P. 1
Langkah-langkah Penyediaan Pelan Bilik Darjah

Langkah-langkah Penyediaan Pelan Bilik Darjah

4.75

|Views: 7,402|Likes:
Published by Joanna
for malaysian trainee teachers who are doin their 1st yr degree.. tiz is wat i did for my assignment
for malaysian trainee teachers who are doin their 1st yr degree.. tiz is wat i did for my assignment

More info:

Published by: Joanna on Jun 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Langkah-langkah Penyediaan Pelan Bilik Darjah

Cara-cara mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif
Pengenalan: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam sebuah bilik darjah bergantung kepada interaksi antara guru dengan murid-muridnya. Menurut kajian, pengajaran dan pembelajaran ini bergantung kepada corak interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajaran.

• Sebagai guru kelas yang mementingkan penyediaan pelan bilik darjah yang kondusif, guru tersebut perlulah kreatif dan bijak dalam mengatur persekitaran fizikal yang kondusif yang selaras dengan umur, tahap persekolahan , minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah dari segi faktor fizikal
• Penyusunan kerusi dan meja perlulah mengikut kumpulan. Tujuan: Memudahkan interaksi antara murid dengan murid, guru dengan murid dalam kelas KBSR. • Suasana bilik darjah harus diatur kemas. Tujuan: Pelbagai carta, gambar, alat bantu mengajar, akuarium dan pokok berpasu dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contoh:
• Meja murid-murid : Bagi membentuk satu pelan bilik darjah yang kondusif meja murid-murid dipastikan tidak diletak depan dengan pintu masuk dan keluar atau tingkap. :Pastikan bilangan kerusi atau meja mencukupi. : Gantikan atau baiki perabot yang rosak atau usang. • Meja guru : Biasanya diletak depan bilik darjah. : Pastikan guru mempunyai kontek visual dengan semua murid.

Susun atur pelan bilik darjah mengikut ruang
• Ruang dinding :Pelan bilik darjah yang kondusif akan terbentuk apabila guru mempamerkan hasil kerja murid seperti tugasan, bahan hiasan, bahan pengajaran dan sebagainya. • Ruang siling :digunakan untuk menggantung mobile, hiasan, hasil kerja murid dan sebagainya.

Bekalan dan bahan yang membantu dalam menjadikan bilik darjah selesa untuk belajar
• Guru perlu menyediakan ruang untuk meletakkan bukubuku rujukan termasuk kamus, majalah, surat khabar, peta dan bahan manipulatif untuk bacaan umum dan rujukan murid. • Guru memastikan tugasan murid disalin dalam bentuk cd dan disimpan dalam kotak untuk kegunaan masa depan. • Portfolio murid boleh disimpan oleh guru dalam almari yang mudah diakses oleh semua murid.

• Guru menyediakan satu tempat khas bagi bekas makanan dan minuman murid di belakang bilik darjah. • Guru memberi perhatian dan mewujudkan satu sudut untuk meletak jam dinding, kalender, tisu, kotak pertolongan cemas dan sebagainya bagi menjadikan bilik darjah selesa dan selamat untuk menimba ilmu. • Guru harus memastikan alatan seperti komputer OHP, LCD, TV, rakaman audio dan video sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik. Simpan kabel, soket dan sebagainya dengan baik di tempat yang mudah diakses oleh guru.

• Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup. Tujuan: Memberi keselesaan kepada murid-murid bagi bergerak dan menjalani aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan. • Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi. Tujuan: Bagi membolehkan udara dan cahaya yang mencukupi masuk ke dalam bilik darjah. Ini akan membangkitkan semangat belajar dan keselesaan kepada murid. • Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Tujuan: Meningkatkan keberkesanan P&P.

Langkah-langkah penyediaan pelan bilik darjah dari segi faktor psikososial
• Faktor ini boleh dibahagi kepada 2 bahagian iaitu suasana sosial dan suasana emosi. • Guru perlu menunjukkan keprihatinannya semasa

menyediakan pelan bilik darjah yang kondusif. • Setiap sudut dalam bilik darjah perlu dilengkapi mengikut keperluan umur, tahap persekolahan ataupun minat muridmurid. • Guru perlu sedar bahawa penyediaan pelan bilik darjah berorientasikan murid-murid yang berkait rapat dengan faktor fizikal.

Faktor Teknikal dan pengurusan masa
• Digunakan untuk merangsang semangat dan

menyemarakkan kesediaan belajar. • Guru perlu mahir dalam menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap pembelajaran, umur dan keperluan murid. • Alat –alat bantu yang diguanakan mestilah sesuai dan penggunaannya dalam bilik darjah haruslah dirancang dengan teliti agar kelas yang kondusif dapat diwujudkan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->