kira-kira 20 Pada fasa ini impuls-impuls itu dapat dipindahkan dan disublimasikan oleh das ich dengan berhasil, maka sampailah orang kepada fasa kematangan 6. Fasa genital individu yang telah mencapai fasa ini tetap siap untuk melangkah ke dalam kehidupan masyarakat orang dewasa

34

Psikologi Perkembangan

b. Tahap Perkembangan Berdasarkan Diduktif/ Instuksional Dasar diduktif atau instuktional yang dipergunakan oleh para ahli di sini ada beberapa kemungkinan iaitu: Apa yang harus diberikan kepada kanak-kanak didik pada masa-masa tertentu. ii Bagaimana caranya mengajar mempraktikkan pengalaman belajar kepada kanak-kanak didik pada masa-masa tertentu itu. iii Menerapkan kedua hal yang telah disebutkan bersamasama. Yang dapat digolongkan ke dalam penahapan berdasarkan diduktif adalah antara lain pendapat Comenius dan pendapat Rousseau. 1. Pendapat Comenius Konsepsi Comenius itu sangat popular, kerana nilai praktisnya. Comenius merancangkan bidang pendidikan yang disesuaikan dengan sifat-sifat khas individu dalam masa perkembangannya. Dengan kata lain, dalam masa perkembangannya, individu pada umumnya menunjukkan sifat-sifat serasi dengan bidang pendidikan tertentu. Adapun pendapat Comenius adalah sebagai berikut: Dipandang dari segi pendidikan, pendidikan yang lengkap bagi seseorang berlaku dalam empat bidang, seperti yang dipaparkan dibawah ini. Sekolah ibu (school maternal) untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. ii Sekolah bahasa ibu (school vernacula), untuk kanakkanak umur 6 hingga 12 tahun. iii Sekolah latin (school latins ), untuk remaja umur 12 hingga 18 tahun. iv Kolej (academia) untuk remaja umur 18 hingga 24 tahun. Untuk masing- masing sekolah tersebut harus diberikan bahan pengajaran (bahan pendidikan) yang sesuai dengan perkembangan i i

Prinsip Perkembangan

35

kanak-kanak didik, dan harus dipergunakan cara-cara penyampaian yang sesuai dengan perkembangannya. 2. Pendapat Rousseau Rousseau dengan karyanya Emili eu de Ieducation juga mengemukakan penahapan atas dasar diduktif. Buku karya Rousseau itu terdiri atas lima jilid . jilid 1 sampai jilid 4 membicarakan pendidikan kanak-kanak lelaki (Emili), dan buku jilid 4 membicarakan pendidikan kanak-kanak perempuan (sophie). Pendapat Rousseau adalah sebagai berikut: i ii iii iv Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 :umur 0 hingga 2 tahun:masa asuhan :umur 2 hingga 12 tahun: masa pendidikan jasmani dan latihan pancaindera. :umur 12 tahun hingga 15 tahun, tingkath pendidikan akal. :umur 15 hingga 20 tahun, tingkat pendidikan watak dan pendidikan agama.

c. Tahap Perkembangan Berdasarkan Psikologi Pihak-pihak yang mengikuti pendapat ini menyatakan bahawa apabila bercakap tentang perkembangan psikologi, maka hendaknya ia menggunakan hal-hal psikologi sebagai landasan, bukan keadaan biologi atau keadaan-keadaan lain. Kelompok ahli ini, yang dirintis oleh Kroh, mencari pengalaman-pengalaman psikologi yang khas bagi individu pada umumnya, yang dapat digunakan sebagai masa perpindahan dari fasa satu ke fasa yang lain dalam perkembangannya, pada umumnya individu mengalami masa-masa kegoyahan. jika perkembangan itu dapat dilukiskan sebagai proses evolusi, maka pada masa kegoyahan itu evolusi berubah menjadi revolusi. Kecelaruan psikis itu dialami oleh hampir setiap orang, kerana ini dapat digunakan sebagai perubahan perpindahan dari masa yang satu ke masa yang lain dalam proses perkembangannya. Pada

36

Psikologi Perkembangan

umumnya, selama perkembangannya individu mengalami masa kegoncangan selama dua kali, iaitu yang pertama kira-kira pada tahun ketiga atau keempat, dan yang kedua pada permulaan masa pubertas. Berdasarkan atas kedua masa kecelaruan itu, perkembangan individu dapat digambarkan melalui tiga tingkat atau masa, iaitu: 1. Dari lahir hingga masa kecelaruan pertama, yang biasanya disebut masa kanak-kanak. 2. Dari masa kecelaruan pertama hingga masa kecelaruan kedua, yang biasanya disebut masa keserasian bersekolah. 3. Dari masa kecelaruan kedua sehingga akhir masa remaja, yang disebut masa kematangan. Umur berapa tepatnya masa remaja tidak dapat dikatakan dengan pasti, tetapi umumnya dapat diterima sebagai perubahan pada umur 21 tahun. 3. Pendapat Piaget Suatu pendapat lain yang berdasarkan atas keadaan psikologik, terutama perkembangan intelektual adalah pendapat Piaget, yang akhir-akhir ini cepat sekali perkembangannya,. Berdasaarkan perkembangan intelektual individu, perkembangan dapat digambarkan dengan melalui empat fasa iaitu: 1.Fasa senso-motor , yang berlaku dari umur 0 hingga umur 2 tahun. 2. Fasa pra-operasional, dari umur 2 hingga 7 tahun. 3. Fasa operasional konkrit, yang berlaku dari umur 7 hingga umur 12 tahun. 4. Fasa operasional konkrit, yang berlaku dari umur 7 hingga umur 12 tahun.

Prinsip Perkembangan

37

Menurut Piaget dari fasa satu ke fasa lain tidak hanya terdapat perbezaan yang sifatnya kuantitif, tetapi juga, dan ini justeru yang terpenting, terdapat kualitif. Perkembangan individu sejak lahir hingga dewasa. a. b. c. d. Masa usia pra-sekolah iaitu dari umur 0 hingga kiraa-kira umur 6 tahun. Masa sekolah usia dasar, iaitu dari kira-kira umur 6 hingga 12 tahun. Masa usia sekolah menengah, iaitu dari kira-kira umur 12 hingga kira-kira19 tahun Masa usia mahapelajar, iaitu dari kira-kira umur 18 hingga kira-kira umur 25 tahun.

a. Masa Usia Pra-Sekolah Masa usia pra-sekolah, iaitu dari lahir hingga berumur 6 tahun dapat diterperinci lagi menjadi: 1. Masa Vital Masa vital ini dimulai dengan kelahiran si kanak-kanak. Beberapa hal yang sering dipersoalkan mengenai kelahiran kanak-kanak ialah: i ii iii Apakah kanak-kanak itu lahir atau dilahirkan. Mengapa kanak-kanak yang baru lahir itu sentiasa menangis. Mengapa kanak-kanak yang baru lahir itu sangat tidak berdaya jika dibandingkan dengan kanakkanak haiwan.

Jawapan terhadap ketiga pernyataan di atas itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang berbeza satu sama lain. Banyak ahli telah melakukan penelitian mengenai masa vital ini. Hasil-hasil penelitian itu menunjukkkan kemajuan-

38

Psikologi Perkembangan

kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak pada umumnya sampai umur 2 tahun. Yang penting ialah pada masa ini kanak-kanak menggunakan fungsifungsi biologi untuk menemukan pelbagai hal dalam dunianya; jadi untuk belajar. Freud menamakan tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak sebagai sumber keseronokan dan ketidakeselesaan. Pendapat itu beralasan pada kenyataan bahawa pada masa ini mulut memainkan perananan terpenting dalam kehidupan individu. Kenyataan ini menurut penulis perlu diberi interprestasi lain, bahawa kanak-kanak memasukkan apa saja yang dijumpai kedalam mulutnya bukan kerana mulut merupakan sumber kenikmatan utama, tetapi kerana pada saat ini mulut merupakan alat untuk melakukan eksplorasi dan belajar. Pada tahun kedua kanak-kanak telah belajar berjalan. Dengan dapat berjalan, kanak-kanak mulai menguasai ruang. Mula-mula ruang tempat dia berada, kemudian ruang dekat, dan seterusnya ruang yang jauh. Pada tahun kedua juga, kanak-kanak mulai diperkenalkan dengan kebersihan (toilet training). Melalui latihan dengan kebersihan itu, kanak-kanak belajar mengendalikan impuls-impuls yang datang dari dalam dirinya. 2. Masa Estetik Biasanya estetik ini dianggap sebagai masa perkembangan rasa keindahan. Anggapan itu timbul kerana nama estetik. Sebenarnya, estetik bererti bahawa pada masa ini perkembangan kanak-kanak yang terutama adalah fungsi pancainderanya dan dalam ekslorasi dan pembelajaran menggunakan pancaindera. Pada masa ini panca inderanya masih dalam keadaan peka, kerana itu pulalah Montesori menciptakan bermacam-macam alat permainan yang dimaksudkan untuk melatih pancaindera. Pada masa inilah muncul gejala kenakalan, yang umumnya terjadi pada umur 3 hingga 5 tahun. Kanak-kanak sering menentang kehendak orang tua, kadangkadang menggunakan kata-kata kasar, dengan sengaja melanggar apa yang dilarang dan tidak melakukan apa yang diharuskan untuk

Prinsip Perkembangan

39

dilakukan, dan sebagainya.Gejala seperti digambarkan di atas itu umumnya terjadi pada kanak-kanak pada umur-umur tersebut, sehingga menarik perhatian, baik perhatian para ahli mahupun bukan ahli. Nama yang diberikan kepada masa ini, iaitu masa kenakalan, bermacam-macam, misalnya: -Trotzzlter menurut Oswald Kroh -Protestphase menurut Langeveld. -Masa individualsering I, menurut Carp. -Sejumlah ahli menyebutnya masa pubertas I. Apakah sebabnya kanak-kanak terjadinya kenakalan tersebut? Jawapannya adalah berbagai, dan di bawah ini dikemukakan beberapa dari jawapan-jawapan tersebut. Freud menerangkan gejala ini dengan teorinya dengan kompleks Oedipus. Secara ringkas, kompleks Oedipus terdiri dari golongan seksual terhadap orang tua yang berlainan jenis kelaminnya. Jadi kanak-kanak lelaki akan menganggap ayahnya sebagai saingan dalam merebutkan kasih saying ibu, sedangkan kanak-kanak perempuan akan menganggap ibu sebagai saingan dalam merebut kasih saying ayah. Kerana rasa bersaing inilah maka timbul kenakalan - kenakaln kanak-kanak itu. Ini menunjukkan bahawa keterangan di atas kurang dapat diterima terutama dasarnya yang panseksualistik. Keterangan yang lebih dapat diterima adalah sebagai berikut. Berkat perkembangan bahasanya, yang merupakan modal utama bagi kanak-kanak dalam menghadapi dunianya, sehigga kanakkanak pada deria sendiri atau terhadap menemukan dirinya, iaitu satu tahap ketika kanak-kanak menemukan dirinya sebagai subjek. Kalau pada masa-masa sebelumnya kanak-kanak masih merasa

40

Psikologi Perkembangan

bersatu dengan dunianya, belum mampu mengadakan pemisahan secara sebenar antara dirinya sendiri sebagai subjek dan yang lain sebagai objek, maka kemampuan itu kini dimiliki. Kini dia menyedari bahawa dirinya juga subjek yang mempunyai halangan untuk menghendaki sesuatu, mempunyai pula kebebasan untuk menolak sesuatu. Dan kerana jarang menemukan kenyataan tersebut maka kanak-kanak seakan-akan bergaul ingin mendapatkan pengalaman, bagaimana kiranya sebagai subjek yang bebas menentukan keinginannya. Pada masa ini, kanak-kanak dapat digambarkan sebagai demam menghendaki sebuah bola, dan kehendaknya itu tak dapat ditahan; tetapi kalau kanak-kanak itu telah memperolehnya maka dia tidak lagi mempedulikan bola itu, dan menghendaki barang yang lain lagi; dan sebagainya. Kadang-kadang ia melanggar perkara yang dilarang, dan menentang perkara yang disuruh. Hal yang demikian itu berlaku bukan kerana dia keras kepala, melainkan hanya kerana ingin mengalami dan ingin menyaksikan akibatnya. Dipandang dari segi pendidikan, masa ini merupakan masa yang sukar. Bagaimanakah sikap pendidik yang sebaik-baiknya? Dalam menghadapi kanak-kanak yang sedang mengalami masa nakal ini sikap yang paling bijaksana ialah jalan tengah, iaitu sikap yang tidak ekstrem, baik ekstrem menekan, mahupun ekstrem yang memanjakan. Jika pendidik (orang dewasa) memaksakan pendiriannya sendiri dengan memakai kekerasan dan kekuasaan sebab dia lebih kuat, maka kanak-kanak itu akan mengalah dan tunduk kepada pendapat orang dewasa, sedangkan kemahuannya sendiri akan lenyap dan tidak berkembang. Kanak-kanak yang demikian itu nantinya akan menjadi individu yang tidak mempunyai inisiatif dan tanpa kemahuan; dia akan terbiasa bersikap menunggu perintah. Sebaliknya, jika kanak-kanak itu dituruti saja apa kehendaknya, atau dibiarkan saja berbuat sesukanya, dengan

Prinsip Perkembangan

41

maksud untuk menghindarkan persengketaan antara dia dengan orang dewasa, maka tindakan yang digambarkan itu hanya merupakan pengunduran sengketa itu saja, yang nantinya akan timbul lagi dengan lebih kuat. b.Masa Usia Sekolah rendah Masa usia sekolah rendah sering pula disebut sebagai masa intelektual atau masa keserasian sekolah. Sifat-sifat pada masa ini akan dijelas secara ringkas di sini. Setelah kanak-kanak melalui cabaran yang pertama maka proses sosialisasinya telah berlaku dengan lebih efektif, sehingga menjadi matang untuk masuk sekolah rendah. Pada umur berapa seharusnya kanak-kanak sesuai untuk kanak-kanak masuk sekolah rendah, sebenarnya sukar ditentukan, kerana kematangan itu tidak ditentukan oleh umur semata-mata, namun pada umur 6 atau 7 tahun biasanya kanak-kanak memang telah matang untuk masuk sekolah rendah. Pada masa keserasian bersekolah ini secara relatif kanakkanak lebih mudah dididik daripada masa sebelum dan sesudahnya. Masa ini dapat diperinci lagi menjadi dua fasa, iaitu (1) masa kelas-kelas rendah dan (2) masa kelas-kelas tinggi sekolah rendah, iaitu dari kira-kira umur 9 atau 10 sampai kira-kira umur 12 atau 13 tahun. 1. Masa Kelas-Kelas Rendah Sekolah rendah Beberapa sifat khas kanak-kanak pada masa ini antara lain adalah seperti yang disebutkan di bawah ini: i Adanya kolerasi positif yang tinggi antara keadaan jasmani dengan prestasi sekolah. ii Sikap tunduk kepada peraturan-peraturan permainan yang tradisional. iii Ada kecenderungan memuji diri sendiri.

42

Psikologi Perkembangan

iv Suka membanding-bandingkan dirinya dengan kanak-kanak lain, kalau hal itu dirasanya menguntungkan; dalam hal ini ada kecenderungan untuk meremehkan kanak-kanak lain. v Kalau tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah, maka masalah itu dianggap tidak penting. vi Pada masa ini (terutama pada umur 6-8 tahun), kanak-kanak menghendaki nilai yang baik kepadanya tanpa memikirkan adakah sesuai diberi nilai yang baik sebegitu. 2.Masa Kelas-Kelas Tinggi Sekolah rendah Beberapa sifat khas kanak-kanak pada masa ini adalah sebagai berikut: i adanya minat terhadap kehidupan serius sehari-hari yang kukuh, hal ini menimbulkan adanya kecenderungan untuk membandingkan pekerjaanpekerjaan yang serius. Amat realities, ingin tahu, ingin belajar. Menjelang akhir masa ini telah ada minat kepada halhal dan mata pelajaran khusus, mengikut ahli-ahli yang mengikuti toeri faktor, ditafsirkan sudah mula ketara faktor-faktor. Sampai kira-kira umur 11 tahun kanak-kanak mengutamakan seorang guru atau orang dewasa lainnya untuk menyelesaikan tugasnya dan memenuhi keinginan; setelah kira-kira umur 11 tahun pada umumnya kanak-kanak menghadapi tugas-tugasnya dengan bebas dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Pada masa ini kanak-kanak memandang nilai sebagai ukuran yang tepat (sebaik-baiknya) mengenai prestasi

ii iii

iv

Prinsip Perkembangan

43

vi

sekolah. Kanak-kanak pada masa ini gemar membentuk kelompok sebaya, biasanya untuk dapat bermain bersama-sama.

Di dalam permainan ini biasanya kanak-kanak tidak lagi terikat kepada aturan permainan yang tradisional; mereka membuat peraturan sendiri. Sementara dari hasil-hasil penelitian adalah seperti berikut. Sifat-sifat khas kanak-kanak masa pueral itu dapat diringkaskan dalam dua hal, iaitu: (a) ditujukan untuk berkuasa dan (b) ekstravers, sikap tingkah laku, dan perbuatan kanak-kanak puer ditujukan untuk berkuasa; apa yang diinginkan dan dijadikan idam-idaman adalah si kuat, si jujur, si menang, si juara, dan sebagainya. Kecuali itu sikap, tingkah laku, dan perbuatan kanak-kanak puer juga ekstravers, berorentasi ke luar dirinya; hal ini mendorongnya untuk menyaksikan keadaan-keadaan dunia luar dirinya dan mencari teman sebaya untuk memenuhi keutamaan psikisnya itu. Demikianlah kanak-kanak masa ini membentuk kelompok-kelompok sebaya untuk mencari kemenangan, memperlihatkan kekuasaan, dan sebagainya. Kerana itu, seringkali masa ini diberi ciri sebagai masa competitive socialization. Pada mereka dorongan bersaing besar sekali dan hal ini disalurkan dalam hubungan dengan teman-teman sebayanya. Dalam persaingan itulah kanak-kanak puer mendapatkan sosialisasi lebih lanjut. Kanak-kanak puer umum sekali digelar sebagai si tukang jual aksi, sementara ada juga yang menggelarnya si pengecut. Dia menyatakan dapat melakukan ini dan itu (si tukang aksi), tetapi di samping itu tidak berani berbuat begini atau begitu (si pengecut). Juga di dalam cita-cita kanak-kanak puer itu menunjukkan perasaan akan kekuatan sendiri dan perasaan dapat melakukan

44

Psikologi Perkembangan

sesuatu. Mereka ingin menjadi orang-orang yang mempunyai kekuatan besar, misalnya: kapten perahu besar, penerbang jet atau penerbang angkasa lepas, juaraa tinju, juara lumba kereta, juara bola sepak, dan sebagainya. Dengan hal sikap ekstrasvers dapat dikemukakan hal-hal sebagai berikut. Masa pueral adalah masa ketika kanak-kanak tidak sibuk dengan dirinya sendiri tetapi sibuk dengan yang lain; kanak-kanak menghadapi dunianya dengan aktiviti-aktiviti luar. Kerana itu masa ini dapat dianggap sebagai masa ke dalam alam kerja, iaitu alam mengenal dan berbuat. Suatu hal penting pada masa ini ialah sikap kanak-kanak terhadap penyertaan, khususnya penyertaan orang tua dan guru. Kanak-kanak puer menerima otoritas orang tua dan guru sebagai suatu hal yang wajar. Justeru kerana hal ini kanak-kanak mengharapkan adanya sikap yang objektif dan adil pada pihak orang tua dan guru serta pemegang otoritas orang dewasa yang lain. Sikap pilih kasih akan mudah dikenal dan menimbulkan masalah dikalangan mereka. c. Masa Usia Sekolah Menengah Masa usia sekolah menengah adalah dikatakan dengan masa remaja. Masa remaja merupakan masa yang banyak menarik perhatian, kerana sifat-sifat khasnya dan kerana perananannya yang menentukan dalam kehidupan individu dalam masyarakat orang dewasa. Banyak ahli yang berpendapat, bahawa hakikat masa ini ialah kematangan kehidupan seksual; kerana itu tidak menghairankan bahawa banyak penelitian mengenai kanak-kanak pada masa remaja ditujukan untuk mendapatkan informasi mengenai kehidupan seksual itu. Tetapi sebenarnya kematangan kehidupan seksual itu bukanlah satu-satunya hal dalam masa remaja ini, melainkan hanya merupakan salah satu aspek saja. Kalau ditinjau secara psikologi, persoalan yang timbul adalah seperti berikut. ketika umur 3 tahun kanak-kanak merasa sesuatu dengan dunianya.

Prinsip Perkembangan

45

Dirinya dan sekitar adalah identitinya. Pada kira-kira umur 3 tahun terjadilah masa kegoncangan yang pertama, kerana perkembangan kanak-kanak secara tidak sedari terpisah dari lingkungannya, sebagai subjek yang menghadapi objek. Pada masa ini dan tertumpu pada masa pueral- kanak-kanak bersikap ekstravers. Kerana manusia dewasa ini harus hidup dalam alam nilai-nilai itu, maka manusia muda itu perlu mengenal dirinya sendiri sebagai pendukung dan pelaksana nilai-nilai. Untuk itu, dai mengarahkan diri ke dalam (introvers), untuk menemui dirinya sendiri. Jadi hakikat masa remaja yang paling penting ialah mencari identity dirinya, merenung kembali cara hidup lama dan mencuba sesuatu yang baru dalam menjadi seorang yang dewasa. Untuk memudahkan perbincangan, masa remaja dapat diperincikan lagi oleh beberapa masa iaitu: (1) masa remaja awal atau masa pra-remaja, (2) masa remaja pertengahan atau semasa, dan (3) masa remaja akhir. 1. Masa Pra-Remaja Istilah masa pra-remaja digunakan untuk menunjukkan suatu masa yang langsung mengikuti masa pueral, biasanya berlaku hanya dalam waktu relatif singkat. Masa ini menunjukkan sifat-sifat negatif pada remaja. Berbagai gejala yang boleh dianggap gejala negatif pada mereka ialah antara lain tidak tenang, tidak suka bekerja, tidak suka bergerak, cepat lemah, kebiasaan banyak tidur, sifat-sifat negatif itu dapat diringkaskan sebagai berikut. 1.Negatif dalam prestasi, baik prestasi jasmani ataupun prestasi mental. 2.Negatif dalam sikap social, baik dalam bentuk menarik diri dari masyarakat (negatif pasif), ataupun dalam bentik agresif terhadap masyarakat (negatif aktif). Apakah sebabnya terjadi gejala-gejala negatif itu?

46

Psikologi Perkembangan

Kebanyakan ahli berpendapat bahawa gejala-gejala negatif tersebut mempunyai asal keadaan biologi, iaitu mulai bekerjanya kelenjar-kelenjar kelamin. Mulai bekerja kelenjar-kelenjar kelamin itu membawa perubahan-perubahan cepat dalam diri remaja dan seringkali perubahan-perubahan radikal itu tidak mereka fahami, sehingga menimbulkan rasa ragu-ragu, kurang pasti, malu, jengkel, dan sebagainya. 2.Masa Remaja Mengagungkan (mendewa-dewakan) sebagai gejala remaja. Di dalam fasa atau masa negatif untuk pertama kalinya remaja sedar akan kesepian yang tidak pernah dialaminya pada masa-masa sebelumnya. Kesepian di dalam penderitaan, iaitu tidak ada orang yang dapat mengerti dan memahaminya dan tidak ada orang yang dapat menenangkannya. Reaksi pertama-tama terhadap sekitarnya yang dirasai sebagai sikap membencinya dan memusuhinya. Langkah yang seterusnya ialah kebiasaan akan adanya teman yang dapat memahami dan menolongnya, teman yang dapat turut merasakan suka dan dukanya. Di sinilah mulai tumbuh dalam diri remaja untuk mencari pedoman hidup, mencari sesuatu yang dapat dipandang bernilai, lalu dikagumi, dan dipuja-puja. Pada masa inilah si remaja mengalami gangguan dalaman, sebab dia tidak mahu lagi menggunakan sikap dan pedoman hidup kanakkanaknya, tetapi belum mempunyai pedoman hidup yang baru. Kerana itulah ia merasa tidak tenang, banyak dorongan di dalam dirinya mencabar dirinya kerana merasa mampu, tetapi dalam pada itu dia mencari pertolongan kerana belum dapat mencapai keinginannya. Proses terbentuknya hidup atau pandangan hidup atau cita-cita hidup dipandang sebagai penemuan nilai-nilai hidup di dalam eksplorasi si remaja. Secara ringkas, proses penemuan nilai-nilai hidup itu dapat digambarkan dalam tiga langkah, seperti disajikan

Prinsip Perkembangan

47

di bawah ini. Pertama, kerana tidak adanya pedoman, si remaja merindukan sesuatu yang dapat dianggap bernilai, lalu dipuja. Pada taraf pertama, sesuatu yang dipuja belum mempunyai bentuk tertentu; bahkan seringkali si remaja hanya tahu bahawa dia meninginkan sesuatu, tetapi tidak tahu apa yang diinginkannya itu dari keadaan kehidupan batin yang demikian itulah banyak terlahir sajak-sajak alam. Seterusnya, pada taraf kedua, objek pemujaan itu menjadi lebih jelas, iaitu peribadi-peribadi yang dipandang menyokong nilai-nilai tertentu (jadi personafikasi nilai-nilai). Dalam pemujaan terhadap orang-orang tertentu ini umumnya terdapat perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan; kanakkanak lelaki sering aktif meniru, sedangkan kanak-kanak perempuan kebanyakaan pasif, mengagumi dan memuja dalam khayal. Pada masa ini pulalah umumnya rasa kebangsaan tumbuh dengan subur. Pada taraf yang berikutnya, taraf ketiga, si remaja telah dapat menghargai nilai-nilai bebas dari pendukungnya. Nilai dapat difahami dan ditangkap sebagai sesuatu yang abstrak. Pada saat inilah tiba waktunya bagi si remaja untuk menentukan pilihan atau pendirian hidupnya. Pada umur berapakah taraf seperti yang digambarkan ini tercapai, sukar dikatakan, kerana hal tersebut bergantung pada faktor-faktor lingkungan persekitaran. Namun dapat dikatakan bahawa taraf ini tercapai semasa remaja berusia sekitar 15 tahun. Penentuan pendirian hidup itu dapat terjadi, tetapi mengalami jatuh bangun dan pasang surut, kerana si remaja harus menguji nilai-nilai yang telah dipilihnya dalam kehidupan prktis dalam masyarakat. Kalau ternyata yang telah dipilihnya tidak tahan uji, maka si remaja akan menggantikannya dengan pilihan yang lain, begitu seterusnya. Setelah ternyata baginya bahawa nilai-nilai yang dipilihnya tahan uji, maka dipilihnya pendirian hidupnya. Setelah pendirian hidup itu dipilih, tidak bererti hal tersebut tidak

48

Psikologi Perkembangan

lagi mengalami perubahan. Pendirian yang telah dipilih itu tiaptiap kali dimodifikasi untuk mengikuti perubahan dan perkembangan masyarakat tempat si remaja hidup. 3. Masa Remaja Akhir Setelah si remaja dapat menentukan sistem nilai yang diikutinya, dia dapat menentukan pendirian hidupnya. Pada umumnya telah tercapai masa remaja akhir dan telah selesai tugas-tugas perkembangan masa remaja, iaitu menemukan pendirian hidup dan masuk dalam masa dewasa awal. d. Masa Usia Pelajar Kalau dilihat dari segi umur, kelompok pelajar itu terdiri dari pemuda dan pemudi dari sekitar umur 18 hingga 30 tahun dengan majoriti kelompok umur sekitar 18 hingga 25. Masa umur anatar 18 hingga 25 inilah masa pelajar sebenarnya. Mereka dapat digolongkan pada masa remaja akhir sampai masa dewasa awal atau dewasa pertengahan. Dilihat dari segi perkembangan, tugas perkembangan pada usia mahapelajar ini merupakan pemantapan pendirian hidup. Dengan kata lain, pemantapan itu dimaksudkan pengujian lebih lanjut dengan pendirian hidup serta penyiapan diri dengan keterampilan dan kemampuan yang diperlukan untuk merealisasikan pendirian hidup yang telah dipilihnya. Dengan sengaja disebutkan di sini konsep pengujian lebih lanjut dengan pendirian hidup, kerana sebenarnya jarang terjadi bahawa pendirian hidup yang ditetapkan itu mencapai bentuk yang pasti. Pada masa akhir remaja, yang bersamaan dengan tahuntahun pertama sebagai pelajar jika individu yang bersangkutan masuk institut pengajian tinggi, proses pematangan biologifisiologi makin melambat dan akhirnya mencapai taraf kematangan. Taraf ini biasanya dianggap telah tercapai dengan

Prinsip Perkembangan

49

berakhirnya pertambahan tinggi badan, yang terjadi sekitar umur 20 atau 21 tahun. Bersamaan dengan itu masalah-masalah yang berkaitan dengan perubahan fisiologi-biologi juga menghilang dan penemuan pendirian hidup makin mantap. Beberapa ahli menggambarkan penemuan atau penentuan pendirian hidup itu sebagai proses penemuan identiti diri (self-identify), iaitu diri sebagai pendokong atau pelaksana nilai-nilai tertentu. Bila terjadinya pendirian hidup atau identiti diri yang mantap itu sukar dikatakan, kerana banyak sekali faktor-faktor yang mempengaruhinya, terutama faktor-faktor sosiokultural. Namun, dalam perbandingan dengan pemuda-pemudi (yang hidup dalam kebudayaan barat), waktu tercapainya kemantapan pendirian hidup pada usia mahapelajar dalam konteks-rentangan yang sama, pemuda-pemudi lebih lambat. Hal ini bersumber pada kenyataan bahawa pemuda-pemudi hidup dalam konteks kebudayaan yang berbeza dari konteks kebudayaan Barat. Orang-orang Barat hidup berdasarkan self-reliance, yang mendorong bahawa sejak kecil kanak-kanak sudah dipersiapkan untuk dapat hidup berdikari, berdiri di atas kedua kaki sendiri. Di Malaysia, orang lebih mementingkan konformitas, saling menolong, sehingga dalam perkembangannya, kanak-kanak Malaysia pada umumnya lebih bersifat tergantung (dependent). Hal demikian tentu saja akan berpengaruh terhadap proses penemuan identiti diri. Atau dapat juga dikatakan bahawa konsep identiti diri untuk pemuda-pemudi Malaysia tidak sama dengan yang berlaku di Barat; perbezaan itu terletak pada perbezaan sistem nilai yang berlaku dikedua masyarakat. Pengujian pendirian hidup pemuda-pemudi usia mahapelajar dilakukan dalam pelbagai aspek sosial dalam berbagai kesempatan atau berbagai kelompok sosial. Pada umumnya, pada masa ini kelompok-kelompok sosial telah terbentuk berdasarkan atas sistem nilai-nilai tertentu, yang dari segi kehidupan bermasyarakat dipandang lebih matang daripada kelompokkelompok kanak-kanak remaja. Pada masa usia mahapelajar ini, kelompok-kelompok yang terjadi dengan dasar asal kumpul sudah

50

Psikologi Perkembangan

berkurang jika dibandingkan dengan masa remaja. Suatu perubahan yang terjadi secara lambat laun adalah perubahan dari sikap hidup yang idealistis ke sikap hidup realiti. Pemuda-pemudi usia mahapelajar telah mempunyai sikap hidup yang lebih reality, kerana sikap yang mula-mula sangat idealistis telah diujinya dengan kenyataan praktis dan sedikit demi sedikit telah dimodifikasikannya. Keinginan-keinginan yang kurang berdasar pada realiti, baik realiti dalam dirinya mahupun realiti dalam lingkungannya, telah digantikan dengan yang lebih berdasar pada realiti. Ini tidak beerti bahawa dikalangan pemuda- pemudi masa usia pelajar itu, tidak ada idealisme. Para pemuda-pemudi usia pelajar, idealismenya merupakan idealisme yang realistik, iaitu yang dapat dijelmakan dalam tindakan. Hal ini berkaitan dengan keinginan-keinginan yang ada pada remaja yang umumnya kurang bertumpu pada realiti. Suatu sifat khas yang lain ialah bahawa individu pada usia pelajar itu berada dalam vitalitas optimum. Perkembangan intelektualnya telah berada pada taraf operasional formal, sehingga kemampuan nalarnya tinggi. 5.Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan a.Faktor Keturunan (Warisan) Keturunan memainkan perananan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ia lahir ke dunia ini membawa berbagai ragam warisan yang berasal dari kedua ibu bapa atau nenek dan abang. Warisan(keturunan atau pembawaan) tersebut yang terpenting, antara lain bentuk tubuh, raut muka, warna kulit, kepandaian, bakat, sifat-sifat atau watak dan penyakit. Warisan atau keturunan yang dibawa kanak-kanak sejak dari kandungan sebahagian besar berasal dari kedua orang ibubapanya dan selebihnya berasal dari nenek dan moyangnya kedua belah pihak( ibu dan ayahnya). Hal ini sesuai dengan hukum Mendel, yang dicetuskan Gregor Mendel (1857) setelah mengadakan

Prinsip Perkembangan

51

percubaan mengahwinkan berbagai macam tanaman di kebunnya; antara lain sebagai berikut: Apabila bunga ros merah dikahwinkan dengan putih, hasilnya bunga ros menjadi merah jambu. ii Apabila turunan tersebut (berwarna merah jambu) dikahwinkan pada sesamanya (samasama berwarna meraah jambu) maka hasilnya ialah: 50% berwarna merah jambu. 25% berwarna merah. 25% berwarna putih. Hukum di atas diyakini berlaku juga untuk manusia. Angka peratus tersebut memberi erti warisan yang diterima kanak-kanak tidak selamanya berasal dari kedua orang ibubapanya, tetapi dapat juga dari nenek atau datuknya. Misalnya seorang kanak-kanak memiliki sifat pemarah. Itu tidak dimiliki oleh ibu bapanya tetapi datuknya. 1. Bentuk Tubuh dan Warna Kulit Salah satu warisan yang dimiliki oleh kanak-kanak sejak lahir adalah mengenai bentuk tubuh dan warna kulit. Misalnya ada kanak-kanak yang memilik bentuk tubuh gemuk seperti ibunya. Bila kanak-kanak yang berpembawaan gemuk seperti ini, bagaimanapun susah hidupnya nanti, dia sukar menjadi kurus, tetapi sebaliknya sedikit saja dia makan, akan mudah menjadi gemuk. Demikian juga dengan rambut kerinting, bagaimanapun berusaha untuk meluruskannya akan kembali menjadi kerinting. Cukup besar pengaruh keturunan (pembawaan) terhadap pertumbuhan jasmani kanak-kanak. Walaupun tingginya teknologi untuk mengubah bentuk dan warna kulit seseorang, namun fakor keturunan tidak dapat diabaikan begitu saja. i

52

Psikologi Perkembangan

2. Sifat-Sifat Sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang adalah salah satu aspek yang diwarisi dari ibu, ayah, nenek, dan datuk. Pelbagai sifat yang dimiliki manusia, misalnya: penyabar, pemarah, kikir(kedekut), pemboros, cermat, dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut dibawa manusia sejak lahir. Ada yang dapat dilihat atau diketahui sejak kanak-kanak masih kecil dan ada pula yang diketahui sesudah mereka besar. Misalnya sifat keras (pelawan) sudah dapat dilihat sewaktu kanak-kanak masih berumur kurang dari satu tahun, sedangkan sifat pemarah baru dapat diketahui setelah kanak-kanak lancar bercakap, iaitu sekitar umur 5 tahun. Sifat atau tabiat berbeza dengan kebiasaan. Sifat sangat sukar diubah, sedangkan kebiasaan dapat diubah setiap saat bila dikehendaki dengan bersungguh-sungguh. Kebiasaan minum minuman keras, mabuk, main judi, mencuri, dan sebagainya dapat diubah dan dibuang dari diri seseorang. Demikian pula dengan kebiasaan merokok, terlambat bangun tidur, tidur waktu siang, malas, dan sebagainya. Semuanya dapat diubah dan ditukar dengan kebiasaan yang baik, seperti rajin, lincah, cepat bangun, jujur, suka menolong, dan sebagainya. Sifat dan kebiasaan merupakan corak (warna) dari personaliti seseorang atau suatu suku bangsa. Misalnya suku Jawa, memiliki sifat ramah, lucu, dan sebagainya. Kebiasaan memakai kebaya dan kain batik oleh kaum wanitanya. Orang Barat, memiliki sifat sombong (tidak ramah), dinamik, suka berterus terang, dan sebagainya. Sementara kekuasaan mereka selalu jalan cepat, displin waktu, dan sebagainya. Para ahli psikologi telah membahagikan jenis-jenis manusia berdasarkan sifat yang dimiliknya. Salah satu pembahagian yang dikemukakan Edward Spranger adalah: 1) Manusia ekonomi : Memiliki sifat cermat, rajin bekerja, dan

Prinsip Perkembangan

53

sebagainya. 2) Manusia teori 3) Manusia politik 4) Manusia sosial 5) Manusia seni halus. 6) Manusia agama ibadah. : Suka berfikir, meneliti, dan sebagainya. : Suka menguasai dan memerintah. : Suka menderma dan membantu orang lain. : Suka keindahan dan memiliki perasaan : Suka mengabdi dan taat melaksanakan

Untuk mengetahui sifat atau watak kanak-kanak secara tepat dapat dilakukan dengan melakukan ujian personaliti. Namun, informasi yang diperoleh dari orang tua dengan sifat kanak-kanak anaknya merupakan bantuan yang sangat baik bagi guru. Mengetahui sifatnya atau watak kanak-kanak yang mendalam, akan membantu guru untuk mendidiknya. Misalnya, kanak-kanak yang penakut perlu dibangkitkan semangatnya agar menjadi berani mengemukakan pendapatnya. Demikian pula dengan kanak-kanak yang merasa rendah diri, perlu dibangkitkan rasa harga dirinya agar jiwanya tidak semakin tertekan. 3. Kecerdasan Kecerdasan adalah kemampuan yang bersifat umum untuk mengadakan penyesuaian terhadap suatu situasi atau masalah. Kemampuan yang bersifat umum tersebut meliputi berbagai jenis kemampuan psikis seperti abstrak, berfikiran luas, mengira, memahami, mengingat, berbahasa, dan sebagainya. Kemampuan umum atau kecerdasan seseorang dapat diketahui secara lebih tepat dengan menggunakan ujian kecerdasan. Pada sekolah yang tidak memiliki ujian kecerdasan, nilai kebanyakan sikap murid dapat menjadi penggantinya kerana nilai sikap merupakan gambaran dengan kecerdasan umum pada

54

Psikologi Perkembangan

setiap kanak-kanak. Melalui sikap dapat diketahui tahap kecerdasan kanak-kanak dibandingkan dengan teman-teman sekelasnya, walaupun belum dapat gambaran kecerdasan yang sesuai. Untuk mengetahui tingkat Kecerdasan seseorang secara mendalam harus digunakan ujian yang sesuai. Diantara ujian yang sesuai ialah: 1.Ujian Binet-Simon Ini adalah ujian kecerdasan yang pertama kali dicipta oleh Alfred Binet dan Theodere Simon pada tahun 1908 di Perancis. Pada mulanya ujian ini sangat sederhana dan hanya untuk kanakkanak saja. Akhirnya mendapat sambutan baik dari para ahli psikologi, sehingga ramai yang membuat ujian ini. Para ahli psikologi yang menyemak ujian Binet-Simon adalah: 1) Kuhlmanun tahun 1912 dan 1922. 2) Lewis Termasn dari Stanford University tahun 1916. 3) Mordon tahun 1932. 4) David Merril tahun 1937. Dengan menggunakan ujian kecerdasan, ia dapat menentukan tingkat kecerdasan atau intelligence quotient (IQ) seseorang. Untuk mencapai IQ rumusnya adalah: IQ = MA x 100 CA Keterangan:

Prinsip Perkembangan

55

MA (Mental Age atau umur psikik), iaitu berapa tahun umur yang normal setaraf dengan kecerdasan kanak-kanak yang sesuai. Misalnya si Ali berumur 5 tahun dapat menjawab ujian sebanyak 20 soalan dengan betul. Sedangkan kanak-kanak normal yang dapat menjawabnya adalah berumur 6 tahun. Jadi beerti umur psikik Ali adalah sama dengan kanak-kanak berumur 6 tahun. CA (Chronological Age atau umur kronologi), iaitu umur kanakkanak yang sebenarnya mengikut tarikh pada kalendar. Ali, misalnya CA-nya adalah 5 tahun, maka: IQ Ali = 6 x 100 = 120 5 Angka IQ Ali ialah 120 bermaksud dia tergolong dalam kanakkanak yang cerdas (superior). Di bawah ini dijelaskan maksud dari angka IQ. 140- ke atas 120-139 110-119 90-109 80-89 70-79 50-69 26-49 0-25 cerdas luar biasa (genius) sangat cerdas (superior) di atas normal. normal di bawah normal borderline (garis batas) debacle (kegagalan yang teruk) imbecile (dungun/ dungu) idiot (dungun/ cacat otak)

2. Ujian Wechsler Ini adalah ujian kecerdasan yang dibuat oleh Wechsler Bellevue tahun 1939. Ujian ini ada 2 jenis. Pertama untuk umur 16 tahun ke atas iaitu Wechsler Adult Intelligence Scale for Children (WISC). Ujian Wechsler meliputi dua bahagian, iaitu verbal dan perfomance (ujian lisan dan perbuatan atau keterampilan). Ujian

56

Psikologi Perkembangan

lisan meliputi pengetahuan umum, pemahaman, ingatan, mencari persamaan, hitungan, dan bahasa. Sedangkan ujian keterampilan meliputi: - Menyusun gambar. -Melengkap gambar. -Menyusun blok-blok kecil. -Menyusun bentuk gambar. -Sandi(kod angka-angka) Sistem seorang ujian Wechsler berbeza denagan BinetSimon. Jika Binet-Simon menggunakan skala umur maka Wechsler dengan skala angka. Pada ujian Wechsler, setiap jawapan diberi skor tertentu. Jumlah skor awal itu dipindahkan mengikut susunan jadual perubahan sehingga memperoleh angka IQ. Persamaan ujian Wechsler dengan Binet-Simon ialah kedua-dua ujian tersebut dilakukan secara individual (perseorangan). Selain ujian Binet- Simon dan Wechsler sebagaimana yang dikemukakan di atas masih ada lagi ujian kecerdasan lain yang dijalankan, iaitu ujian army alpha dan beta. 3. Ujian army alpha dan beta Ujian ini digunakan untuk menguji calon-calon tentera di Amerika Syarikat. Ujian army alpha khusus untuk calon tentera yang pandai membaca. Sedangkan army beta untuk calon yang tidak pandai membaca. Ujian ini diciptakan pada mulanya untuk memenuhi keperluan yang terdesak untuk memilih calon tentera pada waktu Peranang Dunia ke-II. Salah satu kelebihannya dibandingkan dengan ujian Binet-Simon dan Wechsler adalah ujian ini dilakukan secara rombongan (kelompok) dan menjimatkan masa.

Prinsip Perkembangan

57

4. Ujian Progressive Matrices Ujian kecerdasan ini diciptakan oleh L.S. Penrose dan J.C.Laven di British pada tahun 1938. Ujian ini dapat diberikan secara kelompok dan perseorangan. Berbeza dengan Binet dan Wechsler, ujian ini tidak menggunakan IQ tetapi menggunakan percentile. d. Bakat Bakat adalah kemampuan khusus yang menonjol di antara berbagai jenis kemampuan yang dimiliki seseorang. Kemampuan khusus ini biasanya berbentuk keterampilan atau suatu bidang ilmu, misalnya kemampuan khusus (bakat) dalam bidang seni muzik, seni suara, olahraga, matematik, bahasa, ekonomi, teknik, perguruan, sosial, agama, dan sebagainya. Seseorang umumnya memiliki bakat tertentu yang terdiri dari satu atau lebih kemampuan khusus yang menonjol dari bidang lain. Tetapi ada juga yang tidak memiliki bakat sama sekali, maksudnya lemah dalam semua bidang ilmu dan keterampilan. Ada pula sebahagian orang memiliki bakat serba boleh, maksudnya dia mampu menonjol. Orang seperti itu tergolong dalam golongan yang istimewa dan sanggup hidup di mana saja. Bakat (kemampuan khusus) adalah sama dengan kecerdasan yang merupakan warisan dari orang tua, nenek, datuk dari pihak ibu dan bapa. Warisan dapat dipupuk dan dikembangkan dengan bermacam cara terutama dengan latihan dan disokong dengan bantuan yang sepatutnya. Seseorang yang memiliki bakat tertentu sejak kecil, namun tidak memperolehi kesempatan untuk mengembangkannya kerana tidak memiliki dana untuk latihan, maka bakatnya tidak dapat berkembang. Hal seperti ini dikatakan bakat terpendam. Pada umumnya kanak-kanak yang mempunyai bakat dapat diketahui ibubapanya dengan memerhatikan tingkah laku dan kegiatan anaknya sejak dari kecil. Biasanya kanak-kanak yang memilik bakat dalam suatu bidang, dia gemar melakukannya atau

58

Psikologi Perkembangan

memperkatakan tentang bidang tersebut. Di sekolah, para guru dapat mengetahui, adakah muridnya memiliki bakat atau tidak, dengan melihat sikapnya contohnya apabila kanak-kanak tersebut memiliki nilai yang istimewa (9-10) dalam suatu mata pelajaran tertentu. Untuk mengetahui bakat seseorang secara terperinci, ia dapat dilakukan dengan menggunakan uji bakat. Beberapa uji bakat yang dikenalpasti ialah: 1. Uji bakat DAT (Differential Aptitude Test)

Melalui ujian ini dapat diukur beberapa aspek kemampuan seseorang, iaitu: - Kemampuan Verbal (bahasa) - Kemampuan mengira (matematik) -Berfikiran abstrak. - Kemampuan mekanis - Kecepatan dan ketelitian. 2. Uji bakat GATB (General Ability Test Betray) Dengan ujian ini dapat diukur: - Kemampuan Verbal. - Penguasaan bilangan - Pemahaman ruang. - Pengamatan bentuk. - Pengenalan tulisan. - Koordinasi gerak.

Prinsip Perkembangan

59

e.

Penyakit atau Cacat Tubuh

Beberapa penyakit atau cacat tubuh boleh diwarisi dari keturunan, seperti penyakit buta, saraf, dan luka yang lambat sembuh (darah terus keluar). Penyakit yang dibawa sejak lahir akan terus mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak. b. Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Persekitaran adalah keluarga yang mengasuh dan membesarkan kanak-kanak, sekolah tempat mendidik, masyarakat tempat kanak-kanak bergaul serta bermain seharian dan keadaan alam sekitar dengan keadaan iklimnya serta flora, dan fauna. Besar kecilnya pengaruh persekitaran terhadap pertumbuhan kanak-kanak bergantung pada keadaan lingkungan kanak-kanak itu sendiri serta jasmani dan rohaninya. 1. Keluarga Keluarga ialah tempat kanak-kanak diasuh dan dibesarkan, berpengaruh besar terhadap pertumbuhan dan perkembangannya, terutama keadaan ekonomi rumah tangga serta tahap kemampuan ibubapa dan sangat besar pengaruhnya terhadap pertumbuhan jasmani kanak-kanak. Sementara tahap pendidikan ibubapa juga besar pengaruhnya terhadap perkembangan rohaniah kanak-kanak, terutama personaliti dan kemajuan pendidikannya. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam lingkungan keluarga berada umumnya sihat dan cepat pertumbuhan badannya dibandingkan dengan kanak-kanak dari kelurga yang miskin. Demikian pula kanak-kanak yang mempunyai ibubapa

60

Psikologi Perkembangan

berpendidikan akan berpendidikan pula. 2. Sekolah

menghasilkan

kanak-kanak

yang

Sekolah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak terutama untuk kecerdasannya. Kanak-kanak tidak bersekolah akan ketinggalan dalam pelbagai aspek. Sekolah sangat berperananan dalam meningkatkan pola pemikiran kanak-kanak kerana di sekolah mereka dapat belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Tinggi rendahnya pendidikan dan jenis sekolahnya juga akan menentukan pola pemikiran serta personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak yang memasuki sekolah biasa berbeza personalitinya dengan kanak-kanak yang masuk STM. Demikian pula yang tamat dari sekolah tinggi akan berbeza pola pemikirannya dengan orang yang tidak bersekolah. 3. Masyarakat Masyarakat adalah lingkungan tempat tinggal kanak-kanak. Mereka juga termasuk teman-teman kanak-kanak di luar sekolah. Keadaan orang-orang kampung atau dibandar juga turut mempengaruhi perkembangan jiwanya. Kanak-kanak yang dibesarkan di bandar berbeza pola pemikirannya dengan kanak-kanak kampung. Kanak-kanak dibandar umumnya lebih bersikap dinamik dan aktif jika dibandingkan dengan kanak-kanak kampung yang cenderung bersikap statik dan lambat. Kanak-kanak dibandar lebih berani mengemukakan pendapatnya, ramah dan sosial sikapnya dalam perhubungan seharian. Sementara kanak-kanak kampung umumnya kurang berani mengeluarkan pendapat, agak penakut, pemalu, dan kaku dalam perhubungan.

Prinsip Perkembangan

61

Semua perbezaan sikap dan pola pemikiran di atas adalah akibat pengaruh dan lingkungan yang berbeza antara bandar dan kampung. 4.Keadaan Alam Sekitar Keadaan alam sekitar tempat tinggal kanak-kanak juga berpengaruh terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak. Keadaan alam sekitar adalah lokasi tempat tinggal kanakkanak, di kampung atau di bandar, di tepi pantai atau pergunungan, kampung terpencil atau di pinggir bandar. Sebagai contoh, kanakkanak kampung lebih suka terhadap keadaan yang tenang atau agak sunyi, sedangkan kanak-kanak bandar menginginkan keadaan yang ramai. Kanak-kanak kampung suka mendengar lagu berirama sedih, sementara kanak-kanak bandar menyukai lagu berirama lincah dan gembira. Perbezaan kejiwaan di atas adalah akibat pengaruh keadaan alam yang berbeza antara kampung dan bandar. Di desa keadaannya sepi, sedangkan di bandar situasinya penuh kesibukan. Keadaan alam sekitar yang berbeza akan mempengaruhi terhadap perkembangan pola fikir atau kejiwaan kanak-kanak. Perlu diketahui bahawa tidak semua perubahan yang terjadi pada sel-sel tubuh kita semata-mata untuk mekanisme hereditas. Kromsom-kromosom yang terdapat di dalam sel germa tidak dipengaruhi oleh setiap perubahan yang terjadi padaa sel-sel tubuh. Bagaimanakah kromosom-kromosom dalam sel-sel germa dipengaruhi? Alam membentuk keajaiban-keajaiban dalam proses hereditary (keturunan).Tiap-tiap gen di dalam sel-sel germa berhubungan dengan mekanisme mental. Persekitaran tersebut sangat besar maknanya bagi setiap pertumbuhan fizik. Sejak individu berada dalam gagasan, lingkungan tersebut telah memberi kesan kepada proses pertumbuhan. Suhu, makanan, keadaan gizi, vitamin, mineral, kesihatan jasmani, aktiviti, dan sebagainya sangat berpengaruh

62

Psikologi Perkembangan

terhadap pertumbuhan. Klasifikasi tingkah laku manusia, terdiri daripada empat jenis iaitu: 1.Instinct; aktiviti yang hanya mengikut kudrat (ketentuan) dan tidak melalui belajar. (naluri) 2.Habits; kebiasaan yang dilakukan dari latihan atau aktiviti yang berulang- ulang. 3.Native behavior; tingkah laku pembawaan, mengikuti mekanisme hereditary. 4.Acquired behavior, tingkah laku yang diperoleh hasil dari belajar. Semua jenis tingkah laku di atas mempengaruhi, baik oleh hereditary mahupun persekitaran. Antara hereditary dan persekitaran terdapat hubungan atau interaksi. Setiap faktor hereditary berlaku dengan cara yang berbeza mengikut keadaan persekitaran yang berbeza. Selain daripada interaksi, hubungan antara hereditary dan lingkungan (persekitaran) dapat pula digambarkan sebagai additive contribution. Menurut pandangan ini, heredity dan persekitaran sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan fisiologi dan malahan juga tingkah laku individu secara jointly (bersama-sama). Demikianlah proses pertumbuhan yang memerlukan keadaan kesihatan stamina fizik, emosi yang stabil, dan sistem saraf, kekuatan akal, pelbagai kebolehan kemahiran atau bekerja, dan sebagainya. c. Pendapat para ahli psikologi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Dalam menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pelajar, para ahli psikologi mempunyai perbezaan pendapat kerana sudut pandangan dan pendekatan mereka terhadap eksistensi(kewujudan) pelajar tidak sama. Untuk lebih jelas, berikut adalah penyusunan paparan aliran-aliran yang berhubungan dengan faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan pelajar.

Prinsip Perkembangan

63

1. Aliran Nativisme Nativisme (nativism) adalah sebuah doktrin falsafah yang berpengaruh besar terhadap aliran pemikiran psikologi. Tokoh utama aliran ini bernama Arthur Sopenhauer (1788-1860) seorang ahli falsafah Jerman. Aliran falsafah nativisme kononnya digelar sebagai aliran pesimistik yang memandang segala sesuatu dengan kaca mata hitam. Mengapa demikian? Kerana para ahli penganut aliran ini berkeyakinan bahawa perkembangan manusia itu ditentukan oleh pembawaannya, sedangkan pengalaman dan pendidikan tidak berpengaruh apa-apa. Dalam ilmu pendidikan, pandangan seperti ini disebut pesimisme pedagogis. Sebagai contoh, jika sepasang ibubapa ahli muzik, maka anak yang mereka lahirkan akan menjadi pemuzik juga. Harimau pun hanya akan melahirkan harimau, tidak akan melahirkan domba. Jadi, pembawaan dan bakat ibubapa selalunya berpengaruh mutlak terhadap perkembangan kehidupan anaknya. Benarkah anggapan awal ini terus bertahan? Contoh sepasang suami isteri yang memiliki keistimewaan di bidang politik, tentu anaknya menjadi ahli politik juga. Namun, apabila persekitaran, khususnya persekitaran pendidikan yang tinggi, misalnya kerana memasuki sekolah pertanian, sudah tentu tidak akan menjadi polis, tetapi menjadi petani. Aliran nativisme hingga saat ini masih berpengaruh di kalangan ahlinya, tetapi sudah tidak berleluasa seperti dulu lagi. Di antara ahli yang masih berpegang pada nativisme ialah Noam A. Chomsky, 1928, mengatakan bahawa perkembangan penguasaan bahasa pada manusia tidak dapat dijelaskan semata-mata oleh proses belajar, tetapi juga (yang lebih penting) oleh biological predisposition (kecenderungan biologi) yang dibawa sejak lahir. 2. Aliran Empirisisme Lawan kepada aliran nativisme adalah aliran empirisisme (empiricism) dengan tokoh utama John Locke (1632 1704). Nama asal aliran ini adalah The School of British Empiricism

64

Psikologi Perkembangan

(aliran empirisisme Inggeris). Namun, aliran ini lebih berpengaruh terhadap para pemikir Amerika Syarikat, sehingga melahirkan sebuah aliran falsafah bernama environmentalisme (aliran persekitaran) dan psikologi bernama environmental psychology (psikologi persekitaran) yang relatif dan masih baru (Reber, 1988). Doktrin aliran empirisisme yang amat terkenal adalah tabularasa, istilah bahasa latin yang beerti batu tukis kosong atau lembaran kosong (blank slate/ blank tablet). Doktrin tabularasa menekankan erti perkembangan manusia itu semata-mata bergantung pada persekitaran dan pengalaman pendidikannya, sedangkan bakat dan pembawaan sejak lahir dianggap tidak ada pengaruhnya. Dalam hal ini, para penganut empirisisme (bukan empirisisme) menganggap setiap kanak-kanak lahir seperti tabularasa, dalam keadaan kosong, tidak mempunyai kemampuan dan bakat apa-apa. Seseorang kanak-kanak hendak menjadi apa kelak bergantung pada pengalaman/ persekitaran yang mendidiknya. Jika seorang pelajar memperolehi kesempatan yang memadai untuk mempelajari ilmu politik, tentu kelak dia akan menjadi seorang ahli politik. Ini kerana dia memiliki pengalaman belajar di dalam bidang politik, bukan menjadi pemuzik walaupun ibubapanya pemuzik. Memang sukar dibantah bahawa persekitaran memiliki pengaruh besar terhadap proses perkembangan dan masa depan pelajar. Dalam hal ini, persekitaran keluarga( bukan bakat pembawaan dari keluarga) dan persekitaran masyarakat sekitar telah terbukti dapat menentukan tinggi rendahnya mutu tingkah laku dan masa depan seorang pelajar. Keadaan sesebuah kelompok masyarakat yang menetap dikawasan sekitar dengan kemampuan ekonomi di bawah garis yang sama dan tanpa kemudahan umum seperti masjid, sekolah, serta lapangan olahraga telah terbukti menjadi landasan yang subur bagi pertumbuhan kanak-kanak nakal. Kanak-kanak di persekitaran seperti ini memang tidak mempunyai cukup alasan untuk tidak menjadi selamba, lebih-lebih lagi apabila kedua

Prinsip Perkembangan

65

ibubapanya kurang atau tidak berpendidikan. Faktor ibubapa atau keluarga terutama sifat dan keadaan mereka sangat berpengaruh dalam menentukan arah perkembangan masa depan para pelajar yang mereka lahirkan. Sifat ibubapa (parental trait) yang dimaksudkan ialah gaya khas dalam bersikap, memandang, memikirkan, dan memperlakukan kanak-kanak. Contoh: Kelahiran bayi yang tidak dikehendaki (misalnya akibat perhubungan bebas) akan menimbulkan sikap dan perlakuan ibubapa yang bersifat menolak (parental rejection). Sebaliknya, sikap ibubapa yang selalu melindungi kanak-kanak juga dapat mengganggu perkembangan kanak-kanak. Tingkah laku memanjakan kanak-kanak secara berlebihan ini, menurut hasil penelitian Chazen, et.al (1983) ternyata berhubungan erat dengan penyimpangan tingkah laku dan ketidakmampuan sosial kanakkanak di kemudian hari. Namun demikian, perlu pula penyusun kemukakan sebuah fakta yang ironis, iaitu di antara para pelajar yang digelar nakal dan selamba khususnya di bandar-bandar ternyata cukup ramai yang berasal dari kalangan keluarga berada, terpelajar, dan bahkan taat beragama. Sebaliknya, ramai kanak-kanak yang pandai dan berakhlak baik yang lahir dari keluarga dungun dan miskin. Jadi, sejauh manakah kesahan doktrin empirisisme yang telah memunculkan optimisme pedagogis itu bertahan? 3. Aliran Konvergensi Aliran konvergensi (convergence) merupakan gabungan antara aliran empirisisme dengan aliran nativisme. Aliran ini menggabungkan hereditacy (pembawaan) dengan persekitaran sebagai faktor-faktor yang berpengaruh dalam perkembangan manusia. Tokoh utama konvergensi bernama Louis William Stern (1871-1938), seorang ahli falsafah dan psikologi Jerman. Aliran falsafah yang dipeloporinya disebut sebagai Personalisme, sebuah pemikiran filosofis yang sangat berpengaruh terhadap disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengan manusia. Di antara displin ilmu yang menggunakan asas personalisme adalah

66

Psikologi Perkembangan

Personolohi yang mengembangkan teori yang komprehensif (luas dan lengkap) mengenai personaliti manusia (Reber, 1988) Dalam menetapkan faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia, Stern dan para ahli yang mengikutinya tidak hanya berpegang pada kedua faktor tersebut yang sama penting. Demikian pula sebaliknya, faktor pengalaman tanpa faktor bakat pembawaan tidak akan mampu mengembangkan manusia yang sesuai dengan sesuatu yang diharapkan. Para penganut aliran konvergensi berkeyakinan bahawa baik faktor pembawaan mahupun faktor persekitaran memiliki sikap yang sama besar dalam menentukan masa depan seseorang. Jadi, seseorang pelajar yang lahir dari keluarga ketua atau pemimpin, umpamanya, kelak dia menjadi ahli agama apabila ia dididik pada persekitaran pendidikan keagamaan. Untuk lebih kukuh, di antara contoh lain adalah seseorang kanak-kanak yang normal pasti memiliki bakat untuk berdiri tegak di atas kedua kakinya. Tetapi apabila kanak-kanak tersebut tidak hidup dalam persekitaran masyarakat manusia misalnya kalau dia dibuang ke tengah hutan belantara dan tinggal bersama haiwan, maka bakat berdiri yang dia miliki secara turun temurun dari ibubapanya itu sukar diwujudkan. Jika kanak-kanak tersebut diasuh oleh sekelompok serigala, tentu ia akan berjalan menggunakan kedua kaki dan tangannya. Dia akan merangkak seperti serigala juga. Jadi, bakat dan pembawaan dalam hal ini jelas tidak ada pengaruhnya apabila persekitaran atau pengalaman tidak mengembangkannya. Sampai sejauh manakah pengaruh pembawaan jika di bandingkan dengan persekitaran terhadap perkembangan masa depan seseorang? Jawapannya mungkin berbeza antara satu sama lain. Sesetengah orang mungkin lebih banyak ditentukan oleh faktor persekitarannya. Namun dalam hal pembawaan yang bersifat jasmaniah hampir dapat dipastikan bahawa semua orang sama, yakni akan bmempunyai bentuk badan, berambut, dan bermata sama dengan kedua ibubapanya. Sebagai contoh kanakkanak keturunan Barat umumnya berambut peranang, berkulit putih, bermata biru, dan berperawakan tinggi dan besar kerana

Prinsip Perkembangan

67

memang warisan dari orang tua dan nenek moyangnya demikian. Akan tetapi, dalam hal pembawaan yang bersifat rohaniah sangat susah kita hendak kenali. Ramai orang di dalam bidang X tetapi anaknya di bidang Y. Kanak-kanak ini sudah diusahakan agar mempelajari bidang X supaya sama dengan ibubapanya, tetapi ia menolaknya dan menunjukkan kecenderungan bakat Y. ternyata setelah mengikuti pengajaran bidang Y, kanak-kanak yang berasal dari keturunan di dalam bidang X itu benar-benar ahli di bidang Y, bukan bidang X. Apakah kanak-kanak tersebut telah menyalahi bakat dan pembawaan keturunannya? Banyak bukti menunjukkan, bahawa watak dan bakat seseorang yang tidak sama dengan ibubapanya itu, setelah disusuri ternyata watak dan bakat orang tersebut sama dengan datuk atau ayah/ ibu datuknya. Dengan demikian, tidak semua bakat dan watak seseorang dapat diturunkan secara langsung kepada anakanaknya, tetapi mungkin kepada cucunya atau anak-anak cucunya. Hasilnya, bakat dan watak dapat bersembunyi hingga beberapa generasi. Apakah aliran konvergensi sebagaimana yang tersebut di atas dapat kita jadikan pedoman bahawa perkembangan seseorang pelajar semestinya bergantung pada pembawaan dan persekitaran pendidikannya? Sampai batas tertentu aliran ini dapat kita terima, tetapi tidak secara mutlak. Sebab masih ada satu perkara yang perlu kita ingat yakni potensi psikologik tertentu yang tersimpan rapi dalam diri setiap pelajar dan sukar diidentifikasi. Hasil proses perkembangan seseorang pelajar dapat dijelaskan hanya dengan menyebutkan pembawaan dan persekitarannya. Ertinya keberhasilan seseorang pelajar bukan kerana pembawaan dari persekitaran sahaja, kerana pelajar tersebut tidak hanya dikembangkan oleh pembawaan dan persekitarannya, tetapi juga oleh diri pelajar itu sendiri. Setiap orang, termasuk pelajar tersebut memiliki potensi self-direction dan self discipline yang menjadikan dirinya bebas memilih antara mengikuti atau menolak sesuatu (aturan atau stimulus) persekitaran tertentu yang hendak mengembangkan dirinya. Hasilnya, pelajar itu sendiri memiliki potensi psikologik tersendiri untuk mengembangkan

68

Psikologi Perkembangan

bakat dan pembawaannya dalam konteks persekitaran tertentu. Berdasarkan huraian mengenai aliran-aliran falsafah yang berhubungan dengan proses perkembangan di atas, penulis berkesimpulan bahawa faktor yang mempengaruhi tinggirendahnya mutu hasil perkembangan pelajar pada dasarnya terdiri dari dua faktor. 1. Faktor internal, iaitu faktor yang ada dalam diri pelajar itu sendiri yang meliputi pembawaan dan potensi psikologik tertentu yang turut mengembangkan dirinya sendiri. 2. Faktor eksternal iaitu hal-hal yang datang atau di luar diri pelajar yang meliputi persekitaran (khususnya pendidikan) dan pengalaman berinteraksi pelajar tersebut dengan persekitaran.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

3
PROSES-PROSES PERKEMBANGAN
Shahrin Hashim Nurulhuda Azizi Nurul Ezzati
PENGENALAN Manusia sentiasa ingin mendalami ilmu pengetahuan, dan perkara ini sering diperkatakan dari sejak munculnya falsafah dan ilmu, hingga sekarang dan pada masa akan datang. Ada saja teori baru yang diperkenalkan kerana ramai manusia yang ingin mempelajarinya. Tambahan pula, manusia itu sendiri merupakan sumber ilmu pengetahuan. Termasuk juga perkembangan psikologi yang bersumberkan manusia selalunya mencetuskan masalah yang rumit sehingga menyukarkan masalah itu diselesaikan. Menurut pandangan ahli psikologi dan biologi manusia mempunyai unsur yang sangat kompleks dan unit. Boleh dikatakan manusia yang lahir di dunia ini tidak mempunyai persamaan yang menyeluruh di antara satu sama lain terutama dari segi jiwanya. Dengan itu, ahli psikologi adalah cuba menjelaskan dan mengkaji masalah-masalah tersebut. Di sini terdapat dua pandangan yang berbeza di mana pendapat pertama berpendapat bahawa jiwa manusia adalah kompleks. Oleh itu, kajian perkembangan psikologi dilakukan untuk mengkaji jiwa manusia yang berbeza-beza. Manakala kelompok kedua menganggap bahawa perkembangan psikologi sangat penting untuk dipelajari bagi mengetahui kemampuan jiwa

70

Psikologi Perkembangan

manusia terutamanya bagi kepentingan pendidikan atau secara klinikal. Konsep perkembangan psikologi merupakan ilmu pengetahuan gunaan (applied-science). Ia diambil sebagai jalan tengah bagi mengatasi kedua-dua pendapat tersebut iaitu dengan mengamalkan serta menerapkan konsep-konsep perkembangan psikologi, kita perlu sedar bahawa: i Tidak ada seorang kanak-kanak pun di dunia yang memiliki persamaan yang menyeluruh di antara satu sama lain. ii Konsep-konsep di dalam psikologi perkembangan tidak terbatas atau mempunyai sifat yang nyata. iii Konsep-konsep bersifat umum bagi perkembangan jiwa kanak-kanak. Dengan itu, tiada halangan atau persoalan yang mengganggu penggunaan teori-teori dan batas-batas yang ada di dalam perkembangan psikologi. Terdapat banyak teori yang berkaitan dengan jiwa manusia dan bermacam-macam pandangan mengenainya sepertimana kompleks dan uniknya jiwa manusia. Namun begitu kesemua konsep tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk memudahkan kita mempelajarinya. Sebelum ketiga-tiga pandangan tersebut dijelaskan secara terperinci, faktor-faktor dan dan proses perkembangan kanakkanak akan diterangkan secara ringkas terlebih dahulu. 2. Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-kanak Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sama ada pertumbuhan/ biologinya ataupun proses perkembangan (psikisnya). Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pertumbuhan organ tubuh kanak-kanak, antaranya ialah:

Proses-Proses Perkembangan

71

Faktor-faktor sebelum lahir seperti gejala-gejala tertentu yang terjadi sewaktu kanak-kanak masih di dalam kandungan. Contoh: Gejala kekurangan nutrisi (zat-zat makanan untuk tubuh) pada ibu atau janin, terkena infeksi oleh bakteri, sifilis, TBC, diabetes mellitus, dan lain-lainnya.

ii Faktor pada waktu lahir, iaitu terjadinya suatu gangguan pada saat kanak-kanak dilahirkan. Seperti terjadinya defiect ( kerosakan) pada saraf pusat kerana penggunaan alat bantuan jenis tang (instrument birth) semasa kelahirannya atau disebabkan dinding rahim ibu terlalu sempit maka terjadinya tekanan kuat yang mengakibatkan pendarahan pada bahagian kepala, dan lain-lain. iii Faktor sesudah lahir, iaitu peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi setelah kanak-kanak tersebut lahir seperti kanakkanak mengalami luka-luka di kepala sama ada bahagian luar atau bahagian dalam, kekurangan vitamin dan lain-lain yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak tersebut terbantut. iv Faktor psikologi, iaitu kejadian-kejadian tertentu yang menganggu jiwa seperti kanak-kanak yang terlantar sakit, berperwatakan tidak baik dari segi jasmani dan rohani, kurang perhatian dan lain-lain lagi yang boleh mengakibatkan jasmani kanak-kanak lambat berfungsi. Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang mempengaruhi kanakkanak, iaitu: a. Faktor keturunan. Kanak-kanak mewarisi gen ibu bapanya. b. Faktor dalaman iaitu persekitaran (tempat tinggal dan pergaulan) mempengaruhi pertumbuhan organ kanak-kanak. Ia merangkumi segala yang berada di sekeliling kanak-kanak tersebut

72

Psikologi Perkembangan

seperti manusia, tumbuhan, haiwan, atau benda-benda yang tidak bernyawa seperti cecair, gas, gambar-gambar dan lain-lain. Ia turut dipengaruhi dengan faktor dalaman yang bersifat abstrak seperti situasi ekonomi, sosial, politik, budaya, adapt istiadat serta ideologi. Kesemua bentuk dalaman tersebut memberi kesan yang positif dan negatif dalam proses perkembangan kanakkanak. Proses perkembangan Proses perkembangan bermaksud kajian ahli psikologi mengenai cabang pengajian ilmu fizik dalam proses perkembangan kanakkanak. Ini menjelaskan bahawa kecergasan menjadi asas perkembangan kanak-kanak sehingga kanak-kanak sentiasa ingin cuba melakukan sesuatu yang baru. Ia akan berusaha membuat sesuatu berdasarkan kebolehan yang dimiliknya untuk merasai sesuatu pengalaman baru. Kanak-kanak akan membesar dan berkembang dengan sihat dan cepat dengan pengalaman yang dimilikinya. Menurut teori dorongan (motivasi) bahawa setiap kelakuan kanak-kanak itu dirangsang dari dalam. Sepertimana yang dikatakan oleh C. Chifford T.Morgan bahawa motivasi merupakan dorongan keinginan juga sebagai sumber daya penggerak dalam melakukan sesuatu yang terrangsang dari dalam dirinnya dalam memenuhi keinginan hidupnya. Kebiasaannya, jika sesuatu yang bersifat biologi atau sosio cultural belum dipenuhi, ketegangan akan timbul seperti iri hati (sakit hati) atau tekanan, maka akan berlakulah ketidakseimbangan dalam dirinya (disequilibrium). Tujuan utama dalam kehidupan manusia adalah untuk menghilangkan semua ketegangan, iri hati dan tekanan bagi mencapai semula keseimbangan (equilibrium) dalam dirinya. Menurut teori motivasi, keadaan inilah yang akan mendorong segala aktiviti dan setiap proses pekembangan kanakkanak tersebut.

Proses-Proses Perkembangan

73

Teori dinamisme (dinamik) juga mengatakan bahawa setiap organisma yang hidup dan selalu mempunyai usaha yang positif. Setiap organisma memiliki kemampuan dan dorongan-dorongan yyang tertentu untuk diaplikasikan sepenuhnya dengan sebaiknya. Dengan itu, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengetahui kekuatan dirinya secara zahir dan batin malah dapat mengenal pasti kelemahan yang ada dalam dirinya. Mereka akan mencari pengalaman-pengalaman baru. Mereka akan sering mencuba, mempelajari perkara-perkara baru untuk mencungkil bakat bakat yang ada dalam dirinya. Ini akan menyebabkan terjadinya perubahan dalam kehidupan kerana adanya dorongan untuk maju, berubah dan cuba untuk memperbaiki diri. Dengan itu, kanak-kanak yang mempunyai perkembangan normal akan sentiasa belajar untuk mencapai tujuan hidupnya. Sekiranya telah sempurna fizikalnya dan telah mencapai tahapnya untuk merangkak, maka dengan sendirinya kanak-kanak tersebut akan merangkak walaupun tanpa rangsangan. Dan sekiranya kakinya telah kuat untuk mengimbangi tubuh badannya, maka dia akan cuba untuk berdiri. Kanak-kanak akan memaksimumkan segala kemampuan yang ada pada dirinya apabila tahap intelektualnya mula berkembang. Pada waktu itu, kanak-kanak sudah mahir bercakap, berjalan dan seterusnya. Semasa proses perkembangan, kanak-kanak akan terus berjaya jika sentiasa didorong dengan bakat yang sememangnya ada dan faktor dalaman. Sokongan dan perhatian daripada ibu bapa adalah sangat penting dalam proses pertumbuhan dan pendidikan kanak-kanak. Dalam proses pertumbuhan kanak-kanak, mereka belajar melalui penglaman-pengalaman yang lepas dan sekarang untuk perancangan masa akan datang. Walaupun secara jelasnya, keadaan sosial turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, namun kanak-kanak mempunya kuasa atau hak untuk memilih atau menerima dan manolak mana yang difikirkan betul. Dengan itu, semasa proses pertumbuhan kanak-kanak atau semasa kakakkanak mengenalpasti kemampuan dirinya, sedikit kelonggaran

74

Psikologi Perkembangan

haruslah diberikan kepada mereka dalam membuat pilihan. Ini kerana kanak-kanak perlu membuat keputusan sendiri pada waktu sekarang dan waktu akan datang. Dr. kertini Kartono berpendapat bahawa kewujudan kanakkanak dapat dikenal pasti dengan: i Bakat yang diwarisi ii Pengalaman lepas dan sekarang dalam aspek sosial tertentu sebagai proses pembelajaran yang berterusan. iii Mempunyai cita-cita dan tujuan hidup yang ingin dicapai. Dengan itu, kanak-kanak percaya dan yakin mereka mampu membuat pilihan dan keputusan sendiri dan pilihan dan keputusan yang dibuat sendiri itu membuatkan mereka rasa bangga, seronok dan bahagia. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab dan mampu melaksanakan tugas-tugas pertumbuhan dalam hidupnya. Menurut Robert J. Harighurst (1953) dengan adanya tugastugas yang dilakukan oleh seseorang itu. Maka kita boleh mengenal pasti tahap perjalanan hidupnya. Tugas-tugas ini adalah perkara-perkara tertentu yang bersifat spesifik dalam kehidupan seseorang. Secara umumnya, Harighurst menegaskan bahawa pertumbuhan seseorang itu adalah bersesuaian dengan keadaan persekitaran dan budaya sosial. Ini kerana konsep diri dan harga diri akan jatuh sekiranya tidak dapat menguruskan proses pertumbuhan dan perkembanga dengan baik. Ini akan menyebabkan seseorang itu mendapat kecaman dan celaan dari masyarakat sekeliling. Namun sekiranya seseorang itu dapat mengawal pertumbuhan dan perkembangan dirinya, maka dia akan merasa seronok dan bahagia. Contohnya jika mekanisme untuk berjalan pada kanak-kanak sudah mencapai tahapnya, mereka dapat berjalan denagn baik dan berasa gembira, begitulah sebaliknya. Begitu juga orang dewasa, mereka akan merasa bahagia apabila bejaya mendapatkan teman hidup dan akan berasa sedih dan kecewa apabila ditnggalkan.

Proses-Proses Perkembangan

75

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Open University. (2005) Readings in Adolscent Development, Burnaby, BC: Thompson Rivers Unversity. Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

4
JANGKA MASA PERKEMBANGAN
Nurulhuda Azizi Nurul Ezzati Azizi

PENGENALAN Seperti yang dinyatakan di atas, bahawa teori tergolong 3 jenis iaitu : a. b. c. Jangka masa yang berdasarkan biologi. Jangka masa yang berdasarkan diduktif. Jangka masa yang berdasarkan psikologik.

Untuk lebih jelas, berikut akan diterangkan maksud dan orientasi serta penjelasan dari setiap jangka masa yang telah disampaikan tersebut. 1. Jangka masa yang Berdasarkan Biologi Yang dimaksud dengan jangka masa berdasarkan biologi ialah para ahli kejiwaan menjadikan keadaan atau proses pertumbuhan biologi kanak-kanak sebagai perbincangan. Hal tersebut dapat diketahui kerana pertumbuhan biologi turut mempengaruhi

Psikologi Perkembangan

77

perkembangan jiwa kanak-kanak. Yang termasuk dalam kelompok ini antara lain: a. Pendapat Kretshmer Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 fasa: 1. Fullungsperiode 1, umur 0-3, pada masa ini dalam keadaan pendek, gemuk, bersikap terbuka, mudah bergaul dan mudah didekati. 2. Streckungsperiode I, umur 3-7 tahun, keadaan badan kanakkanak nampak langsing (tidak begitu gemuk) biasanya sikap kanak-kanak tertutup, sukar bergaul, juga sukar didekati. 3. Fullungsperiode II, umur 7-13 tahun, keadaan fizikal kanakkanak kembali gemuk. 4. Streckungsperiode II, umur 13 tahun, keadaan fizik kanak-kanak kembali langsing. b. Pendapat Aristoteles Ia merumuskan perkembangan kanak-kanak kepada 3 fasa perkembangan iaitu: 1. Fasa I Umur 0-7 tahun dikategori masa kanak-kanak kecil, kegiatan

78

Jangka Masa Perkembangan

kanak-kanak waktu ini hanya bermain 2. Fasa II Umur 7-14 tahun dikategori masa kanak-kanak atau masa sekolah dimana kegiatan kanak-kanak mula belajar di sekolah rendah. 3. Fasa III Umur 14-21 tahun dikategori masa remaja, masa ini adalah masa peralihan (transisi) dari kanak-kanak menjadi orang dewasa. Pendapat ini dikategorikan pada jangka masa yang berdasarkan pada biologi kerana Aristotles menunjukkan bahawa, antara fasa I dan fasa II itu ditandai dengan adanya pergantian gigi, serta batas antara fasa II dengan fasa III ditandai dengan mula bekerja atau berfungsinya organ kelengkapaan kelamin, contoh mulai aktif kelenjar kelamin. c. Sigmund Freud Psikologi ini membahagi perkembangan kanak-kanak kepada 6 fasa, iaitu: 1. Fasa oral, umur 0-1 tahun, pada waktu ini mulut merupakan faktor utama keaktifan yang dinamik. 2. Fasa anal, umur 1-3 tahun, dorongan dan tahanan berpusat pada alatpembuangan kotoran.

Psikologi Perkembangan

79

3. Fasa falis, umur 3-5 tahun, fasa ini alat-alat kelamin merupakan daerah organ paling sensitif. 4. Fasa latent, umur 5-12/13 tahun, impuls-impuls cenderung untuk berada dalam keadaan tertekan. 5. Fasa remaja, umur 12/13-20 tahun, fasa ini impuls-impuls (dorongan kembali menonjol ). Kegiatan ini dapat disublimasikan (oleh dasich) maka seorang kanak-kanak akan sampai pada fasa kematangan. 6. Fasa genital, umur 20 tahun ke atas, seseorang telah sampai awal dewasa. d. Jesse Feiring Williams Ia membahagikan perkembangan kanak-kanak dengan: 1 Masa nursery dan kindergarten umur 0-6 tahun. 2. Masa cepat memperoleh kekuatan/ tenaga umur 6-10 tahun. 3. Masa cepat berkembangnya tubuh umur 10-14 tahun. 4. Masa remaja umur 14-19 tahun, masa perubahan pola dan kepentingan kemampuan kanak-kanak dengan cepat. 2. Jangka masa Berdasarkan Diduktif

80

Jangka Masa Perkembangan

Yang dimaksudkan dari tinjauan ini adalah dari segi keperluan iaitu apa yang perlu diberi kepada kanak-kanak didikan pada masamasa tertentu, serta memikirkan dengan kemungkinan cara yang paling efektif untuk diterapkan di dalam mengajar atau mendidik kanak-kanak pada masa tertentu. RUJUKAN
Asmah Bee Mohd Noor dan Ira Herman.1995. Membina Kesejahteraan Remaja. Selangor:Tekno Edar. Atan Long. 1982 . Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Azizi Yahaya, et.al. 2005. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Davis, I. P. 1984. Adolescents. Theoretical and Helping Perspectives.Lancaster:Kluwer-Nijhoff Publishing. Fleming, C. M. 1972 . Adolescence,Its Social Psychology. London:The Alden Press (Oxford) Ltd. Jas Laile Suzana Jaafar. 2002. Psikologi Remaja. Universiti Malaya:Prentice Hall. Mohd Daud Hamzah. 1994. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd. Jamil Yaacob. 2005. Memahami Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Rohaty Mohd. Majzub, 1998. Memahami Jiwa dan Minda Remaja. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ruzlan Md. Ali dan Rosna Awang Hashim. 2003. Perkembangan Sosioemosi Remaja: Tanggung Jawab Bersama. Sintok:UUM. Weiner, I.B. 1989). The Psychosocial Worlds of the Adolescent Public and Private. Canada:A Wiley-Interscience Publication.

5
MASA INTRA UTERIN DAN MASA BAYI
Yusof Boon

PENGENALAN Secara biologi pertumbuhan manusia dimulai saat terjadinya pembuahan (konsepsi), iaitu bertemunya ovum dengan sperma, kemungkinan terjadinya konsep itu sebenarnya para ahli pun tidak mengetahui secara terperinci, mereka biasanya mengatakan bahawa pembuahan tersebut terjadi secara ilmiah (sunnatullah). Bahawa sekali dalam 28 hari, umumnya pada pertemuan siklus menstruasi, sebuah ovum yang ada dalam kandungan telur (ovarium) itu telah masuk dan bergerak masuk ke dalam rahim. Perjalanan itu biasanya 3 hingga 7 hari, jika dalam perjalanan tersebut tidak bertemu dengan sperma (pembuahan) maka lenyaplah ovum tersebut dalam rahim. Akan tetapi jika terjadi pembuahan, maka pada saat terjadi pembuahan itu, sel benih sperma melepaskan 23 bahagian terkecil dari dirinya disebut dengan kromosom. Begitu juga pecahlah ovum melepaskan 23 kromosom yang seterusnya melebur menjadi satu pembentukan bahan keturunan bagi kanak-kanak. Kromosom-kromosom tersebut sebenarnya mengandungi bahagian-bahagian kecil disebut gen. Gen inilah yang merupakan faktor keturunan yang pada asalnya. Dengan demikian, setiap sel pembuahan mengandungi 46 kromosom atau terdiri dari 23 pasang dari masing-masing sel benih (ovum-sperma). Dan masing-masing kromosom memiliki sepasang

82

Psikologi Perkembangan

gen, dalam proses pembuahan masing-masing, gen akan memancar untuk mencari pasangan barunya hingga membentuk menjadi 23 pasang kromosom. Salah satu di antara pasangan tersebut adalah pasangan kelamin. Pada wanita pasangan kromosom biasanya kembar (sejenis) yang disebut sebagai X. Bagi lelaki, mereka memiliki pasangan yang berlainan disebut kromosom X dan Y, (bentuknya lebih kecil dari X). Apabila kromosom wanita bertemu dengan kromosom lelaki Y, maka terjadi kanak-kanak lelaki. Tetapi apabila kromosom wanita X bertemu dengan kromosom lelaki X, maka terjadi kanak-kanak perempuan. Kromosom-kromosom tersebut ada pada diri manusia bersatu dengan sel-sel badan (tubuh). Dalam proses penyatuan atau pembentukan pasangan-pasangan tersebut, semata-mata urusan kerana Allah SWT, dalam hal ini manusia dhoif sama sekali. Begitu juga dalam proses berikutnya selama kehamilan yang biasanya berlaku selama lebih kurang 270 hari atau 40 minggu, bermulanya dari hari pertama menstruasi terakhir itu manusia tidak mengerti.

2.

Sikap Ibu Terhadap Kehamilan

Bagi seorang wanita, kehamilan serta kelahiran kanak-kanak biasanya memberikan erti emosional yang cukup bererti bagi dirinya. Apabila disertai dengan tekanan-tekanan perasaan yang kuat maka wanita akan menjadi sangat sensitif (emosional) sehingga mengakibatkan mudah terganggunya keseimbangan jiwa (mentalnya). Maka wajarlah jika dalam keadaan hamil, seseorang ibu akan mengalami berbagai-bagai proses, antaranya ialah : a. Timbul keinginan yang pelik-pelik kadang-kala emosional (orang jawa menyebut ngidam). b. Merasakan kebahagiaan atau kepuasan, kerana ia merasa dirinya subur, ia calon ibu sejati, maka ada keinginan menyambut

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

83

bayi dengan ghairah. c. Kadang-kala mengalami perasaan tiba-tiba cemas, gangguan emosi, lebih-lebih lagi jika dicampuri dengan ceritacerita tahayul, atau tanda-tanda yang telah diberitakan sebelumnya dibesar-besarkan, bimbang anaknya cacat, bimbang keguguran dan lain-lain.Perasaan cemas dan bimbang dalam proses kelahiran bayi itu timbul disebabkan adanya risiko kehamilan yang berat, mempertaruhkan jiwa dan raga untuk berjuang melawan sakit ketika melahirkan kelak, atau perjuangan melawan perasaan yang berbagai-bagai, sehingga keadaan badannya mudah letih fizikal dan mental. d. Bagi wanita tertentu, ada timbul perasaan menolak akan kehadiran bayi, akan tetapi setelah bayi lahir perasaan tersebut biasanya berubah menjadi positif. Hal ini pernah dikaji oleh Geissier (1965) di Jerman Timur dan juga Scors dan kawan-kawan (1957) di Amerika. Akan tetapi bagi seorang ibu yang memahami hakikatnya kesedaran dirinya sendiri, menyedari akan fitrah Ilahi dengan segala konsekuensi dan tanggungjawabnya secara realiti, sebagai seorang ibu akan menyambut kehamilan dan kelahiran anaknya secara hangat, bangga, senang hati penuh syukur kepada Allah SWT. Kerana sukarnya wanita hamil dan melahirkan kanak-kanak, maka sangat logik Islam telah menjamin jika wanita muslim melahirkan kanak-kanak dan meninggal dunia kerananya, ia termasuk syahid. 3. Pengaruh Perkembangan Pranatal

Hal-hal yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam kandungan secara singkat dapat dikemukakan seperti berikut : 1. Makanan atau vitamin dari ibu sewaktu hamil. 2. Keadaan kesihatan ibu, terutama penyakit-penyakit kotor sangat berpengaruh negatif pada perkembangan kanak-kanak. 3. Alkohol, hal ini mempengaruhi fetus dalam rahim terutama pada susunan saraf. 4. Nikotin, hal ini mengganggu kerja denyutan jantung kanak-

84

Psikologi Perkembangan

kanak daripada ibu. 5. Emosi atau perasaan yang dialami oleh ibu sewaktu mengandung (terlalu cemas, terlalu kuat, sering marah, dan lainlain). 6. Usia orang tua atau ibu, terlalu muda dan terlalu tua keduanya kurang menguntungkan bagi perkembangan bayi dalam rahim. 7. Ada juga pengaruh pada bulan terakhir, atau masa-masa kelahiran (masa panen, masa krisis, zaman makmur, atau zaman kesulitan, dan lain-lain). 4. Proses Kelahiran Dalam proses kelahiran bayi yang umumnya menjadi permasalahan adalah, dengan gerakan si bayi itu sendiri saat menjelang kelahiran. Apakah bayi tersebut bersifat aktif, sehingga ia sedia untuk lahir, bukan dilahirkan. Dinyatakan demikian kerana posisi dan gerakan bayi di dalam rahim menentukan cara dan tip kelahiran bayi itu sendiri. Elizabeth B. Hurlock dalam bukunya Child Development menjelaskan bahawa ada 5 (lima) tip atau model kelahiran seorang bayi iaitu :

a.

Natural or Spontaneous Birth

Iaitu kelahiran bayi secara spontan, atau biasanya disebut dengan kelahiran bayi secara alami natural. Disebabkan prosesnya tanpa adanya pertolongan, tanpa sedikitpun ubat perangsang bagi ibunya, tip kelahiran ini dapat berjalan kerana posisi dan ukuran bayi (fetus) serta ukuran rahim (uterus) ibu membolehkan dapat keluar kepala dahulu, kemudian leher, kemudian badan, ia berjalan secara perlahan melalui seluruh kelahiran, seterusnya dalam waktu yang sama nampak tangan dan terakhir kedua kakinya. b. Instrument Birth

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

85

Iaitu kelahiran bayi dengan alat-alat ini terjadi jika bayi nampak terlalu besar dari (saluran kelahiran) badan ibu, atau jika kerana untuk lahir secara normal tidak boleh, maka menurut ilmu bezah terpaksa menggunakan alat untuk menolong bayi tersebut.

c.

Breech Birth

Kelahiran ini biasanya disebut dengan kelahiran songsang, iaitu yang nampak dari bayi adalah kemaluannya dahulu, dan diikuti kakinya, kedua tangan serta terakhir kepala. Dan jika posisi bayi tidak dapat berubah sebelum proses kelahiran dimulakan, maka dalam hal ini harus menggunakan alat untuk membantu kelahiran bayi. d. Transverse-Presentation Birth

Iaitu kelahiran disebabkan situasi bayi yang melintang pada rahim ibu. Hal ini adalah jika posisi bayi tidak dapat berubah sebelum proses kelahiran dimulakan, maka penggunaan alat untuk menolong kelahiran bayi terpaksa dilakukan. e. Caesarean Section Birth

Iaitu kelahiran dengan pembezahan, hal ini jika keadaan badan bayi terlalu besar untuk melalui saluran kelahiran dan terlalu lama dan sukar dikeluarkan, maka ia menggunakan alat untuk melahirkan bayi secara pembezahan, iaitu dengan membelah dinding rahim ibu. f. Ada juga kelahiran kanak-kanak yang selamat tetapi belum tiba waktunya untuk lahir atau belum mencapai period atau peningkatan kandungan secara penuh, bayi yang sebegini disebut bayi pramatang (bayi kurang umur atau kurang matang). World Health Organisation (WHO) memberikan standard atau piawaian bayi pramatang, jika berat badan bayi ketika lahir kurang dari 37

86

Psikologi Perkembangan

minggu, bayi akan kekurangan pertolongan, rawatan harus diberikan dengan teliti. Biasanya bayi harus dimasukkan ke dalam incubator atau couveus (seperti mesin pengeram) agar memperoleh kehangatan seperti yang diperlukan oleh tubuhnya. Teori kedoktoran menyebutkan bahawa kelahiran bayi pramatang atau abortus spontan (keguguran tidak disengaja) adalah disebabkan oleh : 1. Gangguan pada supply hormonal. 2. Ketidakseimbangan endoktrin. 3. Definisi atau kerosakan ovarium (bekas telur). 4. Gangguan thyroid pada kelenjar gondok, hypophyse (sambungan otak) serta gangguan hormon-hormon lainnya. 5. Keempat-empat faktor emosional penyebab itu diperkuat oleh faktor emosional dan faktor psikis (faktor psikogenik) dari ibu yang sedang hamil. Ini biasanya berpunca pada keadaan wanita hamil tersebut. Demikianlah sekadar penjelasan singkat dengan bentuk-bentuk kelahiran bayi yang menunjukkan sifatnya sesuai dengan keadaan kanak-kanak dan ibu itu sendiri dalam prosesnya, yang biasanya diiringi oleh tangisan bayi.

5.

Tangisan Pertama Bayi

Dapat dimaklumi bahawa setiap bayi normal tidak ada gangguan yang bererti bagi pertumbuhan bayi sama ada ketika kehamilan atau pun ketika proses kelahirannya, maka pasti bayi tersebut akan menangis ketika lahir ke dunia. Ini disebabkan jika bayi tersebut tidak menangis, tentunya giliran si ibu yang akan menangis. Meskipun dengan tangisan pertama bagi bayi baru lahir ada beberapa pendapat dari para ahli. Antaranya ialah :

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

87

a.

Pendapat Sigmund Freud

Bapa Psikoanalisa dari Australia ini berpendapat dengan tangisan pertama bayi bahawa : tangisan pertama itu merupakan pernyataan adanya keinginan untuk kembali ke alam sebelumnya (rahim ibu) oleh itu adanya keinginan untuk regresi menurut si bayi dalam kandungan ibu itu serba enak, nyaman, bayi tidak pernah merasa dingin kerana suhunya terakomodasi oleh suhu badan ibu, bayi tidak perlu mengunyah makanan, dan lain-lain. Maka setelah ia lahir ke dunia, mengalami perbezaan situasi, iklim, dan cuaca yang jauh berbeza, bayi mula merasa dingin, atau terlalu panas, terlalu bising, tidak nyaman lagi, akibat si bayi protes ingin kembali ke dunia sebelumnya waktu lahir di dalam rahim ibu. b. O. Rank

Sebagai pengikut setia Frued dalam bukunya Des Tranmader Gaburt mengemukakan pendapatnya bahawa kelahiran itu merupakan trauma, merupakan penghayatan yang dramatis. Sehingga tangisan atau jeritan pertama bayi menunjukkan adanya kecemasan yang dialami, kerana kanak-kanak telah terkeluar dari tempat yang terlindung ke dalam tempat yang tidak melindungi sama sekali. Bagi kanak-kanak kecemasan pertama ini paling hebat dan sangat bererti berbanding dengan kecemasan-kecemasan yang berikutnya.

c.

Immanuel Kant

Ilmuan Jerman ini meninjau dari segi falsafah, bahawa tangisan pertama bayi adalah merupakan tanda protes kejiwaan terhadap belenggu kejasmanian yang akan dideritainya di dunia. Seterusnya ia mengatakan bahawa jiwa manusia itu lebih bernilai daripada jasmaninya atau materi pada umumnya, oleh kerana itu bayi

88

Psikologi Perkembangan

diprotes akan gejala pengkaitan dirinya dengan materi yang dianggap membelenggunya. d. Pendapat dari Tinjauan Biologi

Bahawa tangisan pertama bayi merupakan petanda bermula fungsinya jantung, paru-paru dan organ-organ tubuh lainnya. Hal ini menunjukkan adanya tanda kehidupan seseorang, maka jika bayi lahir tidak menangis perlu cepat-cepat diusahakan penanggulangan Antara lain dengan memasukkan oksigen ke dalam paru-paru sebagai perangsang pernafasan, atau cara tradisional dengan dipukul perlahan-perlahan agar organ tubuh bergerak, serta cara-cara medik lainnya. Jika gagal penanggulangan tersebut bererti meninggal dunia. e. Sis Heyster

Salah seorang psikologi Belanda ini menyatakan pendapat bahawa tangisan pertama bayi itu sebagai tanda adanyaa kesedaran jiwa pada seorang kanak-kanak, yang bermula sejak lahir dengan adanya kesedaran (conciousnes) itu bererti fungsi-fungsi kejiwaan telah mula bekerja sebagaimana yang sepatutnya. Dari berbagai pendapat yang telah dikemukakan tersebut maka dapat dipilih, pendapat mana yang terlalu mengada-ada, dibuat-buat, sesuai dengan teori-teori ilmu jiwa, atau dapat diambil kesimpulan yang sesuai dengan tinjauan ilmu jiwa. Sudah tentu pendapat yang terakhir (Sis Heyster) itulah yang dapat dijadikan dasar tinjauan perbincangan dengan tangisan bayi dapat diterima.

6.

Aktiviti Masa Bayi

Kegiatan atau aktiviti kanak-kanak ketika bayi, yang akan

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

89

diungkapkan dalam buku ini ialah : a. Tidur dan Gerakan Bayi Sebahagian besar kegiatan bayi pada umumnya adalah digunakan untuk tidur, sama ada pada waktu siang atau malam. Ch. Buhler berpendapat bahawa : Pada umur 0;0 - tidur bayi mencapai 21 jam umur 1;0 - tidur bayi mencapai 13 jam dan waktu yang selebihnya digunakan bayi untuk mengadakan gerakan. Pendapat lain mengatakan bahawa : Umur 0;0 lama tidur bayi 20 jam. Umur 1;0 lama tidur bayi 12 jam. Selebihnya kegiatan bayi adalah mengadakan gerakan-gerakan. Pendapat di atas dapat difahami dengan mudah kerana kedua duanya ada persamaannya. 1. Reaksi positif, iaitu gerakan-gerakan bayi yang sesuai atau sama dengan rangsangan (stimulasi) yang datang pada dirinya. Jadi reaksi ini sebagai tanda penerimaan akan adanya stimulasi tadi. Contoh : melihat, tersenyum, mendengarkan suara, makan, minum, dan lain-lain. 2. Reaksi negatif, iaitu lawan dari reaksi positif, reaksi ini sebagai kewujudan adanya stimulasi yang datang pada dirinya. Bayi melakukan gerakan-gerakan yang berlawanan dengan stimulasi yang datang dari luar dirinya. Contoh : menangis, terkejut, menolak makan dan sebagainya. 3. Reaksi spontan (aksi) iaitu, gerakan-gerakan bayi tidak disebabkan oleh adanya rangsangan dari luar dirinya. Tetapi gerakan tersebut dilakukan kerana kehendak dirinya sendiri terjadi kerana dorongan dari dalam dirinya (inside). Kegiatan-kegiatan tersebut bagi perkembangan atau

90

Psikologi Perkembangan

pertumbuhan kanak-kanak sangat penting, terutama bagi perkembangan alat-alat dari kanak-kanak, sebab seorang kanakkanak ketika itu telah dapat merasakan kanak-kanak senang susah, dingin, panas, dan lain-lain. Maka sebagai ibu bapa sebaiknya hendaklah membimbing, melayani, dan memelihara aktivitiaktiviti tersebut. Jika diperhatikan jadual tersebut menunjukkan bahawa ternyata semakin bertambah umurnya itu semakin sedikit gerakan negatifnya dan semakin bertambah gerakan spontan, ini sangat menguntungkan bagi perkembangan kanak-kanak. Banyaknya kegiatan reaksi positif dan reaksi spontan itu dapat dijadikan panduan latihan-latihan alat-alat dari kanak-kanak, dalam rangka untuk lebih mengenal dan menguasai dunia luar atau lingkungannya, sehingga lebih merangsang diri kanak-kanak untuk berbuat dan bermain, kerana timbulnya keinginan untuk mengenal lingkungan lebih luas, melalui gerakan-gerakan bayi tersebut biasanya bayi (usia 0;3) timbul adanya dorongan-dorongan untuk meniru. Kegiatan yang terakhir ini pun sangat perlu bagi bayi, kerana dorongan meniru orang lain (imitate) inilah yang akan mula-mula memimpin perkembangan organ-organ lainnya bagi diri kanak-kanak, dalam melakukan latihan-latihan perkembangan. Contoh : perkembangan pengamatan, bermain, berjalan, berbicara, dan sebagainya. b. Perkembangan Pengamatan Perkembangan pengamatan kanak-kanak, sebenarnya suatu yang cukup kompleks juga sebab asalnya sama sekali belum mampu mengamati sesuatu objek dengan bahagian-bahagiannya, pengamatan masih baru, ia menangkap stimulus dengan kesan keseluruhan, belum terpisah atas bahagian-bahagiannya (masalah pengamatan dan kaitannya dengan tanggapan seorang kanak-kanak akan dijelaskan kemudian). Alat pengamat bagi bayi seorang kanak-kanak biasanya secara

Masa Intra Uterin Dan Masa Bayi

91

berurutan dapat disebutkan : 0;0 0;3 bulan mengamati dengan mulut. 0;3 0;6 bulan mengamati dengan mulut dan tangan. 0;6 bulan ke atas = mulut, tangan, dan mata (dilakukan dengan berbagai variasinya, sesuai dengan kebutuhan). Pada hari-hari bulan pertama dari kelahiran bayi, pengamatan masih belum sekata, kecuali mulut yang aktif bekerja secara mekanistis. Baru setelah umur lebih kurang 0;2 bayi mulai dapat melihat sesuatu tetapi masih diikuti gerakan kepala. Pada umur lebih kurang 0;3 bayi mulai dapat menggerakkan bola matanya sahaja, serta urat-urat di leher dan kepala mulai dapat menahan keseimbangan gerakan mata. Dan perangsang dari luar mulai disambutnya dengan reaksi-reaksi positif, atau juga negatif, tergantung hasil seleksi pengamatan. Mulai usia 0;5, kanak-kanak sudah dapat mengubah sikap dan gerakan reaktif menjadi aktif dengan gerakan spontannya, kegiatan tersebut sering diiringi dengan tangannya untuk menerima, merebut, dan lain-lain. Atas hasil pengamatan seterusnya pada usia 0;6 kegiatan pengamatan kanak-kanak semakin luas dan semakin baik, ia sedia mengamati segala rangsangan dalam lingkungannya. Kerana ketiga-tiga alat pengamatnya sudah sedia berfungsi secara baik. Dalam hal ini pengamatan dan penguasaan lingkungan atau ruangan bagi bayi, mempunyai tahap perkembangannya. William Stern menjelaskan perkembangan tersebut sebagai berikut. Bahawa penguasaan ruang bagi seorang kanak-kanak ada 3 peringkat : 1. Uhraum (0;0 0;6) pengamatan awal terbatas pada dirinya sendiri. 2. Nahraum (0;6 1;0) pengamatan dekat atau ruang yang sempit.

92

Psikologi Perkembangan

1. Feraraum (1;0 ke atas) pengamatan dan penguasaan ruang lingkup lebih jauh

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Open University. (2005) Readings in Adolscent Development, Burnaby, BC: Thompson Rivers Unversity. Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

6
ZAMAN KANAK-KANAK
Azizi Yahaya
PENGENALAN Perkembangan dalaman atau kerohanian kanak-kanak, kadangkala disebut sebagai tempoh kanak-kanak masih kecil atau masa sebelum bersekolah adalah tempoh yang paling senang untuk mempersiapkan kanak-kanak pergi ke sekolah. Tempoh ini juga dikenali sebagai tempoh ekstasi yang mana kanak-kanak mulai mengenal dunia persekitaran di mana semuanya serba indah. Bab ini akan menjelaskan mengenai: 1. Perkembangan Tanggapan Mempelajari perkembangan tanggapan kanak-kanak, tidak terlepas daripada mempelajari teori-teori perkembangan pengamatan kanak-kanak. Pada dasarnya, kedua aspek tersebut memang berbeza tetapi kedua-duanya saling berkait dan ada persamaan yang diperolehi iaitu : adanya proses belajar iaitu : adanya proses belajar mengenal atau menguasai objek, atas stimulus yang datang kepadanya, dengan menggunakan potensi yang dimilikinya. Dan tanggapan itu berkaitan dengan pengamatan kerana tanggapan itu sendiri merupakan hasil, kenangan dari adanya proses pengamatan. Beberapa teori berkaitan dengan tanggapan dan pengamatan. a. Oswald Kroh 1.Period atau jangkamasa sintesis fantastik, 0 8 tahun: tanggapan

94

Psikologi Perkembangan

kanak-kanak masih menyeluruh atau global, dan sifatnya masih samar-samar. Kegiatan ini masih dipengaruhi oleh fantasi kanakkanak, kerana ketika ini mereka berminat kepada cerita dongeng, khayalan dan lain-lain. 2.Period atau jangkamasa realisme naif, 8 10 tahun: kanak-kanak sudah mula dapat membezakan bahagian-bahagian, tetapi belum mampu mengembangkan antara satu dengan yang lain dalam sesuatu masa. Unsur fantasi yang asalnya turut mempengaruhi telah diganti dengan pengamatan konkrit. 3.Period atau tingkat kritis 10 12 tahun: pengamatan dan tanggapan kanak-kanak bersifat kritis dan realistik. Meraka mampu memberikan sintesis logik, dan sudah mampu menghubungkan bahagian-bahagian tertentu kepada satu bahagian sahaja, hal tersebut berlaku kerana wawasan dan intelektual kanakkanak sudah mencapai tingkat kematangan. 4.Fasa subjektif, 12 14 tahun: tanggapan kanak-kanak ketika ini masih banyak dipengaruhi oleh emosi. Sehinggakan tanggapan kanak-kanak cenderung bersifat emosional. Hal ini boleh terjadi kerana pada timbulnya gejala Trotzalter . b. William Stern din Clang Stern : Ia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu : 1.Keadaan : 0 8 tahun tanggapan kanak-kanak masih dalam gambaran keseluruhan yang samar-samar, serta kanak-kanak sudah dapat sesuatu dengan teliti iaitu dengan mengamati objek pengamatan atau objek tanggapan. 2.Perbuatan : 8 9 tahun kanak-kanak mengamati dan menaruh minat terhadap pekerjaan serta perbuatan orang dewasa dan juga tingkah laku haiwan. 3.Hubungan : 9 10 tahun kanak-kanak mengamati relasi atau hubungan causal dari benda-benda dan peristiwa. 4.Sifat : 10 tahun ke atas ; kanak-kanak mula menganalisis hasil pengamatan atau tanggapan dengan mementingkan ciri-ciri dan sifat-sifat dari benda sebagai objek pengamatannya.

Zaman Kanak-Kanak

95

c. Meumann : 1. Fasa sintesis fantastik 0 8 tahun semua tanggapan kanak-kanak memberikan kesan menyeluruh. Tanggapan tersebut dilengkapi dengan fantasinya. 2. Fasa analisis 8 12 tahun kanak-kanak mula mengamati ciri dan sifat dari bermacam-macam benda. Bahagian-bahagian daripada benda mula diperhatikan, tetapi belum mampu mengaitkannya dalam aspek yang menyeluruh (fantasi kanakkanak sudah kurang dan diganti dengan fikirannya). 3. Fasa sintesis logik lebih kurang 12 tahun dan ke atas kanakkanak sudah dapat menghayati benda-benda dan peristiwa, dengan penggunaan akal budinya (dari insight-nya). Bahagian-bahagian mula dikaitkannya dalam suatu situasi. Dari pendapat-pendapat tersebut dapat disimpulkan bahawa, perkembangan tanggapan atau pengamatan kanak-kanak mula seperti fasa-fasa seperti berikut : 1. Global: iaitu pengamatan dari tanggapan global atau menyeluruh. 2. Terurai : iaitu kanak-kanak mula dapat mengamati bahagianbahagian, perhatiannya menjadi lebih terurai pada bahagianbahagian objek pengamatan, di sini kanak-kanak semakin kritis dan logik. 3. Sinthesa atau asimilasi : iaitu kanak-kanak sudah dapat membuat sintesis ataumengasimilasi antara objek keseluruhan dan bahagian-bahagiannya, begitu juga dengan pemikirannya. Sehingga kanak-kanak dapat menghayati akan perbezaan atau persamaan, ciri dan sifat dari bermacam-macam benda. 2. Perkembangan Fikiran Perkembangan fikiran (intellect) kanak-kanak itu pada dasarnya berhubungan erat dengan perkembangan bahasa, keduanya

96

Psikologi Perkembangan

merupakan faktor penentu bagi seseorang untuk menyampaikan sesuatu yang dipikirkan dan berkomunikasi dengan individu lain. Perkembangan fikirannya dapat dibezakan dengan 2 bentuk iaitu : a. Perkembangan formal, iaitu perkembangan tentang fungsi berfikir atau alatan yang merangsang pemiikiran kanak-kanak supaya dapat menyerap, menimbang, memutuskan, menguraikan, dan lain-lain. Contoh, perkembangan sistematik berfikir, teknik pengambilan keputusan, dan lain-lain. b. Perkembangan material iaitu perkembangan pengetahuan melalui berfikir (knowledge) oleh seorang kanak-kanak itu dapat dimiliki dan dikuasainya. Contohnya penguasaan angka-angka, pendapat-pendapat, teori-teori, dan sebagainya. Secara keseluruhan perkembangan fikiran dapat di samaertikan dengan proses perkembangan pengamatan dan tanggapan kanak-kanak, maka perkembangan fikiran turut dapat dikategorikan kepada dua tahap iaitu : 1. Berfikir secara konkrit (dengan objek yang realistik atau pasti) sehingga proses berfikir kanak-kanak harus dirangsang atau dibimbing dengan benda atau alatan tertentu. 2. Berfikir secara simbolik atau sistematik, iaitu kanak-kanak berfikir dengan menggunakan simbol-simbol (tanda-tanda), maka di sini mereka mula mengenal huruf, angka, skema, simbol-simbol tertentu dan sebagainya. Perkembangan fikiran juga dapat diperhatikan dari perkembangan kanak-kanak menyusun pendapat atau memberi pengertian tentang sesuatu perkara. 1. Bermula umur 1:6 tahun kanak-kanak mampu menyatakan pendapat positif (mama, makan, adik menangis, dan lain-lain). 2. Bermula umur 2:6 tahun kanak-kanak dapat menyampaikan pendapat negatif, walaupun sebenarnya kanak-kanak menemui kesulitan. Contoh : Amir tidak pergi, ayah tidak makan, dan

Zaman Kanak-Kanak

97

sebagainya. 3. Bermula umur lebih kurang 3 tahun, kanak-kanak mula mengkritik atau menilai sesuatu, mulai saat ini kanak-kanak dapat membuat keputusan. 4. Lebih kurang 4 tahun, mulai timbul adanya ragu-ragu pada diri kanak-kanak yang wujud dalam pendapat : mungkin, barangkali, kira-kira. Sebenarnya keraguan pada kanak-kanak itu ada jika pengamatan mereka sudah tersusun. 5. Pada usia lebih kurang 5 tahun kanak-kanak sudah mampu menyusun kesimpulan analogi yang sederhana. Contohnya ibu makan kerana lapar, dan pada ketika itu melihat adiknya makan, kesimpulan analogi yang diambil adalah adik sedang lapar. Kenyataan menunujukkan bahawa kanak-kanak belum mampu menyusun suatu kesimpulan yang edukatif atau deduktif, ini dapat difahami kerana : a. Pengertian yang dimiliki kanak-kanak masih sangat sederhana (tetapi akan berkembang ketika bersekolah). b. Mereka belum mengenal hubungan sebab kejadiankejadian di dunia kerana di sekitarnya masih samar-samar. Maka mereka sering berbuat sesuatu sesuai dengan kemampuan penafsiran yang bersandar pada sifat-sifat yang dimiliki kanakkanak itu sendiri, sebab menurut E. Hurlock : seorang kanak-kanak dapat memahami sesuatu secara terperinci (accurate) dari apa yang didengar dan dilihatnya, serta kanak-kanak harus berfikir secara kreatif. (Hal tersebut dapat dilakukan kanak-kanak) sejak kanakkanak sudah tidak lagi salah tafsir dari apa yang mereka amatinya. 3. Perkembangan Daya Ingatan Daya ingatan kanak-kanak akan bersifat tetap jika kanakkanak telah mencapai umur lebih kurang 4 tahun. Seterusnya daya ingatan kanak-kanak akan mencapai insentisas terbesar atau terbaik dan kuat, jika kanak-kanak berumur antara lebih kurang 8 12 tahun, pada ketika itu daya menghafal atau daya mengingat (daya memasukkan pengetahuan dalam ingatan seseorang) dapat

98

Psikologi Perkembangan

memenuhi sejumlah hafalan yang besar. Sebelum umur setengah tahun (0;6) kanak-kanak pada umumnya belum mengenal benda sekitarnya secara hakiki. Kanakkanak pada ketika itu baru mengenal keadaan atau situasinya sahaja. Contoh, seorang ibu menghulurkan senduk makan kepadnya, ia mengenal keadaan itu, tetapi jika senduk diletakkan di atas meja, maka kanak-kanak sudah tidak mengenal benda itu lagi. Ketika umur lebih dari setengah tahun secara perlahanperlahan kanak-kanak mula mengenal situasinya. Jadual penelitian atau eksperimen yang ada, antara lain menyatakan dengan masalah waktu pengenalan kembali, berdasarkan daya ingatan kanak-kanak sebagai berikut. Umur Lama ingatan per minit 0;10 1/2 0;11 1 1;0 1;3 1;6 1;9 1;2 1;5 1;8 2;0 3 5 11 12

4. Perkembangan Bahasa Apabila seorang kanak-kanak sentiasa menunjukkan usaha untuk maju secara fizikal dan psikologinya, mereka cenderungan untuk menggunakan semua kekuatan atau kemampuannya secara aktif. Pada akhir tahun pertama kelahiran kanak-kanak dan menjelang awal tahun kedua, ada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menonjol iaitu mula menunjukkan kemampuannya untuk dapat berjalan sendiri dan kemampuan berbahasa atau berbicara. Awal perkembangan bahasa pada dasarnya dapat difahami

Zaman Kanak-Kanak

99

sejak bermula adanya tangisan pertama bayi, kerana tangisan bayi juga dapat dianggap sebagai bahasa bayi atau kanak-kanak. Dengan menangis bagi kanak-kanak dapat juga merupakan bantuan mengekspresikan kehendak jiwanya. Walaupun penguasaan bahasa adalah secara beransuransur, kanak-kanak akan mengikuti bakat serta ritme perkembangan yang dialami. Akan tetapi perkembangan tersebut akan dipengaruhi oleh masalah serta ada beberapa pendapat tenteng fungsi bahasa : a. William Stern dan Clara Stern Ia berpendapat ada 3 fungsi bahasa bagi seseorang : 1. Aspek ekspresi = menyatakan kehendak dan pengalaman jiwa. 2. Aspek sosial = untuk mengadakan komunikasi dengan orang lain. 3. Aspek intensional = berfungsi untuk menunjukkan atau membanggakan sesuatu. b. Karl Buhler Psikologi ini juga berpendapat ada tiga fungsi bahasa : 1.Kundgabe = (pemberitahuan) dorongan untuk memberitahukan orang lain. 2.Auslosung = (pelepasan) dorongan kuat dari kanak-kanak untuk melepaskan kata-kata sebagai hasil peniruannya dengan orang lain. 3.Darstellung=(menyatakan) kanak-kanak ingin menyatakan segala sesuatu yang menarik perhatiannya. c. Jean Piaget 1. Bahasa egosentris = kepada dirinya sendiri. melahirkan keinginan yang tertuju

100

Psikologi Perkembangan

2. Bahasa sosial

= untuk berhubungan dengan orang lain.

Di dalam praktik penggunaan atau fungsi bahasa tersebut tidak selamanya terpisah tetapi kadang-kala ketiga-tiga fungsi tersebut berfungsi secara serentak. Seterusnya dengan tahap perkembangan bahasa kanakkanak, William Stern dan isterinya, membahagi menjadi 5 (lima) tahap : 1. Prastadium (umur 0;6 1;0), masih meraba-raba atau keluar suara yang belum bererti, serta tunggal, terutama hurufhuruf bibir. 2. Masa pertama (umur 1;0 1;0), penguasaan kata yang belum lengkap, (mem-mik dan lain-lain. 3. Masa kedua (1;6 2;0), adalah masa nama, maksudnya kanakkanak mula menyedari sesuatu itu ada nama. Kanak-kanak suka bertanyakan nama. Contohnya, ada sesuatu benda dan fungsinya, serta disusuli dengan menanyakan sifat benda tersebut. 4. Masa ketiga (umur 2;0 2;6), adalah stadium fleksi (flexio = menafsirkan) iaitu kanak-kanak mula dapat menggunakan katakata yang dapat ditafsirkan atau kata yang sudah diubah. Kanakkanak sudah mampu menyusun kalimah yang pendek, ia juga sudah dapat membandingkan. Sebagai contoh : mengapa? dari mana? dan lain-lain. 5. Masa kanak-kanak keempat (umur 2;6 ke atas) = stadium kanak-kanak kalimah, maksudnya kanak-kanakdapat merangkaikan punca kalimah dengan penjelasannya merupakan kanak-kanak kalimah. Kanak-kanak sudah mampu bertanya mengapa atau sebab akibat. Contoh : mengapa? Apa sebab? dan lain-lain. Seterusnya perkembangan bahasa kanak-kanak akan selalu berkembang sejajar dengan sejumlah perbendaharaan bahasanya yang sesuai dengan situasi terutama yang bersumberkan ibubapanya, sekolah serta situasi lainnya. Hal-hal yang perlu diperhatikan antaranya ialah :

Zaman Kanak-Kanak

101

Pada masa nama, biasanya kanak-kanak akan bertanya tentang sesuatu dilihatnya atau sesuatu yang menarik hatinya. Ia tidak segan dan tidak bosan bertanya, maka orang yang lebih tua dari kanak-kanak itu tidak perlu bersikap negatif (bosan, dimarahi, dicegah, dan lain-lain) kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut merupakan pernyataan (exspressi) dari perkembangan psiko kanak-kanak yang dinamik, ini sangat penting bagi kesihatan dan kelancaran pertumbuhan dan perkembangannya. Bagi kanak-kanak yang gagap dalam berbicara, hal ini umumnya kerana kanak-kanak terlalu terburu-buru dalam mengekspresikan perasaan dan fikirannya, tetapi perkembangan mental kanak-kanak di sini lebih cepat daripada perkembangan bahasanya. Kerana itu janganlah mempermainkan, mentertawakan, menghina kerana dapat menimbulkan kesulitan atau gangguan emosional yang serius pada diri kanak-kanak, yang mengakibatkan pembantutan pada perkembangan jiwa kanak-kanak. Contoh : rendah diri, kecemasan, ketakutan, konflik batin dan lain-lain. Begitu juga terhadap kanak-kanak yang belum mampu mengucapkan huruf secara fasih. Kanak-kanak ini harus dibimbing secara baik dan benar.

5. Perkembangan Perasaan Bagi kanak kanak, perkembangan perasaan adalah sangat cepat dan besar, dan secara umumnya kanak kanak lebih beremosinal jika di bandingkan dengan orang dewasa. Pandangan mereka juga selalunya optimis, cepat merasa puas (terutamanya bagi kanak kanak sekolah rendah) sehingga mereka cepat merasa senang, gembira, sedih dan susah. Ada masanya kanak kanak dapat merasai kesusahan atau masalah orang lain, mereka berusaha untuk meneka, tapi dalam masa yang sama mereka cuba untuk H. Birkenfeld dan Gazali mengkelaskan perasaan kanak kanak kepada dua kategori iaitu: 1. Perasaan peringkat biologi (jasmani) yang meliputi,

102

Psikologi Perkembangan

a) b) c) 2. a) b) c) d) e) f)

perasaan yang berkait dengan pencernaan makanan, pernafasan dan peredaran darah, contohnya rasa lapar, lelah, kejang dan sebagainya perasaan yang berkait dengan naluri (instint), contoh takut dan sebagainya Perasaan yang berkait dengan pancaindera seperti dingin, panas, ngilu dan sebagainya Perasaan peringkat rohaniah (dalaman) yang meliputi, Perasaan intelek Perasaan estesis Perasaan etis Perasaan keagamaan Perasaan diri Perasaan sosial

Huraian : a) Perasaan intelek : perasaan yang berkait dengan kerja kerka intelek. Contohnya jika dapat menyelesaikan ujian dengan baik, kanak kanak akan merasa gembira, jika gagal melakukan sesuatu ujian, mereka akan merasa sedih dan kecewa. b) Perasaan estesis : iaitu suatu perasaan yang dialami apabila menganggap sesuatu itu bagus atau baik ataupun buruk. Untuk menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk, mestilah ada tahap tahap tertentu, yang dikenali sebagai citarasa. Citarasa pula sering dipengaruhi oleh pembawaan, umur, lingkungan, dan mood (perasaan) semasa. Seni pula merupakan satu cara untuk membangkitkan keindahan. c) Perasaan etis : iaitu perasaan kesusilaan, di mana ia wujud apabila seseorang itu hendak menilai baik atau buruk. Tahap baik atau buruk yang ada pada diri seseorang dipengaruhi oleh gerak hati. Walaupun demikian, faktor lain yang mempengaruhi ialah pembawaan, umur, taraf pendidikan, agama serta cara hidup. d) Perasaan keagamaan : perasaan yang disertai dengan

Zaman Kanak-Kanak

103

e)

f)

penghayatan keagamaan. Contohnya perasaan ikhlas, tawakkal, malu, dan lain lain. Cara berkesan yang perlu untuk mengembangkan perasaan ini ialah dengan membiasakan kanak kanak tentang hal agama, melalui motivasi, teladan, dan melalui institusi agama. Teknik awal kanak kanak mengenal Tuhan ialah melalui bahasa, iaitu melalui tanggapan yang mereka alami. Pada mulanya kanak kanak mengenal Tuhan secara sederhana (mencampurkan dengan manusia dan makhuk lain), namun setelah mendapat bimbingan yang berterusan kanak kanak mampu mengenal apa erti Tuhan yang sebenar. Perasaan diri : perasaan yang berkait dengan diri sendiri. Perasaan diri terbahagi kepada dua iaitu perasaan diri yang positif (kemampuan diri sendiri) dan perasaan diri negatif (tidak mampu menyesuaikan diri), contohnya sombong, angkuh, malu, rendah diri dan sebagainya. Perasaan sosial : iaitu perasaan yang wujud disebabkan oleh pendapat dan pengalaman seseorang dengan individu lain. Contohnya seperti perasaan rindu, cemburu, cinta, hormat dan lain lain.

Seterusnya perkembangan perasaan kanak kanak akan berubah secara berperingkat, yang mana bermula dari perasaan yann lebih tertumpu kepada kepentingan diri sendiri. Ini dapat dijelaskan seperti berikut : Pada mulanya kanak kanak akan selalu mesra dan bersikap subjektif (sukar di fahami), atau lebih sinonim dengan sikap egois, iaitu sikap yang tertumpu kepada kepentingan diri sendiri. Ini kerana kanak kanak masih belum mampu untuk mengenali diri sendiri serta perangai mereka, tingkahlaku dan perasaan mereka lagi. Pada tahap berikutnya kanak kanak akan mengalami masalah seperti kemusykilan (transisi), kanak kanak akan mula memahami perasaan orang lain, namun perasaan dominasi

104

Psikologi Perkembangan

terhadap diri sendiri masih ada kerana itu mereka akan mempertimbangkan antara perasaan subjektif dan objektif. Perkembangan perasaan pada kanak kanak akan semakin baik jika adanya keseimbangan antara perasaan dan sifat egosentrisnya (sifat atau sikap mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan kepentingan orang lain) dengan perasaan objektif yang ada. Kanak kanak akan kerap meluahkan perasaannya, mudah berterus terang akan apa yang mereka rasa. Ini menjadikan mereka lebih gembira. Setiap hari bagi kanak kanak biasanya bergerak cepat, juga mudah berubah dengan pelbagai keadaan seperti kadang kadang ketawa, menangis, dan seterusnya lagi. Hai ini akan menjadikan ibu bapa merasa bosan serta bimbang kerana mereka terpaksa melayan kerenah kanak kanak yang sentiasa berubah sedangkan perasaan mereka sudah terkawal. 6. Perkembangan Fantasi Fantasi dalam konteks psikologi membawa maksud kekuatan jiwa untuk mencipta tanggapan tanggapan baru yang bersandarkan kepada tanggapan tanggapan sedia ada (lama). Ianya di kategorikan kepada dua jenis iaitu : i.Fantasi terpimpin (pimpinan) ia wujud disebabkan adanya kesan setelah memahami hasil ciptaan orang lain, iaitu melalui karya ciptaan orang lain i.Fantasi mencipta ia wujud secara semulajadi iaitu melalui kekuatan (potensi) yang ada dalam diri sendiri tanpa di pengaruhi oleh ciptaan orang lain. Fantasi yang ada pada diri seseorang itu bersifat : i.Menyeluruh, bebas dan tidak bergantung i.Semulajadi tanpa disedari i.Mudah berubah v.Mencipta sesuatu yang baru Menurut Charlotte Buhler, perkembangan fantasi bagi kanak

Zaman Kanak-Kanak

105

kanak dapat di kelaskan kepada tiga fasa iaitu : 1. 0 : 0 4 : 0 tahun masa bercerita struwelpeter, di mana pada fasa ini kanak kanak gemar kepada cerita cerita nakal, seperti berambut panjang, pakaian yang selekeh, kuku panjang, mereka juga tidak menghiraukan keadaan persekitaran, atau lebih kepada mementingkan diri sendiri. 2. 4 : 0 8 : 0 tahun masa cerita khayalan, pada fasa ini pula kanak kanak banyak dipengaruhi oleh daya khayalannya, dan mereka menganggap apa yang di khayalkan itu adalah situasi yang sebenar. Contoh cerita dongeng atau cerita khayal yang digemari seperti (dongeng kancil, raksasa, kanak dan lain lagi). Walaupun cerita tersebut sering kali diulang, mereka tidak merasa bosan dan jemu, malah mereka akan menegur sekiranya ada kesalahan dalam cerita tersebut. 3. 8 : 0 12 : 0 tahun masa cerita realistik, dimana pada masa ini kanak kanak sudah mula suka kepada cerita cerita yang nyata (pahlawan, sejarah, biologi dan sebagainya). Pada masa ini kanak kanak sudah kurang dipengaruhi fantasi mereka kerana mereka sendiri sudah mampu menilai mana yang realiti dan fantasi. Ada sesuatu yang berkait rapat dengan fantasi kanak kanak iaitu kanak kanak sering melakukan penipuan fantasi iaitu tipu yang dibuat secara tidak sengaja kerana mereka masih belum mampu untuk membezakan antara yang salah dan betul. Mereka juga menipu bukannya untuk tujuan tertentu. Hal tersebut berlaku kerana kanak kanak belum boleh membezakan antara tanggapan ingatan dan tanggapan fantasi iaitu khayalan, atau disebabkan tindakan menolak, takut, daya ingatan kurang kuat, malu, sugesti(cadangan, anjuran, saran) dan lain lain lagi. Dalam menangani masalah perkembangan fantasi kanak kanak ini ada dua falsafah yang berbeza iaitu ; Dr. Maria Montessori dan Friedrich Wilhem Agust Frobel (Jerman 1782 1852).

106

Psikologi Perkembangan

Dr. Montessori : berpendapat bahawa perkembangan fantasi kanak kanak haruslah dibatasi, bermaksud tidak boleh terlalu bebas kerana jika fantasi tidak dibatasi ia boleh mempengaruhi kemandirian kanak kanak, lazimnya kanak kanak akan khayal dengan dunia fantasinya. Frobel : sebaliknya berpendapat bahawa fantasi kanak kanak harus diberikan kebebasan sepenuhnya, tidak perlu di batasi kerana dengan cara berfantasi ia akan memberikan kepuasan kepada kepada kanak kanak itu. Dengan kepuasan ini, jiwa kanak kanak akan menjadi lebih sihat dan daya kreatif mereka lebih tinggi. Berpandukan dua pendapat yang berbeza ini, dapatlah disimpulkan bahawa : perkembangan fantasi kanak kanak mestilah diberikan kesempatan dan perlu juga dilatih. Untuk memastikan kanak kanak tidak terlalu hanyut dengan dunia khayalannya, latihan perkembangan fantasi perlu dibatasi namun tidak terus disekat sepenuhnya. 7. Perkembangan Sosial Kanak kanak Sesetengah falsafah beranggapan bahawa perkembangan sosial mula wujud sejak kanak kanak itu lahir, buktinya semasa lahir kanak kanak yang menangis menunjukkan proses mengadakan komunikasi atau perhubungan dengan orang lain. Contoh lain seperti mereka meraba atau merasa, tersenyum apabila memperolehi rangsangan dan teguran dari luar. Charlotte Buhler membahagikan peringkat perkembangan kanak kanak kepada empat (4) peringkat iaitu : Peringkat pertama : bermula umur 0 : 4 / 6 : 0 tahun, kanak-kanak mula menunjukkan reaksi positif terhadap orang lain. Antaranya tertawa kerana mendengar suara orang lain. Kanak-kanak menyambut pandangan orang lain dengan membalas pandangan

Zaman Kanak-Kanak

107

dan lain-lain. Peringkat kedua : wujud rasa bangga dan gembira yang terpancar dalam gerakan dan tingkah lakunya, jika kanak-kanak tersebut dapat mengulangi yang lainnya. Contoh : Kanak-kanak yang berebut benda atau mainan, jika menang dia akan merasa gembira Peringkat ini biasanya bermula ketika usia kanak-kanak lebih kurang 2 tahun ke atas. Peringkat ketiga: Jika kanak-kanak telah berumur lebih kurang 2 tahun, mula timbul perasaan simpati (rasa setuju) dan rasa antipati (rasa tidak setuju) kepada orang lain, baik yang sudah dikenali atau belum. Peringkat keempat: ketika akhir tahun kedua, kanak-kanak telah menyedari akan perhubungannya dengan anggota keluarga, timbul keinginan untuk turut serta dalam aktiviti kekeluargaan itu. Seterusnya kerana kanak-kanak telah mempunyai banyak pengalaman sosial, kadang kala timbul kesukaran bagi ibu bapa untuk mengawal mereka. Kanak-kanak sudah mula memberontak, melawan (mempertikai). Ada satu satu ketika dimana kanak-kanak menjadi mudah keras kepala, cemburu, dan lainnya, kerana pada ketika itu sudah bercampur dengan kegoyahan pertama (footzalter ) pada diri kanak-kanak, iaitu ketika berumur lebih kurang 3 : 0 / 0 : 4 tahun. Perkembangan sosial ini akan berlanjutan sesuai dengan pengalamannya, sehingga kanak kanak sudah sedia untuk bergaul dengan yang lain secara baik dan wajar. Arnold Gessel, menyatakan hasil kajiannya dalam masalah ini, iaitu : 0:2 0:3 = tersenyum, memandang orang lain. = tersenyum kembali, mengeluarkan pelbagai suara

108

Psikologi Perkembangan

sebagai jawapan atau rangsangan dari luar. 0 : 4 = menangis, menolak sebagai tanda tidak setuju kepada orang yang mengadakan / membuat komunikasi. 0 : 5 = mengikut dengan gerakan mata / terhadap gerakan orang yang sedang lalu lalang. 0 : 6 = memberikan reaksi terhadap orang yang marah atau orang yang ramah. 0 : 7 = mula aktif mengadakan komunikasi, ia cuba mengadakan perbuatan baik dalam bentuk gerakan atau suara-suara. 0 : 8 = boleh bermain, sembunyi-sembunyi (ciluk-ba) ia mampu memanggil ; mama, papa, adik, dan lain-lain. 0 : 9 = mencuba menarik perhatian orang dewasa. 1 : 0 = mula memahami akan isyarat-isyarat yang sederhana contoh : bye-bye dengan melambaikan tangan, atau menunjuk dengan satu jari dan lain-lain. 8. Perkembangan Moral Menurut Robert J. havighurst, moral yang bersumber dari wujudnya suatu tata nilai adalah a value is an object estate or affair wich is desired (tata nilai adalah suatu objek rohani atas suatu keadaan yang diinginkan). Maka keadaan atau potensi internal kejiwaan seseorang untuk mampu melakukan hal-hal yang baik, sesuai dengan nilainilai (value) yang diinginkan itu disebutnya sebagai moral. Dengan demikian perkembangan moral seseorang itu berkait rapat dengan perkembangan sosial kanak-kanak, disamping pengaruh kuat dari perkembangan fikiran, perasaan serta kemahuan atas hasil tanggapan dari kanak-kanak. Contoh : wujudnya komunikasi dengan orang lain, pada gilirannya akan wujud pula rasa untuk saling menghargai, saling tolong-menolong, dan lain-lain.

Zaman Kanak-Kanak

109

Bagi seseorang kanak-kanak perkembangan moral itu akan dikembangkan melalui pengisian sumber jasmaniah (dorongan nafsu fisiologi), untuk seterusnya dipolakan melalui pengalaman dalam situasi keluarga, sesuai dengan nilai-nilai yang dilakukannya. Maka di sinilah sebenarnya tempat perananan utama bagi orang-orang yang paling dekat atau akrab dengan kanakkanak (terutama ibu) dalam memberikan dasar-dasar pola perkembangan moral kanak-kanak yang berikutnya. Walaupun nilai-nilai (selain nilai fisiologi) bagi seorang kanak-kanak, perkembangan berikutnya akan selalu berada sejajar dengan nilai-nilai yang menjadi pokok tadi. Berkaitan perkembangan moral kanak-kanak yang disesuaikan dengan value/tata nilai yang wujud dapat dijelaskan seperti berikut : 1;0 4;0 = ukuran baik dan buruk bagi seorang kanak-kanak itu bergantung dari apa yang dikatakan oleh orang tua. Walaupun kanak-kanak ketika kitu belum tahu benar hakikat atau perbezaan antara yang baik dan yang buruk. Kerana ketika itu kanak-kanak belum mampu menguasai dirinya sendiri. 4;0 8;0 = ukuran tata nilai bagi seorang kanak-kanak adalah dari yang lahir (realiti).Kanak-kanak belum mampu menafsirkan hal-halnya yang tersirat dari sesuatu perbuatan, antara perbuatan disengaja atau tidak, kanak-kanak belum mengetahui, yang ada nilai hanyalah kenyataannya, (dari sebab perbuatan tadi). Contoh : kanak-kanak akan tetap menilai salah terhadap orang yang memecahkan 20 buah gelas (1dozen), walaupun tidak disengaja. Tetapi kanak-kanak tadi akan memahami, terhadap seorang yang hanya memecahkan 1 (satu) gelas, walaupun disengaja. 8;0 13;0 = kanak-kanak sudah mampu mengenal ukuran baik, buruk secara batin (tidak nyata) meskipun masih terbatas, iaitu kanak-kanak sudah mampu menghargai pendapat atau alasan dari perbuatan orang lain. Kanak-kanak mula mampu menghormati

110

Psikologi Perkembangan

terhadap orang lain yang patuh, taat atau sebaliknya. Di sinilah kanak-kanak mula mampu mengendalikan dirinya sendiri, walaupun dalam terbatas juga. 13;0 19;0 = seorang kanak-kanak sudah mula benar-benar sedar dengan tata nilai kesusilaan (value). Kanak-kanak akan patuh atau melanggar berdasarkan kefahamannya terhadap konsep tata nilai yang diterima. Pada ketika ini kanak-kanak benar-benar berada pada keadaan mampu mengendalikan dirinya sendiri.

9. Masalah Permainan 1. Pengertian Permainan Permainan adalah suatu perbuatan yang mengandungi keseronokan dan dilakukan atas kehendak diri sendiri, bebas tanpa paksaan dengan bertujuan untuk memperoleh kesenangan ketika mengadakan kegiatan tersebut. Permainan amat penting bagi perkembangan jiwa kanakkanak. Oleh kerana itu perlu kiranya bagi kanak-kanak untuk diberi kesempatan dan panduan di dalam kegiatan permainannya. Secara fungsional kegiatan bermain dan bekerja mempunyai perbezaan cukup ketara, sebab bekerja itu lebih diarahkan kepada hasil yang akan dicapai, di samping adanya keterikatan yang lebih ketat daripada sebuah permainan. Dua hal kegiatan kanak-kanak iaitu bermain dan bekerja dapat dibezakan sebagai berikut : Bermain = a) sifatnya bebas (tidak terlalu terikat oleh syarat). b) tidak berorientasi hasil, tujuannya hanya kesenangan dan bermain. c) hasilnya (kesenangan) ada dalam kegiatan itu. d) hakikatnya untuk kanak-kanak.

Zaman Kanak-Kanak

111

Bekerja

= a) sifatnya terikat oleh syarat-syarat tertentu. b) berorientasi pada hasil (terutama kepuasan materi) gagal atau berhasilnya menjadi masalah yang penting. c) hasilnya ada di luar kegiatan, iaitu setelah kegiatan tersebut selesai. d) hakikatnya bagi orang dewasa.

Dalam perkembangan nanti, pada gilirannya permainan bagi seorang kanak-kanak suatu saat dapat berubah menjadi kegiatan bekerja (bagi orang dewasa), jika kegiatan permainan tersebut sudah berubah orientasinya, iaitu berorientasi kepada pencapaian hasil. 2. Macam Permainan Menurut sifatnya permainan boleh dibezakan : a. Permainan gerak atau disebut juga permainan fungsi iaitu : permainan yang dilaksanakan kanak-kanak dengan gerakangerakan, dengan tujuan untuk melatih fungsi organ tubuh melatih pancaindera. Contoh : kanak-kanak melemparlemparkan benda, menggerak-gerakkan kaki serta meramasramas benda, dan lain-lain. b Permainan fantasi atau perananan, iaitu seorang kanak-kanak melakukan permainan kerana dipengaruhi oleh fantasinya. Ia memeranankan suatu kegiatan, seolah-olah benar. Contoh : bermain kereta-kereta dengan nenterbalikkan kerusi berperananan sebagai sebagai ayah, ketua dan lain-lain. c Permainan receptive (menerima), iaitu kanak-kanak mengadakan permainan berdasarkan atas rangsangan melalui luar baik melalui berita, atau gambar serta kegiatan lain yang selalu dilihat oleh kanak-kanak. Contoh : sering melihat gambar/TV, tidak mahu mandi seperti cerita yang ia terima, dan lain-lain.

112

Psikologi Perkembangan

d. Permainan bentuk iaitu kanak-kanak mencuba membentuk (konstruksi) suatu karya atau turut merosak (destruktif) suatu karya yang ada, kerana ingin tahu atau ingin mengubahnya. Permainan ini ada tahapnya : 1. Membuat sesuatu, tetapi belum mampu memberi nama. 2. Membuat sesuatu, dan mampu memberi nama. 3. Menentukan dan membuat nama dahulu, sebelum membuat sesuatu. 4. Membuat sesuatu, sudah lengkap agak menyerupai dengan keadaan bentuk sebenarnya yang dikehendaki. 3. Teori-teori Permainan a. Teori Atavistis (Keturunan) Diajukan oleh Stanley Hall ; bahawa permainan yang dilakukan kanak-kanak adalah warisan, dari kebiasaan nenek moyang yang bersifat turun-temurun, dengan demikian kegiatan tersebut hanya merupakan pengulangan kembali dari yang dilakukan nenek moyang sejak berabad-abad lalu. Teori ini berdasarkan pada teori rekapitulasi. b. Teori Pengosongan Diajukan oleh Herbert Spancer ; dikatakan bahawa kegiatan bermain dilakukan kerana kanak-kanak memiliki kelebihan tenaga sebab jika tidak dilepaskan atau dikosongkan adanya kelebihan tenaga itu, akan mengganggu kejiwaan kanakkanak. Maka cara menghilangkannya dengan melakukan gerakan dan bermain-main.

Zaman Kanak-Kanak

113

c. Teori Pemulihan Tenaga (Recreasi) Dianjurkan oleh Schaller dan Lazarus diungkapkan bahawa setelah seseorang mengadakan kegiatan maka dia merasa letih kerana banyak tenaga terbuang, kemudian menumpukan tenaganya untuk dipulihkan kembali melalui dua cara iaitu : 1.Cara pasif 2.Cara aktif = dengan tidur, istirehat. = dengan melakukan permainan.

d. Teori Persediaan Disampaikan oleh Karl Groos dan disokong pula oleh Maria Montessori, pendapat ini mengatakan : kanak-kanak bermain itu suatu pendapat untuk keperluan kehidupannya kelak. e. Teori Menurut Ilmu dan Jiwa Dalam Yang mengemukakan teori ini adalah S. Freud dan Adler, dikatakannya bahawa permainan adalah merupakan dorongan kejiwaan sebagai ekspresi dari keinginannya untuk menang dan berkuasa. Sehingga permainan adalah panduan untuk menyalurkan kompleks-kompleks terdesak yang ada pada bawah sedar dalam jiwa seseorang. 4. Tingkatan Permainan Kanak-kanak Secara amnya permainan kanak-kanak melalui peringkat : a. Umur 0;0 1 ;0 Kanak-kanak bermain dengan diri sendiri menggunakan kaki, tangan, suara, kemudian alat permainan. b. Umur 1;0 2;0 Kanak-kanak bermain dengan meniru sesuatu. c. Umur 2;0 3;0 Kanak-kanak bermain sendiri tetapi ada dorongan untuk bersama orang lain.

114

Psikologi Perkembangan

d. e. f. g.

Umur 3;0 5;0 Bermain bersama orang lain, dalam status yang sama. Umur 5;0 6;0 Bermain bersama di bawah pimpinan seseorang di antara kawannya, meskipun sering terjadi perselisihan. Umur 6;0 8;0 Kanak-kanak dapat bersandiwara, dengan suatu cerita yang teratur,ia turut tunduk kepada pimpinannya. Umur 8;0 12;0 Kanak-kanak sudah suka bermain yang mengandungi ketelitian serta perlu kecardasan dan keterampilan.

10. Perkembangan Keseragaman Kanak-kanak Sebenarnya potensi keseragaman bagi seorang kanak-kanak telah ada semenjak kanak-kanak lahir ke dunia, ia memiliki fitrah untuk beriman kepada Tuhan. Hanya persoalannya usaha pengembangan serta pemeliharaan potensi (perasaan religious) tersebut yang ada pada seseorang. Maka di sinilah perananan utama ibu bapa di dalam mengembangkan potensi keseragaman kanak-kanak. Athur T. Jersild dan kawan-kawannya dalam The Psychology of Adolescence mengatakan bahawa ; biasanya orang atau kanak-kanak beragama itu disebabkan ibu bapanya beragama, atau kerana meniru ibu bapanya beragama. Biasanya sebelum umur lebih kurang 4 tahun kanak-kanak belum menyedari perasaan sebenar ketuhanan (keagamaan). Tuhan bagi kanak-kanak masih dalam fantasi atau gambarannya disamakan dengan makhluk/manusia lainnya (anthrophomorphonisme); contoh : kanak-kanak sering menanyakan rumahnya di mana? Tuhan anaknya berapa? dan lainlain.

Zaman Kanak-Kanak

115

Oleh kerana itu pengembangan perasaan ketuhanan kanakkanak dapat dimulakan sedini mungkin melalui tanggapan, dan bahasa kanak-kanak. Mula-mula kanak-kanak mungkin akan selalu kagum terhadap ibu bapanya yang selalu sayang dan lain-lain. Hal tersebut amat penting untuk pembinaan kejiwaan kanak-kanak, untuk membawa kepada pemahaman, kekaguman terhadap yang lebih sayang lagi, maha kasih, maha sayang iaitu Tuhan Allah SWT. Pembinaan berikutnya kanak-kanak harus dibiasakan untuk mengikuti melakukan kegiatan keagamaan atau dibiasakan dalam suasana keagamaan, yang sudah tentu kesemuanya diiringi dengan contoh atau teladan yang baik. Pada peringkat berikutnya baru kanak-kanak diberi pengertian dengan ajaran atau norma-norma keagamaan supaya dipatuhi secara baik. Dalam hal yang berkaitan dengan ketaatan dan kepatuhan seseorang terhadap suatu sistem nilai, termasuk nilai-nilai keagamaan. L. Kohlberg, secara teori mengemukakan, bahawa seseorang dalam mengikuti tata nilai supaya menjadi insan kamil itu melalui 6 (enam) stadium (peringkat) iaitu : Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5 Tahap 6 mematuhi peraturan untuk menghindari hukuman kanak-kanak bersikap konformis untuk memperoleh hadiah agar dipandang sebagai orang yang baik. kanak-kanak bersikap konformis untuk menghindari celaan orang lain agar disenanginya. kanak-kanak bersikap konformis untuk menghindari hukuman yang diberikan bagi beberapa tingkah laku tertentu dalam kehidupan bersama. konformitas kanak-kanak sekarang dilakukan kerana memerlukan kehidupan bersama yang diatur. melakukan konformitas tidak kerana perintah atau norma dari luar, melainkan kerana keyakinan diri sendiri untuk melakukannya.

116

Psikologi Perkembangan

Dari teori tersebut dapat difahami, jika ada seorang kanakkanak yang taat beragama baru sampai pada peringkat kerana takut pada ibu bapa, guru agama, ingin penghargaaan, dipuji, dan lainlain. Tidak perlu terburu-buru untuk memarahi, atau menghina, tetapi sebaiknya harus dibimbing terus supaya sampai pada peringkat kesedaran dirinya di dalam melakukan kegiatan keagamaan.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Chiam, H.K., & Ng, S.N. 1982. The self-concept and achhievement for two age tahaps. Jurnal Pendidikan 9: 95-99. Corey, G. 1994. Teori and practice of group counseling. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing Company Crow, L.D. (1980). Psikologi Pendidikan untuk perguruan.Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka Feist, J. (1985). Theories of Personality. New York: Holt, Rinehart & Winston. Feist, J.(1994). Theories of Personality. Madison: Brown and Benchmark Pud. Fitts, W.H. 1965. The Tennessee Self-Concept Scale Manual. Nashville. Conselor Recordings and Test Field, T., 1991. Mothers, adolescent and their young children. In R.M. cerner, A.C. Peterson & J. Brooks-Gunn, Encyclopedia of Adolescence. Ford, H.L. (1986). Motivation Humans. London: Sage Publication. Freud, N. and Gault, H. (1984). Disruptive Behavior In Schools. New York: John Wiley & Sons Jas Laile Suzana Jaafar, (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zaman Kanak-Kanak

117

Jerald Greenberg dan Robert A.Baron. (1997). Behavior in Organization. Edisi ketujuh Prentice-Hall, Inc, New Jersey Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

7
Zaman Awal Persekolahan
Azizi Yahaya
PENGENALAN Bermula pada umur 6 tahun, pertumbuhan fizikal kanak-kanak berlaku secara seimbang. Pertumbuhan ini menyebabkan kanakkanak untuk menyeimbangkan penguasaan badan. Pertumbuhan fizikal yang baik mempengaruhi perkembangan psikologi kanakkanak. Ketika usia ini ini, kanak-kanak sudah matang untuk melayari alam persekolahan walaupun pemilihan mencari kanakkanak yang mempunyai pemikiran yang matang sering dilakukan. Ciri-ciri kematangan dalam hal ini meliputi 1. kanak-kanak mampu bergaul dengan rakan-rakan seusia dengannya, serta tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk melakukan sesuatu perkara. 2. kanak-kanak mengetahui akan kepentingan orang lain di sekitarnya. Bagi Indonesia, umur yang telah ditetapkan untuk berada dialam persekolahan adalah seawal usia 7 tahun. 3. mampu berfikir secara jelas tentang sebarang benda atau perkara yang dilihat dengan jelas. Perkembangan jiwa kanak-kanak digambarkan seperti berikut: di alam persekolahan

Psikologi Perkembangan

119

a)

b)

c)

d)

e)

f)

mempunyai keinginan yang mendalam terutamanya berkaitan dengan perkembangan intelektual kanak-kanak. Biasanya ia dinyatakan dalam bentuk persoalan atau melakukan percubaan. Tenaga yang berlabihan sehingga kadang kala kanak-kanak tidak mempedulikan keadaan dirinya yang letih atau penat. Akibat penggunaan tenaga yang banyak dapat menjadikan kanak-kanak lebih berkemampuan dan terdorong untuk belajar. Pergaulan di kalangnan kanan-kanak berkembang dengan cepat, kanak-kanak lebih mementingkan rakan sebayanya jika dibandingkan dengan ibu bapa mereka sendiri. Ini kerana kanak-kanak ini mempunyai ramai pengaruh dari rakan-rakan sebayanya. Mampu berfikir secara abstrak sehingga membolehkan kanak-kanak tersebut menerima hal-hal seperti teori-teori atau peraturan-peraturan tertentu Minat terutamanya menjurus kepada kesukaan dirinya (contohnya gemar bermain gitar, memelihara binatang dan lain-lain) mengakibatkan kanak-kanak mengabaikan aktiviti / proses-proses pembelajarannya. Berlakunya penindasan perhatian kanak-kanak lebih kepada dunia luar, kanak-kanak belum memahami perasaan orang. mengakibatnya berlaku penindasan terhadap orang lain. Walaubagaimanapun penindasan ini bukanlah suatu yang teruk kerana kanak-kanak belum menyedari tindakan yang mereka lakukan. Tingkahlaku ini biasanya dihalakan kepada orang yang diejek, orang yang lemah, memiliki kekurangan dan terhadap binatang.

Pada zaman persekolahan kanak-kanak ini sebenarnya mengalami peningkatan arah tujuan yang berkaitan: 1. kenyataan: kenek-kenak mempunyai sikap yang bersungguh kepada realiti kehidupan 2. adab : ikhlas terhadap adab meskipun dalam keadaan acuh tidak acuh.

120

Zaman Awal Persekolahan

Sikap-sikap merupakan dasar kepada pembesaran kanak-kanak.

1.

Alam persekolahan

Perkembangan kanak-kanak lebih cepat pada alam persekolahan ini mengakibatkan institusi keluarga sendiri tidak mampu memberi kemudahan untuk mengembangkan kebolehan kanak-kanak. Ini dapat dilihat terutamanya dari segi kebolehan berfikir kearah kemodenan dan ini mengakibatkan perlunya satu situasi sosial yang baru dan lebih meluas seperti sekolah bagi mengembangkan segala kebolehannya. Selain itu, faktor persekitaran sekolah memberi pengaruh yang sangat besar kepada kanak-kanak dalam pergaulan sosial. Faktor persekitaran sekolah meliputi aspek-aspek peraturan sekolah, pandangan guru, disiplin, cara pembelajaran, pergaulan dan kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak boleh belajar secara sistematik, dapat bergaul dngan rakan-rakan, boleh bermain dan berjenaka bersama. Pengalamanpengalaman ini dapat memberi pengaruh yang besar dalam perkembangan kanak-kanak. Ketika berusia 3-5 tahun, kanak-kanak bergantung kepada keluarga semata-mata. Selepas umur tersebut, kanak-kanak cuba menerokai dunia baru dan mula bergaul dengan individu lain selain daripada ahli keluarganya. Kebolehan penghayatan emosi mempengaruhi sehingga berumur 3-5 tahun diikuti dengan penghayatan yang lebih rasional, di mana kanak-kanak menjadi seorang yang bermatlamat. Gambaran pengertian terhadap dunia menjadi semakin lengkap kerana kanak-kanak sudah tidak terlalu subjektif. Perubahan ini adalah menuju kepada tujuan dan prestasi. Jika sebelum ini hubungan dengan objek ditentukan oleh aktiviti bermain, mulai umur ini timbul kesedaran bahawa dirinya mampu menghasilkan prestasi dengan memanipulasikan benda-benda di persekitaran. Pada zaman persekolahan ini, kehidupan dengan

Psikologi Perkembangan

121

mementingkan keperluan diri sendiri berubah kepada sikap zakelijk dan perbuatan berdasarkan pengalaman. Dan ketika berumur 13-14 tahun, sikap tersebut menjadi logik rasional. Emosi kanak-kanak semakin berkurang namun intelek dan akal, budi (rasional, fikiran) menjadi semakin ketara dan minat terhadap dunia menjadi semakin meluas. Pada ketika ini, kanak-kanak tidak lagi dipengaruhi oleh dorongan-dorongan endogen atau dorongan yang mendadak dari dalaman dalam melakukan perbuatan dan pemikiran, tetapi banyak dirangsang oleh rangsangandari luar. Kanak-kanak ini mula menjadi individu yang percaya kepada diri sendiri dan berhasrat mempelajari dan menguasai dunia secara bermatlamat. Aktiviti ini memerlukan banyak ilmu pengetahuan mengakibatkan kanak-kanak ini sering bertanya, meminta bimbingan dan banyak menimba ilmu pengetahuan. Pergaulan yang terhad sebelum ini, mengakibatkan kanakkanak kini memasuki alam persekolahan yang mempunyai sistem sosial yang lebih luas dan mempunyai keadaan yang amat berbeza. Di sekolah, kebudayaan dan cara hidup akan diterapakan supaya kanak-kanak mampu mempelajari jenis-jenis kebudayaan dan seterusnya mampu untuk menyesuaikan diri dengan peraturan social persekitaran sekolah. 2. Kategori Pemikiran

A. Menurut Meuman Meuman membahagikan pemikiran kepada 3 iaitu: 1) Tempoh berkaitan khayalan/ angan-angan 7-8 tahun. Pada ketika ini pemikiran kanak-kanak masih menyeluruh. Pemikirannya belum dapat dilihat dengan jelas. Pemikiran yang kurang jelas ini ini akan digabungkan dengan khayalan dan mengakibatkan berlakunya penggabungan khayalan. 2) Tempoh analisis: 8-12 tahun. Pada ketika ini, kanak-kanak mampu membezakan sifat-sifat dalam mengenalpasti sesuatu

122

Zaman Awal Persekolahan

walaupun hugungan antara perkara itu belum jelas secara keseluruhannya. Khayalan mula berkurang dan bertukar kepada pemikiran yang nyata. 3) Tempoh logik : 12 tahun ke atas . pada ketika ini kanakkanak dapat berfikir secara logik, pengertian dan kesedarannya menjadi semakin sempurna.

B. Menurut William Stern Stern membahagikan pemikiran kepada empat iaitu: 1) Tempoh mengenali benda: 8 tahun pemikiran masih secara menyeluruh di samping gambaran yang smar-samar dan dapat membezakan perkara-perkara tertentu seperti manusia dan haiwan. 2) Tempoh mengenali perbuatan : 8 hingga 9 tahun- pada ketika ini kanak-kanak memperlihatkan perbuatan manusia dan haiwan. 3) Tempoh mengenali perhubungan: 9 hingga 10 tahun.- kanakkanak mula mengenal perhubungan antar waktu, tempat dan sebab akibat. 4) Tempoh mengenal sifat : 10 tahuin dan keatas kanak-kanak mula menganalisis pemikirannya sehingga ia mengenal sifat-sifat benda manusia dan haiwan.

C. Menurut Osward Kroh Osward mebahagikan pemikiran kepada empat peringkat i Penggabungan imaginasi : 7-8 tahun. Pemikiran masih dipengaruhi oleh khayalan dan kenyataan dikaitkan dengan imaginasi Tempoh fahaman berdasarkan kenyataan secara bersahaja. 8-10 tahun. Semua yang difikirkan

ii

Psikologi Perkembangan

123

iii

iv

diterima begitu sahaja tanpa gangguan atau kritikan. Tempoh ini juga disebut tempoh mengumpulkan ilmu pengetahuan. Tempoh fahaman berdasarkan kenyataan secara kritis. 10-12 tahun pada umur ini kanak-kanak mula berfikir secara kritis dan mula mencapai tahap berfikir secara abstrak Tempoh berasaskan pandangan orang atau pihak yang melihat dan menilai. 12-14 tahun. kanakkanak berpaling kepada dunianya sendiri. Perhatiannya ditujukan kepada dirinya sendiri. Kehidupannya mula merasa gelisah, ragu-ragu, timbul rasa malu dan beremosi.

Jika diperhatikan fasa-fasa pemkiran yang telah dikemukakan di atas, ternyata banyak persamaannya. Secara amnya rumusan yang boleh dibuat adalah seperti berikut: Ketika kanak-kanak bersekolah perkembangan pemikiran merupakan perubahan daripada pemikiran yang menyeluruh kepada pemikiran yang lebih spesifik, menerima tanpa mengkritik ke arah kefahaman dan dari alam khayalan ke alam reality.

3.

Perkembangan Imaginasi

Sejak kanak-kanak 5 atau 6 tahun, perhatiannya mula ditujukan ke dunia luar, ke alam reality. Tetapi bukan beerti imaginasinya hilang malah masih terus kekal. Imaginasi yang sentiasa wujud itu mencari bidang saluran seperti hiburan daripada pembacaan bukubuku, mendengar cerita dan melakukan sesuatu. a) Tempoh Imaginasi Setelah kanak-kanak mengalami tempoh keegoan, imaginasinya akan mengalami perkembangan melalui tempoh masa berikut:

124

Zaman Awal Persekolahan

ii

iii

Tempoh dongeng : 4-8 tahun. Tempoh ini bertepatan waktunya dengan perkembangan kanak-kanak ke arah kenyataan kanak-kanak gemar mendengarkan cerita-cerita kehidupan seperti yang lucu, kanak-kanak yang pengotor, kanak-kanak yang malas dan sebagainya. Ketika ini juga kanak-kanak gemar kepada cerita raja-raja, pemburu yang kejam, raksasa dan sebagainya. Tempoh robinson crusoe : 8-12 tahun. Ketika ini kanakkanak mengalami fahaman atau pendidikan yang berdasarkan kenyataan secara bersahaja. Kemudian kanakkanak memasuki tempoh berfikir secara kritis, iaitu tempoh di mana kanak-kanak tidak menyukai lagi cerita dongeng sebaliknya lebih menyukai cerita yang masuk akal seperti perjalanan. Tempoh pahlawan : 12-15 tahun kanak-kanak suka membaca buku-buku perjuangan, karya orang kenamaan dan yang pernah terjadi. Lama-kelamaan khayal;an ilusionistik, iaitu khayalan yang terikat pada tanggapan kenangan dan khayalan bergabung dengan maju dan cepat. Kebaikan imaginasi i Imaginasi boleh digunakan sebagai hiburan ii Imaginasi dapat memudahkan kanak-kanak untuk menerima pelajaran iii Imaginasi membentuk budi pekerti kanak-kanak. Apabila membaca atau menonton filem yang baik, kanak-kanak akan terdorong untuk berbuat seperti apa yang dibaca dan dilihat Keburukan i Kanak-kanak sering terpengaruh dalam dunia imaginasi dan suka mengelamun. ii Kanak-kanak takut untuk menghadapi kenyataan. Ia menjadi seorang yang pemalu atau menjadi peramah di kalangan rakan-rakannya.

b)

Psikologi Perkembangan

125

4.

Perkembangan Fikiran Dan Ingatan

Pada kebiasaanya, pemikiran kanak-kanak ketka di sekolah rendah berkembang secara beransur-ansur dan perlahan. Kanak-kanak betketika ini betul-betul berada dalam situasi pembelajaran. Di samping keluarga, sekolahmemberikan pengaruh yang sistematik terhadap pembentukan akal budi kanak-kanak dan pengetahuan bertambah secara pantas. Pelbagai kemahiran mula dikuasai, perkara-perkara yang menjadi kebiasaan mula berkembang. Keinginan untuk mengetahui perkara yang sebenar mendorong kanak-kanak untuk mencuba dan meniliti perkara yang diinginkan. Minat kanak-kanak pada tempoh atau tingkah laku tersebut terutama sekali merujuk kepada segala sesuatu yang bergerak. Kanak-kanak pada usia ini sangat aktif dan segala sesuatu yang aktif dan bergerak akan menarik minat perhatian kanak-kanak. Semakin banyak yang dilakukan, semakin berguna aktiviti tersebut dalam meningkatkan perkembangan peribadi kanak-kanak. Ingatan kanak-kanak pada usia 8-12 tahun mencapai kesungguhan paling tinggi dan kuat. Daya menghafal dan daya ingatan adalah paling kuatdan mampu mengingat dalam kuantiti yang banyak. Kehidupan khayalan mengalami perubahan pentig pada usia 8-9 tahun. Kanak-kanak sekali sekala menyukai cerita-cerita dongeng seperti Timun Emas, Bawang Putih Bawang Merah, Malin Kundang, Lara Jonggrang dan lain-lain. Unsur-unsur yang menarik dan unik menarik minat kanak-kanak dan akhirnya unsure penilaian dan kritikan mula timbul. Kanak-kanak kini menginginkan peristiwa tersebut benar-benar terjadi atau memang terjadi. Oleh sebab itu, kanak-kanak menyukai cerita-cerita kepahlawanan.

5.

Kemampuan menyelami perasaan

Pada umumnya kanak-kanak lebih beremosi daripada orang dewasa. Pada usia mereka di zaman persekolahan rendah kanak-

126

Zaman Awal Persekolahan

kanak cepat berasa puas seelah mendapat apa yang dikehendaki. Sifatnya yang selalu melihat kepada sesuatu dengan harapan yang baik (optimis) dan tidak begitu mengambil berat terhadap perasaan kesal. Kanak-kanak tidak begitu memahami dan menghayati kesedihan, kesusahan dan kegembiraan orang lain. Jika mereka merasakannya, perasaan itu tidak ditunjukkan kerana mereka malu dan takut untuk menunjukkan perasaan itu. Daya pemikiran kanak-kanak pada ketika ini sangat luas. Teka teki, soalan-soalan matematik dan pengiraan merupakan daya tarikan kepada kanak-kanak untuk mereka menyelesaikannya. Sebaliknya emosi mereka belum begitu berkembang di mana kriteria yang baik dan buruk kanak-kanak semuanya dinilai oleh orang dewasa atau orang tua mereka. Berkaitan dengan fikiran ke arah keagamaan (religious) yang ada pada diri kanak-kanak, dapat dinyatakan di sini bahawa gambaran mengenai syurga, neraka dan Tuhan menjadi semakin pudar pada diri kanak-kanak, begitu juga yang berlaku dengan cerita-cerita dongeng seperti Jaka Kerdil dan Abu Nawas. Ini kerana kanak-kanak begitu tertarik dengan keadaan persekitaran mereka sehingga tiada ruang masa untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah-masalah alam barzakh, susah senang kehidupan dan lain-lain lagi. Oleh itu, pandangan kanak-kanak kini lebih terarah kepada masalah kehidupan pada zaman sekarang. Ini bermakna, perasaan religious pada diri kanak-kanak tidak begitu menonjol. Perasaanperasaan tersebut seakan-akan lenyap dan ada masa tertentu sahaja ia akan muncul semula. Sehubungan itu, pendidikan agama pada kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun hendaklah dilaksanakan tanpa ada sebarang kekerasaan atau paksaaan untuk melakukan suruhan-suruhan agama. Mengenai perasaan takut yang ada pada diri kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut : perasaan takut dan cemas merupakan unsur utama yang muncul daripada perasaan yang biasa. Dan juga merupakan naluri yang sentiasa mengingatkan manusia akan kewujudan bahaya supaya manusia sentiasa bersedia untuk melindungi dan mempertahankan diri daripada sesuatu

Psikologi Perkembangan

127

ancaman yang berlaku. Rasa takut dan cemas bukanlah gejala yang luar biasa bagi kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak secara umumnya memang merasa takut kepada hal-hal yang tidak diketahuinya, yang masih samar dan juga hal-hal yang tersembunyi atau rahsia. Hal ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pemahaman pada diri kanak-kanak serta kurang mempercayai diri mereka sendiri. Kanak-kanak juga menyedari bahawa dirinya masih lemah dan dungun. Selain itu, fantasi kanak-kanak sering bertelingkah mengenai realiti, sehingga kanak-kanak melihat bentuk-bentuk bahaya sebenarnya tidak wujud. Oleh itu, kanak-kanak memerlukan masa untuk belajar menilai semua benda dengan betul, dan menempatkan setiap peristiwa pada perspektif yang betul dan tepat. Kanak-kanak juga harus belajar mengatasi ketakutan tanpa menimbulkan sebarang kesan yang buruk. Kanak-kanak amat mudah merasa cemas. Terutamanya ketika mereka kehilangan kasih sayang, perhatian dan dorongan daripada kedua ibu bapa mereka. Ia merasa takut jika ibu bapanya bersikap kurang mengambil berat tentang diri mereka, dan lebih menyayangi kakak,abang atau adik-adiknya. Mereka juga cemas jika hubungan mesra dengan ibunya terputus disebabkan oleh kehadiran adik baru atau orang lain. Untuk mengatasi perasaan-perasaan takut yang ada pada diri kanak-kanak, ia memerlukan perhatian daripada orang dewasa yang tenang dan bijaksana. Keyakinan terhadap kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak akan menguatkan lagi kepercayaan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri. Kepercayaan ini akan meningkatkan rasa tenang, kepercayaan diri dan harga diri. Tingkah laku kanak-kanak terhadap persekitaran mereka membolehkan ibunya menilai untuk mendapatkan kepastian mengenai tingkah laku dan tindak tanduk anak mereka. Kanak-kanak yang lebih tua selalunya akan mengharapkan dorongan moral daripada ibu bapanya dalam setiap usahanya untuk mencari pengalaman baru. Cinta, kasih sayang dan dorongan ibu bapa akan meningkatkan lagi kepercayaan dalam setiap tingkah laku kanak-kanak.

128

Zaman Awal Persekolahan

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Chiam, H.K., & Ng, S.N. 1982. The self-concept and achhievement for two age tahaps. Jurnal Pendidikan 9: 95-99. Corey, G. 1994. Teori and practice of group counseling. Pacific Grove, California: Brooks/Cole Publishing Company Crow, L.D. (1980). Psikologi Pendidikan untuk perguruan.Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka Feist, J. (1985). Theories of Personality. New York: Holt, Rinehart & Winston. Feist, J.(1994). Theories of Personality. Madison: Brown and Benchmark Pud. Fitts, W.H. 1965. The Tennessee Self-Concept Scale Manual. Nashville. Conselor Recordings and Test Field, T., 1991. Mothers, adolescent and their young children. In R.M. cerner, A.C. Peterson & J. Brooks-Gunn, Encyclopedia of Adolescence. Ford, H.L. (1986). Motivation Humans. London: Sage Publication. Freud, N. and Gault, H. (1984). Disruptive Behavior In Schools. New York: John Wiley & Sons Jas Laile Suzana Jaafar, (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jerald Greenberg dan Robert A.Baron. (1997). Behavior in Organization. Edisi ketujuh Prentice-Hall, Inc, New Jersey Rice, F.P. (1997) Child and Adolescent Development. New Jersey: Prentice Hall. Santrock, J.W. (2007) Adolescence: An Introduction. Boston: McGraw-Hill. Santrock, J.W. (2007) Student Study Guide to Accompany Adolescence: An Introduction. Boston:

8
ZAMAN REMAJA
Nurulhuda Azizi Nurul Ezzati Azizi
PENGENALAN Peringkat umur terbahagi kepada dua bahagian iaitu :1. 2. Peringkat pra - baligh (kanak-kanak) = Peringkat baligh = 12 14 tahun 14 18 tahun

Peringkat pra baligh (kanak-kanak) Peringkat ini adalah peringkat pertukaran dari peringkat sekolah menuju ke peringkat baligh, di mana seorang kanak-kanak yang telah besar berkeinginan untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh orang dewasa tetapi dirinya belum bersedia, begitu juga orang dewasa. Pra baligh adalah waktu di mana berlakunya kematangan seksual, bersamaan dengan berlakunya perkembangan fisiologi yang berkaitan dengan kematangan kelenjar endoktrin. Kelenjar endoktrin adalah kelenjar yang terletak bersama dalam saluran darah. Melalui pertukaran zat yang terjadi di antara jaringan kelenjar dengan pembuluh rambut di dalam kelenjar. Zat-zat yang dikeluarkan dikenali sebagai hormon, seterusnya hormon-hormon

130

Zaman Remaja

ini akan memberikan stimulasi pada tubuh kanak-kanak, sehingga kanak-kanak merasakan adanya rangsangan-rangsangan tertentu. Rangsangan ini membuatkan kanak-kanak tidak begitu selesa kerana ia merupakan keadaan yang tidak pernah dialami sebelum mereka mengakhiri zaman kanak-kanak mereka. Proses kematangan yang berlaku pada wanita 1.5 hingga 2 tahun lebih awal daripada lelaki. Tanda kematangan wanita biasanya berlaku menstruasi pertama (datang bulan). Manakala lelaki pula, berlakunya pengeluaran sperma yang pertama, biasanya ketika bermimpi di mana mencapai tahap kepuasan seksual. Kematangan jenis kelamin banyak bergantung kepada iklim, keadaan budaya setempat, bangsa dan lain-lain, sehingga peristiwa ini berlaku pada setiap bangsa di dunia dalam waktu yang berbeza. Sebagai contoh, bagi Negara Malaysia dan Perancis ia tejadi pada usia 13 14 tahun, tetapi di Negara panas seperti Arab Saudi ia berlaku lebih kurang umur 11 12 tahun dan di Malabar ketika umur 17 19 tahun. Ketika awal zaman remaja, wujudnya kematangan pada jasmani (seksual) dan dianggap sebagai tanda-tanda utama untuk memasuki zaman remaja. Terdapat juga tanda-tanda lain yang dikenali sebagai tanda sekunder dan tanda tertier. Lelaki Wanita rambut, misai, janggut dan lain-lain tumbuh dengan subur. selaput dara semakin membesar bentuk badan mula membentuk seperti segi tiga, urat-urat mejadi kuat muka berbentuk segi. pinggul semakin besar dan melebar kelenjar pada dada menjadi berisi

Psikologi Perkembangan

131

suara menjadi matang, merdu dan tinggi muka menjadi bulat dan berisi

Tanda-tanda tertier pula adalah seperti :Wujud dalam tingkah laku contohnya seperti lelaki terdapat perubahan ketika berbual, cara berpakaian, cara menyikat rambut, bahasa yang diucapkan dan lain-lain. Bagi wanita, perubahan pada cara bicara, cara ketawa, cara berpakaian, bejalan dan lain-lain. Perkembangan lain pada peringkat baligh adalah timbulnya perasaan negatif pada diri kanak-kanak, sehingga masa ini dikenali sebagai masa negatif. Kanak-kanak mula berkeinginan untuk melepaskan diri daripada kongkongan ibu bapa di mana mereka tidak mahu lagi mengikut segala perintah orang tua. Semuanya ingin ditolak tetapi tidak bererti kanak-kanak mahu bebas sepenuhnya, tetapi mereka mahu bebas daripada anggapan orang lain yang mengnaggap mereka kanak-kanak. Sebaliknya mereka mahu menyamakan status mereka sama dengan orang dewasa. Perasaan negatif yang dialami adalah seperti berikut:a) b) c) d) e) f) Ingin selalu menentang persekitaran Tidak tenang dan gelisah Tidak mahu melibatkan diri dalam masyarakat Kurang suka untuk bekerja. Keinginan untuk tidur semakin tinggi. Mudah kecewa dan lain-lain.

Terdapat juga kelainan pada aktiviti mereka yang memerlukan perhatian yang serius. Ini kerana kanak-kanak berada dalam keadaan :a) b) Perkembangan jasmani yang belum selaras Keadaan batin kanak-kanak yang belum seimbang antara satu sama lain.

132

Zaman Remaja

Tempoh zaman ini amat relatif bergantung pada ritme dan tingkat perkembangan kanak-kanak. Karl Buhler menyatakan zaman ini berlaku cukup lama meliputi sebahagian besar dari zaman baligh. Tetapi H.Hetzer menunjukkan tempoh zaman ini yang singkat adalah lebih kurang 9bulan.

Peringkat Baligh (14 18 tahun) Pada zaman ini seorang kanak-kanak mula aktif untuk mencapai kelakuan dalam proses mengenali dirinya, serta mencari pedoman hidup, untuk bekalan hidupnya yang akan datang. Kegiatan tersebut dilakukan penuh semangat tetapi ia sendiri belum faham akan hakikat daripada sesuatu yang dicarinya. Sehingga Ch. Buhler pernah menggambarkan dengan ungkapan Saya menginginkan sesuatu tetapi tidak mengetahui akan sesuatu itu. Sehingga zaman ini ada yang menyebutnya sebagai zaman strumund drang (badai dan dorongan). Dengan tanda-tanda peringkat baligh ini, E.Spranger menyatakan terdapat tiga aktiviti iaitu:a) Mengenali diri sendiri b) Perkembangan pedoman hidup c) Melibatkan diri dalam kegiatan masyarakata Kegiatan kanak-kanak dalam proses pertumbuhan mula menyedari keadaan dirinya yang lebih dalam berbanding sebelumnya. Tetapi ia juga mula mengetahui betapa pentingnya untuk melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan walaupun terasa masih belum sempurna untuk melibatkan diri dan masih dalam kerapuhan serta tidak seimbang. Oleh itu, kanak-kanak bersikap agak tertutup dan lebih mudah menyatakan pengalamannya melalui diari ,mudah termenung dan lain-lain. Aktiviti mencari pedoman hidup, kanak-kanak baligh sudah mula

Psikologi Perkembangan

133

aktif dan menerima peraturan-peraturan susila dan agama, estetika. Tetapi pengakuannya masih terbatas pada keadaan dirinya. Dalam kegiatan luar, ia masih bergantung kepada orang lain yang di disanjunginya. Mereka turut menyedari diri mereka masih belum seperti orang yang dipuja itu. Dalam kegiatan melibatkan diri dalam masyarakat ini, kanakkanak baligh mula mengenal berbagai bentuk corak kehidupan masyarakat tetapi belum sempurna pengetahuannya untuk membezakan ia. Semuanya dianggap sebagai sesuatu yang bersatu di dalam satu sistem kemasyarakatan yang sesuai dengan dirinya, kemudian turut aktif melibatkan diri dalam corak kehidupan masyarakat tersebut. Maka ia tidak menghairankan jika kanakkanak remaja sering menonjolkan perilaku yang mencetuskan kontroversi.

Perbezaan tingkah laku kehidupan dapat digambarkan seperti berikut:

134

Zaman Remaja

a) b) c)

d)

e)

LELAKI Aktif memberi Cenderung untuk memberikan perlindungan. Minatnya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat intelektual dan abstrak. Berusaha membuat keputusan sendiri dan berbincang. Sifat yang sentiasa mempunyai tujuan dan objektif.

a) b) c)

d) e)

PEREMPUAN Pasif dalam memberi tetapi aktif menerima. Cenderung untuk menerima perlindungan. Minatnya tertumpu kepada perkara yang bersifat emosional dan konkrit. Berusaha menurut, dan menyenangkan ibu bapa. Sifat subjektif

Peringkat remaja (18 21 tahun) Pada ketika ini seseorang itu sudah mula dapat mengetahui keadaan dirinya yang sebenar dan sudah mula membuat rancangan kehidupannya serta sudah mula memilih hala tuju hidupnya yang hendak ditemuinya. Zaman ini sebenarnya sudah tidak begitu menarik untuk dibincangkan kerana zaman ini tidak banyak lagi keistimewaan yang hendak dipamerkan, jiwa sudah mula tenang, sebagai persediaan untuk melalui alam remaja. Walaupun terdapat banyak pendapat yang berbeza mengenai peringkat dewasa ini, tetapi sekadar pengetahuan umum gejala bermain dengan jiwa adalah antara yang berumur 18 21 tahun. Berkaitan dengan sifat-sifat peringkar remaja ini dapat dinyatakan seperti berikut:a) Menunjukkan sikap positif dalam menentukan sistem penilaian yang ada.

Psikologi Perkembangan

135

b) c) d) e) f)

g) h)

Menunjukkan adanya ketenangan dan keseimbangan di dalam kehidupannya. Mula menyedari bahawa sikap mengkritik dan aktif zaman remaja itu mudah tetapi sukar untuk melaksanakannya. Mula mempunyai perancangan hidup yang teratur dan kukuh. Mula menghargai sesuatu yang bersifat sejarah dan tradisi, agama, budaya dan etnik serta ekonomi. Dalam menentukan calon sebagai teman hidup, tidak lagi berdasarkan nafsu seks sahaja, tetapi atas dasar pertimbangan yang matang dalam pelbagai aspek. Mula menentukan cara hidup berdasarkan sistem nilai yang diyakininya Pandangan dan perasaan yang semakin bersatu antara erotic dan seksual di mana sebelum ini kedua-duanya terpisah.

Apabila zaman remaja ini berakhir maka kanak-kanak akan memasuki alam kedewasaan, sebagai fasa perkembangan. Seseorang itu telah memiliki corak dan bentuk peribadi yang tersendiri. Dr. M.J. Langeveld menyatakan ciri-ciri kedewasaan seseorang adalah seperti berikut : a) b) Mampu berdiri sendiri dalam kehidupannya. Tidak perlu lagi meminta pertolongan orang lain. Dan jika ada bantuan daripada orang lain, ia tetap ada pada tanggungjawabnya dalam menyelesaikan tugas-tugas dalam kehidupannya. Mampu bertanggungjawab dalam erti sebenarnya terutama dari segi moral. Memiliki sifat-sifat yang membina terhadap masyarakat dan di mana jua ia berada.

c) d)

136

Zaman Remaja

RUJUKAN
Azizi Yahaya, et.al. (2005). Buli. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution Amir Mohd Salleh ( 1999). Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian.Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahadi Osman (1996). Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial. Kuala Lumpur : Institut Perkembangan Minda. Mohd. Jamil Yaacob (2005). Memahami Remaja. Bentong : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Zulkifli Ismail dan Redwan Majid (2004). Remaja yang Berwawasan. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

9
Perbezaan Individu
Noordin Yahaya
PENGENALAN Ahli-ahli psikologi, ahli-ahli pendidikan dan ahli-ahli politik kelihatan agak kurang sabar dengan konsep perbezaan individu kerana biasanya ia menjadikan tugas mereka untuk mencari jawapan kepada permasalahan tertentu menjadi lebih sukar. Kalaulah manusia semuanya berperangai sama, sudah pasti ujikaji psaikologi, ujian pendidikan dan pengurusan manusia menjadi lebih mudah. Harapan ini biasanya diterjemahkan di dalam amalan, dan dalam banyak keadaan ahli-ahli psikologi, para pendidik dan ahli politik bertindak seolah-olah manusia itu semuanya sama. Amatlah penting bagi para pendidik memahami bagaimana individu berbeza di antara satu dengan lain dan kepentingan perbezaan tersebut dalam melaksanakan tugas pendidikan. Seorang guru boleh menjangkakan wujudnya perbezaan di antara kanakkanak dalam bilik darjahnya walaupun sistem persekolah dan kurikulum yang seragam menggalakkan persamaan dalam perkembangan kanak-kanak. 2. Definisi Perbezaan Individu. Satu aspek perkembangan yang ketara ialah aspek perbezaan individu. Perbezaan individu merupakan ketaksamaan beberapa

138

Perbezaan Individu

aspek perkembangan antara individu. Perbezaan ini mungkin merupakan perbezaan secara fizikal, seperti tinggi dan berat tubuh badan, kejelasan penglihatan atau kecerdasan. Oleh kerana tiaptiap individu dilahirkan unik, maka amatlah sukar untuk mendapat dua orang individu yang sama aau serupa. Ahli-ah;I psikologi berpendapat persamaan di kalangan dua individu hanya boleh dilihat bagi kanak-kanak kembar seuri. Walau bagaimanapun persamaan tersebut tidaklah seratus peratus. 3. Aspek-Aspek Perbezaan Individu. Terdapat beberapa aspek yang menggambarkan perbezaan individu, antaranya: Fizikal. Seseorang individu itu adalah berbeza dari segi tinggi, berat badan, jantina dan rupa paras. Mental. Individu-individu adalah berbeza dari segi kebolehan untuk menaakul, berfikiran logis, kebolehan berbahasa, mengira dan berimiginasi. Emosi. Kebolehan untuk mengawal emosi dan bertoleransi juga dari seorang individu kepada seorang individu yang lain. Sosial. Kebolehan untuk berinteraksi juga bergantung pada sifat seseorang individu. Sekiranya dia bersifat ekstrovet, individu itu lebih mahir bersosialisasi atau bercampur gaul berbanding dengan seseorang introvet. Bakat dan minat. Minat seseorang individu adalah berbeza-beza. Contohnya, minat seseorang untuk membaca mungkin dipengarui oleh amalan ibu bapa ataupun timbul dari dalam diri individu itu sendiri. Bakat ialah keboilehan semula jadi. Ia berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Psikologi Perkembangan

139

4. Faktor-Faktor Perbezaan Individu. Persekitaran Keadaan kelahiran. Sekiranya ibu yang bersalin itu mengalami kesulitan ketika hendak bersalin, maka bayi yang lambat dilahirkan itu mungkin akan mengalami kecacatan mental. Kanak-kanak seperti ini memang akan menonjolkan prestasi akademik yang rendah berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain. Sosioekonomi keluarga. Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-kemudahan pendidikan yang baik bagi seseorang individu. Keadaan seperti ini akan membantu seseorang itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang pelajar yang berasal daripada keluarga miskin atau rendah sosioekonominya. Asuhan ibu bapa. Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi sosioemosi dan mental. Kanak-kanak daripada keluarga tersebut adalah lebih stabil emosinya kerana mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dari ibu bapa mereka. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak menerima kasih sayang atau asuhan ibu bapa yang sempurna merupakan kanakanak yang kurang bahagia dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian dan pengakuan daripada orang dewasa. Rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya ke atas perkembangan seseorang kanak-

140

Perbezaan Individu

kanak adalah penting. Kanak-kanak yang bercampur gaul dengan rakan sebaya yang bertanggungjawab dan bersopan santun akan juga menghayati nilai-nilai yang positif itu. Sebaliknya kanak-kanak yang terdedah kepada kumpulan rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab , lalai atau tidak mementingkan pelajaran akan turut menghayati nilai-nilai yang negatif. Dengan ini jelaslah pengaruh rakan sebaya boleh menimbulkan perbezaan individu di kalangan kanak-kanak. Kebudayaan dan norma. Kebudayaan dan norma satu-satu komuniti boleh menimbulkan perbezaan individu. Sesetengah kebudayaan menghendaki anakanak perempuan mendirikan rumahtangga di peringkat umur yang muda. Ini menyebabkan individu berkenaan terpaksa meninggalkan bangku sekolah. Kebudayaan seperti ini akan menimbulkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan kebudayaan lain yang memang mementingkan pelajaran lebih daripada perkahwinan. Nilai-nilai dan norma-norma satu-satu komuniti juga menimbulkan perbezaan individu. Sesetengah komuniti amat mementingkan nilai harta benda dan wang. Masa lapang dan rekreasi adalah kurang ditekankan. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam komuniti tersebut akan juga mengutamakan nila-nilai yang sama yang ditekankan oleh ibu bapanya. Sebaliknya, ada pula komuniti yang menganggap masa lapang dan rekreasi itu sebagai perkara-perkara yang penting di dalam hidup ini. Oleh itu, ia diberi keutamaan. Kanak-kanak yang dibesarkan di dalam komuniti seperti ini akan juga menghargai nilai-nilai tersebut. Nilai-nilai dan norma-norma yang berlainan akan tetap menimbulkan perbezaan individu.

Psikologi Perkembangan

141

Kemudahan-kemudahan pembelajaran. Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang terdapat di satu-satu kawasan akan juga menimbulkan perbezaan individu. Contohnya, sekolah-sekolah di bandar biasanya mempunyai kemudahankemudahan yang lengkap seperti makmal sains, perpustakaan, zoo mini, pusat sumber, komputer, dewan, gelanggang tenis dan sebagainya. Kanak-kanak yang terdedah kepada pelbagai kemudahan tersebut memang akan berkembang dengan lebih cepat dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Sekolah-sekolah di luar bandar yang kekurangan kemudahan-kemudahn pembelajaran tidak dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang cepat dari pelbagai segi. Kedua-dua keadaan di atas jelas menunjukkan perbezaan individu memang akan timbul disebabkan kemudahankemudahan pembelajaran yang berlainan. Jantina. Perbezaan jantina boleh juga menimbulkan perbezaan individu. Contohnya, kajian-kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak perempuan cepat belajar bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Selain itu minat, bakat dan nilai juga berbeza di antara kanakkanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan. Minat kanak-kanak perempuan atau lelaki biasanya sejajar dengan peranan mereka dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak perempuan lebih gemar menjahit, memasak, bermain alat muzik berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Pelajar perempuan secara umumnya mendapat pencapaian yang tinggi di dalam kelas matematik, tetapi skor mereka di dalam ujian keseluruhan biasanya lebih rendah dari pelajar lelaki (Kimball, 1989). Perbezaan jantina dalam pencapaian ujian kelihatan meningkat mengikut umur (Hyde, Fennema & Lamon, 1990; Maccoby & Jacklin, 1974). Secara amnya, purata perbezaan di dalam ujian keseluruhan adalak kecil, tetapi apabila keupayaan meningkat maka saiz perbezaan juga meningkat. Di dalam ujian metamatik contohnya, purata perbezaan markah di kalangan

142

Perbezaan Individu

pelajar lelaki biasa hanya sekitar 50 mata berbanding pelajar perempuan, tetapi bilangan pelajar lelaki yang berkebolehan tinggi jauh mengatasi bilangan pelajar perempuan (Benbow & Stanley, 1980, 1983) Kajian yang dilakukan oleh Ann M. Gallagher dan Richard De Lissi mendapati bahawa perbezaan di antara jantina yang berbeza memang wujud. Perbezaan psikologi di antara otak lelaki dan perempuan dan perbezaan dalam sosial antara mereka mengakibatkan pelajar perempuan biasanya lebih baik di dalam tugasan yang memerlukan ingatan segera terhadap maklumat dari memori; manakala pelajar lelaki pula biasanya lebih baik di dalam tugasan yang memerlukan manipulasi maklumat yang sedia ada di dalam memori. Perbezaan jasmani / fizikal Perbezaan jasmani dan fizikal merupakan perbezaan lahiriah yang dapat dilihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan kebolehan membuat kerja tangan. Perbezaan jasmani yang pertama di antara individu adalah ketinggian tubuh badan. Dalam setiap aspek fizikal juga terdapat perbezaan. Perbezaan dari segi bentuk badan boleh difahami dengan melihat ketiga-tiga jenis tubuh badan yang utama, iaitu tubuh badan endormof, mesomorf dan ektomorf. Misalnya ektomorf yang berbentuk kurus dan langsing dikaitkan dengan temperamen yang introvert, iaitu suka menyepi diri dan lebih pendiam. Tubuh badan endomorf pula mempunyai tubuh badan yang bulat, lemah lembut dan sahsiahnya dikaitkan dengan temperamen yang diaktakan suka relaks dan suka bergaul dengan individu lain. Jenis tubuh badan mesomorfik pula merupakan individu yang mempunyai tubuh dan otot olahragawan. Jenis mesomorf selalu dikaitkan dengan temperamen yang dikatakan asertif dan bertenaga. Ciri-ciri fizikal luaran yang adalah seperti perbezaan warna kulit: ada yang cerah dan ada yang gelap; ada yang matanya berwarna biru dan ada yang matanya berwarna coklat; ada yang mempunyai hidung yang lebih mancung dan muka yang berbentuk bujur sirih, ada yang bulat dan ada pula

Psikologi Perkembangan

143

bentuk mukanya agak panjang, ada individu yang terlalu gemuk dan ada yang terlalu kurus. Ciri-ciri fizikal dalaman adalah seperti memiliki bau badan sendiri yang unik sehingga boleh menimbulkan masalah. Begitu juga bendalir gastrik di dalam perut dan usus kita berkerja dari segi kandungan pepsin dan hal ini terdapat hanya bagi mereka yang tidak pernah menghidapi sakit perut. Juga terdapat perbezaan kepadatan sel penerima salur darah dengan urat saraf. Perbezaan lain termasuk perbezaan saiz otak serta jumlah neuron di dalam sistem luar saraf. Faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi perbezaan kecerdasan mental. Perbezaan mental Umumnya, kanak-kanak berbeza dari segi kecerdasan dan kebolehan intelek. Jika diteliti dalam sebuah bilik darjah guru akan mendapati perbezaan individu dalam pembelajaran dan pencapaian. Murid A mungkin lebih cekap dan pantas mengikuti pengajaran guru berbanding dengan murid B. begitu juga murid A mungkin sukar menyelesaikan masalah matematik berbanding dengan murid C. Guru boleh menilai perbezaan mental dan kecerdasan murid melalui prestasi mereka dalam ujian semester atau peperiksaan semester akhir. Namun begitu, pencapaian atau prestasi murid dalam ujian piawai mungkin tidak boleh dijadikan pengukur bakat sebenar. Kadangkala ada murid yang berbakat tetapi mempunyai pencapaian rendah. Kemungkinan murid tersebut mendapat markah rendah kerana merasa terlalu bimbang dan cemas. Dalam membincangkan kebolehan dan perbezaan mental, perlu diteliti istilah dan pengertian kecerdasan. Kecerdasan adalah di antara penentu perbezaan individu. Beberapa ahli psikologi melihat kecerdasan sebagai keupayaan am untuk fahaman dan penaakulan. Menurut Binet dan Simon (1905) kecerdasan melibatkan kemahiran berfikir, memahami dan penaakulan yang berkesan. Mereka juga menggolongkan kecerdasan kepada tiga kategori, iaitu : i Kebolehan berfikir secara abstrak.

144

Perbezaan Individu

ii iii

Kebolehan belajar. Kebolehan mengintegrasikan pengalaman baru dan menyesuaikan diri dengan situasi baru.

Storddard (1943) pula menganggap kecerdasan sebagai kebolehan melaksanakan aktiviti yang biasanya susah, kompleks dan abstrak sesuai untuk sesuatu matlamat, bernilai sosial, melahirkan sesuatu yang original dan mengekalkan aktiviti-aktiviti tersebut dalam keadaan yang memerlukan tumpuan tenaga dan menentang tekanan emosi. Thorndike pula membahagikan kecerdasan kepada tiga jenis: mekanikal, sosial dan abstrak. Sesorang individu boleh mempunyai kecerdasan mekanikal yang tinggi tanpa mempunyai aras kecerdasan sosial dan abstrak yang selaras. Dalam situasi ini dia mungkin amat pakar dan mahir berkerja dengan kereta, tetapi mungkin tidak boleh berdampingan dengan individu lain atau menyelesaikan masalah dalam matematik. Salah satu dari sifat kecerdasan adalah keupayaan membentuk gerakbalas baru kepada ransangan dengan cara yang tepat dan cepat dalam situasi menggalakkan. Seseorang individu yang cerdas bertindak dengan celik akal, boleh meramalkan akibat bertindak dengan cara tertentu. Dia boleh meramalkan hasil tindakan alternatif. Ramalan-ramalan tersebut diasakan kepada pengalaman dan prinsip-prinsip hidup yang lain daripada pengalaman. Keupayaan mengenal pasti apakah yang sesuai dilakukan dalam sesuatu situasi adalah petanda kecerdasan. Kecerdasan juga dihubung kait dengan kekereatifan dan keaslian. Dalam dua sitasi itu nampaknya serupa, iaitu individu yang lebih cerdas peka kepada perbezaan yang mungkin tidak nampak oleh individu lain. Sumber-sumber kecerdasan. 1. Kecerdasan sebagai satu anugerah atau pemberian genetik. Menurut pendapat tersebut kecerdasan mempunyai perkaitan dengan kualiti gen yang menentukan struktur dan fungsi sistem saraf nural dan endorin. Kecerdasan bergantung kepada

Psikologi Perkembangan

145

struktur fizikal. Pendapat tersebut mendefinisikan kecerdasan secara mekanistik, sebagai kebolehan membina hubungan stimulus dan gerakbalas bagi membentuk perkaitan baru dalam sistem urat saraf. Kecerdasan seperti ini bergantung kepada pelbagai saluran saraf dan kepantasan saluran tersebut boleh diaktifkan. 2. Kecerdasan sebagai hasil pembelajaran. Menurut pendapat ini semua individu mempunyai potensi yang sama ketika lahir. Kecerdasan mereka bergantung kepada peluang-peluang pembelajaran. Pendapat ini dikemukan oleh penganut mazhab environmentalis. Kajian tentang IQ individu menyokong hipotesis bahawa kecerdasan dipelajari dan tidak tetap. 3. Kecerdasan sebagai fungsi interaksi. Ini bermaksud bahawa kecerdasan adalah hasil interaksi diri individu dan persekitaran. Adalah sukar menilai kepentingan kedua-dua pengaruh pewarisan atau persekitaran. Menurut mazhab ini ada beberapa faktor yang mempengaruhi kecerdasan iaitu, antaranya: peluang yang dimiliki oleh individu untuk untuk mendapat persekitaran yang mengayakan pemikiran, tempoh masa untuk memperbaiki persepsinya, matlamat dan nilai, budaya yang dia ditempatkan, konsep kendiri dan sejauh mana dia merasa tergugat. Misalnya, jika seseorang individu yakin bahawa dia tidak pandai melakukan tugas-tugas tertentu, perkembangan ini akan menghalangnya mencapai tugas perkembangannya. Pengukuran kecerdasan. Pengukuran kecerdasn boleh dibuat melalui berbagai ujian. Ujian kecerdasan direka untuk mengetahui pengetahuan individu tentang perkara tertentu dan bagaimana individu tersebut boleh menyelesaikan masalahnya. Berdasarkan prestasinya, umur, mental individu tersebut boleh diukur iaitu dengan melihat IQ-nya. Binet merangka aras usia untuk setiap tugasan di mana usia paling muda bagi kanak-kanak yang berkecerdasan biasa boleh menyempurnakan tugas tersebut. Kanak-kanak bermula dengan tugasan bagi usia paling muda dan menaiki tangga kesukaran tugasan sehinggalah dia tidak boleh melakukan sebaran tugasan lagi. Usia mental kanak-kanak ialah usia yang sepadan dengan

146

Perbezaan Individu

tugasan terakhir yang boleh dilakukannya. Seterusnya, terdapat pengkaji lain yang mencadangkan agar usia mental ini dibahagi dengan usia sebenar atau usia kronologi dan dibahagikan dengan 100 untuk mendapatkan intelligence quotient. IQ = Mental Age (MA) X 100 Chronological Age (CA) Jika usia mental 100 bulan, dan usia sebenar 90 bulan maka IQ-nya adalah: (100 x 100) = 111 90 Namun demikian terdapat bantahan bagi konsep usia mental. Antaranya ialah Binet kelihatan menggunakan berbagai tugasan untuk mengukur aspek keupayaan mental yang berbeza pada usia yang berbeza. Baka. Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah seseorang itu. Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam memang akan melahirkan anak yang berambut hitam. Kanak-kanak ini memang akan berbeza dari egi fizikal jika dibandingkan dengan kanakkanak orang putih. Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga. Dengan ini jelaslah, kanak-kanak tersebut akan berbeza daripada kanak-kanak kurang cerdas yang seterusnya akan menjadi pelajar yang lambat di sekolah. Kajian telah membuktikan bahawa perangai kanak-kanak juga dipengaruhi oleh faktor baka. Ibu bapa yang cepat hilang akal akan melahirkan anak yang kurang stabil emosinya serta merupakan seorang pemarah.

Psikologi Perkembangan

147

Cara-Cara Guru Melayan Perbezaan Individu: Bagi memahami perbezaan individu kanak-kanak, guru boleh mengambil langkah-langkah berikut: 1. Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya, berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka. 2. Pelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran. 3. Mengumpulkan pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan A, B dan C. guru boleh memberi bimbingan yang lebih kepada pelajar lemah di dalam kumpulan C, manakala pelajar yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang sederhana pencapaiannya di dalam kumpulan B. 4. Pelbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan pelajar yang berbeza. 5. Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar pelajar yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya. 6. Aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah sejajar dengan kebolehan dan minat pelajar. Aktiviti yang terlalu sukar akan membosankan mereka yang lemah, aktiviti yang terlalu senang tidak pula mencabar bagi yang cerdas. 7. Aktiviti-aktiviti pemulihan hendaklah dikendalikan untuk pelajar yuang lemah. Sebaliknya, aktiviti pengayaan hendaklah disediakan untuk pelajar yang cerdas dan yang telah selesai menyempurnakan satu-satu unit pembelajaran. 8. Perhatian dan layanan individu hendaklah diberi kepada pelajar yang lemah. Layanan seperti ini meningkatkan keyakinan dan harapan pelajar berkenaan. 9. Jenis penilaian hendaklah dipelbagaikan. Contohnya, bagi pelajar yang cerdas dan sederhana, ujian rujukan norma adalah sesuai kerana ia menggalakkan pertandingan. Sebaliknya, bagi pelajr yang lemah, ujian rujukan kriteria adalah lebih sesuai. 10. Guru hendaklah sentiasa mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar menikmati kejayaan terutamanya mereka yang lemah. Cara ini dapat mendorong serta meningkatkan keyakinan

148

Perbezaan Individu

diri mereka. 11. Ketika mengendalikan projek, pasti pelajar pelbagai kebolehan dan minat diberi peluang untuk mengambil bahagian yanng aktif. Pelajar yang tidak diberi peluang penyertaan akan merasa rendah diri serta kecewa. Ini seterusnya akan menyebabkan mereka itu mulai menarik diri dan menjadi lebih pasif lagi.

RUJUKAN
Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif 2005a; Membentuk Identiti Remaja. Pahang : PTS Publication and Distribution. Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakaria dan Noordin Yahaya. 2005b. Pembangunan Kendiri. Skudai : Penerbit UTM. Azizi Yahaya, Yusof Boon, Amir Hamzah Abdul, Fawziah Yahaya, Jaafar Sidek Latif dan Jamaludian Ramli. 2005c. Psikologi Sosial. Skudai : Penerbit UTM Azizi Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Jaafar Sidek Latif. 2005d. Psikologi Sosial Alam Remaja. Pahang : Penerbit PTS Publication and Distribution. Bernstein,B.( 1961).Social class and linguistic development: a theory of social learning, Free Press. Coopersmith,S.(1967).The Actecedents of Self-Esteem, W.H.Freeman, San Francisco. Eleanor E Macobby (1980).Social development: Psychological growth and the parent-child relation ship, Unpublished Doctoral Dissertation, University of Michigan. Giddens, A (1979). The Class Structure of the Advanced Societies,Huchinson,London. Irvin,L, Judith(1996).Developmental Tasks of Early Adolescence.Annual Editions:Educational Psychology 98/99, 49-52. Mc Clelland,J.W.(1983),A study of Gender Differences in Social Psychology,535-540. Rogers,C.R., Client Centered Therapy Its Current Practise,Implications and Theory, Houghton Mifflin Co,Boston. Rosen,B.C and D Andrade,R.The Psychosocial Origin of Achievement Motivation,185-218. Shaffer D.R.(1985).Developmental Psychology,Publisher Company,California.

10
PERSONALITI
Azizi Yahaya
PENGENALAN Pada dasarnya, istilah personaliti digunakan untuk menunjukkan seseorang individu. Ini bermaksud, personaliti itu dimiliki oleh seseorang individu. Kemudian, istilah personaliti digunakan juga untuk kelompok individu atau masyarakat, contohnya, personaliti melayu, personaliti china, personaliti pegawai negeri, dan sebagainya. Hal ini sama dengan penggunaan istilah jiwa yang pada asalnya hanya untuk individu, tetapi akhirnya digunakan juga untuk masyarakat. Contohnya, jiwa kelompok, jiwa petani, jiwa bangsa, dan sebagainya. Dengan meluasnya penggunaan istilah tersebut, maka semakin meluaslah pengertiannya dan berlaku pelbagai perbezaan pendapat. Mengikut Kamus Dewan, istilah personaliti digunakan untuk pelbagai pengertian, seperti pengertian manusia. Personaliti disamakan dengan masyarakat, iaitu satu unit untuk menunjukkan sifat, ciri, watak, jiwa, moral, semangat, kebiasaan, tingkah laku, dan sebagainya. Gordon W. Allport (1937) memberikan definisi personaliti sebagai berikut :

150

Psikologi Perkembangan

Personality is the dynamic organization wihin the individual of those psychophysical system that detemine his unique adjustment to his environment. Jika diperhatikan pada definisi Allport itu, jelaslah bahawa beliau berusaha mendefinisikan atau melibatkan pandangan kontinental dan pandangan Anglo-Amerika. Aspek dalaman mahupun aspek luaran personaliti telah dimasukkan ke dalam definisi itu. Sistem jiwa raga merupakan aspek dalaman personaliti dan penyesuaian diri pula merupakan aspek luaran bagi personaliti. Jika definisi tersebut dianalisis, maka personaliti adalah : a. Merupakan suatu organisasi dinamik, iaitu suatu organisasi atau sistem yang mengikat dan mengaitkan pelbagai aspek atau komponen personaliti. Organisasi tersebut selalu mengalami perubahan dan perkembangan dalam prosesnya. Contohnya, personaliti si A pada 10 tahun yang lalu tetap sama dengan personaliti si A pada 10 tahun akan datang. Namun demikian, si A sekarang berbeza dengan si A 10 tahun yang lalu dan juga berbeza dengan si A 10 tahun yang akan datang. Si A tetap menunjukkan ciri personalitinya sebagai satu organisasi, tetapi ciri-ciri tersebut mengalami perubahan kerana bersifat dinamik. b. Organisasi itu terdiri daripada sistem-sistem psychophysical atau jiwa raga. Ini menunjukkan bahawa personaliti itu hanya terdiri daripada mental, rohani, jiwa, atau rohani sahaja, tetapi organisasi itu merangkumi semua kegiatan badan dan mental yang bersatu ke dalam peribadi individu yang berbeza. c. Organisasi itu menentukan penyesuaian dirinya. Ini menunjukkan bahawa personaliti dibentuk oleh kecenderungan yang berperananan secara aktif dalam menentukan tingkah laku yang berhubungan dengan dirinya sendiri dan lingkungan masyarakat. Personaliti adalah sesuatu yang terletak di sebalik perbuatan khas yang berbeza dalam individu.

Personaliti

151

d. Penyesuaian diri dalam hubungan dengan lingkungan itu bersifat unik, khas, atau khusus, iaitu mempunyai ciri-ciri tersendiri dan tidak ada yang menyamainya. Setiap penyesuaian personaliti tidak ada persamaan dan berbeza dengan penyesuaian personaliti yang lain. Setiap penyesuaian terarah pada diri sendiri, lingkungan masyarakat, ataupun kebudayaan. Organisasi sistem jiwa raga merupakan komponen atau struktur dalaman daripada personaliti. Manakala penyesuaian diri pula merupakan struktur luaran daripada personaliti yang lebih bersifat dinamik dalam menghadapi pelbagai situasi, keadaan, dan perubahan lingkungan. Muslim sebagai manusia yang mana pada dasarnya mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman yang sama dengan manusia lain. Begitu juga dengan faktor yang mempengaruhinya pada garis besarnya adalah sama, iaitu faktor pembawaan dan lingkungan. Hanya warna dan ciri-ciri personalitinya yang berbeza dengan manusia lain. Ini kerana, tidak ada lingkungan yang mempunyai kesan pengaruh yang sama terhadap terhadap dua orang atau lebih. Setiap individu akan memberikan makna atau penghayatan yang berbeza terhadap lingkungannya. Selain daripada perbezaan faktor lingkungan, terdapat juga perbezaan faktor pembawaan. Hal ini akan dijelaskan dalam perbahasan mengenai aspek personaliti (struktur dalaman daripada personaliti) dan perbahasan mengenai ciri-ciri personaliti Muslim Indonesia yang merupakan struktur luarannya. Ciri-ciri itu merupakan dasar dan sekaligus merupakan struktur luarannya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan pengertian seperti berikut : a. Personaliti adalah organisasi yang dinamik, yang bermaksud organisasi yang terdiri daripada sejumlah aspek / unsur yang terus tumbuh dan berkembang sepanjang hidup manusia. b. Aspek-aspek tersebut adalah mengenai psiko-fisik (rohani dan jasmani) antara sifat-sifat, kebiasaan, sikap, tingkah

152

Psikologi Perkembangan

laku, bentuk-bentuk tubuh, ukuran, warna kulit, dan sebagainya. Semuanya tumbuh dan berkembang sesuai dengan keadaan yang dimiliki seseorang. c. Semua aspek personaliti, baik sifat-sifat mahupun kebiasaan, sikap, tingkah laku, bentuk tubuh, dan sebagainya, merupakan suatu sistem dalam menentukan cara yang khas atau penampilan yang berbeza-beza dalam bertindak atau reaksi terhadap lingkungannya. Berdasarkan huraian dengan pengertian personaliti di atas, dapat disimpulkan bahawa personaliti ialah keseluruhan pola (bentuk) tingkah laku, sifat-sifat, kebiasaan, kecekapan bentuk tubuh serta unsur-unsur psiko-fisik yang selalu wujud dalam kehidupan seseorang. Dengan kata lain, personaliti yang meliputi semua penampilan yang wujud pada diri seseorang merupakan bahagian yang khas atau ciri daripada seseorang. Misalnya, ada orang yang memiliki sifat pemarah tetapi jujur, tekun bekerja, suka menolong, rajin bekerja, suka bersukan, suka berpakaian sederhana, dan sebagainya. Sebaliknya, ada orang yang memiliki sifat penyabar, tenang, tekun bekerja, tetapi tidak suka bergaul, pendiam, kedekut, suka berpakaian kemas, tidak suka bersukan, dan sebagainya. Polapola sifat, kebiasaan, kegemaran, dan sebagainya yang dikemukakan di atas adalah contoh pola / bentuk personaliti seseorang. Setiap orang memiliki personaliti yang berbeza. Namun demikian, dalam beberapa hal kemungkinan mempunyai persamaan. Orang yang berasal daripada keluarga yang sama biasanya memiliki persamaan dalam personalitinya. Begitu juga dengan orang yang berasal daripada suku kaum yang sama, akan memiliki persamaan dalam personalitinya. Dengan kata lain, setiap keluarga, suku, atau bangsa memiliki ciri-ciri khas daripada personalitinya yang dapat membezakan mereka daripada suku atau bangsa yang lain. Misalnya, suku Batak memiliki sifat keras,

Personaliti

153

dinamik, rajin belajar, dan perasaan kekeluargaannya kuat, sementara suku Jawa pula memiliki sifat ramah, rajin bekerja, kesetiaan yang tinggi, dan suka bergotong-royong. Begitu juga dengan personaliti bangsa Eropah, dalam beberapa hal berbeza dengan bangsa Indonesia. Misalnya, bangsa Indonesia memiliki personaliti yang ramah, suka bergotong-royong, dan sebagainya, sementara orang Eropah memiliki sifat dinamik, menghargai masa, dan individualistik. Personaliti seseorang ada kalanya menarik hati orang lain dan ada kalanya tercela. Personaliti yang menarik adalah yang memiliki unsur-unsur positif seperti rajin, penyabar, pemurah, peramah, suka menolong, pembersih, dan sebagainya. Manakala personaliti yang tercela pula seperti pemalas, pemarah, kikir, sombong, angkuh, pengotor, dan sebagainya. 3. Tabiat, Watak, dan Personaliti

Tabiat adalah sifat-sifat yang berkait dengan emosi (perasaan), misalnya pemarah, penyabar, periang, pemurung, introvert, ekstrovert, dan sebagainya. Sifat-sifat emosional adalah bawaan (warisan / turunan), sehingga bersifat tetap dan tipis kemungkinan untuk dapat berubah. Tabiat selalu menunjukkan hubungan / perpaduan yang erat antara rohani dan jasmani. Seseorang yang memiliki tabiat yang tinggi adalah seseorang yang mudah emosi (naik darah / marah) diiringi dengan gerakan-gerakan tangan, kaki, mata, mulut serta raut muka marah, pucat dan sebagainya. Sedangkan orang yang penyabar, wajahnya tenang dan berbicara lambat serta irama yang mantap. Watak (karakter / tabiat) adalah sifat-sifat yang berkait dengan nilai-nilai, misalnya jujur, pembohong, rajin, pemalas, pembersih, pengotor, dan sebagainya. Sifat-sifat itu bukan bawaan genetik, tetapi diperoleh setelah lahir, iaitu hasil daripada

154

Psikologi Perkembangan

kebiasaan sejak daripada kecil, atau sebagai hasil daripada pengaruh pendidikan / persekitaran sejak kecil. Sifat-sifat seperti ini terbentuk terutama ketika kanak-kanak mencapai umur 5 tahun, dan berkembang terus hingga ke zaman persekolahan dan alam remaja. Berbeza pula dengan tabiat, yang sangat sukar dipengaruhi / diubah, maka wataknya besar kemungkinan sukar untuk diubah. Sifat jujur, pembohong, rajin, pemalas, percaya pada diri sendiri (optimis), pesimis, dan sebagainya, semua itu adalah hasil perbuatan orang tua dan pengaruh persekitaran sejak kecil. Personaliti adalah keseluruhan aspek yang terdapat di dalam diri seseorang, termasuklah tabiat dan watak. Di samping itu, semua pola tingkah laku, kebiasaan, sikap, kecekapan, serta semua hal yang selalu wujud daripada seseorang termasuk juga ke dalam personaliti. Oleh itu, personaliti mengandungi maksud yang lebih luas, berbanding dengan tabiat dan watak. Ini kerana, tabiat dan watak adalah sebahagian daripada personaliti. 4. Jenis-Jenis Personaliti Pada huraian sebelum ini, telah dijelaskan bahawa setiap orang memiliki personaliti yang berbeza. Meskipun terdapat perbezaan dari beberapa aspek tertentu, terdapat juga persamaan bagi sesetengah orang. Berdasarkan persamaan aspek personaliti pada sesetengah orang tertentu, maka para ahli membahagikan personaliti manusia kepada beberapa jenis. a. Menurut Galenus Galenus, seorang doktor berbangsa Romawi (129-199 M) membahagikan tabiat manusia kepada 4 jenis, berdasarkan jenis cairan yang paling berpengaruh pada tubuh manusia. Pembahagian yang dibuat oleh Galenus ini sebagai penyempurnaan kepada pembahagian yang dikemukakan sebelumnya oleh seorang ahli falsafah berbangsa Yunani, yang bernama Hipocrate (460-377 S.M.). Pembahagian tersebut ialah : 1. Chalericus : hempedu kuning (chole) yang paling

Personaliti

155

berpengaruh. Orang ini besar dan kuat tubuhnya, mudah naik darah, sukar mengendalikan diri. 2. Sanguinicus : darah (sanguis) yang lebih besar pengaruhnya. Orang ini wajahnya selalu berseri-seri, periang, dan berjiwa kebudak-budakan. 3. Fagmaticus : lendir (flegma) yang paling berpengaruh. Orang ini sifat semulajadinya tenang, pemalas, pesimis, dan wajahnya selalu pucat. 4. Melancholicus : hempedu hitam (melanchole) yang lebih berpengaruh. Orang ini selalu bersikap murung dan mudah menaruh syak (curiga). b. Menurut Heymans Gerart Heymans, seorang profesor berbangsa Belanda (1857-1930) membahagikan tabiat manusia berdasarkan kepada tiga unsur / sifat penting yang dimiliki manusia iaitu : Emosional : kepekaan perasaan Aktif : kemampuan bertindak spontan Fungsi sekunder : kemampuan mengeluarkan pendapatpendapat Heymans membahagikan jenis watak manusia berdasarkan kuat lemahnya ketiga-tiga unsur tersebut dalam diri setiap orang. Dengan membuat grafik ketiga-tiga unsur tersebut dalam bentuk kubus, Heymans memperoleh 7 bentuk jenis-jenis manusia, iaitu : 1. Gapasioneerden (orang hebat) : orang yang aktif dan emosional serta fungsi sekundernya kuat. Orang ini selalu bersikap keras, emosional, gila kuasa, egois, suka mengecam. Mereka ini adalah patriot yang baik, memiliki sifat kekeluargaan yang tinggi, dan suka menolong orang yang lemah. 2. Cholerici (orang garang) : orang yang aktif dan emosional, tetapi fungsi sekundernya lemah. Orang ini lincah, rajin bekerja, periang, berani, optimis, suka pada hal-hal yang faktual. Mereka suka kemewahan, pemboros, sering bertindak tergesa-gesa tanpa berfikir panjang. 3. Sentimentil (orang perayu) : orang yang tidak aktif,

156

Psikologi Perkembangan

emosional, dan fungsi sekundernya kuat. Orang ini sering bersikap emosional, sering impulsif (memperturutkan kata hati), petah berbicara sehingga mudah mempengaruhi orang lain, senang terhadap kehidupan alam, dan menjauhkan diri daripada kebisingan dan orang yang ramai. 4. Nerveuzen (orang penggugup) : orang yang tidak aktif dan fungsi sekundernya lemah, tetapi emosinya kuat. Orang-orang jenis ini sifatnya emosional (mudah naik darah tetapi cepat menjadi dingin), suka memprotes / mengecam orang lain, tidak sabar, tidak mahu berfikir panjang, agresif, tetapi tidak berdendam. 5. Flegmaciti (orang tenang) : orang yang tidak aktif dan fungsi sekundernya kuat. Orang-orang jenis ini selalu bersikap tenang, sabar, tekun bekerja secara teratur, tidak lekas putus asa, berbicara singkat tetapi mantap. Mereka berpendapat luas, berbakat besar, senang membaca dan memiliki ingatan yang baik. Orang ini rajin dan pantas bekerja serta mampu berdiri sendiri, tanpa memerlukan banyak bantuan orang lain. 6. Sanguinici (orang kebudak-budakan) : orang yang tidak aktif, tidak emosional, tetapi fungsi sekundernya kuat. Orangorang jenis ini sukar mengambil keputusan, kurang berani / raguragu dalam bertindak, pemurung, pendiam, suka menyendiri, berpegang teguh pada pendiriannya, pendendam, tidak gila kuasa, dan selalu berpendapat konservatif dalam politik. 7. Amorfen (orang tidak berbentuk) : orang-orang yang tidak aktif, tidak emosional, dan fungsi sekundernya lemah. Orangorang jenis ini kurang intelek, berfikiran cetek, tidak praktis, selalu meniru percakapan orang lain, canggung, dan ingatannya lemah. Mereka perisau, peminum, pemboros, dan cenderung membiarkan dirinya dibimbing dan dikuasai orang lain. c. Menurut Spranger Eduard Spranger, seorang ahli ilmu jiwa berbangsa Jerman, membahagikan watak manusia atas dasar nilai-nilai yang dianut oleh seseorang. Nilai-nilai itu ialah nilai ekonomi, politik, sosial, ilmu pengetahuan, kesenian, dan agama.

Personaliti

157

Berdasarkan kuat lemahnya nilai-nilai itu dalam diri seseorang, E. Spranger membahagikan watak / personaliti manusia kepada 6 jenis iaitu : 1. Manusia Teori Orang-orang ini berpendapat ilmu pengetahuan paling penting, berada di atas segala-galanya. Pengetahuanlah yang paling berkuasa, knowledge is power. Orang ini suka membaca, senang berdiskusi dengan teori-teori ilmu pengetahuan, suka menyelidik suatu kebenaran / mengadakan penelitian, cenderung menyendiri daripada berborak-borak dengan orang lain. 2. Manusia Ekonomi Nilai yang paling penting bagi orang ini ialah wang (ekonomi). Moto hidupnya ialah time is money. Segala usahanya ditujukan pada penguasaan harta / wang semata-mata. Tujuan hidupnya mencapai kebahagiaan melalui harta kekayaan. Setiap kegiatan selalu dihitung laba-ruginya. Mereka rajin bekerja dan tidak mahu membuang masa secara percuma. 3. Manusia Sosial Bagi orang ini, nilai-nilai sosial paling mempengaruhi jiwanya. Mereka memiliki sifat, seperti senang bergaul, suka membantu orang lain yang mengalami kesulitan, suka bekerjasama dalam menyelesaikan suatu persoalan, dan sanggup berkorban demi kepentingan orang ramai. 4. Manusia Politik Nilai yang terpenting bagi orang ini ialah politik. Sifat orang ini suka membicarakan soal politik dan ketatanegaraan, mengikuti pergolakan di dalam dan di luar negeri, dan mengagumi tokoh-tokoh negarawan. Dalam masyarakat, dia selalu ingin menonjolkan diri dan ingin menguasai orang lain. 5. Manusia Seni Jiwa orang ini selalu dipengaruhi oleh nilai-nilai kesenian. Sebahagian besar waktunya digunakan untuk mengabdikan diri kepada kesenian. Paling berharga dalam pandangan mereka adalah segala sesuatu yang memiliki nilai seni (keindahan). Orang ini suka menyendiri, jauh daripada kebisingan dan kemewahan.

158

Psikologi Perkembangan

6.

Manusia Soleh Orang ini pencinta nilai-nilai agama. Bagi mereka yang lebih penting dalam hidup ini ialah mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Mereka selalu ingin berbuat kebaikan terhadap orang lain serta melaksanakan syariat agamanya semaksima mungkin. Dalam segala tindak-tanduknya, dia sentiasa memerhatikan ajaran-ajaran agama. Demikian huraian secara ringkas tiga bentuk pembahagian jenis personaliti manusia, yang dikemukakan oleh Galenus, Heymans, dan E. Spranger. Masih banyak lagi pembahagian jenis personaliti yang dikemukakan oleh para ahli, misalnya dikemukakan Kretschmer, Carl Gustav Yung, Fritz Kunkel, Walter Jaensch,W.H. Sheldon, dan lain-lain.

5.

Mengukur Personaliti Pengukuran terhadap personaliti seseorang dilakukan bertujuan untuk mengetahui corak personaliti secara mendalam dan terperinci. Dengan mengetahui corak atau jenis personaliti seseorang, bermaksud pengenalan kita terhadap dirinya akan menjadi lebih sempurna, sehingga proses pendidikannya dapat disesuaikan dan lebih lancar. Terdapat pelbagai cara untuk mengukur / menyelidik personaliti. Antaranya ialah : 1. Observasi Menilai personaliti seseorang secara observasi, iaitu dengan cara mengamati atau memerhatikan tingkah laku dan kegiatan yang dilakukan serta yang berkaitan, terutama sekali tentang sikapnya, cara bicaranya, kerja dan juga hasilnya. Observasi dapat dilakukan pada waktu sedang belajar di kelas, ketika dalam perbincangan kumpulan, dan sebagainya. Dalam melakukan observasi, orang yang melakukannya boleh menggunakan alat bantu dengan daftar cek, skala nilai, alat-alat mekanis (kamera foto, pita perakam, dan sebagainya).

Personaliti

159

2. Wawancara (Interview) Menilai personaliti secara wawancara, bererti bersemuka dan berbicara dari hati ke hati dengan orang yang ingin diwawancara. Sebaik-baiknya wawancara dilakukan seccara santai (bebas / informal) agar memperolehi hasil yang memuaskan.Hal ini kerana, dengan cara ini hubungan akan menjadi akrab, percakapan saling terbuka, sehingga sesuatu yang diperlihatkan dan dikatakan oleh orang yang diwawancara menjadi murni. 3. Inventory Inventory adalah sejenis questionnaire (pertanyaan bertulis) yang harus dijawab oleh responden secara ringkas. Kebiasaannya ruang jawapan diisi dengan tanda betul ( ). Inventory yang terkenal dan banyak digunakan untuk menilai personaliti seseorang ialah : a. Gilford Zimme Temperament Survey Inventory ini memuatkan sejumlah pertanyaan yang bertujuan menilai pelbagai aspek personaliti, seperti aktiviti, pengendalian diri, kepimpinan, sosial, kestabilan emosi, persahabatan, keberanian, dan lain-lain. b. Edward Personal Prefence Schedule Inventory ini cuba menilai kekuatan sejumlah aspek personaliti seperti : Usaha mencapai prestasi yang tinggi. Kepatuhan terhadap peraturan. Disiplin terhadap pekerjaan. Kemahuan untuk menguasai orang lain. Minnesota Multiphasic Inventory Inventory ini bertujuan mengidentifikasi kelainan tingkah laku seperti : Depresi, iaitu rasa takut menghadapi masa depan. Histeria, iaitu gejala jasmaniah yang ditimbulkan oleh masalah kejiwaan yang sukar dipecahkan. Psikopatik, iaitu ketidakacuhan terhadap tindakbalastindakbalas sosial.

1. 2. 3. 4. c.

1. 2. 3.

160

Psikologi Perkembangan

4.

Teknik Projeksi Cara lain mengukur / menilai personaliti ialah dengan menggunakan teknik projeksi. Orang yang dinilai akan memprojeksikan peribadinya melalui gambar atau hal-hal lain yang dilakukannya. Antara jenis teknik projeksi ialah : a. Tes Rohschach, iaitu menggunakan noda-noda tinta yang membentuk gambar-gambar simetris. b. Thematic Apperception Test, iaitu terdiri daripada sejumlah seri gambar-gambar orang yang tidak jelas ertinya. c. Wartegg Test, iaitu terdiri daripada 8 aspek yang harus digambarkan dengan menyertakan tanda-tanda yang telah ada di dalamnya. 5. Biografi dan Autobiografi Riwayat hidup yang ditulis orang lain (biografi) dan ditulis sendiri (autobiografi) dapat juga digunakan untuk menilai personaliti. Sejenis autobiografi yang paling sederhana dapat dibuat oleh murid-murid dengan tajuk Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan atau Cita-citaku Setelah Tamat Sekolah. Catatan Harian Catatan harian seseorang berisikan kegiatan-kegiatan yang telah dilakukan seharian, dapat juga dianalisis dan dijadikan bahan penelitian personaliti seseorang. Terdapat banyak lagi cara lain untuk mengukur / menilai personaliti seseorang, misalnya pengumpulan bahan / alat, kumpulan catatan (cumulative record), case study, sociometri, dan lain-lain. 6. Keluarga Sebagai Pembentuk Utama Personaliti Personaliti tumbuh dan berkembang sepanjang hidup manusia, terutama sejak lahir sehingga masa remaja yang selalu berada bersama keluarga, diasuh oleh ibu bapa, dan bergaul dengan anggota keluarga yang lain. Setiap hari berada di rumah dan hanya beberapa jam sahaja berada di sekolah atau di luar rumah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa begitu besar pengaruh dan perananan keluarga serta ibu bapa dalam membentuk atau 6.

Personaliti

161

mencorak peribadi seorang kanak-kanak. Pertumbuhan dan perkembangan jasmani serta rohani manusia bermula daripada bayi sehingga remaja, terutamanya zaman kanak-kanak, iaitu masa yang paling baik dalam pembentukan personaliti. Pada masa ini (umur 2-5 tahun), kanakkanak sudah mula dapat berkomunikasi secara lisan (bahasa dan kecerdikannya mulai berkembang dan memahami perintah dan larangan). Selain mampu berkomunikasi, pada usia yang sangat muda ini, kemampuan kanak-kanak untuk membantah / menolak perintah relatif masih kecil. Sebaliknya, kanak-kanak sangat mudah dipujuk untuk melakukan sesuatu kerana keadaan jiwanya yang sedang membesar dan masih lemah itu. Pada masa bayi (usia 0,0 1,0 tahun) pembentukan personaliti berlaku secara berterusan dan membesar seperti biasa. Setiap bayi yang membuang air kecil atau besar haruslah diganti kain lampinnya dengan segera. Ini bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi, di samping membiasakan bayi dengan kebersihan. Jangan biarkan bayi terlalu lama bergelumang dengan air kencing ataupun kotoran lain. Jika bayi menangis, jangan terus digendong. Ini kerana, ia akan memanjakannya. Apabila bayi sudah besar dan pandai berjalan, perlu pengawasan yang lebih efektif agar tidak tercedera. Kanak-kanak perlu diberi peluang bermain dengan sesuatu benda yang bersesuaian dengan tahap perkembangannya. Biarkan mereka bermain, berlatih, dan bekerja secara sendiri. Namun demikian, kita jangan lalai mengawasi mereka. Kanak-kanak kecil yang berumur 2-5 tahun sudah dapat diajak berkomunikasi. Kesempatan ini harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk membiasakan mereka dengan perkaraperkara yang positif. Setiap hari kanak-kanak kecil ini harus disuruh mandi, menggunakan sabun, menggosok gigi, menukar

162

Psikologi Perkembangan

pakaian apabila telah kotor, makan dengan teratur, dan tidur serta bangun pada waktunya. Begitu juga dengan perkara-perkara positif yang lain, harus dilatih secara teratur sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. Pada masa kanak-kanak (umur 2-5 tahun), pembentukan personaliti melalui pembiasaan sangat penting. Ini kerana, kemampuan berfikirnya masih rendah, belum dapat membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Setelah mereka berumur 6 atau 7 tahun, kemampuan berfikirnya semakin tinggi dan sudah mula mengenal perkara yang baik dan perkara yang buruk. Pembentukan personaliti pada waktu ini berlaku lebih sulit jika dibandingkan pada masa sebelum sekolah. Ini kerana, kanakkanak pada usia ini semakin banyak bergaul, sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah, seterusnya menambahkan pengalaman mereka. Akibatnya, pengaruh yang diterima dari luar sama ada positf ataupun negatif semakin banyak mewarnai personaliti yang dibina oleh ibu bapa mereka di rumah.

Dalam hal ini, ibu bapa yang biasanya memonopoli untuk membentuk personaliti kanak-kanak mereka, mulai berkurangan. Ini kerana, sebahagiannya telah beralih kepada guru di sekolah, manakala sebahagian lagi beralih pula kepada lingkungan perhubungan kanak-kanak, baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu, perananan guru lebih dominan (menonjol) dalam pembentukan personaliti kanak-kanak sehingga apa yang dikatakan oleh guru lebih diyakini daripada ibu bapa. Ada kalanya, ibu bapa mampu mendominasi dalam pembentukan personaliti kanak-kanak yang belum bersekolah. Ini kerana, pengaruh luar terhadap diri kanak-kanak masih terbatas sehingga apa yang diberikan oleh ibu bapa belum mendapat perubahan. Pembentukan personaliti harus dilakukan dengan berterusan dan dijaga dengan baik sehingga menjadi matang dan

Personaliti

163

tidak mungkin berubah lagi. Misalnya, kanak-kanak sewaktu kecil rajin belajar dan membantu orang tua di rumah, tetapi setelah remaja berubah menjadi pemalas. Hal ini berkemungkinan kerana kurangnya pemerhatian, tidak pernah diberi motivasi belajar, dan kanak-kanak dibiarkan rosak. Semua sifat atau kebiasaan yang baik haruslah dipelihara dan dipupuk sehingga dewasa agar tidak berubah lagi. 7. Aspek-Aspek Personaliti Para ahli psikologi memberikan penekanan bahawa yang dipelajari oleh psikologi bukanalah jiwa, tetapi tingkah laku manusia, baik tingkah laku yang boleh dilihat (overt), mahupun yang tidak boleh dilihat (covert). Tingkah laku manusia dianalisis ke dalam tiga aspek atau fungsi, iaitu : a. Aspek Kognitif (Pengenalan), iaitu pemikiran, ingatan, khayalan, inisiatif, kreativiti, dan pengamatan. Fungsi aspek kognitif adalah untuk menunjukkan jalan, mengarahkan, dan mengendalikan tingkah laku. b. Aspek Afektif, iaitu bahagian kejiwaan yang berhubungan dengan alam perasaan atau emosi. Manakala hasrat, kehendak, kemahuan, keinginan, keperluan, dorongan, dan elemen motivasi yang lain disebut aspek konatif atau psiko-motorik (kecenderungan) yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek afektif. Kedua-dua aspek ini sering disebut aspek yang berfungsi sebagai tenaga mental yang menyebabkan manusia bertingkah laku. c. Aspek Motorik, iaitu berfungsi sebagai pelaksana tingkah laku manusia seperti perbuatan dan gerakan jasmaniah yang lain. Walaupun para ahli telah menganalisis aspek-aspek tingkah laku manusai, kita harus tetap berpegang pada pengertian manusia sebagai satu kesatuan yang utuh, iaitu manusia yang berkehendak, berperasaan, dan berfikir. Begitu juga dengan perbahasan dengan personaliti. Walaupun dianalisis satu per satu dengan aspek-aspek personaliti, kita harus tetap berpegang pada keutuhan personaliti

164

Psikologi Perkembangan

sebagai organisasi jiwa raga yang dinamik. Analisis aspek personaliti hanyalah untuk mendalami pemahaman dan pengertian kita. Mengenai jumlah dan jenis aspek personaliti, antara satu ahli dengan ahli lain mengutarakan teori yang berbeza. William James berlapis-lapis, terdiri atas : diri material (the material self), diri sosial (the social self), diri rohani (the spiritual self), dan ego murni (pure ego atau self of selves). Sigmund Freud mengemukakan teori yang sama dengan teori strata dari Piere Janet. Dia menerangkan bahawa personaliti itu terdiri atas tiga sistem, iaitu id, ego, dan superego. Ketiga-tiga sistem ini merupakan aspek struktural daripada personaliti seseorang. Id merupakan bahagian personaliti yang berhubungan erat dengan prinsip kesenangan atau pemuasan dorongan biologi yang segera tidak mengira realiti. Ego pula merupakan bahagian personaliti yang timbul setelah manusia berhubungan dengan lingkungan, sehingga dasarnya adalah kenyataan. Ego berhubungan erat dengan proses dan keperluan psikologi. Manakala superego bagi personaliti pula sebagai hasil perkenalan dengan norma sosial dan budaya, sehingga perhubungannya erat dengan moral dan keperluan rohaniah. Apabila aspek struktural, terutama bila id dan superego bertentangan, maka timbullah konflik. Ego biasanya berusaha mengharmonikan id dan superego sesuai dengan objektif lingkungan. Ny. Yoesoef Noesyirwan (1978) menganalisis personaliti kepada 4 bahagian atau aspek, iaitu : 1. Daya hidup sebagai ketetapan daripada semangat hidup peribadi. 2. Tabiat sebagai ketetapan daripada warna dan corak pengalaman peribadi serta cara bereaksi dan bergerak. 3. Watak sebagai ketetapan daripada hasrat, perasaan, dan kehendak peribadi mengenai nilai-nilai. 4. Kecerdasan, bakat, dan daya intelek sebagai ketetapan

Personaliti

165

kemampuan peribadi. Bagi memperkaya pemahaman dengan personaliti, perlulah dibahas satu per satu daripada keempat-empat aspek itu. 1. Daya Hidup Daya hidup adalah ketetapan semangat hidup peribadi seseorang. Daya hidup ialah pusat tenaga, semangat hidup seseorang yang relatif tetap. Daya hidup merupakan lapisan personaliti yang sangat erat hubungannya dengan proses fisiologi atau proses perbuatan tubuh dan lebih ditentukan oleh faktor pembawaan. Namun demikian, daya hidup bukanlah bahagian jasmaniah seseorang. Ini kerana, daya hidup tidak ada hubungannya dengan tenaga, otot, bentuk tubuh, atau tenaga badaniah. Daya hidup merupakan dasar personaliti, kerana merupakan unsur penting yang turut menentukan kemampuan berprestasi, sikap hidup, dan sikap terhadap sesama manusia daripada seseorang individu. Ia adalah tenaga atau daya hidup yang bersifat dinamik dan tampak dalam kelancaran proses perbuatan dan juga dalam proses kejiwaannya. Setiap orang mempunyai kekuatan daya hidup yang berbeza, ada yang kuat dan ada pula yang lemah. Di samping itu, kelancaran yang berfungsi sebagai aspek daya hidup juga berbeza seseorang individu dengan individu yang lain. Terdapat orang yang mampu mengendalikan dan mengarahkan penggunaan daya hidup sehingga semangat hidupnya nampak stabil dan mantap. Personaliti ideal ialah yang mempunyai daya hidup kuat dan berfungsi secara lancar. Personaliti seperti ini menunjukkan adanya ghairah, kehendak, dorongan, kemahuan, inisiatif, dan tenaga kejiwaan yang berkobar-kobar disertai dengan arus kelancaran tenaga yang berjalan secara stabil, tidak terlalu bergelombang, lancar, mantap, dan terarah. Walaupun kekuatan daya hidup ini lebih merupakan hasil pembawaan sejak lahir,

166

Psikologi Perkembangan

warna, dan kelancaran berfungsi, daya hidup itu lebih dipengaruhi oleh faktor lingkungan, terutama kebiasaan dan latihan. Daya hidup yang kuat dan mantap disertai kebiasaan, minat, dan perhatian yang penuh untuk melaksanakan tugas hidup akan menghasilkan prestasi tinggi dalam kehidupan seseorang. Seorang Muslim hendaklah berusaha melatih diri agar mempunyai daya hidup yang kuat, stabil, terarah, dan mantap. Walaupun daya hidup itu lebih ditentukan oleh faktor pembawaan terutama tenaga pendorongnya, namun dengan membiasakan diri bekerja dengan semangat tinggi, kemahuan keras dan penuh ghairah, maka potensi kekuatan daya hidup itu akan terlatih secara optimal. Kekuatan jasmani perlu dipelihara dengan dengan senaman dan bersukan, kerana kekuatan itu berpengaruh kepada daya hidup. Selain pemeliharaan kekuatan daya hidup, seorang Muslim hemdaklah mampu membiasakan diri bekerja dengan lebih tekun, cekal, khusyuk, sabar, dan tabah. Oleh demikian, kekuatan daya hidup untuk bekerja secara berterusan terlatih mampu bekerja dalam jangka waktu yang lama dengan lancar dan stabil serta tidak cepat keletihan. Nabi Muhammad SAW adalah seseorang yang memiliki daya hidup yang paling tinggi. Baginda adalah seorang penunggang kuda yang baik, pemain pedang, dan pemanah yang baik. Baginda pernah bertanding dengan seorang ahli pedang terbaik di seluruh Semenanjung Arab sebanyak dua kali dan baginda mampu mengalahkannya. Baginda juga turut serta menggali lubang parit pertahanan (Khandaq) di pinggir kota Madinah dan mengangkat tanahnya sehingga badan baginda bermandikan keringat yang berlumur dengan tanah. Baginda memimpin operasi tentera sebanyak 28 kali. Bagaimana baginda dapat melaksanakannya jika daya hidupnya tidak tinggi. Seumur hidup, baginda tidak pernah sakit, kecuali menjelang wafat. Ketika itu, baginda hanya demam panas dan pening kepala sahaja. Semangat hidup baginda merupakan contoh daya hidup yang sempurna.

Personaliti

167

Daya hidup Muslim Indonesia hendaklah diwarnai dan diarahkan oleh norma-norma Pancasila dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Nilai-nilai agama Islam hendaklah ditanam, dilatih, dan dipraktikkan semenjak zaman kanak-kanak. Jika kegiatan kanak-kanak bersesuaian dengan ajaran agama hendaklah diberi pujian, ganjaran atau hadiah serta dilatih untuk membiasakannya. Manakala kegiatan yang bertentangan dengan nilai agama haruslah dilarang, ditegur atau diberi hukuman serta jangan diberi kesempatan untuk melakukannya. Daya hidup Muslim haruslah berpandukan kepada pelaksanaan perintah agama, iaitu merealisasikan diri sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Sebagai hamba Allah, kita seharusnya tekun, khusyuk, dan tawaddu dalam beribadah sehingga merasakan seperti kita akan mati keesokannya. Sebagai khalifah Allah, kita haruslah rajin bekerja, cekal dan tabah dalam menghadapi cubaan dan godaan, pelbagai cara dalam mengolah, memakmurkan dan memelihara bumi serta isinya. Kita harus berupaya untuk memakmurkan umat manusia. Sabda Nabi SAW, Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selamanya, dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari

2.

Tabiat Tabiat ialah ketetapan, warna, dan bentuk penghayatan atau pengalaman seseorang serta tingkah laku dan cara bergerak. Ia disebut ketetapan kerana tabiat merupakan suatu keadaan atau potensi di mana daripada penghayatan alam perasaan yang relatif tetap. Tabiat merangkumi dasar-dasar emosi dalam bentuk penghayatan dan pengalaman serta dasar-dasar psikomotorik seperti tingkah laku dan cara bergerak yang merupakan sebahagian daripada personaliti seseorang. Warna penghayatan atau pengalaman merupakan keadaan jiwa yang berlatarbelakangkan perasaan gembira dan sedih.

168

Psikologi Perkembangan

Seseorang yang mempunyai warna penghayatan gembira lebih cenderung untuk selalu dalam keadaan gembira. Apabila ditimpa kemalangan, dia akan menjadi sedih dan muram. Namun demikian, kesedihan itu cepat berlalu dan keadaan gembira akan datang kembali. Terdapat pula orang yang merasai perasaan sedih sehingga kesedihan mendominasi kehidupan jiwanya. Keadaan penghayatan atau pengalaman dalam menyelami perasaan ini perhubungannya erat dengan tenaga psikik yang mendorong seseorang individu untuk bertingkah laku. Keadaan jiwa yang gembira akan memudahkan gerakan tenaga psikik, manakala keadaan jiwa yang sedih akan menyulitkan gerakan tenaga pendorong kejiwaan. Selain itu, keadaan tersebut mempengaruhi pula sikap seseorang terhadap orang lain dan keadaan sekeliling. Keadaan jiwa yang gembira berhubungan dengan sikap terbuka dan spontan, manakala Keadaan perasaan sedih pula perhubungannya erat dengan sikap menjauhkan diri daripada dunia luar. Selain daripada warna penghayatan, tabiat merangkumi gejala emosional yang mengikuti proses dunia seseorang. Bentuk penghayatan ini merangkumi kekuatan atau kepekaan, kedalaman, dan jangka waktu kelangsungannya. Terdapat manusia yang mempunyai bentuk penghayatan kuat sehingga merasai perasaan sedihnya berterusan dan keadaan jiwanya panas. Terdapat juga manusia yang kurang mampu menghayati sesuatu sehingga merasai perasaannya secara mendatar sahaja, seperti kurang mempengaruhi keadaan sekitarnya. Kepekaan atau tidak mudah terangsang terhadap penghayatan atau perasaan juga merupakan variasi antara seseorang dengan yang lain. Begitu juga dengan kedalaman dan jangka waktu yang panjang. Ada seseorang individu yang merasai perasaannya mudah terkena secara mendalam sehingga hatinya mudah terluka dan menghadapi seseuatu dengan penuh perasaan. Jika mempunyai

Personaliti

169

penghayatan yang peka, seseorang dapat merasakan sesuatu persahabatan dengan baik dan penuh keintiman. Ada pula sesetengah manusia yang kurang merasakan sesuatu yang mengena pada dirinya sehingga hanya dihayati secara dangkal sahaja. Ada juga orang yang mampu menghayati sesuatu dalam jangka masa yang panjang, tetapi ada juga orang yang mudah melupakan sesuatu yang mengenai pada perasaannya. Cara-cara berkomunikasi dan bergerak juga ditentukan oleh tabiat. Ada sesetengah individu yang cepat dan tangkas dalam reaksi dan gerakannya, tetapi ada pula individu yang lambat dan tenang sahaja.Peringkat tingkah laku dan gerakan belum tentu sejajar dengan kepekaan pengalaman atau penghayatan. Ada juga orang yang mudah terasa tetapi lambat dalam reaksi dan tindakan. Ada pula sebaliknya, iaitu individu yang cepat bertindak balas dengan tidak memiliki kepekaan penghayatan. Kepantasan bertindak balas ini ada hubungannya antara daya hidup dan tabiat. Jika sifat-sifat tenaga pendorong merupakan ciri daya hidup, maka kepekaan tenaga pendorong merupakan aspek tabiat. Sepertimana daya hidup, tabiat juga merupakan faktor pembawaan, kerana terikat pada konstitusi atau bentuk tubuh dan perbuatan seseorang sehingga sukar untuk diubah. Walau bagaimanapun, tabiat bukanlah sebahagian daripada jasmaniah, kerana tabiat merupakan lapisan personaliti yang tidak ada hubungannya dengan otot atau badan. Tabiat sama seperti daya hidup, tunduk pada hukum perkembangan, iaitu mengikuti gelombang naik turunnya usia. Pada masa bayi, daya hidup dan tabiat masih terlindung dan belum ada perbezaan dalam penampilannya, sedangkan pada masa remaja tabiat dan daya hidup nampak banyak perubahan daripada masa dewasa. Walaupun keadaan dan bentuk penghayatan itu sukar sekali untuk diubah, pengendalian, pengawalan, penghambatan, dan pengarahannya dapat diwarnai oleh pengaruh lingkungan, pendidikan, kebiasaan, dan latihan. Orang yang mantap

170

Psikologi Perkembangan

personalitinya mampu mengendalikan dan mengawal tabiatnya. Muslim Indonesia hendaklah mampu menganalisis daya hidup dan tabiatnya sendiri dengan cara introspeksi (muhasabah) untuk mengetahui bagaimana kekuatan, kepekaan, kedalaman, tingkat, dan sebagainya. Oleh demikian, ia dapat berusaha mendidik diri sendiri, melatih, membiasakan dan meningkatkan usaha pengendalian, pengarahan dan penguasaan tabiatnya sehingga personalitinya menjadi matang, stabil, dan mantap. Dengan mengenal diri sendiri dan berusaha menguasai tabiatnya, maka tingkah lakunya akan dapat dikendalikan sendiri. Ia mampu menguasai daya hidup dan tabiatnya sendiri, bukan dirinya yang dikuasai oleh tabiat mahupun daya hidup

3.

Watak Para ahli psikologi sehingga kini belum mencapai kata sepakat mengenai pengertian istilah watak, kriteria atau tabiat. Klages menyamakan pengertian kriteria dengan personaliti, iaitu individu. Lersch bersependapat dengan Klages dengan mengatakan bahawa kriteria dalam pengertian psikologi adalah sifat-sifat individu seseorang. Maka, kedua-dua ahli psikologi ini berpendapat bahawa kriteria ialah keseluruhan daripada kecenderungan jiwa seseorang. Gordon W. Allport menganggap pengertian watak itu tidak perlu dibahas dalam psikologi personaliti. K. Schneider berpendapat bahawa kriteria adalah salah satu lapisan personaliti atau aspek personaliti, iaitu keseluruhan perasaan, sistem nilai, hasrat dan kehendak. Manakala dua lapisan personaliti lain ialah kecerdikan dan hal-hal jasmaniah (terutamanya dorongan jasmaniah). Pendapat Remplein bersesuaian dengan pendapat K. Schneider dan selaras dengan pengertian personaliti mengikut pandangan Asia yang mengatakan bahawa watak merupakan suatu ketetapan daripada hasrat, perasaan, dan kehendak peribadi

Personaliti

171

mengenai nilai. Watak inilah yang merupakan inti atau hakikat personaliti. Aspek gaya hidup dan tabiat merupakan ciri tingkah laku manusia sebagai makhluk berjiwa dan bukan sebahagian daripada jasmaniah. Namun demikian, gaya hidup berkait rapat dengan hubungannya dengan ketentuan fizikal dan proses perbuatan yang jelas bekerja secara automatik sehingga gaya hidup dapat menentukan aspek alamiah (natural) daripada tingkah laku sebagai bayangan kehidupan rohani seseorang. Segala tingkah laku dan perbuatan manusia yang hakiki sebagai makhluk peribadi adalah tanggungjawab serta adanya kesedaran dalam dirinya. Secara fitrahnya, haiwan mencari dan mengarahkan diri kepada segala sesuatu yang dapat melancarkan hidupnya serta menjauhkan dirinya daripada segala sesuatu yang merugikan atau merosakkan hidupnya. Namun, haiwan hanya menginginkan atau mengelak perkara-perkara yang ditemuinya dengan tanpa memahami maknanya. Manusia pula, selain mempunyai pancaindera, juga mempunyai hati, perasaan, dan akal yang dapat menilai dan memberikan makna terhadap rangsangan dan persekitarannya. Selain sebagai makhluk alam yang hidup, manusia juga sebagai makhluk peribadi, makhluk psikologi, dan makhluk rohaniah yang mengenali nilai-nilai. Daripada penilaian itu, maka lambat laun akan tersusun suatu skala nilai. Skala nilai merupakan susunan hierarki, susunan urutan prioriti atau keutamaan, iaitu penentuan nilai yang mendahulukan pencapaiannya. Nilai mana yang harus diutamakan untuk dikejar dan nilai mana yang harus diutamakan untuk dihindari. Kebiasaannya, nilai kesihatan dikategorikan paling bawah dalam nilai biologi atau kegunaan jasmaniah. Nilai yang lebih tinggi ialah nilai sosial atau kemasyarakatan, nilai keindahan, dan nilai teoretis (pengetahuan dan kebenaran). Skala nilai yang

172

Psikologi Perkembangan

paling tinggi ialah nilai ideologi, falsafah, keagamaan atau nilai hierarki. Kepatuhan kepada susunan nilai atau hierarki nilai itu merupakan penilaian kesusilaan. Tingkah laku yang sopan adalah perbuatan tertinggi daripada yang rendah. Keutamaan nilai yang rendah daripada yang tinggi merupakan perbuatan yang tidak sopan. Begitu juga dengan orang yang mengejar kesenangan dengan mengorbankan keimanannya dikatakan tidak sopan. Keunikan personaliti adalah setiap orang mempunyai isi, arah, dan susunan sistem nilai yang kompleks dan berbeza antara satu dengan yang lain. Sikap terhadap nilai berbeza antara satu individu dengan yang lain kerana perbezaan penekanan, penitikberatkan, dan prioriti atau penyusunan sistem nilainya. Spranger mengkategorikan jenis-jenis personaliti manusia berdasarkan struktur kejiwaan yang dominan dalam hubungan dengan hierarki sistem nilai tersebut. Dalam struktur kejiwaan individu, suatu arah nilai akan dominan, manakala arah nilai yang lain diabaikan. Menurut pendapatnya, watak atau jiwa seseorang ditentukan oleh arah nilai yang akan menentukan pula cara dan bentuk hidupnya. Beliau membahagikan jenis-jenis personaliti kepada jenis teoretis, ekonomi, estetika, sosial, kekuasan (politik), dan agama. Personaliti agama akan dibincangkan pada bahagian jenis-jenis personaliti Muslim. Huraian di atas menunjukkan bahawa tingkah laku manusia tidak semata-mata menurut hukum alam yang mekanis sahaja, tetapi terlaksana berdasarkan keputusan yang bersesuaian dengan sistem nilai atau susunan nilai yang ada dalam personalitinya. Oleh itu, personaliti merupakan penampilan daripada nilai yang merupakan jiwa seseorang. Dengan berkat anugerah akal, manusia dapat menyedari dan mengetahui perkara yang bermakna bagi dirinya. Ia menyedari dan mengetahui apa yang menyenangkan, bermanfaat, baik dan buruk, sihat, indah, sopan, akhlak yang tinggi, bahkan yang benar dan yang salah. Dengan kehendak dan kemahuan, ia dapat menetapkan nilai yang akan dikejar untuk

Personaliti

173

dilaksanakan dalam perbuatannya. Aspek tanggungjawab dalam tingkah laku manusia inilah yang dimaksudkan dengan watak. Boleh dikatakan bahawa watak merupakan sebahagian daripada sikap personaliti terhadap nilai yang relatif tetap, timbul daripada hasrat dan alam perasaan yang secara sedar dikehendakinya. Walaupun pada dasarnya sikap tersebut adalah faktor bawaan, watak terbentuk dan berkembang di bawah pengaruh faktor lingkungan, iaitu hubungan dengan ibu, bapa, guru, dan masyarakat, terutamanya pengaruh belajar dan pendidikan. Seluruh pengalaman hidup seseorang, baik yang disedari mahupun yang tidak disedari, baik pengalaman yang menyenangkan mahupun pengalaman yang pahit, ia turut menentukan pembentukan watak seseorang. Oleh itu, watak dapat didefinisikan sebagai ketetapan yang relatif daripada hasrat, perasaan dan kehendak personaliti terhadap nilai-nilai. Dalam perbincangan mengenai watak, kita dapat meninjau daripada sudut isi, iaitu arah nilai yang mengawal sikap terhadap nilai yang terkandung dalam hasrat atau keperluan manusia dan kemampuan dalam perasaan untuk menghayati nilai-nilai tersebut. Watak pula dapat ditinjau secara formal dari aspek struktural, iaitu sebagai wadah daripada aspek atau lapisan personaliti. Secara formal, watak dicirikan oleh darjah kekuatan perasaan yang berhubungan dengan perasaan diri, darjat dan kualiti sikap budi pekerti atau akhlak dan darjat serta kualiti kehendak, hasrat dan kemahuan yang dimiliki oleh seseorang. Watak yang kuat dicirikan sebagai diri yang stabil, sikap rohani yang mantap, kekuatan dan kemantapan kemahuan serta autonomi dalam kehendak. Watak yang lemah dicirikan oleh kelemahan diri, sikap dalaman yang kurang stabil, dan lemahnya kemahuan serta tidak mampu memberikan perhatian yang sepenuhnya. Berdasarkan definisi watak tersebut, dapat digambarkan secara ringkas pengertian hasrat, perasaan, dan kehendak. a. Hasrat Setiap makhluk hidup mempunyai keperluan yang harus

174

Psikologi Perkembangan

dipenuhi untuk kelancaran hidupnya. Bagi tumbuh-tumbuhan, memenuhi keperluan tersebut menunjukkan tanda ia hidup. Bagi haiwan pula, walaupun mampu untuk menikmati keperluan biologinya yang bersifat tetap, namun haiwan tidak memiliki akal fikiran dan personaliti. Haiwan memiliki tenaga dalam dirinya dan pada tahap tertentu memiliki kebolehan untuk menghayati keperluan hidupnya. Penghayatan untuk mencari keperluan hidup itu disebut naluri atau dorongan biologi yang selalu berhubungan dengan keadaan jasmaniah sehingga erat hubungannya dengan perasaan jasmaniah. Haiwan tidak mampu menangguhkan dan mengendalikan keperluan jasmaniahnya. Bagi manusia pula, terdapat keperluan biologi, namun kepuasannya sudah diwarnai oleh nilai yang ada dalam peribadi dirinya. Manusia memerlukan keperluan makan, minum, tidur, seks, tempat tinggal, dan keperluan jasmani yang lain. Namun, cara untuk memenuhi keperluan jasmaniah itu dihubungkan dengan kepentingan nilai diri peribadi, nilai sosial dan kebudayaan. Kadang-kala manusia tidak mampu mengendalikan dan menangguhkan keperluan biologinya sehingga terjadi tingkah laku seperti binatang. Secara umumnya, manusia mampu mengendalikan dan menangguhkan dorongan keperluan biologinya. Manusia juga mampu menangguhkannya dalam waktu yang lama, seperti berpuasa, bertapa, dan tidak berkahwin. Drs. Ny. Yoesoef Noesyirwan menyebut keperluan pada manusia dengan istilah hasrat (terjemahan daripada triebfedern yang merupakan keperluan duniawi, berbeza dengan triebe yang merupakan dorongan haiwan). Di dalam buku-buku psikologi, hasrat itu disebut sebagai motivasi. Perkembangan hasrat seiring dengan perkembangan personaliti seseorang, bayi yang baru lahir dorongan biologinya belum diwarnai oleh peribadi yang belum terbentuk. Dengan berkembangnya personaliti, hasrat biologi tidak lagi bergantung kepada keadaan jasmaniah, tetapi bergantung kepada perkara yang dihayati dan difikirkan. Akhirnya, hasrat tidak hanya untuk

Personaliti

175

memenuhi keperluan hidup sahaja, tetapi hasrat juga mendorong untuk mengejar tujuan yang lebih tinggi yang tergolong dalam dunia nilai, dunia ideal, dan rohaniah. Pada perkembangan personaliti seterusnya, hasrat baru ini terlepas daripada aspek biologi. G. W. Allport menerangkan keunikan terbentuknya peribadi seseorang dalam perkembangan personalitinya melalui pembentukan autonomi fungsional. Ini bererti, motif baru dapat terbentuk dan berfungsi secara sendiri, terlepas daripada aspekaspek biologi dan motif dasar melalui pengalaman kehidupan psikik seseorang. Remplein membezakan tiga jenis hasrat (triebfedern), iaitu : 1. Hasrat yang berkaitan dengan adanya seseorang sebagai makhluk hidup (triebfedern des lebendigen daseins). Hasrat ini berkait rapat dengan dorongan jasmaniah (triebe) tertentu, walaupun berbeza sifatnya. Ini kerana, pada hasrat terdapat bayangan tujuan dalam tanggapan pemikiran, sedangkan pada triebe tidak terdapat bayangan tujuan itu. Hasrat-hasrat yang tergolong ke dalamnya adalah : a. Hasrat akan kenikmatan berupa keinginan untuk menikmati rasa nikmat melalui rangsangan pancaindera. Termasuk ke dalam hasrat ini adalah hasrat kenikmatan intelektual dalam pengertian kenikmatan penghayatan proses berfikir. Hasrat kenikmatan yang kuat akan bersifat positif jika tumbuh pada kehidupan rohaniah yang hebat dan dapat dikendalikan oleh kehendak yang baik sehingga dapat menambah kegembiraan dan semangat hidup. Hasrat itu boleh bersifat negatif jika menjadi keperluan utama dalam kehidupan seseorang serta tidak dapat dikendalikan oleh nilai-nilai luhur. b. Hasrat terhadap pengalaman atau penghayatan iaitu keinginan akan perasaan yang menyenangkan. c. Hasrat ingin tahu termasuk keinginan untuk pengalaman baru, berita-berita aneh dan sensasi. 2. Hasrat yang berkaitan adanya seseorang sebagai satu peribadi (triebfedern des individuallen selbsteins). Semua hasrat

176

Psikologi Perkembangan

a. b. c. d.

e. f.

3.

a.

b. c. d. e. f. g.

golongan ini dapat disimpulkan sebagai hasrat untuk bertahan diri dan mengembangkan diri, termasuklah : Hasrat mempertahankan harga diri. Keinginan tidak bergantung kepada orang lain dan keinginan untuk berdiri sendiri. Keinginan merdeka, iaitu bebas daripada paksaan orang lain dan dunia luar. Hasrat mengembangkan kedudukan diri, egoisme, keinginan peribadi dan keinginan untuk menempatkan diri pada kedudukan yang lebih tinggi daripada orang lain. Keinginan pada kekuasaan. Keinginan untuk menonjolkan diri, keinginan untuk mendapat penilaian yang lebih tinggi daripada orang lain, keinginan untuk dihormati, dikagumi, disegani, dihargai, dan disayangi. Jika darjat bertahan dan perkembangan diri merupakan hasrat yang terarah pada kepentingan diri sendiri, maka hasrat berikut mengandungi kecenderungan untuk melepasi batasan. Ia seolah-olah bukan diri sendiri yang dipentingkan, tetapi sebaliknya dunia luar. Hasrat yang termasuk golongan ini ialah: Hasrat bercampul gaul, berkelompok, dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian yang disebut sikap sosial atau sikap kemanusiaan. Hasrat membangun atau berprestasi. Hasrat mengasihi dan bercinta sesama manusia. Hasrat membebaskan diri daripada terikat dengan masa dan menuju ke arah sesuatu yang mutlak. Hasrat normatif seperti hasrat mencari kebenaran, kejujuran, kewajipan, dan keadilan. Minat. Sikap batin. Sikap batin ini merupakan motif atau pendorong bagi kehendak. Sikap ini wujud apabila seseorang disuruh memilih antara yang buruk dan yang baik. Sikap batin dapat didefinisikan sebagai sikap yang berdasarkan nilai-nilai terhadap sesuatu atau objek yang mengandungi nilai.

Personaliti

177

Rohaniah, kemasyarakatan dan kekayaan batin sangat menguntungkan bagi perkembangan personaliti. A. H. Maslow (1943) mengutarakan teori motivasi berdasarkan kenyataan bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki motivasi, kerana adanya keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi. Keperluan (need) merupakan tenaga psikik yang tersusun secara hierarki bermula dari yang paling rendah (keperluan fisiologi) sehingga kepada yang paling tinggi (keperluan sebenar diri). Keperluan ini berubah ke arah tahap yang lebih tinggi apabila keperluan pada tahap yang lebih rendah telah dipenuhi pada paras minima. Individu baru akan berusaha mencari kepuasan dalam keperluan keselamatan dan rasa aman apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi pada paras minima. Individu baru akan berusaha memenuhi keperluan sebenar diri jika keperluan pada harga diri telah dipenuhi pada paras minima. Hierarki keperluan ini terdiri daripada lima kategori secara berurutan, iaitu : a. b. c. Keperluan fisiologi (physiological needs) : makan, minum, seks, tidur, udara, dan tempat berlindung (rumah). Keperluan keselamatan dan keamanan (safety and security needs) : aspek fizikal, psikologi, kewangan, dan kestabilan. Keperluan hak milik dan sosial (belongingness and social needs) : keperluan cinta, kasih sayang, bekerjasama, dan berkenalan dalam satu kelompok. Keperluan harga diri (esteem needs) : harga diri, ekonomi, hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu, kebebasan, kemerdekaan, prestasi, kebanggaan, dan penampilan diri. Keperluan sebenar diri (self-actualization) : pengembangan dan merealisasikan potensi diri.

d.

e.

Apabila keperluan fisiologi secara relatif dalam paras minima telah dipenuhi, maka wujudlah keperluan di peringkat atasnya, iaitu keperluan keselamatan dan keamanan. Setelah

178

Psikologi Perkembangan

keperluan keselamatan dan keamanan dalam paras minima telah dipenuhi, wujudlah keperluan di atasnya, dan seterusnya secara hierarki. Keperluan itu tidak perlu dipenuhi secara sempurna terlebih dahulu sebelum muncul keperluan di atasnya. Pada suatu masa, sebahagian keperluan dari satu tahap itu akan dipenuhi dan sebahagian lagi belum dipenuhi. Namun, keperluan pada tahap di atasnya wujud dengan tenaga psikik yang lebih kecil. Maslow mengutarakan bahawa manusia pada umumnya dapat memenuhi keperluan fisiologinya sebanyak 85%, keperluan keselamatan (70%), keperluan hak milik dan sosial (50%), keperluan harga diri (40%), dan keperluan sebenar diri (10%). Boleh dikatakan bahawa setiap orang memiliki tahap kepuasan dan ketidakpuasan yang berbeza-beza dan bersifat relatif pada semua tahap keperluan. Seseorang individu mungkin kepuasan keperluan fisiologinya baru mencecah 30% sudah mencapai kepada keperluan yang paling tinggi, sedangkan individu yang lain baru wujud keperluan keselamatan dan keamanan setelah keperluan fisiologinya mencapai 50%. Bagi individu yang lain pula mungkin keutamaan usahanya adalah untuk kepuasan keperluan fisiologi, sedangkan bagi individu lain adalah untuk kepuasan keperluan sebenar diri. b. Perasaan Sebagaimana hasrat atau motivasi, perasaan juga merupakan masalah yang rumit dalam psikologi. Selain teori motivasi daripada Remplein dan Maslow, masih terdapat beberapa teori lain. Begitu juga dengan pengertian perasaan, ahli-ahli psikologi belum mempunyai kata sepakat mengenainya. Hal ini menunjukkan betapa uniknya personaliti itu. Setiap perkara adalah berbeza di dunia ini. Selain itu, perasaan lebih banyak menunjukkan keunikan personaliti. Walaupun demikian, semua perasaan mempunyai tiga ciri asas, iaitu bersifat pasif, subjektif, dan adanya penghayatan yang spontan.

Personaliti

179

Perasaan timbul dalam keadaan kehendak yang pasif. Berbeza dengan pengamatan, tanggapan, pemikiran atau kehendak yang merupakan perbuatan yang disengajakan, maka perasaan merupakan sesuatu yang terjadi pada kita tanpa disengajakan. Individu secara pasif mengalami suatu perasaan yang mungkin sahaja berkaitan dengan kehendaknya. Kita akan mengalami perasaan sedih apabila ditimpa suatu musibah dan akan berusaha untuk menghilangkan kesedihan itu. Perasaan senang atau gembira tiba-tiba meresap ke dalam jiwa kita tanpa disengajakan apabila kehendak kita dipenuhi. Jiwa kita berada dalam keadaan kehendak yang pasif pada perasaan cinta, kasih sayang, benci, muak, dan sebagainya. Ada sesuatu yang menyebabkan timbulnya sesuatu perasaan, namun perasaan itu tidak mengarahkan kepada sesuatu objek. Berbeza dengan hasrat dan kegiatan fungsi kognitif (seperti perhatian, pengamatan, pemikiran, dan sebagainya) yang mengarah pada suatu objek, maka perasaan berada dalam satu keadaan subjektif. Dalam rasa gembira, peningkatan suasana akan wujud dijiwa kita. Keadaan subjektif mengandungi suasana khusus dan suasana istimewa secara spontan. Tanpa difikirkan atau dipertimbangkan dahulu, dapat diungkapkan kepada nilai subjektif daripada sesuatu yang dilihat, diamati, difikirkan, dan sebagainya. Seiring dengan pemikiran manusia terdiri daripada jiwa raga (psikosomatis), maka kita dapat membezakan antara perasaan vital yang bersifat jasmaniah dan perasaan kejiwaan. Jika kita berpuasa, timbul rasa lapar dan sesudah berbuka puasa timbul rasa kenyang. Rasa lapar dinilai atau dirasakan oleh badan kita yang menyedarkan bahawa kita memerlukan makanan. Begitu juga rasa kenyang setelah makan dinilai oleh badan kita. Perasaan yang dinilai oleh badan kita disebut perasaan vital yang bersifat jasmaniah. Ketika berpuasa kita berusaha melaksanakan kewajipan kerana taat dan cinta kepada Tuhan dan kita berusaha melaksanakannya bersesuaian dengan perintah Tuhan. Jiwa kita yang akan merasakan kesusahan perjuangan itu serta merasakan

180

Psikologi Perkembangan

nikmat dan kebahagiaan hasilnya. Sikap penilaian perasaan itu merupakan sebahagian daripada watak. Perasaan juga merupakan suatu kemampuan pada diri, iaitu kemampuan untuk merasakan diri sendiri, orang lain dan dunia lain. Perasaan juga merupakan kemampuan dan sikap penilaian yang bermula di lubuk jiwa kita. Sikap penilaian ini merupakan suatu keadaan relatif daripada perasaan penilaian personaliti yang bersama-sama dengan hasrat dan keinginan. Manakala suasana jiwa yang lazim dan suasana jiwa yang formal daripada perasaan termasuk dalam lingkungan tabiat. Dalam watak, perasaan kejiwaan berintegrasi dengan hasrat, sedangkan perasaan jasmaniah dalam daya hidup berintegrasi dengan dorongan jasmaniah. Dorongan untuk makan akan menimbulkan rasa kenyang dan tidak berasa puas akan menimbulkan rasa lapar. Begitu juga dengan hasrat. Hasrat yang tercapai akan menimbulkan rasa puas hati dan bahagia. Sebaliknya, apabila hasrat tersebut tidak tercapai, ia akan menimbulkan rasa kecewa atau tidak puas hati. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa setiap hasrat merupakan satu keadaan perasaan istimewa dan setiap keadaan perasaan merupakan suatu disposisi keadaan yang membangkitkan personaliti untuk memiliki kecenderungan mengarahkan tingkah laku pada objek yang merupakan tujuan daripada keinginan. Manakala perasaan istimewa bagi setiap keadaan perasaan merupakan suatu disposisi keadaan yang merupakan syarat kejiwaan untuk penghayatan rasa nikmat, rasa puas, dan bahagia apabila hasrat tujuan tercapai. Tanpa hasrat, manusia tidak akan mengejar suatu tujuan. Tanpa perasaan, personaliti tidak akan dapat menghayati atau merasakan kenikmatan, kepuasan, dan kebahagiaan apabila tujuan tercapai. Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa rasa nikmat, rasa puas, dan rasa bahagia akan terjadi apabila sesuatu keperluan atau hasrat dapat dicapai. Selain itu, kemampuan, kesanggupan, kecekalan dan ketekunan personaliti diperlukan untuk mencapai

Personaliti

181

sesuatu agar mendapat kepuasan. Kualiti rasa puas atau rasa bahagia juga bergantung kepada perasaan seseorang yang dikurniakan oleh Tuhan untuk menikmati hasil usahanya. Kita melihat ada orang yang tidak pernah merasa puas walaupun tujuan hasratnya telah tercapai. Ada pula orang yang cepat merasa puas walaupun hasilnya belum memadai. Ada juga orang yang mampu merasakan kenikmatan dan kebahagiaan sejak bermula aktiviti, usaha mengejar kepuasan hasrat dan wujudnya tanda-tanda tercapainya sebahagian tujuan hasratnya. Setiap hasrat yang dipuaskan oleh aktiviti menumbulkan rasa senang, rasa puas atau bahagia. Hal itu dapat memperkuatkan lagi usaha sehingga ia mampu menikmati perjuangan hidupnya dan akan selalu rasa bahagia sama ada tujuan hasratnya tercapai ataupun tidak. Kemampuan perasaan merupakan kesinambungan yang melengkapi atau sebahagian daripada hasratnya atau keinginan. Jenis-jenis perasaan juga tidak terlepas daripada pembahagian hasrat. Seiring dengan pembahagian hasrat, perasaan juga dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu : 1. Kemampuan perasaan yang berhubung kait dengan kekayaan seseorang sebagai makhluk hidup (perasaan des lebendigen daseins). 2. Kemampuan perasaan yang berkaitan dengan kekayaan seseorang sebagai satu peribadi (perasaan des individuallen selbsteins). 3. Kemampuan perasaan yang melampaui batas diri (perasaan des uber-sich-himaus-seins). 1. Kemampuan perasaan yang berkaitan dengan perkembangan manusia sebagai makhluk hidup ialah kemampuan menikmati dan menghayati. Perasaan nikmat adalah kemampuan yang menjadikan manusia untuk dirangsang oleh rangsangan indrawi dan merasakan kenikmatan rangsangan tersebut. Kemampuan menghayati merupakan potensi kejiwaan yang menentukan perasaan seseorang di dalam hal-hal yang bukan rangsangan indrawi seperti situasi psikologi, keadaan masyarakat,

182

Psikologi Perkembangan

peristiwa, norma, dan nilai-nilai penghayatan menentukan sama ada seseorang dapat berinteraksi dengan perasaannya terhadap keadaaan lingkungan sosial-psikologi dan sama ada ia mampu menghayati nilai-nilai daripada segala yang dihadapinya. Kemampuan menikmati dan menghayati merupakan suatu ketetapan yang relatif daripada perasaan nilai personaliti. Darjat, kualiti, mutu serta dalam kedua-dua kemampuan perasaan itu bersifat individual. Ini bererti, ia berbeza pada setiap orang, kerana potensinya ditentukan oleh faktor pembawaan yang berkaitan dengan hasrat, dan perkembangannya dipengaruhi oleh faktor lingkungan. Kita menjumpai pelbagai kombinasi antara suatu hasrat dengan kemampuan perasaan yang bersangkutan. Orang yang memiliki hasrat yang kuat untuk menghayati dan mempunyai personaliti yang suka mencari pengalaman sanggup mengolah atau memanfaatkan pengalamannya dengan perasaan. Personaliti itu merupakan personaliti yang kaya, terbuka terhadap dunia luar dan mudah mengadakan hubungan dengan manusia lain . Sebaliknya, orang yang mempunyai hasrat penghayatan yang lemah dan memiliki kemampuan perasaan penghayatan yang lemah pula akan mempunyai personaliti yang miskin, tidak cergas atau lemah, kurang bersemangat, dan sikapnya dingin terhadap orang lain. Ia memiliki perasaan yang tidak mudah goyah oleh nilai-nilai dan peristiwa sosial psikologi dunia kenyataan di sekitarnya. Hasrat dan perasaan penghayatan itu akan mengalami penurunan sedemikian rupa sehingga menjadi tidak pandai berfikir dan tidak mengambil tahu keadaan di sekelilingnya. Orang yang mengalami gangguan jiwa schizofreni tertentu biasanya personalitinya mengalami perasaan penghayatan yang lemah. Ia berdiam diri sahaja dan tidak mengacuhkan kejadian di sekelilingnya. Dalam kehidupan seharian sering disebut kepercayaan kepada diri sendiri. Perasaan penampilan diri seseorang wujud untuk menghayati perkembangan diri, kebanggaan diri, autonomi

Personaliti

183

diri daripada paksaan orang lain dalam dunia luar dan perasaan menguasai persekitaran. Perasaan ini berkait rapat dengan kepercayaan diri sendiri. Jika seseorang merasakan dirinya kurang berharga, maka perasaan itu disebabkan oleh kesedaran bahawa dirinya tidak melaksanakan apa yang harus dilaksanakan, tidak mematuhi peraturan, kewajipan, dan norma-norma kesedaran diri yang mesti dipatuhi. Perasaan hargai diri adalah perbezaan antara diri yang sebenar dengan apa yang cita-citakan seseorang. Jika kita melebih kepada cita-cita, ini akan menyebabkan perasaan rendah diri. Keseimbangan antara diri yang sebenar dan diri yang dicitacitakan akan menghasilkan harga diri yang tinggi. Harga diri ini adalah hasil daripada ukuran subjektif yang merupakan penilaian kita dengan diri sendiri. Seseorang yang berjaya dalam kehidupan bermasyarakat mempunyai rasa rendah diri kerana kita menilai bahawa diri yang sebenar jauh tertinggal daripada diri yang dicita-citakan. Manakala orang jahat memiliki perasaan harga diri yang tinggi kerana penilaian kita terhadap diri sebenarnya dan diri yang dicita-citakannya cukup harmoni. 2. Kemampuan perasaan yang melampaui batas diri sendiri disebut perasaan transitif. Perasaan transitif dibezakan dengan perasaan diri seperti harga diri, rendah diri, bangga dan pelbagai perasaan yang di tuju kepada diri sendiri dan perasaan transitif yang di tuju bukan kepada diri sendiri. Selain keadaan diri dan kesedaran diri, manusia juga mempunyai kesedaran dengan apa yang berlaku di dunia. Dunia tidak dihayati secara rasional, tetapi dunia ini dihayati oleh perasaan yang mudah sebelum kita dapat menganalisisnya. Antara kemampuan perasaan yang melampaui batas diri ialah : a. Perasaan dengan orang lain atau berhubungan sosial. b. Kemampuan perasaan untuk orang lain. c. Kemampuan perasaan untuk membuka diri terhadap hal-hal lain atau minat. d. Perasaan mengasihi dan mencintai. e. Perasaan normatif atau hati nurani.

184

Psikologi Perkembangan

f.

Perasaan keagamaan atau rasa hati.

Kemampuan perasaan untuk mengadakan hubungan sosial, hubungan dengan orang lain, menghayati perasaan dan fikiran orang lain merupakan gejala perasaan yang kompleks mengikut yang telah ditentukan oleh aspek-aspek personaliti yang lain, terutamanya tabiat. Kemampuan perasaan ini bererti kesediaan untuk membuka diri, berterus terang dengan keadaan diri kepada orang lain dan berkomunikasi. Kemampuan ini bergantung pada perasaan diri. Personaliti yang kuat dan tidak terlalu terikat pada diri akan lebih mudah bersosial. Dengan tidak terikat pada diri, tenaga psikiknya akan lebih bebas diarahkan kepada orang lain. Hal ini akan meningkatkan penghayatan dan pengalaman mengenai kehidupan perasaan orang lain. Pemahaman akan menjadikan seseorang secara sedar untuk mengarahkan diri pada orang lain dengan lebih mengenali keperluan, sifat dan perasaannya sehingga semakin intensif hubungan kemanusiaan tersebut. Kepercayaan pada diri sendiri ini juga akan diperkuatkan oleh sikap dan penilaian orang lain terhadap kita. Oleh itu, keterbukaan diri akan menjadikan hubungan kekitaan mudah tercipta. Sebaliknya, orang yang bersosial lemah menjadikannya kurang menampilkan diri sehingga kurang berhubungan dengan orang lain dan kurang menghayati kehidupan perasaan orang lain. Maka, ini sukar untuk membentuk semangat kekitaan. Kelemahan dalam mengadakan hubungan sosial dengan perasaan diri dan kesibukan diri sendiri sehingga kepercayaan pada dirinya lemah. Perhatian yang terlalu besar terhadap diri sendiri akan mengurangkan tenaga psikik yang diarahkan ke dunia luar dan menghalang seseorang untuk memahami atau menghayati kehidupan perasaan orang lain. Akibatnya akan timbul kecenderungan untuk menarik diri dan mengasingkan diri daripada dunia luar. Seseorang yang egoisme akan sukar menemui jalan untuk berkomunikasi dengan orang lain dan membentuk dunia bersama-sama. Ia hanya berada di samping orang lain dan tidak terjun ke dalam dunia kejiwaan orang lain untuk membentuk dunia

Personaliti

185

kekitaan. Secara jasmani, mungkin orang itu bersama orang lain, namun secara kejiwaan pula ia bersendirian. Egoisme menimbulkan isolasi diri, pengasingan diri, dan autisme yang hidup dalam dunianya sendiri dan dapat menimbulkan rasa ketakutan dan kecemasan. Hal ini dapat pada personaliti yang mempunyai rasa rendah diri. Disebabkan kurang keyakinan diri, individu berusaha menutup apa yang dinilai sebagai kelemahan dan mengukuhkan kedudukan agar kekurangan atau kelemahan jiwanya tidak dinampak oleh orang lain sehingga tidak mahu menampilkan diri dan berhubungan sosial. Kemampuan perasaan mengadakan hubungan sosial berkait rapat dengan fungsi kejiwaan yang lain dan secara potensinya terikat pada faktor perkembangan dipengaruhi oleh kebiasaan, pendidikan, pengalaman, dan faktor persekitaran. Kemampuan ini menentukan kualiti dan warna hubungan dengan orang lain, baik dalam hubungan percintaan, kekeluargaan, pekerjaan, dan kehidupan bermasyarakat. Kemampuan perasaan lain yang diutarakan Remplein adalah seperti perasaan hati, belas kasihan dan sayang. Hati merupakan bahagian dalam kehidupan kejiwaan seseorang. Setiap orang mengejar sesuatu yang bernilai dalam hidupnya dan selalu menghindari sesuatu yang tidak bernilai. Oleh demikian, setiap orang mempunyai disposisi sistem nilai tertentu. Disposisi ini terletak dalam hati yang merupakan ketetapan yang relatif daripada sistem nilai seseorang, sama ada daripada hasrat, perasaan ataupun kehendak. Sedangkan hati nurani atau kesedaran disposisi sistem nilai tersebut yang mengikat batin manusia dan menjadi landasan dalam mengambil keputusan untuk bertindak. Hati nurani menghadkan kebebasan manusia untuk bertindak sewenang-wenangnya mengikut nilai atau norma-norma estetika. Keputusan kesedaran batin disebut kata hati, kesedaran batin atau hati nurani tidak berdasarkan kepada pemikiran, tetapi berdasarkan kepada perasaan mendalam yang dapat menjadi pendapat sehingga digunakan oleh pemikiran untuk menjelaskan sesuatu.

186

Psikologi Perkembangan

Pengolahan keputusan berdasarkan perasaan hati dan hasil pemikiran yang rasional disebut keputusan berdasarkan akal budi. Rasa hati atau kesedaran batin merupakan landasan yang menjadikan penghayatan dan pengajaran nilai-nilai yang bersifat neutral dari segi penilaian estetika dan tanggungjawab. Manakala kata hati merupakan membuat keputusan yang bertindak menanyakan sesuatu atau mengadili tanggungjawab dengan kewujudan tingkah laku tertentu. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang erat, namun cita-cita dan cara kerjaya yang berbeza. Rasa hati adalah pasif, sedangkan kata hati adalah aktif. Rasa hati mendapat penyaluran, sedangkan kata hati berhubung dengan akal budi dalam ikatan tanggungjawab, kehendak, dan perbuatan. Contohnya, rasa cinta seseorang yang mempunyai perasaan hati berdasarkan nilai-nilai. Rasa cinta kasih masih bersifat neutral, tidak ada persoalan buruk atau baik dan tuntutan tanggungjawab. Hal ini menunjukkan perasaan hati orang itu berdasarkan sesuatu yang mempunyai nilai. Namun, kata hatinya akan menegur, meninggalkan kanak-kanak isteri dan memberikan harapan yang tidak akan dipenuhi oleh seorang gadis merupakan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab atas perbuatan buruk. Oleh itu, padamkanlah cinta yang baru bersemi itu. c. Kehendak Kehendak dan hasrat merupakan tenaga psikik yang menimbulkan motivasi sebagai penggerak untuk menimbulkan suatu tingkah laku. Ia juga menunjukkan adanya dinamik yang mengarah kepada suatu tujuan. Perbezaan kehendak dengan hasrat atau motivasi lain terletak pada peratus kesedaran yang tinggi pada kehendak. Setiap kata atau gerak kehendak merupakan perbuatan yang disedari oleh diri. Sedangkan hasrat tidak selalu disedari secara penuh. Ini bermakna antara hasrat dan kehendak terdapat hubungan yang erat. Hasrat merupakan motif tingkah laku. Kehendak sederhana merupakan lanjutan daripada suatu hasrat. Hasrat terarah pada suatu tujuan daripada kehendak secara mudah diterima, diakui, dan diusahakan untuk mencapai tujuan itu.

Personaliti

187

Kehendak yang lebih kompleks merupakan suatu pilihan daripada pelbagai alternatif yang saling bersaing untuk mendapatkan keutamaan. Diri yang mengkehendaki bantuan akal budi harus memilih antara pelbagai motif dengan memutuskan dan menetapkan satu tujuan dan seterusnya mengarahkan serta mengerahkan seluruh tenaga untuk mencapai tujuan yang dipilih. Dalam sesuatu perbuatan, tidak perlu semua motif ditunjukkan secara jelas. Ada motif yang terletak di sesetengah sistem mental dan juga yang tidak diakui oleh diri kerana tidak sesuai dengan sistem nilai peribadi atau tidak sesuai dengan ideal diri atau dianggap motif rendah. Ada pula motif yang terletak di pusat sistem mental atau di pusat kesedaran sehingga mendominasi dan mewarnai motif yang lain. Motif yang secara penuh disedari merupakan kehendak atau kemahuan atau niat. Kehendak adalah kemampuan diri secara mengakui tujuan daripada suatu hasrat dan mengusahakan untuk mencapai tujuan tersebut. Dalam menentukan suatu tujuan, pada umunya kita perlu menghayati kebebasan rohaniah. Umat Islam mengetahui bahawa fahaman Qadariyyah, menganggap manusia memiliki kebebasan berkehendak yang mutlak sehingga manusia yang menentukan segala perbuatan dan tingkah lakunya. Sebaliknya, fahaman Jabariyyah berpendirian bahawa semua tingkah laku manusia ditentukan oleh Allah dan manusia tidak memiliki kebebasan berkehendak. Kaum Jabariyyah ialah golongan yang dipaksa dan menyerah kepada takdir. Golongan Ahlussunnah pula berpendirian bahawa manusia memiliki kebebasan berkehendak dalam batasbatas tertentu sehingga dalam batas kesedaran diri, tingkah laku manusia harus dipertanggungjawabkan. Golongan Ahlussunah menekankan pentingnya ikhtiar atau keupayaan manusia. Dalam falsafah, golongan indeterminisme menganggap terdapat kebebasan berkehendak. Manusia memiliki dan sanggup memilih berdasarkan kehendaknya sendiri satu motif yang menurut penilaian paling berharga, tepat atau mulia. Sedangkan golongan determinisme menyangkal adanya kebebasan berkehendak dengan mengutarakan bahawa setiap keputusan, manusia dipaksa oleh

188

Psikologi Perkembangan

motif yang terkuat. Penghayatan kebebasan hanya merupakan penipuan diri yang subjektif dan menunjukkan pengalaman serta pengamatan seseorang secara terbatas. Pandangan indeterminisme ataupun determinisme tidak dapat dibuktikan secara jelas oleh psikologi. Psikologi hanya dapat menetapkan bahawa ada situasi di mana manusia mengalami kebebasan pilihan, seperti apabila kita diberi dua pilihan yang kedua-duanya tidak begitu memaksa. Keadaanyang berbeza apabila situasi itu menggerakkan hasrat atau menimbulkan motif yang mendorong suatu tujuan tertentu dengan kuat. Motif itu akan lebih memaksa kehendak kita untuk menetapkan pilihan tingkah laku tertentu apabila jiwa lebih terlibat dalam situasi itu sehingga kesedaran dalam kebebasan batin hilang dan timbul penghayatan paksaan. Jika seseorang memiliki kebebasan memilih membelok ke kiri atau ke kanan, tetapi untuk membelok ke kiri terdapat banyak penjahat, maka secara normal ia akan mengambil keputusan membelok ke kanan. Keputusan itu tidak disertai dengan kebebasan batin, tetapi disertai keharusan atau paksaan batin kerana keinginan untuk selamat dapat memaksanya membelok ke kanan. Berdasarkan contoh di atas, jelaslah bahawa peratus kebebasan kehendak berbeza menurut motif yang ada dalam diri peribadi seseorang serta situasi yang ada. Ini bukan bererti mengurangkan tangggungjawab manusia atas tingkah lakunya kerana manusia tidak dapat menyedari sebabia berlaku. Berbeza pula dengan haiwan yang mengikuti dorongan naluri yang dirasakan sebagai motif secara membabi buta dalam setiap tingkah lakunya. Haiwan tidak dapat menentukan apakah motif itu berharga, bernilai, dan mulia atau motif rendahan. Baginya yang menentukan tingkah laku ialah dorongan atau keperluan biologi. Manusia melalui pengalaman dan pendidikan dapat membezakan nilai yang tinggi dan yang rendah. Ia juga mengenal hierarki nilai-nilai sehingga mengetahui nilai mana yang harus diutamakan. Pemahaman terhadap hierarki nilai itu hendaklah ditanam melalui pendidikan dan kebiasaan dalam

Personaliti

189

kehidupan seharian. Dengan demikian, hasrat yang agung dapat berkembang dan menjadi pusat sistem nilai yang dapat mendominasi dan mewarnai motivasi seseorang dan menentukan keputusan pilihan yang harus diambil oleh kehendaknya. Sistem dalam jiwa seseorang yang mewarnai motivasi, hasrat dan kehendak itulah yang menentukan nilai personalitinya. Terdapat empat perkara penting daripada kehendak, iaitu tidak mudah kehendak untuk digerakkan, kemampuan memberikan diri sepenuhnya pada tujuan kehendak, daya kehendak, dan perhatian. Tidak mudah kehendak dapat digerakkan bergantung pada kekuatan hasrat. Hasrat yang kuat memudahkan pergerakan kehendak. Sebaliknya, hasrat yang lemah sukar untuk menimbulkan kehendak yang kuat. Selain itu, keadaan jiwa seseorang seperti suasana jiwa yang depresif, perasaan rendah diri, syak wasangka, dan sebagainya merupakan lawannya untuk semangat suatu hasrat. Hal ini dapat menghambat pergerakan kekuatan suatu kehendak. Kemampuan memberikan diri sepenuhnya pada tujuan kehendak dan pada pelaksanaan yang merupakan suatu autonomi diri dalam kehendak. Tanpa adanya autonomi diri dalam kehendak yang berasal daripada orang lain menyebabkan lahirnya batin bergantung kepada orang lain. Autonomi diri wujud dalam kemampuan seseorang untuk mengambil keputusan, pada hasrat yang kuat, tujuan yang jelas, serta rasa diri yang kuat. Jika kemampuan disertai oleh hasrat untuk berkuasa dan hasrat untuk menunjukkan diri, maka orang yang berkaitan akan menunjukkan sikap sendiri dan sukar dipengaruhi. Psikologi cenderung dalam melihat kehendak, bukan sebagai satu sumber tenaga tersendiri, melainkan memperoleh tenaga daripada tenaga psikik yang berasal daripada dorongan jasmani, hasrat dan perasaan. Daya kehendak merupakan kemampuan mengarah, mengendali, dan mengorganisasi tenaga psikik untuk mencapai perlaksannaan tujuan yang telah ditetapkan.

190

Psikologi Perkembangan

Daya kehendak yang kuat secara positif akan wujud pada kekuatan, inisiatif, kejelasan, kecekalan, pengendalian diri dan konsentrasi. Sedangkan daya kehendak yang lemah wujud pada sikap kaki turut, toleran, kurang inisiatif, kebimbangan, kurang daya tahan, kurang jelas, mudah dipujuk, dan kurang konsentrasi. Selain kekuatannya, daya kehendak juga cepat menghilang dan ada yang tahan lama. Dalam kehidupan seharian, daya kehendak yang tahan lama wujud pada kecekalan, ketahanan, kesetiaan, pendirian yang kuat dan tidak mudah dipengaruhi, bahkan dapat menjadi keras kepala dan intolenrasi. Perhatian merupakan ketajaman kesedaran yang menjadikan tanggapan isi rangsangan atau objek secara terang dan jelas. Perhatian yang termasuk dalam aspek kehendak hanyalah perhatian yang disengajakan. Dengan pemusatan perhatian akan terjadi kesedaran yang giat yang akan mengkonsentrasikan tenaga psikik daripada kehendak. Selain perbezaan aktiviti, perhatian antara seseorang individu dengan yang lainnya terdapat pula perbezaan kekuatan, ketahanan, dan kemantapan. Daripada huraian dengan watak, dapat disimpulkan bahawa watak dapat ditinjau daripada sudut isi, bentuk, atau formalitinya. Isi watak ditentukan oleh arah nilai yang mengendalikannya. Nilai itu terkandung dalam hasrat dan kemampuan perasaan yang berkaitan, nilai watak bergantung pada dominasi hasrat yang berhubungan dengan kehidupan manusia sebagai makhluk biologi, psikologi, makhluk sosial, falsafah, dan rohaniah. Secara format, watak ditandai oleh keteguhan dan kekuatan rasa diri, sikap hidup, dan kualiti kehendak. Watak yang kuat ditandai oleh rasa diri, sikap hidup yang stabil dan jelas, autonomi dalam kehendak, kekuatan dan kemantapan kehendak. Watak yang lemah ditandai oleh kelemahan rasa diri, sikap, dan kehendak.

4.

Bakat Psikologi ialah sains yang mempelajari tingkah laku

Personaliti

191

manusia. Tingkah laku sebagaimana yang telah dirumuskan merupakan fungsi personaliti dan lingkungan TL = (PXL). Tingkah laku manusia disedari dan ada pula yang tidak disedari. Tingkah laku yang disedari merupakan karya manusia sebagai usaha dan kemampuannya. Keith Davis (1981) merumuskan karya (performance) atau hasil prestasi kegiatan manusia ditentukan oleh motivasi dan kemampuan. Karya = fungsi (motivasi X kemampuan). Motivasi sebagai sikap merupakan hasil dorongan, keperluan, hasrat, dan kehendak yang ada dalam diri individu yang telah diolah melalui pengalaman hidup dalam menghadapi situasi lingkungan tertentu. Motivasi yang diwarnai oleh sistem nilai merupakan bahagian watak. Perbezaan motif dengan hasrat boleh dikatakan bahawa motif lebih bersifat sementara dan bergantung kepada situasi sesaat yang mempengaruhinya. Manakala hasrat secara relatif lebih dalam diri individu. Setiap perbuatan manusia dapat ditinjau daripada dua sudut, iaitu mengapa dan dengan apa. Mengapa perbuatan tertentu dilakukan manusia? Hasrat mana yang menyebabkannya? Motif apa yang mendorongnya? Jawapan pertanyaan ini akan membawa kita pada watak seseorang yang berhubungan erat dengan fungsi kognitif dan efektif dalam tingkah laku manusia. Dengan apa perbuatan itu dilakukan? Dengan kemampuan jiwa raga yang mana perbuatan itu dilaksanakan? Jawapan pertanyaan ini akan membawa kita kepada kemampuan atau bakat personaliti yang berhubung dengan fungsi kognitif dan motorik. Tenaga psikik dapat mendorong kemahuan dalam merealisasikan kemampuan daripada segala potensi yang ada. Apabila kemahuan lemah, maka kemampuan yang besar pun tidak dapat digunakan dan tetap terpendam. Manakala kemampuan yang didorong oleh kemahuan yang kuat akan dapat berkembang dan menghasilkan prestasi. Kemampuan atau bakat dengan kemahuan atau hasrat merupakan kesatuan kerja dalam personaliti. Kemahuan memberikan dorongan, arah, dan tujuan, sedangkan kemampuan dapat merealisasikan kemahuan.

192

Psikologi Perkembangan

Dalam Bahasa Inggeris dapat dikenali dalam beberapa istilah yang berkaitan dengan pengertian bakat atau kemampuan, seperti ability (kemampuan), aptitude (bakat), capacity (kapasiti), achievement (mahir, berketrampilan), dan potency (potensi). Aptitude ertinya sama dengan ability atau kemampuan. Kemampuan yang telah direalisasikan disebut achievement, manakala kemampuan yang masih berupa potensi disebut capacity. Penggunaan istilah iaitu disposisi jasmani dan rohani untuk melaksanakan kegiatan yang diarahkan sehingga menghasilkan prestasi tertentu. Ny. Yoesoef Noesyirwan (1978) membahagikan jenis-jenis bakat atau kemampuan menurut fungsi atau aspek-aspek yang terlibat dan menurut prestasinya. Berdasarkan fungsi dalam aspek jiwa raga yang terlibat dalam pelbagai bentuk prestasi, bakat dapat dibezakan dalam: a. Bakat yang lebih berdasarkan psikofizik, iaitu kemampuan yang berpunca pada jasmani sebagai dasar asas bakat, seperti kemampuan pancaindera, ketangkasan atau ketajaman pancaindera, kemampuan motorik, kekuatan badan, kelincahan jasmani, ketrampilan jari-jemari, tangan, dan anggota badan. b. Bakat kejiwaan yang bersifat umum, iaitu kemampuan ingatan daya khayalan atau imaginasi. Daya ingatan adalah kemampuan menyimpan isi kesedaran yang ada pada satu saat dan membawa ke permukaan pada saat yang lain. Dalam ingatan, jiwa kita bersifat menerima dan reproduktif. Daya khayalan merupakan isi kesedaran yang berasal dari dunia dalam diri kita yang berupa gambar khayalan dan idea-idea yang kreatif sehingga jiwa kita bersikap spontan dan produktif. Kecerdikan adalah kemampuan menyesuaikan diri pada keadaan dengan menggunakan akal fikiran secara tepat dan cepat. Penyesuaian diri dengan pemikiran berbeza dengan penyesuaian diri kerana kebiasaan atau sebagai akibat latihan (drill) dan cuba-cuba (trial and error). Penyesuaian diri kerana kebiasaan, drill dan trial and error bersifat mekanikal, kadang kala memerlukan banyak waktu untuk penyesuaian diri

Personaliti

193

dengan pemikiran terjadi kerana pengertian, wujud dalam pemecahan dan penguasaan keadaan baru daripada kesulitan yang dihadapinya. Kecerdikan dapat dihuraikan sebagai kemampuan menangkap, memahami, menjelaskan, dan menghuraikan makna. Setiap orang memiliki isi, proses, dan cara berfikir yang berbeza antara satu sama lain. c. Bakat-bakat kejiwaan yang khas dan majmuk. Bakat-bakat yang khas atau bakat dalam pengertian sempit ialah bakat yang dari awal memang ada dan terarah pada satu lapangan yang terbatas seperti bakat bahasa, bakat melukis, bakat muzik, bakat seni, bakat ilmu pasti, dan lain-lain. Manakala bakat majmuk berkembang lambat daripada bakat produktif ke arah yang bergantung dari keadaan di dalam dan di luar individu, seperti bakat falsafah, bakat hukum, bakat pendidik, bakat psikologi, bakat perubatan, bakat ekonomi, bakat politik, dan lain-lain. d. Bakat yang berdasarkan pada alam perasaan dan kemahuan. Bakat ini berkait rapat dengan watak, seperti kemampuan untuk berhubungan sosial, kemampuan mengasihi, kemampuan merasakan atau menghayati perasaan orang lain. Berdasarkan sifat-sifatnya, bakat dapat dibahagikan kepada empat, iaitu : a. Bakat reprokduktif, iaitu kemampuan untuk memproduksi hasil pekerjaan orang lain dan menghuraikan kembali dengan tepat pengalaman-pengalaman sendiri. Bakat ini berkait rapat dengan daya ingatan. b. Bakat aplikatif, iaitu kemampuan memiliki, mengamalkan, mengubah, dan menerangkan pendapat, buah fikiran, dan metod yang berasal daripada orang lain. c. Bakat interpreatif, iaitu bakat menerangkan dan menangkap hasil pekerjaan orang lain sehingga di samping maksud penciptanya, dalam penjelasan itu juga wujud pendapat atau pendirian peribadi. d. Bakat produktif, iaitu kemampuan menciptakan hal-hal baru berupa sumbangan dalam ilmu pengetahuan, pembangunan dan lapangan kehidupan lain yang berharga.

194

Psikologi Perkembangan

Sebagaimana telah diterangkan dalam mengenali tingkah laku manusia, bahawa suatu karya atau prestasi memerlukan kemampuan atau bakat dan motivasi atau kemahuan. Sebahagian daripada bakat itu secara potensinya ada sejak lahir dan sebahagian lagi didapati atau muncul melalui pertumbuhan dan perkembangan. Hal ini meliputi bakat yang berhubungan dengan fungsi kognitif, seperti daya abstraksi, ingatan, khayalan, atau yang berhubungan dengan fungsi efektif dan konatif, seperti alam perasaan dan kehendak mahupun bakat psikofizik. Bakat sebagai suatu potensi memerlukan lingkungan dan kesempatan agar dapat berkembang secara optimum melalui pengalaman dan pendidikan. Manusia harus belajar sepanjang hidupnya, iaitu harus selalu melatih kemampuannya dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk menyesuaikan dirinya dengan lingkungan hidup yang selalu berubah. Manusia harus selalu mempertahankan dan mengembangkan personalitinya. 8. Personaliti dan Perkembangan Terdapat orang yang puas hati terhadap dirinya sendiri, seterusnya ada yang beranggapan bahawa dirinya kekurangan sifat-sifat kualiti untuk berhasil dalam kehidupan bersama. Salah satu daripada sifat-sifat yang diinginkan ini ialah personaliti. Menurut pakar psikologi, perkataan personaliti itu mempunyai erti yang bukan sekadar bersifat menarik. Personaliti seseorang itu tersusun daripada semua sifat yang dimilikinya. Terdapat pelbagai sifat-sifat tersebut, antaranya : a. Ada yang berkenaan dengan cara orang melakukan sesuatu, seperti tekun, tabah, dan cepat. b. Ada yang menggambarkan sikap, seperti sosialisme dan patriotisme. c. Ada yang berkaitan dengan minat, seperti estetika. d. Perkara yang terpenting ialah tabiat emosional, meliputi optimisme, pesimisme, mudah berkobar-kobar, dan tenang.

Personaliti

195

Kita juga sering mendengar : Itu adalah pendapat peribadi saya. Si A memang orang yang berperibadi teguh. Si B pula adalah orang yang berperibadi lemah, dan sebagainya. Semua itu menunjukkan kepada kita pelbagai penggunaan kata peribadi dan personaliti itu sehingga erti tersebut di samping untuk menunjukkan individu seseorang yang berdiri sendiri terlepas daripada individu yang lain, biasanya ia selalu dikaitkan dengan pola-pola tingkah laku manusia yang berhubungan dengan normanorma dengan baik dan buruk. Dengan kata lain, kata peribadi atau personaliti digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri khas yang ada pada seseorang. Personaliti adalah sebuah konsep yang sangat sukar difahami dalam psikologi meskipun istilah ini digunakan seharian. Berikut dikemukakan beberapa definisi daripada pelbagai sarjana sekadar untuk menggambarkan betapa luasnya pengertian yang dicakupi oleh istilah tersebut. a. Definisi aneka warna Personaliti adalah kumpulan pembawaan biologi berupa dorongan, kecenderungan, dan sifat dan kecenderungan yang diperolehi melalui pengalaman yang terdapat pada diri seseorang. (Morton Prince, 1924) b. Definisi integratif dan konfiguratif yang menekankan pada pengorganisasian sifat- sifat yang ada pada peribadi seseorang Keseluruhan organisasi yang terdapat pada diri manusia pada setiap tingkat perkembangannya. (Warren dan Carmichael, 1930) c. Definisi hierarki Tingkat sifat-sifat di mana biasanya sifat yang tinggi mempunyai pengaruh yang menentukan. (McDougall dan kawan-kawan, 1930) d. Integrasi daripada sistem kebiasaan yang menunjukkan cara khas pada individu untuk menyesuaikan dirinya dengan lingkungannya. (E. Y. Kempt, 1921) Dengan mempertimbangkan definisi-definisi di atas, Gordon W. Allport (1961) mengemukakan satu definisi yang

196

Psikologi Perkembangan

dianggap paling tepat dan paling lengkap untuk digunakan sehubungan dengan tujuan buku ini : Personaliti adalah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem-sistem psikofizik yang menentukan cara penyesuaian diri yang unik (khusus) daripada individu tersebut terhadap lingkungannya. Disebabkan setiap personaliti adalah unik, maka sukar digambarkan secara umum dengan personaliti. Apa yang dapat kita lakukan adalah cuba mengenal seseorang dengan cuba mengetahui struktur personalitinya. Struktur personaliti ini dapat diketahui melalui pemeriksaan terhadap sejarah hidup, cita-cita, dan persoalan-persoalan yang dihadapi seseorang. Seorang ahli ilmu jiwa (psikologi) dapat melakukannya lebih teliti lagi dengan menggunakan alat-alat psikodiagnostik, iaitu alat-alat yang digunakan untuk mendiagnosis jiwa seseorang. Alat-alat psikodiagnostik dikenali juga dengan nama yang lebih popular, iaitu psikotes, yang selain digunakan untuk memeriksa personaliti jiwa, juga digunakan untuk memeriksa tahap kecerdikan. Pandangan konvergensi paling penting yang berfungsi dalam pemeriksaan personaliti, kerana pandangan ini yang dijadikan titik tolak dalam metod-metod pemeriksaan psikologi yang terkenal di Indonesia. Pandangan ini mengatakan bahawa personaliti seseorang pada suatu saat (misalnya pada saat sedang diperiksa) adalah produk (hasil) daripada suatu proses yang dimulai pada saat orang itu lahir dengan membawa bakat dan berlaku terus melalui pengalaman hingga pada saat tersebut. Dalam pemeriksaan psikologi, kita mencuba untuk menganalisis dan membuat kesimpulan-kesimpulan daripada riwayat hidup seseorang hasil wawancara dengannya dan dari hasil-hasil psikotesnya. Atas dasar itu, kita mencuba untuk mengenal struktur personalitinya sehingga dapat mengenal orang tersebut dengan baik dan tepat. Khususnya mengenai pengalaman-pengalaman yang turut

Personaliti

197

membentuk personaliti, kita dapat membezakannya dalam dua kategori, iaitu : a. Pengalaman umum, iaitu pengalaman yang dialami oleh tiap-tiap individu dalam kebudayaan tertentu. Pengalaman ini berkait rapat dengan fungsi dan peranan seseorang dalam masyarakat. Misalnya, sebagai lelaki atau wanita mempunyai hak dan kewajipan tertentu. Beberapa daripada peranan itu dipilih sendiri oleh orang yang berkaitan tetapi masih tetap terikat pada norma-norma masyarakat, misalnya jabatan atau pekerjaan. Disebabkan tingkah laku orang dewasa harus disesuaikan dengan peranan sosialnya, maka tahap batas tertentu tingkah laku ini dapat diramalkan. Misalnya, tingkah laku orang-orang yang sedang berada dalam resepsi yang formal atau tingkah laku mereka di padang bola sepak. Walaupun demikian, personaliti seseorang tidak dapat sepenuhnya diramalkan atau dikenali hanya berdasarkan pengetahuan struktur kebudayaan tempat orang itu hidup. Hal ini disebabkan : 1. Pengaruh kebudayaan terhadap seseorang tidaklah sama, kerana media (orang tua, saudara-mara, dan lain-lain) tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang tua mempunyai pandangan dan pendapatnya sendiri sehingga orang-orang yang menerima pandangan dan pendapat yang berbeza-beza itu akan berbeza pula pendiriannya. 2. Setiap individu mempunyai pengalaman-pengalaman yang khusus, yang terjadi hanya pada diri sendiri. b. Pengalaman khusus, iaitu pengalaman yang khusus dialami individu sendiri. Pengalaman ini tidak bergantung kepada status dan peranan orang yang berkaitan dalam masyarakat.

198

Psikologi Perkembangan

RUJUKAN
Abd. Rahim Abd. Rashid. 2001. Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan : Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Shukri Mohd. Nain & Rosman Md. Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya, & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 1 (Semester 1). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Bull, Norman J.1969. Moral Judgement from Childhood to Adolescence. London: Routledge & Kegan Paul. Eggan, Paul and Kauchak, Don. 1997. Educatiobal Psychology: Windows on Classrooms Third Edition. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Gewirtz, Jacob L. and Kurtines, William L. 1987. Moral Development Through Social Interaction. United States of America: John Wiley & Sons, Inc. Kay, William. 1970. Moral Development: A Psychological Study Of Moral Growth From Childhood To Adolescence. London: George Allen and Unwin Ltd. Killen, Melanie and Smetana, Judith G.(Ed). 2006. Handbook Of Moral Development. United States of America: Lawrence Erlbaum Associates, Inc. Lickona, Thomas (Ed.). 1976. Moral Development and Behavior : Theory, Research, and Social Issues. United States of America: Holt, Rinehart and Winston. Manning, Sidney A. 1977. Child And Adolescent Development: A Basic SelfInstructional Guide. United States of America: McGraw-Hill. Inc. Tannsjo, Torbjorn. 2002. Understanding Ethics. Great Britain: Edinburgh University Press Ltd.

INDEKS

A Aliran Empirisisme 65 Aliran Konvergensi 67 Aliran Nativisme 64 Aliran Nativisme 64 B baka 3 Bakat 52 Biologi 78 Breech Birth 87 Budaya Agama 19 C Caesarean Section Birth 87 Culturil religious, 19 D Diduktif. 78 F Fullungsperiode 1, 79 Fullungsperiode II, 79 G Global 68 I Instrument Birth 87 S

J Jasmani 5, 145 K Kecerdasan 147 Kehamilan 84 kompleks Elektra 14 kompleks Oedipus 14 Kromosom 83 M Mental 5 N Natural or Spontaneous Birth 86 P perkembangan 1 pertumbuhan 1 Psikofizik, 19 Psikofizik.19 psikologik. 78 R Reaksi negatif 91 Reaksi positif 91 Reaksi spontan 92

Indeks

200

Sigmund Freud 80 Sosio individual, 19 Sosio individual. 20 Storddard 146 Streckungsperiode I, 79 Streckungsperiode II, 79 T Teori Empirisme.23 Teori Interaksionisme. 23,26 Teori kemungkinan Berkembang. 23, 26 Teori Konvergensi. 23, 24 Teori Nativisme. 23 Teori Perkembangan Arnold Gesell ,7 Teori Perkembangan Erik Erikson 7, 14 Teori Perkembangan Jean Piaget 7, 10 Teori Perkembangan Robert Haringshurst 7, 9 Teori Perkembangan Sigmund Freud 7, 12 Teori Psikodinamik. 23, 25 Teori Rekapitulasi. 23, 25 Terurai 68 Thorndike 129 Transverse-Presentation Birth 87 Trauma lahir 3

U Ujian army alpha dan beta 57 Ujian Binet-Simon 55 Ujian Progressive Matrices 58 Ujian Wechsler 57

You might also like